12 Imam ~ Dari Muawiyah anak kepada Sakhr kepada orang yang telah menyalahkan bapanya sendiri, Muhammad anak kepada Abu Bakar:
Keamanan kepada mereka yang taat kepada Allah.
Saya telah menerima surat kamu yang menyatakan apa yang Allah telah tunjukkan dari KebesaranNya, KekuasaanNya dan Ke EsaanNya, dan juga apa yang telah dianugerahkan keatas Pesuruh Allah, sebagai tambahan kepada banyaknya percakapan yang kamu telah karangkan mengikut kehendak kamu, yang telah menyalahkan diri kamu dan penentangan terhadap bapa kamu.
Didalamnya kamu menyatakan kemuliaan anak Abu Talib dan keberanian serta persaudaraannya kepada pesuruh Allah, dia yang telah menyokong dan menghiburkan rasul didalam setiap dan tiap-tiap keadaan yang sulit dan merbahaya. Hujah kamu terhadap aku yang diberikan oleh kamu dengan memuji orang lain selain dari menunjukkan kemuliaan yang ada pada kamu; maka kamu hendaklah memuji tuhan yang telah menafikan kemuliaan yang sedemikian kepada kamu dan menganugerahkan kepada orang yang lain.
Saya dan bapa kamu pernah, semasa hidupnya rasul kita, mengiktiraf kemuliaan anak Abu Talib, dan yang sebenarnya keberanian beliau melebihi dari kami. Apabila Allah memilih untuk pesuruhnya [saw], yang mana Dia telah jadikan dengannya, dan memenuhi janjiNya kepada baginda, telah menjadikan misi baginda mengatasi dari yang lainnya, menjadikan hujahnya yang paling tinggi [bernas], dan Allah telah mewafatkan baginda. Bapa kamu dan Farooqnya adalah manusia yang pertama untuk merampas haknya dari dirinya dan menentangnya mengenai apa yang dijadi hak bagi dirinya. Ini adalah sesuatu yang mereka telah persetujui dan yang mana mereka telah bergabung tenaga. Kemudian mereka mempelawa beliau untuk memberikan sumpah setia kepada mereka, tetapi dia berundur dan keberatan, maka mereka menyimpan niat yang jahat terhadap beliau dan berkomplot untuk membunuh beliau. Kemudian maka beliau memberikan sumpah setia kepada mereka dan mengalah. Lalu orang ketiga mereka, Uthman, berdiri untuk mengikuti petunjuk mereka dan berjalan mengikuti jejak tapak mereka, yang mana kamu dan para sahabat kamu telah menyalahkannya kerana melakukan yang sedemikian. Kamu melakukannya sehinggakan bahawa kamu telah menyebabkan mereka telah melampaui batasan didalam melakukan kemaksiatan untuk merebut jawatannya. Kamu berdua telah menyimpan perasaan dendam terhadapnya sehingga kamu mencapai kepada matlamat yang sama.
Maka berhati-hatilah, wahai anak Abu Bakr, kerana kamu akan melihat sendiri kejahatan dari urusan kamu. Dan janganlah mengukur depa kamu menurut pada ukuran kamu: maka kamu tidak akan sama, mahupun selari dengan mereka yang pandangannya sama berat seperti gunung. Janganlah berhasrat untuk mengalahkannya, kerana manusia-mnusia yang berpandangan jauh sekalipun tidak dapat mengetahui batas kesabarannya.
Ianya adalah bapa kamu yang telah membuatkan laluan bagi kami untuk berjalan, mendirikan kedudukan kami. Jika kedudukan kami tenteram, bapa kamu adalah orang pertama untuk menerima pujian untuknya, tetapi jika ianya kekejaman, maka bapa kamu telah melampaui didalam kekejaman, dan kami semua adalah sekutunya: Adalah petunjuknya yang kami ikut dan perkertinya yang kami contohi. Jika tidaklah dari apa yang bapa kamu lakukan, kami tidak akan berselisih dengan anak Abu Talib, dan kami akan berserah kepadanya. Tetapi kami dapati bapa kamu melakukannya sebelum kami; maka kami mengikuti contohnya dan mencontohi perbuatan yang dilakukannya. Carilah kesalahan pada diri bapa kamu, kemudian dari apa yang telah dilakukan, kesejahteraan kepada mereka yang kembali sedar, kepada petunjuk sebenar dan yang bertaubat. [271]
Kami merumuskan setelah membaca jawapan ini bahawa Muawiya tidak menafikan sebarang kemuliaan dan keberanian Ali ibn Abu Talib, tetapi dia sanggup menentang beliau hanya untuk mengikuti jejak Abu Bakr dan Umar. Tanpa mereka yang terdahulu, dia tidak akan memandang rendah status kedudukan Ali, tidak juga manusia yang lain. Muawiya juga mengaku bahawa Abu Bakr adalah orangnya yang telah membuatkan laluan untuk kerajaan Banu Umayyad dan yang telah menyediakan tapak untuk penguasaannya.
Kami juga faham dari surat ini bahawa Muawiya tidak mencontohi pesuruh Allah, tidak juga dia mengikuti petunjuknya, mengaku bahawa Uthman mengikuti petunjuk Abu Bakr dan Umar, dan bahawa dia mengikuti jejak-jejak mereka.
Maka telah menjadi nyata kepada kami bahawa mereka semua telah meninggalkan sunnah rasul, setiap orang mengikuti bidaa mereka yang lainnya. Malahan Muawiya tidak menafikan bahawa dia adalah orang yang telah sesat yang berurusan didalam kepalsuan. Tidak juga dia menafikan yang sebenarnya dia dan bapanya telah dikutuk oleh rasul Allah……
Supaya dapat diseratakan kemanfaatan untuk setiap orang, maka tidak ada salahnya untuk menyatakan surat yang dikirimkan oleh Yazid anak Muawiya kepada anak Umar [Abdullah] yang walaupun ringkas, menuju kepada kesimpulan yang sama.
Didalam Tarikhnya, Al-Baladhuri menyatakan yang berikut:
Apabila al-Husayn ibn Ali ibn Abu Talib telah terbunuh, Abdullah ibn Umar telah menulis surat kepada Yazid ibn Muawiyah berkata: ‘Bencana sesungguhnya telah bertambah, dan begitu juga malapetaka. Satu kejadian yang sangat penting telah berlaku didalam sejarah Islam. Tidak ada hari yang akan menyerupai hari dimana al-Husayn telah dibunuh.' Yazid telah menjawabnya dengan berkata: ‘Kamu, bodoh! Kami hanya memperbaiki kedudukan, menyediakan tempat tidur dan mengempukkan bantal, maka kami perangi mereka! Jika kebenaran dipihak kami, maka kami hanya mempertahankan hak kami. Tetapi jika kebenaran dipihak mereka, maka bapa kamu adalah orang pertama untuk memulakan tradisi tersebut, merampas untuk haknya yang kepunyaan orang lain.’
Di dalam jawapan Muawiyah kepada surat dari anak Abu Bakr, sebagaimana juga didalam kes Yazid menjawab kepada surat yang dia terima dari anak Umar, kami dapati logik yang sama dan hujah yang sama. Demi nyawaku, ini adalah kebenaran yang diperlukan oleh minda dan hendaklah disedarinya oleh setiap manusia yang rasional, dan ianya tidak memerlukan, yang sebenarnya sebarang testimoni dari Muawiya tidak juga dari anaknya Yazid.
Jika tidaklah kerana rampasan oleh Abu Bakr dan Umar terhadap hak Ali, maka tidak ada trajedi yang sedemikian yang akan berlaku didalam sejarah umma Islam. Dan jika Ali telah menaikki kepada kedudukan khalifa setelah wafatnya rasul dan memerintah Muslim, kedudukan khalifanya akan berakhir pada tahun ke 40 AH / 660 AD, iaitu selama tiga puluh tahun [272] Waktu yang sedemikian telah mencukupi untuk menegakkan asas-asas Islam didalam segala akar dan cabangnya, dan dia, mungkin telah dapat menguatkuasakan perundangan yang ada didalam kitab Allah dan sunnah pesuruhNya tanpa sesiapa mengubahnya atau memberikan penghuraian pandangan peribadi.
Apabila kedudukan khalifa, selepas kematian Ali, jatuh ketangan ketua remaja disyurga iaitu al-Hasan dan al-Husayn, kemudian para Imam yang ma’sum dari keturunannya, kerajaan dari khalifa yang memberi petunjuk telah bererusan untuk selama tiga abad penuh. Sesudah masa itu, yang kafir, yang hopokrit, dan yang fasik tentu tidak punya pengaruh ataupun wujud. Bumi pastinya berlaianan, dan hamba-hamba Allah berlainan juga, maka tidak ada daya dan upaya melainkan Allah juga yang maha Agung dan Berkuasa.
Yang tinggal perlu diperbincangkan adalah objektif kepada hipothesisi ini yang dibangkitkan oleh sebahagian dari ahl al-sunna wal-jamaa dari dua sudut yang berlainan:
Pertama: Mereka katakan apa yang berlaku adalah sesuatu yang dipilih oleh Allah, dan bahawa jika Allah berkehendakkan Ali dan para Imam dari keturunannya untuk memimpin Muslim, ianya pasti akan terjadi. Dan mereka selalu mengulangi dengan berkata, 'Yang terbaik adalah apa-apa yang dikehendakki Allah.’
Kedua: Mereka berhujah mengatakan bahawa jika Ali menjadi khalifa sejurus sesudah rasul dan diikuti oleh al-Hasan dan al-Husayn, kedudukan khalifa menjadi [hiraki] kepada keturunan, dengan anak mewarisi dari bapanya, sesuatu dari agama Islam, yang memberi manusia hak kepada syura, ini tidak dapat dipersetujui.
Supaya dapat membalas dan menghilangkan kekeliruan, kami ingin menyatakan yang berikut:
Pertama: Tidak terdapat satupun bukti bahawa apa yang berlaku adalah sesuatu yang diingini dan dipilih oleh Allah; bahkan hujah yang bertentangan telah terdapat didalam Quran yang suci dan juga sunnah rasul. Quran sebagai contoh berkata: ‘Kalau sekiranya penduduk kota itu beriman dan bertaqwa, niscaya Kami limpahkan kepada mereka rahmat dari langit dan dari bumi, tetapi mereka itu mendustakan, sebab itu Kami siksa mereka disebabkan oleh apa yang mereka lakukan.’ [7:96] Quran yang suci juga berkata: ‘jika mereka berpegang kepada Taurat dan Injil dan apa-apa yang diturunkan kepada mereka dari Tuhannya, niscaya mereka memakan rezeki dari atas mereka dan dari bawah mereka. Sebahagian mereka ada yang pertengahan, sedangkan kebanyakkan mereka amat jahat perbuatannya.’ [5:66] Yang maha Tinggi juga berkata: ‘Allah tiada mengubah keadaan sesuatu kaum, kecuali jika mereka sendiri mengubah keadaan diri mereka sendiri. Apabila Allah menghendakki sesuatu kejahatan kepada sesuatu kaum, maka tidak ada apa yang akan menolaknya… ‘ [13:11]. Semua ayat yang terang ini menyatakan maksud bahawa berpaling, sama ada orang persaorangan atau kepada kumpulan dan umma, adalah sesuatu yang datang dari diri manusia, tidak dari Allah.
Terdapat bukti dari sunnah rasul juga. Pesuruh Allah telah berkata: ‘Saya telah tinggalkan diantara kamu kitab Allah dan keturunan saya: selagi kamu berpegang kepadanya seiringan, kamu tidak akan tersesat selepas saya.’ Baginda juga berkata: ‘Biarlah saya tuliskan untuk kamu buku yang mana kemudiannya kamu tidak akan menyeleweng.’ Baginda juga telah berkata: ‘Umma ku akan terbahagi kepada tujuh puluh tiga gulungan, kesemuanya melainkan satu, yang akan masuk neraka.’ Kesemuanya hadith yang suci menyatakan bahawa umma akan sesat disebabkan oleh mereka sendiri menyimpang dan enggan untuk menerima apa yang Allah telah pilihkan untuk mereka.
Kedua: Katakanlah bahawa kedudukan khalifa Islam adalah dari keturunan, tetapi bukanlah seperti yang mereka maksudkan, iaitu pemerintah menindas rakyat dan sebelum matinya, telah melantik anaknya dan mengelarkannya sebagai pengganti kepada khalifa, walaupun kedua-duanya bapa dan anak orang yang bermaksiat. Sebaliknya, ianya adalah pewarisan dari ketuhanan [ilahi] yang telah dipilih oleh tuhan semesta alam yang mana pengetahuannya tidak ada yang terlindung, walaupun seberat biji sawi. Dan ianya adalah berkenaan dengan kumpulan yang terbaik yang dipilih oleh Allah yang telah memberikan pengetahuan kitab dan kebijaksanaan supaya dapat membimbing makhluk. Dia telah berkata: ‘Dan kami jadikan mereka Imam memberi petunjuk kepada manusia sebagaimana Kami memerintahkan kepada mereka, dan Kami mengilhamkan kepada mereka akan perbuatan yang baik, menegakkan solat dan pembayaran zakat, dan mereka menyembah Kami.’ [21:73] Mereka mengatakan Islam tidak membolehkan kerajaan menurut keturunan yang sedemikian, dan ia membolehkan manusia menggunakan syura, ini adalah satu pendustaan, ianya tidak disokong oleh fakta kebenaran dan juga sejarah. Yang anehnya, mereka telah mengikuti sistem keturunan yang amat keji. Tiada siapa yang memerintah umma selepas syahidnya Imam Ali melainkan yang menindas dan perampas yang memberikan kuasa kepada anaknya yang melakukan maksiat walaupun telah dibantah oleh umma.
Maka parti yang mana lebih baik: adakah mereka yang bermaksiat yang mengadili menurut pandangan mereka sendiri dan yang menyerahkan kepada yang mereka ingini untuk mewarisinya, atau para Imam yang telah disucikan yang dipilih oleh Allah dan dari diri mereka telah dihapuskan segala kekotoran, telah dianugerahkan kepada mereka dengan pegetahuan kitab keatas mereka supaya mereka boleh mengadili diantara manusia dengan kebenaran dan memandu mereka kearah jalan yang lurus dan membolehkan mereka untuk memasukki taman yang abadi? Allah telah berkata: '‘Dan Sulaiman adalah mewarisi Daud.’ [27:16] Saya tidak merasa ragu bahawa mana-mana manusia rasional akan memilih apa sahaja melainkan option [pilihan] kedua, asalkan dia seorang Muslim. Oleh kerana kita membicarakan berkenaan kedudukan taraf, kita tidak akan mendapat apa-apa faedah dari menyesali kepada apa yang telah berlalu; maka marilah kita menyambung perbincangan kepada tajuk diatas untuk menyatakan yang berikut:
Setelah berjaya menjauhkan Amirul Mukminin dari kedudukan khalifa dan merampas kerajaan untuk diri mereka, Abu Bakr dan Umar memperkecilkan dan menghina Ali, Fatimah dan ahl al-bayt. Maka barulah perkerjaan Muawiyah, begitu juga Yazid, Abd al-Malik ibn Marwan dan mereka-mereka yang seumpamanya, menjadi senang. Mereka berdua telah menyediakan untuk Muawiya dan memberi kuasa kepadanya dibumi sehingga dia menjadi pemerintah di Syria untuk selama dua puluh tahun. Dia tidak pernah diusir. Dia mendapat kuasa dari manusia dengan membengkokkan leher mereka kepadanya dan memaksa mereka untuk melakukan apa yang disuruh. Kemudian dia memberikan kedudukan khalifa kepada anaknya, yang mana dia sendiri telah mengaku [sebagaimana diatas] memperbaiki kediaman untuk yang lebih baik, katil terbentang, dan bantal bersusun; maka adalah lumrah baginya untuk berperang demi mempertahankan kemewahan yang sedemikian dan membunuh haruman bunga bagi rasul Allah tanpa merasai sebarang kekesalan. Dia telah minum susu dari ibunya Maysoon yang penuh dengan kebencian terhadap ahl al-bayt, dan dia membesar dipangkuan bapanya yang telah biasa dengan mengutuk dan menghina ahl al-bayt. Maka tidak hairanlah bahawa dia melakukan apa yang dia lakukan. Sebahagian penyair menerima fakta yang sama ini; seorang dari mereka berkata:
Jika tidaklah kerana pedang yang telah diasah oleh khalifah. [273]
Saya seharusnya telah menyatakan kenyataan yang menarik mengenai keturunan Muhammad, dan bahawa al-Husayn telah terbunuh pada hari Saqeefa….
Mana-mana penyelidik yang menyiasat kerajaan Banu Umayyad akan dapati sanjungan terhadap penubuhannya pergi kepada Abu Bakr dan Umar. Begitu jugalah kesnya dengan Abbasid dan kerajaan Islam lainnya juga. Itulah makanya kita dapati Umayyad dan Abbasid melakukan sedaya upaya untuk meninggikan Abu Bakr dan Umar dan menciptakan kemuliaan dan kebajikan untuk mereka supaya dapat membuktikan bahawa merekalah yang lebih berkelayakkan kepada kedudukan khalifa. Banu Umayyad dan Abbasid telah menyedari bahawa sahnya kedudukan mereka tidak boleh dipersetujui melainkan kedudukan khalifa Abu Bakr dan Umar disahkan, dan bahkan juga jika kedua-dua mereka dikatakan sebagai adil dan saksama.
Kita juga dapati kesemua mereka menindas ahl al-bayt tanpa sebarang sebab melainkan kerana mereka adalah orang yang berhak kepada kedudukan khalifa. Mereka dan hanya mereka yang mengancam kedudukan penguasaan mereka [khalifa].
Ini adalah pengetahuan umum dengan manusia rasional yang mengetahui perkara sebenar. Kamu boleh melihat dizaman sekarang sebahagian kerajaan Islam yang diketuai oleh raja yang tidak mempunyai kemuliaan dan kehormatan melainkan kerana dia adalah dari keturunan raja, sultan, dan emir sebagaimana juga Yazid, dia adalah emir apabila bapanya Muawiya adalah raja yang telah menggunakan kekuasaannya terhadap umma dengan paksaan.
Maka tidaklah diterima akal untuk mengharap raja dan putera-putera Saudi Arabia untuk mencintai Ahl al-bayt dan mereka yang mengikutinya. Dan tidaklah logik untuk raja Saudi dan putera-puteranya untuk membenci Muawiya dan Yazid serta perundangan yang mereka telah adakan untuk orang-orang ini menaikki tahta kerajaan dan begitu juga dengan perundangan yang lain. Adalah dari perundangan yang diadakan oleh Muawiya dan Yazid serta dari pemerintah Umayyad dan Abbasid maka raja-raja kita sekarang ini telah mengambil perundangan mereka dan ini telah membolehkan mereka berterusan.
Adalah dari sini juga bahawa kebiasaan memuji dan meninggikan ketiga-tiga khalifa bermula. Mereka selalu dikatakan sebagai adil, dan mereka selalu dibela. Tidak ada siapa yang diizinkan untuk mengkritik mereka atau mencari kesalahan dengan mereka, kerana mereka adalah teras asas terhadap semua kerajaan semenjak dari hari saqeefa dan akan berterusan sehingga Allah menentukan satu pemerintah bagi dunia ini dan segala-gala yang ada didalamnya.
Diatas dasar inilah kami mengerti mengapa mereka memilih untuk diri mereka gelaran ahl al-sunna wal-jamaa dan melabelkan yang lain sebagai rafizi atau atheis. Ini adalah kerana Ali dan ahl al-baytnya menolak kerajaan mereka, enggan memberikan sumpah setia kepada mereka, dan berdebat dengan mereka pada setiap keadaan. Maka pemerintah telah memperkecilkan dan membenci mereka, mengutuk dan menghina, membunuh dan mengusir mereka….
Adalah dengan mencintai ahl al-bayt, menurut Quran yang suci, kita boleh menunjukkan terima kasih kita kepada Allah yang telah merahmati kita dengan pengkhabaranNya. Maka jika mereka telah dilayani dengan penghinaan dan dibunuh, tidak hairanlah bahawa shia mereka dan mereka yang menerimanya sebagai ketua dan telah dibimbing melalui mereka [ahl al-bayt] telah dilayani dengan penindasan, tuduhan, penghinaan dan disisihkan. Keputusannya: Mereka yang benar telah bertukar menjadi pariah yang dihina, sedangkan pengikut bagi yang sesat menjadi model yang dicontohi dan perlu dipatuhi, yang menjadi mandatori kepada semua manusia.
Maka sesiapa yang menerima mereka sebagai ketua dan mengikuti Ali telah dilabelkan sebagai pengikut bidaa; sedangkan sesiapa yang menerima ketuanya dan mengikuti Muawiya telah dipanggil pengikut sunnah dan jamaa….!
Segala puji bagi Allah yang telah memberikan kepada kami penjelasan yang mana kami dapat membezakan diantara yang benar dan yang palsu, cahaya dan gelap, hitam dan putih, dan sesungguhnya Tuhan ku dijalan yang lurus.
‘Yang buta dan yang melihat tidaklah sama; dan tidak juga kegelapan dan cahaya; dan tidak juga naungan [tempat teduh] dan panas; tidak juga yang hidup dengan yang mati. Sesungguhnya Allah menjadikan sesiapa saja yang dia kehendakki mendengar: kamu tidak boleh menjadikan mereka didalam kubur mendengar.’ [35:19-22]
Sesungguhnya Allah telah berkata benar.
[271] Jamharat Rasaail al-Arab jilid 1 ms 477 Al-Mas’udi, Muruj al-Dhahab, jilid 2 ms 60. Ulama Mutazilite Ibn Abul-Hadid, Sharh Nahjul Balagha, jilid 1 ms 284
[272] Abu Bakr, Umar dan Uthman mati semasa hidupnya Imam Ali.
[273] Asal perkataan Arab yang dipinjamkan ‘khalif’
0 comments:
Post a Comment