Contributors

Don't miss

Saturday, February 28, 2015

Syi'ah_Sunnah : Bab 25 Taqlid dan Maraji' Menurut Ahl al-Sunnah Wal-Jamaah


By on 2/28/2015 07:00:00 AM

12 Imam ~ Jika kita selidik tajuk bagi taqlid [ikutan pada agama] dan marji’iyya [penguasa agama tertinggi] menurut ahl al-sunnah wal-jamaah, kita akan menjadi keliru pada mencari pertalian diantara mereka dan rasul Allah. Kita semua mengetahui bahawa ‘ahl al-sunnah wal-jamaah’ merujuk didalam agama mereka pada mengikuti para imam yang empat, iaitu Hanifa, Malik, al-Shafii dan Ibn Hanbal, dan kesemua manusia ini tidak pernah kenal rasul Allah, dan tidak juga mereka ini dari kalangan para sahabat.



Selepas wafatnya rasul, shia membuat taqlid kepada Ali ibn Abu Talib [as] yang jarang berenggang dengan rasul selagi baginda masih hidup. Kemudian selepas syahidnya Ali mereka mengikuti kedua remaja disyurga: Imam al-Hasan dan Imam al-Husayn, cucu rasul Allah. Kemudian mereka mengikuti Imam Ali ibn al-Husayn Zaynul-Abidin kemudian anaknya Imam al-Baqir kemudian cucunya Imam al-Sadiq [as], kesejahteraan bagi mereka semua. Semasa itu, ‘ahl al-sunna wal-jamaa’ tidak mempunyai sebarang pertalian ideologi tentang kewujudannya. Sejarah tidak memberitahu kita Imam mana yang mereka ikuti, jika ada sekalipun, dan kepada siapa mereka merujuk dengan segala yang berkenaan perundangan syariah agama semenjak dari wafatnya rasul dan sehingga timbulnya mazhab yang empat.



Hanya setelah itu barulah muncul mazhab yang empat didalam arena satu demi satu dan dipisahkan oleh jangka waktu yang tidak menentu, bergantung kepada kehendak pemerintah Abbasid sebagaimana yang kami telah nyatakan dahulu.



Kemudian timbul ikatan yang menyatukan keempat-empat mazhab dibawah panji-panji yang bersinar-sinar yang telah mengalihkan pemikiran manusia, dan yang diberi nama ‘ahl al-sunna wal-jamaa’ Kesemua mereka yang bermusuhan kepada Ali dan keturunan yang suci rasul dan yang menyokong para khalifa yang bertiga serta semua pemerintah Umayyad dan Abbasid, berkumpul disekeliling panji-panji tersebut. Manusia memeluk mazhab tersebut secara rela ataupun sebaliknya kerana para pemerintah berkerja keras mempromosikannya melalui cara pujukan atau kekerasan terhadap mereka pada mengikutinya, dan manusia umumnya mengikuti kepercayaan pemerintah mereka.



Kemudian kita dapati ‘ahl al-sunnah wal-jamaah’ selepas kematian kesemua imam-imam mereka yang empat, telah menutup pintu ijtihad didepan muka para ulama mereka, melarang mereka dari melakukan apa-apa selain dari mengikuti imam-imam tersebut yang telah pun mati….



Pemerintah tersebut dan mereka yang tertinggi yang telah menutup pintu ijtihad dan tidak membenarkan para ulama untuk mengkritik atau meneliti perkara-perkara agama, telah melakukannya [mengadakan larangan] kerana takut akan terdapat memuncaknya kebebasan intelektual yang akan menyebabkan masalah bagi mereka dan perselisihan yang akan mengancam kepentingan mereka dan kekuasaan mereka.



Maka ‘ahl al-sunnah wal-jamaah’ telah terhad pada mengikuti orang yang telah mati yang mereka tidak pernah lihat dan tidak pernah kenal, dan supaya mereka merasa puas hati dengan pengadilannya, ketakwaannya dan sejauh mana pengetahuannya. Bahkan, mereka hanya dapat memikirkan yang baik sahaja untuk mereka-mereka yang terdahulu, kerana setiap gulungan telah menuliskan dengan panjang lebar mengenai kebaikan mereka yang hanya sekadar khayalan bagi imam-imam mereka yang tertentu. Kebanyakan dari kebaikan ini terbukti hanya sebagai impian, kata-kata kosong atau pembohongan sahaja; setiap parti merasa senang dengan apa yang mereka telah ada.



Jika pengikut ‘ahl al-sunnah wal-jamaah’ yang terpelajar dizaman itu melihat kepada kemuliaan yang diceritakan oleh mereka-mereka yang terdahulu, dan pertentangan yang dirakamkan [dituliskan] mengenai mereka, yang sehinggakan telah menyebabkan sebahagian dari mereka memerangi yang lain, atau memanggilnya fasik…., mereka tentunya akan mempunyai fikiran yang berlainan mengenai imam-imam tersebut, dan mereka tentu telah mendapat petunjuk.



Bagaimana Muslim yang mempunyai fikiran, pada masa dan zaman ini, mengikuti sesaorang yang tidak mengetahui apa-apa mengenai isu dizaman moden, tidak juga dia boleh memberikan apa-apa penyelesaian bagi mereka terhadap permasalahan mereka? Pastinya Malik dan Abu Hanifa dan yang lain-lainnya akan melepaskan diri mereka dari ‘ahl al-sunna wal-jamaa’ pada hari pengadilan dan berkata: ‘Tuhanku janganlah menyiksa kami disebabkan oleh manusia-manusia ini yang kami tidak pernah kenal dan mereka tidak kenal pula kepada kami, dan yang kami tidak pernah, walaupun satu hari, mengatakan bahawa mereka perlu mengikuti kami.’



Saya tidak tahu apa pula jawapan ‘ahl al-sunna wal-jamaa’ apabila Tuhan bagi alam ini bertanya kepada mereka mengenai Dua Perkara yang Berat. Dia kemudian akan membawa rasul Allah untuk menjadi saksi terhadap mereka, dan mereka sudah pasti tidak dapat menolak keterangan baginda walaupun jika mereka memberi alasan bahawa mereka taat kepada ketua dan pembesar yang mulia.



Jika Dia bertanya kepada mereka: ‘Adakah kamu dapati didalam kitab Ku, atau didalam sunnah rasul Ku, sebarang perjanjian atau persetujuan atau hujah yang memberi mandat kepada kamu untuk mengikuti mazhab yang empat ini?’ Apakah dia jawapan mereka? Jawapan bagi soalan telah diketahui umum, dan tidak memerlukan kepada pengetahuan yang banyak: Tidak terdapat didalam kitab Allah mahupun didalam sunnah rasul yang mengandungi apa-apa yang sedemikian, bahkan kitab Allah dan sunnah pesuruh nya mengandungi arahan yang nyata untuk berpegang teguh kepada keturunan yang suci dan jangan tertinggal dibelakang mereka.



Dan mungkin mereka akan berkata: ‘Tuhan ku kami telah melihat dan mendengar, maka hantarlah kami kembali supaya kami dapat melakukan kebajikan; sesungguhnya kami sekarang telah yakin [32:12], dan jawapan yang pastinya adalah: ‘Tidak! itu hanya satu ucapan yang kamu ucapkan.’



Dan rasul akan berkata: ‘Tuhan ku, umma ku telah meninggalkan Quran ini, kerana aku telah mengarahkan mereka untuk mengikuti keturunan ku selepas aku dan telah menyampaikan kepada mereka segala apa yang Engkau arahkan kepada ku untuk disampaikan, iaitu, cintailah kerabatku, tetapi mereka menentang perjanjian ku dan memutuskan pertalian dengan keturunan ku; bahkan mereka membunuh anak-anak ku dan membenarkan tempat suciku dicemari; maka Tuhanku! Janganlah berikan kepada mereka syafaat ku.’



Dan pada hari apabila yang zalim akan mengigit tangan mereka dan berkata: ‘O hanya jika aku telah mengambil jalan bersama dengan rasul! O malang bagi ku! Jika hanya aku tidak mengambil sipolan dan sipolan sebagai kawan! Sesungguhnya dia telah menyesatkan aku dari peringatan setelah ianya sampai kepada ku, dan syaitan tidak pernah membantu manusia. Dan rasul berkata: ‘Tuhan ku! Sesungguhnya umma ku telah menjadikan Quran ini sesuatu yang dilupakan. Dan makanya telah Kami jadikan untuk setiap rasul musuh dari mereka yang melakukan dosa, dan mencukupilah tuhan ku sebagai petunjuk dan yang memberi pertolongan.’ [25: 27 – 31]

Quotes from 12 Imams

Mencintai keindahan adalah fitrah. Sampaikan keindahan Ahlul Bait dan keindahan ajaran mereka dengan cara yang indah. "Kalau manusia mendengar keindahan ucapan-ucapan kami, niscaya mereka akan mengikuti kami" (Imam Ridha as).

0 comments:

Post a Comment