Contributors

Don't miss

Sunday, February 22, 2015

Syiah_Sunnah : Bab 22 Punca Syariah Menurut Ahl al-Sunnah Wal-Jamaah


By on 2/22/2015 07:00:00 AM

12 Imam ~ Jika kita jejak semula kepada punca sistem perundangan syariah bagi ‘ahl al-sunnah wal-jamaah’ kita akan dapati mereka telah melampaui batas dari kitab Allah dan sunnah yang mana Allah dan pesuruhNya telah gariskan. Punca-punca ini, menurut mereka, sebagai tambahan kepada kitab Allah dan juga sunnah, ianya adalah: ‘Sunnah Khalifatul Rashidin, Sunnah para Sahabat, Sunnah para Tabi’in [ulama yang mempelajari dari para sahabat], Sunnah para Pemerintah yang mereka beri gelaran sawafi al-umara [sunnah pemerintah yang elit], kemudian datang pula kias, kemudian istihsan [sesuatu yang amat digalakan], kemudian ijmaak’ [pendapat ramai] dan akhirnya sadd bab al-tharai’, menutup pintu bagi segala alasan.



Sebagaimana yang kamu boleh lihat, kesemuanya adalah sepuluh menurut mereka, kesemuanya membuat kemusnahan terhadap agama Allah. Dan supaya kami tidak dikatakan bercakap tanpa sebarang bukti, atau bercakap sesuka hati, atau supaya sebahagian manusia tidak menuduh kami dengan menyatakan sesuatu dengan berlebihan, kami terpaksa mengadakan bukti dari kenyataan mereka sendiri dan juga buku-buku mereka supaya para pembaca akan dapat melihat semuanya dengan nyata.



Kami tidak akan berhujah dengan ‘ahl al-sunnah wal-jamaah’ mengenai kedua-dua rujukan pertama, iaitu kitab Allah dan juga sunnah, kerana ini adalah sesuatu yang tidak perlu diberikan sebarang penghujahan kepadanya, bahkan ianya yang perlu diikuti sebagaimana yang dikatakan oleh wahyu, alasan, dan ijmaa, dan selaras dengan ayat berikutnya: ‘Apa saja yang rasul beri pada kamu, ambillah, dan apa saja yang dia melarang kamu daripadanya, hendaklah hentikan,’ [59:7], ‘Taat kepada Allah dan taat kepada rasul,’ [5:92], dan ‘Apabila Allah dan PesuruhNya telah memutuskan…’[33:36], dan banyak lagi ayat-ayat yang nyata. Ayat-ayat ini kesemuanya memberi mandat bahawa perundangan hendaklah selaras hanya dengan kitab Allah dan sunnah rasulNya. Tetapi kami berhujah dengan mereka mengenai punca-punca yang lain yang mereka tambah.


  1. Sunnah Khalifatul Rashidin


Mereka telah mencari, supaya dapat membolehkan kepada tambahan ini, hujah yang dikandungi oleh sebuah hadith; yang berbunyi: ‘Berpeganglah kepada sunnah ku dan sunnah khalifa petunjuk yang bijaksana, berpeganglah dan teruslah berpegang kepadanya.’ [107]



Didalam buku saya Ma’al Sadiqeen [bersama yang benar], saya telah buktikan bahawa khalifah petunjuk yang dirujuk didalam hadith ini adalah Imam ahl al-bayt, dan saya ingin menambah yang berikutnya untuk kepentingan bagi mereka yang tidak mempunyai peluang untuk membaca buku tersebut:



Al-Bukhari dan Muslim, begitu juga semua ulama yang datang selepas mereka, telah merakamkan kata-kata, yang rasul Allah telah menentukan penggantinya kepada dua belas, katanya: ‘Para khalifah selepas saya adalah dua belas: kesemuanya adalah dari Quraysh.’ Hadith ini membuktikan bahawa ianya bermaksud kepada Imam dari ahl al-bayt [as] bukan ‘para khalifah’ iaitu para pemerintah, yang merampas kedudukan khalifah.



Sesaorang mungkin akan berkata: ‘Sama ada ianya membayangkan maksud [oleh hadith tersebut] kepada dua belas Imam dari ahl al-bayt, sebagaimana yang dikatakan shiah, atau empat khalifatul rashidin sebagaimana yang dikatakan ahl al-sunnah, punca bagi sistem perundangan tinggal kekal tiga: Quran, sunnah rasul dan sunnah para khalifah. Kenyataan ini adalah benar menurut ahl al-sunnah, tetapi ianya tidak benar pada pandangan shiah kerana para Imam dari ahl al-bayt, sebagaimana kami telah nyatakan, tidak pernah mengeluarkan sebarang perundangan (syariah) menurut dari pandangan dan pendapat peribadi; bahkan apa yang mereka katakan adalah sunnah dari datukanda mereka rasul Allah yang mana mereka telah pelajari dan menyimpannya dengan sempurna supaya mereka dapat merujuk kepadanya apabila diperlukan.



Dan kepada ahl al-sunna buku-buku mereka penuh dengan perundangan yang berasal dari sunnah Abu Bakr dan Umar yang mana mereka jadikan sebagai punca sistem perundangan mereka, walaupun apabila terdapat ianya bertentangan dengan kitab Allah dan sunnah rasulNya.



Apa yang menguatkan lagi pendapat kami bahawa Abu Bakr dan Umar bukanlah yang dimaksudkan oleh hadith tersebut adalah fakta bahawa Ali enggan memerintah menurut sunnah mereka apabila perintah yang sedemikian diserahkan kepadanya oleh para sahabat sebagai pra syarat. Jika rasul Allah telah bermaksud khalifah yang mendapat petunjuk adalah Abu Bakr dan Umar, maka tidaklah wajar untuk Ali menolak sunnah mereka; makanya ini telah membuktikan bahawa hadith ini telah menolak Abu Bakr dan Umar sebagai khalifah yang memberi petunjuk.



Tetapi ahl al-sunna wal-jamaa selalu menganggap yang dimaksudkan sebagai khalifah rashidin adalah Abu Bakr, Umar dan Uthman, dan tiada siapa yang lain, kerana Ali tidak dijumlahkan oleh mereka diantara khalifa tersebut. Nama beliau telah ditambah kedalam senarai kemudiannya, sebagaimana yang telah kami tunjukkan, dan juga kerana beliau biasanya akan dikutuk dari atas mimbar; jadi bagaimana mereka boleh mengikuti sunnah beliau?!



Jika kita baca apa yang diceritakan oleh Jalalud-Din al-Suyuti didalam bukunya Tarikh al-Khulafa, kita akan lihat semua ini adalah yang sebenarnya. Menyebutkan dari pegawai khalifa, al-Suyuti berkata: ‘Saya melihat Umar ibn Abd Aziz suatu ketika memberi khutbah yang mana dia berkata: ‘Apa-apa pesuruh Allah dan kedua sahabatnya [Abu Bakr dan Umar] bawa kedalam agama ini, yang kita telah ikuti dan telah kita rujuk, dan kita bertentangan dengan apa-apa yang selain darinya.’[108]



Perkara yang sebenarnya adalah bahawa kebanyakkan para sahabat dan begitu juga pemerintah Umaiyyah dan Abbasiyyah mempunyai pandangan yang sama seperti Abu Bakr, Umar dan Uthman telah aturkan, iaitu agama yang bersumber dari kepercayaan mereka dan yang mereka boleh rujuk selalu. Oleh kerana kesemua ketiga-tiga khalifah ini dengan sengaja menghalang sunnah rasul Allah, sebagaimana yang kita telah ketahui dari bab yang lalu, apa yang tinggal dari sunnah adalah perundangan yang telah diatur sebagai tambahan kepada apa yang dihajatkan oleh pemerintah diketika itu.

2. Sunnah Para-para Sahabat



Kami telah menjumpai beberapa bukti dan pengesahan mengenai ‘ahl al-sunnah wal-jamaah’ telah mengikuti sunnah kebanyakkan para sahabat tanpa sebarang pengecualian.



Mereka telah mendapatkan hujah mereka dari hadith yang palsu yang kami telah memperkatakan secara khusus didalam buku kami Ma’al al-Sadiqin. Hadith tersebut mengatakan: ‘Sahabat kami adalah umpama bintang, sesiapa yang kamu ikuti, kamu akan mendapat petunjuk.’ Hadith ini telah digunakan oleh ibn al-Qayyim untuk membuktikan bahawa tidaklah menjadi kesalahan untuk menerima pandangan dari mana-mana sahabat rasul. [109] Fakta ini juga diakui oleh Shaykh Abu Zuhrah yang berkata: ‘Kami telah dapati kesemua mereka, para perundangan sunni, mempunyai pandangan yang sama seperti keputusan yang selalu diterima oleh para-para sahabat.’ Dia menambah yang berikut ditempat yang lain:



Bersumberkan dari hujah yang diperkatakan oleh para sahabat, atau dari keputusan perundangan yang mereka [sahabat] sendiri telah keluarkan, ini adalah perbuatan yang lumrah dari kebanyakkan dari para perundangan sunni, tetapi shia [110] mempunyai pandangan yang berlainan. Ibn Abu al-Qayyim, bagaimanapun, telah menyokong pandangan manusia awam dengan menyebutkan lebih kurang empat puluh enam teks, kesemuanya dikatakan hujah yang kuat….



Kami katakan kepada Shaykh Abu Zuhrah: Bagaimana teks yang bertentangan dengan kitab Allah dan sunnah rasul dikatakan sebagai hujah yang kuat?! Malahan segala teks yang dihasilkan oleh Ibn Qayyim adalah lemah, selemah sawang labah-labah, dan kamu sendiri Shaykh, telah merendahkan mereka apabila kamu berkata:



Tetapi kami dapati al-Shawkani berkata: ‘Yang sebenarnya, apa yang diperkatakan oleh para sahabat tidak boleh dijadikan sebagai bukti kerana Allah [awj], tidak menghantarkan kepada umma ini sesiapa selain rasul Muhammad, dan kita hanya mempunyai rasul yang satu, dan para sahabat serta yang datang selepas mereka adalah sama wajibnya pada mengikuti syariah baginda sebagaimana yang dimaksudkan oleh kitab Allah dan sunnah rasul. Sesiapa yang berhujah bahawa perundangan agama boleh bersumberkan dari mana-mana punca selain dari yang dua ini, adalah yang sebenarnya, telah membuat tuntutan mengenai agama Allah yang mana dia tidak dapat buktikan, membuat syariah [perundangan agama] yang mana Allah tidak arahkan. [111]



Maka salam hormat kepada al-Shawkani yang telah mengatakan yang benar dan tidak dipengaruhi oleh mazhab. Kenyataan beliau, adalah dengan persetujuan penuh pada pendirian yang telah diambil oleh Imam petunjuk dari keturunan rasul yang suci. Semoga Allah merahmati beliau, dan Dia merasa senang dengannya jika amalannya sejajar dengan kenyataannya.

3. Sunnah Tabi’in atau Ulama al-Athar



Begitu juga, kita dapati ahl al-sunna wal-jamaa mengambil sumber hujah mereka dari pandangan yang dinyatakan oleh tabi’in yang mereka gelar ‘ulama al-athar,’ ulama yang mengikuti jejak para sahabat, seperti al-Awza’i, Sufyan al-Thawri, Hasan al-Basri, Ibn Ayeenah dan banyak lagi. Dan mereka semua setuju mengenai mengambil perundangan dan mengikuti ijtihad dari para imam keempat-empat mazhab walaupun mereka yang kemudian itu adalah diantara yang mengikut tabi’in.



Inilah yang berlaku walaupun pada hakikatnya para sahabat sendiri mengaku bahawa mereka telah membuat kesalahan, dan mereka tidak mengamalkan menurut apa yang mereka tahu. Sebagai contoh, disini Abu Bakr telah memberikan jawapan yang berikutnya setelah ditanyakan dengan satu persoalan: ‘Saya akan memberikan jawapan saya; Jika saya betul, ianya adalah dengan rahmat Allah, tetapi jika saya tersalah, ianya adalah kerana kesilapan saya atau dari syaitan.’ Umar pernah berkata kepada rakannya: ‘Saya mungkin menyuruh kamu untuk melakukan sesuatu yang mungkin tidak baik untuk kamu, dan saya mungkin menghalang kamu dari melakukan sesuatu yang mungkin baik untuk kamu.’ [112]



Jika sejauh itulah pengetahuan mereka, dan oleh kerana mereka hanya mengikuti dugaan saja sedangkan ‘….sesungguhnya dugaan tidak ada apa-apa faedah terhadap kebenaran, sesungguhnya Allah amat mengetahui apa yang mereka kerjakan.’ [10:36], bagaimana boleh seorang Muslim yang mengetahui apa Islam itu sebenarnya menganggap tindakkan dan kenyataan mereka adalah ‘sunnah’ yang perlu di ikuti dan punca bagi syariah? Setelah menyebutkan kenyataan mereka sendiri, biarlah kami tanyakan kepada kamu yang berikutnya: Adakah ‘hadith’ yang mengatakan: ‘Sahabat saya adalah umpama bintang: sesiapa saja yang kamu ikuti, kamu akan mendapat petunjuk,’ bolehkah ianya menyimpan air lagi?!



Jika itulah keadaannya dengan sahabat, yang telah datang keperjumpaan yang dihadiri oleh rasul, dan yang telah belajar dari baginda, telah membuat kenyataan yang sedemikian, apakah keadaan kedudukan mereka yang datang selepas mereka, yang telah mempelajari dari mereka, dan yang telah melibatkan diri secara aktif didalam perpecahan umma itu?



Jika para Imam yang telah menciptakan keempat mazhab telah menyatakan pandangan peribadi mereka dengan apa yang berkenaan dengan agama Allah, mengesahkan dan mengaku bahawa besar kemungkinan akan adanya kesalahan dengan apa yang mereka fatwakan, sedang seorang dari mereka berkata: ‘Ini dia apa yang saya fikir sebagai betul, mungkin pandangan sesaorang yang lain yang sebenarnya adalah betul,’ mengapa mereka memerlukan orang-orang Muslim untuk mengikuti mereka?!



4. Sunnah Para Pemerintah



Ini yang dirujukkan oleh ahl al-sunna wal-jamaa sebagai sawafi al-umaraa, ‘sunnah’ bagi yang elit diantara pemerintah. Mereka bergantung didalam hujah mereka pada ayat Quran yang suci yang mengatakan: ‘Taat kepada Allah dan taat kepada rasul dan mereka yang berkuasa dari kami…’ [4:59][113] ‘Mereka yang berkuasa,’ menurut mereka, adalah pemerintah walaupun jika mereka memerintah dengan kekerasan, walaupun jika mereka itu zalim. Mereka fikir bahawa pemerintah telah diberikan kuasa oleh Allah supaya boleh memperlakukan sesuka hati mereka terhadap kehidupan hamba-hambaNya; maka ketaatan kepada mereka adalah wajib, dan begitu juga dengan mengikuti ‘sunnah’ mereka.



Ibn Hazm al-Zahiri menjawab kepada ahl al-sunna wal-jamaa dengan bangkangan yang keras yang mana dia mengatakan: ‘Berdasarkan dari apa yang kamu katakan, pemerintah mempunyai hak untuk menghapuskan mana-mana bahagian dari syariah yang mana Allah dan rasulNya telah arahkan, dan mereka juga mempunyai hak untuk menambahkan kepadanya, kerana tidak terdapat perbezaan diantara penambahan dan penghapusan kepadanya. Semua ini adalah kekufuran yang telah dilakukan oleh sesiapa yang membolehkan perlaksanaannya tanpa sebarang hujah bangkangan.’ [114]



Al-Dhahabi menjawab kepada Ibn Hazm dengan berkata: ‘Itu adalah satu kenyataan yang silap dan kesalahan yang besar terhadap umma, dengan pengecualian kepada Dawood ibn Ali dan mereka yang mengikutinya, ianya adalah dari ijmaa, bahawa pemerintah mempunyai hak untuk mengalih kepada pandangan peribadi, dan kepada prinsip ijtihad hanya jika tidak terdapat dari teks yang diwahyukan. Mereka mengatakan bahawa mereka tidak dibenarkan untuk menyatakan pandangan mereka atau mengalih kepada ijtihad, apabila mereka mengetahui akan adanya teks yang telah diwahyukan. Ini menunjukkan bahawa mereka mempunyai hak untuk menambah kepada syariah sebagaimana syariah itu sendiri telah mengarahkan, sedangkan mereka tidak dibenarkan untuk menghapuskan apa-apa yang mereka suka dari arahan itu.’



Kami katakan kepada al-Dhahabi: Bagaimana kamu boleh memperkatakan mengenai ‘ijmaa’ umma dan mengecualikan Dawood ibn Ali dan sesiapa yang mengikutinya? Dan mengapa kamu tidak memperkenalkan orang yang mengikutinya? Dan mengapa kamu tidak mengecualikan shia juga dan para Imam dari ahl al-bayt? Adakah kamu menganggap shia sebagai terkeluar dari umma Islam?! Atau adakah menjadi tabiat kamu memuji para pemerintah, dan kamu mengizinkan mereka untuk menambah kepada perundangan syariah supaya mereka dapat menambah lebih jumlah wang untuk dibayarkan kepada kamu, dan untuk menjadikan kamu terkenal?! Dan adakah pemerintah yang memerintah Muslim dengan nama Islam benar-benar mengetahui teks Quran dan hadith yang suci sehinggakan mereka tidak akan melampaui batasannya? Jika kedua-dua khalifa iaitu Abu Bakr dan Umar, dengan sengaja telah menentang teks Quran dan juga hadith yang suci, sebagaimana yang telah dibuktikan diatas, maka bagaimana mereka yang menggantikan nya boleh mewajibkan diri mereka untuk mengikuti teks yang sedemikian yang telah diubah, dirosakkan, dipendekkan, dan dianggap sebagai sesuatu yang telah silam?



Apabila para perundangan dari ahl al-sunna wal-jamaa mengeluarkan fatwa membolehkan para pemerintah menyatakan apa saja pandangan yang mereka suka mengenai agama Allah, tidaklah aneh untuk mendapati al-Dhahabi mengikuti contoh mereka. Didalam Tabaqat al-Fuqaha, Sa’d ibn Jubayr telah disebutkan sebagai berkata: ‘Saya bertanyakan kepada Abdullah ibn Umar mengenai berdoa dengan lantang; dia berkata: ‘Adakah kamu ingin mengatakan bahawa Ibn Umar berkata bahawa Ibn Umar mengatakan demikian dan demikian [i.e bahawa dia menyebutkannya sendiri]? Saya kata: ‘Ya, dan kami terima apa yang kamu katakan dan akan merasa puas dengannya.’ Ibn Umar kemudian berkata: ‘Inilah apa yang dikatakan oleh pemerintah [bahawa diperbolehkan untuk meninggikan suara ketika berdoa]; bahkan Allah dan pesuruhNya dan mereka yang menyebutkan darinya berkata yang demikian juga.’



Sa’id Ibn Jubayr telah berkata: ‘raja ibn Haywah pernah dianggap sebagai ahli fiqh yang paling berpengetahuan di Syria, tetapi jika kamu membuat dia marah, kamu akan dapati dia mempunyai pandangan seorang Syria, menyebutkan dari Abd al-Malik ibn Marwan sebagai berkata demikian dan demikian.’ [115]



Juga didalam Ibn Sa’d Tabaqat, al-Musayyab ibn Rafi’ disebutkan sebagai berkata: ‘Apa saja yang berkaitan dengan perundangan, yang tidak disokong sama ada kitab Allah atau pun sunnah, telah disebut, ianya akan dilencanakan sebagai sawafi al-umara [apa yang telah ditentukan oleh pemerintah yang elit] maka ianya akan diperbincangkan oleh para ulama, dan apa saja yang mereka persetujui secara ijmaa akan dianggap sebagai betul.’ [116]



Apa yang kami boleh katakan adalah sebutan dari ayat yang berikut:



‘Jika apa yang benar itu mengikut keinginan mereka, sesungguhnya langit dan bumi dan apa yang ada diantaranya tentu akan binasa. Bahkan! Kami telah bawakan bagi mereka peringatan [Quran], tetapi dari peringatan mereka itu, mereka berpaling.’ [23:71]



5. Selebihnya dari Punca Perundangan Menurut Ahl al-Sunnah

Diantaranya kami suka menyatakan adalah kias, istihan [sesuatu yang dilihat sebagai baik dan mengalakkan], istishab [mencontohi atau menjadikan perundangan sesuatu yang dikatakan atau yang dilakukan oleh sahabat], dan penutupan kepada pintu bagi alasan, dan bagi ijmaa, ini yang paling termashor diantara mereka dan diketahui oleh semua.



Abu Hanifa khususnya amat terkenal kerana mengikuti kias dan menolak hadith. Malik terkenal kerana merujuk kepada apa yang dilakukan oleh penduduk Madina, dan pada menutupkan pintu bagi alasan. Imam al-Shafii menjadi terkenal kerana merujuk kepada fatwa yang dikeluarkan oleh para sahabat yang dia telah kumpulkan didalam beberapa kedudukan dan martabat, meletakkan didalam senarainya yang teratas adalah sepuluh sahabat yang telah diberikan oleh rasul khabar gembira untuk memasukki syurga, diikuti dengan Muhajir yang awal kemudian dengan penolong dari Ansar, kemudian oleh mereka yang menerima Islam setelah penaklukkan Mekah, terutama orang yang merdeka diantara mereka. [117] Imam Ahmad menjadi terkenal kerana menolak ijtihad dan menjauhkan dirinya dari mengeluarkan fatwa dan menerima semua para sahabat tidak mengira siapa mereka.



Al-Khateeb al-Baghdadi telah menceritakan mengenainya dengan mengatakan bahawa sesaorang pernah bertanya kepadanya sesuatu sama ada dibenarkan atau dilarang. Ahmad berkata kepadanya: ‘Tanyalah, semoga Allah memberikan kamu kesihatan, kepada orang lain.’ Orang itu berkata: ‘Tetapi saya ingin mengetahui apa pandangan kamu, Wahai bapa Abdullah!’ Ahmad berkata: ‘Tanyalah, semoga Allah memberikan kamu kesihatan, kepada orang lain. Tanyalah Abu Thawr.’ [118] Al-Maroozi menyebutkan dia sebagai berkata: ‘Dan kepada hadith, kami telah melepaskan diri kami dari sakit kepala kepadanya. Dan kepada pertanyaan, saya telah membuat keputusan untuk tidak menjawab kepada sesiapa yang bertanya kepada saya mengenai apa-apa saja.’ [119]



Tidak ada keraguan bahawa Ahmad ibn Hanbal lah orangnya yang telah memberikan ide pendapat bahawa semua para sahabat, tiada pengecualian, adalah adil; maka, mazhabnya telah banyak mempengaruhi ‘ahl al-sunnah wal-jamaah.’



Al-Khateeb, sebagai contoh, telah menyebut didalam jilid 2 didalam bukunya Tarikh Baghdad, bergantung kepada keterangan Muhammad ibn Abd al-Rahman, pengurup wang, yang berkata: ‘Saya berkata kepada Ahmad ibn Hanbal, ‘Jika para sahabat rasul Allah berselisih diantara mereka mengenai isu yang tertentu, adakah perlu kita melihat pada apa yang setiap orang katakan supaya kita dapat mengetahui pandangan mana yang betul dan kemudian mengikutinya? Dia berkata kepada saya: ‘Tiada dari para sahabat rasul yang lebih diutamakan dari yang lain.’ Saya berkata: ‘Maka apakah penyeselaiannya?’ Dia berkata: ‘Kamu boleh mengikuti siapa saja diantara mereka yang kamu sukai.’



Kami katakan: Adakah diperbolehkan untuk mengikuti sesaorang yang tidak dapat membezakan diantara yang benar dengan yang palsu? Adalah amat pelik untuk melihat Ahmad, yang menjauhkan diri dari mengeluarkan fatwa, mengeluarkan fatwa membolehkan untuk mengikuti mana-mana para sahabat yang kamu sukai dan tanpa melihat kepada kenyataan mereka sama ada ianya benar!



Setelah dengan secara ringkas melihat kepada punca sistem perundangan syariah menurut dari kedua-duanya shia dan ahl al-sunna wal-jamaa, ia telah menjadi terang kepada kami, tanpa sebarang keraguan bahawa shia adalah yang benar-benar memegang teguh sunnah rasul dan yang tidak menerima sebarang pilihan yang lain baginya, sehinggakan sunnah rasul menjadi kalimah [cogankata] menurut dari pengakuan musuh mereka. Tetapi bagi ahl al-sunna wal-jamaa mereka mengikuti sunnah mana-mana sahabat dan juga tabi’in serta mana-mana pemerintah. Buku-buku mereka dan juga kenyataan mengatakan terhadap mereka, dan mereka telah memberikan pengakuan, dan kami akan, insya Allah, membincangkannya didalam bab yang akan datang perbuatan mereka supaya kamu akan mengetahui bahawa perbuatan yang sedemikian tidak ada kena mengena dengan sunnah rasul.



Saya lebih suka meninggalkan kepada para pembaca untuk menapis dan membuat kesimpulan, siapakan yang sebenarnya yang mengikuti sunnah dan siapakan yang membuat bidaah.

[107] Hadith ini dirakamkan oleh al-Tirmidhi, Ibn Majah, Al-Bayhaqi dan Ahmad ibn Hanbal 
[108] Al-Suyuti, Tarikh al-Kulafa, muka surat 160 
[109] Ibid 
[110] Ini adalah satu bukti lagi yang disediakan oleh Shaykh Abu Zuhra yang membuat pengakuan kepada fakta yang kami telah nyatakan: Shia tidak menerima tambahan kepada syariah untuk dimasukkan apa-apa saja selain dari apa yang dikandungi oleh kitab Allah dan sunnah rasul. 
[111] Ini telah dinyatakan pada muka surat 102 buku Shaykh Abu Zuhrah 
[112] Tarikh Baghdad jilid 14 muka surat 81. Kami katakan kepada mereka semua: Jika sejauh itulah pengetahuan kamu, maka megapa meletakkan diri kamu dihadapan orang yang mempunyai ilmu pengetahuan dari generasi yang terdahulu dan juga yang terakhir, menahan umma dari mendapat petunjuk dan cahayanya dan meninggalkan mereka didalam perbalahan, kejahilan dan juga sesat?! 
[113] Didalam buku kami Ma’a al-Sadiqin, kami telah buktikan, melalui hujah yang meyakinkan, bahawa ‘mereka yang berkuasa diantara kamu’ adalah para Imam petunjuk dari diantara keturunan yang suci dan tidak bermaksud kepada pemerintah yang telah merampas kuasa dengan paksaan. Adalah mustahil bagi Allah [awj] memerintahkan kita supaya taat kepada yang zalim, penzina atau yang fasik. 
[114] Ini telah dinyatakan pada muka surat 17 oleh Ibn Hazm ringkasan kepada Ibtal al-Qiyas [pemalsuan kepada kias] 
[115] Tabaqat al-Fuqaha, didalam riwayat hidup Sa’id ibn Jubayr 
[116] Lihat Ibn Sa’d Tabaqat jilid 6 muka surat 179 
[117] Imam al-Shafii, Al-Manaqib jilid 1 muka surat 443 
[118] Tarikh Baghdad jilid 2 muka surat 66 
[119] Ini telah dirakamkan pada muka surat 57 Manaqib Imam Ahmad ibn Hanbal.

Quotes from 12 Imams

Mencintai keindahan adalah fitrah. Sampaikan keindahan Ahlul Bait dan keindahan ajaran mereka dengan cara yang indah. "Kalau manusia mendengar keindahan ucapan-ucapan kami, niscaya mereka akan mengikuti kami" (Imam Ridha as).

0 comments:

Post a Comment