Contributors

Don't miss

Sunday, April 5, 2015

Syiah_Sunnah : Bab 35 Sunnah dan Quran Menurut ‘Ahl al-Sunnah wal-Jamaah'


By on 4/05/2015 06:59:00 PM

12 Imam ~ Setelah mengetahui bahawa Imami shiah (Shiah Imamiyyah) telah memberikan keutamaan kepada Quran keatas sunnah, menjadikannya sebagai keputusan terakhir dan penguasa yang memerintah. Ahl al-sunna wal-jamaa adalah yang bertentangan dengannya: mereka mendahulukan sunnah keatas Quran, menjadikannya keputusan yang terakhir, penguasa muktamad. Kami sampai kepada kesimpulan ini apabila kami melihat bagaimana mereka mengelar diri mereka ahl al-sunna pengikut kepada sunnah, disebabkan kepada cara mereka berfikir yang mereka gunakan; jika tidak mengapa mereka tidak mengatakan bahawa mereka adalah pengikut Quran dan sunnah terutamanya mereka telah menyatakan didalam buku mereka bahawa rasul telah berkata, ‘Saya telah tinggalkan bersama kamu kitab Allah dan sunnahku?’



Sebab-sebab ahl-sunnah mengabaikan Quran dan memberinya kedudukan yang dibelakang, menegakkan apa yang dikatakan sunnah dan memberinya kedudukan dihadapan, kami memahami sebab yang utama mengapa mereka sekarang mengatakan bahawa sunnah membatalkan Quran, inilah yang amat pelik. Saya fikir mereka mendapati diri mereka terpaksa melakukannya apabila mereka mendapati bahawa mereka telah melakukan perkara yang bertentangan dengan Quran, perkara yang mereka telah adakan setelah pemerintah yang mereka taati telah memaksakan kepada mereka untuk melakukannya. Supaya dapat membolehkan mereka melakukan itu semua, mereka mengubah hadith yang diciptakan dengan dustanya mengakatakan dari rasul. Dan oleh kerana hadith itu bertentangan dengan arahan Quran, mereka katakan bahawa sunnah telah membatalkan Quran, dan bahawa ianya menghapuskan arahan Quran.



Biar kami berikan kepada kamu contoh yang nyata kepada apa yang setiap Muslim lakukan banyak kali dalam sehari: wudu yang mendahului sebelum solat:



Quran yang suci menyatakan yang berikutnya: ‘Wahai kamu yang beriman Apabila kamu berdiri untuk solat, basuhlah muka dan tangan kamu hingga kesiku dan sapulah kepala dan kaki kamu hingga kebuku lali.’ [5:6]



Tidak kira berapa banyak yang diperkatakan, dan tidak kira dimana tanda bunyi itu diletakkan apabila sesaorang membaca [teks Arab yang asal] dari ayat ini, al-Fakhr al-Razi, salah seorang ulama yang terkenal diantara ahl al-sunna wal-jamaa telah berkata bahawa kaki hendaklah disapu. [246] Ibn Hazm telah juga berkata, ‘Sama ada tanda bunyi diletakkan dibawah atau diatas laam, ianya walau bagaimana pun adalah arahan yang bersambung pada kepala didalam perlaksaan perbuatannya yang sama, dan tidak ada perbuatan lain yang sah.’ [247] Bahkan walaupun dia mengaku bahawa Quran memberikan mandat sapu dilakukan kepada kaki didalam mana-mana keadaan, tetapi al-Fakhr al-Razi didapati begitu fanatik menyokong mazhab sunna nya dan berkata, ‘…. Tetapi sunnah telah datang untuk memberi mandat kepada membasuh kaki, maka telah memansuhkan Quran.’ [248]



Begitulah contoh yang dikatakan sunnah yang membatalkan atau memansuhkan Quran ada banyak contoh yang sama yang boleh didapati dengan ahl al-sunna wal-jamaa. Ada beberapa hadith yang telah diubah menyentuh arahan Allah berdasarkan pada tuntutan palsu bahawa rasul Allah sendiri telah memansuhkannya.



Jika kita selidiki ayat yang merujuk kepada wudu didalam surah al-Maaidah dan mempertimbangkan ijmaak Muslim bahawa surah ini adalah yang terakhir diturunkan dari Quran yang suci - ianya dikatakan telah diturunkan hanya dua bulan sebelum rasul wafat [249] , lalu bagaimana dan bila rasul membatalkan arahan yang merujuk kepada wudu?! Rasul telah menghabiskan selama dua puluh tiga tahun melakukan wudu, menyapu [tidak membasuh] kakinya, malakukannya beberapa kali dalam satu hari; adakah boleh diterima bahawa hanya dua bulan sebelum baginda wafat, dan setelah dia menerima ayat yang mengatakan, ‘… dan sapu kepala dan kaki,’ dia dengan sengaja membasuh kaki bertentangan kepada arahan yang diwahyukan didalam kitab Allah?! Ini tidak boleh dipercayai…



Bagaimana manusia boleh mempercayai bahawa rasul mengajak mereka untuk menegakkan kitab Allah dan untuk bertindak mengikutinya, memberitahu mereka, ‘Kitab ini memandu kepada apa yang baik,’ yang sebenarnya telah melakukan yang bertentangan dengan apa yang Quran suruh?! Tentu musuhnya yang fasik, dan hipokrti akan berkata kepadanya, ‘Oleh kerana kamu sendiri melakukan yang bertentangan dari apa yang Quran suruh, bagaimana kamu boleh mengarahkan kami untuk mengikutinya?! Rasul tentu mendapati dirinya didalam keadaan yang memalukan, tidak tahu bagaimana hendak mematahkan hujah mereka, maka kami tidak percaya terhadap kenyataan itu, kenyataan yang ditolak oleh alasan dan hadith dan ditolak oleh sesiapa saja yang mengetahui kitab Allah dan sunnah pesuruhNya.



Tetapi ahl al-sunnah wal-jamaah yang kami telah kenali  dari penyelidikkan yang lalu, adalah sebenarnya pemerintah Umayyah dan manusia telah mengikuti jejak mereka, dengan sengaja memalsukan banyak hadith yang mereka katakan dari rasul supaya dapat membolehkan pandangan dan ijtihad dari para imam yang sesat, dan untuk memberikan keatas mereka keselamatan pada agama. Mereka lakukan yang tersebut supaya dapat membolehkan ijtihad orang yang berkenaan dilaksanakan terhadap firman yang ada, mengatakan bahawa rasul sendiri telah menggunakan ijtihad [mengikut pada pandangan sendiri] bertentangan dengan firman Quran; maka baginda telah membatalkan apa yang disukainya dari firman-firman tersebut. Mereka yang menyokong bidaah telah mendapatkan syariah yang bertentangan dengan firman Quran. Mereka mengatakan bahawa mereka hanya mengikuti rasul, sesuatu yang tidak benar, suatu pendustaan.



Didalam penyelidikkan yang lalu, kami telah berikan bukti dan hujah yang kuat bahawa pesuruh Allah tidak sekali-kali, walaupun satu hari, ikut pandangan peribadinya, tidak juga dia menerima prinsip qias, atau menukarnya. Katakan: Tidaklah bagi saya untuk menukarkannya dari kehendak saya; saya hanya mengikuti apa yang telah diturunkan kepada saya. Saya takut jika saya tidak mentaati Tuhanku akan siksa pada hari yang besar.’ [10:15] Tidakkah tuhannya telah mengancam dia dengan ancaman yang amat keras terhadapnya jika dia hendak mengadakan walaupun satu perkataan bagi Allah? Dia yang maha suci [awj] berkata, ‘Dan jika dia mengadakan sesuatu bagi kami sebarang kenyataan, Kami pasti merentapnya dari tangan kanannya, kemudian kami putuskan pembuluh jantungnya, dan tiada siapa dari kamu dapat menghalang Kami dari dirinya,’ [69:44 – 47]



Begitulah Quran yang suci, dan begitulah pula rasul yang pekertinya telah disemadikan kepada mematuhi arahan Quran yang suci. Tetapi ahl al-sunnah wal-jamaah [250] disebabkan oleh dalamnya kebencian mereka terhadap Ali ibn Abu Talib dan ahl al-bayt, dengan sengaja menentang mereka didalam apa saja, sehinggakan motto [cogan kata] mereka adalah untuk menentang Ali dan pengikutnya didalam segala aspek walaupun sehingga menentang sunnah yang mereka sendiri mengatakan sahih. [251]



Oleh kerana Imam Ali sangat terkenal kepada membaca basmala dengan nyaring walaupun ketika didalam solat perlahan bertujuan supaya dapat menghidupkan sunnah rasul semula, sebilangan para sahabat menyatakan pandangan mereka bahawa ianya adalah makruh untuk membacanya didalam solat. Begitu jugalah kesnya dengan memegang tangan dan melepaskannya kesisi, doa ketika qunut, sebagai tambahan kepada isu-isu berkenaan yang lain terhadap solat seharian.



Maka Anas ibn Malik pernah menangis dan mengadu bahawa, ‘Demi Allah! Saya tidak menjumpai apa-apa lagi yang pernah dilakukan oleh pesuruh Allah.’ Dia telah ditanya, ‘bagaimana dengan solat.’ Dia berkata, ‘Kamu telah mengubahnya juga.’ [252]



Apa yang aneh adalah bahawa ahl al-sunna wal-jamaa tinggal berdiam mengenai perbezaan yang sedemikian: Mazhab mereka yang empat berbeza-beza diantara mereka, bahkan mereka tidak mendapati apa-apa kesalahan kepadanya, mengatakan perbezaan mereka adalah rahmat. Bahkan mereka persalahkan shia apa saja yang mereka berbeza dengannya didalam segala isu; maka dengannya rahmat telah bertukar menjadi bencana. Mereka tidak menguatkuasakan, melainkan pandangan dari imam mereka, walaupun imam mereka bukan bandingannya kepada Imam dari keturun rasul yang suci didalam pengetahuan mereka, perbuatan, kemuliaan dan juga kehormatan.



Sebagaimana yang kami telah nyatakan berkenaan membasuh kaki dengan menyapunya dan walaupun buku mereka mengesahkan bahawa menyapu adalah apa yang Quran suruh, dan ianya adalah juga sunnah dari rasul [253] mereka membenci shia melakukan semua itu, menuduh mereka menghuraikan Quran dan menentang agama.



Contoh kedua yang mana telah disebut adalah perkahwinan mut’a yang telah dirujuk oleh Quran yang suci dan telah disokong oleh sunnah rasul. Supaya dapat membolehkan Umar untuk mengikut ijtihadnya sendiri didalam keadaan ini dan larangan terhadapnya, mereka mencipta hadith palsu yang dikatakan dari rasul. Tujuan mereka dengannya untuk menyalahkan shia kerana mengizinkan perkahwinan yang sedemikian bergantung kepada hadith yang disampaikan oleh Imam Ali ibn Abu Talib [as] Ditambahkan kepadanya fakta bahawa buku sahih mereka mengesahkan bahawa para sahabat melakukannya semasa hidup pesuruh Allah dan semasa pemerintahan Abu Bakr dan sebahagian dari pemerintahan Umar sebelum dia kemudian melarangnya. Mereka juga mengesahkan bahawa para sahabat berbeza diantara mereka: sabahagian mengizinkan sedang yang lain melarang.



Penghujahan didalam perkara ini sangatlah banyak. Mereka membuktikan bahawa sunni membatalkan firman Quran dengan melalui hadith yang dipalsukan. Kami telah nyatakan beberapa contoh darinya, dan objektif kami adalah untuk menghapuskan penutup dari mazhab yang diikuti oleh ahl al-sunna wal-jamaa dan menerangkan kepada pembaca kepada fakta bahawa sunni mengutamakan hadith keatas Quran dan dengan secara terbuka mengatakan sunnah membatalkan Quran.



Imam perundangan Abdullah ibn Muslim ibn Qutaybah, ahli hadith dan perundangan bagi ahl al-sunna wal-jamaa yang mati pada tahun 276 AH / 889 AD secara terbuka berkata: ‘Sunnah membatalkan Quran; kitab tidak membatalkan sunnah.’ [254]



Pengarang buku yang bertajuk Maqalat al-Islamiyyeen menyatakan Imam al-Ash’ari, ketua Imam ahl al-sunna wal-jamaa yang berkenaan dengan usul berkata, ‘Sunnah membatalkan Quran dan menghapuskan arahannya, sedangkan Quran tidak membatal sunnah tidak juga menghapuskannya.’ [255]



Ibn Abd al-Birr berkata bahawa imam al-Awza’i, adalah seorang imam yang terkemuka dari ahl al-sunnah wal-jamaa telah berkata, ‘Quran lebih memerlukan kepada sunnah dari sunnah memerlukan kepada Quran.’ [256]



Oleh kerana kenyataan seperti ini mengesahkan keimanan mereka, adalah lumrah bahawa manusia ini menentang apa yang dikatakan oleh ahl al-bayt sejauh mana perbezaan diantara hadith dengan kitab Allah dan menimbangkannya. Quranlah yang menentukan sunnah. Adalah lumrah juga untuk mereka menolak hadith ini dan enggan menerimanya, walaupun ianya telah disampaikan oleh Imam dari ahl al-bayt, hanya kerana ianya telah merendahkan mazhab mereka sepenuhnya.



Al-Bayhaqi, didalam bukunya Dala’il al-Nubuwwah, menyampaikan berkata bahawa hadith yang mana rasul berkata, ‘Jika kamu mendapati satu hadith melaporkan mengenai saya, bandingkannya dengan kitab Allah,’ mengatakan, ‘Hadith itu palsu dan tidak tepat dan ianya bertentangan dengan dirinya sendiri, kerana tidak ada bukti didalam Quran mencadangkan membuat perbandingan diantara hadith dan Quran.’



Ibn Abd al-Birr menyebutkan Abd al-Rahman ibn Mahdi berkata bahawa hadith yang mana rasul berkata, ‘Apabila saya menyebut kepada kamu, bandingkannya kepada kitab Allah; jika ianya bersetuju dengan kitab Allah, maka saya telah mengatakannya, tetapi jika ianya bertentangan dengan kitab Allah, maka saya tidak pernah mengatakannya,’ tidak boleh diterima oleh manusia yang berpengetahuan sebagai sahih. Dia mengakhiri dengan mengatakan bahawa atheis dan kharijite yang telah mengubahnya. [257]



Lihatlah betapa buta fanatiknya yang tidak meninggalkan sebarang ruang secara sains untuk mengesahkan sesuatu dan menurut saja kepada apa yang dijumpai: mereka melabelkan penyampai kepada hadith ini, iaitu Imam petunjuk dari keturunan rasul yang suci, sebagai atheis dan kharijite, menuduh mereka memalsukan hadith!



Bolehkah kita bertanya kepada mereka, ‘Apakah tujuan matlamat atheis dan kharijite disebalik memalsukan hadith ini yang menjadikan kitab Allah, yang mana kepalsuan tidak boleh masuk dari depan dan dari belakang, menjadi rujukan untuk semua?!’



Orang yang berfikiran dan waras tentu akan bersimpati dengan mereka yang dikatakan atheis dan kharijite yang telah memuliakan kitab Allah dan memberikannya kedudukan yang tinggi yang darinya mereka mendapatkan perundangan selain dari mereka ahl al-sunnah wal-jamaa yang telah mematikan kitab Allah melalui cara hadith palsu dan menghapuskan arahannya melalui yang dikatakan sebagai bidaah.



‘Perkataan yang amat keji, sebenarnya, keluar dari mulut mereka; sesungguhnya apa yang mereka katakan adalah dusta….’ [18:5]



Mereka yang dilabelkan sebagai atheis dan kharijite adalah tidak lain dari Imam dari keturunan rasul, Imam bagi petunjuk, cahaya yang menerangi kegelapan, mereka yang diterangkan oleh datuknya pesuruh Allah sebagai keselamatan bagi umma dari perselisihan: jika satu kaum berbeza dari mereka, ianya akan menjadi parti syaitan. Dosa mereka adalah untuk menegakkan sunnah datuk mereka dan menolak yang selain darinya bidaa yang telah diperkenalkan oleh Abu Bakr, Umar, Uthman, Muawiya, Yazid, Marwan dan Banu Umayyad. Oleh kerana kuasa pemerintah adalah ditangan individu-individu yang disebutkan tadi, dan telah menjadi kebiasaan bahawa mereka menghina penentang mereka, melabel mereka sebagai atheis dan kharijite memerangi dan menolak mereka. Tidakkah Ali dan ahl al-bayt telah dikutuk dari atas mimbar untuk selama lapan puluh tahun? Tidakkah mereka telah meracun Imam al-Hasan? Tidakkah mereka yang telah membunuh Imam al-Husayn dan keturunannya?



Biarlah kita tidak berpatah balik pada membincangkan trajedi ahl al-bayt, ketidakadilan yang masih berterusan dan biarlah kita kembali kepada mereka yang bergelar ahl al-sunna wal-jamaah dan yang telah menolak hadith yang menyuruh membandingkan sunnah dengan Quran. Mengapa mereka tidak melabel Abu Bakr al-Sideeq sebagai khawarij oleh kerana dia yang telah membakar hadith kemudian memberikan syarahan yang mana dia berkata, ‘Kamu menyebut hadith mengenai rasul Allah berkenaan dengan apa yang kamu berbeza padanya diantara kamu, dan manusia selepas kamu akan berlebihan lagi didalam perbezaan mereka, maka jangan menyebutkan apa-apa mengenai rasul Allah. Jika sesiapa bertanya kepada kamu, katakan: Diantara kita dan kamu adalah kitab Allah; maka ikutilah apa yang disuruh dan jauhilah dari apa yang dihalang.’ [258]



Adakah Abu Bakr meletakkan sunnah dihadapan Quran? Bahkan dia menganggapnya sebagai satu-satunya rujukan, menolak sunah sama sekali, mengatakan alasannya untuk bertindak sedemikian adalah disebabkan manusia berbeza diantara mereka mengenainya.



Mengapa mereka tidak memanggil Umar ibn al-Khattab sebagai kharijite, oleh kerana dia adalah orangnya yang menolak hadith semenjak dari hari pertama dengan berkata, ‘Kitab Allah mencukupi bagi kami?’ Dia juga telah membakar kesemua apa yang para sahabat telah kumpulkan dari hadith dan sunan semasa pemerintahannya [259], sehingga kepada melarang para sahabat dari menyatakan hadith secara umum. [260]



Mengapa mereka tidak memanggil umm Mukminin Aisha, yang mana darinya mereka mengambil setengah dari agama mereka, sebagai kharijite, oleh kerana dialah orangnya yang amat terkenal kepada membandingkan hadith dengan Quran yang suci? Setiap kali dia mendengar satu hadith yang dia tidak biasa dengannya, dia akan membandingkannya dengan kitab Allah dan menolaknya jika ianya bertentangan dengan Quran. Dia sebagai contoh telah membantah apabila Umar ibn al-Khattab menyebutkan satu hadith berkata, ‘Seorang yang mati tersiksa didalam kuburnya disebabkan oleh keluarganya yang menangisinya.’ Aisha berkata kepadanya, ‘Mencukupi bagi kamu untuk merujuk kepada Quran dimana ia berkata, ‘Tidak ada jiwa yang akan menanggung dosa jiwa yang lain.’ [261] Dia juga menolak satu hadith yang disampaikan oleh Abdullah ibn Umar yang berkata bahawa rasul telah pergi keperkuburan dimana sebahagian atheis telah ditanamkan setelah mereka terbunuh dipeperangan Badr dan berhubung dengan mereka, kemudian berpaling kepada para sahabat dan berkata, ‘Mereka pasti mendengar apa yang saya kata.’ Aisha menafikan bahawa orang yang mati boleh mendengar. Dia berkata,’bahkan, rasul Allah berkata, ‘Mereka sekarang mengetahui bahawa apa yang saya pernah katakan kepada mereka adalah benar,’ kemudian dia menyatakan ayat yang berikutnya untuk mengesahkan kepada palsunya hadith tersebut: Dan sesungguhnya kamu tidak boleh membuat mereka yang didalam kuburan untuk mendengar kepada kamu.’ [35:22] [262]



Dia telah menolak banyak hadith yang lain. Pada setiap kali, dia akan membandingkan setiap hadith dengan kitab Allah. Suatu ketika sesaorang memberitahunya bahawa Muhammad telah melihat tuhannya, maka dia berkata kepadanya: ‘Bulu roma saya berdiri dengan apa yang kamu baru katakan…. Dimanakan pendirian kamu dengan yang berkenaan tiga perkara yang mengenai sesiapa yang menyampaikan hadith, berdusta: sesiapa yang memberitahu kamu bahawa Muhammad melihat tuhannya adalah pendusta,’ kemudian dia menyebutkan ayat yang berbunyi, ‘Tidak ada pandangan yang dapat melihat Dia sedangkan Dia melihat segala sesuatu, dan Dia maha mengetahui dan melihat [6:103] dan juga ayat yang berbunyi, ‘Dan tidaklah untuk manusia berkata-kata kepada Allah melainkan dengan wahyu atau dari belakang dinding [42:51] ‘Dan sesiapa yang menberitahu kamu,’ dia meneruskan, ‘bahawa dia mengetahui apa esok akan adakan baginya adalah pendusta’ [31:34], ‘Dan sesiapa yang memberitahu kamu,’ dia meneruskan, ‘bahawa dia menyimpan mana-mana wahyu untuk dirinya [tanpa memberitahu kepada orang lain] adalah pendusta,’ kemudian dia menyebutkan ayat yang berbunyi, ‘Wahai rasul! Terangkan apa yang telah diturunkan kepada kamu dari tuhan mu,’ [5:67]



Begitu juga Abu Hurayrah, pencerita ahl al-sunnah, lumrah baginya untuk menyampaikan satu hadith, kemudian dia akan berkata: Bacalah apa yang kamu suka dari apa yang Maha tinggi katakan,’ kemudian dia membandingkan hadithnya dengan teks kitab Allah supaya para pendengar akan mempercayainya.



Maka mengapa ahl al-sunna wal-jamaa tidak memanggil mereka semua kharijite atau atheis oleh kerana mereka semua membandingkan hadith yang mereka dengar dengan Quran dan mendustakan yang mana bertentangan dengan Quran?! Sesungguhnya mereka tidak berani untuk melakukannya. Tetapi jika perkara ini melibatkan Para Imam ahl al-bayt, mereka tidak akan teragak-agak untuk mengutuk mereka dan memberikan bermacam kekurangan kepada mereka tanpa para Imam ini melakukan sebarang kesalahan selain dari membandingkan hadith dengan kitab Allah supaya dapat mendedahkan mereka yang mengubah dan memalsukan, mereka yang ingin merubah perintah Allah melalui cara memalsukan hadith. Mereka melakukannya kerana mereka sedar bahawa jika hadith mereka akan dibandingkan dengan kitab Allah, sembilan dari sepuluh hadith mereka akan didapati bertentangan dengan kitab Allah, dan yang tinggal kesepuluh, akan bersetuju dengan kitab Allah kerana ianya yang sebenarnya adalah kata-kata rasul, mereka menghuraikan dengan cara yang tidak seperti yang dimaksudkan oleh rasul . Contohnya termasuk hadith yang berkata, ‘Khalifa sesudah saya adalah dua belas; kesemua mereka dari Quraysh,’ dan yang mengatakan, ‘Berpeganglah kepada sunnah khalifatul rashidin selepas saya,’ dan yang mengatakan, ‘Perbezaan diantara umma saya adalah rahmat,’ selain dari banyak lagi hadith yang mana rasul maksudkan untuk merujuk kepada para Imam keturunan yang disucikan. Tetapi mereka mengatakan mereka merujuk kepada khalifa mereka yang telah merampas kuasa, dan kepada sebahagian para sahabat yang berpaling tadah.



Bahkan gelaran yang diberikan kepada para sahabat, seperti yang mereka panggil Abu Bakr al-Sideeq, Umar al-Farooq, Uthman Dhul-Noorayn, dan Khalid Sayf-Allah, semua gelaran ini telah diberikan oleh rasul Allah kepada Ali; sebagai contoh, baginda telah berkata, ‘Yang Sideeq adalah tiga: 1) Habib al-Najar, orang yang beriman yang dirujuk didalam surah Yasin, 2) Ezekiel, yang beriman didalam keluarga Firaun, dan 3) Ali ibn Abu Talib, adalah yang terbaik.’ [263]



Ali sendiri pernah berkata, ‘Saya adalah sideeq yang teragung; tiada siapa yang boleh mengatakannya selain dari penipu.’ Dan dia juga adalah farooq yang agung, melaluinya Allah membezakan yang benar dari yang palsu [264] Tidakkah rasul Allah telah berkata bahawa mencintai Ali adalah tanda penyerahan, dan yang membencinya adalah tanda hipokrit, bahawa kebenaran berputar disekelilingnya kemana saja dia pergi?



Dan untuk Dzul-Noorayn [265] Ali [as] adalah bapa kepada al-Hasan dan al-Husayn, ketua bagi remaja disyurga, dua cahaya yang turun dari keturunan rasul. Dan kepada sayf-Allah Ali adalah orangnya yang diterangkan oleh Jibril [as] semasa peperangan Uhud iaitu: ‘Tidak ada remaja seperti Ali, dan tidak ada pedang seperti Dhul-Fiqar.’Dan Ali adalah sebanarnya pedang Allah yang telah dikirimkan kepada orang-orang kafir untuk membunuh wira-wira mereka, menawan wira mereka yang berani, dan menghancurkan keangkuhan mereka sehingga mereka patuh kepada kebenaran walaupun bertentangan dengan kehendak mereka. Dia adalah pedang Allah yang tidak pernah lari dari medan peperangan, tidak juga menolak sebarang pertarungan. Dialah orangnya yang membuka kota Khayber, suatu tugas yang telah mengecewakan kebanyakkan dari para sahabat yang terkemuka yang terpaksa lari didalam kekalahan.



Kedudukan khalifah semenjak dari permulaan lagi, telah didasarkan dengan menjauhkan Ali dan tidak diberikan kepadanya dengan sebarang kemuliaan dan kehormatan. Apabila Muawiya menaiki kepada kedudukan kerajaan, dia telah melampaui dengan mengutuk dan memperkecilkan Ali, meninggikan status lawannya, memberikan kepada setiap mereka dengan setiap kehormatan yang ada pada Ali, termasuk gelarannya, dari perbuatannya yang khianat dan fitnahnya. Dan siapa yang boleh menentang Muawiya pada ketika itu, atau mengatakan bahawa dia pendusta terutamanya mereka telah setuju dengan dia untuk mengutuk dan menghina Ali, menjauhkan diri mereka dari Ali? Pengikut Muawiya dari ahl al-sunna wal-jamaa telah memusingkan segala fakta dari atas kebawah, sehingga apa yang benar kelihatan kepada mereka sebagai salah dan begitulah sebaliknya, sehinggakan Ali dan shianya dilabelkan sebagai kharijite, dan Rafizi dan mengutuk serta membunuh mereka adalah diperbolehkan, sedangkan musuh Allah, musuh rasulNya dan juga ahl al-bayt telah dikenali sebagai mereka yang mengikuti sunnah……, maka baca dan bayangkanlah, dan jika kamu merasa was-was didalam perkara ini, siasat dan selidikilah.



Perumpamaan bagi kedua parti adalah seperti yang buta lagi pekak, yang melihat dan mendengar: adakah mereka sama? Tidakkah dapat kamu fikirkan? [11:24]



Sesungguhnya Allah berkata yang benar.

[246] Begitulah yang dia kata didalam bukunya Al-Tafsir al-Kabir jilid 11 ms 161 
[247] Ibn Hazm Al-Muhalla jilid 3 ms 54 
[248] AL-fakhr al-Razi Al-Tafsir al-Kabir jilid 11 ms 161 
[249] Al-Bukhari sahih jilid 8 ms 148 
[250] Maksud kami mereka yang awal yang telah membuat perjanjian dengan Ali dan keturunannya selepas beliau dan yang telah menubuhkan mazhab ahl al-sunna wal-jamaah 
[251] Kami telah bincangkan isu ini dengan khusus dan menyebutkan kenyataan mereka yang mereka telah terbitkan didalam buku mereka dan begitu juga kenyataan dari imam mereka didalam buku kami namakan Ma’a al-Sadiqeen, maka rujuklah kepadanya. 
[252] Al-Bikhari sahih jilid 1 ms 74 
[253] Ibn Sa’d al-Tabaqat al-Kubra jilid 6 ms 191 
[254] Al-Dirimi sunan jilid 1 ms 145 Ibn Qutaybah ms 199 didalam bahagian yang berkenaan dengan penghuraian hadith yang diperselisihkan 
[255] Maqalat al-Islamiyyen jilid 2 ms 251 
[256] Jami’ Bayan al-ilm jilid 2 ms 234 
[257] Jami’ Bayan al-ilm jilid 2 ms 233 
[258] Al-Dhahabi Tadhkirat al-Huffaz jilid 1 ms 3 
[259] Ibn Kathir Kanz al-Ummal jilid 5 ms 237 Al-Dhahabi Tadhkirat al-Huffaz jilid 1 ms 5 
[260] Al-Dhahabi Tadhkirat al-Huffaz jilid 1 ms 5 
[261] Ini telah disebutkan didalam al-Bukhari sahih didalam buku pada keranda didalam bab mengenai dengan hadith rasul: ‘Orang yang mati akan tersiksa walaupun dengan sedikit tangisan dari keluarganya keatas jasadnya.’ Ianya juga dirakamkan didalam sahih Muslim didalam buku pada keranda didalam bab mengenai dengan seorang yang mati disiksa oleh tangisan keluarga keatasnya. 
[262] Ini telah dirakamkan oleh keduanya al-Bukhari dan Muslim didalam buku sahihnya didalam buku pada keranda ditulis oleh setiap mereka didalam bab yang dirujuk diatas. 
[263] Hadith ini adalah disebutkan pada ms 223 jilid 2 dari buku al-Hasakani Shawahid al-Tanzil, pada ms 417 Ghayat al-Maram, Al-Riyad al-nadira jilid2 ms 202 
[264] Ini ditunjukan didalam al-Tabari didalam bab mengenai keimanan Ali. Ibn Majah, sunan jilid 6 ms 44, Al-Nasa’i Khasa’is. Al-Hakim Mustadrak jilid 3 ms 112 
[265] Ahl al-sunna wal-jamaa mengelar Uthman Dhul-Noorayn membenarkannya dengan mengatakan bahawa dia telah mengahwini Ruqayya dan Ummu Kulthoom yang menurut mereka adalah anak perempuan rasul. Ini adalah tidak benar. Yang sebenarnya adalah mereka adalah anak tiri. Walaupun jika kamu katakan mereka adalah anak-anaknya, bagaimana mereka boleh kata noorayn, dua cahaya, oleh kerana rasul tidak pernah menyebutkan kemuliaan mereka? Mengapa tidak memberikan gelaran ini kepada Fatima yang mana baginda mengatakan sebagai ketua dan cahaya kepada semua wanita didunia? Mengapa mereka tidak memanggil Ali Dhul-Noorayn berasaskan dari cerita yang diatas?

Quotes from 12 Imams

Mencintai keindahan adalah fitrah. Sampaikan keindahan Ahlul Bait dan keindahan ajaran mereka dengan cara yang indah. "Kalau manusia mendengar keindahan ucapan-ucapan kami, niscaya mereka akan mengikuti kami" (Imam Ridha as).

0 comments:

Post a Comment