Contributors

Don't miss

Tuesday, March 3, 2015

Syi'ah_Sunnah : Bab 26 Khalifah ar-Rashidin Menurut Shiah


By on 3/03/2015 09:15:00 PM

12 Imam ~ Mereka adalah Dua belas Imam dari keturunan rasul yang suci, disusun berturutan sebagai berikut:



  1. Yang pertama adalah Amirul Mukminin dan Imam bagi yang wara’, ketua bagi mereka yang elit, ketua para Muslim dan juga penguasa agama, singa kejayaan Allah, Ali ibn Abu Talib [as], pintu bagi pengetahuan yang mencabar minda, menyilaukan hati, dan memberi cahaya kepada intelek, sesaorang yang tanpanya rasul Allah tentu tidak dapat menegakkan asas dan juga agama ini.
  2. Kedua adalah Imam Abu Muhammad al-Hasan ibn Ali [as], ketua remaja disyurga, haruman bunga bagi rasul terhadap umma ini, penyembah Allah yang zuhud, penasihat yang taat.
  3. Ketiga adalah Imam Abu Abdullah al-Husayn ibn Ali [as] ketua remaja disyurga dan haruman bunga bagi rasul Allah terhadap umma ini, ketua bagi syuhadah dan yang telah dibunuh di Karbala dan yang telah berkorban untuk mengembalikan bentuk umma datuknya.
  4. Keempat adalah Imam Ali ibn al-Husayn Zaynul-Abidin [as] ketua bagi kesemua mereka yang sujud kepada Tuhan mereka.
  5. Kelima adalah Imam Muhammad ibn Ali al-Baqir [as] yang menembusi pengetahuannya pada generasi yang dahulu dan yang akhir.
  6. Keenam adalah Imam Ja’far ibn Muhammad al-Sadiq [as] yang mana keserupaannya tiada mata pernah melihat tidak juga pernah didengar oleh sesiapa tidak juga mana-mana minda pernah menyedari yang berkenaan dengan pengetahuan fiqh; tiada yang lebih terpelajar, atau terlebih baik didalam amalan, dari dirinya.
  7. Ketujuh adalah Imam Musa ibn Ja’far al-Kazim [as] keturunan rasul, intipati pada pengetahuan.
  8. Kelapan adalah Imam Ali ibn Musa al-Rida [as] yang telah diberikan kebijaksanaan walaupun semasa kanak-kanak.
  9. Kesembilan adalah Imam Muhammad ibn Ali al-Jawad [as] Imam yang amat pemurah dan pemberi, Imam yang berperibadi cemerlang.
  10. Kesepuluh adalah Imam Ali ibn Muhammad al-Hadi [as] yang telah menerima anugerah Allah, yang menjadi rumah api bagi petunjuk.
  11. Kesebelas adalah Imam al-Hasan ibn Ali al-Askari [as] Imam bagi zuhud dan wara’
  12. Kedua belas Imam Muhammad ibn al-Hasan al-Mahdi [as] yang akan memenuhi dunia ini dengan keadilan dan persamaan setelah dipenuhi oleh ketidak adilan dan kezaliman, dan anak Mariam [as] akan bersolat dibelakangnya, dan Allah akan menyempurnakan melaluinya cahayaNya, dan melaluinya mereka yang beriman akan merasa senang dan ridha.


Ini adalah para Imam dari shia, dua belas kesemuanya; maka jika sesaorang mengatakan Imami shia atau shia dua belas imam atau shia Ja’fari semuanya adalah sama, dan merekalah yang dikenali seperti itu. Tidak terdapat didalam semua kumpulan Islam yang menerima Imamnya mereka selain dari shia.



Jika kita pelajari ayat-ayat Quran yang diwahyukan didalam menghormati mereka dan yang menerangkan kemuliaan mereka, status mereka yang tinggi, inti kebaikan, jiwa yang murni, kebesaran yang sebenar, kita akan menjumpai ayat seperti yang mengarahkan kita untuk berbaik dengan kerabat rasul, atau kepada yang mana merujuk kepada Allah mensucikan mereka, atau ayat mubahala [cabaran pada melakukan ibtihal_ berdoa_ meminta Allah mengutuk kepada mereka yang dusta] atau ayat yang menunjukkan mereka sebagai yang taat kepada Tuhannya, atau ayat yang mensejahterakan dan memuji mereka….. dsb.



Jika kita mempelajari hadith yang suci, kita akan menjumpai banyak yang mengatakan kemuliaan mereka dan meninggikan kedudukan mereka diatas semua dari umma ini, menunjukkan kepada kelebihan mereka didalam pengetahuan dan juga ma’sum. Jika kita lakukan itu semua, sudah pasti kita akan berserah kepada Imamnya mereka dan menganggapnya sebagai keselamatan bagi umma dari kesesatan dan inilah saja caranya kepada petunjuk. Kita juga akan dapati dengan terang bahawa shia adalah yang berjaya kerana mereka berpegang kepada tali Allah yang kuat; iaitu taat kepada Imam-imam ini dan berpegang kepada ikatan yang tidak akan terbuka, iaitu mencintai mereka. Maka mereka telah menaiki bahtera keselamatan. Mereka akan mendapat keselamatan dari lemas dan terselamat dari kebinasaan.



Adalah disebabkan oleh ini semua maka kami membuat keputusan, dengan penuh keyakinan dan kesedaran, bahawa Imami shia adalah pengikut sunnah rasul Muhammad yang sebenar.



‘Sesungguhnya engkau didalam kelalaian mengenainya, tetapi kini Kami telah menghilangkan penutup bagimu, maka pandangan kamu hari ini telah tajam sesungguhnya’ [50:22]



Sesungguhnya benarlah firman Allah SWT itu.

Quotes from 12 Imams

Mencintai keindahan adalah fitrah. Sampaikan keindahan Ahlul Bait dan keindahan ajaran mereka dengan cara yang indah. "Kalau manusia mendengar keindahan ucapan-ucapan kami, niscaya mereka akan mengikuti kami" (Imam Ridha as).

0 comments:

Post a Comment