Contributors

Don't miss

Tuesday, March 10, 2015

Syiah_Sunnah : Bab 28 Rasul Menolak Syariah Ahl al-Sunnah wal-Jamaah


By on 3/10/2015 01:22:00 PM

12 Imam ~ Kita telah pun mengetahui bahawa shiah, mengikuti jejak langkah para Imam diantara ahl al-bayt [as], yang tidak pernah mengikuti pandangan peribadi mereka dan tidak juga qias, mereka tidak juga melarang sesiapa dari melakukannya. Ini disebabkan kerana pada hakikatnya kenyataan rasul adalah perkataan yang terakhir dan fatwa yang muktamad inilah yang mereka putuskan; mereka telah mempusakai kenyataan yang bertulis anak dari bapa, dan kami telah menyatakannya sebagai al-saheefah al-jami’ah, panjangnya adalah tujuh puluh hasta, dan menggandungi semua yang diperlukan oleh Muslim sehingga waktu yang ditentukan.



Kita juga telah mengetahui bahawa ‘ahl al-sunnah wal-jamaah’ merasakan terpaksa untuk mengikuti pandangan mereka dan begitu juga pada mengikuti prinsip kias disebabkan oleh ketiadaan teks rasul Allah bersama mereka, sedangkan keinginan mereka adalah sama, malangnya kerana orang-orang kenamaan mereka dan juga ketua mereka telah menolaknya, membakarnya dan melarang sesiapa saja dari merakamkannya.



Penyokong ijtihad beralih kepada pandangan bahawa mereka memerlukan pada mencipta hadith didalam perkataan rasul Allah supaya dapat menyokong mazhab mereka dan menjadikan yang salah itu kelihatan betul. Mereka kemudian mengatakan bahawa rasul Allah menghantar Ma’ath ibn Jabal ke Yaman dan bertanya kepadanya: ‘Bagaimana jika kamu tidak menjumpai [jawapan bagi sesuatu masalah] didalam kitab Allah?’ Dia berkata: ‘Maka saya akan menghukum menurut kepada sunnah rasul Allah.’ Baginda kemudian bertanya kepadanya lagi: ‘Bagaimana jika kamu tidak menjumpainya didalam sunnah rasul? Ma’ath ibn Jabal, mereka mengatakan, telah berkata: ‘Jika saya tidak menjumpainya, saya akan kemudiannya mengikuti ijtihad saya.’ Rasul, ceritanya berterusan, kemudian berkata: ‘Segala puji tertentu bagi Allah yang telah membolehkan pesuruh bagi pesuruh bagi Allah untuk menyenangkan Allah dan pesuruhNya.’



‘Hadith’ ini adalah palsu, dan ianya tidak boleh dikatakan dari rasul Allah, kerana bagaimana boleh rasul berkata kepada Ma’ath: ‘Bagaimana jika kamu tidak menjumpainya didalam kitab Allah dan sunnah RasulNya?’ sedangkah Allah sendiri mengatakan yang berikutnya kepada rasulNya: ‘Dan Kami wahyukan kepada kamu kitab yang menerangkan segalanya’ [16:89] dan juga: ‘Kami tidak mengabaikan apa-apa didalam kitab’ [6:38], dan juga: ‘Apa saja rasul berikan, ambillah, dan dari apa saja dia menegah kamu, jauhilah darinya’ [59:7]

Quotes from 12 Imams

Mencintai keindahan adalah fitrah. Sampaikan keindahan Ahlul Bait dan keindahan ajaran mereka dengan cara yang indah. "Kalau manusia mendengar keindahan ucapan-ucapan kami, niscaya mereka akan mengikuti kami" (Imam Ridha as).

0 comments:

Post a Comment