Contributors

Don't miss

Tuesday, March 17, 2015

Syiah_Sunnah : Bab 31 Bagaimana ‘Ahl al-Sunnah wal-Jamaah’ Mengubah Selawat keatas Muhammad dan Ahlul Baytnya


By on 3/17/2015 07:00:00 AM

12 Imam ~ Berhati-hatilah didalam meneliti bab ini, semoga Allah memelihara kamu, kerana kamu akan mengetahui apa yang disembunyikan oleh ‘ahl al-sunnah wal-jamaah’, dan sejauh mana bencinya mereka terhadap keturunan rasul, mereka tidak meninggalkan sebarang kemuliaan pada ahl al-bayt tanpa diubahnya.



Diantara yang diubahnya adalah cara menghantarkan kesejahteraan kepada Muhammad dan keturunannya sebagaimana yang diarahkan oleh Quran yang suci. Al-Bukhari dan Muslim, begitu juga semua ulama sunni yang datang selepas mereka, menunjukkan bahawa para sahabat telah datang berjumpa dengan rasul apabila ayat yang berikut diturunkan:



‘Sesungguhnya Allah dan para Malaikat mengucapkan selawat keatas rasul; Wahai orang-orang yang beriman! Ucapkan selawat keatasnya dan berilah salam dengan salam yang sempurna.’ [33:56]



Mereka berkata: ‘Wahai pesuruh Allah! Kami tahu bagaimana untuk memberi salam kepada kamu, tetapi kami tidak tahu bagaimana untuk mensejahterakan kamu!’ Rasul berkata: ‘Kamu hendaklah mengatakan: ‘Wahai Allah! Sejahterakan Muhammad dan keturunan Muhammad [Aali Muhammad] sebagaimana kamu mensejahterakan Ibrahim dan keturunan Ibrahim, sesungguhnya Engkaulah maha TerPuji lagi Maha Agung.’ [136] Para ahli hadith yang lain telah menambah kepada yang diatas mengatakan bahawa Rasul berkata [sebagai tambahan] kepada mereka: ‘Janganlah mensejahterakan saya dengan yang dipendekkan.’ Mereka bertanya kepada baginda, ‘Dan apa kesejahteraan yang dipendekkan, wahai rasul Allah?’ Baginda berkata: ‘Ianya adalah kata-kata kamu: Wahai Allah! Sejahterakan Muhammad,’ kemudian kamu berhenti. Allah adalah yang sempurna dan Dia tidak menerima apa-apa melainkan yang sempurna.’ Inilah maka Imam al-Shafii telah mengatakan dengan secara terbuka dakwaan bahawa jika sesiapa tidak mensejahterakan ahl al-bayt, solatnya tidak diterima oleh Allah.



Bergantung kepada keterangan Ibn Mas’ud al-Ansari, al-Dar Qutni menunjukkan yang berikut didalam musnadnya:



Rasul Allah telah berkata: ‘Sesiapa solat tanpa mensejahterakan saya dan ahl al-bayt saya, solatnya tidak akan diterima. [137]



Didalam bukunya Al-Sawa’iq al-Muhriqa, Ibn Hajar berkata, ‘Al-Daylami telah menyebutkan bahawa rasul Allah telah berkata bahawa doa setiap orang telah tertahan sehingga dia meminta Allah mensejahterakan Muhammad dan keturunan Muhammad.’ [138] Begitu juga, al-Tabari didalam bukunya Al-Awsat telah menyebutkan dari Ali, dengan berkata bahawa doa setiap orang adalah tertahan sehingga dia meminta kesejahteraan ilahi kepada Muhammad dan keturunannya.’ [139]



Maka beginilah yang kami ketahui sebagaimana buku sahih ‘ahl al-sunna wal-jamma’ menerangkannya, cara yang betul untuk meminta kesejahteraan Allah keatas Muhammad dan keturunannya, bahawa Allah tidak menerima solat sesaorang sehingga dia mensejahterakan Muhammad dan keturunannya, dan bahawa doa setiap Muslim tertahan sehingga dia meminta Allah mensejahterakan keatas Muhammad dan keturunannya. Ianya, dengan nyawa saya, kemuliaan yang teragung dan penghargaan kemurnian khusus yang telah dianugerahkan kepada ahl al-bayt keatas kesemua makhluk; melalui mereka makanya Muslim mencari kedekatan kepada Allah.



Tetapi ‘ahl al-sunna wal-jamaa’ telah menjadi marah dengan penghargaan anugerah ini kepada ahl al-bayt sahaja. Mereka menyedari akan akibatnya yang dahsyat dengan melakukannya. Tidak kiralah betapa banyaknya kemuliaan yang palsu dan penghargaan yang dikaitkan kepada Abu Bakr, Umar dan Uthman, dan kepada kesemua para sahabat, kerana kemuliaan dan penghargaan yang sedemikian tidak akan sampai kepada taraf kedudukan yang sebegitu tinggi bagi ahl al-bayt, tidak juga mereka boleh sampai kepuncaknya disebabkan kerana setiap solat dan doa bagi kesemua mereka yang dikaitkan dan yang dikatakan, tidak akan diterima oleh Allah selagi mereka tidak mencari kedekatan kepadaNya [Allah] dengan meminta Allah untuk mensejahterakan Ali ibn Abu Talib selepas Muhammad, oleh kerana beliau adalah ketua Itrat, sebagaimana yang diketahui oleh semua.



Inilah sebabnya maka mereka berpaling kepada membuat perubahan dengan menambahkan sesuatu dari diri mereka yang rasul Allah tidak pernah mengesahkan, dengan berharap supaya dengannya dapat meninggikan status ketua-ketua mereka diantara sahabat, mereka dengan sengaja telah mengadakan bidaa ini semenjak dari abad yang pertama lagi. Lihatlah bagaimana mereka apabila menulis buku, mereka meninggalkan tanpa menyatakan kesejahteraan yang sempurna keatas Muhammad dan keturunannya, dan apabila mereka menyebut ‘Muhammad’, atau Rasul atau Pesuruh Allah mereka berkata Salla Allahu alaihi wa sallam mengeluarkan sebarang kenyataan kepada keturunan Muhammad. Dan jika kamu berkata-kata dengan seorang dari mereka dan menyuruh dia untuk mensejahterakan Muhammad, dia akan hanya berkata: Salla Allahu alaihi wa sallam, tanpa menyatakan keturunannya. Sebahagian mereka akan pergi ketahap sehingga memendekkannya lagi, berkata hanya: Salli wa sallim [kesejahteraan dan salam]. Tetapi jika kamu tanyakan kepada mana-mana shia, tidak kira Arab atau Parsi, dsb untuk mensejahterakan Muhammad, dia akan berkata: Allahomma Salli ala Muhammadin wa Aali Muhammad [Wahai Allah! Saya bermohon kepada Mu untuk mensejahterakan Muhammad dan keturunan Muhammad]



Buku yang ditulis oleh ‘ahl al-sunnah wal-jamaah’ menyebutkan Pesuruh Allah memandatkan untuk, ’katakan: ‘Allahomma Salli ala Muhammadin wa Aali Muhammad,’ menggunakan bentuk katakerja sekarang dan akan datang [present (faal mudarik)and future tense] didalam bentuk doa, dan berseru yang ditujukan kepada yang Maha Tinggi. Miskipun telah dinyatakan semua itu mereka tetap berpuas hati dengan rangkap ‘Salla Allahu alaihi wa sallam,’ menggunakan katakerja yang telah lalu [(faal madhi)past tense] dan didalam mode bercerita tanpa sebarang rujukan kepada keturunan Muhammad.



Bahkan ketua ‘ahl al-sunnah wal-jamaah’ iaitu Muawiya ibn Abu Sufyan mencuba untuk menghapuskan sebarang rujukan apa juga bagi Muhammad didalam azan, [140] Tidak hairanlah, maka kita menjumpai mereka yang mengikut dan mencontohinya dengan sengaja memendekkan dan merubah cara memberikan kesejahteraan kepada baginda. Jika mereka dapat menghapuskannya sama sekali, mereka pasti telah melakukannya, tetapi tidak ada cara yang mereka dapat atau boleh melakukannya. Pasti tidak!



Kamu kini boleh mendengar mereka yang menaiki mimbar, terutama mimbar Wahabbi, memberi tidak lain dari doa yang telah diubah kepada Allah untuk mensejahterakan baginda dan keturunannya. Mereka gunakan sama ada doa yang telah dipendekkan atau jika mereka merasa terpaksa untuk menyempurnakannya, mereka akan menambah kepada rangkap tersebut: …dan keatas semua para sahabat,’ atau mereka akan mengatakan, ….dan keatas sahabatnya yang baik dan suci,’ maka mereka telah menukarkan ayat Quran yang merujuk kepada kesucian ahl al-bayt kepada yang berbunyi seakan-akan ianya diwahyukan sebagai penghormatan bukan kepada ahl al-bayt tetapi kepada para sahabat. Mereka melakukan ini supaya dapat memesongkan manusia awam kepada memikirkan bahawa para sahabat menikmati kemuliaan yang sama seperti ahl al-bayt.



Mereka juga telah mempelajari cara-cara untuk membuat perubahan dan merekabentuk dari ahli faqih mereka yang pertama ‘pemimpin yang agung’ Abdullah ibn Umar yang kebenciannya terhadap ahl al-bayt kita telahpun mengetahuinya. Didalam bukunya Al-Muwatta, Malik menunjukkan bahawa Abdullah ibn Umar pernah berdiri dipusara rasul, mensejahterakan baginda, Abu Bakr dan Umar. [141]



Jika kamu, para penyelidik terhormat, memikirkan kedudukan status yang sebenar, kamu akan dapati tambahan yang sedemikian, iaitu, mensejahterakan para sahabat sebagai tambahan kepada mensejahterakan Muhammad dan keturunannya, tambahan yang tidak punya sebarang asas, tidak juga dari Quran ataupun didalam sunnah rasul. Bahkan keduanya Quran dan sunnah telah mengarahkan kesejahteraan Muhammad dan keturunannya, dan arahan tersebut telah ditujukan kepada para sahabat sebelum manusia yang lainnya. Kamu tidak akan dapat melihat sebarang tambahan melainkan dengan ‘ahl al-sunna wal-jamaa’. Berapa banyakkah bidaa didalam agama yang mereka telah ciptakan, dan mengatakan ianya sebagai sunnah, bertujuan dengannya supaya dapat menutupkan kemuliaan sesaorang atau untuk menyembunyikan fakta sebenar?



‘Mereka ingin memadamkan cahaya Allah dengan mulut mereka, sedangkan Allah berhajat untuk menyempurnakan cahayaNya, walaupun mereka yang kafir membencinya. [61:8]
[136] Al-Bukhari, sahih jilid 4 ms 118 
[137] Ini telah dirakamkan pada ms 136 musnad al-Dar Qutni 
[138] Ini telah dirakamkan pada ms 88 oleh Ibn Hajar al-Asqalani buku Al-sawa’iq al-Muhriqa 
[139] Fayd al-Qadeer jilid 5 ms 19. Kanz al-Ummal jilid 6 ms 173 
[140] untuk mendokumenkan tuntutan ini rujuk ms 46 pada buku saya Tanya kepada Mereka yang Mengerti 
[141] Penerangan kepada Malik, Al-Muwatta jilid 6 ms 180 didalam bab bertajuk ‘Tanweer al-Hawalik’ [Mecahayakan tempat yang gelap]

Quotes from 12 Imams

Mencintai keindahan adalah fitrah. Sampaikan keindahan Ahlul Bait dan keindahan ajaran mereka dengan cara yang indah. "Kalau manusia mendengar keindahan ucapan-ucapan kami, niscaya mereka akan mengikuti kami" (Imam Ridha as).

0 comments:

Post a Comment