Contributors

Don't miss

Wednesday, March 4, 2015

Syi'ah_Sunnah : Bab 27 Khalifah ar-Rashidin Menurut Ahl al-Sunnah wal-Jamaah


By on 3/04/2015 06:55:00 AM

12 Imam ~ Ini menurut mereka adalah khalifah yang empat yang menaiki kedudukan khalifah selepas wafatnya rasul Allah. ‘Ahl al-sunnah wal-jamaah’ mendakwa utamanya para khalifah ini diatas semua manusia yang lainnya dengan pengecualian rasul didalam susunan turutan kedudukan khalifah mereka. Inilah yang kami dengar sehingga kehari ini. Kami telah mengetahui dari penyelidikan yang lalu bahawa Imam Ali ibn Abu Talib [as] tidak dijumlahkan diantara mereka sebagai seorang khalifah, jauh sekali didalam golongan mereka yang benar; bahkan imam Ahmad ibn Hanbal telah menambahkan nama beliau setelah berlalunya tempuh waktu yang agak lama kedalam senarai tersebut. Sebelum itu, beliau pernah dikutuk dari atas mimbar didalam semua tanah jajahan Islam dan disepanjang pemerintahan Dinasti Umayyah.



Supaya dapat lebih menerangkan lagi perkara ini, dan supaya para pembaca akan merasa lebih tenteram dengan perkara yang sebenar mengenai fakta yang mendukacitakan ini, pemerhatiannya dipelawa kepada yang berikut ini:



Kami telahpun memperkatakan bahawa Abdullah ibn Umar telah dianggap oleh ‘ahl al-sunna wal-jamaa’ sebagai seorang ahli fiqh yang terkemuka, dan Malik menjadikannya sebagai penguasa utama yang dia bergantung kepadanya didalam bukunya Al-Muwatta. Dia [Abdullah ibn Umar ] juga menjadi sumber bagi ke dua-duanya al-Bukhari dan Muslim didalam penulisan sahih mereka masing-masing. Kesemua penyampai hadith yang lain juga tanpa sebarang pengecualian bergantung kepadanya.



Orang ini amat terkenal, dengan secara terbuka, kebenciannya terhadap Amirul Mukminin Ali ibn Abu Talib. Sejarah memberitahu kita bahawa dia enggan memberikan sumpah setia kepada Ali, bahkan dia bersegera untuk memberikan sumpah setianya kepada yang terkutuk al-Hajjaj, musuh Allah dan rasulNya. [122]



Abdullah ibn Umar telah mendedahkan apa yang tersembunyi didalam dadanya dan telah menyatakan rahsianya yang terpendam apabila dia berkata bahawa dia tidak tahu walaupun satu kebaikkan atau kemuliaan atau kebajikan bagi Ali yang membolehkan dia diletakkan ditempat keempat selepas Uthman ibn Affan.



Kami telahpun mengetahui bahawa dia mengutamakan Abu Bakr dan Umar; dan bagi Ali [as] didalam penilaiannya adalah diantara manusia kebanyakan, jika tidak yang paling rendah diantara mereka. Biar kami berikan kepada pembaca fakta yang lain yang telah dirakamkan oleh penyampai hadith dan penulis sejarah, dan telah dinyatakan secara terbuka kebencian dan permusuhan perwatakkan Ibn Umar terhadap Ali dan kesemua para Imam dari keturunan yang suci dari rasul:



Abdullah ibn Umar telah mengatakan yang berikut apabila cuba untuk menerangkan hadith dari rasul yang mana baginda berkata: ‘Para khalifa selepas saya adalah dua belas; kesemua mereka dari Quraysh’:



Umma ini akan mempunyai dua belas khalifa mereka adalah: Abu Bakr al-Siddeq, Umar al-Farooq, Uthman Thul Noorain, Muawiyah dan anak-anaknya sebagai raja bagi tanah suci [Mekah dan Madina], al-Saffah, Salam, Mansour, Jabir, al-Mahdi, al-Ameen, Ameer al-Asab, mereka adalah dari Banu Ka’b ibn Luayy, dan mereka adalah yang benar dan terkemuka. [123]



Maka bacalah lagi kenyataan ini wahai pembaca, dan bayangkan ahli fiqh yang sedemikian, yang sangat dihormati oleh ‘ahl al-sunna wal-jamaa’ dan lihatlah bagaimana dia merubahkan fakta dan memusingkannya dari atas kebawah, manjadikan Muawiya dan anaknya Yazid dan begitu juga al-Saffah [panggilan yang bermaksud menumpahkan darah] menjadi hamba-hamba Allah yang terbaik, dan dengan menambahkannya sebagai terulung! Sesungguhnya dengki dan kejahilan telah membutakan pandangannya sebagaimana iri hati dan permusuhan telah membutakan mindanya [124] sehingga ketahap bahawa dia tidak dapat melihat sebarang kemuliaan dan kebaikkan pada Amirul Mukminin Ali yang mana dia telah lebih mengutamakan Muawiya, seorang yang tidak bermoral, dan anaknya yang tiada beragama, penjenayah dan yang dahagakan darah, Yazid.



Abdullah ibn Umar adalah anak kepada bapanya. Apa saja yang datang dari puncanya tidak memeranjatkan sesiapa, dan setiap belanga menumpahkan segala isinya juga. Bapanya telah menggunakan segala yang mungkin untuk menjauhkan Ali [as] dari kedudukan khalifa, dan untuk menjadikan dia kelihatan tidak mempunyai sebarang keutamaan dimata masyarakat.



Dan kini kita lihat anak Umar ibn al-Khattab [Abdullah ibn Umar] dengan dengki dan bencinya, walaupun Ali telah naik kedudukan khalifa setelah Uthman dibunuh dan selepas menerima sumpah setia dari Muhajirun dan Ansar, enggan untuk memberi sumpah setia kepada Ali dan cuba sedaya upaya untuk memadamkan cahayanya dan membangkitkan semangat manusia untuk menentang beliau supaya dengannya dapat menjatuhkan beliau. Maka dia [Abdullah ibn Umar] terus membuat kenyataan dan mengelirukan [membodohkan] manusia kepada memikirkan bahawa Ali [as] tidak mempunyai kemuliaan, dan bahawa dia adalah sama seperti manusia biasa.



Abdullah ibn Umar berkhidmat kepada dinasti Umaiyyah dan memahkotakan keduanya Muawiyah dan anaknya Yazid dengan mahkota khalifa, membuat dusta dan perubahan terhadap sunnah rasul, mengiktiraf khalifa al-Saffah dan al-Mansour dan kesemuanya pemerintah dari Banu Umaiyyah, mengutamakan mereka diatas ketua bagi umma Muslim dan wali bagi mereka yang beriman menurut dari teks Quran yang suci dan juga sunnah. Bahkan dia tetap tidak mengiktiraf khalifanya Ali walaupun yang sebebnarnya, ianya telah berlaku! Sungguh aneh!!!
[122] Al-Hajjaj ibn yusuf al-Thaqafi adalah seorang yang sangat mashor dengan kecabulannya, fasik, jenayah dan tidak mempunyai kepercayaan. Al-Hakim telah merakamkan didalam muka surat 556, jilid 3, Al-Mustadraknya, dan Ibn Asakir telah juga merakamkan pada muka surat 69 jilid 4 dari bukunya, yang sebenarnya bahawa al-Hajjaj pernah berkata: ‘Ibn Mas’ud mengaku bahawa dia membaca Quran yang diwahyukan oleh Allah, dan Allah tidak lebih dari kotoran bagi Arab.’ Dia juga pernah mengatakan: ‘Takutlah kepada Allah sebanyak mana yang kamu mahu, kerana dengan melakukannya adalah sia-sia, dan dengar serta taat kepada Amirul Mukminin Abd al-Malik ibn Marwan kerana kamu akan mendapat ganjaran yang berlimpah ruah.’ Juga Ibn Aqeel merakamkan pada muka surat 81 dari bukunya Al;-Nasaih al-Kafiya berkata bahawa al-Hajjaj memberi ucapan ketika di Kufa dan merujuk kepada mereka yang menziarahi Pusara rasul di Madina dengan berkata: ‘Semoga mereka binasa! Mereka berkeliling pada kayu dan jasad yang hancur; mengapa mereka tidak berkeliling pada istana Amirul Mukminin Abd al-Malik? Tidakkah mereka ketahui bahawa pengganti sesaorang adalah lebih baik dari pengkhabarannya? 
[123] Ini telah dinyatakan pada muka surat 140 buku al-Suyuti Tarikh al-Khulafa, muka surat 140 Kanz al-Ummal jilid 6 muka surat 67, dan juga didalam buku sejarah Ibn Asakir dan al-Dhahabi. 
[124] Bacalah dan jangan lupakan kenyataan rasul yang al-Bukhari dan Muslim rakamkan dan yang berbunyi: ‘Mencintai Ali ibn Abu Talib adalah petanda iman, dan membencinya adalah petanda munafik,’ dan para munafik semasa zaman rasul pernah dikenali dengan perasaan bencinya terhadap Ali [as]

Quotes from 12 Imams

Mencintai keindahan adalah fitrah. Sampaikan keindahan Ahlul Bait dan keindahan ajaran mereka dengan cara yang indah. "Kalau manusia mendengar keindahan ucapan-ucapan kami, niscaya mereka akan mengikuti kami" (Imam Ridha as).

0 comments:

Post a Comment