12 Imam ~ Para penyelidik akan menjumpai banyak hadith yang dikatakan dari rasul adalah yang sebenarnya tidak lain dari bidaa yang direka oleh beberapa para sahabat setelah wafatnya rasul. Ia kemudiannya telah dipaksakan keatas manusia, sehingga mereka kemudian menyangka bahawa ianya adalah yang sebenarnya, apa yang rasul telah kata dan lakukan. Untuk sebab ini kebanyakkan dari bidaa itu bertentangan sesamanya, dan ianya berbeza dari teks Quran, maka ulama sunni terpaksa menghuraikannya sebagai berkata bahawa rasul melakukan ini pada suatu ketika dan pada ketika yang lain dia melakukan sesuatu yang lain dan begitulah seterusnya. Sebagai contoh, mereka berkata bahawa baginda suatu ketika mengerjakan solat membaca basmala secara nyaring dan bersolat diketika yang lain tanpa membaca basmala, bahawa baginda suatu ketika menyapu kakinya semasa mengerjakan wudu tetapi membasuhnya diketika yang lain, bahawa baginda suatu ketika meletakkan tangan kanannya diatas tangan yang kiri dan diketika yang lain melepaskannya disisi…. Sebahagian sunni telah melampaui batas dengan mengatakan bahawa baginda dengan sengaja telah melakukannya supaya dapat meringankan beban terhadap umma supaya setiap Muslim dapat memilih apa saja bentuk tindakkan yang sesuai baginya.
Ini tidak lain dari dusta yang ditolak oleh Islam yang telah didirikan atas prinsip Tawhid, satu bentuk sembahan walaupun dari segi dzahirnya: Islam tidak membenarkan sesiapa untuk memakai pakaian ihram semasa haji untuk memakai apa yang dia suka, walaupun dari segi fesyen ataupun warna. Tidak juga Islam membolehkan sesaorang yang mengikuti Imam [semasa solat] untuk berbeza dengannya didalam pergerakkan; sama ada berdiri, ruku’, sujud atau duduk.
Ianya juga palsu kerana para Imam yang suci dari ahl al-bayt menolak kenyataan serupa itu dan enggan untuk menerimanya apabila mereka membolehkan manusia untuk berbeza sesama mereka dengan yang berkaitan dengan bentuk perlaksanaan dan konteknya.
Jika kita kembali untuk membincang pertentangan didalam hadith yang disampaikan oleh ahl al-sunna wal-jamaa kita akan dapatinya dengan banyak, tidak terkira, dan kami akan cuba untuk mengumpulkannya didalam sebuah buku insya Allah.
Sebagaimana kebiasaan kami hanya ingin menyatakan secara ringkas beberapa contoh supaya ianya menjadi nyata untuk para penyelidik kepada asas dimana ahl al-sunna wal-jamaa menubuhkan mazhab dan kepercayaan mereka.
Didalam sahih Muslim, sebagaimana didalam Sharh al-Muwatta oleh Jalal ad-Din al-Suyuti, Anas ibn Malik telah disebut sebagai berkata, ‘Saya bersolat dibelakang rasul Allah, Abu Bakr, Umar dan Uthman dan saya tidak pernah mendengar mana-mana dari mereka membaca basmala.’ Didalam kenyataan yang lain, ianya telah dikatakan bahawa rasul Allah tidak suka membaca basmala dengan nyaring, kali ini hadith ini disampaikan oleh Anas ibn Qatadah, Thabit al-Banani dan yang lainnya. Setiap mereka ini dijejaki pertalian penyampainya balik sehingga kepada rasul. Tetapi kesemua hadith ini mengandungi beberapa perubahan didalam perkataannya. Sebahagian dari mereka mengatakan bahawa mereka tidak membaca basmala, sedangkan yang lain mengatakan mereka tidak nyaringkan bacaannya, sedang ada yang lain berkata bahawa mereka sebenarnya membaca basmala dengan nyaring. Malah ada yang lain yang mengatakan mereka tidak pernah meninggalkan bacaan basmala. Sebahagian dari mereka berkata bahawa mereka memulakan bacaan mereka dengan Alhamdu Lillah Rabbil Alameen. Maka yang mengumpulkan telah menambah dengan mengatakan: Ini adalah kekeliruan yang mana tidak ada hujah yang boleh didirikan pada mana-mana dasar dengan mana-mana ahli fiqh.’ [266]
Kami harap dapat mengetahui sebab-sebab yang sebenar disebalik pertentangan dan kekeliruan sebagaimana yang diakui oleh penyampainya sendiri, iaitu Anas ibn Malik, yang senantiasa berada didalam kumpulan baginda rasul. Dia adalah hajib rasul. Dia menyampaikan satu ketika mengatakan rasul Allah dan ketiga-tiga khalifa tidak pernah membaca basmala, bahkan dia disebutkan sebagai berkata bahawa mereka tidak pernah meninggalkannya!
Ini adalah kebenaran yang pedih dan amat dikesali yang berkaitan dengan apa yang dilakukan oleh kebanyakkan para sahabat semasa menyampaikan dan menyatakan hadith: Mereka mengikuti apa yang dikatakan oleh kepentingan politik, mencari untuk menyenangkan mereka yang berkuasa.
Tidak ada keraguan bahawa dia ceritakan dengan berkata bahawa mereka tidak pernah membaca basmala; itu adalah semasa pemerintahan Banu Umayyad yang mencuba dengan kuat untuk mengubah sunnah rasul. Ali ibn Abu Talib walaupun berkeras didalam menegakkannya. Dia mencuba dengan bersungguh untuk menghidupkannya.
Polisi mereka adalah berasaskan kepada menentang Ali didalam segala-galanya, malakukan yang sebaliknya dari apa yang dia biasa lakukan, sehinggakan beliau [as] menjadi terkenal kerana telah melampaui didalam membaca basmala walaupun ketika dia mengerjakan solat senyap. Ini bukanlah apa yang kami atau shia lain katakan, kami tidak bergantung pada mana-mana yang kami tuliskan melainkan dari buku dan kenyataan dari ahl al-sunna wal-jamaa.
Imam al-Naisapuri didalam bukunya Tafsir Ghara’ibal-Quran, setelah menyebutkan kenyataan Anas ibn Malik yang bertentangan telah berkata, ‘….. dan ianya mengandungi tuduhan yang lain: bahawa Ali [as] biasanya akan melampaui batas pada menyaringkan bacaan basmala. Apabila Banu Umayyad memegang kuasa, mereka telah melampaui pada melarang pembacaan basmala dengan nyaring didalam percubaan pada menghapuskan pengaruh Ali ibn Abu Talib. Adakah mungkin Anas ibn Malik takut kepada mereka, kerana pertentangan itu adalah didalam kenyataannya. [267]
Shaykh Abu Zuhra juga membuat kenyataan yang agak sama kepada yang itu: dia berkata, ‘Regim Umayyad yang bertanggong jawab diatas terhapusnya kebanyakkan pengaruh Ali [as] pada perundangan dan pada menggeluarkan keputusan disebabkan kerana tidaklah rasional untuk mereka mengutuk Ali dari mimbar sedangkan membiarkan para ulama membincangkan pengetahuannya dan menyampaikan keputusannya dan apa saja yang dia sampaikan kepada manusia, terutama dengan yang berkenaan kepada apa-apa yang berkaitan dengan asas kerajaan Islam [268] Maka segala puji tertentu bagi Allah yang mengizinkan kebenaran untuk dijelaskan oleh sebahagian dari ulama mereka yang mengaku bahawa Ali pernah melampaui pada pembacaan basmala dengan nyaring.
Kita telah boleh membuat kesimpulan bahawa apa yang menyebabkan dia [as] sehingga melampaui kepada pembacaan basmala dengan nyaring adalah disebabkan bahawa para pemerintah yang terdahulu telah meninggalkannya sama ada dengan sengaja atau dengan tidak disengajakan; dan manusia telah mula mengikutinya, maka ianya telah menjadi suatu kebiasaan umum, tetapi satu-satunya, yang tidak diragukan, yang menjadikan solat tidak sah adalah apabila basmala ditinggalkan dengan sengaja, jika tidak Imam Ali [as] tentu tidak akan melakukan sehingga melampau untuk menjelaskannya walaupun didalam solat senyap.
Kami juga dapat merasakan dari membaca Anas ibn Malik hadith, percubaannya untuk rapat dan menyenangkan Banu Umayyad yang sebaliknya, telah memuji dan menghujaninya dengan harta dan bahkan membinakan untuknya sebuah istana disebabkan kerana dia juga musuh Ali [as]. Dia secara umum telah menunjukkan kebenciannya terhadap Amirul Mukminin [as] apabila dia menyampaikan cerita burung panggang yang mana rasul disebutkan sebagai telah berdoa, ‘Wahai Allah! Bawalah kepada ku seorang yang Kamu paling cintai untuk berkongsi burung ini dengannya,’ yang mana Ali datang meminta izin untuk masuk, tetapi tiga kali Anas enggan memberi izin dia masuk. Apabila rasul mendapat tahu pada percubaan kali keempat, baginda bertanya kepada Anas, ‘Apa yang menyebabkan kamu melakukan apa yang kamu lakukan?’ Anas berkata, ‘Saya berharap semoga ianya adalah salah seorang dari Ansar bahkan.’ [269]
Mencukupi bagi sahabat ini untuk mendengar rasul berdoa kepada tuhannya untuk membawakan kepadanya seorang yang paling Dia cintai, maka Allah membalas doanya apabila Ali [as] datang kepadanya. Tetapi kebencian yang ada pada Anas terhadapnya telah memaksakannya untuk berbohong dan menyuruh Ali pulang mengatakan rasul tidak memerlukan kepadanya. Dan dia mengulangi pembohongannya sebanyak tiga kali berturut-turut disebabkan hanya dia tidak menerima Ali sebagai yang paling Allah cintai selepas pesuruhnya. Tetapi Ali menolak pintu pada kali keempat dan masuk, dimana rasul bertanya kepadanya, ‘Wahai Ali! Apa yang telah menjauhkan kamu dari saya?’ ‘Saya datang untuk bertemu dengan mu,’ Ali menjawab, ‘Tetapi Anas menyuruh saya pulang sebanyak tiga kali.’ Rasul bertanya kepada Anas, ‘Apa yang membuatkan kamu melakukan itu, wahai Anas?’ Dia berkata, ‘Wahai pesuruh Allah! Saya terdengar doa kamu, dan saya berharap supaya ianya adalah seorang dari orang saya.’
Sejarah telah memberi tahu kita bahawa selepas insiden itu Anas kekal membenci Imam Ali selagi dia hidup, dan bahawa dialah orangnya yang Imam Ali cari untuk mengesahan pada hari Rahba untuk menyatakan yang dia ada mendengar hadith Ghadeer, tetapi dia menyembunyikan pengakuannya. Maka barulah Imam berdoa kepada Allah untuk mengutuknya: Dia tidak sempat meninggalkan tempat itu sebelum dia ditimpakan dengan penyakit kusta. Maka bagaimana Anas bukan musuh bagi Ali, oleh kerana bencinya yang mendalam, dia merapatkan diri kepada musuhnya dengan menjauhkan dirinya dari dia?
Adalah diatas sebab-sebab ini bahawa kenyataannya yang berkenaan dengan basmala telah menunjukkan kepada ketaatannya terhadap Muawiya ibn Abu Sufyan; dia berkata: ‘Saya bersolat dibelakang rasul, Abu Bakr, Umar dan Uthman …..,’ bererti bahawa dia tidak pernah menerima untuk bersolat dibelakang Ali. Inilah apa yang Muawiya dan Umayyadnya suka mendengar; objektif mereka untuk meninggikan nama ketiga-tiga khalifa dan menghapuskan nama Ali dan tidak menyatakan namanya didalam mana-mana hadith.
Oleh kerana ianya telah dibuktikan melalui keturunan yang suci dan pengikut mereka bahawa Ali biasa membaca basmala dengan nyaring sebagai sebahagian dari surah al-Fatiha dan sebagai pengenalan kepada surah yang lain, dan oleh kerana ianya juga telah dibuktikan melalui dari ahl al-sunna wal-jamaa bahawa dia biasanya akan melampaui pada pembacaan basmala secara nyaring walaupun pada solat senyap… semua ini membuktikan bahawa ianya terjumlah didalam sunnah yang sahih: sesiapa yang meninggalkannya telah meninggalkan kewajipannya dan membatalkan solatnya. Bertindak yang menyalahi sunnah tidak ada yang lain melainkan sesat. ‘Apa saja rasul berikan kepada kamu, terimalah, dan dari apa saja dia melarang kamu, tinggalkan lah.’ [59:7]
Selepas semua ini kami mempunyai kritikan yang banyak terhadap hadith yang disampaikan oleh sahabat yang bertentangan dengan sunnah rasul. Kritikan ini telah disokong oleh beberapa bukti sebahagian darinya kami telahpun nyatakan didalam penyelidikan kami yang lalu, dan kami akan nyatakan yang lain didalam hujah kami yang akan datang. Apa yang mustahak didalam semua ini adalah bahawa kita harus tahu bahawa ahl al-sunnah wal-jamaa mengikuti kenyataan dan mencontohi perbuatan para sahabat disebabkan oleh sebab yang berikut:
Mereka mempercayai bahawa kenyataan dan perbuatan mereka adalah mengikuti sunnah.
Pada fikiran mereka bahawa apa saja para sahabat katakan dan lakukan tidak pernah bertentangan dengan sunnah rasul. Para sahabat pernah mengadili mengikut dari pandangan mereka kemudian mengatakan yang sama telah dilakukan oleh rasul, supaya mereka boleh mempengaruhi manusia dan menyelindungi diri mereka dari bangkangan orang-orang yang menentang mereka.
Ali Ibn Abu Talib sajalah penentang mereka yang mencuba sedaya upaya semasa pemerintahannya untuk mengembalikan manusia kepada sunnah rasul dengan percakapannya, tindakkannya dan juga keputusan perundangannya. Malahan ini semuanya hampa kerana mereka mengalihkannya dengan peperangan, belum pun dia selesai dengan yang satu, mereka telah mulakan yang lain. Dia belum pun selesaikan peperangan unta mereka telah mulakan peperangan Siffen. Dan dia belumpun selesaikan peperangan siffen mereka telah mulakan dengan peperangan Nahrawan. Apabila dia baru sahaja menyelesaikannya, mereka membunuhnya, semasa dia berdiri dimasjid Kufa untuk solat.
Kemudian Muawiya berkuasa dengan satu tujuan untuk memadamkan cahaya Allah, maka dia mencuba sedaya upaya untuk menghapuskan sunnah rasul yang telah dihidupkan oleh Imam Ali. Dia membawa manusia kembali kepada bidaa khalifa, terutama yang mana dia sendiri telah adakan. Dia menghina Ali dan mengutuknya supaya tiada siapa yang menyebutnya didalam apa saja melainkan kehinaan.
Al-Mada’ini telah menyatakan bahawa seorang sahabat telah datang kepada Muawiya dan berkata: ‘O Amirul mukminin! Ali telah mati, dan tiada apa yang hendak kamu khuatirkan. Mengapa kamu tidak berhentikan adat pada mengutuknya?’ Muawiya berkata, ‘Tidak demi Allah, saya tidak akan memberhentikannya sehingga remaja tumbuh uban dan kanak-kanak menjadi tua melakukan yang sama.’
Al-Mada’ini berkata: ‘Maka mereka [Banu Umayyad] berterusan melakukannya didalam jangka waktu yang lama, mengajar anak-anak mereka disekolah pengajian Quran, begitu juga wanita-wanita mereka, orang suruhan dan hamba, untuk melakukan yang serupa.’ Muawiya telah berjaya didalam rancangannya untuk menjauhkan umma Islam, melainkan yang sedikit, dari wali mereka dan ketua yang sebenar, mengheret mereka kepada menghinakan dia dan melepaskan diri darinya. Dia jadikan penipuan kelihatan kepada mereka benar dan meyakinkan mereka bahawa hanya mereka pengikut sunnah, dan sesiapa saja yang menerima mereka sebagai ketua dan mengikut jejak langkah Ali adalah kharijite, yang memperkenalkan bidaa.
Jika Amirul Mukminin Ali, manusia teragung, pernah dikutuk dari atas mimbar, dan manusia mencari keridhaan Allah dengan mengutuk dan menghina dia, bagaimana pada fikiran kamu layanan yang diberikan kepada shia yang mengikutinya? Mereka telah tidak diberikan hak mereka dari wang awam, rumah mereka dibakar, mereka telah disalib pada batang kurma dan sebahagian mereka ditanam hidup-hidup. Tidak ada daya dan upaya melainkan Allah.
Muawiya pada pandangan saya adalah gelang pada rantai didalam komplot yang besar dan satu dari babnya, tetapi dia telah melebihi dari setiap mereka dari pencapaiannya didalam menyembunyikan kebenaran dan memusingkan fakta dari atas kebawah, membawa balik umma kezaman jahiliah didalam bentuk [pakaian] Islam.
Adakah penting untuk dinyatakan disini bahawa dia adalah lebih licik [pintar belit] dari mereka yang telah mendahuluinya dari para khalifa. Dia adalah seorang pelakon handalan yang telah memainkan peranannya dengan baik: adakala nya dia akan menangis sehingga dia dapat meyakinkan fikiran mereka yang hadir kepada berfikir bahawa dia adalah seorang yang zuhud dan hamba Allah yang ikhlas. Dan kadang kala dia akan menunjukkan kekejamannya dan kesombongannya sehinggakan mereka yang ada disekelilingnya melihat dia sebagai seorang kafir yang agung. Seorang bedouin mungkin boleh tersalah anggap dia sebagai pesuruh Allah!
Supaya dapat menyempurnakan penyelidikkan kami ini, kita boleh merumus sejauh manakah kelicikkan dan pintar belitnya dari surat yang dikirimkan kepada Muawiya oleh Muhammad anak Abu Bakr, dan dari jawapannya kepada surat itu. Kita juga akan mengetahui dari kedua-dua surat itu bukti yang amat berharga bagi mereka yang mencari kebenaran.
[266] Ini adalah komen dari pengarang Tanweer al-Hawalik: Sharh ala Muwatta Malik. Kami katakan: segala puji tertentu bagi Allah apabila ‘seorang saksi dari keluarganya memberikan kenyataan’ dengan yang berkenaan kekeliruan dan pertentangan diantara hadith-hadith mereka. Sebagaimana dia telah berkata, hujah dari ahli Faqh mereka tidak ada satu yang boleh diterima. Bahkan, penghujahan berdiri dipihak para Imam petunjuk yang tidak pernah berbeza diantara mereka dengan berkenaan apa saja.[267] Al-Naisapuri, Tafsir Ghara]ib al-Quran jilid 1 ms 77 didalam notakaki komen kepada Tafsir al-Tabari[268] Shaykh Abu Zuhra membuat kenyataan ini pada ms 161 dari bukunya Al-Imam al-Sadiq[269] Cerita ini telah disampaikan oleh al-Hakim didalam Mustadraknya dimana dia komen dengan mengatakan, ‘Hadith ini sahih menurut kedua-dua shaykh [al-Bukhari dan Muslim] Al-Tirmidhi mengatakan pada ms 299 jilid 2 dari sahihnya. Al-Tabari menyebutnya pada ms 160 jilid 2 dari bukunya Al-Riyad al-Nadira. Ianya juga disampaikan pada ms 171 jilid 3 Tarikh Baghdad. Ianya disebut pada ms 406 jilid 6 Kanz al-Ummal. Ianya juga disebutkan oleh al-Nasa’i pada ms 5 dari bukunya Al-Khasa’is, dan ianya dinyatakan pada ms 30 jilid 4 dari buku Ibn al-Atheer Usd al-Ghabah.
0 comments:
Post a Comment