12 Imam ~ Saya bertemu dengan sekumpulan remaja terpelajar dirumah seorang saudara Islam yang mana dengannya saya mempunyai pertalian kerabat dan kenangan dizaman kanak-kanak. Pertemuan ini berlaku disatu tempat dipinggir Paris semasa jamuan yang beliau adakan pada meraikan kelahiran anaknya yang telah lama ditunggu-tinggu, seorang bayi yang Allah telah merahmati dia setelah sekian lama menunggu dengan penuh harapan. Perbincangan kami berputar disekitar shiah dan sunni. Kebanyakkan dari mereka yang hadir adalah warga Algeria yang penuh bersemangat didalam menyokong revolusi Islam di Iran. Mereka sedang mengkritik shia, mengulangi dongengan kuno yang amat terkenal. Mereka berbeza diantara mereka. Sebahagian dari mereka berfikiran sederhana yang mengatakan bahawa shiah adalah saudara mereka, sedangkan ada yang lainnya menuduh shiah sebagai yang telah tersesat, bahkan mengutamakan Nasrani dari mereka.
Apabila kita memperkata secara khusus dengan perbincangan dan membuatkan kesimpulan, sebahagian dari mereka terus mempermain-mainkan saya dengan mengatakan bahawa saya adalah seorang dari mereka yang tertipu oleh sinaran dari revolusi Iran. Sahabat saya cuba untuk meyakinkan mereka bahawa saya adalah seorang penyelidik dan seorang pengarang beberapa buah buku yang berkaitan dengan tajuk yang sama.
Seorang dari mereka, bagaimanapun berkata bahawa dia mempunyai bukti yang tidak dapat dibantah. Serta merta setiap orang berhenti bercakap. Saya bertanya kepada dia apakah buktinya itu. Dia menyuruh saya menunggu untuk beberapa minit. Kemudian dia bersegera pergi kerumahnya yang bersebelahan dan kembali membawa sebuah buku yang bertajuk ‘Al-Shia wal-Tasheeh’ [Shia dan sahihnya] oleh Dr Musa al-Musawi. Saya tertawa apabila saya melihat buku itu dan berkata, ‘Adakah ini bukti yang tidak dapat disangkal?! Dia berpaling kepada mereka yang hadir dan berkata:
Pengarang buku ini adalah ulama shia yang agung, seorang dari penguasa shia yang tertinggi. Dia mempunyai ijazah bagi membuat ijtihad, bapa dan datuknya adalah seorang ulama juga. Kini dia telah mengenali kebenaran dan menolak shia, bertukar menjadi seorang dari ahl al-sunna wal-jamaa. Dan saya yakin bahawa jika saudara kita ini [ber erti saya] membaca buku ini, dia tidak akan mempertahankan shia sama sekali, dan dia akan mengetahui mengenai apa yang mereka telah sembunyikan dan mengenai penyelewengan mereka.
Sekali lagi saya tertawa dan berkata kepadanya, ‘Untuk pengetahuan kamu, ketahuilah sebenarnya saya telah membacanya dan menelitinya seperti seorang penyelidik, saya akan memberikan kepada kamu, dihadapan mereka yang hadir disini, bukti yang tidak dapat ditolak dari buku ini sendiri dan yang mana kamu telah bawakan kemari!’ Dia dan orang lain yang hadir bersemangat berkata, ‘Mari kita dengarkannya dari kamu.’
Saya berkata, ‘Saya tidak ingat dengan tepat muka surat berapa, tetapi saya ingat tajuknya iaitu ‘Apa para Imam shia kata mengenai khalifatul rashidin.’ Dia bertanya kepada saya, ‘Dan apa yang salah mengenainya?’ Saya berkata, ‘Carilah, dan bacakan untuk semua orang, kemudian saya akan terangkan kepada kamu kandungan buktinya yang tidak dapat dibantah.’
Dia telah menjumpai bab itu dan membacanya kepada mereka yang hadir. Ringkasannya adalah bahawa Imam Ja’far al-Sadiq [as] pernah menyatakan kebanggaannya kerana menjadi kerabat kepada Abu Bakr ‘al-Siddeeq,’ dengan mengatakan, ‘Abu Bakr mewariskannya dua kali.’ Mereka yang menyebutkan kenyataan ini telah mengatakan bahawa Imam al-Sadiq, sebaliknya pernah memburukkan Abu Bakr.
Dr. al-Musawi komen dengan mengatakan, ‘Adakah rasional Imam al-Sadiq untuk memuji mengenai datuknya [Abu Bakr] satu ketika dan kemudian memburukkannya diketika yang lain? Percakapan yang sedemikian tidak datangnya dari manusia biasa yang jahil tetapi datang dari seorang Imam.’
Semua mereka bertanya, ‘Dimanakah buktinya didalam semua ini?! Ianya wajar dan logik.’ Saya berkata, ‘Dr. al-Musawi merumuskan dari kenyataan Imam al-Sadiq bahawa Abu Bakr mewariskan pada dirinya dua kali bahawa dia pernah merasa bangga mengenai datuknya, tetapi kenyataan yang seperti itu tidak menunjukan sama sekali bahawa ianya mengandungi sebarang pujian atau sanjungan terhadap Abu Bakr. Ditambah padanya fakta yang sebenar bahawa Imam al-Sadiq bukanlah cucu yang sebenar Abu Bakr tetapi hanyalah datuk kepada ibunya adalah Abu Bakr. Kita hendaklah sedar bahawa Imam al-Sadiq telah dilahirkan tujuh puluh tahun setelah matinya Abu Bakr; maka dia tidak pernah melihatnya.’
Mereka berkata, ‘Kami tidak faham apa yang kamu maksudkan dengannya.’ Saya berkata, ‘Apa yang kamu akan kata mengenai sesaorang yang bercerita mengenai datuknya, bapa kepada bapanya, mengatakan bahawa dia adalah seorang yang paling berpengetahuan pada masanya, dan bahawa sejarah tidak mengenali sesiapa yang setanding dengan nya, kemudian dia mengatakan bahawa dia belajar dan mempelajari darinya: adakah boleh diterima pada fikiran kita untuk menjangkakan dia akan menghina datuknya setelah dia memujinya? Bolehkan mana-mana manusia yang rasional yang berfikiran memujikan sesaorang dan kemudian mengatakan dia kafir kemudiannya?! Mereka semua berkata, ‘Tidak, ianya tidak boleh diterima akal, dan tidak mungkin terjadi.’
Kemudian saya berkata, ‘Bacalah apa yang tertulis dimuka surat pertama pada buku yang ditangan awak. Kamu akan dapati bahawa Dr. al-Musawi adalah orangnya!’ Dia membaca yang berikutnya:
Saya telah dilahirkan dan dibesarkan didalam rumah seorang ketua dari sekolah shia, dan saya belajar dan mempelajari dari tangan ulama agung dan penguasa agama dari shia yang sejarah pernah kenali dari semenjak diwaktu ghaib yang besar sehingga kepada waktu kita sekarang ini. Dia adalah Imam agung Sayyid Abul-Hasan al-Musawi yang mengenainya telah dikatakan, ‘Dia telah menjadikan manusia lupa kepada mereka-mereka yang sebelum dia dan mengerhanakan [menutupi] mereka-mereka yang datang selepasnya.’
Saya berkata, ‘Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menunjukkan kebenaran melalui perkataan al-Musawi sendiri! Dia sendiri telah mendakwa dirinya apabila dia bertanya: ‘Adakah rasional bagi sesaorang untuk memuji datuknya disatu ketika kemudian menghina dia diketika yang lain? Kata-kata yang sedemikian hanya datang dari manusia biasa yang jahil…. ‘ Sesaorang yang telah menyatakan bahawa betapa mulianya datuknya yang tidak dimiliki oleh sesiapa yang lain diantara ulama-ulama yang genius, mengatakan yang dia belajar darinya, dan mengambil pengetahuan darinya kemudian dia berpaling dan menghinanya dan kepercayaannya, tidak boleh dilakukan oleh sesiapa melainkan manusia biasa yang jahil.’
Semua orang menundukkan kepala, sedangkan kawan saya dan juga tuan rumah merasa gembira dan berkata: ‘Tidakkah saya telah katakan kepada kamu bahawa saudara al-Tijani adalah seorang penyelidik yang berobjektif dan logik?!’
Dia yang mempunyai buku tersebut dengannya, dan yang membuat paling bayank bising, berfikir untuk seketika kemudian berkata: ‘Dengar sini saudara! Mungkin Dr al-Musawi mendapat tahu kebenaran setelah dewasa dan belajar. Maha Suci Allah! Carilah pengetahuan dari buaian hinggalah keliang lahad!’ saya menjawab kepadanya dengan berkata, ‘Jika begitulah kedudukan perkaranya sebagaimana kamu katakan, Dr al-Musawi seharusnya menolak datuknya dan juga gurunya yang telah memberikan dia ijazah bagi ijtihad, daripada dia memuji mengenai mereka dan menggunakan hujah-hujah yang salah pada kenyataan mereka sedangkan pada masa yang sama dengan tidak disedari memanggil mereka kafir. Jika saya bincangkan segala topik [tajuk] yang ditulis mengenainya, saya akan tunjukkan kepada kamu keajaiban.’
Perjumpaan itu berakhir setelah penerangan dan pengkhususan yang diberikan mengenai perkara yang menyebabkan kekeliruan. Ianya berkesudahan, segala puji bagi Allah, dengan positif: tiga orang telah melihat cahaya setelah membaca buku saya.
Sekarang saya mengambil peluang untuk secara ringkas membentangkan kepada pembaca budiman dengan sebahagian dari apa yang saya telah tulis menganai tajuk ini kerana buku yang berjudul Al-Shia wal-Tasheeh amat berkesan dimana ada wahabi. Kerana wahabi mempunyai kekayaan dan juga pengaruh didalam sesuatu kawasan; makanya mereka mungkin dapat mempengaruhi sebahagian remaja Muslim yang tidak mengetahui mengenai shia dan menipu mereka dengan buku-buku ini. Mereka mungkin menghalangnya dari sampai kepada matlamat penyelidikan yang bermanfaat dan mungkin juga dapat mendirikan tembuk penghalang diantara penyelidik dengan kebenaran yang mereka sedang cari.
Mereka-mereka ini telah menggunakan buku Al-shia wal-Tasheeh oleh Dr Musa al-Musawi sebagai hujah mereka terhadap shia, mencetak berjuta-juta salinan dan menyebarkannya secara percuma kepada remaja-remaja terpelajar melalui usaha penguasa yang matlamat dan objektifnya [tujuannya] yang telah diketahui oleh golongan terpelajar dan juga manusia umum.
Manusia yang tidak mengerti ini berfikir bahawa mereka menyangkal kepercayaan Imami shia dengan mencetak dan menyebarkan buku hanya kerana pengarangnya adalah ayatullah al-Musawi, seorang shia, supaya hujah mereka didirikan pada percakapan sesaorang dari golongan shia sendiri. Tetapi jiwa yang malang ini telah mengabaikan banyak isu-isu yang mereka tidak ambil kira pada mana kesudahan negatifnya mereka tidak tahu. Ianya berkeputusan dengan; keburukan yang banyak telah menimpa keatas diri mereka.
Secara peribadi, saya tidak akan membuangkan masa didalam menyangkal penipuan Dr Musa al-Musawi yang telah dipenuhi didalam bukunya. Pada fikiran saya bahawa buku saya Ma’a al-Sadiqeen [Bersama mereka yang benar] mengandungi jawapan-jawapan yang menyakinkan kepada penipuan itu, walaupun ianya telah ditulis sejurus sebelum bukunya dan isinya hanyalah untuk membuktikan bahawa kepercayaan shia semuanya berasaskan kepada Quran dan hadith rasul yang sahih, dan begitu juga ijmaa semua Muslim, termasuk ahl al-sunna wal-jamaa. Kami tidak membincangkan mana-mana kepercayaan mereka tanpa membuktikannya dari buku-buku sahih dari ahl al-sunna wal-jamaa.’
Ianya telah dibuktikan bahawa apa yang Dr Musa al-Musawi katakan tidak ada lain melainkan dongengan dan tuduhan yang tidak berasas pada mana-mana pembuktian sains atau logik secara Islam, dan ianya telah memalukan ahl al-sunna wal-jamaa, dihadapan yang lain-lainnya.
Ianya agak nyata juga bahawa mereka-mereka yang menonjolkan bukunya tidak tahu fakta agama secara mendalam, maka telah mendedahkan kesalahan dan juga kejahilan mereka.
Semua shia percaya pengarang buku ini mengkritik dan apa yang digunakan untuk memburuk-burukan shia, adalah semuanya, dengan kebesaran Allah, telah disokong oleh buku-buku sahih ahl al-sunna wal-jamaa. Malunya tidak pada shia tetapi pada Musa al-Musawi dan ahl al-sunna wal-jamaa sendiri; yang tidak mengetahui apa yang dikandungi oleh buku-buku sahih dan musnad mereka. Fikirkanlah yang berikut ini:
Merujuk kepada perkara Imami dan pada hadith yang mengatakan bahawa pengganti kepada rasul adalah dua belas dan kesemuanya dari Quraysh ianya bukanlah ciptaan shia; ianya ada didalam buku–buku sahih dan musnad sunni;
Kepercayaan kepada Imam al-Mahdi, bahawa dia adalah dari keturunan yang disucikan dari rasul, yang akan memenuhi dunia ini dengan keadilan dan persamaan setelah ianya dipenuhi dengan kezaliman dan penindasan, bukanlah ciptaan shia tetapi ianya didapati didalam buku sahih ahl al-sunna wal-jamaa.’
Kenyataan bahawa Imam Ali adalah wasi kepada pesuruh Allah bukanlah ciptaan shia tetapi terdapat didalam buku sahih ahl al-sunna wal-jamaah.’
Kepercayaan dan amalan kepada konsep taqiyya bukanlah ciptaan shia; bahkan ianya terdapat didalam Quran yang suci dan terdapat didalam sunnah rasul, dan ini semua telah disokong oleh buku-buku sahih ahl al-sunna wal-jamaah.’
Kepercayaan kepada sahnya perkahwinan sementara [mut’ah] bukanlah ciptaan shiah; bahkan telah dimandatkan didalam Quran dan juga sunnah rasul yang suci sebagaimana juga didalam buku-buku sahih ahl al-sunna wal-jamaa telah mengesahkan.’
Dan kepada menziarahi permakaman para Imam, ianya tidak dilakukan oleh shia sahaja, ahl al-sunna wal-jamaa menziarahi permakaman para wali dan manusia-manusia yang baik, meraikan sebagai penghormatan kepada mereka, keramaian dan sambutan tahunan.
Kepercayaan kepada bidaa dan bahawa Allah menghapuskan dan mengadakan apa saja yang disukainya bukanlah hasil dari imaginasi shia; bahkan ianya telah disahkan didalam sahih al-Bukhari.
Untuk menyatukan solat didalam keadaan yang tertentu bukanlah dari ciptaan shia; ianya terdapat didalam Quran yang suci; ianya telah diamalkan oleh rasul Allah, dan telah disahkan oleh buku-buku sahih ahl al-sunna wal-jamaa.’
Untuk mempercayai didalam wajibnya sujud pada debu dan diatas tanah bukanlah ciptaan shia, bahkan ianya telah dilakukan oleh ketua bagi pesuruh dan penutup bagi para rasul sebagaimana yang telah disahkan oleh buku-buku sahih ahl al-sunna wal-jamaah.’
Selain dari isu-isu ini yang mana Dr Musa al-Muswi cuba untuk memperbesar-besarkan dan untuk membuat helah, adalah seperti pengkhabaran perubahan kepada Quran, ahl al-sunna wal-jamaa yang lebih berhak dituduh dengannya daripada shiah, sebagaimana yang kami telah terangkan didalam buku kami ‘bersama mereka yang benar’
Untuk menutup kata, buku yang dituliskan oleh Dr Musa al-Musawi keseluruhannya bertentang dengan kitab Allah dan sunnah rasul. Ianya bertentangan dengan pendapat ramai kaum Muslim dan juga alasan yang diterima akal. Kebanyakan dari apa yang al-Musawi tolak adalah kwajipan agama yang telah dimandatkan oleh Quran yang suci dan arahan dari pesuruh Allah yang agung. Lebih-lebih kewajipan ini telah dipersetujui oleh kesemua Muslim. Sesiapa yang menafikannya adalah murtad menurut pendapat pada semua Muslim.
Jika dia bermaksud dengan ‘kesahihan’ adalah perubahan kepada kepercayaan dan perundangan yang sedemikian, maka dia telah melakukan kekufuran dan telah meninggalkan Islam sama sekali, dan semua Muslim dikehendakki menolaknya.
Dia mungkin bermaksud dengannya pengubahan terhadap pandangan peribadinya yang darinya dia kini menderita kesangsian. Kebinggungan yang sedemikian dengan nyata telah menunjukkan bahawa dia sebenarnya tidak tahu apa-apa mengenai shia. Atau dia mempunyai dendam yang tersendiri terhadap shia yang dia telah anggap sebagai bertanggong jawab diatas pembunuhan terhadap bapanya, sebagaimana yang dia katakan dimuka surat 5 didalam bukunya, telah dibunuh oleh penjahat yang berpakaian agama sebagaimana kambing disembelih. Maka dia telah membesar semenjak dari kecil lagi dengan kompleks [gabongan] yang sedemikian, menyimpan dendam terhadap shia tanpa mereka melakukan sebarang kesalahan. Maka dia menumpukan perhatiannya kepada ahl al-sunna wal-jamaa dan berkongsi dendam dan kebencian mereka terhadap pengikut ahl al-bayt. Dia yang sebenarnya tidak pernah didalam realiti tergulung didalam mana-mana parti sama ada yang ini atau yang itu. Dia tidak tahu apa-apa mengenai shia selain dari apa yang telah dihebahkan oleh musuhnya. Tidak juga dia mengetahui mengenai ahl al-sunna wal-jamaa selain dari solat berjemaah dihari jumaat, itulah yang boleh dikatakan, itupun jika dia pernah menghadirinya. Jika tujuan maksud dia adalah yang sedemikian, maka dia seharusnya perlu memperbaiki kepercayaan nya yang tersalah yang dia telah berbeza dari pendapat ramai Muslim.
Sebagaimana dia mengatakan pada muka surat 5 didalam bukunya, Dr al-Musawi telah membesar dan mempelajari ditangan ketua dan ahli hadith yang agung didalam sejarah shia semenjak dari ghaib yang besar, iaitu datuknya Imam Sayyid Abul-Hasan mengenainya telah dikatakan bahawa, ‘Dia telah membuat manusia terlupa kepada mereka-mereka yang sebelumnya dan mengerhanakan [menutupi], mereka-mereka yang datang selepasnya.’ Jika itulah keadaannya, mengapa dia tidak mempelajari darinya dan menjadikan dirinya dengan perkerti sepertinya? Mengapa dia tidak mengikuti petunjuknya dan memperkayakan mindanya dengan ilmu pengetahuan datuknya? Sebaliknya, kami dapati didalam bukunya menghina dan mencela kepercayaan datuknya, seorang Imam dan juga ketua penguasa agama pada masanya yang mana sejarah shia tidak nampak bandingannya. Semua ini menunjukkan al-Musawi menentang kepada bapanya. Yang sebenarnya, penentangannya telah melampaui dari itu yang terjumlah didalam mengatakan datuknya dan juga bapanya adalah kafir. Jika shia adalah kafir, sebagaimana pandangan al-Musawi, maka penguasanya dan ketua mereka yang agung yang telah membawa mereka kepada kekufuran tiada lain lagi dari datuknya. [Yang pasti ia adalah tuduhan yang tersebut]
Ini adalah satu aib, yang mana tidak ada yang lebih mengaib kan, dari seorang cucu Musa al-Musawi begitu jahil dengan apa yang datuknya Abul-Hasan al-Musawi tulis didalam bukunya Waseelat al-Najat [cara untuk keselamatan] Bahkan cucunya telah berkata bahawa dia telah belajar dan diajari oleh datuknya!
Dan ianya amat memalukan bahawa seorang muda Tunisia yang tinggal beribu-ribu kilometer jauhnya dari Najaf [300] lebih memahami dengan buku yang bertajuk Waseelat al-Najat: dia mendapati melaluinya petunjuk kepada fakta yang berkaitan dengan ahl al-bayt. Sebaliknya cucu kepada pengarang buku itu, yang telah dilahirkan dan dibesarkan didalam rumahnya dan telah diajari olehnya [sebagaimana yang dikatakan] tidak pernah memahami isi kandunganya.
Itulah Imam yang agung Sayyid Abul-Hasan al-Musawi al-Isfahani telah menulis didalam Waseelat al-Najat yang telah ditentang dan dicela oleh cucunya Dr Musa al-Musawi. Cucunya anggap ianya sebagai telah menyeleweng dari laluan Islam.
Bahawa logik telah berkata bahawa jika doktorin dari Imam yang agung dan penguasa agama, yang mana didalam sejarah shia tidak dapat mencari perbandingan baginya [sebagaimana pada fikiran cucunya] adalah benar dan tepat, maka doktorin cucunya adalah fasik dan menyeleweng. Dan jika doktorin yang pegang oleh Dr al-Musawi adalah yang betul dan tepat maka doktorin datuknya adalah yang fasik dan menyeleweng. Didalam keadaan ini dia hendaklah menolak datuknya daripada mengatakan segala jenis pujian baginya dan membuat segala macam rujukan seperti dia dibesarkan olehnya dan sebagainya seperti yang dia nyatakan didalam bahagian pengenalan bukunya itu.
Melalui hujah dan logik ini maka ijazah yang tinggi yang diperolehi oleh Musa al-Musawi dari Al-Kashif al-Ghita bolehlah dibuang atas sebab-sebab ini:
PERTAMA: Foto yang dilampirkan didalam bukunya sebagai kenyataan untuk mengatakan bahawa dia mempunyai ijazah yang tinggi didalam fiqh Islam, tidak lebih dari lesen yang berkaitan dengan tradisi seorang pelajar telah belajar dari gurunya; ianya telah diberikan oleh guru kepada kebanyakan dari muridnya. Saya sendiri mempunyai dua ijazah yang sedemikian: Satu dari Allah yarham Ayatullah Imam Abul-Qasim al-Khui dari Najaf dan yang satu lagi daru Allah yarham Ayatullah al-Marashi al-Najafi dari Qum. Maka ijazah didalam menyebutkan hadith bukanlah ijazah lanjutan didalam fiqh Islam sebagaimana yang dikatakan oleh Dr Musa al-Musawi, supaya dapat mengelirukan diantara pembacanya yang tidak mengetahui sistem dan peringkat-peringkat pembelajaran yang diadakan disekolah-sekolah hawzas.
KEDUA: Cucu kapada ulama agung, yang telah berpura-pura didalam usahanya untuk memperbetulkan yang lain, telah mengkhianati kepercayaan yang telah diamanahkan oleh gurunya dan mentornya yang sebagaimana yang al-Musawi katakan telah memberikannya ijazah bagi ijtihad tersebut. Penguasa agama dan ketua dari sekolah hawza al-Najaf al-Ashraf Muhammad al-Husayn Al-Kashif al-Ghita telah mengatakan yang berikut dengan yang berkaitan pada foto yang telah dicetak didalam buku al-Musawi: ‘Saya dengan ini telah memberi izin kepada beliau untuk menyebutkan hadith yang sahih yang mana saya sendiri telah pelajari dari guru saya dan juga professor yang terkenal dan yang mana saya telah mengajari beliau.’
Kita telah lihat bagaimana al-Musawi mencela dan menghina segala-galanya yang dinyatakan oleh Al kashif al-Ghita, iaitu penguasa tertinggi agama dan ketua bagi sekolah hawza yang menyatakan dari ketuanya professor terkemuka didalam bukunya Asl al-shia wa Usuliha [punca dan prinsip bagi shia] Didalam buku tersebut, pengarang menyatakan segala kepercayaan dan perundangan yang diikuti oleh shia. Maka bagaimana sesaorang boleh membandingkan buku yang bertajuk Al-shia wal-Tasheeh yang mana telah ditulis oleh pelajarnya yang khianat dengan buku yang bertajuk Asl al-shia wa Usuliha yang ditulis oleh penguasa tertinggi Kashif al-ghita?
Oleh kerana al-ghita adalah penguasa tertinggi agama dan juga ketua kepada sekolah hawza di al-Najaf al-Ashraf, sebagaimana yang dinyatakan oleh al-Musawi didalam muka surat 158 bukunya, dan oleh kerana al-Musawi mengatakan mengenai ijazah yang tinggi yang didapati darinya tiga puluh tahun yang lalu, mengapa pelajar yang baru dari al-Musawi tidak menghina kepercayaan dari professor yang agung ini yang telah mengajar mereka, sebagaimana yang al-Musawi katakan, telah memberikan kepadanya ijazah yang tinggi?!!
Jika penguasa tertinggi agama dan juga ketua kepada sekolah hawza Shaykh Muhammad al-Husayn Al-Kashif al-Ghita adalah betul dan kepercayaannya tepat, maka al-Musawi adalah salah dan semua kepercayaannya adalah palsu. Jika penguasa tertinggi agama adalah salah dan kepercayaanya adalah tepat, maka al-Musawi mencela dan menghina mereka, kemudian al-Musawi tidak perlulah berbohong kepada manusia dan menipu mereka kepada berfikir bahawa dia telah berjaya mendapatkan ijazah yang tinggi didalam fiqh Islam iaitu ijazah ijtihad dari yang mulia.
Kepercayaan Musa al-Musawi telah dilebelkan sebagai tepat oleh dirinya sendiri yang mengatakan yang sedemikian didalam bukunya. dIa memuji datuknya Abu al-Hasan al-Musawi al-Isfahani sebagai ketua yang agung dan ahli hadith yang dikenali oleh sejarah shia semenjak dari ghaib yang besar. Dia memuji kerana telah menjadi murid kepada Kashif al-Ghita yang dia telah mengatakan sebagai orang yang telah memberikan kepadanya ijazah yang tinggi. Dan dia melebelkan jutaan shia semenjak dari hari saqeefah sehingga kehari ini sebagai kafir.
Saya telah berjanji kepada tuhan ku untuk meneliti setiap isu sebelum mengambil keputusan. Maka saya membaca buku Musa al-Musawi Al-Shiah wal-Tashaah dengan segala kecekapan yang ada pada saya didalam harapan semoga saya menjumpai apa yang yang saya telah tertinggal dan menyempurnakan apa yang kurang didalam pengetahuan saya. Tetapi saya tidak menjumpai apa-apa didalamnya melainkan penipuan dan pertentangan dan penolakkan pada apa yang teks Quran yang suci telah sahkan. Saya juga dapati ianya menghina sunnah rasul dan melanggar pendapat ramai umma Islam. Maka saya sedar bahawa al-Musawi tidak cuba membaca atau berusaha membaca sahih al-Bukhari yang telah dipegang oleh ahl al-sunna wal-jamaa sebagai buku yang paling sahih dari semua buku. Al-Musawi menurut dari bukunya, menghendakki shia untuk bersama didalam barisan ahl al-sunna wal-jamaa maka meninggalkan perintah Allah dan sunnah rasulNya. Ulama yang pintar ini telah mendapat ijazah yang tinggi didalam perundangan Islam iaitu didalam ijtihad pada umur dua puluh tahun diikuti dengan Ph D didalam sistem syariah islam dari Tehran Universiti didalam tahun 1955. Janganlah lupa dia dilahirkan di al-Najaf al-Asraf didalam tahun 1930. Dia juga dapat PhD nya dari Paris Universiti [Sorbonne] didalam tahun 1959.
Saya katakan: Jika dia mengambil masa untuk membaca hanya al-Bukhari, buku yang dianggap oleh ahl al-sunna wal-jamaa sebagai yang boleh dipercayai, dia tidak akan jatuh kedalam dilemma ini yang mana dia tidak akan mendapat jalan keluar selain dari bertaubat dan kembali kepada Allah. Jika tidak ijazah yang tinggi, panggilan kehormat dan wang yang dibelanjakan untuk membahagikan umma Islam tidak akan menguntungkannya sedikitpun.
Allah [awj] telah berfirman:
Sesungguhnya mereka yang kafir membelanjakan harta mereka untuk menghalang manusia dari jalan Allah; maka mereka akan membelanjakannya, kemudian menjadi penyesalan bagi mereka, kemudian mereka akan kalah; dan mereka yang kafir akan dihalau keneraka supaya Allah dapat membezakan yang kotor dari yang bersih dan meletakkan yang kotor bertindih lapis diatas satu yang lain dan dilonggokkan semuanya kemudian dicampakkan kedalam neraka: Mereka ini adalah yang rugi ‘ [8:36-37]
Bukunya bagaimanapun penuh dengan pertentangan yang akan dijumpai oleh mana-mana penyelidik. Jika al-Musawi mendapati dirinya berkelayakkan untuk membetulkan kepercayaan dan perundangan mereka yang mengikuti shia, saya mempelawa dia kepada temuramah television dan kepada perdebatan secara ilmiah yang dihadiri oleh mana-mana penyelidik atau yang akan mengesahkan kepada yang ingin hadir supaya manusia akan mengetahui siapa yang perlu diperbetulkan. Inilah yang diseru oleh Quran yang suci dan pada yang berpemikiran bebas yang digalakan didalam setiap masyarakat yang bertamadun, supaya para Muslim dapat melihat keadaan mereka dengan terang dan berhenti dari menuduh sebahagian manusia, dari kejahilan mereka, sebagai kafir kemudian bertaubatlah hendaknya.
Katakanlah: Bawalah bukti kamu jika kamu adalah yang benar. [2:111]
Satu perkara tinggal untuk dinyatakan supaya kita berlaku adil kepada Dr al-Musawi. Ianya adalah rujukan yang dibuat didalam bukunya kepada tajuk ini yang mana dia telah berikan tiga tajuk utama:
- Mencederakan diri sendiri semasa Ashura
- Bahagian ketiga dari sahadah [bahawa Ali adalah hamba pada Allah]
- Terroris
Dan kepada mencederakan diri, ianya bukanlah satu dari doktorin shia, tidak juga ianya sebahagian dari agama. Bahkan ianya adalah perbuatan dari manusia awam, dan bukanlah shia sahaja yang mengamalkannya. Terdapat juga sebahagian dari sunni, terutama mereka yang mengikuti tareeqa Aysawi, yang telah amat terkenal disepanjang utara Afrika, yang mengamalkan perbuatan yang lebih merosakkan image Islam dari apa yang dilakukan oleh shia. Malah dengan mengamalkannya mereka tidak menyatakan kesedihan mereka untuk trajedi yang menimpa Imam al-Husayn, tidak juga penderitaan yang dialami oleh ahl al-bayt.
Kami bersetuju dengan kenyataan pengarang didalam bukunya didalam hal ini, dan kami ingin berkerja sama dengannya untuk menghapuskan penomona ini dari semua Muslim. Terdapat banyak ulama shia yang ikhlas yang melarang dari perbuatan yang sedemikian dan mencuba dengan gigih untuk menghapuskannya, sebagaimana al-Musawi sendiri mengaku.
Dan kepada bahagian ketiga dari kenyataan syahadah, iaitu, bahawa Ali adalah sahabat kepada Allah, al-Musawi sendiri telah mengetahui dengan jelas bahawa ulama shia selalu mengatakan bahawa ianya bukanlah sebahagian dari azan. Jika sesaorang menyebutnya dengan niat bahawa ianya adalah wajib, atau dengan niat bahawa ianya adalah sebahagian dari azan atau iqamah, maka kedua-duanya azan dan iqamah dikatakan batal. Al-Musawi tahu mengenainya dengan jelas, tetapi dia hanya sekadar ingin membuat helah kepada apa sahaja yang dapat menjayakan tujuannya.
Mengenai terroris, kami menolaknya sebagaimana Dr al-Musawi menolaknya. Bahkan ianya tidaklah sesuai untuk Dr al-Musawi melekatkan tuduhan yang kejam ini kepada shia, kerana alunan terroris ini yang telah bermula dari abad yang lepas adalah sesuatu penutupan keputusan yang tidak dapat dielakan dari pergelutan yang berlaku diantara Timur dan Barat, Utara dan Selatan, pihak yang sombong dengan pihak yang tertindas, yang merampas dengan yang harta dan tanah mereka dirampas.
Mengapa Dr al-Musawi mensabitkan penyeludupan dadah kepada shia? Sejarah telah mengatakan bahawa shia telah menjadi sasaran disepanjang sejarah oleh pengikut dari segala mazhab, oleh berbagai-bagai kerajaan, dan oleh penjajah, malah mereka telah menolak terroris didalam semua bentuk dan rupa.
Mengapa al-Musawi tidak mengatakan terrorisim Muawiya dan pembunuhan yang dia telah jalankan untuk menghapuskan ramai Muslim yang sehingga kepuncaknya dengan meracuni Imam al-Hasan? Dia biasanya akan membunuh musuhnya dari kalangan mereka yang beriman dengan racun dan kemudian berkata, ‘Sesungguhnya Allah mempunyai tuan rumah diperbuat dari madu.’
Adakah penganjur bagi pergerakkan Islam sedunia, yang telah dikatakan [oleh musuh Islam, termasuk kerajaan negara Islam] sebagai terroris, didalam Palestine, Mesir, Sudan, Tunisia, Algeria, Afghanistan dan bahkan dinegara barat, di Pasifik, di Ireland dan dimana-mana saja, dikatakan menganut kepada kepercayaan shiah?!
Jika Dr al-Musawi mendifinasikan terrorisim sebagai menculik tebusan atau menghalakan ketempat lain dan meletupkan kapalterbang, pejuang kebebasan dari rakyat Palestine, yang telah diusir dan halau oleh Israel setelah dipaksa keluar dari rumah mereka, adalah mereka yang telah menculik tebusan di stadium Munich pada permulaan sukan olimpik 1972 dan membunuh beberapa olahragawan Israel. Merekalah yang telah menghalakan beberapa kapalterbang dan meletupkannya. Mereka melakukan ini semua untuk menyedarkan dunia dan menyatakan kes mereka kepada dunia dan membuatkan mereka sedar terhadap kekerasan yang menimpa mereka dan tiada yang sepertinya yang dilihat didalam sejarah kemanusiaan.
Al-Musawi boleh menjadi saksi bahawa semua ini bukan shia. Jika Dr al-Musawi boleh membenarkan dirinya dipengaruhi oleh mereka yang dari media berita asing dan yang mencuba untuk melekatkan tuduhan yang kejam ini kepada shia kerana pendirian politik mereka dan melampaunya kebencian media tersebut kepada Revolusi Islam [di Iran] media yang sama juga telah menjumlahkan didalam senarai mereka yang teratas terroris antarabangsa Libya, Syria dan Iraq dan ini tidak semestinya negara shia. Maka mengapa Dr al-Musawi menumpukan kepada shia sahaja apabila membincangkan terroris didalam bukunya? Dia sendiri mengatakan pada muka surat 122 bahawa kerajaan shia Iran tidak mewakili semua shia didunia ini atau pun Iran sendiri. Jika itulah kes nya maka Dr al-Musawi harus memperbetulkan konsepnya.
Maka kami telah berlaku adil kepada Dr al-Musawi dan membezakan yang benar dari yang palsu, yang baik dari yang jahat.
Kami telah buktikan kepada pembaca budiman yang sebenarnya segala kepercayaan yang dipegang oleh Imami shia adalah tepat dan benar kerana kesemuanya didapati dari Quran dan hadith rasul yang sahih.
Percubaan dari mereka yang punya kepentingan, yang pembuat huru hara, musuh Allah dan pesuruhNya dan juga kepada Islam, untuk membuat tuduhan palsu mereka dan menyebarkan cerita-cerita dusta supaya dapat menolak kepercayaan mereka yang menegakkan keturunan yang suci akan gagal dan tidak menghasilkan sebarang buah apa juga pun. Allah [awj] telah berkata:
‘Dan kepada hampas [buih] ianya berlalu sebagai sesuatu yang tiada berguna: Dan bagi apa yang berguna kepada manusia , ianya meresap kedalam bumi; maka itulah perumpamaan dari Allah [13:17]
Kami bermohon kepadaNya [awj] untuk memberikan petunjuk kepada kita semua dan untuk membolehkan kita untuk mendapat apa yang Dia cintai untuk kita mendapatkannya, untuk mengilhamkan kepada kita cara-cara untuk mendapatkan petunjuk, untuk menghapuskan kemurkaanNya kepada kita, untuk menjauhkan kesakitan dari kita dengan adanya yang ditunggu-tunggu, dan untuk mempercepatkan kepada kita penjelmaannya. Mereka melihatnya jauh sedangkan kita melihatnya dekat.
Dan akhir sekali doa kita adalah, ‘Segala puji bagi Allah, tuhan sekelian alam, dan selawat yang terbaik kepada Muhammad dan keturunannya yang telah disucikan.’
0 comments:
Post a Comment