Contributors

Don't miss

Wednesday, April 22, 2015

Syiah_Sunnah : Bab 43 Ma’sumnya Rasul dan Kesannya Kepada Ahl al-Sunnah wal-Jamaah


By on 4/22/2015 05:23:00 PM

12 Imam ~ Kepercayaan bahawa rasul adalah ma’sum adalah satu tajuk yang mana Muslim berbeza diantara satu dengan yang lain. Ianya walau bagaimanapun menjadi faktor yang utama bahawa adalah wajib bagi Muslim untuk menerima perundangan dari rasul tanpa sebarang perbincangan atau perselisihan, terutama oleh kerana mereka yakin bahawa beliau tidak berkata-kata dari keinginan beliau sendiri tetapi wahyu yang diturunkan dari Tuhannya. Mereka, sebaliknya, tidak akan percaya kepada kenyataan rasul dan perundangan, selain dari teks Quran yang diwajibkan, ianya adalah perkara yang berkaitan dengan ijtihadnya.



Tetapi jika pada menegakkan kepercayaan yang sedemikian, mereka merasa yakin bahawa segala keadaan dirujuk kepada Allah, dan bahawa rasul hanya sekadar cara untuk menyampaikan dan menerangkan keadaan yang sedemikian, maka mereka akan menjadi shia. Ramai para sahabat yang telah dikenal pasti yang telah menerima pakai kepercayaan yang sedemikian. Mereka telah diketuai oleh Imam Ali, yang tidak akan mengubah sunnah rasul walau sedikit pun, yang telah menganggapnya sebagai wahyu Allah; maka tiada siapa yang boleh mengalih kepada pandangan peribadinya dan ijtihad jika terdapat perundangan dari Allah [awj]



Tetapi jika mereka percaya bahawa rasul tidak ma’sum didalam kenyataan dan tindakkannya, bahawa ma’sumnya hanya pada menyampaikan Quran yang suci, dan bahawa selain dari itu segala-galanya pada rasul tidak ada bezanya dengan mana-mana manusia: satu ketika dia betul dan pada ketika yang lain dia salah. Jika mereka berpegang pada kepercayaan ini, maka mereka akan tergulung kepada ahl al-sunna wal-jamaa yang telah mengatakan bahawa tidak ada salahnya untuk para sahabat dan ulama untuk melakukan ijtihad, walaupun terdapat pada kenyataan sunnah rasul dan perundangannya dan menurut pada apa yang disebutkan sebagai kepentingan umum, pada keadaan semasa, dan menurut pada pandangan pemerintah.



Ianya tidak memerlukan kepada sebarang penghuraian bahawa khalifatul rashidin [dengan pengecualian Imam Ali] sebenarnya telah mengikuti pandangan peribadi mereka walaupun terdapat sunnah rasul. Kemudian mereka telah mejangkaui lebih dari itu dengan melaksakan prinsip ijtihad walaupun terdapat ayat Quran yang berkaitan. Maka pandangan mereka telah dikenal pasti oleh ahl al-sunna wal-jamaa sebagai hukum yang mereka memerlukan semua Muslim untuk patuh kepadanya.



Kita telahpun membincangkan ijtihad Abu Bakr dan Umar didalam buku kami ‘Bersama yang Benar’ dan juga didalam ‘Bertanya Mereka yang Mengerti’, dan mungkin kami akan menulis sebuah buku khusus untuk tajuk ini, jika diizinkan Allah.



Kita juga telah mengetahui bahawa ahl al-sunna wal-jamaa telah menambahkan lain jenis ijtihad kedalam dua punca utama perundangan Islam, iaitu Quran dan sunnah rasul, termasuk sunnah kedua-dua shaykh [Abu Bakr dan Umar] dan ijtihad para sahabat. Kesemua ini adalah hasil dari kepercayaan mereka bahawa rasul tidak ma’sum, bahawa dia menggunakan pertimbangan dia sendiri, dan bahawa sebahagian sahabat pernah membetulkan pandangan beliau dan membetulkan pada kesilapannya. [Astaghfirullah!!!]



Ini dengan nyata menunjukkan bahawa ahl al-sunna wal-jamaa mengatakan bahawa rasul adalah orang yang membuat salah……Sama ada mereka mengetahuinya atau tidak, makanya telah membolehkan sesiapa saja untuk menentang atau mengingkari baginda. Didalam lain perkataan, selagi kita berfikir bahawa individu sebegitu boleh melakukan kesalahan, kita tidak perlu pada mentaatinya. Bagaimana kita boleh mentaati apa yang salah?



Ianya juga menjadi nyata kepada kami, didalam perbandingan, bahawa shia percaya didalam mutlaknya ma’sum rasul, menguatkuasakan ketaatan kepada baginda kerana dari sudut pandangan mereka rasul adalah ma’sum. Tidak dibolehkan, yang dipertahankan shia, untuk engkar kepadanya didalam apa juga keadaan. Sesiapa yang menentang dan mengengkarinya, sesungguhnya, menentang dan mengengkari Allah. Adalah diatas prinsip ini bahawa Quran yang suci merujuk didalam banyak ayat-ayat seperti ini:



Dan apa saja rasul berikan kepada kamu, terimalah, dan dari apa saja dia melarang kamu, jauhilah. [59:7]



Dan taati Allah dan rasul maka supaya kamu diberi rahmat. [3:132]



Katakan: Jika kamu mencintai Allah, ikutilah aku: Allah akan [kemudian] mencintai kamu dan mengampunkan kesalahan kamu, dan Allah maha Pengampun, Penyayang. [3:31]



Terdapat banyak lagi ayat-ayat yang menyuruh Muslim untuk taat kepada rasul dan tidak menentangnya kerana beliau adalah ma’sum dan tidak menyatakan sesuatu melainkan apa yang dikehendaki oleh Allah [awj] untuk disampaikan.



Ini dengan sendirinya telah membuktikan pada faktanya bahawa shialah yang telah menegakkan sunnah rasul kerana kepercayaan mereka bahawa rasul adalah ma’sum dan bahawa mengikutinya adalah wajib keatas setiap dan mana-mana Muslim. Ianya juga telah membuktikan bahawa ahl al-sunna wal-jamaah telah jauh dari sunnah rasul disebabkan oleh kepercayaan mereka bahawa rasul boleh membuat salah dan bahawa mengengkarinya adalah dibolehkan.



Semua manusia adalah satu umma, kemudian Allah menghantar beberapa rasul sebagai penyampai kepada pengkhabaran baik dan memberi peringatan, dan Dia turunkan bersama mereka kitab dengan kebenaran supaya ianya boleh mengadili diantara manusia didalam apa saja yang dipertikaikan; malah tiada yang menerima termasuk mereka-mereka yang telah diberikannya, mereka telah berbeza mengenainya walaupun setelah pembuktian yang nyata sampai kepada mereka, berbalah diantara mereka; maka Allah menunjukkan dengan kehendaknya mereka yang beriman kepada kebenaran mengenai apa yang diperselisihkan, dan Allah memimpin sesiapa saja yang dikehendakiNya kepada jalan yang betul. [2:213]

Quotes from 12 Imams

Mencintai keindahan adalah fitrah. Sampaikan keindahan Ahlul Bait dan keindahan ajaran mereka dengan cara yang indah. "Kalau manusia mendengar keindahan ucapan-ucapan kami, niscaya mereka akan mengikuti kami" (Imam Ridha as).

0 comments:

Post a Comment