12 Imam ~ Jika kita selidiki perkara sahabat ini tanpa berpihak atau sensasi, kita akan dapati shia telah memandang mereka sebagaimana juga Quran yang suci, sunnah rasul dan juga logik memandang terhadap mereka. Mereka tidak menganggap semua mereka [para sahabat] sebagai kafir, sebagaimana sebahagian pelampau telah lakukan, tidak juga mereka menerima semuanya sebagai adil, sebagaimana ahl al-sunnah wal-jamaa telah lakukan.
Imam Sharaf ad-Din al-Musawi [274] telah berkata yang berikutnya didalam perkara ini:
‘Barang siapa menyelidiki pandangan kami berkenaan dengan para sahabat, akan dapati ia mempunyai pandangan yang pertengahan. Kami tidak pergi kepada pelampau didalam perkara ini sebagaimana ghulat telah lakukan, melebel mereka semua sebagai kafir; tidak juga kami melampaui dengan menerima semua mereka sebagai penguasa yang dipercayai sebagaimana kebanyakkan sunni Muslim telah lakukan. Mereka yang mengatakan para sahabat semuanya sempurna, sebagaimana juga mereka yang melampau disebaliknya yang telah melebelkan mereka semua sebagai kafir, adalah kesemuanya sama didalam satu kotak. Sunni berpandangan bahawa sesiapa yang mendengar atau melihat rasul adalah sesungguhnya adil. Mereka menyokong pandangan mereka dari hadith yang berkata, ‘… sesiapa yang mengembara dan berjalan pada bumi ini dari mereka tanpa sebarang pengecualian.’ Tetapi apa yang kami lebih menitik beratkan, walaupun kami menganggap berdampingan dengan rasul adalah suatu penghormatan yang besar, tetapi ianya tidak menjadikan sesaorang itu ma’sum. Sama seperti manusia lainnya, para sahabat termasuk seperti manusia ada yang adil ada yang ulama dan yang agung, sebahagian dari mereka hipokrit dan melakukan maksiat. Keadaan sebahagian dari mereka tidak pula diketahui; maka kami bergantung kepada mereka-mereka yang adil diantara mereka dan menerima mereka yang adil itu sebagai ketua kami didalam dunia ini dan juga dengan kehidupan yang akan datang. Dan bagi mereka yang menindas wasi dan adik rasul, dan begitu juga mereka yang telah melakukan jenayah seperti anak Hind [Abu Sufyan], anak yang arif [genius], anak kepada wanita yang biru, anak kepada Uqbah, anak Arta’a,… dsb yang sama seperti mereka, maka mereka ini tidak ada kaitan dengan kehormatan baginya, tidak juga hadith mereka boleh menanggung air [boleh diterima]. Ini adalah suatu keadaan yang tidak diputuskan, dan kami terpaksa memeriksanya dengan teliti.
‘Begitulah pandangan kami terhadap para sahabat yang menyampaikan hadith. Quran dan sunnah adalah hujah kami untuk mengemaskan [membersihkan] pandangan ini sebagaimana diterangkan apabila diperlukan didalam buku kami yang berkaitan dengan yang asas pada perundangan. Tetapi kebanyakkan Muslim telah melampaui dengan menerima hadith yang mereka dengar dari mana-mana para sahabat, sehinggakan mereka berubah dari pertengahan dan mencari penghujahan dari mereka yang baik, begitu juga dari mereka yang keji, dengan membuta tuli mengikuti setiap individu Muslim yang telah mendengar atau melihat rasul. Mereka membenci yang lain yang bertentangan dengan mereka sehingga malampaui segala batasan didalam menolak mereka.
Betapa kerasnya penolakan mereka terhadap kami apabila mereka mendapati kami menolak hadith dari ramai para sahabat yang mana kemuliaan mereka kami pertikaikan secara umum atau berada didalam keadaan yang tidak mempunyai kepastian! Sedangkan apa yang kami lakukan adalah mengikuti ikatan perundangan yang mewajibkan didalam mempastikan fakta agama dan mencari hadith rasul yang benar-benar sahih.
Adalah disebabkan ini bahawa mereka telah mencurigai kami, menimbuni kami dengan tuduhan mereka, menuduh kami dengan tuduhan yang tidak kedapatan [bukan-bukan], berlumba-lumba untuk kekal jahil mengenai kami. Jika mereka menggunakan minda mereka dan merujuk kepada yang asas dari pengetahuan dan pembelajaran, mereka akan mengetahui bahawa keadilan sebagai asas utama didalam semua para sahabat tidak dapat dibuktikan. Jika mereka telah menyelami dengan dalam isi Quran, mereka akan menjumpai rujukan yang penuh mengenai beberapa para sahabat yang hipokrit. Mencukupilah bagi kamu, sebagai contoh surah al-Taubah dan surah al-Ahzab.
Dr. Hamid Hafni Dawood, Prof. Sastera Arab dan Ketua Jabatan Bahasa Arab di Ayn Shams Universiti di Cairo berkata: ‘Dan bagi shia, mereka memandang para sahabat sebagaimana mereka memandang manusia yang lainnya; mereka tidak membezakan diantara mereka dan diantara Muslim yang datang kemudian sehinggalah sampai kehari pembalasan.’
Alasan untuk itu adalah penggunaan satu bentuk undang-undang yang mana setiap kelakuan para sahabat, dan begitu juga mereka yang dari generasi yang berikutnya diukur. Kualiti kerana menjadi sahabat tidak memberikan sesaorang kemuliaan yang tertentu melainkan apabila sesaorang itu melayakkan dirinya untuk mendapat kemuliaan tersebut dan menunjukkan kesediaannya untuk melakukan segala perintah yang diarahkan oleh beliau yang mengenalkan syariah. Diantara sahabat terdapat mereka yang dipelihara oleh Allah dari melakukan maksiat, seperti para Imam yang telah dirahmati untuk berada bersama beliau yang mengenalkan syariah. Ini termasuklah Ali dan anak-anaknya. Dan diantara mereka adalah manusia yang adil yang telah mengekalkan persahabatan dengan Ali setelah wafatnya pesuruh Allah.
Diantara sahabat ada yang tepat pada ijtihad mereka, sedangkan yang lain salah didalam ijtihad mereka. Diantara mereka ada yang melakukan maksiat, mereka yang menjadi atheis dan yang mana pandangan mereka lebih hina dan lebih merbahaya dari mereka kumpulan yang datang kemudian. Gulungan atheis termasuklah hipokrit dan mereka yang sangat kurang menyembah Allah. Dan diantara mereka ada yang fasik yang tidak pernah taubat, begitu juga mereka yang berpaling tadah setelah memeluk kepercayaan agama Islam.
Ini bererti bahawa shia, yang mewakili bahagian yang besar dari umma Muslim, meletakkan semua Muslim didalam satu timbangan, tanpa membezakan diantara sahabi, tabiin atau sesiapa saja. Untuk menjadi sahabi tidak bererti mempunyai kekebalan terhadap kepercayaan yang salah.
Adalah diatas dasar yang kuat ini bahawa mereka menjadikan diri mereka, dari ijtihad mereka, untuk mengkritik para sahabat dan untuk menyelidik sejauh mana adilnya mereka. Mereka juga mengizinkan diri mereka untuk mengadakan keraguan terhadap beberapa para sahabat yang melanggar prinsip persahabatan yang dituntut dan yang menyimpang dari laluan menyintai keturunan Muhammad.
Mengapa tidak? Pesuruh yang agung telah berkata: ‘Saya akan meninggalkan diantara kamu yang mana, selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya kamu tidak akan sesat: kitab Allah dan itraku, keturunan ku. Mereka tidak akan berpisah diantara satu dengan yang lain sehingga mereka berkumpul dengan ku di tasek [kawthar]; maka lihatlah bagaimana kamu menjayakannya didalam melayani mereka.
Terhadap yang ini dan hadith yang serupa dengannya, mereka dapati ramai para sahabat telah melanggar hadith ini dengan menindas keturunan Muhammad, dan dengan mengutuk sebahagian dari ahli keturunan tersebut; maka bagaimana boleh kemuliaan persahabatan yang sedemikian adalah baik bagi mereka yang melanggarnya, dan bagaimana mereka boleh dikatakan sebagai adil?
Ini adalah ringkasan dari pandangan yang dipegang oleh shia didalam menolak keadilan bagi sahabat, dan ini adalah fakta pembuktian secara intelek yang mana mereka telah dirikan hujah mereka.
Dr. Hamid Hafni Dawood mengaku ditempat yang lain bahawa untuk mengkritik sahabat dan untuk mencari kesalahan bagi mereka bukanlah bidaa yang direka oleh shia sahaja. Dia selanjutnya mengatakan,’ Semenjak dari mula lagi, Mutazilite telah berurusan dengan perkara yang sama semasa membincangkan isu yang berkaitan dengan kepercayaan [agama]. Mereka tidak saja mengkritik para sahabat secara umum, malah mereka mengkritik khalifa itu sendiri. Dengan melakukannya, mereka mendapat penyokong dan juga musuh.’
Perkara mengkritik sahabat pernah dibataskan, dimasa abad yang pertama, kepada mereka yang benar-benar mendalami pengetahuan, terutama ulama Mutazilite yang telah mendahului didalam menuju kearah tersebut dari ketua-ketua shia dan oleh pemimpin-pemimpin yang bersungguh-sungguh menyokong keturunan rasul Muhammad.
Saya telahpun menunjukkan ditempat yang lain bahawa ulama Arab, dan guru mereka Mutazilite, adalah beban kepada ketua-ketua shia semenjak dari tahun pertama hijrah. Sesudah itu isu mengkritik para sahabat adalah diadakan untuk pengikut keturunan Muhammad. Ianya adalah hasil dari, bukannya lumrah bagi shia. Mereka yang megikuti keturunan Muhammad telah mengenali mereka [para sahabat] setelah mempelajari secara mendalam kesemua cabang ilmu yang berkaitan dengan agama disebabkan kegembiraan mereka kepada punca ilmu yang diberikan oleh para Imam ahl al-bayt yang menjadi puncanya yang asli dan juga limpahan ilmu dari mana para ulama agama mengambilnya semenjak dari permulaan Islam dan sehinggalah kehari ini. [275]
Pada fikiran saya bahawa sesiapa yang mencari kebenaran hendaklah membuka pintu kepada kritikan dan mencari kepada punca kesalahan; jika tidak, dia akan tinggal terlindung dari kesalahan yang sedemikian. Inilah yang sebanarnya telah dilakukan oleh ahl al-sunnah wal-jamaah: Mereka telah memperbesarkan didalam kepercayaan mereka terhadap adilnya semua para sahabat tanpa menyelidikki keadaan mereka; maka mereka telah tinggal sehingga kehari ini terjauh dari kebenaran.
[274] Nama penuhnya Sharaf ad-Din al-Musawi. Dia adalah pengarang buku yang terkenal al-Muraja’at. Penterjemah kepada buku ini telah menterjemahkannya kepada bahasa English dengan tajuk: Al-Muraja’at: Dailog Shia dan Sunni. Ianya telah dicetak pada tahun 1995 oleh Imam Hussain Foundation, peti surat 25 / 114 Beirut, Lebanon.
[275] Teks ini telah diterbitkan pada ms 8 dan muka surat yang berikutnya didalam buku bertajuk Al-Sahaba fi Nadar al-Shia al-Imamiyya [Sahabat Rasul pada pandangan oleh Imamiyya shiah]
0 comments:
Post a Comment