Contributors

Don't miss

Thursday, February 19, 2015

Syi'ah_Sunnah : Bab 19 Hadith al-Thaqalayn Menurut Ahl al-Sunnah


By on 2/19/2015 07:00:00 AM

12 Imam ~ Sebagaimana yang telah kami tunjukkan diatas, hadith yang kami sebutkan didalam bab yang lalu adalah didalam perkataan ahl al-sunnah wal-jamaah yang mengaku akan kesahihannya didalam lebih dari dua puluh buah buku-buku rujukan klasik yang terkenal. Oleh kerana mereka telah mengaku akan sahihnya hadith ini, maka mereka dengan sendirinya telah mengaku bahawa mereka, didalam melaksanakan arahannya telah menyimpang kerana mereka tidak berpegang teguh kepada keturunan yang suci, malah mereka telah memeluk mazhab yang goyah yang mana Allah tidak menurunkan sebarang bukti, tidak juga terdapat sebarang rujukan terhadap mereka dimana-mana didalam sunnah rasul.



Apa yang anehnya mengenai ulama ahl al-sunnah wal-jamaah sekarang ini adalah, setelah terhapus dan lenyapnya Banu Umaiyyah. apabila sekarang ini perhubungan secara terus banyak terdapat, apabila penyelidikan secara saintifik mudah didapati, mengapa mereka tidak bertaubat dan kembali kejalan Allah ketika mereka masih boleh, supaya mereka boleh terjumlah diantara mereka-mereka yang mana Maha Perkasa maksudkan apabila Dia berkata: ‘Dan sesungguhnya Aku amat pengampun kepada mereka yang bertaubat dan yang melakukan kebajikan kemudian berterusan pada mengikuti petunjuk yang benar.’ [20:82]? Jika manusia dizaman yang silam, semasa pemerintahan para khalifa, telah dipaksa dengan ancaman dan kekerasan supaya mengikuti perintah mereka, apakah alasan mereka sekarang, terutama pemerintah mana-mana negara kini tidak mengambil berat mengenai yang berkaitan dengan agama asalkan kedudukan mereka selamat dan dia akan memberikan demokrasi dan hak asasi manusia yang juga termasuk kebebasan berfikir dan beragama, sekadar ucapan lidah saja?



Hanya sebilangan kecil diantara ulama ahl al-sunnah yang menyatakan bangkangan mereka terhadap hadith tersebut, pada Dua Perkara yang Berat, memberikan perkataan yang berbeza dengan bacaan: ‘Saya telah tinggalkan diantara kamu kitab Allah dan sunnah ku.’ [92] Paling sedikit kami katakan kepada mereka ini adalah bahawa mereka terjauh dari ciri-ciri ulama dan juga dari asas-asas penyelidikan dan berdirinya pengetahuan, dan mereka telah dijauhkan dari keupayaan untuk membuktikan dari tuntutan mereka dengan hujah yang bernas.

[92] Kami telahpun nyatakan, semasa membicangkan hadith, hadith yang berbunyi ‘…..kitab Allah dan sunnah ku’ telah disampaikan tanpa sebarang asas, dan ianya tidak dimasukkan dengan perkataan yang sedemikian oleh mana-mana buku sahih. Dan sebaliknya hadith yang sama berbunyi '‘.…kitab Allah dan itrat ku’ adalah hadith yang sahih disampaikan secara berturutan dan yang mana semua pengarang buku sahih, sama ada sunni mahupun shia telah rakamkan.

Quotes from 12 Imams

Mencintai keindahan adalah fitrah. Sampaikan keindahan Ahlul Bait dan keindahan ajaran mereka dengan cara yang indah. "Kalau manusia mendengar keindahan ucapan-ucapan kami, niscaya mereka akan mengikuti kami" (Imam Ridha as).

0 comments:

Post a Comment