Contributors

Don't miss

Tuesday, December 16, 2014

Syi'ah_Sunnah : Bab 6 ‘Ahl al-Sunnah’ Tidak Mengetahui Sunnah Rasul Allah


By on 12/16/2014 09:34:00 PM

12 Imam ~ Jangan biarkan tajuk ini menakutkan kamu, wahai pembaca, kerana kamu, dengan rahmat Allah, sedang berjalan diatas jalan yang lurus supaya kamu akhirnya akan sampai kepada apa yang di ridhai Allah [awj]. Jangan biarkan syaitan membisikkan, ataupun kesombongan kamu, ataupun sebarang kefanatikan yang tercela menguasai kamu atau mengalihkan kamu dari sampai kepada tujuan yang di idamkan, hak kamu yang hilang, didalam ‘Tanam yang tiada kesudahan.’



Sebagaimana yang telah kami nyatakan, mereka yang mengelarkan diri mereka ‘ahl al-sunna wal-jamaa’ adalah mereka yang percaya didalam sahnya khalifa rashidin yang empat, umumnya Abu Bakr, Umar, Uthman dan Ali. Ini telah diketahui oleh semua orang dizaman kita ini. Tetapi fakta yang menyedihkan adalah bahawa Ali ibn Abu Talib pada asalnya tidak disenaraikan oleh ahl al-sunna wal-jamaa diantara khalifa rashidin; mereka langsung tidak mengiktiraf akan sahnya kedudukan beliau sebagai khalifa; bahkan namanya telah ditambah kepada senarai setelah sebegitu lama terlewat didalam sejarah: didalam tahun 230 AH bersamaan 844 M, semasa hidupnya Imam Ahmad ibn Hanbal.



Dan bagi para sahabat yang bukan shia, begitu juga para-para khalifa, raja-raja, dan putera-putera yang memerintah Muslim semenjak dari masa Abu Bakr dan sehingga pemerintahan khalifa Abbasid Muhammad ibn al-Rasheed al-Mu’tasim, mereka tidak pernah mengiktiraf Ali ibn Abu Talib sebagai khalifa langsung. Lebih-lebih lagi, sebahagian dari mereka mengutuk dan menganggap dia sebagai bukan Muslim; jika tidak bagaimana mereka membolehkan mengutuknya dari mimbar mereka?! Kita telah ketahui bagaimana Abu Bakr dan Umar melayani dia dengan mengenepikan dan mengasingnya dari kerajaan mereka, kemudian Uthman datang selepas mereka untuk bertindak lebih jauh lagi didalam menunjukkan kebenciannya [Uthman] terhadap Ali, melebihi dari kedua sahabatnya yang terdahulu, merendahkannya sehingga suatu ketika dia mengancam untuk mengusir beliau sebagaimana dia mengusir Abu Dharr al-Ghifari. Apabila Muawiya menjadi pemerintah, dia telah melampaui batas didalam mengutuk beliau dan memerintah manusia untuk melakukannya juga. Pemerintah Umayyad, semuanya sama tekun di setiap bandar dan juga dikampong-kampong didalam melaksanakannya [mengutuk Imam Ali] pada jangka waktu yang lama iaitu lapan puluh tahun.[20] Sebenarnya, kutukan, tuduhan dan penyisihan dari beliau dan pengikutnya, tidak terhenti setakat itu, malah lebih lagi. Khalifa Abbasid al-Mutawakkil, sebagai contoh, oleh kerana amat bencinya terhadap Ali, telah menajiskan dan merosakkan pusara beliau dan juga pusara anak beliau Imam Husayn ibn Ali pada tahun 240 H / 854 AD.



Al-Waleed ibn Abd al-Malik, adalah Amirul Mukminin pada ketika itu, memberi khutbah Jumaat yang mana dia berkata: ‘Bahawa hadith yang mengatakan bahawa rasul Allah pernah berkata kepada Ali sebagai: ‘Kedudukan kamu kepada saya adalah umpama Aaron kepada Musa’ telah ditukar kepada: ‘Kedudukan kamu kepada saya adalah umpama Qarun kepada Musa’ kerana itu para pendengar telah menjadi keliru.’ [21] Begitulah dendam pemerintah terhadap adik rasul Allah.



Semasa pemerintahan al-Mu’tasim, apabila terdapat banyaknya pertambahan didalam jumlah mereka yang menjadi atheis, murtad dan pemalsu hadith, yang mendudukki kepada kedudukan khalifa ‘yang adil’, dan apabila manusia telah dialihkan pandangan mereka semasa al-Mu’tasim oleh masalah sampingan, dan sebagai tambahan kepada dilemma [permasalahan] yang disebabkan oleh Imam Ahmad ibn Hanbal yang mengatakan Quran itu kudus didalam keadaan sebelum kejadian…, manusia secara membuta tuli mengikut kepercayaan raja mereka, percaya bahawa Quran itu ‘dijadikan’. Tetapi apabila Ahmad ibn Hanbal menarik semula teorinya mengenai Quran, kerana bimbang kepada al-Mu’tasim, dia telah menjadi selepas itu diantara ulama’ hadith yang terkenal [22] ulung, seumpama bintang yang bercahaya. Pada ketika itulah diputuskan untuk menambah nama Ali ibn Abu Talib kepada senarai khalifa yang adil.



Besar kemungkinan bahawa Ahmad ibn Hanbal telah kagum dengan hadith-hadith yang sahih yang telah meninggikan kemuliaan Ali dan telah timbul pertentangan dengan kehendak pemerintah diketika itu, terutama sekali kerana dialah orangnya yang telah berkata: ‘Tiada siapa diantara semua orang yang telah menerima hadith yang sebegitu banyak yang menyanjunginya sebagaimana Ali ibn Abu Talib.’ Dikala itulah maka jumlah ‘khalifa yang adil ditambah kepada empat, dan kedudukan Ali sebagai khalifa dianggap sebagai sah setelah ditolak sebagai tidak sah.



Buktinya:



Didalam Tabaqat, yang dianggap oleh ulama’ Hanbali sebagai rujukan utama mereka, Ibn Abu Ya’li menyatakan Wadeezah al-Himsi sebagai berkata:



‘Saya menziarahi Ahmad ibn Hanbal, setelah ditambah nama Ali [as] [23] kedalam senarai nama khalifa yang tiga [khalifa yang adil]. Saya berkata kepadanya: ‘Wahai Abu Abdullah! Apa yang telah kamu lakukan adalah memburukkan kedua mereka Talhah dan al-Zubayr!’ Dia berkata: ‘Janganlah membuat kenyataan yang jahil! Apa yang ada kena mengena dengan kita mengenai peperangan mereka, dan kenapa kamu menyebutnya sekarang?’ Saya berkata: ‘Semoga Allah memandu kamu kepada kebenaran, kami menyatakannya setelah kamu menambah nama Ali dan memberi mandat kepadanya [dengan sanjungan] sebagai khalifa sebagaimana yang telah dimandatkan kepada Imam-imam sebelumnya!’ Dia berkata: ‘Dan apa yang akan menahan saya dari melakukannya?’ Saya berkata: ‘Satu hadith yang disampaikan oleh ibn Umar.’ Dia berkata kepada saya: ‘Umar ibn al-Khattab adalah terlebih baik dari anaknya, kerana dia menerima [i.e mengesyor] Ali sebagai khalifa diatas Muslim dan menyenaraikan beliau diantara mereka-mereka ahli syura, dan Ali merujuk dirinya sebagai Amirul Mukminin; adakah saya yang akan mengatakan bahawa mereka yang beriman tidak mempunyai ketua?!’ Maka saya pun pergi.[24]



Insiden ini menerangkan kepada kami faktanya bahawa penyampai tersebut adalah ketua ‘ahl al-sunna wal-jamaa’ dan juga jurucakap mereka, dan bahawa mereka menolak khalifanya Ali disebabkan oleh apa yang Abdullah ibn Umar, ahli faqih sunni, telah katakan yang al-Bukhari telah rakamkan didalam sahihnya. Oleh kerana mereka mengatakan bahawa sahih al-Bukhari adalah buku yang paling benar selepas kitab Allah, adalah perlu bagi mereka untuk menolak khalifanya Ali dan tidak mengiktirafnya.



Kita telah bincangkan hadith tersebut didalam buku kami ‘Tanya Mereka Yang Mengerti’, dan tidak ada apa salahnya didalam menggulangi disini supaya semua dapat manfaatnya.



Didalam sahihnya, al-Bukhari menyatakan dari Abdullah ibn Umar berkata: ‘Semasa hidup rasul Allah, kami menganggap Abu Bakr paling utama, kemudian Umar ibn al-Khattab, kemudian Uthman ibn Affan, semoga Allah merasa senang dengan mereka’.[25]



Al-Bukhari menyatakan satu hadith lain yang disampaikan oleh ibn Umar yang lebih terang dari yang sebelumnya. Didalamnya Abdullah ibn Umar berkata:



‘Semasa hidup rasul Allah, kami tidak menganggap sesiapa yang melebihi dari Abu Bakr, kemudian Umar, kemudian Uthman, kemudian kami tinggalkan selebihnya dari para sahabat rasul tanpa membuat sebarang keutamaan diantara mereka.[26]



Untuk menyatakan asas dari ‘hadith’ ini, yang mana rasul Allah tidak pernah memberi mandat ataupun mengesahkannya, tetapi ianya tidak lain adalah satu daripada buah fikiran Abdullah ibn Umar dan dari pandangannya yang berpihak disebabkan kebencian dan dendamnya terhadap Ali yang telah diketahui umum, dengan inilah ‘ahl al-sunna wal jamaa’ telah mendirikan [mendasarkan] mazhab mereka untuk membenarkan [membolehkan] tindakkan mereka tidak mengiktiraf khalifanya Ali.



Adalah melalui ‘hadith’ yang seperti ini, Banu Umayyad telah membolehkan mengutuk, menghina, mencela dan memperkecilkan Ali. Pemerintahan mereka semenjak dari Muawiya dan sehinggalah kepada Marwan ibn Muhammad ibn Marwan didalam tahun 132 AH telah mengarahkan untuk mengutuk Ali dari atas mimbar. Semua penyokong beliau [Imam Ali] atau yang tidak melaksanakan perbuatan yang keji itu akan di bunuh. [27]



Kemudian kerajaan Abbasid bermula didalam tahun 132 AH / 750 AD dengan pemerintahan Abul-Abbas al-Saffah [yang mengalirkan darah]; maka dari sinilah pemisahan didalam berbagai cara dengan Ali dan dari mereka yeng terus menyokongnya berterusan, dan cara-cara untuk memisahkan mereka berubah-ubah bergantung kepada keadaan keperluan dan juga situasinya kerana dinasti Abbasid telah didirikan diatas kehancuran ahl al-bayt dan mereka yang mengikuti talinya. Beberapa pemerintah Abbasid, jika kepentingan kerajaan mereka memerlukannya, tidak secara terang-terangan mengutuk Ali tetapi dengan secara rahsia telah melakukan lebih dari apa yang Umayyad telah lakukan. Mereka belajar dari pengalaman sejarah yang telah mendedahkan penindasan yang telah dilakukan terhadap ahl al-bayt dan pengikut mereka: Penindasan yang sedemikian itu telah membuat manusia simpati terhadap mereka; makanya pemerintah Abbasid dengan bijaknya cuba untuk memesongkan keadaan supaya memihak kepada mereka. Mereka cuba mendampingi para Imam dari ahl al-bayt bukanlah kerana cinta kepada mereka, ataupun mangakui telah merampas hak mereka, tetapi hanya untuk membendung manusia dari memberontak yang mana telah bermula didaerah sempadan dan telah mengancam kerajaan mereka. Inilah yang telah dilakukan oleh al-Ma’mun anak kepada Haroun al-Rasheed kepada Imam Ali Ibn Musa al-Rida. Tetapi apabila kerajaan mereka telah menguasai semuanya, dan kekecuhan dalaman telah dapat dibendung, mereka telah melampaui batas didalam mengutuk Imam-imam ini dan pengikut mereka sebagaimana khalifa Abbasid al-Mutawakkil telah lakukan. Dia telah menjadi mashor dengan kebenciannya terhadap Ali dan kutukannya dan bahkan menajis dan merosakkan pusara beliau dan anaknya al-Husayn.



Disebabkan oleh fakta inilah maka kami katakan bahawa ‘ahl al-sunnah wal-jamaah’ enggan untuk mengiktiraf sahnya kedudukan Ali sebagai khalifah sehingga banyak tahun selepas Ahmad ibn Hanbal.



Adalah benar bahawa Ahmad ibn Hanbal adalah orang yang pertama untuk mengutarakan perkara ini, tetapi dia tidak dapat menyakinkan para-para ulama hadith, sebagaimana yang telah kami tunjukkan dengan menggunapakai pandangan terhadap mereka yang mengikuti jejak langkah Abdullah ibn Umar. Masa yang panjang diperlukan untuk menyakinkan manusia kepadanya dan untuk mereka menerima pandangan Ahmad ibn Hanbal, suatu pandangan yang mungkin membawa orang-orang Hanbali kepada mencari keadilan dan mendampingi ahl al-bayt. Ini membezakan mereka dari mazhab sunni yang lain seperti Maliki, Hanafi dan Shafii yang berbeza-beza untuk mendapatkan sokongan. Mereka makanya tidak mempunyai pilihan melainkan untuk menerimapakai pendapat itu.



Dengan berlalunya masa ahl al-sunnah wal-jamaah menjadi sebulat suara melaksanakan pandangan Ahmad ibn Hanbal dan mereka bersetuju untuk menjadikan Ali khalifa rashidin yang keempat, diperlukan bagi mereka yang beriman untuk menghormati beliau sebagaimana mereka menghormati yang bertiga itu.



Tidakkah ini satu bukti yang besar bahawa ahl al-sunnah wal-jamaah adalah Nasibi yang membenci Ali dan cuba sedaya upaya untuk memperkecilkan dan tidak menghormatinya?



Kita harus menayakan soalan ini: ‘Adakah semuanya ini benar, sedangkan kita sekarang ini melihat ahl al-sunna wal-jamaa mencintai Imam Ali dan memohon kepada Allah untuk meridhai beliau?’



Kami katakan: ‘Ya, selepas berlalunya waktu, dan wafatnya Imam-imam dari ahl al-bayt, pemerintah sudah tidak bimbang lagi, atau pun berhadapan dengan ancaman terhadap kerajaan mereka, dan apabila lesapnya kemuliaan Kerajaan Islam dan Mamlukes, Moguls dan Tartar mengambil kuasa keatasnya, dan apabila keimanan makin berkurangan dan ramai Muslim telah dialihkan kepada seni, nyanyian, hiburan, pencabulan, arak dan gundek…. dan apabila satu generasi digantikan dengan yang lain yang telah hilang solatnya, mengikuti kehendak mereka yang rendah…. Apabila yang benar menjadi salah dan yang salah menjadi benar, apabila kerosakan berleluasa didarat dan dilautan….maka barulah dikala itu, hanya dikala itu saja Muslim memuji turunan mereka, menyanyikan pujian sanjungan mereka. Maka dikala itu mereka menginginkan warisan sejarah mereka yang silam, memanggilnya ‘zaman keemasan’. Zaman yang terbaik dari sudut pandangan mereka, zaman para sahabat yang mana telah menakluki tanah jajahan yang luas, mengembangkan kerajaan Islam di Timur dan di Barat, mengalahkan Kaiser dan Ceaser. Maka dikala itulah mereka mula berdoa kepada Allah supaya meridhai kesemuanya, termasuk Ali ibn Abu Talib, menjadi khalifa yang diterima. Kerana ahl al-sunna wal-jamaa percaya didalam keadilan mereka-mereka yang terdahulu, kesemua mereka, maka mereka tidak boleh mengabaikan Ali didalam senarai untuk para sahabat.



Jika mereka telah mengenepikan beliau, komplot mereka akan menjadi bukti kepada semua orang yang bijak dan yang menyelidik, lalu mereka mengalihkan orang awam kepada mempercayai bahawa khalifa yang keempat adalah pintu kepada kota ilmu pengetahuan Ali ibn Abu Talib [as]. Kami bertanya kepada mereka: ‘Kenapa kamu kemudian menolak untuk mengikuti beliau dengan segala yang ada kaitan dengan ugama dan juga perkara-perkara sekular, jika kamu benar-benar percaya bahawa beliau adalah pintu kepada pengetahuan? Kenapa kamu dengan sengaja meninggalkan pintu itu dan mengikuti Abu Hanifa, Malik, al-Shafii dan ibn Hanbal, begitu juga dengan ibn Taymiyyah, mereka-mereka ini yang tidak setanding, yang amat jauh dari kemuliaan yang ada pada Ali, kebaktian dan keturunan yang suci, yang mana perbezaannya adalah umpama bumi dengan langit atau bagaimanakan sesaorang boleh membandingkan pedang dengan sabit atau bagaimana sesaorang membandingkan Muawiya dengan Ali jika kamu mengikuti akal fikiran?’



Semua ini boleh diperkatakan jika kita ketepikan semua hadith yang menceritakan mengenai Pesuruh Allah mewajibkan keatas Muslim untuk mengikuti Imam Ali selepas rasul dan mencontohinya. Seorang diantara ahl al-sunna akan berkata: ‘Kemuliaan Ali, dialah orang yang pertama untuk memeluki Islam, jihadnya adalah untuk Islam, pengetahuannya amat mendalam, kehormatannya yang besar dan zuhudnya telah diketahui oleh semua; bahkan ahl al-sunna mengetahui dan mencintai Ali lebih dari mereka yang shia.’ Begitulah yang diperkatakan oleh kebanyakkan mereka dewasa ini. Kepadanya kami katakan: ‘Dimanakah kamu [28], dan dimanakah turunan dan ulama kamu apabila Ali dikutuk dari atas mimbar untuk ratusan tahun? Kami tidak pernah dengar, ataupun ada dirakamkan didalam sejarah sebarang fakta, bahawa terdapat seorang diantara mereka yang membencinya atau menghalangnya atau yang terbunuh kerana ketaatan dan cintanya kepada Ali. Tidak! Kami tidak akan terjumpa walaupun satu nama diantara semua ulama’ ahl al-sunna yang ada melakukannya. Melainkan kesemuanya ulama mereka hampir kepada kedudukan pemerintah, raja dan juga gabenor kerana sumpah kesetiaan yang mereka telah berikan kepadanya, dan kerana merasa senang dengannya dan kerana mereka mengeluarkan perundangan yang membolehkan pembunuhan terhadap orang-orang yang ‘menolak’ iaitu mereka yang setia kepada Ali dan keturunannya, dan manusia serupa ini masih ada terdapat dizaman kita.



Kristian untuk selama beberapa abad telah memendam kebencian terhadap Yahudi yang mereka anggap sebagai penjenayah. Mereka menuduhnya sebagai yang bertanggong jawab diatas pembunuhan Isa anak Mariam. Tetapai kristian ini telah menjadi lemah dan dasar kepercayaan mereka telah lenyap, dan kebanyakkan mereka menjadi kafir. Pihak gereja telah diarahkan pergi kepada bakul sampah disebabkan oleh pendirian mereka yang menentang sains dan para saintis. Sebaliknya, Yahudi bertambah kuat, dan kekuasaan yang sedemikian mendapat lajakkan [lebih cepat] apabila mereka menawan Arab dan tanah-tanah Islam dengan paksaan. Pengaruh mereka tersebar ke Timur dan Barat dan mereka telah mendirikan sebuah negara Israel…. Barulah kemudiannya Pope John Paul II bertemu Pengetua [rabbis] Yahudi dan membersihkan mereka dari jenayah pembunuhan Isa, kerana itu adalah sebahagian manusia, dan ini adalah zaman kita.

[20] Mereka semua melakukannya dengan pengecualian Umar ibn Abd al-Aziz
[21] Tarikh Baghdad, jilid 8, ms 266
[22] Adalah dikatakan, ulama’ begitu terjumlah kepada ahl al-sunna wal-jamaah
[23] Lihatlah bagaimana orang yang bercakap mengatakan: ‘Semoga Allah merasa senang dengannya,’ bahkan kemudiannya dia menolak untuk menerima nama beliau untuk ditambah didalam senarai ‘khalifa rashidin’ dan membantah kepada Ahmad ibn Hanbal kerana telah melakukannya. Lihatlah juga bagaimana dia berkata: ‘Kami telah menyatakannya, dst…,’ menunjukkan bahawa dia berkata bagi pihak ahl al-sunna yang telah menghantarnya untuk bertemu Ahmad ibn Hanbal untuk menyatakan bantahan mereka.
[24] Tabaqat al-Hanabila, jilid 1 ms 292
[25] Al-Bukhari, sahih jilid 4 ms 191, jilid 4 didalam buku pada mula kejadian didalam bab mengenai kemuliaan Abu Bakr yang hampir sama dengan kemuliaan para rasul
[26] Al-Bukhari sahih jilid 4 ms 203, didalam bab mengenai kemuliaan Uthman ibn Affan didalam buku pada permulaan kejadian
[27] Pengecualiannya hanya pada beberapa tahun semasa pemerintahan Umar ibn Abd al-Aziz. Dia menghentikan kebiasaan pada hina dan mengutuk, tetapi selepas kematiannya mereka memulakan semula, malah lebih dari itu dengan menajiskan dan merosakkan kuburannya. Mereka telah sampai sehingga menghalang untuk menamakan sesaorang dengan namanya…
[28] Saya dengan sengaja mengatakan: ‘Dimanakah kamu?’ untuk mengatakan kepada Muslim yang ada dizaman sekarang dari ahl al-sunna wal-jamaa kerana mereka telah membaca didalam Sahih Muslin bahawa Muawiya mengutuk Ali dan mengarah para sahabat untuk melakukan yang sama, dan mereka ahl al-sunna dapati ini tidak perlu dibangkang. Bahkan mereka memohon kepada Allah semoga merasa senang dengan ketua mereka Muawiya yang mana mereka gelar sebagai ‘penulis wahyu’. Ini membuktikan bahawa kecintaan mereka terhadap Ali tidak ikhlas sama sekali dan tidak mempunyai nilai yang perlu dipertimbangkan.

Quotes from 12 Imams

Mencintai keindahan adalah fitrah. Sampaikan keindahan Ahlul Bait dan keindahan ajaran mereka dengan cara yang indah. "Kalau manusia mendengar keindahan ucapan-ucapan kami, niscaya mereka akan mengikuti kami" (Imam Ridha as).

0 comments:

Post a Comment