Contributors

Don't miss

Sunday, March 15, 2015

Syiah_Sunnah : Bab 30 Permusuhan ‘Ahl al-Sunnah’ Terhadap Ahl al-Bayt Menunjukkan Identiti Mereka


By on 3/15/2015 01:34:00 PM

12 Imam ~ Setiap para penyelidik akan berdiri tidak terkata apabila dia bertembung dengan kebenaran mengenai ‘ahl al-sunnah wal-jamaah’ dan mengetahui bahawa mereka itu adalah musuh kepada keturunan suci dari rasul, dan telah mengikuti manusia yang memerangi Ahl al-bayt dan mengutuk mereka dan tidak meninggalkan sebarang peluang untuk membunuh mereka dan menghapuskan peringatan terhadap mereka. Itulah sebabnya kamu dapati ‘ahl al-sunnah wal-jamaah’ meletakkan cop ‘dipercayai’ pada semua para hadith, tidak kira sama ada mereka Khawarij atau Nasibi pengikut Uthman. Mereka dakwa dan menuduh semua para hadith yang taat kepada Ahl al-bayt sebagai ‘lemah.’



Kamu tidak akan dapati perkara yang sedemikian dirakamkan secara terbuka didalam buku mereka. Tetapi apabila mereka cuba untuk mancabar kesahihan pada hadith yang tepat yang menyatakan kemuliaan Ali ibn Abu Talib, mereka melebelnya sebagai ‘lemah’ mengatakan, ‘Diantara pertalian penyampainya adalah sipolan dan sipolan dia adalah Rafidi.’ [126] Dan mereka melebelkan sebagai ‘sahih’, hadith palsu yang telah dirubah supaya dapat meninggikan status dan memuliakan khalifa yang lain walaupun jika yang menyampaikannya adalah Nasibis. Menjadi Nasibis menurut mereka adalah petunjuk bahawa cenderungnya sesaorang terhadap sunnah.



Ibn Hajar, sebagai contoh, mengatakan yang berikut mengenai Abdullah ibn Idris al-Azdi, seorang Nasibi yang terkenal, ‘Dia seorang pengikut ahl al-sunna dan jamaa, seorang fanatik yang berkaitan dengan sunnah, dan pengikut Uthman.’ [127] Mengenai Abdullah ibn Awn al-Basri dia berkata, ‘Dia dianggap sebagai dipercayai, dan dia seorang yang wara’ dan yang cenderung mengenai sunnah dan keras terhadap manusia yang membuat bidaa. Ibn Sa’d telah berkata bahawa Abdullah ibn Awn al-Basri adalah pengikut Uthman.’ [128] Dan mengenai Ibrahim ibn Ya’qub al-Jawzjani, yang terkenal membenci kepada Ali, dia berkata bahawa mazhabnya adalah Hareezi i.e pengikut bagi Hareez ibn Uthman dari Damascus [Damsyik], mazhab yang dikenali sebagai Nasibisme [129] Ibn Hayyan menerangkan Ibrahim sebagai fanatik mengenai sunnah, sesaorang yang menghafal hadith.



Adalah perlu dinyatakan bahawa Nasibi yang sama yang mereka sanjung dengan mengatakan bahawa dia itu fanatik mengenai sunnah dan bahawa dia menghafal hadith itu telah menggunakan kesempatan supaya para-para hadith yang lain untuk berkumpul pada pintu rumahnya [meminta keizinan untuk masuk] untuk menghantar seorang hamba wanitanya dengan ayam ditangan untuk berkeliling dipekan kemudian pulang kepada tuannya, Ibrahim ibn Ya’qub al-Jawzjani, untuk memberitahu kepadanya bahawa dia tidak menjumpai seorang pun untuk menyembelihkan untuknya; dia kemudian akan berkata dengan lantang: Subhan-Allah! Tidak ada siapa yang akan menyembelih ayam sedangkan Ali didalam cahaya terang telah menyembelih dua puluh ribu Muslim!’ Melalui pintar belit dan penipuan, Nasibi, musuh ahl al-bayt, cuba untuk memalingkan manusia dari mengikuti yang benar dan menyimpangkan mereka melalui tuduhan yang palsu supaya dapat memenuhi didalam hati para Muslim, terutama mereka para hadith [seperti mereka yang bertemu al-Jawzjani dan mempelajari hadith darinya] dengan kebencian dan permusuhan terhadap Ali ibn Abu Talib [as] dan telah membolehkan kutukan, menghina dan merendahkan beliau.



Kamu boleh menjumpai kejadian yang serupa dizaman kita sekarang. Miskipun mereka sekarang ‘ahl al-sunnah wal-jamaa’ mengatakan bahawa mereka mencintai ahl al-bayt dan mencari keridhaan Allah dengan ketua kami Ali [as] sebagaimana yang mereka katakan, jika kamu sampaikan satu hadith yang mengandungi kemuliaan Ali [as] mereka memperolokkan kamu, menuduh kamu dengan shia, dengan membuat perubahan, dan dengan menjadi pelampau.



Apabila kamu, bagaimana pun membincangkan khalifah Abu Bakr dan Umar dan para sahabat yang lain, mereka merasa senang berbicara dengan kamu.



Inilah sebenarnya doktrin [fahaman] ‘mereka yang baik dahulu’. Para sejarah telah menyampaikan dengan berkata bahawa Imam Ahmad ibn Hanbal akan melabel sebagai ‘lemah’ mana-mana para hadith yang memperkecilkan Abu Bakr, Umar atau Uthman, sedangkan dia memandang tinggi kepada Ibrahim al-Jawzjani, Nasibi yang dinyatakan dahulu, memujinya dengan banyak. Imam Ahmad ibn Hanbal amat bersesuaian dengannya, membaca bukunya diatas mimbar, dan menggunakan kerjanya untuk menyokong hujah-hujahnya.



Jika inilah kesnya [halnya] dengan Ahmad ibn Hanbal yang memaksa mereka sezaman dengannya untuk mengiktiraf khalifanya Ali, yang dia letakkan didarjah yang keempat, maka janganlah bertanya kepada saya mengenai mereka yang tidak percaya, walau satu pun kemuliaan Ali, atau mengenai mereka yang mengutuk dan menghina dia dari atas mimbar semasa jumaat dan eid.



Al-Dar Qutni sebagai contoh berkata, ‘Ibn Qutaybah, jurucakap ahl al-sunna, cenderung pada menyatakan ciri-ciri manusia [sifat manusia kepada Allah] dan menyimpang dari garisan Itrat rasul.’ [130] Ini membuktikan bahawa kebanyakkan ahl al-sunna wal-jamaa telah menyimpang dari laluan keturunan rasul Allah.



Al-Mutawakkil, yang mana para hadith mengelarnya sebagai muhyi al-sunnah, orang yang menghidupkan sunnah, dan yang sangat dihormati oleh Ahmad ibn Hanbal dan memandang tinggi terhadapnya dan yang mana arahannya telah digunakan didalam perlantikkan para hakim, adalah seorang Nasibi yang terkenal dengan zalimnya dan yang sangat memusuhi Ali dan ahl al-baytnya, sehinggakan kebenciannya telah membuatkan dirinya menajis dan merosakkan pusara Ali [as] dan anaknya al-Husayn [as]. Dia pernah melarang manusia dari menziarahi tempat-tempat mereka dan akan membunuh sesiapa yang diberikan dengan nama ‘Ali’. Didalam penulisannya, al-Khawarizmi telah menyebutkan darinya sebagai berkata bahawa dia akan menganugerahkan dengan wang yang banyak kepada sesiapa yang mengutuk keturunan Abu Talib [as] dan menyokong mazhab Nasibisme. [131]



Tidak perlu dikatakan bahawa Nasibi adalah satu dari mazhab ‘ahl al-sunnah wal-jamaah’ maka yang mengembangkan Nasibisme (faham nasibi - pembenci Ahlul Bayt as) -, ialah al-Mutawakkil, iaitu orang yang sama yang diberikan label sebagai muhyi al-sunnah, orang yang menghidupkan sunnah; maka, fikirkanlah.



Ibn Kathir, didalam bukunya Al-Bidaya wal Nihaya, memberitahu kita bahawa apabila ‘ahl al-sunna wal-jamaa’ mendengar al-A’mash menceritakan hadith mengenai burung panggang, yang mengandungi sanjungan terhadap Ali ibn Abu Talib [as], mereka telah mengeluarkan dia dari dalam masjid dan kemudian membasuh tempat dimana beliau duduk. [132]



Mereka juga menentang pengkebumian terhadap Imam Muhammad ibn Jarir al-Tabari, pengarang buku Al-Tafsir al-Kabir dan juga seorang ahli sejarah yang agung, tanpa sebarang sebab selain dari penerimaannya sebagai sahih hadith al-Ghadeer yang mana rasul Allah disebutkan sebagai berkata, ‘Sesiapa yang menganggap saya sebagai mawlanya [pemimpin], maka ini Ali adalah mawlanya.’ Dia mengumpulkan punca hadith ini dari semua tempat. Punca-puncanya amat banyak, maka ianya menjadi rujukan yang mutawatir, dilaporkan secara berturutan.



Ibn Kathir telah berkata, ‘Saya telah melihat sebuah dari bukunya yang mana dia mengumpulkan hadith yang berkaitan dengan insiden Ghadeer, dan ianya didalam dua jilid yang tebal, sebagai tambahan kepada sebuah buku yang lain, didalamnya dia mengumpulkan insiden yang berkaitan dengan hadith burung panggang. [133] Ibn Hajar juga telah membincangkan mengenainya didalam bukunya Lisan al-Mizan, berkata, ‘Dia adalah seorang Imam yang agung dan yang sangat dihormati bagi penterjemahannya pada Quran; dia sangat dipercayai, benar, dan terdapat banyak shia didalam dirinya dan menyokong [ahl al-bayt] yang tidak merosakkan [kepada boleh percaya kepadanya] [134]



Apabila Imam al-Nasa’i, ahli hadith yang agung dan salah seorang pengarang Al-Sihah al-Sittah [enam buku hadith yang dianggap oleh sunni sebagai sahih] menulis sebuah buku mengenai kemuliaan Amirul Mukminin Ali, dia ditanya mengenai ‘kemuliaan’ Muawiya, yang mana dia menjawab, ‘Saya tidak tahu apa-apa melainkan bahawa rasul Allah ada berkata sekali: Semoga Allah tidak pernah memuaskan perut kamu.’ Maka dia telah dipukul pada kemaluannya sehingga pengsan. Badannya telah dibawa kesuatu kawasan untuk mati dari pukulan tersebut.



Ibn Kathir memberitahu kita yang berikutnya didalam buku Tarikh dimana dia menerangkan pertentangan yang dahsyat yang telah berlaku di Baghdad didalam tahun 363 AH / 954 AD diantara shia dengan ‘ahl al-sunnah wal-jamaah’ pada sambutan Ashura:



Satu kumpulan dari ‘ahl al-sunnah’ telah mendudukan seorang wanita pada se ekor binatang dan memainkan peranan sebagai Aisha dan membawa beberapa orang lelaki untuk memainkan peranan Talha dan al-Zubayr. Mereka hendak menyatakan tujuan [objektif] mereka iaitu: Kami ingin memerangi pengikut Ali. Jumlah yang besar manusia yang terbunuh. [135]



Inilah apa yang berlaku dewasa ini: ‘Ahl al-sunnah wal-jamaah’ menyerang shiah pada hari Ashura supaya dapat menghalang mereka dari mengambil bahagian didalam pearakan memperingati syuhada, telah membunuh banyak Muslim yang tidak berdosa.



Setelah menunjukkan pendedahan yang sedemikian, ia telah menjadi nyata kepada kami bahawa Nasibi yang memusuhi Ali dan yang memerangi ahl al-bayt adalah yang melabelkan diri mereka sebagai ‘ahl al-sunnah’ dan kita telah pun mengetahui apa ‘sunnah’ yang mereka maksudkan dan kepada ‘jamaa’ apa yang mereka rujuk.



Ianya adalah bukti dengan sendirinya bahawa sesiapa yang memusuhi Keturunan rasul Allah adalah musuh kepada datuk mereka, iaitu rasul Allah, dan sesiapa yang memusuhi dengan rasul Allah adalah musuh Allah.



Begitu juga ianya adalah bukti dengan sendirinya bahawa sesiapa yang menentang Allah, PesuruhNya dan ahl al-bayt bukanlah dari hamba-hambaNya [Allah] yang sebenar, tidak juga mereka diantara pengikut sunnah melainkan jika sunnah tersebut dimaksudkan dengan sunnah syaitan. Dan bagi sunnah yang pengasih, ianya adalah mencintai Allah dan pesuruhNya dan ahl al-bayt, mengikuti mereka dan mengikuti jejak mereka. Allah [awj] telah berkata: ‘Katakan: Saya tidak meminta dari kamu sebarang hadiah untuknya melainkan untuk mencintai kerabat saya yang hampir’ [42:23] [Shakir]



Bagaimana sesaorang membandingkan Muawiya dengan Ali, atau para imam yang sesat dengan para Imam petunjuk?



‘Ini adalah ayat yang terang untuk manusia, dan petunjuk, dan peringatan, kepada mereka yang takut kepada tuhannya.’ [3:138]
[126] Apa yang mereka maksud dengan ‘Rafidi’ [penolak] jika sesaorang yang mengikut Ali dan menolak khalifa yang mendahului beliau didalam memerintah keatas Muslim 
[127] Ibn Hajar, Tahdhib al-Tahdhib jilid 5 ms 145 dan jilid 1 ms 82 
[128] Ini telah diketahui umum bahawa pengikut Uthman adalah Nasibi yang menuduh Ali sebagai Kafir, murtad, dan mereka menuduhnya sebagai membunuh Uthman ibn Affan. Mereka diketuai oleh Muawiya ibn Abu Sufyan, sepupu Uthman; maka dia adalah ketua dan peminpinnya. 
[129] Nasibi adalah musuh Ali dan musuh ahl al-bayt dari diantara Kharijites, Qasitis, dan penghianat yang memusuhi dan menentang beliau. Selepas syahidnya beliau, mereka mengutuk dan menghina beliau. 
[130] Al-Dhahabi, Lisan al-Mizan jilid 3 ms 357 
[131] rujuk ms 135 pada al-Khawarizmi Rasaail [surat] 
[132] [Sebagai satu perbuatan bagi mensucikan dari najis, kotoran dsb] Insiden ini diceritakan pada ms 147, jilid 11, oleh Ibn Kathir dari buku Al Bidaya wal Nihaya 
[133] Ibid 

Quotes from 12 Imams

Mencintai keindahan adalah fitrah. Sampaikan keindahan Ahlul Bait dan keindahan ajaran mereka dengan cara yang indah. "Kalau manusia mendengar keindahan ucapan-ucapan kami, niscaya mereka akan mengikuti kami" (Imam Ridha as).

0 comments:

Post a Comment