Contributors

Don't miss

Wednesday, March 18, 2015

Syiah_Sunnah : Bab 32 Tuduhan yang Di Sangkal oleh Fakta


By on 3/18/2015 07:00:00 AM

12 Imam ~ Didalam bab ini, kami ingin menjelaskan kepada setiap orang yang mempunyai fikiran, dan yang bebas dari berpihak, yang telah meninggalkan kefanatikkan, dan yang telah menghilangkan tabir [penutup] pada kedua-dua pandangan dan mindanya, supaya dia dapat mencari kepada petunjuk yang betul dan benar. Kami ingin memberitahu kepada mereka bahawa kesemua tiang bagi ‘ahl al-sunnah wal-jamaah’ begitu juga imam-imam mereka, telah bertindak menentang sunnah rasul yang jelas, meninggalkannya dibelakang mereka, dengan sengaja dan rela untuk mengabaikannya.



Tidak ada Muslim yang seharusnya tertipu oleh apa yang mereka dengar dari disini dan disana oleh sanjungan -sanjungan yang palsu yang tidak mengasaskan kepada keterangan yang nyata atau penghujahan yang baik. Sedang kami membentangkan fakta ini, kami tidak menuduh mereka apa-apa, tidak juga kami menambahkan apa-apa kepada apa yang mereka sendiri telah katakan didalam buku-buku Sahih, Musnad, dan Tarikh mereka. Kami telah pun menunjukkan sebahagian dari fakta ini didalam buku kami yang lalu, dan kami dengan senang hati melampauinya, dan bahkan tidak ada kesalahan didalam menyatakannya secara khusus disini supaya cahaya petunjuk dapat menyinari, dan supaya terhapusnya awan kesesatan, dan supaya cahaya dapat mengantikan kegelapan.



Didalam bab yang berikutnya, kita akan bincangkan para Imam dan tunggak yang menjadi pegangan ‘ahl al-sunnah wal-jamaah’, mereka-mereka yang dianggap sebagai puncak bagi pengetahuan dan perundangan. Mereka [ahl al-sunnah] telah mengutamakan mereka-mereka diatas para Imam yang suci dari keturunan Rasul, dengan sengaja mengabaikan sebilangan para sahabat yang telah dikenali oleh manusia yang elit dan juga manusia biasa_sama ada yang terpelajar ataupun yang sebaliknya_sebagai manusia yang tidak bermoral, terjauh dari diri mereka ini jiwa dan etika Islam. Diantara mereka-mereka itu adalah:



Muawiyah dan anaknya Yazid [142], Ibn al-As, Ibn Marwan, Ibn Shu’bah, dan yang serupa dengan mereka. Walaupun dengan semua ini, kami tidaklah hendak membuang masa kami dengan menuliskan mengenai manusia seperti ini untuk menyingkapkan kesalahan mereka; kerana sebahagian mereka yang tidak memihak diantara ahli sejarah dan ahli fikir telah melaksanakan tugas ini untuk kami.



Sebaliknya kami akan bincangkan didalam penyelidikan ini para Imam yang telah menjadi terkenal dengan kebenaran, adil, zuhud dan takutnya kepada Allah; secara ringkas, mereka yang dianggap oleh ‘ahl al-sunnah wal-jamaah’ sebagai tunggak; supaya kita dapat meneliti dan menjadi biasa dengan cara mereka merubah sunnah rasul. Mereka menciptakan didalam umma ini bidaa yang telah menyebabkan perselisihan dan penyelewengan, maka dengan ini telah menyebabkan runtuhnya struktur yang suci yang telah ditegakkan oleh pesuruh Allah yang telah menghabiskan seluruh hidup baginda berjuang untuk memelihara dan mengukuhkan tapak [fondisi]nya.



Saya telah memilih dua belas dari tunggak ‘ahl al-sunnah wal-jamaah’ yang telah memainkan peranan yang utama didalam mempengaruhi kejadian ini, dan didalam merubahkan ciri-ciri didalam keimanan, dan juga didalam membahagi dan memecah-belahkan ummah.
[142] Ibn Sa’d, Al-Tabaqat al-Kubra jilid 5 muka surat 47, dimana Abdullah, yang telah dimandikah oleh malaikat, disebutkan sebagai berkata, ‘Demi Allah! Kami tidak mengingkari Yazid sehingga kami khuatir bahawa kami akan direjami batu dari langit, [kerana dia adalah seorang manusia] yang tidur bersama ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya yang meminum arak dan meninggalkan solat. Demi Allah! Jika aku tidak mempunyai sesiapa untuk membantu aku, aku akan melakukan apa yang terdaya untuk melawannya, demi untuk mencari keridha Allah.’ Ya itulah Yazid, manusia yang terkenal dengan arak dan perbuatan kejinya, manusia yang telah membunuh haruman bunga pesuruh Allah dan beliau telah diiringi oleh semua keturunan rasul, membenarkan askarnya menodai kesucian kota Madina [kota rasul]. Walaupun dengan semua ini, kamu masih boleh mendapati sebuah negara Islam yang menulis buku bertajuk Fakta Mengenai Ameer al-Mukminin Yazid ibn Muawiya.

Quotes from 12 Imams

Mencintai keindahan adalah fitrah. Sampaikan keindahan Ahlul Bait dan keindahan ajaran mereka dengan cara yang indah. "Kalau manusia mendengar keindahan ucapan-ucapan kami, niscaya mereka akan mengikuti kami" (Imam Ridha as).

0 comments:

Post a Comment