Contributors

Don't miss

Tuesday, December 16, 2014

Syi'ah_Sunnah : Bab 5 Satu lagi Insiden [berturutan] Shiah Menentang Sunnah


By on 12/16/2014 09:16:00 PM

12 Imam ~ Ini adalah suatu pendirian yang serius yang telah diambil oleh kebanyakkan para sahabat ditempat Banu Sai’dah yang dengan terang telah menentang kenyataan rasul Allah yang melantik Ali sebagai khalifah dan mereka semua telah saksikan dihari Ghadeer ketika Haji Terakhir Rasul Allah. Walaupun mereka mempunyai pendapat yang berlainan diantara Muhajir dan Ansar mengenai isu kedudukan khalifah, mereka tetap berlumba-lumba secara kurang bersopan diantara satu dengan lain untuk mengenepikan kenyataan rasul Allah dengan mendahulukan Abu Bakr sebagai khalifah walaupun jika ianya akan mengakibatkan kebinasaan mereka, makanya, ini menunjukkan kesediaan mereka untuk membunuh sesiapa sahaja walaupun dari punca yang teramat kecil yang dianggap akan menentang mereka, dan walaupun jika manusia itu yang paling rapat kepada rasul Allah. [15]



Insiden ini juga mengariskan fakta bahawa kebanyakkan majoriti para sahabat membantu Abu Bakr dan Umar di dalam penolakkan Sunnah rasul Allah dan menggantikannya dengan ijtihad mereka sendiri, pandangan peribadi, kerana mereka tentunya menyebelahi kepada ijtihad. Ini juga dapat memperlihatkan dari keseluruhan komuniti bahawa hanya sejumlah kecil dari kaum minoriti Muslim yang memegang teguh kenyataan rasul Allah dan memulaukan [boikot] perlantikkan Abu Bakr, terutamanya Ali dan Shianya, pengikut dan penyokong beliau.



Ya, pengenalan [identiti] yang jelas bagi dua kumpulan atau parti ini telah kelihatan didalam dunia Islam sejurus selepas insiden yang diatas. Satu parti cuba untuk menghormati dan melaksanakan Sunnah rasul Allah, sedangkan yang satu lagi cuba untuk mengalahkannya, menghapuskan dan menggantikan dengan ijtihad, konsep yang menarik ramai majoriti, dengan hasutan dan memberi harapan untuk mencapai kerusi kerajaan atau sekurang-kurangnya mengambil bahagian didalamnya. Parti Sunni [mengikuti sunnah rasul] yang pertama telah diketuai oleh Ali ibn Abu Talib dan Shiah beliau, sedangkan parti yang satu lagi yang menggunakan ijtihad telah diketuai oleh Abu Bakr dan Umar dan kebanyakkan dari para sahabat. Parti yang kedua, yang diketuai oleh Abu Bakr dan Umar menggunakan kuasa yang ada pada mereka untuk menghapuskan parti yang pertama, dan beberapa langkah telah dirancangkan untuk menghapuskan parti pembangkang adalah seperti berikut:



  • Memencilkan Pembangkang dan Melumpuhkan Ekonominya


Langkah pertama yang diambil oleh parti pemerintah adalah untuk menafikan lawannya [musuhnya] daripada mendapat kemudahan percuma kepada punca-punca kehidupan atau pun kewangan. Abu Bakr dan Umar memberhentikan pekebun-pekebun yang telah diupah oleh Fatimah untuk mengusahakan tanah Fadak [16], menganggapnya sebagai harta Muslim bukan milik Fatimah secara peribadi, sebagaimana yang ayahnya telah katakan. Mereka juga menafikan beliau dari segala pusaka peninggalan ayahnya, menyatakan bahawa para rasul tidak meninggalkan pusaka. Mereka menamatkan bahagian beliau dari khums yang mana rasul Allah telah memperuntukkan untuk diri dan keluarganya kerana mereka telah dilarang untuk menerima sedekah.



Maka Ali menjadi lumpuh dari segi ekonomi: Hasil keluaran tanah Fadak yang biasanya menghasilkan keuntungan yang lumayan bagi diri beliau, telah dirampas darinya; beliau telah dihalang dari pusaka sepupunya, pada waktu yang sama juga, adalah milik yang sah bagi isterinya; lebih-lebih lagi, bahagiannya dari khums telah dipotong. Ali dan isterinya dan anak-anaknya kini mendapati diri mereka memerlukan kepada orang-orang yang boleh memberinya pakaian dan makanan, dan inilah sebenarnya yang dimaksudkan oleh Abu Bakr apabila dia berkata kepada Fatimah al-Zahra: ‘Ya, kamu berhak untuk menerima khums, tetapi saya akan membahagikannya sebagaimana rasul Allah telah membahagikannya, supaya saya tidak akan meninggalkan kamu tanpa makanan atau pakaian’



Sebagaimana yang telah saya katakan bahawa para sahabat yang menyebelahi Ali adalah kebanyakkannya hamba yang tidak mempunyai harta; maka kerajaan yang memerintah tidak khuatir terhadap mereka dan juga pengaruh mereka, kerana manusia lumrahnya berpihak kepada yang kaya dan benci pada yang miskin

  •  Memencilkan Pembangkang dan Melumpuhkannya didalam Kemasyarakatan


Dalam cara untuk menghapuskan parti pembangkang yang diketuai oleh Ali ibn Abu Talib, parti pemerintah telah memisahkannya dari masyarakat. Perkara pertama yang dilakukan oleh Abu Bakr dan Umar adalah menghapuskan rintangan fisikologi dan emosi yang menghendaki semua Muslim menghormati dan memuliakan kerabat rasul Allah yang agung.



Oleh kerana Ali adalah sepupu kepada rasul Allah dan ketua bagi keturunan yang suci, terdapat diantara beberapa sahabat yang membenci beliau dan dengki diatas anugerah Allah keatas beliau, tidak perlulah disebut bagi sihipokrit yang menunggu untuk menyerang beliau. Fatima hanyalah satu-satunya keturunan rasul yang masih hidup selepas baginda. Beliau adalah, sebagaimana yang dikatakan oleh rasul Allah, ketua bagi semua para wanita didunia ini; makanya semua Muslim menghormatinya dan memuliakannya disebabkan oleh kedudukannya yang telah diperolehi dari ayahnya dan juga oleh hadith yang baginda telah nyatakan mengenai kemuliaan, kehormatan dan juga kesuciannya. Tetapi Abu Bakr dan Umar bersungguh-sungguh mencuba untuk menghapuskan kehormatan dan ingatan yang sedemikian dari hati Muslim awam. Umar ibn al-Khattab suatu ketika mendatangi rumah Fatima dengan andang api dan mengancam untuk membakar rumah berserta dengan semua penghuninya jika penghuninya enggan keluar dan memberi sumpah setia mereka kepada Abu Bakr. Didalam bukunya Al-‘Iqd al-Fareed, Ibn Abd Rabbih telah berkata:



Dan mengenai Ali, al-Abbas, dan al-Zubayr, mereka tinggal didalam rumah Fatima, sehingga Abu Bakr menghantar kepada mereka Umar ibn al-Khattab untuk memaksa mereka keluar dari rumah Fatima. Dia berkata kepada Umar: ‘Jika mereka enggan, perangi mereka.’ Maka dia datang membawa andang api untuk membakar rumah Fatima. Fatima bertemu Umar dan bertanya kepadanya: ‘O anak al-Khattab! Adakah kedatangan kamu untuk membakar rumah kami?’ ‘Ya’ kata Umar, ‘kecuali kamu menerima apa yang umma telah setuju.’[17]



Jika Fatima al-Zahra adalah ketua para wanita diseluruh dunia, sebagaimana yang dinyatakan di dalam buku-buku sahih ‘ahl al-sunna wal-jamaa’ dan jika anaknya al-Hasan dan al-Husayn adalah ketua bagi remaja disyurga dan kembang wangian rasul Allah didalam umma ini, dicela dan diperhina sehingga ketahap bahawa Umar bersumpah dihadapan semua orang untuk membakar mereka dan rumah mereka jika mereka enggan untuk memberi sumpah setia mereka kepada Abu Bakr, bolehkah sesaorang mengharapkan orang lain dapat mengekalkan sebarang penghormatan terhadap Ali ibn Abu Talib sedangkan kebanyakkan mereka benci dan dengki kepadanya? Setelah pemergian rasul Allah, Ali menjadi ketua pembangkang, kini dia tidak mempunyai harta untuk menarik manusia kepadanya.



Al-Bukhari menunjukkan di dalam Sahihnya bagaimana Fatima meminta supaya Abu Bakr memulangkan apa yang dia warisi dari rasul Allah, apa-apa yang Allah telah peruntukkan kepada baginda di Madina sebagai tambahan dari Fadak dan rampasan perang Khaybar, tetapi Abu Bakr enggan memberikan apa-apa kepadanya. Makanya Fatima menjadi amat marah dengan Abu Bakr dan telah mengabaikan dan tidak berkata-kata dengannya setelah dia merampas miliknya dengan kejam sehinggalah dia meninggal dunia hanya enam bulan selepas wafat ayahnya, rasul Allah. Apabila beliau meninggal dunia, suaminya Ali mengkebumikannya diwaktu malam. Abu Bakr tidak melakukan solat jenazah untuknya.



Dan Ali biasanya akan dipandang tinggi oleh orang awam selagi Fatima al-Zahra masih hidup, maka apabila beliau meninggal dunia, Ali melihat bagaimana manusia berpaling darinya; maka dia berbaik dengan Abu Bakr dan memberi perjanjian kepadanya; sedangkan dia tidak pernah melakukannya dibulan-bulan yang pertama. [18]



Maka parti pemerintah telah mendapat kejayaan yang besar dengan menjauhkan Ali secara ekonomi dan juga kemasyarakatan, dan menghapuskan penghormatan manusia terhadapnya, kerana mereka tidak mengekalkan sebarang penghormatan atau ingatan kepadanya terutama setelah meninggalnya Fatima al-Zahra, sehingga dia amat terperanjat terhadap tingkah laku manusia terhadap dirinya yang telah berubah. Makanya dia terpaksa berbaik semula dengan Abu Bakr dan memberikan perjanjiannya kepada Abu Bakr mengikut dari cerita al-Bukhari dan Muslim. Didalam perkataan lain, didalam perenggan [paragraf] ‘Ali amat terkejut melihat bagaimana tingkah laku manusia telah berubah terhadap dirinya’, diambil dari perkataan al-Bukhari sendiri, telah memberi kami petunjuk yang jelas betapa besarnya kedengkian dan dendam yang ayah al-Hasan terpaksa hadapi selepas wafat sepupunya dan kemudian isterinya. Sebahagian sahabat mungkin telah mula menghina dan mempersendakan dia apabila mereka bertemu dengannya ditempat awam; inilah makanya dia amat terperanjat dan marah dengan teguran yang sedemikian.



Bab ini bukan bermaksud untuk menceritakan sejarah atau mengkhususkan ketidak adilan yang telah dilakukan terhadap Ali sebanyak mana yang ingin kami dedahkan kepada fakta yang pahit lagi menyakitkan ini: Penegak kepada Sunnah Rasul, dan pintu bagi pengetahuan rasul, menjadi paria. Sebaliknya, mereka yang menyokong pada konsep menghuraikan agama dari sudut pandangan mereka, dari mereka yang menolak Sunnah Rasul, menjadi pemimpin yang mana disokong oleh kebanyakkan dari para sahabat.



  • Memencilkan Pembangkang di Arena Politik


Selain dari penguatkuasaan larangan yang keras, rampasan terhadap hak-hak hartanya, dan pengasingannya Ali ibn Abu Talib, dari masyarakat, dan ini telah mengalihkan pandangan manusia darinya sebagaimana yang telah kami terangkan dahulu, parti pemerintah masih tidak berpuas hati dengan segala tindakkan ini, maka mereka mula berpaling pula kepada menjauhkan Ali dari arena politik, mengenepikannya dari segala yang berkenaan negara, tidak membenarkan dia untuk mengambil bahagian atau dari segala kedudukan rasmi atau apa juga tanggong jawab. Bahkan mereka melantik Umayyad yang zalim, yang telah memerangi Islam dikala hidupnya rasul Allah, pemimpin inilah yang telah menjauhkan Ali dari arena politik untuk selama suku abad semasa pemerintahan Abu Bakr, Umar dan Uthman. Sedangkan sebahagian sahabat yang dilantik menjadi gabenor sedang mengumpulkan harta, emas dan perak diatas pengorbanan orang Islam, Ali ibn Abu Talib berkerja mengairi [siram] pokok palma kepunyaan orang Yahudi untuk mencari nafkah kehidupannya dengan titik peluh didahinya.



Maka pintu pada pengetahuan, ulama’ bagi umma, dan penegak Sunnah Rasul tinggal berkurung didalam rumah tidak dihargai melainkan teramat sedikit dari gulongan yang rendah yang tinggal setia kepadanya, menerima petunjuk dan memegang erat kepada talinya.



Semasa dia menjadi khalifa, Imam Ali telah mencuba tetapi sia-sia untuk membawa manusia kembali kepada Quran dan Sunnah Rasul kerana mereka telah menjadi fanatik didalam sokongan mereka terhadap ijtihad yang direka oleh Umar ibn al-Khattab, dan sebahagian dari mereka menjerit dengan cara terbuka: Waa Sunnata Umarah! [O betapa besarnya sunnah yang Umar telah bawakan untuk kami!]



Ini bukan satu tuduhan, tetapi fakta yang telah dipersetujui oleh seluruh ummah Muslim dan yang telah dirakamkan didalam sahih mereka dan yang mana para penyelidik dan mereka yang adil telah mengetahuinya. Imam Ali telah memahami keseluruh Teks Quran secara hafalan dan mengetahui segala penghuraiannya. Dia adalah orang yang pertama untuk mengumpulkannya sebagaimana yang telah dinyatakan oleh al-Bukhari, sedangkan Abu Bakr, Umar mahupun Uthman tidak menghafalnya, ataupun mengetahui penghuraiannya. [19] Para sejarah telah mengira sebanyak lebih dari tujuh puluh kali dimana Umar telah mengatakan:



Lawla Ali la halaka Umar [jika tidak kerana Ali, Umar tentu telah binasa] dan didalam perkataannya sendiri Abu Bakr berkata:



‘Semoga aku tidak hidup dimana-mana masa tanpa bapa al-Hasan’.

[15] Kenyataan yang sangat jelas, ancaman Umar ibn al-Khattab untuk membakar rumah Fatima dan setiap penghuni didalamnya. Insiden ini sangat terkenal didalam catitan sejarah [16] Cerita mengenai Fadak sangat terkenal didalam buku sejarah dan juga perbalahan al-Zahra dengan Abu Bakr. Beliau meninggal dunia dengan merasa marah terhadap Abu Bakr. Insiden yang terkenal ini dirakamkan oleh Bukhari dan Muslim. [17] Ini dinyatakan didalam jilid empat buku Al-‘Iqd al-Fareed dimana penulisnya membincangkan mengenai mereka yang enggan memberikan sumpah kepada Abu Bakr [18] Al-Bukhari, sahih [didalam tek Arab yang asal] jilid 5 muka surat 82 didalam perbincangan pada peperangan Khayber, dan ianya juga dirakamkan didalam ‘Buku pada Ijtihad’ didalam sahih Muslim. [19] Kejahilan Umar mengenai pembahagian peninggalan sesaorang yang tidak mempunyai orang tua atau anak-anak, dan tidak punya wasiat, ini agak terkenal didalam buku sunna. Sama juga kebenaran tehadap kejahilannya mengenai penghuraian yang berkaitan dengan tayammum; ini semua telah diketahui oleh setiap orang sebagaimana al-Bukhari telah tunjukkan pada muka surat 90 jilid 1 dari sahihnya.

Quotes from 12 Imams

Mencintai keindahan adalah fitrah. Sampaikan keindahan Ahlul Bait dan keindahan ajaran mereka dengan cara yang indah. "Kalau manusia mendengar keindahan ucapan-ucapan kami, niscaya mereka akan mengikuti kami" (Imam Ridha as).

0 comments:

Post a Comment