
Kami adalah dari diantara golongan mereka [125] yang telah mengikuti jejak langkah orang-orang ini, mendapat petunjuk dari mereka, kemudian Allah telah merahmati kami, dan memandu kami kepada bahtera keselamatan. Kami bermohon kepadaNya [awj], untuk melakukan yang sama juga, memandu kesemua umma Muslim supaya tidak ada yang tinggal melainkan yang benar.
Sesaorang mungkin akan bertanya yang berikut: ‘Maka dengan mengkritik dan merendahkan martabat sahabat telah melukai perasaan kebanyakkan Muslim, yang percaya bahawa mereka adalah adil dan saksama; mereka menganggap bahawa para sahabat adalah manusia yang terbaik selepas rasul: Kami katakan:
Muslim dikehendaki untuk percaya kepada Allah dan pesuruhNya dan untuk melaksanakan kehendak kedua-duanya [Allah dan rasul] dan mematuhi batasan yang telah mereka gariskan. Keselamatan bagi semua Muslim termasuk para sahabat, bergantung kepadanya, kerana kesudahan bagi sesiapa yang menyimpang dari garis ini adalah neraka walaupun jika dia adalah bapa saudara atau anak kepada rasul. Kritikan kami terhadap sebahagian sahabat adalah apa yang disebutkan oleh peristiwa sejarah yang mana mereka bersangkutan didalamnya, oleh perbalahan diantara mereka, dan mereka yang telah menyebabkan perpecahan kepada umma, dan telah mengakibatkan bencana yang besar.
[125] Pengarang pernah mengikut mazhab Maliki sebelum memeluk kepercayaan shia. Pent.
0 comments:
Post a Comment