Contributors

Don't miss

Monday, April 6, 2015

Syiah_Sunnah : Bab 37 Surat Muhammad ibn Abu Bakr Kepada Muawiyah


By on 4/06/2015 09:37:00 AM

12 Imam ~ Dari Muhammad anak lelaki Abu Bakar kepada yang bermaksiat Muawiyah anak kepada Sakhr:



Kesejahteraan Allah keatas mereka yang metaatinya dari mereka yang aman dari sesiapa saja melainkan Allah sebagai ketuanya.



Didalam keEsaannya, Kebesaran, Kuasa dan KekuatanNya, Allah tidak menjadikan apa yang dijadikannya sebagai sia-sia, tidak juga disebabkan oleh kelemahan yang ada padaNya, tidak juga memerlukan kepada apa yang dijadikanNya. Dia menjadikan makhlukNya supaya mereka menyembahNya. Dia membiarkan sebahagian dari mereka melakukan dosa dan memelihara yang lainnya pada jalan yang lurus. Sebahagian mereka Dia membiarkan untuk menderita, dan sebahagian Dia memberikan kebahagian. Kemudian Dia sendiri memilih Muhammad dari kalangan mereka untuk memikul pengkhabaran dariNya. Dia memilihnya untuk menerima wahyuNya dan mengamanahkan kepadanya untuk melaksanakan arahanNya. Dia menghantarnya sebagai pesuruhNya, pembawa khabar gembira, dan peringatan, untuk mengesahkan kitab Allah yang telah diturunkan sebelumnya, dan untuk memandu manusia kepada menegakkan perintahNya. Maka dia mengajak manusia untuk menerima misi nya melalui kebijaksanaan dan nasihat yang menawan hati. Yang pertama untuk membalas secara positif kepada panggilannya, untuk mentaatinya, untuk mempercayainya, untuk meletakkan segala-galanya kepadanya, dan untuk menjadi Muslim, adalah adiknya dan sepupunya Ali ibn Abu Talib [as] Dia mempercayainya dengan berkenaan pengetahuan yang ghaib; dia mengutamakannya keatas sesiapa saja yang dia cintai; dia melindunginya dengan nyawa dia sendiri; dia mengembirakannya didalam apa juga keadaan; dia memerangi mereka yang dia telah perangi dan berdamai dengan mereka yang dia telah berdamai. Dia tidak pernah lari walaupun kematian dilihat sebagai tidak dapat dielakkan disebabkan kecintaannya terhadap nyawa dia, dia telah menjadi seorang yang tidak boleh ditandingi; tiada siapa yang dapat melakukan apa yang dia telah lakukan.



Saya lihat bagaimana kamu hendak mencapai kepada kedudukannya, walaupun kamu adalah kamu, sedangkan dia adalah orangnya yang terserlah diatas mereka yang terkemuka didalam melakukan segala yang baik dan didalam memeluk Islam. Keimanannya lebih ikhlas, keturunannya adalah yang terbaik dari semua manusia, isterinya adalah yang terbaik dari semua wanita, yang sepupunya adalah yang terbaik, yang saudaranya memperniagakan nyawanya pada hari mut’a kerana keridhaan Allah, yang bapa saudaranya adalah ketua syahid pada hari Uhud, yang bapanya mempertahankan pesuruh Allah dan misinya, sedangkan kamu adalah yang terkutuk dari anak yang terkutuk. Kamu dan bapa kamu tidak pernah berhenti dari berkomplot untuk menghapuskan agama Allah, mencuba, kedua-dua kamu, untuk memadamkan cahaya Allah, mengumpulkan yang lain dibelakang kamu, membelanjakan harta kamu untuk mencari sokongan dari suku kaum yang lain.



Maka bapa kamu telah mati, dan didalam jejaknya kamu sedang mengikuti. Mereka yang mengesahkan kamu adalah mereka-mereka yang kamu cari untuk kamu berikan kesenangan, sedang mereka yang memihak kepada kamu adalah yang pariah dari sisa-sisa kumpulan, ketua-ketua bagi hipokrit, mereka yang mula-mula melepaskan diri dari rasul Allah. Mereka yang mengesahkan untuk Ali, walaupun kemuliaan telah diketahui dan kehormatannya abadi, adalah pengikutnya yang Allah [awj] telah sebutkan dan puji didalam Quran keatas semua yang lain Muhajir dan Ansar: mereka adalah bersamanya dan pengawal yang berani, menjaganya dengan perkataan mereka, sentiasa bersedia untuk bertumpah darah untuk mempertahankannya; telah menjumpai kebenaran didalam mengikutinya dan kesesatan didalam menentangnya.



Malang bagi kamu! Bagaimana kamu boleh meletakkan diri kamu sebagai sama kepada Ali, sedangkan dia adalah pewaris dari pesuruh Allah, wasinya, bapa kepada keturunannya, yang pertama diantara manusia untuk mengikutinya, dan yang paling hampir kepadanya? Dia berkongsi dengannya segala rahsia; dia mendedahkan segala urusannya kepada dia, sedang kamu adalah musuhnya dan anak kepada musuhnya!



Maka bergembiralah dengan kehidupan kamu selagi kamu boleh melalui cara kamu yang palsu, dan biarlah anak al-As menyokong maksiat kamu, kerana akhir kamu telah hampir; dan kemaksiatan kamu telah mula lemah; tidak lama lagi kamu akan mengetahui siapa yang akan menerima ganjaran yang banyak!



Maka ketahuilah kamu sedang berkomplot menentang tuhan kamu yang KekuatanNya kamu tidak takut, dari menerima rahmatnya kamu telah keciwa, dan Dia akan mengambil kamu dengan serta merta sedang kamu masih berada didalam kesombongan. Dan kesejahteraan bagi mereka yang mengikuti jalan petunjuk. [270]



Surat yang disebutkan diatas telah ditulis oleh Muhammad anak khalifa pertama Abu Bakr yang mengandungi fakta yang tidak boleh ditolak dan penting bagi semua yang mencari kebenaran. Ianya menerangkan Muawiya sebagai orang yang sesat lagi menyesatkan, sebagai yang terkutuk dan anak yang terkutuk, dan bahawa dia mencuba sedaya upaya yang ada untuk memadamkan cahaya Allah, membelanjakan hartanya untuk merubah agama, berkomplot terhadap agama Allah, dan bahawa dia adalah musuh Allah dan pesuruhNya yang berurusan dengan kepalsuan dan dibantu oleh al-As.



Surat ini juga mendedahkan kemuliaan dan kehormatan bagi Ali [as] yang tiada siapa yang boleh menuntutnya pada masa yang lalu tidak juga sesiapa yang boleh mendapatnya pada masa yang akan datang. Yang sebenarnya Ali ibn Abu Talib [as] mempunyai lebih banyak kemuliaan dan kehormatan dari apa yang Muhammad ibn Abu Bakr tuliskan disini, tetapi apa yang kami titik beratkan didalam bab ini adalah jawapan yang dia terima dari Muawiya ibn Abu Sufyan. Jawapan yang sebegitu telah biasa mereka yang mencari kebenaran kepada apa yang tersembunyi dan juga komplot didalam sejarah. Kita akan dapat mendedahkan, setelah kita membacanya, putaran bagi komplot yang telah menjauhkan kedudukan khalifa dari dimiliki oleh mereka yang berhak dan itu telah menyebabkan kepada umma untuk menyimpang, maka mari kami berikan kepada kamu jawapannya.

[270] Jamharat Rasaail al-Arab jilid 1 ms 475. Al-Mas’udi, Muruj al-Dhahab jilid 2 ms 59. Ibn Abul-Hadid Sharh Nahjul Balagha jilid1 ms 283.

Quotes from 12 Imams

Mencintai keindahan adalah fitrah. Sampaikan keindahan Ahlul Bait dan keindahan ajaran mereka dengan cara yang indah. "Kalau manusia mendengar keindahan ucapan-ucapan kami, niscaya mereka akan mengikuti kami" (Imam Ridha as).

0 comments:

Post a Comment