Contributors

Don't miss

Thursday, December 11, 2014

Syi'ah_Sunnah : Bab 2 Mengenali ‘Ahl al-Sunnah’


By on 12/11/2014 01:12:00 PM

12 Imam ~ Ianya adalah kumpulan yang terbesar didalam masyarakat Islam; mereka mewakili tiga perempat jumlah penduduk Muslim didunia, dan merekalah yang menjadi rujukan kepada fatwa-fatwa agama dan pengikut bagi Imam yang empat iaitu Abu Hanifah, Malik, al-Shafii, dan Ahmad ibn Hanbal. Dan didalam waktu yang kemudian ini, yang bergelar ‘Salafi’ berkembang dari mereka; ciri-ciri kepercayaan mereka ini telah diperbarui oleh Ibn Taymiyyah yang diberi gelaran sebagai ‘Yang Memulihkan Sunnah’, dan kemudiannya oleh Wahabi yang mana ideologinya telah dicipta oleh Muhammad ibn Abd al-Wahhab, dan ini adalah mazhab pemerintah Arab Saudi sekarang [9].



Semua mereka ini menggelarkan diri mereka ‘Ahl al-Sunnah’ kadang-kadang ditambah perkataan ‘Jamaah’ supaya mereka boleh dikenali sebagai ‘Ahl al-Sunnah wal Jamaah’



Jika sesaorang ingin menyelidik sejarah, ini akan menjadi bukti kepadanya bahawa sesiapa yang tergolong kepada apa yang mereka katakan sebagai ‘al-khalifa al-rasida’ khalifa yang adil, atau ‘al-kulafah al-rashidoon’ khalifah-khalifah yang adil, iaitu Abu Bakr, Umar, Uthman dan Ali [10], dan menerima Imamnya mereka ini semasa hidupnya atau dizaman kita sekarang, orang-orang seperti ini tergolong sebagai ‘Ahl al-Sunnah wal Jamaah’. Sesiapa yang menolak kedudukan khalifa tersebut atau menganggapnya sebagai tidak sah, mempertahankan teks yang membuktikan bahawa hanya Ali ibn Abu Talib saja yang layak untuknya [khalifah], adalah Shiah.



Ia juga akan menjadi nyata kepada kita bahawa pemerintahan yang bermula dari Abu Bakr dan berakhir dengan pemerintahan Abbasid yang terakhir, mereka merasa senang dengan ‘pengikut al-Sunnah’ dan berfahaman sama seperti mereka, dan bahawa mereka marah dengan, dan mencari pembelaan terhadap, semua mereka yang memihak dan mengikut pimpinan Ali ibn Abu Talib begitu juga mereka yang memberi sumpah setia kepada beliau dan kepada keturunannya kemudian.



Berasaskan kepada kedudukan ini, Ali ibn Abu Talib dan pengikutnya, menurut mereka, tidak terjumlah diantara ‘Ahl al-Sunnah wal Jamaah’ seakan gelaran ini i.e ‘Ahl al-Sunnah wal Jamaah’ telah dicipta untuk menentang dan setanding dengan Ali dan pengikutnya. Inilah sebab utama pada perpecahan yang menjadi bencana pada Ummah Islam setelah wafatnya rasul Allah kepada Sunni dan Shia.



Jika kita berpatah balik dan menganalisa semula fakta-fakta yang ada dan menghapuskan tabir yang melindunginya, bergantong kepada rujukkan sejarah yang sahih, kita akan mula mengetahui bahawa perbezaan yang begitu ketara mendadak timbul selepas wafatnya rasul Allah. Abu Bakr terus mengambil kuasa, menaiki tahta kerajaan dengan pertolongan sebilangan besar dari para sahabat. Ali ibn Abu Talib dan Banu Hashim dengan sebilang kecil dari para sahabat yang dianggap lemah disegi politik tidak menerima perlantikannya.



Tidak perlu diperkatakan bahawa semua penguasa yang memerintah akan menyingkir dan menghapuskan lawan mereka yang lemah, menganggap mereka sebagai menyimpang dari aliran Islam yang Utama. Mereka bersungguh-sungguh untuk melumpuhkan lawan mereka dengan semua cara, ekonomi, sosial, dan juga politik.



Ini adalah fakta yang telah diketahui umum bahawa dizaman sekarang pengikut ‘Ahl al-Sunnah wal Jamaah’ tidak menyedari gambaran sebenar peranan politik yang telah dimainkan diketika itu dan sejauh manakah permusuhan dan kebencian dizaman kedengkian itu telah dilakukan oleh mereka untuk memencilkan dan menjauhkan keperibadian yang agung didalam sejarah manusia selepas rasul Allah, Muhammad. Dimasa ini, ‘Ahl al-Sunnah wa Jamaah’ mempercayai bahawa semuanya berjalan lancar dengan sebaik yang mungkin, dan bahawa semuanya berputar dengan penuh persetujuan dengan kitab Allah [al-Quran] dan juga Sunnah semenjak dari masa ‘khalifah rashidin’ dan bahawa mereka adalah seperti malaikat; makanya, mereka saling menghormati satu dengan yang lain, dan tidak terdapat rasa sakit hati diantara mereka, tidak ada keinginan dan niat yang jahat. Atas sebab ini, kamu dapati mereka menolak semua yang dikatakan oleh Shiah mengenai sahabat secara am dan ‘khalifah yang adil’ secara khusus.



Ianya seakan-akan ‘Ahl al-Sunnah wal Jamaah’ tidak pernah membaca buku sejarah yang ditulis oleh ulama’ mereka sendiri, hanya berpuas hati dengan segala pujian, penghormatan dan keagungan yang berlebihan yang telah diberikan oleh keturunan mereka kepada para sahabat secara am dan kepada ‘khalifah rashidin’ secara khusus. Jika mereka telah membuka minda dan pandangan mereka dan membuka halaman sejarah, begitu juga buku-buku hadith rasul Allah yang terdapat pada mereka, carilah kebenaran dan cubalah mengetahui siapa yang benar dan siapa yang salah, mereka tentunya telah menukar fikiran tidak sahaja mengenai para sahabat, tetapi juga mengenai banyak perundangan yang mereka anggap sebagai benar sedangkan ianya tidak.



Melalui usaha yang tidak seberapa ini, saya cuba untuk menerangkan kepada saudara-saudara saya ‘Ahl al-Sunnah wal Jamaah’ beberapa fakta yang telah memenuhi buku sejarah, dan menunjukkan kepada mereka secara ringkas teks yang nyata yang telah menyangkal kedustaan dan menunjukkan kepada kebenaran, dan berharap dengan melakukan ini semua ianya akan dapat mengubati perbalahan dan perpecahan Muslim dan membawanya kepada penyatuan.



‘Ahl al-Sunnah wal Jamaah’ dizaman sekarang, sebagaimana yang saya mengenali mereka bukanlah fanatik, ataupun mereka menentang Imam Ali atau Ahl al-Bayt, bahkan, mereka cinta dan menghormati mereka, tetapi mereka, pada masa yang sama, mencintai dan menghormati musuh-musuh Ahl al-Bayt dan mengikuti jejak langkah mereka, pada fikiran ahl al-sunnah bahawa ‘mereka semua mencari kedekatan [kerida’an] kepada rasul Allah’



‘Ahl al-Sunnah wal Jamaah’ tidak bertindak pada prinsip arahan, berbaik-baik dengan rakan Allah dan menjauhkan diri dari musuh Allah; bahkan, mereka mencintai setiap orang dan mencari kedekatan kepada Muawiyah ibn Abu Sufyan sebagaimana mereka mencari kedekatan kepada Ali ibn Abu Talib.



Kilauan gelaran ‘Ahl al-Sunnah wal Jamaah’ telah menyilaukan mereka, dan mereka tidak tahu akan implikasi [maksud] dan sindiran yang telah ditanamkan oleh kebijaksanaan orang-orang Arab padanya. Jika mereka suatu hari nanti dapat menyedari bahawa Ali ibn Abu Talib lah yang menghidupkan Sunnah rasul Allah, dan bahawa beliaulah pintunya yang membawa kepada Sunnah-sunnah tersebut, dan bahawa mereka telah menentang beliau dan beliau telah menentang mereka….mereka tentunya akan menolak pendirian itu dan menyelidik isu ini dengan sirius, dan tidak akan terdapat sebarang ‘Ahl al-Sunnah’ melainkan mereka-mereka yang mengikuti Sunnah Muhammad dan Ali. Untuk sampai kematlamat itu, kami terpaksa membongkarkan untuk mereka plot [rancangan] teragung yang telah memainkan peranan yang amat sirius bagi mengenepikan Sunnah Muhammad, dan sebagai gantiannya menokok tambah dengan bid’ah jahiliah yang telah menyebabkan kemunduran kepada Muslim dan menyimpangnya mereka dari al-Sirat al-Mustaqeem [jalan Allah yang lurus] dan perpecahan dan permusuhan mereka. Ianya juga menyebabkan mereka kemudiannya mengelar satu sama lain kafir, dan saling berperang diantara satu dengan yang lain. Inilah penyebabnya kemuduran mereka didalam teknologi dan sains yang membawa mereka kepada, dijajah, dihina dan ditawan.



Setelah mengakhiri pandangan yang ringkas ini, mengenali Shiah dan Sunni, kita hendaklah mengambil catatan kepada beberapa fakta bahawa Shiah tidaklah bererti bahawa penyokongnya menentang Sunnah, sebagaimana kebanyakkan mereka telah dikelirukan pada memikirkan apabila mereka menyebut dan mengatakan: ‘Kami adalah pengikut Sunnah’ bererti bahawa yang lainnya menentang Sunnah. Ini adalah sesuatu yang Shiah tidak dapat menerimanya sama sekali, bahkan, Shiah begitu yakin bahawa mereka, dan hanya mereka lah yang memegang teguh Sunnah rasul yang sahih terutamanya, kerana mereka mengambil Sunnah tersebut melalui pintunya, iaitu Ali ibn Abu Talib; tidak terdapat pintu yang lain dari beliau, dan pada pendapat mereka, tiada siapa yang dapat sampai kepada rasul melainkan melalui beliau.



Kami sebagaimana biasa cuba untuk tidak memihak kepada mana-mana pihak agar sampai kepada kebenaran, sementara membawa para pembaca dari satu peringkat kesuatu peringkat yang lain supaya kita bersama dapat melihat semula peristiwa sejarah. Kami akan memberikan kepadanya bukti dan keterangan yang menunjukkan Shiah adalah pengikut Sunnah yang sebenar dan begitulah pandangan pada tajuk buku ini, dan meninggalkannya kepada pembaca selepas itu kebebasan untuk membuat keputusan dan komen sebagaimana yang dia kehendakki.

  • [9] daripada penduduk Saudi, jumlah Wahabbi di Arab Saudi tidak melebihi 8%, sedangkan kebanyakkan mereka adalah Sunni Maliki 
  • [10] Ia akan menjadi kenyataan dari penyelidikkan bahawa ‘Ahl al-Sunnah wal Jamaah’ tidak meletak nama Ali ibn Abu Talib kepada mereka yang bertiga ‘khalifah yang adil’ melainkan di era [zaman] yang kemudiannya didalam sejarah.

    Quotes from 12 Imams

    Mencintai keindahan adalah fitrah. Sampaikan keindahan Ahlul Bait dan keindahan ajaran mereka dengan cara yang indah. "Kalau manusia mendengar keindahan ucapan-ucapan kami, niscaya mereka akan mengikuti kami" (Imam Ridha as).

    0 comments:

    Post a Comment