Contributors

Don't miss

Saturday, February 21, 2015

Syi'ah_Sunnah : Bab 21 Punca Syariah Shiah


By on 2/21/2015 07:00:00 AM

12 Imam ~ Sesiapa yang menjejaki kembali fiqh Imami shiah akan mendapati bahawa mereka merujuk didalam semua arahan syariah – dengan pengecualian terhadap yang berkaitan dengan zaman moden [103] – kepada rasul melalui jalan Imam yang dua belas dari ahl al-baytnya [as]. Mereka mempunyai dua, dan hanya dua, punca yang sedemikian, iaitu: kitab Allah dan sunnah rasul.



Dengan maksud yang pertama saya bermaksud Quran yang suci, dan dengan sunnah saya bermaksud sunnah rasul [saw] yang telah membawanya kepada umma dan dunia ini. Inilah apa yang selalu dikatakan oleh shia, dan ianya adalah kenyataan dari semua para Imam dari ahl al-bayt yang tidak pernah menyatakan, tidak pernah sekalipun, bahawa mereka bertindak mengikut pandangan peribadi mereka.



Ambil sebagai contoh, Imam yang pertama Ali ibn Abu Talib: Apabila mereka memilihnya untuk menjadi khalifa, mereka memberi pra-syarat kepada kerajaannya supaya mengasaskan pemerintahan mengikut kepada sunnah kedua-dua shaykh, iaitu Abu Bakr dan Umar, bahkan dia berkeras mengatakan: ‘Saya tidak akan memerintah melainkan mengikuti dengan kitab Allah dan sunnah PesuruhNya.' [104]



Didalam penyelidikan kami yang akan datang, kami akan menerangkan bagaimana beliau [as], selalu mengikuti sunnah rasul hingga kepada setiap perkataan, tidak melampauinya sama sekali, mencuba dengan segala cara dan tenaga untuk membawa manusia balik kepadanya, sehinggakan ianya telah menyebabkan kemarahan kepada sebahagian khalifah dan berpalingnya manusia awam dari beliau disebabkan oleh ketegasannya didalam mengikuti arahan Allah dan memegang teguh sunnah rasul.



Imam al-Baqir, juga selalu berkata: ‘Jika kami telah mengikuti pandangan kami mengenai kamu, kami tentu telah menjadi sesat, sebagaimana mereka yang terdahulu dari kami telah sesat, tetapi kami memberitahu kepada kamu keterangan Tuhan kami yang nyata yang Dia telah terangkan kepada rasul Nya, yang kemudian telah menerangkan kepada kami.’ Diketika yang lain dia berkata kepada seorang sahabatnya: ‘Wahai Jabir! Jika kami telah mengikuti pandangan dan kehendak kami didalam berurusan dengan kamu, kami tentu akan binasa; bahkan kami memberitahu kamu menurut hadith dari pesuruh Allah yang kami sangat hargai sebagaimana manusia ini menghargai emas dan perak mereka.’



Imam Ja’far al-Sadiq telah berkata: ‘Demi Allah! Kami tidak mengatakan apa yang kami kata menurut dari keinginan kami, tidak juga kami memberikan dari keputusan kami. Kami tidak mengatakan sesuatu melainkan apa yang tuhan kami telah katakan; maka setiap kali kami memberikan kepada kamu sesuatu jawapan, ianya adalah dari pesuruh Allah; kami tidak pernah menyatakan pandangan kami.’



Manusia yang berpengetahuan dan para ulama mengetahui fakta ini mengenai para Imam dari ahl al-bayt; mereka tidak pernah merakamkan walaupun satu kenyataan yang dibuat oleh sesiapa dari mereka yang mengatakan dari pandangan mereka sendiri, atau berpandukan dari qias, atau lebih mengutamakan pada ….. atau kepada apa saja selain dari Quran dan juga sunnah.



Walaupun jika kita merujuk kepada penguasa agama yang agung, yang syahid Ayatullah Muhammad Baqir al-Sadr, [ra] kita akan mendapati beliau menunjukkan didalam buku arahannya [risala] kepada para pengikutnya yang bertajuk Al-Fatwa al-Wadiha [fatwa agama yang nyata] seperti berikut:



Kami dapati adalah amat perlu untuk menyatakan dengan ringkas rujukan utama yang kami rujukkan kepadanya supaya dapat kami menghasilkan fatwa yang nyata ini, sebagaimana yang kami tunjukan apabila kami mulakan perbincangan ini adalah: Kitab Allah yang suci dan sunnah rasul yang suci sebagaimana yang telah disampaikan oleh penyampai yang berkepercayaan, yang takut kepada Allah apabila menyampaikan sesuatu tidak kira apa mazhab mereka. [105]. Dan kepada kias, atau keutamaan, atau apa yang serupa dengannya, kami tidak nampak sebarang asas perundangan untuk bergantung kepadanya. Dan kepada apa yang dikatakan sebagai keterangan rasional mengenai yang mana mujtahid dan para ulama hadith telah berbeza pendapat, sama ada boleh atau tidak kita bertindak diatasnya, walaupun kami percaya bahawa kita boleh bertindak diatasnya, kami tidak pernah menjumpai walaupun satu arahan perundangan yang mana pembuktiannya bergantung kepada keterangan rasional sebagaimana yang telah digunakan didalam pengertian yang sedemikian. Bahkan apa saja yang dibuktikan secara rasional telah juga ditetapkan pada masa yang sama oleh kitab Allah atau oleh sunnah rasul. Dan dari apa yang dikatakan sebagai pendapat ramai [ijmaa], ianya bukanlah punca yang ketiga selain dari kitab Allah dan sunnah rasul; bahkan tidak boleh bergantung kepadanya, hanya kerana ia kadang kala boleh digunakan sebagai cara untuk membuktikan satu-satu maksud. Maka kedua-dua punca itu adalah: Kitab Allah dan juga sunnah, dan kami bermohon kepada Allah supaya membolehkan kami memegang teguh kepadanya, kerana: ‘Sesiapa yang memegang teguh kepadanya, telah memegang ikatan yang kuat yang tidak pernah kendur, dan Allah maha Mendengar lagi maha Mengetahui.’ [106]

Ya, kamu akan dapati inilah keadaan penting yang lazim terdapat pada shia dimasa lampau dan juga sekarang, dan mereka tidak bergantung pada mana-mana punca selain dari kitab Allah dan juga sunnah, dan kami tidak dapati walau seorang pun dari mereka yang mengeluarkan fatwa berasaskan kepada kias atau keutamaan. Insiden yang melibatkan Imam al-Sadiq dan Abu Hanifa ini telah diketahui umum. Ia mengambarkan bagaimana Imam melarang Abu Hanifa dari menggunakan kias didalam mendapatkan fatwa. Berkata beliau: ‘Jangan menggunakan kias pada apa yang berkenaan dengan agama Allah, kerana jika kamu menggunakan kias kepada syariah, ianya akan menghapuskan segalanya. Yang pertama menggunakan kias adalah iblis apabila dia berkata: ‘saya lebih baik dari dia: Engkau jadikan aku dari api sedangkan Engkau jadikan dia dari lumpur.’



Ini adalah punca perundangan bagi shia semenjak dari masa Ali ibn Abu Talib dan sehingga kehari ini; maka apakah punca perundangan bagi ahl al-sunnah wal-jamaah?

[103] Kami maksudkan dengan ini adalah ijtihad para ulama dengan rujukan kepada isu mengenainya yang mana tidak terdapat ayat [Quran dan sunnah] dan yang berlaku ketika ghaibnya Imam yang kedua belas. 
[104] Menurut kepada sebahagian cerita, beliau berkata: ‘Dan selain dari itu [yang dua, Quran dan sunnah], saya akan mengikuti ijtihad saya,’ ini adalah pemalsuan yang ditambah dan pembohongan yang dicipta oleh mereka yang percaya dan mengikuti ijtihad. Imam Ali tidak pernah, walaupun satu hari, yang dia ada mengatakan bahawa dia mengikuti dari sudut pandangannya. Bahkan beliau sentiasa mendapatkan perundangan dari kitab Allah dan sunnah rasulNya, atau beliau akan berkata: ‘Kami mempunyai al-saheefa al-jami’a: didalamnya terdapat apa saja yang manusia perlukan, termasuk hukuman sedikit mencalarkan pipi sesaorang.’ Saheefa ini telah disebutkan oleh rasul Allah sendiri dan dituliskan oleh Ali, dan kami telah membicangkan nya dahulu didalam bab ‘Ahl al-sunna dan penghapusan pada sunnah’ didalam buku ini. 
[105] Ini telah dinyatakan di muka surat 98 pada Al-Fatwa al-Wadiha oleh syahid al-Sadr 
[106] Ibid

Quotes from 12 Imams

Mencintai keindahan adalah fitrah. Sampaikan keindahan Ahlul Bait dan keindahan ajaran mereka dengan cara yang indah. "Kalau manusia mendengar keindahan ucapan-ucapan kami, niscaya mereka akan mengikuti kami" (Imam Ridha as).

0 comments:

Post a Comment