
Sesaorang mungkin mendapatinya aneh, mungkin juga mustahil, bahawa Imam dari ahl al-bayt mempunyai teks yang memenuhi kesemua kehendak manusia disepanjang abad sehingga kewaktu yang ditentukan. Supaya dapat menjadikan perkara ini jelas kepada pembaca, kami perlu menunjukkan kepada yang berikutnya:
Jika seorang Muslim yakin bahawa Allah [awj] telah menghantar kepada Muhammad suatu sistem perundangan yang akan menyempurnakan segala sistem-sistem perundangan yang terdahulunya dan melengkapkannya supaya dapat memenuhi keperluan perjalanan manusia diatas muka bumi ini supaya dapat bersedia untuk kehidupan yang abadi di hari kemudian.
Dialah yang menghantar PesuruhNya dengan petunjuk dan agama yang benar supaya dapat, memenangkannya diatas agama-agama yang lain. [9:33]
…..dan jika Muslim yakin bahawa Allah [awj] menghendaki manusia supaya berserah kepada arahanNya mengenai segala yang manusia perkatakan dan lakukan, dan untuk membiarkanNya berurusan dengan mereka sebagaimana yang dia kehendaki,
Sesungguhnya agama yang benar disisi Allah adalah Islam [3:19]
Sesiapa memilih agama yang lain dari Islam, ianya tidak akan diterima darinya. [3:85]
…..dan jika beginilah halnya, maka arahan Allah pastinya cukup dan sempurna, meliputi segala yang diperlukan oleh manusia yang didalam perjalan yang sukar ini untuk mengatasi segala rintangan dan berdiri teguh berhadapan dengan persengketaan sehingga dia sampai kepada matlamat yang ditujuinya. Untuk menyatakan fakta ini, Dia [awj] telah berkata: ‘Kami tidak meninggalkan apa-apa pun didalam kitab [6:38]
Berasaskan dari ayat ini, tidak ada yang tertinggal dari kitab Allah, [awj], bahkan manusia disebabkan oleh pemikirannya yang terhad, tidak dapat memahami semua perkara yang Allah, [awj] telah nyatakan didalam kitabNya disebabkan oleh kebijaksanaanNya yang agung dan hanya akan diketahui oleh mereka yang diberikan pengetahuan baginya. Sebagai contoh, Allah [awj] telah berkata: ‘Tidak ada satu bendapun yang tidak membesarkanNya dengan pujian, tetapi kamu tidak memahaminya [cara mana] ianya telah membesarkanNya. [17:44]
Rangkap ‘Tidak terdapat satu perkara pun’ tidak mengecualikan apa-apa sama sekali dan ia sebagai petunjuk bahawa sesungguhnya manusia, binatang dan bahkan barang-barang mati meraikan akan sanjungan terhadap Allah. Manusia mungkin mengetahui bagaimana binatang dan benda-benda hidup, termasuk tumbuh-tumbuhan meraikan akan sanjungan terhadap yang Menjadikan, tetapi fikirannya tidak dapat menerima bagaimana batu, sebagai contoh, boleh juga melakukan yang sedemikian, bahkan yang Maha Perkasa telahpun berkata: ‘Sesungguhnya kami jadikan gunung-gunung menyatakan kebesaran [Allah] bersama-sama dengannya dipetang hari dan diketika terbit matahari.’ [38:18]
Jika kita terima semua yang diatas dan percaya kepadanya, kita terpaksa menerima dan percaya bahawa kitab Allah menggandungi semua perundangan yang diperlukan oleh manusia sehingga kehari pengadilan, tetapi kita tidak menyedarinya melainkan apabila kita merujuk kepada dia yang mana kitab ini diwahyukan dan yang memahami semua yang dimaksudkan didalamnya, iaitu pesuruh Allah. Allah [awj] telah berkata: ‘Kami telah wahyukan kitab ini kepada mu dengan jelas menerangkan segalanya dan memberi petunjuk, ampunan, dan khabar gembira bagi mereka yang menyerah.’ [16:89]
Jika kita percaya bahawa Allah [awj] telah menerangkan segala-galanya untuk pesuruhNya supaya dia boleh menerangkan kepada manusia apa yang telah diwahyukan kepada mereka, maka kita hendaklah percaya bahawa pesuruh Allah telah menerangkan segalanya, tidak meninggalkan apa-apa yang diperlukan oleh manusia sehingga kehari pengadilan tanpa memberi sebarang perundangan dari pandangannya.
Jika penerangan yang jelas itu tidak sampai kepada kita, atau jika kita tidak tahu mengenainya, maka ianya adalah hasil dari kekurangan kita, yang cuai dan jahil, atau ianya adalah hasil dari kekurangan pada cara yang menghubungkan kita kepadanya, atau ini adalah hasil dari kejahilan para sahabat dan kurangnya kesedaran mereka pada apa yang baginda telah terangkan.
Tetapi Allah [awj] terlalu bijak untuk mengabaikan fakta ini bahawa semua ini adalah suatu kemungkinan atau pun kebenaran, maka Dia tidak membiarkan syariahNya menanggong kerugian; makanya, Dia memilih diantara hamba-hambaNya Imam yang tertentu yang dibenarkan untuk mewarisi pengetahuan kitabNya dan keupayaan untuk menerangkan kepada yang lain supaya manusia tidak dapat berhujah terhadapNya [Allah]; Dia telah berkata: ‘Kemudian kami berikan kitab sebagai warisan kepada mereka yang kami pilih dari hamba Kami.’ [35:32]
Pesuruh Allah sebenarnya telah menerangkan kepada manusia segalanya yang mereka perlukan dan telah memilih Ali untuk menjadi penggantinya yang baginda telah diajari kepadanya semua yang akan diperlukan oleh manusia selepas pemergiannya sehinggalah kewaktu yang telah ditetapkan, disebabkan oleh kelebihan dan kemuliaan yang Ali miliki diatas segala para sahabat yang lain: kepintaran yang tajam, cepat memahami, daya ingatan yang kuat, pendengaran yang tajam pada apa yang didengarnya. Maka rasul telah mengajarkan segala-galanya yang baginda ketahui dan juga telah memandukan umma kepadanya, memberitahukan kepada mereka bahawa Ali adalah pintu dari mana pengetahuan baginda boleh didapati.
Jika sesaorang ada berkata bahawa pesuruh Allah telah dihantarkan oleh Allah untuk semua makhluk, maka dia tidak mempunyai hak untuk memilih sesaorang yang tertentu untuk diajarinya sedang mengabaikan semua yang lain, kami akan katakan bahawa rasul tidak ada kena mengena dengan itu semua; bahkan dia adalah pesuruh Allah yang menerima dan melaksanakan segala yang diarahkan oleh Tuhannya. Allah yang mengarahkan dia untuk melakukannya. Islam adalah agama perpaduan dan berasaskan kepada penyatuan mengenai apa-apa pun juga; maka manusia perlulah bersatu dan dikumpulkan dibawah satu pemimpin. Ini adalah suatu perkara yang mudah dan yang diterima akal dan telah disebarkan oleh kitab Allah dan diperjelaskan oleh alasan dan sentimen. Allah [awj] telah berkata: '‘Jika terdapat banyak tuhan didalamnya, sudah pasti mereka didalam keadaan yang tidak terurus..’ [21:22] dan juga: ‘Tidak pernah ada bersama Dia tuhan yang lain: didalam hal itu, pastinya setiap tuhan telah mengambil apa yang telah dijadikannya, dan sebahagian mereka tentu telah menguasai yang lain..’ [23:91].
Begitu juga, jika Allah telah menghantar dua pesuruh serentak, manusia tentu telah terbahagi kepada dua umma. Dua parti, satu menentang yang lain akan kesudahannya. Allah [awj] telah berkata: ‘Dan tidak terdapat satu umma melainkan bahawa seorang peringatan telah ada diantara mereka.. [35:24]. Itulah makanya setiap rasul telah meninggalkan dibelakangnya seorang pengganti diantara manusia dan ummanya untuk menyelamatkan mereka dari kesesatan.
Ini demi nyawaku adalah perkara yang wajar; semua manusia mengetahuinya sama ada yang terpelajar mahupun yang tidak, yang beriman dan juga yang tidak. Tidakkah kamu melihat setiap kaum, parti atau negara hanya memerlukan kepada satu presiden untuk mengetuai dan memandunya, dan dua presiden tidak dibolehkan serentak?
Disebabkan oleh semua yang diatas, Allah [awj], telah memilih diantara para Malaikat yang akan membawa pengkhabarannya dan begitu juga dari manusia, memberinya penghormatan untuk memikul tanggong jawab memandu hamba-hambaNya kepadaNya, menjadikan mereka para Imam memberi petunjuk kepada yang lain menurut arahan dariNya. Allah telah berkata: ‘Sesungguhnya Allah telah memilih Adam dan Nuh dan keturunan Ibrahim dan juga keturunan Imran keatas umma ini..’ [3:33] Para Imam yang telah dipilih Allah untuk menyelesaikan pengkhabaranNya yang berserta dengan Muhammad adalah Imam petunjuk dari keturunan rasul, dan mereka semua adalah keturunan dari Ibrahim, satu keturunan turun dari yang satu, dan merekalah yang dimaksudkan baginda apabila merujuk dan berkata: ‘Para khalifa selepas saya adalah dua belas: kesemuanya mereka adalah dari Quraysh.’ [120]
Pada setiap zaman dan masa ada seorang Imam, maka ‘Barangsiapa mati dengan tidak mengetahui siapakah Imam bagi masanya adalah matinya mati jahiliah,’ sebagaimana hadith yang lain katakan. Apabila Allah [awj] memilih seorang Imam, Dia telah mensucikannya dan melindunginya dari dosa dan kesalahan dan juga mengajarinya; Dia [awj] pastinya tidak akan menganugerahkan kebijaksanaan melainkan keatas mereka yang berhak, patut dan wajar untuknya.
Jika kita kembali kepada asas tajuk perkara, iaitu para Imam yang mengetahui semua yang diperlukan oleh manusia pada perundangan syariah daripada teks yang terdapat dari kitab Allah dan sunnah, dan yang sesuai untuk kemajuan manusia sehingga kewaktu yang ditetapkan, kita tidak akan jumpa sesiapa didalam umma Islam ini yang mengaku, dialah orangnya, melainkan para Imam ahl al-bayt yang kerap mengatakan yang sedemikian, mengatakan bahawa bersama mereka adalah saheefa jami’ah yang telah disebutkan oleh rasul Allah dan dituliskan oleh Ali ibn Abu Talib, dan bahawa ianya menggandungi segalanya yang diperlukan oleh manusia sehingga kehari pengadilan, termasuk hukuman kerana mencalarkan [sedikit] pipi sesaorang. Kami telahpun menyatakan mengenai saheefa jami’a ini yang kerap dibawa oleh Ali bersamanya dan yang mana telah dinyatakan oleh al-Bukhari dan Muslim, didalam sahih masing-masing, dan tidak seorang Muslim pun yang boleh mengatakan bahawa ianya tidak benar.
Berasaskan kepada yang diatas, shia yang menghadkan ketaatan mereka kepada para Imam ahl al-bayt selalu mengeluarkan perundangan agama mereka menurut teks Quran yang suci dan sunnah rasul tanpa mengalih kepada punca-punca yang lain, sekurang-kurangnya ketika tiga generasi Imam yang dua belas. Tetapi bagi ahl al-sunna wal-jamaa’ mereka terpaksa menggunakan ijtihad dan kias dan yang lainnya kerana mereka telah kehilangan hadith-hadith tersebut dan kerana kejahilan para imam mereka semenjak dari era khalifa pertama mereka lagi.
Jika khalifa mereka dengan sengaja telah membakar hadith-hadith rasul dan melarang penyebaran dan penghebahannya, dan jika ketua mereka yang paling utama [Umar] telah mengatakan, ‘Kitab Allah mencukupi bagi kami,’ dengan mengenepikan sunnah rasul, maka biasanya [padahnya] mereka telah kekurangan teks yang menerangkan perundangan yang terdapat didalam Quran yang suci. Kita semua tahu bahawa perundangan yang jelas didalam Quran yang suci adalah sedikit. Kebanyakkanya, secara am kita katakan memerlukan kepada penerangan yang diperlukan olehnya dari rasul. Inilah sebabnya kita membaca ayat yang berikut didalam Quran yang suci: ‘Dan kami telah mewahyukan kepada kamu peringatan [Quran] supaya kamu dapat menerangkan kepada manusia apa yang telah diwahyukan kepada mereka..’ [16:44]. Kerana tiang-tiang ‘ahl al-sunna wal-jamaa’ telah membakar sunnah, yang menerangkan Quran yang suci, makanya mereka telah kehilangan teks yang menerangkan Quran dan bahkan yang menerangkan sunnah itu sendiri, mereka tidak punya pilihan, kerana keadaannya adalah yang sedemikian, melainkan untuk menggunakan pandangan peribadi, kias, dan berunding dengan para ulama mereka untuk memilih apa yang mereka suka, dan apa yang melayani kepentingan mereka diketika itu. Maka adalah wajar bagi mereka memerlukan kepada semuanya kerana ketiadaan teks yang diperlukan; mereka telah menggunakan segala macam cara disebabkan hanya untuk memuaskan keinginan mereka yang dahsyat.
[120] Al-Bukhari, sahih jilid 8 muka surat127. Muslim sahih jilid 6 muka surat 3. Menurut dari beberapa cerita dari hadith yang sama, mereka adalah dari keturunan Hashim selain dari Quraysh, tetapi mereka masih lagi keturunan Ibrahim sebagaimana yang diketahui oleh semua.
0 comments:
Post a Comment