12 Imam ~ Dan bagi ahl al-sunnah wal-jamaah, mereka telah memperbesarkan ma’sumnya para sahabat, mengatakan bahawa mereka semuanya adil dan saksama tanpa sebarang pengecualian. Maka mereka telah melampaui kewarasan fikiran dan merakamkan didalam dokumen terhadap kebencian mereka kepada sesiapa yang mengkritik mereka yang menuduh mereka sebagai tidak adil, dan lebih-lebih lagi yang mengatakan mereka melakukan maksiat. Biar saya berikan kepada kamu beberapa kenyataan mereka supaya kamu boleh sedar betapa jauhnya mereka dari petunjuk Quran dan sunnah rasul yang telah disahkan sahihnya dan begitu juga segala alasan dan minda telah buktikan.
Imam al-Nawawi telah disebutkan didalam sahih Muslim sebagai berkata, ‘Para sahabat [ra], adalah kesemuanya manusia yang baik, ketua bagi umma, dan terlebih baik dari mereka yang menggantinya. Kesemuanya adil dan model contoh yang mana tiada melakukan dosa sama sekali. Silau bagi mereka yang mengikutinya didalam cahayanya, dan percikkan bagi mereka yang disebelahnya.’ [276]
Yahya ibn Ma’een berkata, ‘Sesiapa yang mencerca Uthman atau Talhah atau mana-mana para sahabat rasul Allah adalah seorang pengkhianat yang tidak boleh diterima perkataannya dan yang dikutuk oleh Allah, para malaikat dan semua manusia.’ [277]
Al-Dhahabi berkata, ‘Dosa besar untuk menghina para sahabat, sesiapa yang menghina dan mencerca mereka telah meninggalkan iman dan menyimpang dari agama Islam.’ [278]
Abu Ya’li, seorang hakim, yang telah ditanya mengenai apakah pendapatnya terhadap sesaorang yang mencerca Abu Bakr. Dia mengatakan orang itu kafir, murtad. ‘Haruskah janazahnya disembahyangkan?’ dia telah ditanyakan. Dia menjawab dengan tidak. ‘Bagaimana hendak dibuat terhadap jenazahnya?’ dia ditanya lagi, ‘Terutamanya dia pernah mengatakan bahawa: Tidak ada tuhan melainkan Allah?’ Jawapannya adalah: ‘Jangan disentuh mayatnya, hanya ditolak dengan kayu sehingga kamu menamkannya kedalam lobang.’ [279]
Imam Ahmad ibn Hanbal berkata, ‘Yang terbaik dari umma selepas rasul adalah: Abu Bakr, kemudian Umar kemudian Uthman kemudian Ali: mereka adalah khalifatul rashidun yang telah memandu manusia lain kepada yang benar. Kemudian adalah para sahabat rasul selepas mereka berempat adalah yang terbaik dari umma. Tidak dibolehkan kepada sesiapa untuk menyatakan sebarang kesalahan mereka, tidak juga boleh sesiapa menyalahkan mana-mana dari mereka dengan menyatakan kekurangan dan kesalahan mereka. Sesiapa yang melakukan segala itu hendaklah didisiplin dan dihukum. Dia tidak boleh diampunkan; bahkan dia hendaklah dihukum dan memerlukan kepada bertaubat. Maka jika dia bertaubat, taubatnya hendaklah diterima, tetapi jika dia berkeras, dia hendaklah dihukum lagi dan dikurungkan sehingga dia mati atau menarik semula apa yang telah diperkatakan.’
Seorang Shaykh Hanafi Alaaud-Din al-Tarabulsi telah berkata, ‘Sesiapa yang menghina mana-mana sahabat rasul: Abu Bakr, Umar, Uthman, Ali, Muawiyah atau Amr ibn al-As, dengan mengatakan bahawa mereka telah menyimpang dan murtad hendaklah dibunuh. Jika dia mencerca mereka sebagaimana manusia mencerca orang yang lain, dia hendaklah dihukum dengan keras.’ [280]
Dr. Hamid Hafni Dawood dengan ringkas menyebutkan kenyataan itu yang dibuat oleh ahl al-sunna wal-jamaa kemudian memberikan komennya:
Sunni berpandangan bahawa semua para sahabat adalah adil dan saksama, bahawa kesemuanya adalah sama walaupun darjah mereka berlainan diantara satu dengan yang lainnya. Sesiapa yang melebelkan para sahabat sebagai murtad adalah dianya sendiri telah murtad, dan sesiapa yang berkata mereka bermaksiat telah berdosa. Sesiapa yang menghina para sahabat, dengan sendirinya telah menghina rasul Allah. Pandangan ahli sunni yang kritikal adalah apa saja kejadian sejarah diantara Ali dengan Muawiya janganlah dibincangkan. Ada diantara para sahabat yang membuat ijtihad mereka sendiri dan adalah tepat: Ini termasuklah Ali dan mereka yang mengikuti jalannya. Ada diantara para sahabat yang mengikuti pandangan mereka dan tersalah seperti Muawiya dan Aisha dan begitu juga mereka yang mengikutinya. Pada fikiran sunni kita perlu meletakkan garisan disini dan tidak membincangan kesalahan sesiapa. Mereka [sunni] telah dilarang dari menghina Muawiya; oleh kerana dia adalah sahabat, dan mereka agak tegas didalam menolak sesiapa yang menghina Aisha; oleh kerana dia adalah umm mukminin kedua setelah Khadija dan oleh kerana rasul amat mencintainya. Apa saja selepas ini tidak boleh dibincangkan tetapi hendaklah diserahkan kepada Allah [awj] Didalam hal ini, al-Hasan al-Basri dan Sa’id ibn al-Musayyab berkata, ‘Demikian itu adalah isu yang mana Allah telah menjadikan tangan dan pedang kita bersih, maka kita hendaklah bersihkan lidah kita juga.’ Ini adalah ringkasan dari pandangan yang dipegang oleh sunni terhadap para sahabat yang dikatakan adil dan saksama dan apakah pendirian kita seharusnya. [281]
Jika mereka yang mencari kebenaran ingin menyelidikki mengenai para sahabat untuk mengetahui kepada siapa ahl al-sunna wal-jamaa menggunakan perkataan sahabat, dia akan sedar bahawa mereka telah berikan lencana terhormat ini kepada sesiapa sahaja yang telah melihat rasul! Didalam sahihnya al-Bukhari berkata, ‘Sesiapa yang bersama pesuruh Allah atau melihat dia adalah seorang dari para sahabat.’ Ahmad ibn Hanbal berkata: ‘Manusia yang terbaik, selain dari mereka yang bersama pesuruh Allah semasa peperangan Badr, adalah sesiapa yang bersama dengannya selama satu tahun, satu bulan atau satu hari atau sesiapa yang pernah melihatnya. Dia dihormati seimbang menurut berapa lama masanya dia bersama rasul.’ [282] Didalam bukunya Al-Isaba fi Tamyiz, Ibn Hajar berkata, ‘Sesiapa yang menyebutkan satu hadith dari rasul atau walaupun satu perkataan atau yang telah melihat baginda dan yang beriman kepadanya, adalah sahabi. Begitu juga sesiapa yang pernah bertemu dengan rasul dan beriman kepadanya kemudian mati sebagai seorang Muslim, sama ada dia bersama baginda didalam jangka waktu yang lama ataupun pendek, sama ada dia menyampaikan darinya atau tidak, sama ada dia bersama dengannya didalam peperangan atau tidak, sama ada dia melihat dia tetapi tidak bertemu dengannya, atau sama ada tidak tidak dapat melihatnya disebabkan oleh sesuatu yang menghalang.’ [283]
Kebanyakkan ahl al-sunna wal-jamaa mempunyai pandangan yang sebegini. Mereka melebel sebagai sahabi sesiapa yang pernah melihat rasul atau dilahirkan semasa hidupnya rasul walaupun dia belum mencapai tahap umur memaiz [dapat membezakan yang betul dengan yang salah]. Tidak ada bukti yang terlebih baik dari mereka menerima Muhammad ibn Abu Bakr sebagai seorang sahabat walaupun apabila pesuruh Allah wafat, Muhammad ibn Abu Bakr baru berusia tiga bulan….!
Itulah sebabnya maka kita dapati Ibn Sa’d telah membahagikan para sahabat kedalam lima kategori, sebagaimana dia memanggil mereka, tahap [tabaqat] didalam bukunya yang terkenal Tabaqat ibn Sa’d. Gabenor Naisapuri yang menulis buku Al-Mustadrak, bagaimana pun, membahagikan mereka kedalam dua belas gulungan seperti berikut:
Kelas pertama: termasuk mereka yang menerima Islam sebelum hijra, sebagaimana khalifatul rashidin.
Kelas kedua: termasuk mereka yang menghadiri Dar al-Nadwah
Kelas ketiga: termasuk mereka yang berhijrah ke Abyssinia [Ethiopia]
Kelas keempat: termasuk mereka yang menghadiri Aqaba yang pertama [bersumpah setia]
Kelas kelima: termasuk mereka yang menghadiri Aqaba yang kedua.
Kelas keenam: termasuk mereka yang berhijra ke Medina mengikuti penghijrahan rasul dikala itu
Kelas ketujuh: termasuk mereka yang bersama didalam peperangan Badr
Kelas kelapan: termasuk mereka yang berhijra selepas Badr dan sebelum pada perjanjian al-Hudaybiya
Kelas sembilan: termasuk mereka yang mengambil bahagian didalam Bay’at al-Ridwan
Kelas kesepuluh: termasuk mereka yang berhijrah selepas Hudaybiya dan sebelum penaklukkan Mekah seperti Khalid ibn al-Waleed, Amr ibn al-As
Kelas kesebelas: termasuk mereka yang digelar ‘taleeq’ oleh rasul
Kelas kedua belas: termasuk kanak-kanak dan bayi dari para sahabat yang telah dilahirkan semasa hidupnya rasul seperti Muhammad ibn Abu Bakr…..
Ahl al-sunna wal-jamaa kemudian, sebulat suara menganggap semua para sahabat dan para Imam dari keempat-empat mazhab sebagai adil dan saksama. Mereka tidak teragak-agak menerima hadith mereka, dan mereka tidak membolehkan sesiapa mengkritik atau menghina mereka.
Pengkritik dan penilai hadith dengan sendirinya telah menjadikan satu perkara bagi mereka untuk mengkritik pada para penyampai hadith supaya dapat mengkategorikan hadith-hadith yang disampaikan dan dapat juga membersihkan mereka dari segala kekotoran. Bahkan apabila mereka sampai kepada sahabi, tidak kira pada kelas mana mereka, atau pun umur mereka pada ketika wafatnya rasul, mereka berhenti disana dan tidak dapat menolak hadith yang mereka sampaikan, walaupun terdapat banyak keraguan yang timbul mengenai mereka, dan tidak kira sejauh mana mereka telah menyalahi keadaan dan pesuratan yang telah dirakamkan, dengan berkata para sahabat tidak boleh dikritik atau dihina, dan bahawa kesemua mereka adalah adil dan saksama!
Ini adalah, demi nyawa saya suatu penipuan pada perundangan, sesuatu yang akal fikiran dan kewajaran minda tidak dapat menerimanya, ianya tidak dikuatkuasakan oleh para ulama, dan saya amat meragui bahawa remaja terpelajar hari ini dapat menerima bidaa yang sedemikian rupa.
Saya tidak tahu, tidak juga mereka yang lain, dimana ahl al-sunna wal-jamaa mendapat pandangan yang sedemikian. Mereka pastinya asing terhadap Islam, iaitu agama yang berasaskan kepada pembuktian sains dan juga bukti yang nyata. Saya berharap saya boleh memahami, dan saya berharap seorang dari mereka boleh membawakan satu bukti dari kitab Allah atau dari sunnah, atau pun logik, yang boleh menyakinkan saya bahawa setiap dan semua sahabat adalah adil dan saksama!
Kami dengan kehendak Allah telah mengetahui penyelesaian pada misteri bagi pandangan yang palsu ini, dan ini akan kami terangkan didalam bahagian yang akan datang. Pencari kebenaran, akan dengan sendirinya dapat membongkar kepada beberapa rahsia.
[276] Muslim sahih jilid 8 ms 22
[277] Tahdhib al-Tahdhib jilid 1 ms 509
[278] Kedua-dua muka surat 233 dan 235 dari buku al-Dhahabi Al-Kabaair [dosa besar] merakamkan kenyataan ini
[279] Ini telah dirakamkan pada ms 275 pada buku bertajuk Al-Sarim al-Maslool
[280] Ini telah dirakamkan pada ms 187 di Mu’een al-Hukkam feema Yataraddadu baynal Khasmayn min al-Ahkam [bantuan dari pemerintah dengan yang berkenaan perundangan berkaitan pada musuh]
[281] Kenyataan ini bersambung dari ms 8 ke ms 9 pada buku pengarang Al-Sahaba fe Nadar al-Shia al-Imamiyya [para sahabat pada pandangan Imamiyya shia]
[282] Ini telah dinyatakan pada ms 51 Al-Kifaya dan juga pada ms 2 dari Talqeeh Fuhum ahl al-Athaar
[283] Ibn Hajar Al-Isaba jilid 1 ms 10
0 comments:
Post a Comment