Contributors

Don't miss

Saturday, April 4, 2015

Syiah_Sunnah : Bab 33 Imam dan Tonggak bagi ‘Ahl al-Sunnah wal-Jamaah’


By on 4/04/2015 01:16:00 PM

Mereka adalah:
  1. Abu bakr ibn Abu Quhafa, khalifa pertama
  2. Umar ibn al-Khattab, khalifa kedua
  3. Uthman ibn Affan, khalifa ketiga
  4. Talhah ibn Ubaydullah
  5. Al-Zubayr ibn al-Awwam
  6. Sa’d ibn Abu Waqqas
  7. Abdul-Rahman ibn Awf
  8. Aisha anak perempuan Abu Bakr, Umm Mukminin
  9. Khalid ibn al-Waleed
  10. Abu Hurayra al-Dawsi
  11. Abdullah ibn Umar
  12. Abdullah ibn al-Zubayr

Ini adalah dua belas peribadi yang saya pilih dari beberapa banyak tunggak ‘ahl al-sunna wal-jamaa’, disebabkan kerana mereka selalu dirujuk dan disanjung, dan banyaknya cerita yang mereka telah sampaikan dan telah berkembangnya pengetahuan dari mereka, itulah sebagaimana yang dikatakan.

Kami akan bincangkan mereka secara ringkas, setiap seorang dari mereka dan memaparkan bagaimana mereka telah melanggar sunnah rasul sama ada dengan sengaja atau disebabkan kejahilan, supaya ianya menjadi bukti dan keterangan kepada para penyelidik bahawa ‘ahl al-sunna wal-jamaa’ telah menuntut apa yang bukan hak mereka, mengikuti kecenderungan sendiri, dan mengatakan bahawa mereka adalah benar sedangkan yang lain semuanya salah.

  1. Abu Bakr ‘al-Siddeq’ ibn Abu Quhafah

  2. Didalam beberapa penerbitan dari penyelidikkan kami yang telah lalu, kami telah buktikan bagaimana dia telah mengumpulkan lima ratus hadith rasul, membakarnya, dan kemudian memberi syarahan yang mana dia berkata, ‘Jangan sebutkan sebarang hadith pesuruh Allah: Sesiapa yang bertanyakan kepada kamu, katakan:

    ‘Diantara kita dan kamu adalah kitab Allah; maka laksanakan apa yang dihalalkan dan jauhi dari apa yang dilarangnya.’ Kami juga telah menunjukkan bahawa dia telah melanggar arahan rasul untuk merakamkan sesuatu, apabila dia telah menyokong pendapat Umar didalam kenyataanya yang mana Umar telah berkata, ‘Pesuruh Allah telah berkata yang bukan-bukan, dan kitab Allah mencukupi bagi kami.’

    Dia juga telah membuang semua hadith yang memberi mandat kepada Ali sebagai khalifa, maka dia telah merampas kedudukan khalifa untuk dirinya sendiri.

    Dan dia telah meninggalkan sunnah rasul yang mengenai perlantikkan Usama sebagai ketua tentera diatas dirinya, enggan melibatkan dirinya didalam kempen pasukan tersebut.

    Dan dia meninggalkan sunnah rasul dengan melukai perasaan anak perempuan rasul, dan mendapat kemarahan dari beliau.

    Dan dia meninggalkan sunnah rasul dengan memerangi Muslim yang enggan membayar kepadanya zakat mereka.

    Dan dia meninggalkan sunnah rasul dengan menggunakan cara membakar hidup-hidup sebagai satu cara hukuman yang zalim walaupun rasul telah melarang tindakkan yang sedemikian.

    Dan dia meninggalkan sunnah rasul apabila dia berhenti dari memberikan wang kepada mereka yang hatinya hendak dimenangi dan condong kepada Islam, dan telah mengikuti pandangan Umar mengenai ini.

    Dan dia meninggalkan sunnah rasul apabila dia melantik Umar sebagai khalifa keatas Muslim dengan tanpa sebarang perunding dengan mereka [syura].

    Ya; semua ini dan tindakkan yang lainnya adalah pelanggaran terhadap sunnah rasul yang telah dirakamkan oleh pengarang buku-buku sahih dari ‘ahl al-sunna wal-jamaa’ dan oleh ahli sejarah mereka. Ini adalah penentangan yang telah memenuhi buku riwayat hidup mereka.

    Jika sunnah rasul adalah apa yang para ulama telah huraikan sebagai ‘setiap kenyataan dan tindakkan yang atau arahan dari Pesuruh Allah,’ maka Abu Bakr telah melanggar sunnah rasul melalui kenyataannya, tindakkannya dan juga keputusannya.

    Diantara kenyataan rasul yang dia telah menyalahinya adalah yang ini:

    ‘Fatimah adalah sebahagian dari saya; sesiapa memarahkan dia telah memarahkan saya.’ Fatima meninggal dunia marah kepada Abu Bakr menurut al-Bukhari. Kenyataan yang lainnya rasul Allah berkata: ‘Kutukan Allah keatas sesiapa yang tertinggal dibelakang dari tentera Usama.’ Baginda mengatakan yang sedemikian apabila mereka mencabar diatas perlantik baginda terhadap Usama keatas mereka dan enggan untuk pergi berperang bersama beliau dan dibawah pemerintahan tentera beliau. Abu Bakr, walaupun terdapat peringatan yang sedemikian, telah tinggal dibelakang dari tentera Usama dengan alasan untuk menyelesaikan isu kedudukan khalifa.

    Diantara tindakkannya yang menentang sunnah adalah perbuatan yang rasul biasa lakukan terhadap mereka yang hatinya hendak dimenangi kepada Islam; baginda amat pemurah kepada mereka dan bahkan memberikan kepada mereka sebahagian dari harta zakat sebagaimana yang diarahkan oleh Allah [awj]. Tetapi Abu Bakr tidak berikan hak itu kepada mereka yang Quran telah pun memberikan mandat kepadanya, dan yang telah dilaksanakan oleh rasul, hanya untuk menyenangkan Umar ibn al-Khattab yang telah berkata kepada mereka, ‘Kami tidak memerlukan kepada kamu.’

    Diantara keputusan yang mana dia telah melanggar sunnah adalah arahan yang dibuat oleh rasul untuk menuliskan hadith baginda dan untuk menyebarkannya kepada manusia awam: Malah Abu Bakr membakarnya dan melarang setiap manusia dari menyebarkannya atau menyebutnya.

    Ditambah kepada semua yang diatas yang sebenarnya bahawa dia adalah jahil terhadap banyak perundangan Quran. Dia telah, pada suatu ketika ditanyakan mengenai perundangan terhadap sesaorang yang mati dan meninggalkan harta tetapi tidak mempunyai wasiat ataupun keluarga. Dia menjawab dengan berkata: ‘Saya akan menyatakan pandangan saya didalam keadaan ini; jika ianya betul, ianya adalah dari kemuliaan Allah; tetapi jika ianya salah, itu adalah kesalahan saya dan juga dari syaitan.’ [143]

    Bagaimana kamu tidak merasa pelik mengenai khalifa bagi umma Muslim yang telah ditanyakan mengenai perundangan yang Allah telah terangkan didalam kitabNya dan yang mana pesuruh Allah telah menjelaskan didalam sunnahnya, maka dia mengenepikan kedua-duanya kitab dan juga sunnah untuk menyatakan pandangan peribadinya, kemudian dia mengaku bahawa syaitan boleh menguasai fikirannya?!

    Ini semua telah menjadi terang, bahawa yang sebenarnya para ulama Muslim telah membuat keputusan bahawa sesiapa yang menyatakan pandangan peribadi mereka pada yang berkaitan dengan Kitab Allah telah terkeluar dari agama. Kita juga telah mengetahui bahawa rasul tidak pernah menyatakan pandangan peribadinya, tidak juga dia menggunakan kias. Ditambah kepada semua ini yang sebenarnya Abu Bakr pernah berkata, ‘Jangan paksa saya pada melaksanakan sunnah-sunnah rasul, kerana saya tidak tahan kepadanya.’ Jika Abu Bakr tidak tahan kepada sunnah rasul, bagaimana pengikut dan penyokongnya boleh mengatakan bahawa mereka adalah pengikut bagi sunnah yang sama [sunnah rasul].

    Dia mungkin tidak dapat menahannya kerana hadith telah mengingatkan dia terhadap dirinya yang telah mula menyimpang dan menjauhi dari rasul; jika tidak, bagaimana kamu menghuraikan ayat yang mengatakan: ‘Dia [Allah] tidak meletakkan diatas kamu sebarang kesulitan didalam agama….’ [22:78], ‘Allah menghendakkan kesenangan bagi kamu, dan Dia tidak menghendakki untuk kamu sebarang kesusahan…’ [2:185], ‘Allah tidak memberatkan jiwa dengan lebih dari apa yang ianya boleh tanggong… [2:286], dan ‘Apa sahaja Pesuruh bawakan kepada kamu, terimalah, dan jauhi dari apa yang dia melarang kamu…’ [59:7]?

    Kenyataan Abu Bakr bahawa dia tidak tahan dengan sunnah rasul adalah jawapannya [tindak balas] terhadap ayat yang diatas. Jika Abu Bakr, khalifa pertama selepas rasul, tidak tahan kepada sunnah rasul, dizaman dan ketika itu, bagaimana Muslim dizaman kita disuruh berpegang teguh kepada perundangan Allah sebagaimana yang tertulis didalam kitabnya dan melakukan sunnah pesuruhNya?! Tetapi kita telah dapati Abu Bakr melanggar sunnah rasul walaupun didalam perkara yang mudah yang boleh dilakukan oleh mereka yang miskin dan jahil:

    Abu Bakr telah meninggalkan amalan pemberian korban yang biasa dilakukan oleh pesuruh Allah dan telah menegaskannya, dan semua Muslim telah mengetahuinya untuk melakukan korban adalah sesuatu yang digalakkan dan telah diperkuatkan oleh sunnah; jadi bagaimana khalifa umma Muslim meninggalkannya?!

    Didalam babnya yang mengenai ibu, al-Shafii, begitu juga yang lain, telah berkata:

    Abu Bakr dan Umar [ra], tidak pernah membuat korban kerana mereka benci manusia lain akan mencontohi nya dan menganggap dengan melakukannya adalah suatu kewajipan.

    Ini adalah satu anggapan yang salah dan tidak berasas; kerana semua para sahabat dikala itu telah mengetahui bahawa pemberian korban adalah sunnah, perbuatan yang digalakan, bukan wajib. Walaupun jika kita katakan bahawa manusia telah menganggapkannya sebagai wajib, apakah kerosakan yang akan berlaku darinya terutama setelah kita lihat bagaimana Umar telah mencipta sembahyang Terawih yang bukannya sunnah, dan tidak juga wajib; bahkan rasul telah melarang mereka, tetapi kebanyakkan ‘ahl al-sunna wal-jamaa’ sekarang ini fikirkan bahawa ianya adalah wajib?

    Dengan meninggalkan sunnah rasul yang berkenaan dengan pemberian korban, Abu Bakr dan Umar mungkin telah berhasrat untuk mengalihkan manusia supaya berfikir bahawa bukan semua yang pesuruh Allah telah lakukan adalah wajib, dan bahawa ianya boleh ditinggalkan dan dilupakan. Ini mungkin boleh menerangkan kenyataan mereka: ‘Kitab Allah mencukupi bagi kami,’ dan begitu juga kenyataan Abu Bakr yang mana dia berkata: ‘Jangan sebutkan apa-apa dari hadith rasul dan katakan: Diantara kami dan awak adalah kitab Allah; maka lakukanlah apa yang dihalalkan dan jauhi dari apa yang dilarang. Makanya jika sesaorang berhujah dengan Abu Bakr mengenai sunnah rasul yang berkaitan dengan pemberian korban, Abu Bakr mungkin akan menjawab kepadanya dengan berkata: ‘Jangan berkata kepada saya apa-apa yang berkaitan dengan rasul, dan tunjukkan kepada saya dimana kitab Allah ada merujuk kepada pemberian korban.’

    Maka para penyelidik akan mengetahui mengapa sunnah rasul tinggal tidak diketahui oleh mereka, dilupakan, dan mengapa mereka mengubah perundangan Allah dan pesuruhNya supaya bersesuaian dengan pandangan mereka dan kias dan apa saja yang mereka suka pada perkara yang sealiran dengan kehendak mereka.

    Contoh yang kami ketengahkan disini hanyalah setitik dari sebaldi dibandingkan kepada apa Abu Bakr telah lakukan terhadap sunnah rasul yang suci iaitu penghinaan, dibakar, diabaikan dan dengannya telah dicerai-ceraikan. Jika kami kehendaki, kami boleh menulis buku berasingan membincangkannya.

    Bagaimana Muslim dapat merasa aman mengenai sesaorang yang pengetahuan hanya setakat itu, yang pertaliannya kepada sunnah yang suci sebegitu, dan bagaimana pengikutnya boleh mengelarkan diri mereka ‘ahl al-sunna’?! Pengikut sunnah tidak meninggalkan sunnah, tidak juga membakarnya. Tidak! ‘Ahl al-sunna’ adalah mereka yang mengikuti dan mensucikannya.

    ‘Katakan: Jika kamu mencintai Allah, ikutilah saya supaya Allah mencintai kamu dan mengampunkan dosa-dosa kamu dan Allah Maha Pengampun, Penyayang. Katakan: Taatlah kepada Allah dan rasul, tetapi jika mereka berpaling, Allah tidak mencintai mereka yang kafir…’ [3:31 – 32].

  3. Umar ibn al-Khattab ‘al-Farooq’

  4. Kami telah mengetahui dari penerbitan penyelidikan kami yang terdahulu bahawa dia adalah wira bagi golongan pembangkang terhadap sunnah rasul yang suci dan orang yang ingkar kepada arahan rasul yang terakhir, dengan mengatakan: ‘Pesuruh Allah telah berkata yang bukan-bukan [meracau], kitab Allah mencukupi bagi kami.’ Menurut dari kenyataan rasul Allah, yang tidak mengatakan apa-apa dari kehendak dirinya, Umar adalah dibelakang [pendokong, penyebab] menyimpangnya mereka yang sesat didalam umma ini. [144]

    Kami juga telah mengetahui bahawa dia telah menghina, melukakan perasaan dan mengancam Fatima al-Zahra, menakutkan beliau dan anak-anak beliau apabila dia [Umar] menyerang rumah beliau dan mengancam untuk membakarnya.

    Kami juga telah mengetahui bahawa dia telah mengumpulkan buku-buku yang merakamkan sunnah rasul kemudian membakarnya, melarang manusia dari menyebutkan sesuatu dari rasul.

    Umar telah melanggar sunnah rasul sepanjang hidupnya, bahkan ketika rasul Allah masih hidup lagi, dan dia melanggar sunnah rasul yang menghendakinya untuk berada diantara mereka yang didalam pasukan tentera Usama. Tetapi dia tidak pergi bersama tentera Usama atas alasan untuk membantu Abu Bakr dengan perkara berkaitan kedudukan khalifa.

    Dan dia melanggar Quran dan sunnah apabila dia memberhentikan pemberian dari bahagian zakat kepada mereka yang hatinya perlu dimenangi untuk Islam.

    Dan dia melanggar Quran dan sunnah dengan yang berkenaan mut’aa al-hajj dan mut’aah al-nisaa.

    Dan dia melanggar Quran dan sunnah yang memerlukan pada sebutan kenyataan penceraian tiga kali, telah menjadikan keperluan padanya hanya sekali.

    Dan dia melanggar Quran dan sunnah yang berkenaan pada wajibnya tayammum, menghalang padanya solat jika tidak menjumpai air.

    Dan dia melanggar Quran dan sunnah yang menghalang manusia dari mengintip kepada yang lain, mencipta perisikan.

    Dan dia melanggar Quran dan sunnah apabila dia menghapuskan sebahagian dari azan dan menggantikan dengan sesuatu dari dirinya.

    Dan dia melanggar Quran dan sunnah apabila dia gagal menghukum Khalid ibn al-Waleed yang mana dia pernah mengancam untuk menghukumnya dahulu.

    Dan dia melanggar Quran dan sunnah yang menghalang solat nafl [sunnat] untuk dilakukan secara berjamaah, mencipta Taraweeh.

    Dan dia melanggar Quran dan sunnah dengan yang berkenaan pembahagian duit awam, mencipta diskriminasi dan mengadakan perbezaan kedudukan status didalam Islam.

    Dan dia melanggar Quran dan sunnah apabila menubuhkan majlis al-shura, memberi amanat dan kuasa kepada Ibn Awf.

    Tidakkah ini semua menunjukkan terhadap cemuhan dan persendaan Banu Umayyad kepada Islam dan Muslim apabila mereka menyatakan ‘kemuliaan’ yang sedemikian kepada sesaorang yang telah terkenal dengan kasar dan berat tangan [mudah memukul] dan berterusan menentang rasul? [145] Ianya seakan mereka, Umayyah telah berkata kepada Muslim, ‘Masa Muhammad dan apa sahaja yang ada didalamnya telah berlalu, sedangkan masa kami telah tiba untuk mengeluarkan apa saja perundangan agama yang kami suka dan setuju. Sekarang kamu telah menjadi hamba kami walaupun bertentangan dengan kehendak kamu dan bertentangan dengan kehendak rasul yang kepadanya kamu percaya.

    Tidakkah ini suatu tindakkan dan satu percubaan untuk mencari pembalasan supaya kepimpinan Quraysh dikembalikan semula kepada Banu Umayyah yang telah menentang Islam dan rasul Islam?

    Jika Umar ibn al-Khattab telah mencuba sedaya upaya untuk menghapuskan hadith rasul, dan mempersendakannya dan bertindak dengan yang bertentangan dengannya walau dimasa hidup rasul Allah sendiri. Ini sebenarnya disebabkan bahawa pada ketika mula munculnya Islam, Umar telah menjadi jurucakap dan wira bagi mereka yang menentang. Setelah wafatnya rasul, dia telah menjadi simbol bagi kekuatan mereka dan harapan besar bagi menjayakan impian dan cita-cita mereka untuk menaiki tangga pemerintahan.

    Ianya bukanlah secara kebetulan untuk mendapati Umar ibn al-Khattab bertindak bertentangan dengan sunnah rasul dan cuba untuk memindahkan tempat berdirinya Ibrahim [maqam Ibrahim] dirumah Allah dan meletaknya kembali ditempat yang biasa ianya berada diketika jahiliah. Ibn Sa’d telah mengatakan yang berikut ini didalam Tabaqatnya sebagaimana ahli sejarah lain telah katakan:

    Apabila rasul Allah menakluki Mekah, Baginda dampingkan tempat berdiri Ibrahim [maqam] kepada Rumah sebagaimana ianya berada dimasa Ibrahim dan Ismaeel [as], kerana Arab dimasa jahiliah telah memisahkannya dan meletakkannya dimana ianya telah berada sekarang. Semasa hidupnya rasul dan Abu Bakr, ianya berdamping [terlekat] kepada Rumah. [146]

    Bolehkah kamu, Demi Allah, mencarikan sebab untuk Umar ibn al-Khattab yang dengan sengaja membunuh sunnah rasul yang telah melakukan apa yang kedua-duanya Ibrahim dan Ismaeel telah lakukan. Dia menghidupkan sunnah jahiliah dengan membinakan semula makam tersebut sebagaimana yang dizaman tersebut?

    Bagaimana Quraysh tidak mengutamakan dirinya keatas yang lain dan menceritakan kepujian kepadanya yang diluar dari akal fikiran sesaorang, sehinggakan bahawa rakannya Abu Bakr yang telah mendahuluinya menjadi khalifa, tidak pernah menerima pujian yang sedemikian? Menurut al-Bukhari, ‘Ketegasan Abu Bakr telah dicemari oleh beberapa kelemahan, tetapi Umar telah mengambilnya [kedudukan khalifa] dari dirinya, dan tidak ada yang lebih bijak yang dapat melakukan fitnah yang tersebut.’

    Ini adalah sebahagian kecil dari bidaa yang dia telah perkenalkan kepada Islam. Kesemuanya bertentangan dengan kitab Allah dan sunnah pesuruhNya. Jika kami hendak mengumpulkan kesemua bidaa [pembaharuan] dan perundangan yang dia telah ikuti dari pandangan peribadinya sendiri dan yang mana dia telah memaksa manusia untuk mengikutinya, maka buku yang berasingan diperlukan untuk itu, tetapi kami hanya ingin meringkaskannya.

    Sesaorang mungkin akan berkata, ‘Bagaimana Umar ibn al-Khattab telah bertentangan dengan kitab Allah dan sunnah rasul sedangkan Allah [awj] telah berkata: ‘Tidaklah dibolehkan bagi lelaki dan wanita beriman untuk membuat pilihan didalam sesuatu perkara yang telah diputuskan oleh Allah dan rasulNya, dan sesiapa yang tidak taat kepada Allah dan rasulNya tentunya telah sesat dengan kesesatan yang nyata…’ [33:36]?

    Yang sebenarnya soalan ini telah berulang kali dinyatakan oleh manusia dizaman ini seakan-akan mereka tidak dapat mempercayainya, tidak dapat menerima kenyataan bahawa Umar ibn al-Khattab telah melakukan perkara yang sedemikian.

    Kepada manusia-manusia ini kami ingin hendak mengatakan: ‘Ini telah disahkan oleh rakannya sendiri dan pengikut dari ‘ahl al-sunna wal-jamaa’ yang dengan tidak mengetahuinya telah mengutamakan dia lebih dari rasul Allah.’ Jika apa yang dikatakan mengenainya diatas adalah palsu, maka buku-buku sahih mereka akan didapati tidak berguna untuk dipertimbangkan isi kandungannya, dan mereka tidak mempunyai sebarang hujah selepas itu untuk mempertahankan kepercayaan mereka! Bahkan kebanyakkan peristiwa sejarah telah dirakamkan semasa pemerintahan kerajaan ‘ahl al-sunna wal-jamaa’ yang kecintaan dan kehormatan mereka terhadap anak al-Khattab tidak dapat diragukan.

    Tetapi jika ianya sahih, yang sebenarnya kebenaran yang tidak dapat dielakkan, maka Muslim hari ini terpaksa memikirkan kembali pendirian dan kepercayaan mereka, jika mereka adalah yang sebenarnya pengikut sunnah dan jamaah.

    Kamu akan dapati ramai penyelidik hari ini telah terdiam untuk menyangkal cerita-cerita dan kejadian didalam sejarah yang telah dirakamkan oleh semua ulama dan para hadith, tidak dapat untuk menyangkalnya. Kamu akan dapati mereka menghurai dan mencari alasan yang lemah yang tidak boleh diasaskan pada mana-mana hujah secara akademik. Sebahagian mereka pergi pada menyatakan satu persatu bidaa [pembaharuan] Umar, dan menjadikannya sebagai suatu kemuliaan yang harus diberikan pujian kepadanya! Ianya seolah-olah Allah dan pesuruhNya tidak tahu apa yang paling baik untuk umma Muslim maka mereka telah tidak menyedarinya_kami meminta ampun dari Allah_maka Umar mengetahuinya dan telah memasukkannya kedalam perundangan untuk mereka sejurus setelah wafatnya rasul Allah!

    Oleh kerana Umar adalah ketua dan Imam kepada ‘ahl al-sunna wal-jamaa’, maka saya melepaskan diri saya dihadapan Allah dari sunnah dan jamaa tersebut, bermohon kepadaNya [awj] untuk mengambil nyawa saya pada saat kematian sebagai pengikut sunnah rasul yang akhir dan penghulu sagala rasul, ketua kami Muhammad, dan pengikut kepada jalan keturunan nya yang suci.

  5. Uthman ibn Affan ‘Dhul-Noorayn’

  6. Dia adalah khalifa ketiga yang sampai kedudukan khalifa melalui perancangan Umar ibn al-Khattab dan Abdullah ibn Awf yang telah membuatnya bersumpah untuk memerintah Muslim menurut kitab Allah dan sunnah dari kedua khalifa yang telah mendahuluinya. Saya sendiri secara peribadi meragui dia telah bertindak terhadap syarat kedua, iaitu untuk mengikuti secara perlaksanaan sunnah rasul Allah.

    Begitulah terjadinya kerana Abd al-Rahman ibn Awf telah mengetahui lebih dari orang lain, bahawa kedua-dua khalifa, Abu Bakr dan Umar, tidak memerintah menurut sunnah rasul, bahawa mereka sebaliknya memerintah menurut ijtihad dan pandangan mereka, dan bahawa sunnah rasul boleh dikatakan tidak wujud semasa pemerintahan kedua-dua shaykh tersebut jika Imam Ali tidak berdiri untuk menghidupkannya pada bila-bila masa saja keadaan mengizinkan dia untuk melakukannya.

    Besar kemungkinan, dia telah pra-syaratkan Amirul Mukminin Ali ibn Abu Talib untuk memerintah diantara mereka menurut kitab Allah dan sunnah dari kedua-dua shaykh, tetapi Ali menolak syarat ini dengan berkata, ‘Saya tidak memerintah melainkan menurut kitab Allah dan sunnah rasulNya.’ Maka Ali telah kehilangan peluang diketika itu untuk menjadi khalifa kerana beliau hendak menghidupkan kembali sunnah rasul, sabaliknya Uthman telah memenangginya kerana dia telah bersetuju untuk meneruskan pembarisan tersebut mengikuti jejak langkah Abu Bakr dan Umar, yang telah menyatakan lebih dari sekali bahawa, ‘Kami tidak memerlukan kepada sunnah rasul; bahkan Quran telah mencukupi bagi kami; maka biarkan mereka melakukan apa yang dihalalkan dan menjauhkan dari apa yang dilarang.’

    Apa yang telah menguatkan lagi penglibatan kami pada anggapan ini adalah, bahawa Uthman ibn Affan faham syarat-syarat ini sebagai seumpama menekankan kepada dia untuk mengikuti pandangan dia sendiri selagi ianya mengenai perundangan Islam, sebagaimana yang dilakukan oleh kedua sahabatnya; itulah sunnah yang dikaitkan oleh kedua-dua shaykh sejurus setelah wafatnya rasul.

    Itulah sebabnya kita dapati Uthman mengikuti pandangannya sendiri dan telah melampaui mengikuti ijtihad dari mereka yang terdahulu lakukan, sehinggakan para sahabat memarahinya dan pergi berjumpa Abd al-Rahman ibn Awf untuk menyalahkannya dengan berkata, ‘Ini adalah disebabkan oleh perbuatan diri kamu!’ Apabila bantahan dan kemarahan terhadap Uthman meningkat, Uthman bangun untuk memberi syarahan kepada para sahabat yang mana dia berkata, ‘Mengapa kamu tidak menyatakan kemarahan kamu kepada Umar ibn al-Khattab yang juga telah mengikuti pandangan dirinya? Adakah kerana dia telah menakutkan kamu dengan rotan?!’

    Ibn Qutaybah menceritakan yang berikutnya:

    Uthman berdiri dimimbar untuk memberikan khutbah apabila manusia menyatakan kemarahan mereka kepadanya. Dia berkata: ‘Demi Allah, Wahai Muhajir dan Ansar! Kamu telah menjumpai banyak kesalahan dengan banyak perkara yang saya telah lakukan dan mengutuk banyak yang lain lagi, walaupun kamu telah melaksanakan tindakan yang sama yang telah dilakukan oleh anak al-Khattab, tetapi kamu telah menutup mulut dan dia telah menindas kamu, dan tiada siapa dari kamu yang sanggup bertentang mata dengannya, atau menunding jari kepadanya. Demi Allah! Kerabatku berjumlah lebih ramai dari mereka anak al-Khattab, dan mereka telah bersedia untuk datang membantu aku.’ [147]

    Pada fikiran saya bahawa para sahabat dari Muhajirun dan Ansar tidak menentang ijtihad Uthman, kerana mereka kini telah biasa dengannya dan malah telah merestuinya semenjak dari hari pertama lagi, tetapi mereka marah kerana dia telah mengenepikan mereka dari kedudukan mereka didalam kerajaan dan telah menggantikan mereka dengan sesiapa sahaja dari sepupu dan kerabatnya yang tidak berapa lama dahulu telah memerangi Islam dan Muslim. Para Muhajir dan Ansar tidak menyuarakan bantahan mereka kepada Abu Bakr atau kepada Umar kerana mereka telah berkongsi penguasaan bersama keduanya. Kedua-dua khalifa memberi Ansar dan Muhajir kedudukan yang mendapat ganjaran yang lumayan dan yang membuat mereka berkuasa. Tetapi bagi Uthman, dia telah mengenepikan ramai dari mereka dan memberikan jumlah wang yang banyak kepada Banu Umayyad dengan tanpa perhitungan. Pada ketika itulah mereka menolak dia, menyebarkan keraguan diatas penguasaannya, sehingga akhirnya mereka membunuhnya. Inilah yang sebenarnya apa yang rasul telah ramalkan, apabila baginda berkata kepada mereka, ‘Saya tidak takut jika kamu melakukan shirk selepas saya, tetapi saya takuti kamu akan berlumba-lumba dengan rakusnya diantara sesama kamu [untuk mendapatkan kekayaan dan kuasa polotik].’

    Imam Ali telah berkata, ‘Ianya seakan mereka tidak pernah mendengar ayat dari yang Maha Tinggi yang berkata: ‘Itu adalah tempat kediaman terakhir: Kami memperuntukkan bagi mereka yang tidak menginginkan kesombongan didunia, atau melakukan kerosakkan, dan kesudahan yang baik bagi mereka yang benar’ [28:83]

    Ya, Demi Allah, mereka telah dengar dan memahami ayat tersebut, tetapi kehidupan didunia ini kelihatan amat manis dimata mereka, dan mereka menyukai kilauannya.

    Ini adalah yang sebenar. Jika kita meng-andaikan bahawa mereka telah mengutuk dia kerana dia telah merubah sunnah rasul, ini tidak dapat dibuktikan. Oleh kerana mereka tidak mengutuk yang sama apabila dilakukan oleh Abu Bakr dan Umar, bagaimana mereka boleh mengutuk dia apabila melakukannya? Maka andaiannya adalah bahawa Uthman ibn Affan mempunyai keluarga yang besar dengan jumlah saudara yang ramai dan juga penyokong, daripada Abu Bakr dan Umar, sebagaimana yang dinyatakannya sendiri, kerana dia adalah ketua Banu Umayyad, dan Banu Umayyad adalah lebih dekat persaudaraan mereka kepada rasul dari Taym atau Adiyy, iaitu dari kaum kepunyaan Abu Bakr dan Umar, lebih berkuasa dan lebih berpengaruh, lebih dihormati dan lebih terkenal dari segi keturunan. Kerana para sahabat tidak menolak apa yang dilakukan oleh Abu Bakr dan Umar, bahkan mereka mencontohi sunnah-sunnah dari mereka dan dengan sengaja telah meninggalkan sunnah rasul, mereka tentu tidak menolak sesuatu yang Uthman telah lakukan, yang mana mereka telahpun melaksanakan apabila dilakukan oleh sesaorang yang lain.

    Bukti keterangan kepada fakta ini adalah bahawa mereka berada didalam banyak peristiwa yang mana Uthman telah mengubah sunnah rasul seperti melakukan solat dengan penuh apabila mereka didalam perjalanan, larangan dia kepada talbiya, dia meninggalkan takbir dari dalam solat, dia melarang kepada mutaa al-hajj….dsb, tanpa seorang pun yang menyatakan sebarang bantahan selain dari Ali ibn Abu Talib, sebagaimana kami akan jelaskan insya Allah.

    Para sahabat betul-betul mengetahui sunnah rasul, bahkan mereka sengaja menentangnya sekadar untuk menyenangkan khalifa Uthman.

    Didalam bukunya al-Sunan al-Kubra, al-Bayhaqi menyebutkan Abd al-Rahman ibn Yazid sebagai berkata, ‘Kami bersama Abdullah ibn Mas’ud ketika kami memasuki masjid Mina. ‘Berapa rakaatkah Amirul Mukminin [Uthman] bersolat? dia bertanya. Dia telah diberi tahu bahawa Uthman telah bersolat empat rakaat. Maka kami bertanya kepadanya, ‘Tidakkah kamu yang telah menceritakan satu hadith mengatakan kepada kami bahawa rasul bersolat hanya dua rakaat, dan begitu juga Abu Bakr? Dia menjawab dengan berkata, ‘Ya, Saya ada mengatakannya. Dan saya masih boleh mengulanginya lagi, tetapi Uthman adalah Imam sekarang, dan saya tidak akan membantah apa-apa yang dilakukannya, kerana membantah adalah berdosa.’ [148]

    Maka bacalah kenyataan yang sedemikian dan fikirkanlah mengenai sahabat ini, Abdullah ibn Mas’ud, salah seorang sahabat yang sangat terkenal, melabelkan sebagai berdosa membantah kepada Uthman dan menentang rasul Allah adalah baik kesemuanya! Bolehkah sesaorang berkata selebih dari ini bahawa mereka marah dia [Uthman] kerana meninggalkan sunnah rasul?

    Sufyan ibn Ayeenah telah menyebut dari Ja’far ibn Muhammad sebagai berkata:

    Sedang mereka tinggal di Mina, Uthman jatuh sakit, dimana Ali telah datang. Ali telah disuruh oleh manusia untuk mengimami solat. Maka Ali berkata, ‘Jika kamu kehendaki, tetapi saya akan melakukan solat menurut cara yang rasul Allah kerjakan, saya bermaksud dua rakaat.’ Mereka berkata: ‘Tidak kami menghendaki solat empat rakaat yang dilakukan oleh Amirul Mukminin Uthman.’ Ali enggan mengimami solat tersebut. [149]

    Maka bacalah dan fikirkan mengenai para sahabat tersebut, yang jumlahnya beribu, dan mereka berada di Mina semasa musim haji, bagaimana dengan secara terbuka mereka enggan mengikuti sunnah pesuruh Allah dan tidak menerima apa-apa selain dari bidaa yang direka oleh Uthman! Jika Abdullah ibn Mas’ud menganggap membantah terhadap Uthman sebagai bersalah, maka dia mengerjakan empat rakaat walaupun yang sebenarnya bahawa dia yang menyampaikan mengenai rasul bersolat dua rakaat, dia mungkin telah melakukannya disebabkan oleh kerana takut kepada mereka yang dijumlahkan sebagai beribu, dan yang tidak menerima apa-apa selain dari apa yang Uthman lakukan, mengenepikan sunnah rasul.

    Janganlah lupa, setelah mengetahui sebanyak ini, untuk mengangkat tangan [tabik] dan memberikan salam hormat kepada rasul dan Amirul Mukminin Ali ibn Abu Talib yang enggan mengimami solat mereka didalam apa juga cara selain dari yang dilakukan oleh pesuruh Allah, berhasrat untuk menghidupkan sunnah yang mana manusia ini telah melanggarnya, tidak takut diatas kemarahan mereka, tidak menunjukkan sebarang kebimbangan terhadap ramainya mereka atau perancangannya.

    Adalah perlu didalam keadaan ini untuk menunjukkan kepada fakta bahawa Abdullah ibn Umar telah katakan: ‘Solat bagi orang dalam perjalanan adalah dua rakaat; sesiapa yang melanggar sunnah telah melakukan kekufuran.’ [150] Maka Abdullah ibn Umar dengan mutlak telah melabel [cop] sebagai kafir khalifa Uthman ibn Affan dan semua para sahabat yang mengikut bidaanya dengan mengerjakan solat yang penuh ketika didalam perjalanan. Walaupun semua ini, kita akan kembali kepada ahli faqih ini, iaitu Abdullah ibn Umar ibn al-Khattab supaya dapat mengadilinya menurut dari apa yang dia sendiri telah menghukum yang lainnya.

    Al-Bukhari telah menyatakan yang berikut didalam sahihnya:

    Saya mendengar Uthman dan Ali, apabila mereka berada dikawasan diantara Mekah dan Madina, sedang Uthman melarang mutaa dan penyatuan keduanya iaitu haji dan umrah. Apabila melihatnya, dia menentangnya dan berkata, selepas melaungkan ‘Allahu Akbar.’ Labbayka umratan wa hajjan ma’a [Kebaktian kepada Mu, Wahai Tuhanku, saya sedang melakukan keduanya umra dan haji bersama] Maka Uthman berkata, ‘Kamu melihat saya melarang manusia dari melakukan sesuatu, sebaliknya kamu melakukannya sendiri?!’ Ali berkata, ‘Tidak sekali saya meninggalkan sunnah rasul Allah disebabkan oleh apa yang dikata oleh sesaorang.’ [151]

    Tidakkah kamu rasa terperanjat melihat khalifa para Muslim secara terbuka melanggar sunnah dan melampauinya dengan melarang manusia dari mengikutinya, bahkan tiada siapa yang menentangnya melainkan Ali ibn Abu Talib yang tidak akan pernah meninggalkan sunnah rasul Allah walaupun jika dia harus membayar dengan nyawanya untuk itu?

    Katakan, demi Allah, adakah kamu dapati diantara para sahabat Muhammad sesiapa selain dari bapa al-Husayn yang benar-benar bertindak diatas sunnah rasul?

    Walaupun dengan kekuasaan dan kekerasan pemerintah dan walaupun terbahagi penyokong kepadanya dari para sahabat, Ali tidak pernah meninggalkan sunnah, dan disini buku-buku mereka dan sahih mengesahkan kepada kebenaran kesimpulan kami bahawa beliau [as], telah mencuba sedaya upaya untuk menghidupkan sunnah rasul dan mengembalikan manusia kepadanya, tetapi ‘Tidak ada nilainya pandangan sesaorang yang tidak ditaati,’ sebagaimana dia sendiri telah katakan. Didalam masa dan zaman itu, tidak terdapat sesiapa untuk mentaatinya dan mengikuti arahannya melainkan shia yang menerimanya sebagai ketua, yang mengikuti jejak langkahnya, dan yang merujuk kepadanya didalam segala keadaan.

    Maka ianya telah menjadi nyata kepada kami bahawa para sahabat tidak mendapati apa-apa kesalahan dengan Uthman terhadap mengubah sunnah rasul. Kami telah mengetahui dari membaca buku sahih mereka bagaimana mereka bertentangan dengan sunnah rasul, tetapi mereka tidak menentang Uthman didalam bidaanya. Mereka, walaupun begitu, memberontak terhadapnya kerana mereka mencari benda-benda yang baik didalam kehidupan yang tidak sepertinya ini, mengejar harta, kuasa dan pemerintah. Merekalah yang tidak putus-putus didalam pergelutan mereka menentang Ali kerana beliau tidak memberikan mereka kedudukan didalam kerajaan tetapi telah meminta mereka supaya kembalikan harta yang mereka kumpulkan secara haram kepada bayt al-mal Muslim supaya yang berhak boleh mendapat faedah darinya.

    Semoga Allah menyokong kamu, Wahai bapa al-Hasan! Wahai kamu yang telah memelihara kitab tuhan mu dan sunnah sepupu kamu pesuruh Allah, dan adalah Imam bagi mereka yang benar, penyokong bagi mereka yang tertindas! Shia kamulah yang akan berjaya, kerana mereka berpegang teguh kepada kitab Allah dan juga sunnah pesuruhNya dengan mengelilingi kamu dan merujuk kepada kamu.

    Bolehkah kamu percaya wahai pembaca dan penyelidik yang bijaksana, setelah segala penyelidikkan yang kamu telah temui, bahawa pengikut Uthman ibn Affan boleh dianggap sebagai pengikut sunnah sedangkan pengikut Ali sebagai yang ‘menolak’ dan pencipta kepada bidaa?! Maka berilah pengadilan kamu didalam cahaya yang mana Allah telah tunjukan bagi kamu jika kamu orang yang adil.

    ‘Sesungguhnya Allah telah mengarahkan kamu untuk mengembalikan amanat kepada yang berhak kepadanya, dan bahawa apabila kamu mengadili diantara manusia, kamu hendaklah menghukum dengan keadilan; sesungguhnya Allah telah mengajari kamu dengan yang sebaik-baiknya; sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan Maha Melihat..’ [4:58]

  7. Talhah ibn Ubaydullah

  8. Dia adalah salah seorang sahabat rasul yang paling terkenal dan terkemuka dan seorang dari enam orang yang disarankan oleh Umar ibn al-Khattab untuk kedudukan khalifa. Mengenainya, Umar telah mengatakan bahawa, ‘Dia adalah seorang yang beriman apabila disenangkan, dan kufur apabila maradang; satu hari dia berkelakuan seperti manusia, dihari yang lain seperti syaitan,’ dan dia adalah seorang dari sepuluh yang menerima khabar gembira dengan memasuki syurga sebagaimana ‘ahl al-sunna wal-jamaa’ katakan.

    Apabila kami menyelidiki buku sejarah dan cuba untuk menentukan keperibadiannya, telah menjadi nyata kepada kami bahawa dia adalah seorang dari mereka yang mencintai dunia ini, yang telah ditipu dan dituntun [tarik] olehnya, yang menjual agama kerananya, maka hilanglah jiwanya; perniagaannya adalah yang merugikan, dan dihari pengadilan, mereka adalah diantara orang-orang yang sangat menyesal.

    Dia adalah Talhah, setiap kali dia mengatakan,’ Apabila pesuruh Allah mati, saya akan mengahwini Aisha, kerana dia adalah sepupu saya,’ dia telah melukai perasaan rasul Allah. Apabila rasul Allah mendengar kenyataan ini, dia merasa amat terluka. Dan apabila ayat merujuk kepada tudung muka dan isteri-isteri rasul diperlukan untuk menutup muka dari pandangan umum, Talhah berkata, ‘Adakah Muhammad melarang kita dari melihat sepupu kita dan memilih untuk mengahwini mereka untuk dirinya? Jika apa-apa yang berlaku kepada dirinya, saya pasti akan mengahwini isterinya selepas itu.’ [152] Apabila perasaan rasul Allah disakiti, ayat ini telah diturunkan:

    ‘Ianya tidak boleh bagimu untuk menyakiti [perasaan] pesuruh Allah, tidak juga boleh kamu memperisterikan isteri-isterinya selepas dia sama sekali; ini sesungguhnya [kesalahan] yang amat besar disisi Allah..’ [33:53]

    Ini adalah Talhah yang sama yang datang berjumpa Abu Bakr sebelum dia mati dan setelah meletakkan janjinya sebagai khalifa kepada Umar ibn al-Khattab secara bertulis dan dia [Talhah] berkata kepadanya: ‘Apa yang akan kamu katakan kepada tuhanmu setelah menaikkan keatas kami seorang pemerintah yang ganas dan berat tangan ?[mudah memukul]’ Abu Bakr kemudian mencela dia dengan bahasa yang amat kotor. [153]

    Malah kita dapati dia mendiamkan diri dan menerima khalifa yang baru, bahkan menjadi penyokongnya, berkerja bersungguh-sungguh pada mengumpulan harta dan membeli hamba terutama setelah dijanjikan kedudukan khalifa selepas ini sebagaimana yang disarankan oleh Umar.

    Talhah adalah orang yang sama yang telah mengkhianati Imam Ali dan bersatu didalam barisan Uthman ibn Affan disebabkan dia telah mengetahui lebih awal bahawa Ali akan dilantik sebagai khalifa, maka dia tidak mempunyai apa-apa sebab selepas itu untuk mengharap akan kedudukan tersebut untuk dirinya. Berkenaan hal ini Ali berkata, ‘Maka seorang dari mereka mendengar sungutan darinya, sedangkan seorang lagi menyokong menantunya, walaupun terdapat kelemahan didalam itu dan ini…’

    Shaykh Muhammad Abdoh berkata yang berikut didalam syarahnya:

    Talhah condong kepada Uthman disebabkan persaudaraan diantara mereka menurut apa yang dirakamkan oleh penulis riwayat hidup. Dia lebih cenderung kepada Uthman dari Ali boleh dikatakan dia adalah dari suku kaum Taym, kerana keduanya Banu Hashim dan Banu Taym telah menentang pada perlantikan Abu Bakr sebagai khalifa.’ [154]

    Tidak diragukan, Talhah adalah seorang dari mereka yang menghadiri semasa memberi sumpah setia kepada Ali di Ghadeer Khumm dan yang telah mendengar rasul berkata: ‘Kepada siapa saja yang saya menjadi ketua, ini Ali adalah ketuanya.’ Dan tidak ada keraguan bahawa dia mendengar pesuruh Allah telah berkata, ‘Ali adalah bersama kebenaran, dan kebenaran adalah bersama Ali.’ Dia hadir pada hari di Khayber apabila baginda memberikan panji-panji kepada Ali dengan berkata bahawa Ali mencintai Allah dan rasulNya dan mereka berdua mencintai beliau. Dia juga mengetahui bahawa Ali adalah kepada rasul seperti Aaron kepada Musa. Dan dia mengetahui lebih banyak lagi….

    Tetapi dendam dan kebencian telah berakar umbi memenuhi hatinya, sehinggakan dia tidak nampak apa-apa selain dari kefanatikan terhadap suku kaumnya dan memihak kepada sepupunya Aisha anak perempuan Abu Bakr yang dia berhasrat untuk mengahwininya selepas wafatnya rasul, tetapi Quran telah menjadikan mustahil baginya.

    Ya, Talhah bersatu dengan Uthman dan bersumpah untuk taat kepadanya kerana Uthman biasa memberinya anugerah dan hadiah. Apabila Uthman menaiki tahta khalifa, dia menghujani Talhah dengan tiada berkira dengan harta kepunyaan Muslim. [155] Maka kekayaannya makin bertambah, gembalaan dan hamba-hambanya bertambah, sehinggakan pendapatan dari hartanya didalam Iraq sahaja mencapai satu ribu dinar satu hari. Didalam buku Tabaqatnya, Ibn Sa’d berkata, ‘Pada saat kematiannya, Talhah telah meninggalkan tiga puluh juta dirham. Wang tunai adalah dua ratus ribu dinar, dua juta dua ratus ribu dirham, dan yang selainnya dalam bentuk perladangan dan perumahan.’ [156] Itulah sebabnya Talhah telah bertukar menjadi orang yang zalim. Dia menjadi sombong dan mula menghasut manusia untuk menentang kawan rapatnya Uthman supaya dapat menggulingkannya dan merampas kedudukannya.

    Umm mukminin Aisha mungkin telah memujuknya dengan menjanjikan kedudukan khalifa kerana dia juga mencuba sedaya upaya untuk merendahkan Uthman, dan dia tidak meragui bahawa kerusi khalifa adalah kepunyaan sepupunya Talhah. Apabila berita pembunuhan Uthman sampai kepadanya, dan dia telah diberitahu bahawa mereka telah memberi sumpah setia kepada Talhah, dia amat gembira dan berkata: ‘Berlalulah dengan nathal [157] dan semoga dia binasa! Tahniah kepadamu, lelaki bagi jari, bapa kepada anak-anak singa! Tahniah kepadamu, wahai sepupu! Allah merahmati bapamu! Demi Allah mereka telah mendapati Talhah berhak kepadanya!’

    Ya, begitulah caranya pembalasan Talhah kepada Uthman, orang yang telah menjadikan dirinya kaya raya. Dia mengkhianati Uthman kerana keinginan dirinya untuk menggantikan dia sebagai khalifa. Dia menghasut manusia untuk memberontak menentangnya dan yang paling bersemangat didalam menggalakkan manusia untuk membunuhnya, sehinggakan dia menghalang air minuman untuk sampai kepada Uthman apabila rumahnya dikepong.

    Ibn Abul-Hadid menyebutkan dari Uthman mengatakan yang berikut ini apabila rumahnya telah dikepong: ‘Malang bagiku dari anak seorang wanita Hadramaut [bermaksud Talhah] saya telah berikan kepadanya sedemikian banyak didalam emas tulen, dan sekarang dia mencari untuk menumpahkan darah saya, menggalakan yang lain untuk membunuh saya! Wahai Allah! Jangan izinkan dia menikmati ini [kedudukan khalifa], dan biarkan dia menemui akhirnya dengan keburukan disebabkan oleh perbuatannya yang kejam!’

    Ya, itu dia Talhah yang pada mulanya berpihak kepada Uthman dan memilihnya untuk kedudukan khalifa supaya dengan ini dapat menjauhkan Ali darinya, dan kerana Uthman telah memberi kepadanya emas dan perak, dia sekarang menghasut manusia untuk menentangnya, mengarahkan mereka untuk membunuhnya, menghalang air minuman dari sampai kerumahnya! Dan apabila mereka membawa jasad Uthman untuk ditanamkan, dia melarang mereka dari menanamnya ditanah perkuburan Muslim, maka Uthman terpaksa ditanamkan di Hish Kawkab dimana Yahudi biasa menanamkan orang-orang mereka yang mati! [158]

    Bahkan selepas semua itu, kita melihat Talhah sebagai orang yang pertama untuk memberi sumpah setia kepada Imam Ali setelah pembunuhan Uthman, kemudian dia menyalahi [melanggar] sumpahnya dan bersekutu dengan sepupunya Aisha di Mekah dan kemudiannya, mula mencari pembalasan untuk Uthman! Segala puji bagi Allah! Adakah terdapat fitnah yang lebih besar dari ini?! Sebahagian ahli sejarah telah memberikan alasan diatas perlakuan tersebut dengan berkata bahawa Ali telah enggan untuk melantiknya sebagai gabenor kufa dan juga kawasan sekitarnya, maka di berpaling dari sumpah setianya kepada beliau, dan keluar untuk menentang Imam yang sama yang kepadanya telah diberikan sumpah untuk mengikutinya! Begitulah lumrahnya bagi mereka yang tenggelam didalam cintanya kepada dunia ini sehingga kepuncaknya, mereka yang menjualkan akhirat mereka dan perhatian mereka tidak ada yang lain dari penguasaan, kuasa dan harta.

    Taha Husayn tulis yang berikut:

    Talhah, dikala itu mewakili sejenis pembangkang yang unik: Dia menerima apa saja yang diberikan kepadanya dari harta dan kedudukan, tetapi apabila dia menghendakki yang lebih, dia berpihak kepada yang lawan sehingga dia menyebabkan ramai manusia yang binasa sebelum dia akhirnya turut binasa. [159]

    Begitulah Talhah yang hanya semalam bersumpah setia kepada Imam Ali: Dia keluar beberapa hari kemudian mengheret isteri rasul Allah Aisha ke Basra, membunuh manusia yang tidak berdosa, merampas harta mereka, dan mengancam mereka supaya dapat memaksa mereka jangan taat kepada Ali. Kemudian dia dengan tiada rasa malu berdiri untuk memerangi Imam dizamannya yang mana kepadanya dia dengan rela hati dan dengan pilihannya sendiri berjanji untuk mentaati dan menyokongnya. Walaupun semua itu, Imam Ali telah mencari dia sejurus sebelum peperangan bermula, menjumpainya ditengah-tengah barisan mereka yang menentang, dan bertanya kepadanya: ‘Tidakkah kamu memberikan sumpah setia kamu kepada ku? Apa yang menyebabkan kamu menentang, wahai Talhah?’ Dia berkata: ‘Mencari pembalasan terhadap pembunuhan Uthman.’ Ali Berkata: ‘Semoga Allah membunuh orang yang pertama yang bertanggong jawab terhadap pembunuhan Uthman.’

    Mengikut dari cerita yang disampaikan oleh Ibn Asakir, Imam Ali bertanya kepada Talhah, ‘Saya bertanya kepada kamu dengan nama Allah, Wahai Talhah, adakah kamu mendengar rasul Allah berkata: Kepada siapa saja saya ketuanya, ini Ali adalah ketuanya; Wahai Allah berbaiklah kepada mereka yang berbaik dengannya dan jadilah musuh kepada mereka yang menentangnya!?’ Talhah berkata, ‘Ya.’ Ali kemudian bertanya kepadanya lagi, ‘Maka mengapa kamu memerangi aku?’ Jawapannya adalah, ‘Untuk mencari pembalasan diatas pembunuhan Uthman.’ Jawapan Ali adalah: ‘Semoga Allah membunuh orang yang pertama bertanggong jawab terhadap pembunuhan Uthman.’

    Allah telah bertindak meng-kabulkan doa Ali:

    Talhah telah terbunuh pada hari yang sama ditangan Marwan ibn al-Hakam yang Talhah telah bawa kesana untuk memerangi Ali!

    Dia adalah Talhah pada perpecahan, penipuan dan memutarkan fakta dari atas kebawah tanpa sebarang kesedaran kepada jiwa atau kepada sumpah yang diberi, atau kepada janji yang telah dibuat. Tidak juga dia mendengar pada panggilan keadilan. Imam Ali telah mengingatkan dia kepada sumpahnya, dan telah mematahkan hujah-hujahnya kembali, tetapi dia berdegil, telah menjadi angkuh dengan kesombongan, dan telah melampaui didalam kesesatan, menyimpang dari laluan yang sebenar dan menyebabkan yang lain menyimpang bersamanya. Disebabkan kerananya, ramai manusia yang tidak berdosa terbunuh, manusia yang tidak ada kena mengena dengan pembunuhan Uthman, tidak juga mereka mengenalinya, disepanjang kehidupan mereka, tidak juga mereka pernah meninggalkan Basrah….

    Ibn Abul-Hadid telah menyampaikan dengan berkata bahawa apabila Talhah sampai ke Basra, Abdillah ibn al-Hakeem al-Tameemi datang kepadanya untuk bertanya mengenai surat yang dia terima darinya. Dia bertanya kepadanya, ‘Ya Abu Muhammad! [Wahai bapa Muhammad] Adakah ini surat-surat yang kamu kirimkan kepada kami?’ Dia menjawab dengan meng-iakan-nya. ‘Tetapi engkau baru menuliskan kepada kami semalam,’ Abdullah meneruskan, ‘mengarahkan kami untuk mengeluarkan Uthman dan membunuhnya; sekarang kamu telah membunuhnya, kamu datang pula kepada kami mencari pembalasan untuknya! Demi nyawa ku! Ini bukan apa yang ada didalam fikiran kamu; kamu hanya mencari dunia ini. Tunggu sebentar! Jika inilah pandangan kamu, mengapa kamu bersetuju apabila Ali mempelawa kamu untuk bersumpah setia kepada dia, maka kamu dengan rela dan patuh memberikan sumpah setia kamu kepadanya, kemudian kamu lari dari sumpah setia kamu, kemudian kamu datang kepada kami untuk mendapatkan kami bersama dengan kamu didalam perselisihan kamu ini?!’

    Ya; ini adalah kenyataan yang sebenar mengenai Talhah ibn Ubaydullah sebagaimana diceritakan oleh pengarang buku-buku sunnah dan oleh ahli sejarah dari ‘ahl al-sunna wal-jamaa’ Bahkan mereka katakan dia adalah seorang dari yang sepuluh yang menerima berita gembira mengenai memasuki syurga….!!!!

    Adakah setiap orang diantara mereka yang mengharapkan memasuki syurga? [70:38]

    Adakah Kami jadikan mereka yang beriman dan melakukan kebaikkan sama seperti mereka yang melakukan kerosakkan dimuka bumi, atau kami jadikan mereka yang bertakwa sama seperti mereka yang fasik..’ [38:28]

    Adakah mereka yang beriman sama seperti mereka yang fasik? Tentunya mereka tidak sama..’ [32:18]

    Adapun mereka yang beriman dan beramal baik, untuk mereka taman-taman tempat berlindung sebagai tempat tinggal disebabkan oleh apa yang mereka telah lakukan. Adapun mereka yang fasik, tempat tinggal mereka adalah api: Setiap kali mereka hendak keluar darinya, mereka akan dikembalikan kedalamnya, dan akan dikatakan kepada mereka: ‘Rasailah oleh kamu akan siksaan api yang kamu tidak mempercayainya..’ [32:19 – 20]

  9. Al-Zubayr ibn al-Awwam

Dia juga adalah diantara para sahabat yang terkenal dan salah seorang yang mula-mula berhijrah ke Madina. Dia menikmati tali persaudaraan dengan pesuruh Allah: Safiyya anak perempuan Abd al-Muttalib, emak saudara rasul, adalah ibunya. Dia juga adalah suami Asmaa anak perempuan Abu Bakr dan kakak kepada Aisha. Dia juga adalah seorang dari enam orang yang disarankan oleh Umar ibn al-Khattab untuk menjadi khalifa. [161]

Dia juga adalah seorang dari mereka yang menerima berita gembira untuk memasuki syurga menurut ‘ahl al-sunna wal-jamaa’. Maka tidak hairanlah kita dapati dirinya setiasa bersama dengan yang serupa dengannya Talhah: Setiap kali nama Talhah disebut, selalunya akan diikuti dengan nama al-Zubayr dan begitulah sebaliknya. Dia adalah juga seorang dari mereka yang berlumba-lumba dengan yang lain untuk kekayaan didunia ini, memenuhi perut mereka dengannya. Menurut al-Tabari, peninggalannya berjumlah limapuluh ribu dinar, satu ribu kuda, satu ribu hamba, dan banyak tanah di Basra , Kufa, Mesir dan merata tempat lagi.

Didalam hal ini, Taha Husayn berkata: ‘Manusia berbeza dengan hal bertebarnya harta peninggalan al-Zubayr. Mereka yang menyebutnya paling kurang telah berkata warisnya membahagikan diantara mereka tiga puluh lima juta dinar, sedangkan mereka yang menyebutkan yang terbanyak mengatakan bahawa mereka membahagi lima puluh dua juta dinar. Yang sederhana mengatakan mereka membahagikan empat puluh juta dinar diantara mereka.

Ini tidak memeranjatkan kami. Al-Zubayr pernah memiliki harta di Basra dan Kufa, sebelas rumah di Madina, dan harta ditempat-tempat lain lagi. [162] bahkan al-Bukhari menceritakan dengan berkata bahawa al-Zubayr telah meninggalkan lima puluh juta dua ratus dinar [163]

Kami tidak bermaksud dengan menyatakan ini untuk mendedahkan dan mengaudit para sahabat berkenaan dengan pencarian mereka kepada harta atau harta yang mereka kumpulkan, yang mungkin semuanya halal, tetapi apabila kita lihat bagaimana kedua mereka Talhah dan Zubayr menunjukkan minat yang begitu mendalam terhadap keuntungan duniawi dan mengetahui bahawa mereka juga berpaling tadah dari sumpah mereka kepada Amirul Mukminin Ali ibn Abu Talib hanya kerana beliau membuat keputusan untuk memunggut kembali wang yang Uthman telah berikan supaya dapat mengembalikannya kepada bayt al-mal Muslim, maka barulah kami mempunyai sak, was-was, dan sangkaan terhadap mereka ini. Ditambah pula dengan fakta yang diatas bahawa, sejurus selepas menjadi khalifa, Imam Ali terus membawa manusia kembali semula kepada sunnah rasul yang dimulakannya dengan memberikan harta dari bayt al-mal kepada setiap seorang Muslim tiga dinar, sama ada dia Arab atau yang bukan Arab, dan inilah juga yang telah dilakukan oleh rasul disepanjang hidup baginda. Maka dengan ini Ali telah menamatkan bidaa yang telah diciptakan oleh Umar ibn al-Khattab yang mengutamakan Arab dari yang bukan Arab, memberikan kepada yang Arab dua kali ganda bahagian dari yang bukan Arab.

Usaha Ali untuk membawa manusia kembali kepada sunnah rasul adalah suatu pengajaran yang cukup untuk membuat para sahabat supaya memberontak terhadap dirinya oleh kerana mereka lebih mencintai bidaa yang diciptakan oleh Umar. Ini adalah sesuatu yang kami tidak nampak ketika membuat penganalisaan terhadap Quraysah yang mencintai dan meninggikan Umar. Dia telah mengutamakan Quraysh keatas Muslim yang lain, makanya telah menggalakkan kefanatikan terhadap kebangsaan Arab, kesukuan Quraysh, dan suku kebangsawanan yang cemerlang.

Bagaimana Ali yang datang setelah suku abad berlalu selepas wafatnya rasul cuba membawa Quraysh kembali semula kepada keadaan semasa rasul yang telah memberikan setiap seorang sama rata, memberi bilal seorang Ethopia sama banyak seperti bapa saudaranya al-Abbas? Sebenarnya Quraysh telah membenci pesuruh Allah kerana telah mengadakan persamaan tersebut, dan jika kita beralih kepada riwayat hidup Muhammad [sawaw], kita akan dapati bagaimana Quraysh menentang baginda disepanjang masa, hanya disebab ini.

Disebabkan ini juga Talhah dan al-Zubayr telah marah kepada Amirul Mukminin Ali yang telah memberikan kepada mereka semua secara sama, dan tidak memberikan kepada mereka pemerintahan terhadap Muslim dan membuat keputusan untuk mereka bertanggong jawab diatas harta yang mereka kumpul dengan banyaknya supaya dapat dikembalikan apa-apa yang telah dicuri dari mereka yang benar-benar berhak.

Apa yang mustahak, yang kita perlu ingat adalah bahawa apabila dia telah hilang segala harapan bahawa Ali akan melantiknya sebagai gabenor Basra, mengutamakan yang lain dari dirinya, dan takut-takut kalau khalifa yang baru akan menjadikan dirinya bertanggong jawab diatas hartanya yang berlimpah-ruah, al-Zubayr dengan ditemani oleh sahabatnya Talhah telah pergi untuk meminta kebenaran dari Ali untuk mengerjakan umra. Maka barulah Ali sedar akan niat jahat mereka yang tersembunyi. Dia kemudian berkata mengenai mereka: ‘Demi Allah! Mereka bukan meminta kebenaran untuk mengerjakan umra! Bahkan mereka cuba untuk melaksanakan rancangan mereka yang jahat!’

Al-Zubayr bersekutu dengan adik iparnya Aisha anak perempuan Abu Bakr, membawa dia dan Talhah menuju kearah Basra. Apabila anjing di Hawkab menyalak kepadanya, Aisha ingin berpatah pulang; maka, mereka bawakan lima puluh orang yang dikatakan sebagai benar dan berkepercayaan kepadanya [Aisha] untuk bersumpah palsu supaya Umm Mukminin akan terus menentang tuhannya dan juga suaminya dan terus mara ke Basra. Mereka mengetahui, sebagaimana manusia yang pintar belit, bahawa pengaruhnya [Aisha] diatas manusia lebih besar dari pengaruh mereka. Kerana untuk suku abad yang lalu, mereka telah membuat dia [Aisha] begitu terkenal dan telah menyimpangkan manusia kepada berfikir bahawa dialah yang paling amat dicintai oleh rasul Allah, menyatakan dirinya sebagai ‘humayraa’ [164] anak perempuan al-Sideeq yang mempunyai setengah dari agama ini. Apa yang sebenarnya aneh adalah mengenai al-Zubayr, bahawa dia juga menuntut pembelaan untuk Uthman, sebagaimana yang dia katakan, sedangkan mereka yang beriman dari kalangan para sahabat telah menuduh dia sebagai orang yang sama yang berkerja keras untuk membunuh Uthman. Sebagai contoh, Imam Ali berkata yang berikut kepadanya apabila beliau bertemu dengannya dimedan pertempuran: ‘Adakah kamu mengatakan aku yang bertanggong jawab diatas darah Uthman dan mencari pembelaan kepada saya sedangkan kamu sendiri yang telah membunuhnya?’ [165]

Didalam bukunya Mustadrak, al-Hakim menulis yang berikut: ‘Talhah dan al-Zubayr datang ke Basra dimana manusia bertanya kepada mereka: '‘Apa yang membawa kamu kemari?’ ‘Mencari pembelaan terhadap pembunuhan Uthman,’ mereka menjawab. Al-Husayn berkata, ‘Maha Tinggi Allah! Adakah kamu fikir bahawa manusia tidak mempunyai akal maka mereka tidak akan berkata bahawa tiada siapa yang membunuh Uthman selain dari kamu sendiri?!’

Al-Zubayr sama seperti sahabatnya Talhah, telah melakukan yang sama: dia mengkhianati Uthman dan menghasut manusia untuk membunuhnya, kemudian dia dengan rela memberikan sumpah setia kepada Imam Ali, kemudian dia melanggar sumpahnya dengan pergi ke Basra untuk menuntut bela bagi Uthman! Setelah memasukki Basra, dia telah mengambil bahagian didalam melakukan banyak jenayah, membunuh tujuh puluh orang dari pengawal kota dan mencuri segala-galanya yang ada dari bayt al-mal. Para sejarah mengatakan bahawa mereka menanda tangani perjanjian damai dengan Uthman ibn Haneef, gabenor Basra, memohon untuk melayaninya dengan hormat sehingga ketibaan Ali. Kemudian mereka mengkhianati perjanjian dan sumpah mereka, dan menyerang Uthman ibn Haneef ketika dia sedang mengimami solat asar. Mereka mengikat beberapa orang kemudian membunuhnya, dan bahkan mereka juga mencuba untuk membunuh Uthman ibn Haneef yang mana Ali telah lantik sebagai gabenor Basra, tetapi mereka takut kepada saudaranya Sahl ibn Haneef, gabenor Madina, akan mendengar mengenainya dan akan menuntut bela diatas pembunuhannya dari manusia golongannya; maka mereka memukulnya dengan teruk, cukur misai dan janggutnya, kemudian menyerang bayt al-mal, membunuh empat puluh orang pengawalnya. Mereka memenjarakan Uthman dan menyiksanya.

Komen terhadap kezaliman ini, Taha Husayn menulis yang berikut mengenai Talhah dan al-Zubayr:

Manusia ini tidak berpuas hati dengan melanggar sumpah setia mereka kepada Ali tetapi menambahkan lagi dengan pengkhianatan mereka pada pelanggaran terhadap perjanjian yang mereka tanda tangani dengan Uthman ibn Haneef, membunuh beberapa orang Basra yang menyuarakan bantahan mereka terhadap pengkhianatan melanggar perjanjian yang sedemikian, memenjarakan ketua mereka [gabenor], dan merampas apa yang ada didalam bayt al-mal, dan membunuh beberapa pengawalnya.[166]

Apabila Ali tiba di Basra, dia tidak terus memerangi para pemberontak; bahkan dia mengajak mereka untuk menerima pengadilan dengan kitab Allah, yang mana mereka menolak. Bahkan mereka membunuh orang yang membawakan Quran itu kepada mereka. Walaupun dengan semua itu, Imam telah memanggilnya juga, dan melakukan apa yang telah dilakukan kepada Talhah, dengan berkata:

‘Wahai Zubayr! Adakah kamu ingat apabila kamu, sedang bersama pesuruh Allah, telah melewati Banu Ghanam sambil tersenyum kepada rasul sejurus selepas dia melihat kepada ku, kemudian berkata: ‘Anak Abu Talib tidak pernah meninggalkan kebanggaan,’ yang mana kemudiannya rasul Allah berkata kepada kamu, ‘Peliharalah lidah kamu; tidak ada kesombongan pada dirinya, dan kamu akan memeranginya sedang kamu sendiri berada didalam pihak yang bersalah?’ [167]

Ibn Abul-Hadid menyebut didalam bukunya satu syarahan yang disampaikan oleh Amirul Mukminin Ali ibn Abu Talib yang mana Imam telah berkata:

Tuhanku! Al-Zubayr telah memutuskan ikatan persaudaraan ku, berpatah dari sumpahnya kepada ku, dan menyokong musuh yang menentang ku! Wahai Tuhan ku! Aku bermohon kepada Mu untuk memelihara aku dari kejahatannya dengan apa cara sekalipun.’ [168]

Didalam Nahjul-Balagha oleh Imam Ali, Imam telah menulis yang berikut mengenai Talhah dan al-Zubayr:

Tuhan ku! Mereka berdua telah memulaukan [boikot] dan berkhianat kepadaku, mereka telah berpaling dari sumpah setia mereka kepada ku dan menghasut manusia menentang ku; maka aku bermohon kepada Mu supaya membuka ikatan yang mereka telah ikat, mengecewakan rancangan yang mereka telah rancangkan, dan jadikan mereka melihat kepada kejahatan yang mereka berhajat untuk melaksanakannya dan yang mereka berusaha bersungguh-sungguh kepadanya! Aku meminta mereka bertaubat sebelum peperangan ini, aku menasihatkan untuk kesabaran bagi mereka sebelum bencana ini, tetapi mereka benci kepada anugerahMu dan mereka menolak tawaran ku untuk menyelamatkan nyawa mereka. [169]

Didalam surat Imam Ali yang dihantarkan kepada mereka sebelum peperangan bermula, beliau bekata: ‘Kembalilah semula, Wahai Shaykh, kepada akal fikiran kamu, kerana sekarang sebesar-besar keadaan kamu adalah malu sahaja, sebelum malu ditambahkan lagi dengan api neraka, dan kesejahteraan bagi kamu.’ [170]

Ini adalah kebenaran yang menyakitkan, dan beginilah berakhirnya al-Zubayr. Tidak kiralah bagaimana sebahagian para sejarah cuba untuk meyakinkan kita bahawa dia [al-Zubayr] telah teringat kepada hadith rasul yang mana Imam Ali telah cuba mengingatkan dia, maka dia bertaubat dan berundur dari peperangan dan termasuk kedalam perangkap singa dimana dia telah dibunuh oleh Ibn Jarmooz…., semua ini tidak dapat menampong air apabila dibandingkan dengan ramalan pesuruh Allah yang telah meramalkannya bahawa, ‘Kamu akan memeranginya [Ali] sedang kamu sendiri berada didalam pihak yang bersalah.’

Sebahagian ahli sejarah mengatakan bahawa dia hendak berundur apabila Imam Ali mengingatkannya dengan hadith tersebut, tetapi anaknya Abdullah menghasutnya sebagai seorang pengecut, maka dia telah dipengaruhi oleh perasaan kefanatikan dan kembali berperang sehingga terbunuh.

Ini lebih rapat kepada kebenaran dan kepada hadith yang suci yang mengandungi pengetahuan bagi yang ghaib yang diperkatakan oleh dia yang tidak berkata-kata dari kehendak dirinya.

Jika dia telah benar-benar menyesal, bertaubat, dan menyatakan kesalahan dan kezalimannya, mengapa dia tidak bertindak terhadap kenyataan pesuruh Allah yang berkata: ‘Kepada siapa saja saya ketuanya, ini Ali adalah ketuanya; Wahai Allah berbaiklah kepada mereka yang berbaik dengannya, dan jadilah musuh kepada siapa yang menyakitinya; sokonglah sesiapa yang menyokongnya, dan khianatilah kepada sesiapa yang mengkhianatinya?’ Mengapa dia tidak menyokong, terima penguasaan dan mencari pada menyenangkan Ali? Katakanlah dia tidak dapat melakukan itu, mengapa dia tidak mengatakan kepada manusia yang telah dibawa untuk berperang dan mengatakan kepada mereka bahawa dia telah dapat melihat cahaya kebenaran dan teringat kepada segala yang telah terlupa dan meminta mereka untuk memberhentikan peperangan supaya dapat menyelamatkan nyawa Muslim yang tidak berdosa?

Tetapi tidak ada satu pun yang berlaku. Kami dapat mengetahui bahawa dongengan terhadap bertaubatnya dan berundurnya dia adalah buah fikiran dan khayalan para pemalsu yang telah silau dengan cahaya kebenaran Ali dan palsunya al-Zubayr. Oleh kerana sahabatnya Talhah telah dibunuh oleh Marwan ibn al-Hakim, mereka memilih Ibn Jarmooz untuk membunuh al-Zubayr supaya dapat memberikan interpretasi mereka terhadap nasib Talhah dan al-Zubayr supaya mereka tidak dapat dihalangi dari memasuki syurga, terutama oleh kerana syurga adalah salah satu dari milik mereka: mereka telah mengizinkan memasukinya sesiapa yang mereka suka dan menghalang sesiapa yang mereka suka.

Mencukupi bagi kami untuk membuktikan pembohongan cerita mereka didalam apa yang dinyatakan oleh surat Imam Ali dimana beliau mempelawa mereka untuk menjauhi peperangan:

‘Sekarang ini paling besar keadaan kamu adalah malu…sebelum malu ditambah dengan api neraka.’ Tidak ada siapa yang menceritakan dengan berkata bahawa mereka menerima pelawaan beliau, atau menyerah kepada arahannya ataupun menjawab suratnya. Ditambah kepada yang ini kepada fakta bahawa sebelum peperangan bermula, Imam telah mengajak mereka kepada penyelesaian dengan kitab Allah, sebagaimana kami tunjukan diatas, tetapi mereka menolak bahkan telah membunuh orang muda yang disuruh membawa Quran kepada mereka. Maka barulah Ali menjadikan peperangan terhadap mereka diperbolehkan.

Kamu mungkin membaca beberapa perkara yang melucukan dari para sejarah yang mengatakan kepada kamu bahawa sebahagian dari mereka tidak berapa tahu mengenai perkara yang sebenar, tidak juga mereka memahaminya. Satu kejadian yang mengatakan bahawa apabila al-Zubayr mengetahui bahawa Ammar ibn Yasir telah datang bersama kumpulan Ali ibn Abu Talib, dia telah berkata: ‘Oh! Semoga hidung saya dipotong! Semoga tulang belakang saya terbelah!’ kemudian dia mencapai senjata yang mengeletar didalam tangannya. Setelah melihat kejadian ini, seorang dari sahabatnya berkata: ‘Semoga ibu saya kehilangan saya! Adakah ini al-Zubayr yang sama yang mana bersamanya saya sanggup hidup dan mati?! Demi Dia yang memegang nyawa saya, apa yang telah menghinggapi orang ini pastinya sesuatu yang dilihat atau yang didengar dari pesuruh Allah!’ [171]

Dengan membuat cerita yang sedemikian, mereka bermaksud untuk menyatakan bahawa al-Zubayr teringat hadith rasul yang mengatakan: ‘Ammar akan terbunuh oleh kumpulan yang zalim,’ maka dia menjadi takut, dan mengeletar ketakutan kerana khuatiri berada diantara mereka yang zalim!

Mereka yang benci kepada cara kami menunjukkan sebab berhasrat untuk memperkecilkan kami, tetapi kami mempunyai minda yang sihat, pujian bagi Allah, dan apa yang mereka katakan kepada kami tidaklah dapat diterima. Bagaimana al-Zubayr boleh menjadi takut dan mengeletar apabila teringat hadith yang mengatakan: ‘Ammar akan terbunuh oleh kumpulan yang zalim,’ dan tidak merasa takut tidak juga mengeletar pada berapa banyaknya kenyataan yang telah dibuat oleh rasul didalam memuji Ali ibn Abu Talib? Adakah Ammar menurut pada pandangan al-Zubayr lebih baik dan lebih mulia dari Ali? Tidakkah al-Zubayr pernah mendengar hadith ini:

  1. Wahai Ali! Tiada siapa yang mencintai kamu melainkan mereka yang benar-benar beriman, dan tiada siapa yang membenci kamu melainkan yang hipokrit.
  2. Ali adalah bersama yang benar, dan kebenaran bersama Ali, berputar bersamanya bila-bila masa dia berputar.
  3. ‘Kepada siapa saja saya ketuanya, ini Ali adalah ketuanya; Wahai Allah berbaiklah kepada mereka yang berbaik dengannya, dan jadilah musuh kepada siapa yang menyakitinya; sokonglah sesiapa yang menyokongnya, dan khianatilah kepada sesiapa yang mengkhianatinya.
  4. Wahai Ali! Saya memerangi sesiapa yang memerangi kamu dan berdamai dengan siapa saja yang mencari perdamaian dengan kamu.
  5. Saya akan berikan panji-panji ini esok kepada seorang yang mencintai Allah dan pesuruhNya dan yang dicintai oleh Allah dan pesuruhNya.
  6. Saya memerangi mereka dengan berkenaan wahyunya Quran, sedangkan kamu [Ali] akan memerangi mereka dengan berkenaan penghuraiannya.
  7. Wahai Ali! Saya berjanji kepada kamu bahawa kamu akan memerangi mereka yang berpaling, yang zalim dan yang fasik.

…….Sebagai tambahan kepada banyak lagi hadith yang sedemikian? Yang terakhir dari hadith yang sedemikian adalah kenyataan dari rasul kepada al-Zubayr sendiri: ‘Kamu akan memerangi beliau [Ali] sedang kamu berada didalam pihak yang bersalah.’ Dimanakah berdirinya al-Zubayr dengan kenyataan fakta yang sebegini yang telah diketahui oleh manusia, bagi mereka yang berkaitan terus dan juga mereka yang diluar [pemerhati], anak kepada emak saudara rasul, anak kepada emak saudara Ali, itulah dirinya. Kepala batu yang tidak boleh bertentangan dengan peristiwa sejarah dan fakta yang dikandungi didalamnya telah mencuba dengan bersusah payah walaupun mengecewakan untuk mencari beberapa alasan yang lemah supaya dapat memesongkan manusia dan memperdayakan mereka kepada mempercayai bahawa Talhah dan al-Zubayr adalah diantara penduduk syurga.

Begitulah hajat mereka. Katakan: Bawalah bukti kamu, jika kamu yang benar. [2:111]

Mereka yang tidak mempercayai tanda-tanda kami, bersungguh-sungguh menolaknya, pintu syurga tidak akan dibuka untuk mereka, tidak juga boleh mereka memasuki syurga sehinggakan unta boleh melalui lubang jarum dan begitulah Kami membalas mereka yang bersalah. [7:40]

  1. Sa’d ibn Abu Waqqas

  2. Dia juga salah seorang sahabat rasul yang ternama dan diantara yang mula-mula memeluk Islam. Dia adalah yang awal untuk berhijrah dengan rasul ke Madina. Dia adalah yang diantara mereka yang bersama didalam peperangan Badr. Dia adalah salah seorang dari yang enam yang disarankan oleh Umar ibn al-Khattab untuk menjadi khalifa, dan seorang dari yang sepuluh yang sebagaimana; ahl al-sunna wal-jamaa’ katakan menerima khabar gembira dengan memasuki syurga.

    Dia adalah seorang wira pada peperangan al-Qadisiyya yang berlaku dimasa pemerintahan Umar ibn al-Khattab. Telah diperkatakan bahawa sebahagian para sahabat merasa ragu-ragu mengenai dan mempersoalkan keturunannya, maka telah menyinggung perasaannya, bahkan mereka menceritakan bahawa rasul mengesahkan keturunannya, menjejakinya kepada Banu Zuhra.

    Didalam bukunya Al-Imama wal-Siyasa, Ibn Qutayba menyampaikan dengan mengatakan yang berikutnya selepas wafatnya rasul, Banu Zuhra berkumpul untuk bertemu dengan Sa’d ibn Abu Waqqas dan Abd al-Rahman ibn Awf didalam masjid suci [masjid Nabawi]. Apabila Abu Bakr dan Abu Ubaydah datang kepada mereka, Umar berkata kepada mereka, ‘Mengapa saya lihat kamu membuat bulatan? Berdiri dan berilah sumpah setia kamu kepada Abu Bakr, kerana saya dan Ansar telah melakukannya.’ Sa’d dan Abd al-Rahman ibn Awf , begitu juga mereka yang hadir bersama mereka dari Banu Zuhra, berdiri dan bersumpah. [172]

    Adalah diceritakan bahawa Umar ibn al-Khattab memberhentikannya dari kedudukan sebagai gabenor, tetapi dia memberikan saranan kepadanya untuk kedudukan khalifa yang akan mengantinya untuk memberikan kepercayaan kepadanya semula, oleh kerana dia [Umar] telah memberhentikannya bukan atas sebab penyelewengan. Maka Uthman ibn Affan telah melaksanakan saranan Umar dengan melantiknya sebagai gabenor Kufa.

    Adalah perlu untuk dinyatakan bahawa Sa’d ibn Waqqas tidak meninggalkan harta yang banyak jika dibandingkan dengan sahabatnya. Peninggalannya sebagaimana yang diceritakan kepada kami, berjumlah tiga ratus ribu dinar.

    Dan juga dia tidak melibatkan diri tidak juga merangsang kepada pembunuhan Uthman sebagaimana Talhah dan al-Zubayr. Ibn Qutayba didalam buku sejarahnya [yang dinyatakan diatas], menceritakan dengan berkata bahawa Amr ibn al-As menulis kepada Sa’d ibn Abu Waqqas bertanya kepada dia mengenai siapa yang telah membunuh Uthman. Didalam jawapannya, Sa’d menulis dengan berkata, ‘Engkau bertanya kepada ku mengenai siapa yang membunuh Uthman. Saya memberitahu kepada kamu bahawa dia telah dibunuh oleh pedang yang telah dikeluarkan dari sarongnya oleh Aisha, diasah oleh Talhah dan diracuni oleh anak Abu Talib. Al-Zubayr tinggal membisu dan membuat isyarat dengan tangan, sedangkan kami tidak melakukan apa-apa. Jika kami kehendakki, kami tentu telah melindungginya, tetapi Uthman telah membuat banyak perubahan, dan dia sendiri telah bertukar, melakukan perkara yang baik dan yang keji. Jika apa yang kami lakukan adalah baik, maka ianya adalah baik jua, tetapi jika apa yang kami lakukan adalah salah, kami meminta pengampuan dari Allah. Saya juga memberi tahu kamu bahawa al-Zubayr telah dipengaruhi oleh ramainya kaum kerabat dan juga oleh dosanya. Jika Talhah menginginkan untuk memberikan perutnya untuk disewakan, disebabkan oleh kecintaannya kepada penguasaan, dia pasti telah menyewakannya. [173]

    Tetapi apa yang aneh mengenai Sa’d ibn Abu Waqqas adalah yang mengenai dia tidak memberikan sumpah setianya kepada Amirul Mukminin Ali, tidak juga dia menyokongnya sedangkan dia mengenali Imam dan mengetahui mengenai segala kemuliaannya. Dia sendiri menceritakan beberapa kemuliaan Ali yang mana kedua-duanya Imam al-Nasa’i dan Imam Muslim telah merakamkan didalam buku-buku sahih mereka. Disini adalah beberapa contohnya:

    Sa’d telah berkata, ‘Saya mendengar pesuruh Allah menyatakan tiga kemuliaan Ali; jika saya mempunyai satu darinya, ianya adalah teramat baik bagi saya dari unta merah. Saya mendengar baginda berkata, ‘Dia [Ali] kepada saya adalah seperti Aaron kepada Musa melainkan tidak ada rasul selepas saya.’ Dan saya mendengar baginda berkata, ‘Saya akan berikan panji-panji ini esok kepada seorang yang mencintai Allah dan pesuruhNya dan yang dicintai oleh Allah dan pesuruhNya.’ Dan saya mendengar baginda berkata, ‘Wahai manusia! Siapakah ketua kamu? Tiga kali mereka katakan bahawa Allah dan rasulNya adalah ketua mereka, kemudian dia mengambil tangan Ali, membuat dia supaya berdiri, kemudian berkata, ‘Barang siapa telah menerima Allah dan rasulNya sebagai ketua, ini Ali adalah ketuanya; Wahai Allah! Berbaiklah dengan mereka yang berbaik dengannya, dan jadilah musuh bagi mereka yang menyakitinya.’ [174]

    Didalam sahih Muslim, Sa’d ibn Waqqas telah disebutkan sebagai berkata, ‘Saya mendengar pesuruh Allah berkata kepada Ali, ‘Tidakkah kamu merasa senang untuk menjadi kepada ku seperti Aaron kepada Musa, melainkan tidak ada rasul selepas aku? Semasa peperangan Khayber, saya mendengar baginda berkata, ‘Saya akan berikan panji-panji ini esok kepada seorang yang mencintai Allah dan pesuruhNya, ‘ maka kami sungguh berhasrat dan berharap mengenainya. Baginda berkata, ‘Bawakan Ali kemari.’ Dan apabila ayat yang berbunyi ‘….katakan: Marilah: Kita panggil anak-anak kami dan anak-anak kamu, dan perempuan kami dan perempuan kamu, dan orang-orang yang terhampir kami dan orang-orang yang terhampir kamu, kemudian marilah kita bersungguh-sungguh didalam berdoa, dan mintalah kutukan Allah kepada yang pendusta [3:61], pesuruh Allah membawa Ali, Fatima, hasan dan Husayn dan berkata, ‘Wahai Allah, Inilah ahl al-baytku.’ [175]

    Bagaimana boleh Sa’d ibn Abu Waqqas setelah mengetahui semua fakta ini telah enggan untuk memberi sumpah setia kepada Ali? Bagaimana boleh Sa’d setelah mendengar pesuruh Allah berkata, ‘Barang siapa telah menerima Allah dan pesuruhNya untuk menjadi ketuanya, ini Ali adalah ketuanya;

    ‘Wahai Allah! Berbaiklah dengan mereka yang berbaik dengannya, dan jadilah musuh bagi mereka yang menyakitinya,’ yang mana dia sendiri menyampaikannya, kemudian menolak untuk menerima beliau sebagai ketua atau menyokong beliau? Bagaimana Sa’d boleh menjadi jahil kepada hadith rasul Allah yang mana baginda telah berkata, ‘Sesaorang yang mati tanpa memberikan sumpah setia mati sebagai matinya jahiliah,’ hadith yang disampaikan oleh Abdullah ibn Umar, maka Sa’d akan mati sebagai matinya jahiliah disebabkan oleh keenggannya untuk memberikan sumpah setianya kepada Amirul Mukminin, ketua bagi segala pemimpin, ketua bagi mereka yang suci lagi mulia?

    Ahli sejarah menunjukkan bahawa Sa’d pergi kepada Imam Ali untuk meminta maaf dan berkata, ‘Wahai Amirul Mukminin! Tidak ada keraguan didalam fikiran saya bahawa kamulah yang lebih berhak diantara manusia kepada kedudukan khalifa, dan bahawa kamu adalah penjaga kepada agama dan juga hal-hal keduniaan, tetapi sebilangan manusia akan menentang kamu didalam hal ini; maka jika kamu menginginkan sumpah setia saya, maka berilah kepada pedang yang lidahnya mengatakan kepada saya ambillah yang ini dan tinggalkan yang itu.’ Ali berkata kepadanya, ‘Sudahkah kamu melihat sesiapa yang menyalahi Quran didalam perkataan yang juga perbuatan [disebabkan memberi sumpah setia mereka kepada saya]? Para Muhajirun dan Ansar telah memberikan sumpah setia mereka kepada saya dengan syarat saya berurusan dengan mereka menurut kitab Allah dan sunnah rasulNya; maka jika diri kamu rela, kamu boleh bersumpah, jika tidak, kamu boleh tinggal dirumah, kerana saya tidak akan memaksa kamu untuk melakukannya. [[176]

    Tidakkah pendirian oleh Sa’d ibn Abu Waqqas sebagai ganjil?! Sedangkan dia mengesahkan bahawa tidak ada keraguan baginya mengenai Ali, bahawa dia adalah manusia paling layak sebagai khalifa, bahawa dia adalah penjaga bagi isu-isu agama dan juga sekular, bahkan setelah semua itu dia meminta pedang yang mempunyai lidah sebagai syarat untuk memberikan sumpah setia supaya dia dapat membezakan yang benar dengan yang salah?! Tidakkah ini suatu pertentangan yang ditolak oleh mereka yang punya fikiran? Tidakkah ini suatu permintaan yang mustahil, suatu permintaan yang diminta oleh seorang yang sombong yang telah mengetahui kebenaran dari pembawa berita yang telah diwartakan didalam hadith lima darinya adalah dia sendiri telah menyampaikannya?!

    Tidakkah Sa’d hadir apabila Abu Bakr dan Uthman menerima sumpah setia, suatu keadaan yang mana sesiapa yang tertinggal dibelakang akan dibunuh kerana takutkan perpecahan?

    Bahkan Sa’d memberikan sumpah setianya kepada Uthman, tanpa syarat memberikan sokongan kepadanya. Dia juga mendengar Abd al-Rahman ibn Awf mengancam Ali dengan pedang yang telah diangkat diatas kepalanya, dengan berkata, ‘Maka janganlah mencederakan diri kamu, kerana ianya akan menjadi sama ada pedang dan tidak ada yang lain.’ Dia juga hadir apabila Ali enggan memberikan sumpah setia kepada Abu Bakr, yang telah menyebabkan ancaman terhadap dirinya dari Umar ibn al-Khattab yang telah berkata kepada beliau, ‘Bersumpahlah…. Jika tidak, demi Allah Tuhan yang satu, kami akan memenggal kepala kamu dengan pedang.’ [177]

    Adakah sesuatu yang memberanikan mereka yang tidak memberikan sumpah setia kepada Ali, dan siapa yang berani berlagak sombong terhadap pengganti kepada rasul seperti Umar, Usamah ibn Zayd dan Muhammad ibn Maslamah, selain dari keengganan dari Sa’d ibn Abu Waqqas untuk bersumpah?

    Kamu boleh lihat dengan mudah bagaimana kelima-lima orang yang dilantik oleh Umar ibn al-Khattab untuk bertanding dengan Ali kepada kedudukan khalifa telah memainkan peranan mereka sebagaimana yang telah digariskan oleh Umar ibn al-Khattab, iaitu menghalang Ali dari menjadi khalifa. Abd al-Rahman, sebagai contoh, memilih anak menantunya Uthman dan mengancam untuk membunuh Ali jika dia enggan memberikan sumpah setia kepada Uthman. Ini semua disebabkan bahawa Umar telah memberikan Abd al-Rahman keutamaan diatas yang lain. Setelah matinya Abd al-Rahman ibn Awf dan pembunuhan terhadap Uthman ibn Affan, pesaingan yang tinggal kepada Ali kepada kedudukan khalifa hanya tiga: Talhah, al-Zubayr dan Sa’d. Apabila manusia-manusia ini melihat bahawa al-Muhajirun dan Ansar berlumba kepada Imam Ali dan memberikan sumpah setia mereka kepada beliau dan tidak memberikan sebarang perhatian kepada sesiapa diantara mereka, mereka kemudiannya melayani fikiran yang jahat terhadap beliau dan mencuba untuk membunuhnya. Talhah dan al-Zubayr berperang dengannya, sedangkan Sa’d mengkhianatinya.

    Janganlah lupa bahawa Uthman ibn Affan tidak mati sebelum menyediakan seorang pesaing yang baru buat Ali, seorang yang amat merbahaya dari kesemua mereka, lebih pintar dan lebih licik, sesaorang yang kumpulannya lebih besar dan lebih lengkap: Uthman telah membuatkan laluan untuknya pada mendapatkan kuasa kepada kedudukan khalifa dengan menambahkan kepada kekuasaannya, yang bertahan selama dua puluh tahun, negeri yang paling penting yang darinya datang dua pertiga hasil untuk kerajaan Islam; pesaing ini adalah Muawiya yang tidak mempunyai agama, atau etika [susila hidup], tidak juga mengenai apa-apa melainkan mencapai kedudukan khalifa walau apa pun harganya, dan dengan apa juga cara.

    Walaupun dengan semua ini, Amirul Mukminin Ali tidak memaksa manusia untuk memberikan sumpah setia mereka kepada beliau tidak sebagaimana khalifa yang mendahulunya. Bahkan, dia [as] menegakkan perundangan Quran dan sunnah, tidak merubah atau menggantikan dengan apa-apa kepadanya sedikitpun. Tidakkah kamu lihat bagaimana beliau berkata kepada Sa’d, ‘Para Muhajirun dan Ansar telah memberikan sumpah setia mereka kepada saya dengan syarat bahawa saya berurusan dengan mereka dengan mengikuti kitab Allah dan sunnah rasul; maka jika kamu sendiri rela, kamu bolehlah memberikan sumpah kamu; jika tidak kamu boleh tinggal dirumah, kerana saya tidak akan memaksa kamu untuk melakukannya?’

    Tahniah kepada kamu, wahai anak Abu Talib, wahai kamu yang menghidupkan semula Quran dan sunnah setelah diketepikan oleh yang lain sebelum kamu! Disini kitab Allah memanggil:

    Mereka yang memberikan sumpah setia kepada kamu bersumpah kepada Allah; tangan Allah diatas tangan-tangan mereka; maka sesiapa berpaling [dari kepercayaannya], dia berpaling kepada kerosakan bagi jiwanya, dan sesiapa yang melaksanakan janji yang telah dibuat kepada Allah, Dia akan menganugerahkan ganjaran yang melimpah…’ [48:10]

    …..adakah kamu kemudian memaksa manusia untuk percaya? [10:99]

    Tidak ada paksaan didalam agama, tidak juga ada peruntukkan didalam Islam untuk memaksa sesaorang memberikan sumpah setia kepada sesiapa juga, tidak juga Allah mengarahkan rasulNya untuk memerangi manusia untuk memaksa mereka memberikan sumpah setia kepada baginda. Begitulah sunnah rasul dan peribadinya yang terhormat: Ia mengatakan kepada kita bahawa baginda tidak pernah memaksa sesiapa untuk memberikan kepadanya kesetiaan mereka. Tetapi para khalifa dan para sahabat yang telah mengadakan pembaharuan yang sedemikian, mengancam mereka dengan pembunuhan jika mereka enggan memberikan sumpah setia mereka kepadanya.

    Fatima al-Zahra sendiri telah diancam akan dibakar jika mereka yang berada didalam rumahnya, yang tidak memberikan sumpah setianya kepada Abu Bakr, enggan keluar untuk memberikan sumpah mereka. Ali sendiri, orang yang rasul Allah lantik sebagai khalifa, telah diancam akan dibunuh. Mereka bersumpah dengan nama Allah akan membunuhnya jika beliau enggan untuk bersumpah setia kepada Abu Bakr. Jika itulah hal keadaannya, maka janganlah tanya hal keadaan para sahabat yang dipandang sebagai lemah oleh mereka seperti Ammar, Salman, Bilal dan yang lainnya.

    Apa yang penting adalah bahawa Sa’d ibn Abu Waqqas menolak untuk memberikan sumpah setianya, atau untuk mengutuk beliau apabila Muawiya mengarahnya, menurut kepada sahih Muslim. Tetapi ini tidak mencukupi, tidak juga ia membolehkan baginya syurga, oleh kerana mazhab Mu’yazilites yang dipelopori dibawah slogan ‘Saya tidak bersama kamu dan tidak juga menentang kamu’ tidak diterima dan disahkan oleh Islam. Ini adalah disebabkan oleh fakta yang menyatakan bahawa tidak ada yang melampaui kebenaran melainkan kepalsuan. Ianya adalah disebabkan kerana kitab Allah dan sunnah rasul telah mengariskan ciri-ciri persengketaan, telah memberikan amaran kepadanya, dan mengariskan batasan padanya supaya mereka yang binasa telah melakukan menurut bukti yang nyata dan mereka yang selamat telah terselamat menurut bukti yang nyata.

    Pesuruh Allah telah menjelaskan segalanya apabila dia berkata dengan merujuk kepada Ali, ‘wahai Allah! Berbaiklah kepada mereka yang berbaik dengannya, dan jadilah musuh bagi mereka yang menyakitinya! Sokonglah sesiapa yang menyokongnya, dan khianatilah sesiapa yang mengkhianatinya. Dan jadikanlah kebenaran berputar bersama dengannya kepada mana saja dia berpaling..’

    Imam Ali telah menerangkan motif yang menghalang Sa’d dari berpihak dengannya apabila dia berkata didalam syarahan shaqshaqi nya, ‘…..maka seorang diantara mereka mendengarkan kepada dendamnya yang tersembunyi.’

    Komen dari kenyataan yang diatas, Shaykh Muhammad Abdoh berkata:

    Sa’d ibn Abu Waqqas selalu menyembunyikan sesuatu terhadap Ali [as], sesuatu yang berasal dari bapa saudara dipihak ibu: Ibunya adalah Hamna anak perempuan Sufyan ibn Umayyah ibn Abd Shams, dan Ali telah membunuh orang mereka yang paling berani adalah suatu fakta yang diketahui umum. [178]

    Dendam dan dengki yang amat mendalam telah membutakan Sa’d, sehinggakan dia tidak dapat melihat kemuliaan Ali sebagaimana yang terlihat olehnya kepada musuh-musuh Ali. Telah dinyatakan bahawa apabila Uthman melantiknya gabenor Kufa, dia telah memberikan syarahan yang mana dia telah berkata, ‘Taati kepada manusia yang terbaik: Uthman Amirul Mukminin.’

    Sa’d ibn Abu Waqqas telah cenderung kepada Uthman diketika hidupnya dan bahkan selepas pembunuhannya juga. Maka kami telah memahami sebabnya mengapa dia menuduh Ali mengambil bahagian didalam pembunuhan Uthman apabila dia menulis kepada Amr ibn al-As mengatakan, ‘Uthman dibunuh oleh pedang yang dihunus oleh Aisha, diracuni oleh anak Abu Talib….dsb’ Ini adalah suatu tuduhan yang palsu yang mana kepalsuannya sejarah telah nyatakan. Yang sebenarnya, tiada siapa yang telah memberikan lebih nasihat dan lebih mententeramkan Uthman disaat-saat bencananya selain dari Ali, hanya jika pandangannya telah diikuti.

    Apa yang kami rumus dari pendirian Sa’d yang tidak berpihak [lalang] adalah sama dengan apa yang Imam telah nyatakan: dia adalah seorang yang pendendam. Walaupun dia mengetahui akan hak Ali, benci dan dendamnya telah berada diantara dia dengan kebenaran, sehinggakan dia telah terkeliru, tertanya-tanya, dan dia terbahagi oleh perasaan yang mengecamnya dan bergolaknya api penglibatan didalam dirinya dan minda yang sakit lagi cacat oleh adat dizaman jahiliah. Sa’d telah mendengarkan suara dendamnya, dan kejahatan didalam dirinya telah menundukkan perasaannya, menarik dirinya kebawah, menahannya dari memberikan sokongan kepada jalan yang benar.

    Apa yang telah membuktikan yang diatas adalah kenyataan yang diberi oleh ramai ahli sejarah yang telah merakamkan pendiriannya yang mengelirukan. Sebagai contoh Ibn kathir, mengatakan yang berikut didalam buku sejarahnya, Sa’d datang bertemu Muawiya ibn Abu Sufyan. Muawiya bertanya kepadanya: ‘Mengapa kamu tidak memerangi Ali?’ Sa’d berkata: ‘Awan gelap menyelubungi saya, maka saya turun dari unta saya sehingga ianya berlalu. Setelah saya tahu arah tujuan, saya teruskan perjalanan.’ Muawiya berkata, ‘Kitab Allah tidak mengarahkan kamu supaya turun; bahkan, Allah telah berkata: ‘Jika dua kumpulan dari yang beriman memerangi satu dengan yang lain, kamu hendaklah mendamaikan mereka, tetapi jika satu darinya menzalimi yang lain, kamu harus memerangi yang zalim sehingga ia patuh kepada mentaati seruan Allah…’ [hujurat 49:9]. Demi Allah! Kamu tidak berpihak dengan yang zalim menentang yang dizalimi, tidak juga kamu dipihak yang benar menentang yang salah.’ Sa’d berkata: ‘Saya tidak akan memerang seorang yang mana rasul Allah berkata, ‘Kamu kepada saya adalah seumpama Aaron kepada Musa, melainkan tidak ada rasul selepas saya.’ Muawiya bertanya kepadanya: ‘Siapa lagi selain kamu yang mendengarnya?’ Dia berkata: ‘Sipolan dan sipolan…., dan Umm Salamah, juga,’ yang kemudiannya Muawiya bangun, pergi mendapatkan umm Salamah dan bertanya mengenainya. Beliau mengulangi hadith yang sama yang disebutkan oleh Sa’d. Muawiya kemudian berkata: ‘Jika saya telah mendengar hadith itu sebelum hari ini, saya telah menjadi pesuruh bagi Ali sehingga matinya seorang dari kami.’ [179]

    Apa Sa’d ibn Abu Waqqas ceritakan kepada Muawiya yang berkenaan kemuliaan bagi Ali adalah satu diantara ratusan hadith yang seumpamanya yang membawa tajuk yang sama dan tujuan kepada matlamat yang sama: Ali ibn Abu Talib hanyalah individu yang satu yang mewakili pengkhabaran Islam setelah wafatnya pesuruh Allah, dan tiada siapa yang dapat melaksanakannya selain dia. Oleh kerana duduk perkara adalah begitu, maka semua Muslim yang beriman hendaklah berkhidmat kepadanya selagi dia masih hidup. [180]

    Kenyataan Muawiya yang mana dia berkata bahawa jika dia telah mendengar hadith tersebut, dia tentu akan melayani Ali selagi dia masih hidup adalah satu keutamaan yang menjadi kebanggaan bagi setiap lelaki dan wanita beriman. Tetapi Muawiya tidak mengatakan demikian melainkan dari keinginannya untuk merendah dan menghina Sa’d ibn Abu Waqqas supaya dapat menuduhnya sebagai kejam dan memberi aib kepadanya hanya kerana dia telah enggan mengutuk kepada Ali dan kondem beliau makanya telah menentang kehendak Muawiya; sebaliknya, Muawiya mengetahui lebih dari satu hadith yang memuji Ali ibn Abu Talib. Dia juga mengetahui bahawa beliau adalah seorang yang telah mendapat banyak penghargaan selepas rasul, dan inilah yang dia akui didalam suratnya yang dikirimkan kepada Muhammad ibn Abu Bakr yang kami akan nyatakan kemudian, insya Allah.

    Adakah ini telah memberhentikan Muawiya dari mengutuk dan menghina Amirul Mukminin setelah mengetahui hadith dari Sa’d ibn Abu Waqqas dan disahkan kesahihannya oleh Umm Salamah yang ditanyakan mengenainya? Tidak, bahkan dia telah melampaui didalam kesesatannya dan telah dipengaruhi oleh kedegilannya didalam melakukan kesalahan sehinggakan dia telah mula mengutuk Ali dan kesemua ahl al-bayt dan memaksa manusia untuk melakukan yang sama sehingga yang remaja menjadi dewasa melakukannya, dan yang muda menjadi tua melakukan yang sama, selama lapan puuh tahun atau lebih.

    ‘Tetapi sesiapa yang berhujah dengan kamu didalam perkara ini setelah apa yang datang kepada kamu dari pengetahuan, katakan: Mari; biar kita panggil anak-anak kita dan anak-anak kamu, dan perempuan kita dan perempuan kamu, dan kerabat terdekat kita dan kerabat terdekat kamu, kemudian biarlah kita bersungguh-sungguh didalam berdoa dan mintalah untuk kutukan Allah terhadap mereka yang dusta [3:61]

  3. Abd al-Rahman ibn Awf

  4. Namanya semasa dizaman jahiliah adalah Abd Amr, maka rasul memberinya nama yang baru ‘Abd al-Rahman.’ Dia tergulung didalam Banu Zuhra, dan dia adalah sepupu Sa’d ibn Abu Waqqas.

    Dia adalah salah seorang sahabat yang terkemuka dan diantara yang pertama untuk berhijrah dengan rasul ke Madina. Dia ada bersama didalam kumpulan rasul disemua peperangannya. Dia adalah seorang dari yang enam yang disarankan oleh Umar ibn al-Khattab untuk menjadi khalifa; bahkan Umar memberikan dia keutamaan diatas yang lain dengan berkata, ‘Jika kamu berselisih diantara kamu, hendaklah kamu berada didalam kumpulan dimana Abd al-Rahman ibn Awf berada.’ Dia sebagaimana, ahl al-sunnah wal-jamaa’ percaya, adalah juga seorang dari mereka yang menerima khabar gembira dengan memasuki syurga.

    Abd al-Rahman ibn Awf sebagaimana yang telah dikenali, adalah seorang ahli perniagaan yang terkenal dari Quraysh, seorang yang telah meninggalkan dibelakangnya harta yang banyak, menurut para ahli sejarah, termasuk satu ribu unta, satu ratus kuda, sepuluh ribu unta betina dan tanah yang ditumbuhi oleh dua puluh macam tumbuhan. Pusaka yang diwarisi oleh setiap dari empat isterinya yang berjumlah lapan puluh empat ribu dinar. [181]

    Abd al-Rahman ibn Awf adalah abang ipar kepada Uthman ibn Affan: dia mengahwini Ummu Kulthoom anak perempuan Uqbah ibn Abu Mu’eet, adik tiri Uthman dari sebelah ibu.

    Kami telah mengetahui dari buku sejarah bahawa dia telah memainkan peranan utama didalam menjauhkan Ali dari kedudukan khalifa apabila dia memperkenalkan syaratnya dengan mengikuti jejak langkah khalifa Abu Bakr dan Umar, dia telah mengetahui bahawa Ali tidak akan menerima syarat yang sedemikian kerana sunnah kedua-dua mereka ini bertentangan dengan kitab Allah dan sunnah rasul yang asli. Ini saja sudah mencukupi kepada kami sebagai bukti untuk menyatakan betapa fanatiknya Abd al-Rahman ibn Awf didalam menegakkan bidaa zaman jahiliah, telah menjauhkan dirinya dari sunnah Muhammad dan telah melibatkan diri secara aktif didalam komplot untuk menghapuskan keturunan Muhammad supaya dapat mengambil kedudukan khalifa sebagai harta kepunyaan Quraysh untuk dilakukan dengan sekehendaknya.

    Di Bab ‘Buku pada ahkam’ didalam sahihnya, al-Bukhari mempunyai satu bab yang mengatakan bagaimana seorang Imam menerima sumpah setia manusia.

    Didalamnya dia menyebutkan al-Mansoor sebagai berkata,

    Abd al-Rahman mengetuk pintu rumah saya ditengah malam dan terus mengetuknya sehingga saya bangun. Dia berkata kepada saya, ‘Saya lihat kamu sedang tidur! Demi Allah! Mata saya belum dapat tidur malam ini; maka pergilah panggilkan al-Zubayr dan Sa’d ibn Abu Waqqas untuk datang kemari.’ Maka saya bawakan mereka, yang mana dia berunding bersama mereka sebentar kemudian memanggil saya untuk menghampirinya dan memberitahu saya supaya menjemput Ali yang mana saya jemput kemudiannya untuk bertemu dengan kami. Dia terus bercakap dengannya sehingga kebanyakkan malam telah berlalu. Kemudian Ali bangun untuk pergi, merasa penuh harapan, dan Abd al-Rahman selalu merasa khuatir terhadap Ali. Kemudian dia menyuruh saya untuk menjemput Uthman ibn Affan yang saya jemput kemudiannya. Dia terus berunding dengannya sehingga seruan azan memaksakan mereka untuk berpisah untuk melakukan solat fajr. Apabila manusia selesai mengerjakan solat fajr, dan mereka yang sama berkumpul dekat mimbar, mereka suruh panggilkan Muhajirun dan Ansar yang berada didalam kota. Kemudian mereka menjemput ketua-ketua tentera yang hadir pada tahun itu dengan Umar. Apabila mereka telah berkumpul, Abd al-Rahman menyebutkan sahadah kemudian berkata, ‘Wahai Ali! Saya telah melihat kedalam kedudukan manusia dan saya dapati mereka tiada yang sama dengan Uthman; maka janganlah membawa diri kamu kepada bencana.’ Kemudian dia berkata kepada Uthman, ‘Saya bersumpah setia kepada kamu menurut sunnah Allah dan pesuruhnya dan kedua khalifa sesudahnya.’ Abd al-Rahman memberikan sumpah setia kepadanya, kemudian Muhajirun dan Ansar melakukan diikuti oleh ketua-ketua tentera dan para Muslim lainnya. [182]

    Para penyelidik dengan mudah boleh memahami dari cerita ini yang dirakamkan oleh al-Bukhari bahawa komplot itu telah dirancangkan diwaktu malam, dan dia boleh menghargai akan kelicinan Abd al-Rahman ibn Awf, dan pada kenyataannya Umar tidak memilihnya secara rambang.

    Berbalik kepada kenyataan oleh pencerita, al-Mansoor, yang berkata, ‘….memberitahu saya supaya menjemput Ali yang saya jemput kemudiannya untuk bertemu dengan kami. Dia terus bercakap dengannya sehingga kebanyakkan malam telah berlalu. Kemudian Ali bangun untuk pergi, merasa penuh harapan,’ iaitu Ali merasa optimis untuk menjadi khalifa yang berikutnya. Ini membuktikan kepada kami bahawa Abd al-Rahman ibn Awf adalah orangnya yang membuat Ali menaruh harapan untuk menjadi khalifa supaya dia tidak boikot kepada syura yang palsu ini dan menjadi sebab kepada Umma untuk jatuh kepada perselisihan semula sebagaimana yang berlaku di saqeefa berikutan dari pertabalan Abu Bakr sebagai khalifa. Apa yang mengesahkan tepatnya kemungkinan ini adalah kenyataan dari pencerita: ‘….dan Abd al-Rahman selalunya merasa khuatir terhadap Ali.’

    Oleh kerana itu, Abd al-Rahman telah memainkan peranan seorang yang licin dan pandai berdaleh yang telah memberi penuh harapan kepada Ali untuk menjadi khalifa seterusnya, dan bahkan bertahniah kepadanya, tetapi apabila pagi tiba, dan semua ketua-ketua tentera, begitu juga ketua-ketua suku kaum dan ketua kaum Quraysh telah berkumpul, maka barulah Abd al-Rahman mengubah taktik dan memeranjatkan Ali dengan memberitahunya bahawa manusia tidak menganggap sesiapa yang setara dengan Uthman, dan bahawa dia sama ada menerima rancangan tersebut atau akan binasa; iaitu dia akan dibunuh jika dia enggan memberikan sumpah setia kepada orang pilihan mereka, iaitu Uthman ibn Affan.

    Para penyelidik akan memahami dengan nyata dari membaca perenggan yang akhir pada kenyataan bagaimana al-Mansoor berkata, ‘Apabila mereka telah berkumpul, Abd al-Rahman menyebutkan sahadah kemudian berkata, ‘Wahai Ali! Saya telah melihat kedalam kedudukan manusia dan saya dapati mereka tiada yang sama dengan Uthman; maka janganlah membawa diri kamu kepada bencana.’ Mengapakah sebabnya Abd al-Rahman menujukan kenyataannya hanya kepada Ali dari semua yang hadir diketika dan saat itu? Mengapa dia tidak mengatakan sesuatu seperti, ‘Wahai Ali, Talhah, al-Zubayr…. Dsb?’ Inilah sebabnya maka kami merumuskan bahawa komplot itu telah ditetaskan pada malamnya, dan bahawa mereka telah sedar dan dari mula lagi telah membuat keputusan untuk memilih Uthman dan menolak Ali.

    Kami terpaksa menyatakan yang sebenarnya mereka semua khuatir terhadap Ali jika dia menjadi khalifa, kerana dikhuatirkan jika dia beralih kepada keadilan dan persamaan dan menghidupkan semula sunnah rasul dan menghapuskan bidaa dari anak al-Khattab yang mengutamakan sesaorang dari yang lain. Ini terutamanya, kerana Umar pada kenyataannya telah menunjukkan sebelum dia mati kepada tujuan yang sama, memperingatkan mereka terhadap bahayanya Ali, dengan berkata: ‘Jika mereka menyerahkan kedudukan khalifa kepada yang botak [bermaksud Ali], dia pasti memaksa mereka untuk mengikuti laluan,’ bermaksud sunnah rasul yang tidak disukai oleh Umar begitu juga tidak disukai oleh kebanyakkan Quraysh. Jika mereka suka kepada sunnah rasul mereka tentunya telah memilih Ali, dan dia pastinya telah memaksa mereka untuk mengikuti laluan yang betul. Dia akan membawa semua perkara balik seperti dahulu dimasa hidupnya rasul, kerana dialah yang diarahkan dengannya; dialah pemelihara sunnah…

    Sebagaimana kami nyatakan diatas semasa membincangkan Talhah, al-Zubayr dan Sa’d, mereka menanam onak dan duri dan menuai kerugian dan lelah sahaja.

    Marilah kita melihat lebih dekat lagi kepada Abd al-Rahman dan keputusan dari rancangannya. Ahli sejarah mengatakan bahawa Abd al-Rahman menderita dari penyesalannya yang amat sangat setelah melihat bagaimana Uthman menentang laluan yang diikuti oleh kedua orang yang mendahuluinya, memberikan kedudukan jawatan yang tinggi gabenor kepada kerabatnya yang kepada mereka, dia mengalirkan wang yang banyak. Maka dia pergi berjumpa dengan Uthman, dia berkata kepadanya, ‘Saya mengutamakan kamu dari yang lain [183] dengan syarat bahawa kamu memandu kami pada laluan Abu Bakr dan Umar, tetapi kamu telah bertindak bertentangan dengan mereka dan cuba untuk menyenangkan kerabat kamu, memberikan mereka penguasaan diatas nasib kaum Muslim.’ Uthman berkata: ‘Umar biasanya akan memutuskan ikatan persaudaraannya dengan kerabatnya, sedang saya mengekalkannya.’ Abd al-Rahman berkata: ‘Saya telah bersumpah kepada Allah bahawa saya tidak akan berkata-kata dengan kamu lagi,’ dan dia sebenarnya tidak melakukannya sehingga dia mati dengan perasaan marah terhadap Uthman. Sedang dia sakit sebelum kematiannya, dia telah diziarahi oleh Uthman. Dia memalingkan mukanya dari uthman untuk melihat kedinding, berkeras tidak akan mengatakan apa-apa kepadanya. [184]

    Begitulah kehendak Allah [awj] yang telah mengkabulkan doa Imam Ali yang berkenaan dengan Abd al-Rahman sebagaimana Dia telah mengkabulkan doa nya yang berkenaan dengan Talhah dan al-Zubayr yang keduanya kemudian terbunuh.

    Mu’tazilah pengarang Ibn Abul-Hadid berkata didalam bukunya Sharh Nahjul-Balagha bahawa Ali amat marah dengan peristiwa ‘syura’ itu, dan dia mengetahui apa yang Abd al-Rahman telah rancangkan, maka dia berkata kepadanya:

    Demi Allah! Kamu telah tidak melaksanakannya melainkan kamu mengharap dari dia untuk melakukan sesuatu untuk kamu apa yang setiap orang dari kamu harapkan dari seorang kawan untuk melakukan untuknya! Semoga Allah memerahkan [perah] diantara kamu berdua wangian [185] Mansham. [186]

    Apa yang Imam maksudkan adalah Abd al-Rahman berharap bahawa Uthman akan mencalunkan dia sebagai penggantinya kepada kedudukan khalifa sebagaimana Abu Bakr telah lakukan kepada Umar. Ali telah juga katakan kepadanya: ‘Perahlah sebahagian susu yang mana ada bahagiannya untuk kamu, dan ikatkanlah simpulan untuknya hari ini supaya esok dia akan membalasnya pula untuk kamu.’

    Dan pada wangian Mansham yang Ali [as] telah mendoakan disini, ianya adalah kata-kata yang biasa digunakan, diantara manusia ada yang akan berkata: ‘Ini adalah lebih buruk dari wangian Mansham,’ suatu rujukan kepada perselisihan dan pergaduhan dalaman.

    Allah telah mengkabulkan kepada doa Imam.

    Tidak sampai beberapa tahun berlalu sebelum Dia menjangkitkan kepada mereka permusuhan. Abd al-Rahman menjadi musuh kepada anak menantunya; dia tidak berkata-kata kepadanya sehingga dia mati. Tidak ada siapa yang diizinkan untuk melakukan solat jenazah untuknya….

    Penyelidikan yang ringkas ini dengan nyata telah menunjukkan kepada kita yang sebenarnya bahawa Abd al-Rahman ibn Awf adalah seorang ketua Quraysh yang menghapuskan sunnah rasul dan mengantikannya dengan bidaa kedua-dua khalifa. Ianya juga jelas bagi kita bahawa hanya Imam Ali mengorbankan kedudukannya sebagai khalifa, begitu juga dengan apa-apa yang berkaitan dengannya supaya dapat menyelamatkan sunnah Muhammad yang juga abangnya, dan juga sepupunya, Muhammad ibn Abdullah [sawaw] telah memperkenalkan.

    Kamu telah, wahai pembaca, dengan tiada keraguan telah mengetahui ‘ahl al-sunna wal-jamaa’ sebagaimana mereka yang sebenarnya. Kamu sendiri telah mengetahui siapa mereka yang mengikuti sunnah sebenarnya. Orang yang beriman itu mulia dan tidak akan digigit dua kali pada lobang yang sama.


  5. Aishah anak perempuan Abu Bakr ‘Umm Mukminin’

  6. Dia adalah isteri kepada rasul dan Umm Mukminin. Rasul mengahwininya didalam tahun kedua atau ketiga selepas hijrah, dan menurut kepada kenyataan yang mashor, dia berusia lapan belas tahun ketika rasul wafat.

    Allah melarang orang-orang yang beriman untuk mengahwini isteri rasul selepas wafatnya; Dia berkata: ‘Ia tidak dibolehkan kamu untuk menyakiti hati rasul, tidak juga boleh kamu mengahwini isterinya selepas dia sama sekali; ini tentunya suatu kesalahan yang besar didalam pandangan Allah. [33:53] dan juga, ‘Rasul mempunyai lebih kuasa diatas diri mereka yang beriman dari mereka keatas diri mereka sendiri, dan isterinya adalah seumpama ibu kepada mereka.’ [33:6]

    Kami telah menunjukkan kepada fakta bahawa rasul telah disakitkan hatinya apabila dia mendengar Talhah berkata, ‘Apabila Muhammad mati, saya akan mengahwini sepupu saya Aisha.’ Allah [awj] hendak menyatakan kepada yang beriman bahawa mereka dilarang dari mengahwini isteri rasul sebagaimana mereka dilarang dari mengahwini ibu mereka sendiri. Aisha tidak mempunyai anak. Dia adalah seorang dari pesonaliti yang terkenal kepada Muslim, kerana dia memainkan peranan yang utama didalam membawa orang-orang yang tertentu hampir kepada kedudukan khalifa dan menjauhkan yang lain darinya. Dia memberikan keutamaan kepada orang-orang yang tertentu dan mengabaikan yang lainnya. Dia melibatkan diri didalam peperangan, mengepalai peperangan yang didalamnya semua lalaki, menghantar surat kepada kepala suku-suku kaum, mengarah mereka untuk melakukan dan tidak melakukan, melantik dan memecat ketua tentera. Dia mengetuai peperangan Jamal, dan keduanya Talhah dan al-Zubayr berkhidmat dibawah pemerintahan tenteranya.

    Kami tidak berhajat untuk menceritakan secara khusus peranan yang dia mainkan ketika hidupnya, kerana kami telah bincangkan mengenainya dengan panjang didalam buku kami ‘Tanya Mereka yang Mengerti’; maka para penyelidik boleh melihat kepadanya jika dia hendak mengetahui yang sama. Apa yang mengambil perhatian kami didalam penyelidikan ini adalah ijtihad dia sendiri, dia telah merubah sunnah rasul. Beberapa contoh terpaksa diketengahkan supaya kita dapat memahami dari perbincangan terhadap ‘pesonaliti yang agung’ yang mana manusia ahl al-sunna wal-jamaa telah membanggakan dan yang mereka anggap sebagai model contoh, mengutamakan mereka diatas para Imam yang suci dari keturunan rasul.

    Ini tidak lain adalah fanatik dari bersuku-suku yang telah memadamkan sunnah rasul, menanamkan kesucian sifatnya dan memadamkan cahayanya. Jika tidaklah kerana Ali dan para Imam dari keturunannya, kita tidak akan jumpai apa-apa yang tinggal dari sunnah rasul.

    Kita telah mengetahui bahawa Aisha tidak bertindak diatas sunnah rasul Allah, tidak sedikitpun juga dia mengindahkannya. Walaupun dia telah mendengar banyak hadith yang memuji kepada Ali, dia menafikannya dan bertindak dengan yang bertentangan padanya. Dia melanggar perintah Allah, begitu juga dengan arahan pesuruhNya yang mana telah ditujukan khas kepada dirinya, maka dia tetap keluar untuk mengetuai peperangan jamal yang hina itu, yang mana kesucian telah ternoda dan manusia yang tidak bersalah menjadi korban. Dia mengkhianati sumpahnya yang bertulis kepada Uthman ibn Haneef, dan apabila mereka bawakan orang-orangnya [pengikut Uthman ibn Haneef] kepada dia [Aisha] dengan diikat, dia mengarahkan supaya kepala mereka dipenggalkan. [187]

    Tinggalkanlah ketepi api peperangan dan perselisihan yang mana Umm Mukminin telah nyalakan, menyebabkan bumi dan apa yang diatasnya terbakar hangus disebabkannya, dan marilah kita bincangkan mengenai tafsiranya sendiri, dan telah mengikuti pada pandangannya dengan apa yang berkaitan pada agama Allah. Jika pandangan para sahabat boleh diambil kira dan kenyataannya boleh digunakan sebagai hujah, apa akan kamu katakan mengenai seorang yang mana setengah dari agama ini sepatutnya diambil?!

    Al-Bukhari didalam sahihnya, didalam bab pada solat qasr, al-Zuhri menyebutkan dari Urwah yang menyebutkan dari Aisha, yang berkata: ‘Solat yang wajib pada mulanya adalah dua rakaat, maka solat bagi yang musafir telah ditentukan, kemudian solat bagi mereka yang tidak bermusafir hendaklah bersolat dengan penuh.’ Al-zuhri berkata, ‘Saya bertanya kepada Urwah, ‘Mengapa Aisha pula solat ketika bermusafir dengan penuh?’ Dia berkata: ‘Dia mengikut tafsiran yang sama seperti yang dilakukan oleh Uthman.’ [188]

    Tidakkah kamu terperanjat bagaimana Umm Mukminin dan isteri rasul meninggalkan sunnah pesuruh Allah, yang mana dia sendiri telah sampaikan dan yang mana kesahihannya dia sendiri beri pengakuan, hanya untuk mengikuti bidaa Uthman ibn Affan, yang mana dia sedang menggalakkan manusia untuk membunuhnya, mengatakan bahawa dia mengubah sunnah rasul dan merosakkannya sebelum pakaiannya sendiri menjadi lusuh?! [baru saja menjadi khalifa telah banyak membuat kerosakkan……pent]

    Ya, inilah yang sebenarnya terjadi semasa khalifa Uthman, tetapi dia merubah fikiran sekali lagi semasa pemerintahan Muawiya ibn Abu Sufyan. Dia mendesak manusia supaya membunuh Uthman, tetapi apabila dia mengetahui bahawa mereka telah membunuhnya, dan mereka memberikan sumpah setia kepada Ali, dia menukar fikiran dan keluar menuntut pembalasan untuknya!

    Kami rumuskan dari cerita yang diatas iaitu dia bersolat, ketika bermusafir, dengan penuh keempat-empat rakaat, sepatutnya dua. Dia melakukan begitu juga ketika pemerintahan Muawiya, yang bersusah payah untuk menghidupkan kembali semua bidaa sepupunya dan yang memberi manfaat kepadanya Uthman ibn Affan.

    Manusia mengikut agama pemerintahnya. Aisha adalah diantara yang mereka berbaik semula dengan Muawiya setelah permusuhan mereka; dialah orangnya yang telah membunuh adiknya Muhammad ibn Abu Bakr dan mencincang jasadnya dengan cara yang amat kejam. Walaupun semua itu, persamaan didalam kepentingan dunia telah menyatukan musuh dan menjadikan persaudaraan diantara yang zalim; maka Muawiya cuba menyenangkan dia, dan dia cuba menyenangkan Muawiya, dan dia mula mengirimkan hadiah dan wang yang banyak kepada Aishah.

    Ahli sejarah mengatakan bahawa apabila Muawiya sampai ke Madina, dia pergi menziarahi Aisha. Setelah duduk, Aisha berkata kepadanya: ‘O Muawiya! Adakah kamu rasa selamat terhadap saya menyembunyikan sesaorang yang akan membunuh kamu sebagai balasan terhadap kamu yang membunuh adik saya Muhammad ibn Abu Bakr?’ Muawiya berkata: ‘Bahkan saya telah memasuki rumah yang selamat.’ ‘Tidakkah kamu takut kepada Allah,’ dia menyambung, ‘Apabila kamu membunuh Hujr b. Adi dan pengikutnya?’ Dia berkata: ‘Bahkan, mereka yang membuat pengakuan terhadapnya yang telah membunuh mereka.’ [189]

    Mereka juga menceritakan dengan berkata bahawa Muawiya pernah menghatar kepadanya hadiah, pakaian, dan barang berharga yang lainnya, dan satu ketika dia hantar kepadanya satu ratus ribu dinar sekali gus [190] Dia juga menghantarkan kepadanya pada ketika dia berada di Mekah rantai leher yang berharga satu ratus ribu dinar dan membayar semua hutang-hutangnya yang berjumlah lapan belas ribu dinar sebagai tambahan kepada apa yang dia selalu berikan kepada yang lainnya. [191]

    Didalam buku saya bertajuk ‘Tanya Mereka yang Mengerti’, saya menunjukan bahawa dalam satu hari, dia membebaskan empat puluh hamba sebagai kifarat terhadap melanggar sumpahnya. [192]

    Pemerintah dan gabenor dari gulongan Banu Umayyad selalunya akan cuba untuk menyenangkan dirinya dan hantar kepadanya hadiah dan wang. [193]

    Ingat bahawa Abu Bakr adalah orangnya yang berkongsi penguasaan dengan Muawiya yang dilantiknya sebagai wali bagi Syria selepas kematian abangnya, dan Muawiya selalunya akan menghargai pertolongan Abu Bakr keatas dirinya, tanpa Abu Bakr, Muawiya tidak akan dapat bermimpi untuk menjadi khalifa.

    Lebih-lebih lagi Muawiya biasa bertemu dengan kumpulan ini, yang apabila mereka membuat rancangan yang besar untuk menghapuskan sunah dan menghancurkan keturunan rasul. Tidak ada dendam diantara Muawiya dan Aisha. Walaupun Aisha bertanya kepada dia: ‘Adakah kamu rasa selamat terhadap saya menyembunyikan sesaorang yang akan membunuh kamu sebagai balasan terhadap kamu yang membunuh adik saya Muhammad ibn Abu Bakr?’ tiada lebih dari gurauan kepadanya; dia [Aisha] tidak pernah mencintai anak lelaki wanita dari suku Khath’am iaitu, Muhammad ibn Abu Bakr, yang telah menentang dia setelah berpihak kepada Ali dan yang telah menganggap sebagai halal untuk membunuhnya [Aisha]. Dia juga berkongsi kebencian bersama Muawiya terhadap ‘Abu Turab’ sehingga diluar batasan dan dengan segala dendam yang manusia dapat bayangkan. Didalam semua ini, saya tidak tahu siapa dari mereka yang mendapat markah yang lebih tinggi: Adakah dia [Muawiya] yang memerangi, mengutuk dan menghinakan dia [Imam Ali] dan yang telah memadamkan cahayanya? Atau adakah dia [Aishah] yang telah berkerja keras untuk mengenepikan dia dari kedudukan khalifa, berperang dengannya dan mencuba sedaya upaya untuk melenyapkan namanya dari kenyataan dan keluar menunggang keldai untuk mendesak Banu Umayyad supaya memeranginya, meminta bantuan mereka untuk menentang Banu Hashim dengan berkata: ‘Jangan izinkan sesaorang yang saya tidak suka untuk memasuki rumah saya?’ Dia juga cuba untuk memulakan satu lagi peperangan, sehinggakan sebahagian dari kerabatnya bertanya kepada dia: ‘Tidakkah mencukupi [perasaan malu] untuk kami apa yang kamu lakukan pada ‘Pada hari unta merah’ supaya manusia mempunyai satu lagi ‘Pada hari keldai kelabu?!’

    Tidak ada keraguan dia telah berada dizaman pemerintahan Banu Umayyah dan telah mendengar mereka mengutuk Ali dan ahl al-bayt dari atas mimbar tanpa menyatakan kebenciannya terhadap perbuatan itu, tidak juga dia melarangnya, mungkin juga dia dengan tidak secara langsung telah menyokongnya.

    Imam Ahmad ibn Hanbal, sebagai contoh, telah menulis yang berikut didalam musnadnya:

    Seorang lelaki datang kepada Aisha dan berkata yang tidak baik mengenai kedua-duanya Ali ibn Abu Talib dan Ammar ibn Yasir. Aisha berkata, ‘Dan bagi Ammar, saya telah mendengar rasul sebagai berkata bahawa apabila dia [Ammar] terpaksa memilih diantara dua perkara, dia akan memilih kepada yang lebih rasional.’[194]

    Maka kami tidak terperanjat untuk melihat Aisha membiarkan sunnah rasul dikuburkan sedang bidaa Uthman dihidupkan dengan yang berkenaan solat dengan jumlah yang penuh diketika musafir supaya dapat menyenangkan Muawiyah dan pemerintah Umayyah yang lainnya yang mengikutinya kemana saja dia pergi, meninggikan dia dan mengambil agama mereka darinya.

    Telah menjadi nyata kepada kami bahawa ahl al-sunna wal-jamaa menyembah Allah dengan mengikuti teks yang Allah tidak pernah wahyukan, tanpa penelitian yang bersungguh-sungguh, atau memeriksanya. Jika mereka telah memeriksa bidaa yang demikian, mereka pasti mendapatinya bersalahan, dan mereka dengan rela meninggalkannya. Inilah yang saya sendiri alami bersama dengan beberapa orang ulama sunni yang berfikiran terbuka. Apabila mereka menjumpai hadith yang bersamaan dengan menyusukan orang dewasa, mereka menjadi terkejut dan tidak dapat berkata apa-apa, dan mereka mengatakan kepada saya bahawa mereka tidak pernah mendengarnya dahulu. Ini adalah fenomena [keadaan] yang lumrah bagi ahl al-sunna wal-jamaa. Kebanyakkan hadith yang dinyatakan oleh shia untuk berhujah dengan mereka adalah yang dirakamkan didalam sahih sunni sedangkan ahl al-sunna tidak tahu mengenainya dan menganggap sesiapa yang menyampaikannya sebagai fasik atau murtad.

    Allah telah menunjukkan contoh kepada mereka yang kafir, isteri Noah dan isteri Lut; mereka dibawah kedua-dua hamba Kami yang beriman, tetapi mereka mengkhianatinya, maka mereka [suaminya] tidak dapat menyelamatkannya dari Allah sedikitpun, dan telah dikatakan kepada mereka: Masuklah kedua kamu kedalam api bersama-sama mereka yang memasukinya. [66:10]

  7. Khalid ibn al-Waleed

  8. Khaleed ibn al-Waleed ibn al-Mugheerah tergulong pada Banu Makhzum, dan dia diberi oleh ahl al-sunnah wal-jamaah gelaran ‘pedang Allah’.

    Bapanya adalah salah seorang yang terkaya yang mana hartanya tidak terjumlahkan. Abbas Mahmud al-Aqqad berkata: ‘Dia adalah orang yang terkaya hidup menurut kriteria yang selalu diketahui: emas, perak, taman bunga, taman anggur, barang perdagangan, hartanah, orang suruhan, gundek, hamba, dsb. Itulah sebabnya dia digelar tiada tandingnya. [195] Bapanya tiada yang lain dari al-Waleed ibn al-Mugheerah yang telah diberitahukan sebagai yang akan dibakar didalam api neraka dan dimaksudkan dengan yang paling tegas oleh Quran didalam ayat yang berikut:

    Biarkan Aku dan dia yang Aku cipta sedirian, dan memberikan kepada dia harta yang banyak, dan anak-anak yang berada disisinya, dan Aku sesuaikan urusan untuknya dengan sewajarnya, bahkan dia menginginkan supaya Aku menambahnya lagi! Tidak sekali-kali! Sesungguhnya dia menentang ayat-ayat Kami, Aku akan jadikan siksaan dan kesusahan menimpa dirinya, sesungguhnya dia berfikir dan merencana, semoga dia menerima kutukan sebagaimana dia merencana! Sekali lagi semoga dia menerima kutukan sebagaimana dia merencana!; kemudian dia melihat, kemudian dia bermuka masam dan bertambah masam, kemudian dia berpaling dan membangga dan sombong, kemudian dia berkata: Ini tidak lain tetapi sihir yang disampaikan [oleh yang terdahulu]; Ini tidak lain dari perkataan manusia. Aku akan campakkannya kedalam neraka. Dan apa yang akan menyedarkan kamu apakah neraka itu? Ia tidak meninggalkan dan tidak membiarkan; Ia membakar manusia. Diatasnya ada sembilan belas. [74: 11 – 30]

    Telah dikatakan bahawa al-Waleed telah pergi berjumpa rasul untuk cuba memikat baginda dengan harta supaya baginda dapat meninggalkan agama yang sedang baginda sebarkan, yang mana Allah telah turun ayat ini disebabkan kejadian itu:

    Janganlah engkau ikut orang yang banyak bersumpah lagi hina, mencaci berkeliling mengadu-adu, menghalang kebajikan, melampaui batas dan berbuat dosa, keji dan selain dari itu semua, keji kelahiran, hanya kerana dia memiliki harta dan anak-anak. Apabila ayat-ayat kami dibacakan kepadanya, dia berkata: Cerita dari mereka orang yang terdahulu. Kami akan memberikan tanda pada hidungnya… [68:10 – 16]

    Pada fikiran al-Waleed dia lebih layak menjadi rasul dari Muhammad; dia pernah berkata, ‘Adakah sepatutnya Quran dan kerasulan diturunkan kepada Muhammad yang miskin sedangkan aku, pemimpin bagi segala ketua diantara Quraysh, telah diabaikan?’

    Diatas dokterin inilah Khalid ibn al-Waleed telah dibesarkan, benci terhadap Islam, rasul Islam yang telah menghampakan impian bapanya dan memperkecilkan asas kekuasaannya. Maka Khalid telah mengambil bahagian didalam semua peperangan menentang pesuruh Allah.

    Tidak diragukan bahawa Khalid pernah berkongsi kepercayaan bersama dengan bapanya, bahawa dialah yang lebih layak kepada kerasulan dari Muhammad, yatim yang miskin. Oleh kerana Khalid sama seperti ayahnya seorang yang terkemuka didalam Quraysh, jika tidak yang paling terkemuka sekalipun, dia merasakan bahawa dia yang harus mendapat bahagian yang terbesar dari Quran dan kerasulan jika ianya hanya kepunyan bapanya, dan dia yang harus mewarisi kerasulan dan penguasaan sama seperti Sulaiman telah mewarisi dari Daud. Merujuk kepada kepercayaan sebegitu yang Allah [awj] telah berkata:

    Apabila kebenaran datang kepada mereka, mereka berkata: Ini adalah sihir, dan didalamnya adakah kami kafir. Dan mereka berkata: Kenapa Quran ini tidak diturunkan kepada sesaorang yang terkenal didalam kedua-dua kota? [43:30 – 31]

    Maka tidaklah hairan jika dilihat bagaimana dia mencuba sedaya upaya untuk menghapuskan Muhammad dan misinya. Kita dapati dia menubuhkan tentera yang besar dibiayai dari kekayaannya semasa peperangan Uhud, tinggal didalam persembunyian untuk menyerang rasul didalam percubaan untuk menghapuskannya. Semasa didalam tahun perjanjian Hudaybiya, dia juga mencuba untuk membunuh rasul, tetapi Allah [awj] menggecewakan segala rancangannya, menjadikan semuanya gagal; menyokong pesuruhNya didalam semua keadaan.

    Apabila Khalid mengetahui, sebagaimana juga mereka ahli yang terkenal dikalangan Quraysh, bahawa pesuruh Allah tidak dapat dikalahkan, melihat bagaimana manusia menerima agama Allah dengan ramainya, maka barulah mereka mengalah kepada kenyataan dan menyembunyikan keluhan mereka. Maka penerimaannya kepada Islam datang lewat, selewat sesudah lapan tahun selepas hijrah, hanya empat bulan sebelum penaklukan Mekah.

    Khalid merasmikan penerimaannya terhadap Islam dengan bertindak yang bertentangan dengan arahan yang dikeluarkan oleh pesuruh Allah supaya tidak membunuh sesiapa. Khalid memasuki Mekah pada hari penaklukan setelah membunuh lebih dari tiga puluh orang yang dari kebanyakkannya Quraysh walaupun rasul telah dengan nyata mengarahkan mereka supaya tidak membunuh sesiapa.

    Tidak kira berapa banyak alasan yang diberikan oleh sebahagian manusia kepada Khalid dengan mengatakan, bahawa dia telah dilarang untuk memasuki Mekah, dan bahawa mereka menghadapi dia dengan bersenjata, dia tetap tidak dibolehkan untuk membunuh sesiapa setelah dilarang oleh rasul sendiri dari melakukannya; dia boleh pergi kepintu yang lain untuk memasuki ke dalam kota tanpa pergaduhan seperti yang lain, atau menghantar berita kepada rasul untuk mendapatkan nasihatnya berkenaan dengan mereka yang menghalangnya dari memasuki kedalam kota. Tetapi tiada satupun yang dilakukan. Bahkan dia mengikuti pendapatnya, menentang apa yang telah didengarnya dengan nyata dari pesuruh Allah.

    Oleh kerana kita sedang memperkatakan mengenai mereka yang mengikuti pendapat sendiri walaupun pada menentang terhadap teks yang ada, sesuatu yang mendapat ramai penyokong dan peminat, atau katakan satu akademinya yang tersendiri yang mana darinya ramai para sahabat yang agung dan para perundangan telah mendapat ijazah darinya, sebuah akademi yang kemudiannya diberi nama akademi khalifa, kami tidak dapat mengelak dari menunjukkan disini kepada fakta bahawa ijtihad didalam pengertian sedemikian tidaklah lain dari engkar terhadap Allah dan pesuruhNya. Kami telah menjadi biasa kepada melihat rujukan yang dibuat kepada ijtihad bertentangan dengan teks yang ada, sehinggakan ianya kelihatan seolah-olah ianya benar-benar sah. Yang sebanarnya kami terpaksa menyatakan bahawa khalid telah engkar terhadap arahan rasul dan mengatakan bahawa dia telah mengikuti pandangannya sendiri walaupun terdapat teks yang nyata. Inilah yang Quran telah mengajarkan kepada kita untuk melakukannya; Allah telah berkata: ‘…Adam telah mendurhakai tuhannya, maka kehidupannya menjadi kejahatan [padanya]…. [20:121]. Ini adalah disebabkan kerana Allah telah melarang dia dari memakan dari pohon larangan. Oleh kerana Adam memakan darinya, kita tidak bolehlah katakan, ‘Adam telah mengikut ijtihadnya sendiri yang bertentangan dengan teks yang ada.’

    Setiap seorang Muslim hendaklah membatasi diri mereka dari melampau dan menyuarakan pandangannya didalam sesuatu isu yang mengenai arahan mengizinkan atau melarang yang telah pun diperintahkan oleh Allah atau pesuruhNya, kerana itu sudah pastinya murtad. Allah telah berkata kepada para malaikat, ‘Sujudlah kepada Adam.’ Ini adalah satu arahan. ‘Maka mereka sujud,’ [20:116]; ini adalah tidak balas yang positif, satu perbuatan yang menyerah, tanda yang menunjukkan taat. Terkecuali iblis: dia mengikuti pandangannya sendiri, maka dia berkata: ‘Saya lebih baik dari dia; jadi mengapa saya harus sujud kepadanya?’ Disini kita dapati pertentangan, pemberontakkan, tidak kiralah siapa yang lebih baik dari siapa: Adam atau Iblis. Itulah makanya Allah [awj] telah berkata: ‘Tidak dibolehkan mana-mana lelaki dan wanita yang beriman untuk membuat pilihan didalam hal [perkara] mereka setelah Allah dan pesuruhNya telah membuatkan keputusan keatasnya, dan sesiapa yang engkar kepada Allah dan pesuruhNya sesungguhnya telah sesat dengan kesesatan yang nyata..’ [33:36]

    Adalah diatas fakta ini bahawa Imam ja’far al-Sadiq merujuk apabila dia berkata kepada Abu Hanifa satu ketika, ‘Janganlah menggunakan kias, kerana jika ianya digunakan terhadap syariah, ianya akan terhapus, dan orang yang pertama menggunakan kias adalah Iblis apabila dia berkata, ‘Saya lebih baik dari dia; Engkau jadikan aku dari api sedangkan menjadikan dia dari debu..’ [7:12 dan 38:76]

    Kenyataannya adalah ‘…jika ianya digunakan kepada syariah, ianya akan terhapus,’ ini adalah petunjuk yang terbaik pada tidak sahnya kias. Jika manusia mengikuti pandangan mereka yang serong dihadapan teks yang terang maka tidak akan adalah syariah sama sekali. ‘Jika kebenaran adalah pada mengikuti kehendak mereka [yang rendah], langit dan bumi dan apa yang ada diantaranya pastinya akan binasa…’ [23:71]

    Setelah membentangkan secara ringkas prinsip ijtihad, marilah kita lihat bagaimana Khalid ibn al-Waleed melanggar arahan yang diberi oleh pesuruh Allah pada peristiwa yang lain apabila dia telah dihantar oleh rasul ke Banu Juthaymah untuk mengajak mereka kepada Islam. Rasul tidak mengarahkan Khalid untuk memerangi sesiapa. Bahkan Khalid pergi kesana dan melakukan pembunuhan keatas mereka, walaupun setelah mereka menyatakan telah menerima Islam, dan telah membunuh sebahagian dari mereka dengan kejam, sehinggakan Abd al-Rahman ibn Awf, yang menjadi saksi kepada insiden tersebut, berkata bahawa Khalid telah membunuh mereka diatas keinginan untuk membalas dendam untuk kedua-dua bapa saudaranya yang telah dibunuh oleh Banu Juthaymah [196]. Apabila rasul Allah mendengar mengenainya pengkhianat yang amat keji itu, baginda tiga kali melepaskan dirinya dihadapan Allah dari apa yang telah dilakukan oleh Khalid ibn al-Waleed. Kemudian baginda menghantar kepada mereka Ali ibn Abu Talib dengan membawa harta yang banyak kepada mereka untuk membayar tebusan wang darah, darah yang telah ditumpahkan oleh Khalid.

    Tidak kiralah berapa banyaknya alasan yang diberikan oleh ahl al-sunnah wal-jamaa untuk Khalid ibn al-Waleed, halaman muka surat sejarah telah penuh dengan trajedi yang dia telah lakukan dan penentangannya kepada kitab Allah dan sunnah pesuruhNya. Mencukupilah bagi para penyelidik untuk membaca riwayat hidupnya dan apa yang dia telah lakukan di Yamama semasa pemerintahan Abu Bakr, bagaimana dia mengkhianati Malik ibn Nuwayrah dan membunuh orang-orangnya dengan kejam walaupun mereka Islam kemudian mengahwini isteri Malik dan bersatu dengannya pada malam yang sama, dimana suaminya dibunuh, menolak syariah Islam dan prinsip wira Arab.

    Bahkan Umar ibn al-Khattab, walaupun dia tidak mematuhi sangat didalam melaksanakan perundangan Islam, telah mendedahkan dia, dan memanggil dia sebagai musuh Allah, dan berjanji akan merejam dia sehingga mati.

    Adalah kewajipan penyelidik untuk meneliti sejarah dengan mata yang tajam dan dari pendirian kritikos yang membina yang akan membawa mereka kepada kebenaran tanpa ada sebarang keraguan dan berpihak. Mereka juga tidak harus dikuasai oleh fanatik perkauman, kerana mereka akan menilai sesaorang dengan berdasarkan penilaian mereka kepada hadith rasul yang telah diperbarui. Ahl al-sunna wal-jamaa yang sebenarnya adalah Banu Umayyad, telah menghapuskan semua kejadian sejarah dengan satu hadith yang mana mereka sendiri telah ciptakan supaya dapat memberhentikan [menghalang] dari mencari yang benar. Betapa mudahnya bagi salah seorang dari mereka untuk mengatakan, ‘Pesuruh Allah berkata kepada Khalid ibn al-Waleed, ‘Selamat datang wahai pedang Allah!’ maka hadith yang palsu ini telah mengawal hati manusia Muslim yang tidak berdosa yang hanya memikirkan yang baik terhadap orang lain, dan tidak tahu apa yang disembunyikan oleh orang lain dan apakah rancangan yang Umayyad telah rancangkan. Berdasarkan dari hadith yang palsu ini, maka mereka mentafsirkan segala fakta yang dikatakan terhadap Khalid dan mencarikan alasan untuknya. Inilah yang dikatakan kesan fisikologikal terhadap manusia, dan ianya adalah suatu keadaan atau penyakit tenat yang telah menghalang sesaorang dari sampai kepada kebenaran, memusingkan fakta dari atas kebawah.

    Biarlah kami berikan kepada kamu satu contoh:

    Abu Talib, bapa saudara rasul telah dikatakan mati sebagai seorang kafir, dan bahawa rasul telah berkata mengenainya, ‘Abu Talib didalam tasek api yang mana otaknya telah mengelegak.’ Oleh kerana hadith yang palsu ini ahl al-sunna wal-jamaa telah mempercayai bahawa Abu Talib adalah seorang yang kafir, dan dia didalam api neraka. Maka mereka tidak menerima sebarang analisis yang rasional yang akan membawa mereka kepada kebenaran. Melalui hadith ini, riwayat hidup Abu Talib, perjuangannya didalam mempertahankan Islam dan disebabkan oleh perjuangan inilah orang-orangnya sendiri telah menjadikan dia sebagai musuh, sehinggakan dia sanggup menerima penderitaan pemulauan mereka dilembah Mekah selama tiga tahun oleh sebab anak saudaranya, boikot yang mana mereka terpaksa makan daun untuk hidup, kewiraan pendiriannya begitu juga syiar pegangannya didalam mempertahankan panggilan rasul…, semua ini telah tersembunyi. Disebabkannya, mereka telah mengenepikan semua yang telah dilakukan oleh rasul didalam memuji bapa saudaranya, bagaimana baginda telah memandikan jasadnya dan mengkafankannya dengan pakaiannya sendiri dan baginda sendiri meletakkan jasadnya didalam kubur untuk bersemadi, menamakan tahun dimana baginda kehilangannya sebagai ‘aam al-huzn’ tahun kedukaan, dengan berkata: ‘Demi Allah! Quraysh tidak dapat melakukan apa-apa kepada ku melainkan selepas kematian Abu Talib. Allah telah menurunkan wahyu kepada ku dengan berkata: ‘Keluarlah dari Mekah, kerana penyokong kamu telah mati,’ yang mana baginda telah berhijrah dari Mekah serta merta.

    Ambillah satu lagi contoh:

    Sufyan ibn Harb, bapa Muawiya, telah dikatakan menerima Islam setelah kota Mekah ditawan, dan bahawa rasul telah berkata mengenainya, ‘Sesiapa yang memasuki rumah Abu Sufyan akan terselamat.’ Berdasarkan kepada hadith ini yang tidak menpunyai apa-apa penghargaan juapun tidak juga apa-apa kemuliaan baginya, ahl al-sunna wal-jamaa percaya bahawa Abu Sufyan menjadi Muslim, bahawa penerimaan Islamnya adalah yang baik, dan bahawa dia didalam syurga kerana Islam telah membatalkan segala perbuatannya yang lalu.

    Mereka tidak menerima selain dari yang ini, analisis rasional yang membolehkan mereka untuk sampai kepada kebenaran. Dan melalui hadith ini segala yang Abu Sufyan telah lakukan terhadap pesuruh Allah dan pengkhabarannya telah dimaafkan, dan telah dilupakan segala peperangan yang telah dipimpin dan dibiayainya supaya dapat menghapuskan Muhammad. Dan dendam dan permusuhannya terhadap rasul telah dilupakan. Apabila mereka datang kepadanya [Abu sufyan] dan berkata: ‘Terimalah Islam jika tidak kami pukul leher kamu dengan pedang ini,’ Dia [Abu sufyan] berkata: ‘Saya mengaku bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah.’ Mereka berkata kepadanya, ‘Mengaku bahawa Muhammad adalah pesuruh Allah.’ Dia membalas dengan berkata: ‘Dan bagi yang ini, saya mempunyai didalam diri saya sesuatu yang menentangnya.’

    Setiap kali dia bertemu dengan rasul setelah menerima Islam, dia dengan perlahan berkata kepada dirinya sendiri, ‘Dengan apakah orang ini melebihi aku?’ Maka barulah rasul membalas kepadanya dengan kuat dengan berkata: ‘Melalui Allah saya telah melebihi kamu, O bapa pada Sufyan!’

    Ini hanyalah dua contoh saya telah bawakan dari sejarah Islam supaya para penyelidik dapat melihatnya dengan nyata kepada kesan fisikologi sebahagian manusia terhadap yang lainnya, dan bagaimana kesan yang sedemikian telah menyelubungi mereka dari perkara yang sebenar. Maka kami telah memahami bahawa ahl al-sunna wal-jamaa telah mengelilingi para sahabat yang bercahaya dengan hadith palsu yang telah memberikan kepada mereka kekebalan dan kesucian didalam hati manusia-manusia awam yang tidak boleh lagi menerima kritikan atau kesalahan dari mereka.

    Jika seorang Muslim telah yakin bahawa manusia-manusia ini telah diberikan oleh pesuruh Allah khabar gembira dengan memasuki syurga, dia tidak akan menerima sebarang kritikan terhadap mereka, dan apa saja yang mereka lakukan telah dianggap kecil; dia akan mencarikan alasan dan interpretasi untuk mereka disebabkan kerana pintu telah ditutupkan dihadapan mukanya semenjak dari mula lagi.

    Itulah sebabnya mereka memberikan setiap dari orang-orang kenamaan mereka dengan darjat yang mereka katakan telah diberikan oleh pesuruh Allah: Orang ini adalah ‘al-Sideeq,’ sedangkan yang ini adalah ‘al-Farooq,’ ini adalah yang dicintai oleh pesuruh Allah, sedangkan wanita yang khusus ini adalah isteri yang tersayang. Orang ini adalah ‘kepercayaan umma’ sedangkan yang itu ‘penyampai bagi Islam’. Yang ini ‘penulis wahyu’ sedangkan yang ini adalah seorang yang mempunyai dua selipar; ini adalah cawan bagi rasul, dan yang itu ‘pedang Allah’ dan yang ini, ini dan yang itu, itu…. Kesemua darjah ini yang sebenarnya tidak menambah atau memuaskan apabila ia ditimbangkan kepada kebenaran dengan Allah; ‘….. nama yang mana kamu sendiri dan bapa kamu, berikan; Allah tidak menurunkan sebarang penguasaan untuk mereka.. ‘ [12:40] Apa yang dikira oleh Allah adalah perbuatan kebajikan sesaorang.

    Sejarah adalah saksi yang terbaik terhadap apa yang telah dilakukan, melaluinya kita menilai sesiapa saja; kami tidak memandang tinggi kepada sesiapa yang disebutkan dengan kepalsuan. Inilah yang sebenarnya telah dikatakan oleh Imam Ali: ‘Jika kamu telah mengetahui yang sebenar, kamu akan mengetahui siapa yang mengikutinya.’ Oleh kerana kita telah mempelajari sejarah dan telah mengetahui apa yang telah dilakukan oleh Khalid ibn al-Waleed dan telah boleh membezakan yang benar dari yang palsu, kita tidak memanggilnya ‘pedang Allah’. Kita juga mempunyai hak untuk bertanya bilakah masanya rasul Allah pernah menamakannya sedemikian. Adakah beginda menamakannya pedang Allah apabila dia membunuh orang-orang Mekah pada hari kemenangan keatasnya, setelah kita mengetahui bahawa baginda telah melarang dia memerangi sesiapa? Atau adakah ketika baginda menghantarnya bersama tentera dibawah pemerintah Zayd ibn al-Haritha dan dihantar ke Mu’ta, dengan berkata, ‘Jika Zayd terbunuh, kemudian Ja’far ibn Abu Talib [mengambil pemerintahan] dan jika Ja’far terbunuh, kemudian Abdullah Ibn Ruwahah [harus memimpin],’ tanpa melantiknya melainkan ditempat yang keempat untuk memimpin tentera, bahkan selepas kesemua ketiga-tiga mereka ini terbunuh, Khalid telah lari dari medan peperangan di iringgi oleh apa yang tinggal dari tentera tersebut…? Atau adakah baginda memberinya gelaran tersebut apabila dia bersama baginda untuk menyerang Hunayn bersama dua belas ribu pahlawan. Disana juga dia telah melarikan diri, meninggalkan baginda dibelakang dimedan pertempuran, pesuruh Allah hanya mempunyai tidak lebih dari dua belas orang yang berdiri teguh bersamanya?

    Oleh kerana Allah telah berkata: ‘Dan sesiapa yang berpaling kebelakang kepada mereka pada hari itu, bukan ianya muslihat dan tidak juga menyokong yang lain, dia akan mendapat kemurkaan dari Allah, dan tempat tinggalnya adalah neraka dan tempat kediaman apakah itu….’ [8:16] bagaimana dia membolehkan dirinya lari? Ianya benar-benar memeranjatkan!

    Pada pendapat saya bahawa Khalid, sebenarnya tidak pernah tahu akan gelaran ini sepanjang hidupnya rasul, tidak juga rasul Allah pernah memanggilnya yang sedemikian. Bahkan, Abu Bakrlah orangnya yang memberikan lencana keberanian ini padanya apabila dia menghantarnya untuk melenyapkan mereka yang menentang terhadap kedudukan khalifanya, maka dia telah lakukan kepada mereka apa yang dia lakukan, sehinggakan bahawa Umar ibn al-Khattab [disebabkan oleh apa yang Khalid lakukan] telah berkata kepada Abu Bakr, ‘Pedang Khalid telah melampau batasan,’ dan Umar tentu lebih mengenalinya. Maka pada ketika itu Abu Bakr membalas kepada Umar dengan berkata, ‘Khalid adalah salah satu dari pedang Allah yang dihunuskan terhadap musuhNya.’ Itu adalah cara yang amat salah untuk melihat kepada kedudukan perkara_ begitu juga gelarannya.

    Didalam bukunya Al-Riyad al-Nadira, al-Tabari menyatakan bahawa Banu Saleem telah berpaling, yang mana Abu Bakr telah menghantar Khalid ibn al-Waleed kepada mereka, yang telah mengumpulkan sebahagian kaum lelakinya kedalam kandang binatang dan kemudian membakarnya. Apabila Umar ibn al-Khattab mengetahui mengenai insiden ini, dia pergi berjumpa Abu Bakr dan berkata, ‘Mengapa kamu biarkan sesaorang menggunakan cara yang sama untuk menyiksa sebagaimana yang digunakan oleh Allah [awj]? Abu Bakr menjawab kepadanya dengan berkata: ‘Demi Allah! Saya tidak akan memalukan pedang yang Allah telah hunuskan terhadap musuhNya sehingga Dia sendiri memalukannya,’ kemudian dia menyuruhnya pergi, yang mana dia terus pergi berjumpa Musaylamah [197]Inilah caranya ahl al-sunna wal-jamaa sampai kepada memanggil Khalid ‘pedang Allah’ walaupun dia telah engkar kepada arahan pesuruh Allah dan membakar manusia dengan api, maka dengan itu telah mengenepikan semua sunnah.

    Didalam sahihnya, al-Bukhari menyatakan bahawa pesuruh Allah telah berkata: ‘Tiada siapa boleh menggunakan api sebagai siksaan melainkan Allah,’ dan juga, ‘Tiada siapa disiksa dengan api melainkan api Allah,’ [198] Dan kami telah pun menyatakan bagaimana Abu Bakr pernah berkata sebelum dia mati, ‘Saya harap saya tidak pernah membakar al-Salami!’

    Kami katakan: Kami berharap terdapat sesaorang yang akan bertanya kepada Umar ibn al-Khattab, ‘Oleh kerana kamu telah mengetahui tiada siapa yang boleh menyiksa dengan api melainkan Allah, jadi mengapa kamu bersumpah selepas wafatnya rasul untuk membakar rumah Fatima al-Zahra dan semua yang ada didalamnya jika mereka enggan memberikan sumpah setia kepada Abu Bakr? Jika Ali tidak menyerah dan mengarah semua orang supaya keluar untuk memberikan sumpah mereka, kamu sudah pasti telah melaksanakan ancaman kamu itu.’

    Kadang kala saya meragui sama ada Umar menentang Abu Bakr dan dia tidak mempedulikan bangkangannya, kerana ini adalah diluar tabii. Kita telah pun melihat bagaimana Abu Bakr tidak menghalang apa juga perbuatan Umar, tidak juga dia berpegang pada pendiriannya apabila Umar menentangnya. Lebih dari sekali dia pernah mengatakan kepadanya, ‘Saya telah memberi tahukan bahawa kamu lebih kuat dari saya didalam menangani perkara ini, tetapi engkau telah mengalahkan aku.’ Diketika yang lain, apabila dia mengadu kepadanya mengenai mereka yang hatinya perlu dilembutkan terhadap Islam dan apa yang Umar telah lakukan terhadap surat yang dia telah tuliskan untuk mereka, bagaimana dia meludah kepadanya dan menghancurkannya, dia telah ditanya, ‘Adakah kamu khalifa atau Umar? Dia menjawab dengan berkata, ‘Dia, jika Allah kehendaki.’ Atas sebab ini, saya katakan bahawa orang yang menentang perbuatan Khalid yang keji itu, tidak lain dari Ali ibn Abu Talib, tetapi ahli sejarah yang terdahulu dan penyampai cerita kerap kali cuba menjauhi dari menyebutkan namanya, maka mereka telah menggantikan dengan Umar sebagaimana yang telah dinyatakan olrh beberapa pencerita dijejaki semula sehingga kepada bapa Zaynab [199] atau kepada ‘seorang lelaki’ bermaksud dengannya Ali, tidak menyebutkan namanya dengan cara terbuka.

    Yang sebenarnya, ini bukanlah satu andaian, atau kita boleh menerima apa yang dinyatakan oleh sebahagian ahli sejarah yang menulis dengan mengatakan bahawa Umar ibn al-Khattab pernah membenci Khalid dan tidak tahan untuk melihat pada mukanya kerana dia cemburu kepadanya: kerana dia telah dapat menawan hati manusia dengan kemenangannya. Dan juga telah dikatakan bahawa Khalid telah bergusti dengan Umar disamasa jahiliah, telah memenangi pertandingan itu dan mematahkan kaki Umar.

    Apa yang penting adalah bahawa apabila dia menjadi khalifa, Umar memberhentikan Khalid tetapi melaksanakan ancamannya untuk merejam dia sebagaimana yang dia telah nyatakan. Keputusannya: Khalid dan Umar berlumba-lumba diantara satu dengan yang lain didalam kekerasan dan kesombongannya; setiap mereka mempunyai hati batu, dan setiap seorang dengan sengaja melanggar sunnah rasul disemasa hidupnya dan juga setelah wafatnya. Lebih-lebih lagi kedua-duanya membenci terhadap wasi rasul dan cuba dengan segala daya untuk menjauhkannya dari kehidupan awam. Khalid telah berkomplot dengan kedua-duanya Umar dan Abu Bakr untuk membunuh Ali sejurus setelah wafatnya rasul [200] tetapi Allah [awj] telah menyelamatkan dia dari kejahatan mereka supaya dia dapat melaksanakan sesuatu yang Dia telah arahkan.

    Sekali lagi telah menjadi nyata kepada kami, setelah meneliti secara ringkas pesonaliti Khalid ibn al-Waleed yang sanjungannya telah dinyanyikan oleh ahl al-sunna wal-jamaa, bahawa dia telah terjauh dari sunnah rasul, dan bahawa mereka [ahl al-sunna] telah mencontohi mereka-mereka [para sahabat] yang bertindak dengan yang bertentangan dengan sunnah, dan meninggalkannya dibelakang mereka dan tidak mempunyai penghormatan sama sekali terhadapnya dan juga terhadap kitab Allah.


  9. Abu Hurayrah al-Dawsi

  10. Salah seorang sahabat di era terakhir pada permulaan Islam dan menurut dari turutan yang digunakan oleh Sa’d didalam Tabaqatnya, Abu Hurayra berkedudukan yang kesembilan atau kesepuluh pada darjahnya.

    Dia datang kepada rasul Allah pada penghujung tahun ketujuh hijrah. Maka para sejarah mengatakan bahawa dia bersama rasul Allah tidak lebih dari tiga tahun[201] menurut anggaran yang terbaik, sedangkan ahli sejarah yang lain mengatakan tidak lebih dari dua tahun jika kita pertimbangkan juga kepada fakta bahawa rasul telah menghantarnya untuk bersama Ibn al-Hadrami ke Bahrain, kemudian pesuruh Allah wafat sedang dia berada di Bahrain.

    Abu Hurayra tidak diketahui mengenai jihad atau keberaniannya, tidak juga dia diantara mereka yang dianggap sebagai ahli fikir, tidak juga diantara para perundangan yang telah menghafal Quran, tidak juga dia tahu menulis dan membaca. Dia datang kepada rasul Allah supaya dapat memuaskan kelaparannya sebagaimana dia sendiri telah mengatakan, dan sebagaimana rasul Allah faham dari dirinya sendiri, maka baginda menempatkan dia bersama orang-orang di saffa yang mana rasul kerap menghantarkan makanan.

    Kini dia menjadi terkenal dengan banyaknya hadith yang dia telah sampaikan mengenai pesuruh Allah. Jumlah hadityh tersebut mencapai sebanyak enam ribu banyaknya. Fakta ini telah menarik perhatian pemeriksa hadith terutama kerana dia tidak tinggal bersama rasul didalam mana-mana jangka waktu dan juga kepada fakta bahawa dia menyampaikan hadith mengenai peperangan yang mana ditidak pernah berada didalamnya.

    Sebahagian dari pemeriksa hadith telah mengumpulkan hadith yang telah disampaikan oleh khalifatul rashidin dan juga oleh sepuluh mereka yang mendapat khabar gembira dengan memasuki syurga dan sebagai tambahan dari umm Mukminin dan dari ahl al-bayt yang suci, dan semuanya tidak berjumlah satu persepuluh dari apa yang Abu Hurayra sampaikan seorang. Dari itu semua, walaupun yang sebenarnya terdapat diantara yang menyampaikan hadith itu adalah Ali ibn Abu Talib yang tinggal bersama dengan rasul selama tiga puluh tahun.

    Kemudian jari-jari menunjuk kepada Abu Hurayra menuduhnya dengan membohong dan dengan mengubah dan mamalsukan hadith. Sehingga sebahagian mereka melabelkannya sebagai penyampai yang pertama didalam sejarah Islam dengan tuduhan yang sedemikian. Bahkan ahl al-sunna wal-jamaa menganugerahkan kepadanya dengan gelaran ‘penyampai Islam’ meyelubunginya dengan penghormatan yang agung, bergantung sepenuhnya kepada dirinya. Sebahagian dari mereka telah menganggap bahawa dia lebih berpengetahuan dari Ali disebabkan oleh satu hadith yang yang khusus yang dia sampaikan mengenai dirinya dan dimana dia telah berkata, ‘Saya berkata: ‘Ya pesuruh Allah! Saya telah mendengar banyak hadith dari kamu yang mana saya telah mula lupa!’ Dia berkata: ‘Bentangkan selimut kamu,’ maka saya bentangkan, yang mana dia menggengamnya kemudian berkata, ‘Lipatlah,’ maka saya melipatnya, dan saya tidak pernah lupa apa pun selepas itu.’ [202]

    Abu Hurayra telah menyampaikan terlalu banyak hadith sehingga Umar ibn al-Khattab telah memukulnya dan berkata kepadanya, ‘Kamu telah menyebut banyak hadith, dan nampaknya kamu telah berbohong mengenai rasul Allah.’ Ini disebabkan oleh satu cerita yang dia telah sampaikan yang mana dia telah menyebut rasul berkata Allah telah menjadi syurga dan bumi, dan semua kejadian didalam masa tujuh hari. Apabila Umar mendengar mengenainya, dia telah memanggilnya dan menyuruh dia untuk mengulangi hadith tersebut. Setelah mendengar dia mengulanginya, Umar memukulnya dan berkata kepadanya, ‘Bagaimana begitu, apabila Allah sendiri berkata ianya telah dilakukan dalam enam hari, sedang kamu sendiri sekarang mengatakan ianya dijadikan didalam tujuh?’ Abu Hurayra berkata, ‘Mungkin saya mendengarnya dari Ka’b al-Ahbar…’ Umar berkata, ‘Oleh kerana kamu tidak boleh membezakan hadith rasul dan apa yang Ka’b al-Ahbar katakan, kamu tidak boleh menyampaikan apa-apa langsung.’ [203]

    Ianya juga telah disampaikan bahawa Imam Ali ibn Abu Talib telah berkata, ‘Diantara semua yang hidup, sesaorang yang telah menyatakan pembohongan yang terbanyak mengenai rasul Allah adalah Abu Hurayra al-Dawsi.’ [204] Umm Mukminin Aisha, juga mengesahkan bahawa dia adalah pembohong, beberapa kali didalam merujuk kepada beberapa hadith yang dia telah katakan dari pesuruh Allah. Sebagai contoh, Aisha telah membantah sesuatu yang mana dia telah menyatakan maka Aisha bertanya kepada dia, ‘Bilakah kamu mendengar rasul Allah mengatakan yang sedemikian?’ Dia berkata kepadanya, ‘Cermin muka, peralatan persolekan telah memalingkan kamu dari hadith rasul Allah,’ tetapi apabila Aisha berkeras mengatakan bahawa dia telah berdusta dan menyalahkannya, Marwan ibn al-Hakam mencampuri dan menjadikan dirinya pemeriksa bagi kesahihan hadith yang diperkatakan. Maka barulah Abu Hurayra mengaku, ‘saya tidak mendengarnya dari rasul Allah; bahkan saya mendengarnya dari al-Fadl ibn al-Abbas.’ [205] Disebabkan oleh panyampaian yang tertentu ini maka Ibn Qutaybah menuduhnya sebagai berdusta dengan berkata: ‘Abu Hurayra mengatakan bahawa al-Fadl ibn al-Abbas, yang telah mati dikala itu, mengesahkan akan kesahihan hadith tersebut yang dikatakan darinya supaya dapat menyesatkan manusia kepada berfikir bahawa dia telah mendengar darinya.’ [206] Didalam bukunya Ta’weel al-Hadith, Ibn Qutaybah telah berkata, ‘Abu Hurayra pernah berkata: ‘Pesuruh Allah telah berkata yang demikian dan demikian, tetapi saya mendengar dari orang lain.’ Didalam bukunya A’lam al-Nubala, al-Dhahabi berkata bahawa Yazid ibn Ibrahim menyebut dari Shu’bah ibn al-Hajjaj berkata bahawa Abu Hurayra biasa membuat pemalsuan.

    Didalam bukunya [Siyar] A’lam al-Nubala, Ibn Kathir [pent. Ini seharusnya al-Dhahabi] menunjukan bahawa Yazid ibn Ibrahim mendengar Ibn al-Hajjaj berkata bahawa Abu Hurayra biasa memalsukan hadith.

    Didalam bukunya Al-Bidaya wal Nihaya, Ibn Kathir menyatakan bahawa Yazid ibn Haroun mendengar Shu’bah Ibn al-Hajjaj menuduhnya dengan yang sama, iaitu, dia memalsukan hadith, dan bahawa dia menyampaikan apa yang dia pernah dengar dari Ka’b al-Ahbar dan juga dari rasul Allah tanpa dapat membezakan diantaranya.

    Ja’far al-Iskafi telah berkata, ‘Abu Hurayra telah diragui oleh guru-guru kami, penyampaiannya tidak boleh diterima.’ [207]

    Semasa hidupnya, Abu Hurayra amat terkenal dikalangan para sahabat dengan pembohongan dan pemalsuan dan dengan menyampaikan terlalu banyak hadith yang telah diubah sehinggakan sebahagian para sahabat mempersendakannya dengan menyuruh dia mencipta hadith yang bersesuaian dengan kehendak mereka.

    Sebagai contoh, seorang dari kalangan Quraysh telah memakai jubah yang baru dan mula untuk bermegah. Dia melewati Abu Hurayra dan secara menyindir berkata kepadanya, ‘Wahai Abu Hurayra! Kamu telah menyampaikan banyak hadith mengenai rasul Allah; maka adakah kamu mendengar dia berkata apa-apa mengenai jubah saya?!’ Abu Hurayra berkata: ‘Saya mendengar bapa pada al-Qasim berkata, ‘Sesaorang sebelum masa kamu telah bermegah dengan pakaiannya apabila Allah menjadikan bumi menenggelamkannya; maka dia telah bergegar didalamnya dan akan terus bergegar didalamnya sehingga sampai Waktunya.’ Demi Allah saya tidak tahu sama ada dia salah seorang dari orang kamu atau tidak.’ [208]

    Bagaimana manusia tidak meragui hadith Abu Hurayra oleh kerana ianya begitu bertentangan? Dia menyampaikan satu hadith kemudian dia menyampaikan yang berlawanan dengannya, dan jika dia ditentang atau hadith yang dinyatakan terdahulu digunakan terhadap dirinya, dia menjadi marah atau mula membebel didalam bahasa Ethiopia. [209]

    Bagaimana manusia tidak terus mengatakan dia pembohong dan pemalsu setelah dia sendiri mengaku bahawa dia mendapatkan hadith dari sakunya kemudian mengatakannya dari rasul?

    Al-Bukhari didalam sahihnya menyatakan yang berikut:

    Abu Hurayra berkata satu ketika, ‘Rasul berkata, ‘Sedekah yang paling utama adalah yang diberikan dengan ikhlas; tangan yang diatas lebih utama dari tangan yang dibawah, dan mulakan dengan yang dalam jagaan kamu. Wanita akan berkata: Sama ada memberi makan kepada saya atau ceraikan saya.’ Hamba akan berkata: Memberi makan kepada saya dan gunakan saya.’ Anak lelaki berkata: Memberi makan kepada saya untuk wanita yang akan meninggalkan saya.’ Dia telah ditanya: ‘Wahai Abu Hurayra! Adakah benar kamu mendengar rasul Allah berkata yang demikian?’ Dia berkata, ‘Tidak, ini adalah dari kantong Abu Hurayra.’[210]

    Lihatlah bagaimana dia mulakan hadith ini dengan mengatakan ‘rasul telah berkata’ maka apabila mereka enggan percaya apa yang dia katakan, dia mengaku dengan mengatakan, ‘… yang ini dari kantong Abu Hurayra!’ Maka tahniah untuk Abu Hurayra kerana mempunyai kantong yang penuh dengan dusta dan dongeng, dan yang mana Muawiya dan Banu Umayyad memberikan publisiti yang hebat, dan disebabkanya dia mendapat kedudukan, kuasa, harta dan istana. Muawiya menjadikan dia gabenor Madina dan mendirikan untuknya istana Aqeeq dan mengahwikan dia kepada wanita yang berketurunan tinggi yang mana dia pernah berkerja sebagai orang suruhannya…

    Oleh kerana Abu Hurayra adalah menteri yang hampir kepada Muawiya, bukanlah disebabkan oleh kemuliaan, kehormatan atau pengetahuannya; bahkan, adalah kerana Abu Hurayra setiasa memberikan kepadanya apa saja hadith yang dia perlukan untuk disebar. Jika sebahagian para sahabat ragu-ragu untuk mengutuk Abu Turab, merasai amat memalukan untuk melakukannya, Abu Hurayra mengutuk Ali didalam rumahnya sendiri dan sebagaimana yang didengar oleh shianya sendiri:

    Ibn Abul-Hadid berkata:

    Apabila Abu Hurayra datang ke Iraq bersama Muawiya pada tahun jamaa, dia datang kemasjid Kufa. Setelah melihat ramai yang datang untuk meyambutnya, dia berlutut kemudian memukul kepalanya yang botak dan berkata, ‘Wahai penduduk Iraq! Adakah kamu mengatakan bahawa saya mengatakan yang dusta terhadap pesuruh Allah maka telah membakar diri saya didalam api?! Demi Allah saya mendengar pesuruh Allah berkata setiap rasul ada tempat keselamatan dan suci baginya, dan tempat saya adalah didalam Madina dari Eer sampai kepada gunung Thawr; maka sesiapa yang mengotorinya akan dikutuk oleh Allah, para malaikat dan semua manusia, dan saya menjadi saksi Ali telah melakukannya.’ Apabila Muawiya mendengar kenyataan ini, dia memberinya hadiah, menghujaninya dengan kemurahan, dan menjadikannya gabenor Madina. [211]

    Mencukupi bagi kami pada membuktikan fakta yang diatas bahawa dia telah dijadikan gabenor Medina oleh bukan yang lain dari Muawiya. Tidak ada keraguan bahawa pemeriksa dan penyelidik yang bebas dari berpihak akan meragui sesiapa yang berkawan dengan musuh Allah dan pesuruhNya dan yang bermusuhan terhadap sahabat-sahabat Allah dan pesuruhNya…..

    Tidak ada keraguan bahawa Abu Hurayra tidaklah sampai kepada kedudukan yang tinggi didalam penguasaan, iaitu gabenor Medina, ibu negara pemerintahan Islam, melainkan oleh kebaikan perkhidmatan yang dia telah berikan kepada Muawiya dan penguasa Umayyah yang lain. Sanjungan kepada yang telah mengubahkan keadaan! Abu Hurayra telah datang ke Medina dengan tidak apa-apa untuk menutup kemaluannya melainkan secebis kain perca yang kecil, meminta-minta kepada manusia untuk memberinya makanan. Sejurus kemudian dia telah menjadi pemerintah tempat yang suci Medina, tinggal didalam istana Aqeeq, bersenang lenang dengan harta, orang suruhan dan hamba, dan tiada sesiapa yang boleh mengatakan sesuatu tanpa izinnya. Semua ini adalah rahmat dari kantongnya!

    Janganlah lupa, dan jangan juga terperanjat, bahawa sekarang ini kita lihat lakonan yang sama yang telah diulang tayang, dan pastinya sejarah telah berulang lagi. Berapa banyak manusia yang jahil dan miskin yang mencari kedekatan kepada pemerintah dan bersekutu dengan partinya sehingga dia menjadi yang ditakuti yang melakukan dan menegah [tegah], memberi arahan sesuka hatinya, mempunyai hak pada harta dengan tidak dipersoalkan, memandu kenderaan dengan tidak diperhatikan, memakan makanan yang tidak dijual dipasaran… ? Orang yang seperti ini mungkin juga tidak tahu bertutur didalam bahasanya sendiri, tidak juga tahu akan ertinya kehidupan melainkan dari memuaskan perut dan seks nya. Kesemua perkara hanyalah dengan dia memiliki kantong seperti yang pernah dimiliki oleh Abu Hurayrah dengan beberapa pengecualian pastinya, tetapi tujuannya adalah yang satu dan sama: menyenangkan pemerintah dan menyatakan untuknya supaya dapat memperkuatkan penguasaannya, kekalkan tahtanya dan menghapuskan musuhnya.

    Abu Hurayra mencintai Umayyah dan mereka mencintainya semenjak dari Uthman ibn Affan ketua mereka. Pandangannya mengenai Uthman adalah bertentangan kepada semua para sahabat yang tergulung kepada Muhajirun dan juga Ansar; dia menganggap kesemua para sahabat yang mengambil bahagian didalam atau menggalakkan pada pembunuhan Uthman sebagai kafir.

    Tidak diragukan Abu Hurayra pernah menuduh Ali ibn Abu Talib pada pembunuhan Uthman. Kita boleh membuat rumusan ini dari kenyataannya yang dibuat di masjid Kufa dan katanya bahawa Ali telah membuat Medina tidak bersih dan bahawa dia makanya telah dikutuk oleh rasul, para malaikat dan semua makhluk. Atas sebab ini, Sa’d menunjukkan didalam Tabaqatnya bahawa apabila Abu Hurayra mati didalam tahun 59 AH / 679 AD, keturunan Uthman memikul kerandanya dan membawanya ke Baqee untuk ditanam ini adalah satu tanda untuk menunjukkan terima kasih mereka diatas sanjungannya yang tinggi terhadap Uthman. [212]

    Sesungguhnya Allah mempunyai kebijaksanaanNya yang tersendiri didalam berurusan dengan makhluknya. Uthman ibn Affan, ketua Quraysh dan yang teragung, telah dibunuh walaupun dia seorang Khalifa bagi Muslim yang memakai gelaran ‘Dhul-Noorayn’ dan yang kepadanya, menurut kata mereka, para malaikat merasa malu. Jasadnya tidak dimandikan tidak juga dikafankan; lebih-lebih lagi ianya tidak ditanam selama tiga hari penuh yang kemudiannya ditanam ditanah perkuburan Yahudi. Malah Abu Hurayra mati setelah menikmati kekayaan dan kuasa. Dia adalah seorang yang papa yang tidak diketahui akan asal usul keturunannya oleh sesiapa pun. Dia tidak punya pertalian dengan Quraysh. Walaupun semua itu, anak khalifa, yang bertanggong jawab diatas melaksanakan urusan ini dimasa pemerintahan Muawiya, pergi memikul kerandanya dan menanamkannya di Baqee dimana kerabat pesuruh Allah disemadikan… ! tetapi marilah kita kembali kepada Abu Hurayra untuk meneliti atitiutnya terhadap sunnah rasul.

    Didalam sahihnya, al-Bukhari telah menyebut Abu Hurayra sebagai berkata: ‘Saya telah belajar bagaimana untuk memenuhkan dua bekas [pada hadith] dari pesuruh Allah: Saya telah menyebarkan hanya satu darinya; dan bagi yang satu lagi, jika saya sebarkan, leher ini akan disembelih.’ [213]

    Oleh kerana kami telah nyatakan dari penyelidikan kami yang terdahulu bahawa Abu Bakr dan Umar telah bakar hadith rasul yang telah dirakamkan dan melarang para hadith dari menyampaikannya kepada yang lain, disini Abu Hurayra telah membentangkan apa yang telah disembunyikan, mengesahkan kepada keputusan kami, mengaku bahawa hadith yang telah disampaikan adalah hadith yang menyenangkan para pemerintah. Membina untuk kehidupannya, Abu Hurayra biasanya mempunyai dua kantong atau dua bekas sebagaimana yang disebutnya. Dia akan menyebarkan kandungan isi satu darinya, iaitu yang kita bincangkan disini yang mengandungi apa saja yang dikehendaki pemerintah. Dan yang satu lagi, Abu Hurayra simpan untuk dirinya dan yang mana dia tidak sampaikan kerana takut lehernya akan disembelih, inilah yang mengandungi hadith rasul yang sahih. Jika Abu Hurayra adalah penguasa yang dipercayai, dia pastinya tidak akan menyembunyikan yang benar dan menyebarkan yang khayalan dan dusta hanya untuk menyokong yang zalim, dan mengetahui bahawa Allah akan mengutuk mereka yang menyembunyikan keterangan yang benar.

    Al-Bukhari menyebutkan darinya yang mengatakan: ‘Manusia mengatakan bahawa Abu Hurayra telah menyatakan terlalu banyak hadith. Jika tidak kerana dua ayat tertentu didalam kitab Allah, saya tidak akan menyatakan satu pun hadith: '‘Mereka yang menyembunyikan apa yang Kami telah turunkan sebagai bukti yang nyata dan petunjuk, selepas Kami telah terangkan [semuanya] untuk manusia didalam kitab, mereka inilah yang Allah akan kutuk, dan orang yang mengutuk akan mengutuk mereka juga..’ [2:159] Saudara kami dari Muhajirun telah menyibukkan diri mereka dengan perniagaan dipasar, sedangkan saudara kami dari Ansar menyibukkan diri mereka dengan perniagaan dengan wang mereka, sedang Abu Hurayra berada bersama bayang rasul supaya dapat memuaskan kelaparannya; menghadiri apa yang mereka tidak hadir, mempelajari apa yang mereka tidak belajar.’ [214]

    Bagaimana Abu Hurayrah boleh mengatakan bahawa jika tidak kerana beberapa ayat dari kitab Allah, dia tidak akan menyampaikan walau satu hadith, kemudian dia berkata, ‘Saya telah pelajari dua bekas [pada hadith] dari pesuruh Allah; saya telah menyebarkan satu darinya, dan yang satu lagi; jika saya menyebarkannya, leher ini akan disembelih?! Tidakkah ini pengakuannya pada menyembunyikan yang benar walaupun ada kedua-dua ayat didalam kitab Allah?!

    Tidakkah rasul telah berkata kepada para sahabat, ‘Pulanglah kepada kaum mu dan ajari mereka?’ [215] Tidakkah baginda juga telah berkata, ‘Mereka yang menyampaikan lebih mengerti dari mereka yang mendengar?’ Al-Bukhari menyatakan bahawa rasul mendorong perwakilan Abd Qays untuk mempelajari keimanan dan pengetahuan ‘…. Kemudian sampaikan apa yang kamu pelajari kepada mereka yang kamu tinggalkan dibelakang.’ [216] Tidakkah kita tertanya-tanya mengapa leher para sahabat akan disembelih jika dia menyebutkan dari rasul?! Tentu ada rahsia disini yang mana para khalifa tidak mahu yang lain mengetahuinya. Kami sebenarnya telah menunjukkan kepada rahsia ini didalam penyelidikan yang lalu didalam buku kami Tanya kepada yang Mengerti. Disini kami ingin menyatakan secara ringkas bahawa ‘manusia yang mengingati [ahl-dzikir]’ adalah ayat didalam Quran yang diturunkan untuk merujuk kepada Ali, pengganti kepada rasul.

    Abu Hurayra tidak boleh dipersalahkan; dia tahu akan nilai dirinya dan mengaku terhadap dirinya sendiri bahawa Allah mengutuk dirinya, dan begitu juga mereka yang mengutuk, kerana dia telah menyembunyikan hadith rasul. Tetapi kesalahan itu adalah kepada ahl al-sunna wal-jamaa yang mengatakan Abu Hurayra penyampai sunnah sedangkan dia sendiri mengaku bahawa dia menyembunyikannya dan mengaku bahawa dia mengubahnya dan berdusta mengenainya, kemudian dia meneruskan dengan mengatakan bahawa dia telah menjadi keliru dengannya, maka dia tidak dapat mengatakan yang mana kenyataan rasul dan yang mana kenyataan yang dibuat oleh orang lain. Semua dari hadith ini dan pengakuan yang betul telah dirakamkan didalam sahih al-Bukhari dan didalam buku sahih yang lain dari ahl al-sunna wal-jamaa.

    Bagaimana ahl al-sunna wal-jamaa merasa senang mengenai sesaorang yang keadilannya telah diragui oleh Amirul Mukminin Ali ibn Abu Talib yang telah menuduhnya sebagai penipu, mengatakan bahawa diantara yang hidup tidak ada yang mengatakan terlampau banyak dusta mengenai rasul dari Abu Hurayra. Umar ibn al-Khattab juga menuduhnya dengan yang sama, memukulnya dan mengancam untuk mengusirnya. Aisha meragukan kejujurannya dan banyak kali memanggilnya penipu, dan banyak lagi sahabat yang meragui ketepatan hadithnya dan menolak hadithnya yang bertentangan, maka dia satu ketika mengaku kesalahannya dan ada kalanya membebel didalam bahasa Ethiopia [217] Kebanyakkan ulama Muslim menolak hadithnya dan menuduhnya sebagai pendusta, pemalsu dan membalingkan dirinya diatas meja makan Muawiya, pada uncang emas dan peraknya.

    Adakah boleh kemudiannya untuk Abu Hurayra menjadi ‘Penyampai Islam’ yang mana darinya perundangan agama perlu dipelajari?

    Dokterin Judaika dan Yahudi telah memenuhi buku-buku hadith. Ka’b al-Ahbar, seorang Yahudi, mungkin telah berjaya memasukkan dokterin dan kepercayaan yang sedemikian kedalam buku-buku hadith, maka kita dapati hadith yang menyamakan atau menjisimkan Allah, begitu juga dengan teori dihidupkan kembali didalam dunia, sebagai tambahan kepada kenyataan yang keji mengenai rasul dan pesuruh Allah: semua ini telah dinyatakan melalui Abu Hurayra.

    Maka adakah ahl al-sunna wal-jamaa sekarang hendak bertaubat dan kembali kepada fikiran mereka supaya boleh mengetahui kepada siapa mereka perlu mempelajari sunnah mereka? Jika mereka bertanya kepada kami, kami akan katakan: ‘Marilah kepada pintu ilmu pengetahuan dan para Imam dari keturunannya, kerana mereka adalah penjaga kepada sunnah, keselamatan bagi umma, bahtera keselamatan, Imam bagi petunjuk, lampu yang menyinari kegelapan, simpulan [ikatan] yang kukuh dan tali Allah yang kuat.’

  11. Abdullah ibn Umar

  12. Dia adalah salah seorang sahabat yang terkenal yang memainkan peranan didalam membentukkan kejadian yang telah berlaku semasa pemerintahan khalifa yang ketiga dan begitu juga semasa Banu Umayyad. Cukuplah baginya fakta bahawa Umar ibn al-Khattab adalah bapanya yang disanjung dan dicintai oleh ahl al-sunna wal-jamaa maka dia dianggap sebagai seorang ahli faqih yang teragung dan dari kesemua mereka yang telah mempelajari ‘hadith rasul’ Bahkan Imam Malik bergantung kepadanya didalam merumus kebanyakkan dari ahkamnya, memenuhi bukunya Al-Muwatta dengan hadithnya. Dan jika kita membuka halaman muka surat buku-buku ahl al-sunna wal-jamaa kita akan dapati mereka kerap merujuk kepadanya, penuh dengan sanjungan terhadapnya.

    Jika sekiranya kita membaca benda yang sama dengan mata penyelidikan yang tajam, ianya akan menjadi terang kepada kita bahawa dia telah terjauh dari berkelakuan adil atau benar; bahkan dia telah terjauh dari sunnah rasul, dari fiqh, dan dari syariah.

    Pengawasan kami yang pertama adalah permusuhan dan kebencian yang melampau terhadap ketua kepada keturunan rasul, Amirul Mukminin Ali ibn Abu Talib: sehinggakan dia menghasut manusia lain menentangnya dan menganggapnya sebagai manusia biasa.

    Kami telahpun menyatakan bahawa dia telah menyebarkan banyak hadith palsu yang intipatinya adalah para sahabat semasa hidup rasul Allah biasanya akan membandingkan setiap seorang dari mereka dengan yang lain dihadapan rasul yang mendengarkan kata-kata bahawa manusia yang paling baik adalah Abu Bakr kemudian Umar kemudian Uthman, kemudian manusia selepas itu semuanya sama, dan bahawa rasul telah mendengar semua perbandingan ini tanpa membantahnya. Ini adalah pembohongan yang nyata yang ditolak oleh manusia yang rasional. Kami menyelidiki riwayat hidup Abdullah ibn Umar semasa hidupnya rasul Allah, dan kami dapati bahawa dia adalah kanak-kanak yang belum mencapai remaja. Dia tidak mempunyai apa-apa pengaruh apa pun juga diantara mereka-mereka yang punyai kata-kata, tidak juga pandangannya mendapat pertimbangan. Pesuruh Allah wafat apabila Abdullah ibn Umar, menurut anggaran yang terbaik adalah sembilan belas tahun; maka bagaimana dia boleh mengatakan bahawa mereka para sahabat biasa membandingkan setiap seorang dari mereka dengan yang lain? Ini adalah perbualan kanak-kanak diantara mereka, anak-anak Abu Bakr, Uthman sebagai tambahan kepada adik-adiknya. Bagaimanapun, tidaklah betul untuk mengatakan bahawa rasul telah mendengar terhadap perbandingan itu tanpa menyatakan bantahannya. Ini membuktikan bahawa hadith ini adalah palsu dan menunjukkan akan niat yang keji.

    Ditambahkan kepada fakta yang diatas bahawa rasul tidak pernah membenarkan Abdullah ibn Umar untuk bersamanya didalam peperangan dengan pengecualian peperangan khandaq dan kempen yang lain berikutnya, apabila Abdullah berumur lima belas tahun [218]

    Tidak ada keraguan bahawa dia telah hadir pada peperangan Khaybar yang berlaku pada tahun ke 7 AH / 628 AD dan melihat dengan matanya sendiri bagaimana keduanya Abu Bakr dan bapanya lari dari medan pertempuran. Tidak meragukan bahawa dia dia telah mendengar pesuruh Allah telah berkata, ‘Saya akan memberi panji-panji ini kepada seorang yang mencintai Allah dan pesuruhNya dan yang telah dicintai oleh Allah dan pesuruhNya, seorang yang berani yang menyerang dan tidak lari, seorang yang mana keimanan didalam hatinya Allah telah pastikan.’ Apabila hari telah pagi, baginda telah berikan kepada seorang yang telah menamatkan kenikmatan bagi mereka-mereka yang berkecimpung didalamnya, yang menyuraikan kumpulan, yang menjauhkan awan bencana, yang mana telah dihiasi dengan penghormatan, singa Allah yang selalu membawa kejayaan iaitu Ali ibn Abu Talib. [219]

    Hadith mengenai panji-panji dan merujuk pada yang diatas dengan jelas menunjukan kemuliaan Ali dan keutamaan beliau diatas semua para sahabat yang lain. Ia menunjukkan status kedudukan dia dengan Allah dan pesuruhNya dan beliau telah memenangi cinta Allah dan cinta pesuruhNya. Oleh sebab kebenciannya terhadap Ali, Abdullah ibn Umar telah menggangap Ali sebagai orang kebanyakkan!

    Kami telah menunjukan bahawa ahl al-sunna wal-jamaa telah bertindak diatas hadith ini yang mana ketua mereka Abdullah ibn Umar telah meyakinkan mereka, maka mereka tidak meletak Ali diantara khalifatul rashidin. Tidak, mereka tidak melakukannya, tidak juga mereka mengiktiraf dia sebagai khalifa melainkan dimasa Ahmad ibn Hanbal sebagaimana yang kami telah buktikan diatas. Mereka telah didedahkan apabila hadith dan ahli hadith telah banyak, dan apabila jari-jari telah menunjuk kepada mereka, menuduh mereka sebagai Nasibis dan membenci kepada ahl al-bayt rasul, dan apabila semua Muslim telah mengetahui bahawa membenci Ali adalah satu dari tanda yang menunjukkan kepada hipokrit. Maka barulah mereka rasakan terpaksa untuk mengiktiraf Ali sebagai khalifa. Maka barulah pada ketika itu mereka menambahkan namanya kepada senarai khalifatul rashidin. Maka pada ketika itulah juga mereka berpura-pura, dengan kepura-puraan dan kecurangan, pada mencintai ahl al-bayt.

    Kami berharap telah terdapat sesaorang untuk bertanya kepada ibn Umar soalan yang berikut: ‘Mengapa semua, atau kebanyakkan Muslim selepas wafatnya rasul mempertikaikan mengenai siapa yang lebih layak untuk menjadi khalifa dan telah menghadkan perselisihan mereka hanya kepada Ali dan Abu Bakr, dan mengapa tidak bapa kamu [Umar ibn al-Khattab] tidak juga Uthman ibn Affan mempunyai sebarang populariti pada ketika itu?’

    Adakah sesiapa yang akan bertanya kepada anak Umar ibn al-Khattab, ‘Jika rasul bersetuju dengan pandangannya bahawa tiada siapa yang lebih utama dari Abu Bakr kemudian Umar kemudian Uthman, maka mengapa dua hari sebelum wafatnya baginda telah melantik seorang muda yang tidak mempunyai janggut tidak juga kumis [misai] untuk menjadi ketua mereka, mengarah mereka supaya berbaris dibawah arahan dan pemerintahan orang muda itu? Adakah dia berkata yang bukan-bukan, sebagaimana bapa kamu telah mengatakan terhadap baginda?’

    Kami harap sesaorang telah bertanya kepada Abdullah ibn Umar soalan ini:

    ‘Mengapa Muhajirun dan Ansar, setelah menyaksikan Abu Bakar, dan memberikan sumpah setia kepadanya, telah berkata kepada Fatimah al-Zahra:

    ‘Demi Allah! Jika suami dan sepupu kamu telah datang kepada kami sebelum Abu Bakr, kami tidak akan samakan dia dengan manusia yang lain sama sekali,’ ini yang telah diterima dari sahabat yang paling terkenal bahawa mereka tidak samakan Ali dengan sesiapa saja, jika mereka tidak memberikan sumpah setia mereka kepadanya, sumpah yang kemudiannya mereka katakan adalah suatu kesalahan?’ Apakah nilai yang ada pada pandangan Abdullah ibn Umar, remaja belasan tahun yang sombong yang tidak tahu bagaimana untuk menceraikan isterinya, dibandingkan kepada para sahabat yang terkemuka?

    Akhir sekali, adakah sesiapa yang akan bertanya kepada Abdullah ibn Umar, ‘mengapa para sahabat tidak memilih Ali ibn Abu Talib untuk menjadi khalifa mereka selepas pembunuhan Umar dan mengutamakanya lebih dari Uthman, jika tidaklah kerana penolakkannya sendiri terhadap syarat yang telah diberikan oleh Abdul al-Rahman ibn Awf bahawa dia hendaklah memerintah menurut sunnah dari kedua-dua shaykh? [220]

    Tetapi Abdullah ibn Umar telah dipengaruhi oleh bapanya. Dia hidup dizaman khalifa Abu Bakr, Umar dan Uthman, dan dia telah melihat bagaimana Ali ibn Abu Talib telah diketepikan, tidak mempunyai kedudukan diantara kumpulan pemerintah tidak juga sebarang jawatan didalam kerajaan, dengan manusia berpaling dari dirinya selepas meninggal sepupunya dan juga isterinya, ketua bagi semua wanita, tidak mempunyai harta untuk menarik manusia kepadanya.

    Sesungguhnya, Abdullah ibn Umar adalah orang yang paling rapat kepada bapanya. Dia telah mendengar kepada pandangannya, dia mengetahui siapa kawan dan musuhnya; maka dia telah dibesarkan didalam asuhan kebencian, dendam dan marah terhadap Ali terutamanya dan ahl al-bayt secara amnya. Apbila dia melihat Ali menerima sumpah setia dari Muhajirun dan Ansar berikutan dari pembunuhan Uthman, dan dia tidak dapat menahannya. Maka, dia telah menampakan permusuhannya yang tersembunyi dan enggan memberikan sumpah setianya kepada Imam yang benar dan wali bagi yang beriman. Dia tidak tahan lagi untuk hidup di Medina, maka dia berangkat ke Mekah berpura-pura untuk melakukan umrah.

    Kemudian kita melihat Abdullah ibn Umar melakukan apa yang terdaya untuk melemahkan manusia dan menegah mereka dari menyokong yang benar atau memerangi kumpulan yang zalim, yang mana memeranginya telah diarahkan oleh Allah sendiri sehinggalah Dia sendiri yang memansuhkan arahanNya. Maka dia adalah diantara mereka yang mula-mula mengkhianati Imam dimasanya yang mana dia dikehendaki mentaatinya.

    Apabila Imam Ali telah terbunuh, dan Muawiya mendapat kejayaan diatas Imam al-Husan ibn Ali, maka telah merampas kedudukan khalifa darinya, Muawiya memberi ucapan kepada manusia yang mana didalamnya dia berkata, ‘saya tidak memerangi kamu supaya kamu bersolat atau berpuasa atau menunaikan haji; bahkan saya memerangi kamu supaya dapat memerintah kamu, dan Allah telah memberikan kepada ku hanya itu.’

    Apabila kita melihat Abdullah ibn Umar berlumba-lumba untuk memberikan sumpah setia kepada Muawiya dengan alasan bahawa manusia telah bersatu didalam menerima pimpinannya selepas perpecahan! Pada fikiran saya dia yang menamakan tahun itu ‘Am al-jamaa’ tahun pada kumpulan, kerana dia dan kumpulannya Banu Umayyad telah menjadi ‘ahl al-sunna wal-jamaa’ dan akan tinggal sedemikian sehingga waktu yang ditetapkan.

    Adakah sesiapa yang akan bertanya Abdullah ibn Umar dan mereka yang mempunyai pandangan sepertinya dari ahl al-sunna wal-jamaa. Adakah terdapat sebarang pilihan ramai didalam sejarah sama seperti yang didapati oleh Amirul Mukminin Ali ibn Abu Talib?’ Khalifanya Abu Bakr adalah suatu kesilapan yang kekejiannya telah ditolak oleh Allah.’ [221] dan ianya telah dipulaukan [boikot] oleh ramai para sahabat. Khalifanya Umar adalah dari saranan, bahkan ianya adalah janji yang telah dilaksanakan oleh Abu Bakr, dan para sahabat tidak mempunyai apa-apa pandangan, tidak juga apa-apa kata, tidak juga apa-apa yang berkaitan dengannya. Dan khalifanya Uthman telah didapatinya melalui komitte yang diwakili oleh beberapa orang yang dipilih oleh Umar; bahkan ianya adalah disebabkan oleh Abd al-Rahman ibn al-Awf yang telah memaksakan pandangannya keatas mereka yang lain.

    Dan khalifanya Ali, ianya telah dilakukan melalui sumpah setia secara aman dan kerelaan dari Muhajirun dan Ansar; dia telah menulis kepada semua jajahan Islam, meminta mereka yang berkuasa untuk memberikan sumpah setia mereka kepadanya, yang telah dilakukan oleh mereka semua melainkan Muawiya di Syria. [222]

    Apa Ibn Umar dan ahl al-sunna wal-jamaa harus lakukan adalah untuk membunuh Muawiya ibn Abu Sufyan kerana telah mengistiharkan pemberontakkan dan meminta kedudukan khalifa untuk dirinya menurut kenyataan yang mereka sendiri telah rakamkan didalam buku sahih mereka. Satu dari hadith itu menyatakan bahawa pesuruh Allah telah berkata, ‘Jika dua khalifa menerima sumpah setia, seorang kemudian yang lain, kamu harus membunuh yang keduanya.’ [223] Baginda juga telah berkata, sebagaimana yang dirakamkan didalam sahih Muslim dan didalam buku hadith yang lain, ‘Sesiapa yang memberikan sumpah setia kepada Imam, berjabat tangan dengannya, memberikan hatinya kepada Imam, biarlah dia memberikan segalanya, tetapi jika seorang lain datang untuk bertelingkah dengannya, kamu hendaklah membunuh yang kemudian.’ [224]

    Tetapi Abdullah ibn Umar telah melakukkan yang sebaliknya: Sepatutnya bertindak mengikuti hadith rasul, patuh kepada arahannya, memerangi dan membunuh Muawiya kerana telah menandingi khalifa Muslim dan telah memulakan api permusuhan, dia, kami dapati, enggan memberikan sumpah setia walaupun telah terdapat ijmaa, pendapat ramai didalam hal ini. Sebaliknya dia memberikan sumpah kepada Muawiya yang mengistiharkan pemberontakkan, yang telah menentang Imam dan membunuh beberapa ramai manusia yang tidak berdosa, menyababkan perbalahan dan kerosakkan yang tinggal sehingga kehari ini.

    Atas sebab ini, saya fikir Abdullah ibn Umar adalah sekutu Muawiya didalam semua jenayah dan dosa yang Muawiya telah dilakukan kerana telah membantunya didalam menegakkan kekuasaannya dan membantunya didalam memaksa manusia untuk menerimanya, dan didalam rampasannya terhadap kedudukan khalifa yang mana Allah dan pesuruhNya telah mengarahkan supaya tidak dimiliki oleh mereka yang tidak baik keturunan dan anak dari keturunan yang tidak betul menurut hadith yang suci.

    Abdullah ibn Umar tidak merasa puas dengan melakukan itu semua, maka dia bergegas untuk bersumpah setia dengan Yazid ibn Muawiya, Yazid peminum arak, fasik, murtad, anak yang tidak baik keturunan dari bapa jenis yang sama yang dikutuki dan juga yang terkutuk.

    Oleh kerana Umar ibn al-Khattab, menurut Ibn Sa’d yang membincangkannya didalam bukunya Tabaqat, pernah berkata, ‘Kedudukan tidak sesuai bagi anak yang tidak dinikahi, tidak juga dari anak orang yang tidak dinikahi, tidak juga mereka yang menerima Islam setelah ditakluki,’ [225] maka bagaimana Abdullah boleh bertentangan dengan bapanya sendiri mengenai prinsip ini, yang dia sendiri telah rakamkan? Jika Abdullah ibn Umar telah menentang kitab Allah dan sunnah rasul pada isu kedudukan khalifa, maka kami tidaklah merasa terperanjat untuk mendapati dia melakukan perkara yang sebaliknya dari apa yang dikatakan oleh bapanya.

    Kami ingin bertanya kepada Abdullah ibn Umar soalan ini: ‘Dimana terdapatnya pendapat ramai dengan isu memberikan sumpah setia kepada Yazid ibn Muawiya yang mana mereka yang beriman didalam umma dan saki baki dari Muhajirun dan Ansar, termasuk ketua remaja disyurga Imam al-Husayn ibn Ali, Abdullah ibn al-Zubayr, Abdullah ibn Abbas, dan orang-orang yang bersama mereka dan berkongsi pandangan bersama mereka, telah melepaskan diri mereka?

    Apa yang telah diketahui umum, adalah yang sebenarnya dia sendiri pernah berada bersama dengan mereka pada mulanya menolak Yazid dari menerima sumpah setia, tetapi Muawiya tahu bagaimana untuk menangganinya. Muawiya telah menghantar kepadanya satu ratus ribu dirham yang mana dia telah menerimanya sebagai hadiah. Apabila telah diberitahukan kepadanya bahawa sipengirim sedang mengacarakan sumpah setianya kepada anaknya Yazid, dia berkata, ‘Jika ini yang dia kehendaki? Maka agama saya, terlalu murah…’ [226]

    Ya, Abdullah ibn Umar telah menjualkan agamanya dengan murah sebagaimana dia sendiri mengaku. Dia lari jauh dari memberikan sumpahnya kepada Imam bagi mereka yang beriman tetapi bergegas untuk memberikan kepada kepada ketua yang zalim Muawiya, kemudian kepada ketua bagi penzina Yazid, maka telah memikulkan diatas bahunya segala kezaliman yang telah dilakukan oleh kerajaan Muawiya yang Zalim. Dia, dengan tidak ragu lagi telah, telah memikul beban kezaliman Yazid diatas kepalanya kerana telah melanggar kesucian kota rasul Allah dan kerana membunuh kembang harumannya, ketua remaja disyurga dan keturunan rasul, bersama mereka-mereka yang beriman diantara anak-anak umma ini yang telah dibunuh diKarbala, didalam peperangan Harra.

    Abdullah ibn Umar tidak berpuas hati dengan sedemikian banyak sumpah setia kepada Yazid, maka dia menekan manusia untuk mengikuti jejaknya, mengancam sesiapa yang hendak melakukan yang sebaliknya.
    Al-Bukhari didalam sahihnya dan pengumpul hadith yang lainnya telah mengatakan bahawa Abdullah ibn Umar mengumpulkan anak-anaknya, orang suruhan dan hamba apabila penduduk Medina menolak Yazid ibn Muawiya dan berkata kepada mereka, ‘Kami bersumpah setia kepada orang ini bertindak setelah bersumpah kepada Allah dan rasulNya [227], dan saya telah mendengar pesuruh Allah telah berkata: Sesiapa yang pengkhianat akan didirikan untuk mereka satu tanda dihari pengadilan, dan akan dikatakan kepada mereka. Ini adalah pengkhianatan bagi sipolan dan sipolan, ‘ dan pengkhianatan yang paling keji, selepas mensekutukan Allah dengan sesuatu, adalah sesaorang yang memberikan sumpah setianya kepada Allah dan rasulNya kemudian mengkhianatinya, [228] dan tiada siapa dari kamu yang harus menggulingkan Yazid, tidak juga sesiapa dari kamu harus melihat perbuatan itu sebagai terhormat, jika tidak sesuatu yang trajik akan berlaku diantara saya dan dia.’ [229]

    Kezaliman Yazid mendapat galakan apabila Abdullah ibn Umar menyokongnya dan mendesak manusia untuk memberikan sumppah setia kepadanya, maka dia membentuk sepasukan tentera dibawah pemerintahan Uqbah, seorang penzina terkemuka dizamannya, mengarahnya untuk menyerang Medina, kota rasul, mengizinkannya untuk melakukan apa saja yang dia suka didalamnya. Maka Uqbah telah membunuh sepuluh ribu para sahabat dan mengambil isteri-isteri mereka sebagai tawanan dan merampas harta mereka. Dia juga telah membunuh tujuh ratus hafiz Quran yang suci menurut kepada al-Baladhuri, mengizinkan askarnya untuk memperkosa ramai wanita Muslim yang merdeka sehinggakan bahawa yang kemudiannya telah melahirkan anggaran seramai seribu bayi tanpa nikah. Kemudian dia memaksa mereka untuk bersumpah bahawa mereka adalah hamba kepada ketuanya Yazid…

    Tidakkah Abdullah ibn Umar sekutunya didalam semua itu, oleh kerana dia telah menyokong dan membuatkan dia lebih berkuasa? Saya tinggalkan para penyelidik untuk membuat rumusan sediri.

    Abdullah ibn Umar tidak puas dengan itu semua, sehingga dia telah melampaui dengan memberikan sumpah setianya kepada Marwan ibn al-Hakam, syaitan yang terkutuk, penzina yang dari keturunan yang sama, yang memerangi Ali secara terbuka dan membunuh Talhah dan melakukan banyak lagi perkara yang keji, seperti membakar rumah Allah [Kabah], dan menghujaninya dengan batu dari lastik yang besar, meruntuhkan satu dari penjurunya dan membunuh didalam insiden itu Abdullah ibn al-Zubayr, dan tambahan kepada beberapa perbuatan yang memalukan yang lain.

    Kemudian Ibn Umar sumpahnya telah sampai kekemuncak yang baru dengan memberikan sumpah setianya kepada al-Hajjaj ibn Yusuf al-Thaqafi yang selalu mempersendakan Quran yang suci dan melabelnya sebagai syair dimajlis perkahwinan Arab, mengutamakan ketuanya Abdul-Malik ibn Marwan keatas pesuruh Allah. Al-Hajjaj inilah orang yang sama yang telah dikenali dari kalangan elit dan juga kebanyakkan sebagai yang telah memperkecilkan dasar dan juga prinsip Islam.

    Didalam Tarikhnya, Hafiz Ibn Asakir menunjukan bahawa dua orang yang berselisih diantara mereka mengenai al-Hajjaj. Seorang darinya mengatakan bahawa dia kafir, murtad, sedangkan seorang lagi mengatakan bahawa dia adalah daal mukmin, seorang muslim yang menyimpang. Apabila mereka berkeras, mereka bertanya kepada al-Sha’bi mengenai pandangannya. Al-Sha’bi berkata: ‘Dia adalah seorang yang beriman didalam yang berkaitan dengan kekejaman dan penindasan, seorang kafir disisi Allah yang maha besar.’ [230]

    Penjenayah ini al-Hajjaj adalah seorang yang melanggar segala-galanya yang Allah telah arahkan akan tegahannya. Ahli sejarah telah merakamkan bahawa dia telah berlebihan didalam membunuh, penyiksaan, dan mencincang jasad mereka yang beriman dari umma ini, terutama pengikut shia bagi Muhammad, kerana mereka menderita penyiksaan ditangannya lebih dari ditangan orang yang lain.

    Didalam Tarikhnya, Ibn Qutaybah telah berkata bahawa didalam satu hari, al-Hajjaj telah membunuh lebih dari tujuh puluh ribu orang sehinggakan darah mengalir sehingga kepintu masjid begitu juga kejalanraya [231] Dan didalam sahihnya al-Tirmidhi, setelah mengira mereka yang dibunuh oleh al-Hajjaj, berkata, ‘Setelah al-Hajjaj mati, terdapat lapan puluh ribu orang didalam penjaranya, termasuk tiga puluh ribu wanita.’ [232] Al-Hajjaj biasanya akan membandingkan dirinya dengan Tuhan yang maha Perkasa lagi dihormati: Setiap kali dia melintasi penjara dan mendengar tawanan menjerit kesakitan dan meminta ikhsan, dia akan berkata kepada mereka [apa yang Allah katakan didalam Quran]: ‘Tinggallah kamu didalamnya, dan janganlah berkata-kata dengan ku.’ [23:108]

    Inilah al-Hajjaj yang telah diramalkan oleh pesuruh Allah sebelum baginda wafat; baginda berkata: ‘Terdapat didalam suku kaum Thaqeer seorang pendusta dan pemusnah.’ Apa yang anehnya adalah bahawa penyampainya hadith ini tidak lain dari Abdullah ibn Umar sendiri. [233]

    Ya, Abdullah ibn Umar yang keberatan untuk memberikan sumpah setia kepada manusia yang terbaik selepas pesuruh Allah dan tidak menyokong beliau, tidak juga dia bersolat dibelakangnya, maka Allah [awj] telah menghina dia. Dia pergi ke al-Hajjaj dan berkata: ‘Saya telah mendengar pesuruh Allah telah berkata: Sesiapa yang mati tidak memberikan sumpah setianya, mati sebagai jahiliah.’ Al-Hajjaj terkutuk yang membencinya, dan menunjukkan kaki kepadanya dan berkata: Tangan aku sibuk sekarang; maka bersumpah setialah kamu kepada yang ini.’ Dia biasa bersolat dibelakang al-Hajjaj, yang murtad dan dibelakang walinya Najdah ibn Amir, ketua para Khawarij [234]

    Tidak ada keraguan bahawa Abdullah ibn Umar memilih untuk bersolat dibelakang manusia ini kerana mereka amat terkenal pada mengutuk dan menolak Ali selepas solat. Ibn Umar biasanya akan memuaskan dendamnya yang tersembunyi dan kebenciannya disetiap masa dia mendengar kutukan yang demikian, merasa senang didalam hatinya dan merasa puas dengannya. Untuk sebab ini kita dapati mazhab ahl al-sunna wal-jamaa melakukan solat dibelakang mereka yang beriman dan juga mereka yang menderhaka berdasarkan dari apa yang ketua mereka dan ahli fiqh mazhab mereka Abdullah ibn Umar lakukan yang sedemikian, solat dibelakang si murtad al-Hajjaj dan si kharijite Najdah ibn Amir.

    Dan kenyataan pesuruh Allah seperti ini: ‘Mereka yang menjadi Imam kepada manusia adalah yang terbaik didalam membaca kitab Allah, jika mereka semua membaca sama baiknya, dia hendaklah yang paling berpengetahuan didalam sunnah. Jika mereka semua tahu sunnah sama baiknya, dia hendaklah yang paling awal melibatkan diri didalam hijrah. Jika mereka melibatkan diri didalam hijrah pada masa yang sama, dia hendaklah yang paling awal menerima Islam…’ mereka pasti telah membuangnya…

    Tiada satupun dari keempat-empat kelebihan ini, iaitu membaca Quran yang suci dengan baik, memelihara sunnah, yang awal melibatkan diri didalam hijrah, dan yang awal menerima Islam, ada pada mereka yang Ibn Umar memberi sumpah setianya dan yang dibelakang mereka dia bersolat: Tidak juga Muawiya, begitu juga Yazid, mahupun Marwan, tidak juga al-Hajjaj mahupun pada diri Najdah si khawarij..

    Ini, pastinya hanya satu dari arahan sunnah yang Abdullah ibn Umar langgar. Dia mengenepikannya sama sekali dan bertindak yang bertentangan dengannya. Dia meninggalkan ketua dari keturunan rasul, iaitu Ali, yang mana didalam dirinya mempunyai semua kelebihan ini dan banyak lagi. Bahkan, dia memusingkan belakangnya kearah dia dan pergi untuk bersama dengan yang fasik, kharijite, murtad, musuh Allah dan pesuruhNya, bersolat dibelakang mereka!

    Berapa banyakkah pelanggaran ahli faqh ahl al-sunna wal-jamaa Abdullah ibn Umar, melanggar kedua-duanya kitab Allah dan sunnah pesuruhNya?! Jika kami berhajat, kami boleh mengumpulnya didalam buku yang berasingan, tetapi contoh yang berikutnya, yang telah disebutkan oleh buku mereka dan juga sahih, telah mencukupi untuk menyokong hujah kami:

    Pelanggaran Abdullah ibn Umar tehadap Kitab Allah dan juga sunnah rasul.

    Allah [awj] telah berkata didalam kitabNya yang suci: Perangilah parti yang zalim sehingga ia kembali kepada perintah Allah…. [49:9] Pesuruh Allah telah berkata: ‘Wahai Ali! Kamu akan perangi selepas aku mereka yang berpaling, mereka yang sekutukan yang lain dengan Allah, dan yang menyimpang.’

    Abdullah ibn Umar telah melanggar ayat ini dari Quran yang suci begitu juga dengan hadith yang disebutkan diatas, dan dia juga telah melanggar ijma umma, dari Muhajir dan juga Ansar yang berperang bersama Amirul Mukminin, mengikut pandangan dan kata-katanya, ‘Saya tidak akan berperang didalam perselisihan, dan saya akan bersolat dibelakang sesiapa yang menang.’ [235] Ibn Hajar telah menunjukkan bahawa Abdullah ibn Umar adalah seorang yang berpandangan yang sesaorang harus menjauhkan diri dari peperangan semasa perselisihan walaupun jika satu kumpulan darinya adalah betul dan yang satu lagi adalah salah. [236]

    Demi Allah, sungguh aneh, didalam kes Abdullah ibn Umar yang melihat satu parti yang benar dan yang lagi satu salah malah masih menahan diri dari menyokong yang benar atau menegah parti yang salah sehingga dia kembali kepada mentaati Allah! Dia melaksanakan solatnya dibelakang sesiapa yang menang, tidak kira jika yang menang itu adalah yang melakukan kesalahan! Inilah yang sebenarnya yang berlaku kepada Ibn Umar, kerana Muawiya menang dan menekan kepada umma, dan memaksakan kekuasaannya keatas mereka. Ibn Umar kemudian datang untuk bersumpah setia kepada Muawiya dan solat dibelakangnya walaupun dia telah melakukan jenayah dan dosa yang diluar pemikiran manusia dan yang telah diketahui oleh Ibn Umar.

    Mereka yang melakukan kesalahan dari pemimpin yang zalim, disebabkan oleh bilangan mereka yang banyak, telah menang keatas pemimpin yang benar dari para Imam ahl al-bayt. Maka mereka telah dikeluarkan dari penguasaan, sedangkan mereka yang tidak betul, penzina, penjenayah yang menyimpang, menjadi pemerintah umma dengan paksaan dan penindasan.

    Ibn Umar telah meninggalkan yang benar semuanya, maka sejarah tidak merakamkan sebarang sahabat baginya tidak juga perhubungan persahabatan terhadap ahl al-bayt, lima dari para Imam adalah sezaman dengannya. Dia tidak bersolat dibelakang seorang pun dari mereka. Dia tidak menyebutkan walau satu pun hadith dari mereka, dan dia tidak mengiktiraf satu pun keutamaan atau kemuliaan dari mereka.

    Kita telah mengetahui, semasa membincangkan Imam yang dua belas didalam buku ini, apa pandangannya dengan berkenaan kepada mereka yang dilabelkan sebagai dua belas khalifa. Dia menganggap sebagai sahih khalifanya Abu Bakr, Umar, Uthman, Yazid, al-Saffah, Salam, al-Mansour, Jabir, al-Mahdi, al-Amin dan ketua kumpulan Muawiya dengan berkata: ‘Kesemua dua belas ini dari keturunan Banu Ka’b ibn Luayy, dan mereka semua tiada bandingannya didalam kebenaran.’[237]

    Adakah kamu lihat diantara mereka ini semua, seorang daripada Imam yang memberi petunjuk dari keturunan rasul yang telah diterangkan oleh pesuruh Allah sebagai bahtera keselamatan dan pakar Quran?!

    Untuk sebab itu kamu tidak akan dapat mengesan jejak kehadiran mereka diantara ahl al-sunna wal-jamaa, tidak juga terdapat walau satu pun Imam dari ahl al-bayt pada senarai imam dan khalifa yang mereka contohi. Inilah kesnya dengan Abdullah ibn Umar didalam penentangannya terhadap Kitab Allah dan sunnah pesuruhNya. Dan kepada kejahilan dirinya terhadap yang tersebut, kamu boleh katakan apa yang kamu kehendakki.

    Diantara yang menunjukkan diatas kejahilannya adalah jahilnya diatas fakta bahawa rasul telah mengizinkan wanita untuk memakai sandal apabila memakai pakaian ihram; Ibn Umar mengeluarkan fatwa melarangnya. [238]

    Satu lagi adalah menyewakan kebunnya semasa hidupnya rasul Allah begitu juga semasa pemerintahan Abu Bakr, Umar, Uthman dan Muawiya sehinggakan seorang sahabat berkata kepadanya pada penghujung pemerintahan Muawiya dan memberitahunya bahawa pesuruh Allah telah melarangnya. [239]

    Ya; begitulah ahli faqih kepada ahl al-sunna wal-jamaa,’ dia tidak mengetahui bahawa adalah haram untuk menyewakan kebun, dan tidak diragukan bahawa dia pernah mengeluarkan keputusan yang membolehkannya disepanjang waktu tersebut yang bermula dari masa rasul hinggalah kepenghujung zaman Muawiya, jangka waktu lebih kurang lima puluh tahun….

    Dan contoh satu lagi adalah Aisha menolak keputusannya bahawa orang yang mati adalah tersiksa disebabkan oleh tangisan mereka yang hidup keatasnya, dan juga mengenai azan subuh, dan katanya bahawa setiap bulan adalah dua puluh sembilan hari. Aisha menentang dia dibeberapa isu yang lain juga.

    Contoh yang lain yang dirakamkan oleh kedua-dua shaykh, iaitu al-Bukhari dan Muslim, didalam sahih-sahih mereka:

    Abdullah ibn Umar telah diberitahu bahawa Abu Hurayra pernah berkata: ‘Saya mendengar rasul Allah berkata, ‘Sesiapa yang berjalan dibelakang jenazah akan menerima satu karat [nilai emas] hadiah,’ Ibn Umar membalas dengan berkata secara mengejek, ‘Sesungguhnya Abu Hurayra amat pemurah dengan karat yang sedemikian!’ Bagaimanapun Aisha mengaku akan sahihnya hadith yang Abu Hurayra katakan dengan berkata, ‘Saya mendengar rasul Allah berkata yang begitu.’ Maka barulah Ibn Umar berkata, ‘Sesungguhnya kami telah terlepas beberapa karat!’ [240]

    Telah mencukupi bagi kami didalam hal ini pengakuan Umar ibn al-Khattab terhadap anaknya Abdullah: Diatas ranjang kematiannya, Umar telah ditanya oleh orang yang suka memuji, ‘Mengapa kamu tidak rekomen [menyarankan] Abdullah ibn Umar untuk menjadi khalifa berikutnya?’ Umar berkata, ‘Adakah saya mengunjurkan sesaorang yang tidak tahu bagaimana untuk menceraikan isterinya menurut perundangan syariah?’

    Begitulah Abdullah anak Umar ibn al-Khattab, tiada siapa yang lebih mengenalinya selain dari bapanya.

    Dan bagi hadith yang palsu yang mana dia telah berkhidmat kepada ketuanya Muawiya, sesungguhnya ini amatlah banyak. Kami ingin menyebut sebilanganya sahaja sebagai contoh:

    Dia berkata: ‘Pesuruh Allah telah berkata: Sesaorang dari penduduk syurga akan datang kepada kamu.’ Yang mana Muawiya telah datang. Kemudian dia berkata, ‘Esok, sesaorang dari penduduk syurga akan datang kepada kamu,’ Muawiya datang. Kemudian dia mengulangi yang sama pada keesokkan harinya, yang mana Muawiya telah datang.’

    Yang lain adalah kata-katanya, ‘Apabila ayat al-kursi diturunkan, pesuruh Allah telah menyuruh Muawiya untuk menulisnya. ‘Apa yang saya dapati jika saya melakukannya?’ tanya Muawiya. Dia berkata: ‘Barang siapa membacanya, kamu akan mendapat ganjaran dari pembacaannya.’

    Yang lain adalah dari kata-katanya: ‘Muawiya akan dibangunkan pada hari dibangkitkan memakai dengan pakaian yang bercahaya dengan iman.’

    Saya tidak tahu mengapa ahl al-sunna wal-jamaa tidak menambah nama Muawiya didalam senarai sepuluh orang yang menerima khabar gembira memasuki syurga oleh kerana ketua mereka Ibn Umar menekankan tiga kali, dalam masa tiga hari berturut-turut, bahawa Muawiya akan memasuki syurga. Oleh kerana manusia dihari dibangkitkan dan dibangkitkan berkaki ayam [tidak berkasut], tidak berpakaian, Muawiya akan berpakaian yang terbaik kerana dia akan memakai pakaian dari cahaya iman! Maka bacalah kenyataan yang sedemikian dan fikirkanlah!

    Itulah Abdullah ibn Umar, dan begitulah pengetahuannya; dan begitulah ilmu fiqh dan penentangan terhadap kitab Allah dan sunnah rasul; dan begitulah kebenciannya terhadap Amirul Mukminin dan para Imam yang disucikan dari keturunan rasul; dan begitulah ketaatan dan pujiannya terhadap musuh-musuh Allah dan pesuruhNya, musuh kepada kemanusiaan.

  13. Abdullah ibn al-Zubayr.

Bapanya al-Zubayr ibn al-Awwam, telah terbunuh semasa peperangan unta, peperangan yang dilabel didalam sunnah rasul sebagai peperangan pengkhianatan. Ibunya adalah Asmaa anak perempuan Abu Bakr ibn Abu Qufaha. Emak saudaranya adalah Umm Mukminin Aisha anak perempuan Abu Bakr dan isteri rasul Allah. Dia adalah penentang utama terhadap Imam Ali dan yang paling membenci beliau.

Dia mungkin telah membanggakan dirinya diatas kedudukan khalifa datuknya Abu Bakr dan emak saudaranya Aisha, maka mewarisi dari mereka berdua kebencian yang sedemikian yang berakhir disepanjang hayatnya. Imam Ali [as] pernah berkata kepada al-Zubayr, ‘Kami pernah menganggap kamu sebagai seorang dari keturunan Abd al-Muttalib sehingga anakmu yang durhaka telah membuatkan perselisihan diantara kami dan kamu.’

Telah termashor didalam sejarah bahawa dia semasa didalam peperangan unta, adalah elemen yang terpenting dan pemerintah diketika itu, sehinggakan Aisha menjadikan dia untuk mengimami manusia didalam solat setelah menolak keduanya Talhah dan al-Zubayr kerana bertengkar sesamanya, masing-masing mahu menjadi imam. Ia juga telah dikatakan telah membawa lima puluh orang untuk memberikan sumpah palsu bahawa tempat dimana mereka telah tiba tidak dipanggil Hawab. Itulah maka dia telah berpuas hati untuk meneruskan perjalanannya menuju kepada peperangan unta.

Abdullah adalah orangnya yang mencela bapanya kerana membuat keputusan untuk berhenti dari peperangan setelah diingatkan oleh Imam Ali [as] pada satu hadith yang tertentu dari rasul yang mana baginda telah mengatakan al-Zubayr adalah dia dipihak yang zalim, yang memerangi Ali. Dia terus mencela bapanya, sehingga bapanya berkata kepadanya, ‘Apa kenanya dengan kamu?! Semoga Allah memalukan kamu kerana menjadi anak yang membawa bencana!’ Ianya telah dikatakan bahawa dia terus mencela dan memberi semangat kepada bapanya sehingga dia berjaya memdapatkannya kembali untuk menyerang tentera Ali; dia terbunuh dan bapanya memanggilnya anak yang membawa malang adalah betul.

Ini adalah cerita yang kami pilihkan untuk kamu disebabkan oleh benarnya, dan disebabkan oleh penerangannya terhadap dendam psikologi al-Zubayr dan juga anaknya yang membawa malang, Abdullah. Al-Zubayr tidak boleh menarik dirinya dengan mudah dari peperangan tersebut, meninggalkan dibelakangnya Talhah dan orang-orangnya sebagai tambahan kepada hamba-hamba dan orang-orang suruhan yang dia telah bawa dari Basrah. Dia tentu tidak dapat meninggalkan Umm Mukminin Aishah, saudara perempuan isterinya, didalam keadaan yang merbahaya. Jika kita terima bahawa dia meninggalkan mereka, mereka pastinya tidak akan melepaskan dirinya semudah itu terutama anaknya Abdullah yang keras hati yang mana kemahuannya kita telah mengetahui.

Ahli sejarah menunjukan bahawa Abdullah ibn al-Zubayr pernah mengutuk dan menghina Ali. Dia pernah berkata mengenai beliau: ‘Penjahat yang kejam sedang menghampiri kamu.’ Dia pernah memberi ucapan kepada penduduk Basrah mendorong mereka untuk memerangi Ali yang mana dia berkata: ‘Wahai manusia, Ali membunuh Amirul Mukminin Uthman secara zalim, kemudian dia menubuhkan tentera untuk memerintah kamu dan menawan kota kamu; maka jadilah seorang yang menginginkan pembalasan terhadap khalifa yang terbunuh, pertahankan wanita kamu, dan keselamatan anak gadis kamu, kerabat kamu, dan kaum kamu. Sesungguhnya Ali tidak mempertimbangkan didalam isu ini pandangan sesiapa selain dari dirinya, demi Allah, jika dia mendapat kemenangan diatas kamu; dia akan menghapuskan agama dan dunia kamu.’ [241]

Kebencian dan dendamnya sampai ketahap dimana dia meninggalkan meminta Allah mensejahterakan rasul; maka dia tidak boleh dipersalahkan, tidak juga penipuannya kepada manusia memeranjatkan kami, tidak juga terhadap tuduhannya kepada Imam Ali, yang mana dia menuduh dengan segala yang menghinakan sebagaimana tuduhannya didalam ucapannya apabila dia berkata kepada penduduk Basra dan berkata kepada mereka: ‘… demi Allah, jika dia dapat kemenangan diatas kamu, dia akan menghapuskan agama dan dunia kamu.’ Ini tidak lain dari dusta yang nyata dan cercaan yang besar datang dari Abdullah ibn al-Zubayr yang mana kebenaran tidak dapat menembusi hatinya.

Apa yang mengesahkan yang diatas adalah pada fakta bahawa apabila Ali ibn Abu Talib memenangi keatas mereka penduduk basra dan menangkap kebanyakkan mereka, dan diantara mereka yang tertangkap adalah Abdullah ibn al-Zubayr sendiri, dia mengampunkan kesemuanya dan membebaskan mereka dan bermurah hati kepada Aisha, menyelamatkan kehormatannya dan menghantarnya pulang kerumahnya di Medina. Dia juga melarang orang-orangnya dari mengambil harta atau mengambil wanita atau kanak-kanak sebagai tawanan atau membunuh yang cedera, sehinggakan halangan tersebut telah mengakibatkan pemberontakkan didalam tenteranya dan keraguan terhadapat keputusannya.

Ali [as] adalah penegak sunnah rasul dan yang paling berpengetahuan terhadap kitab Allah, kitab yang tiada siapa mengetahuinya lebih dari beliau. Hipokrit dan musuh yang menyusup kedalam tenteranya telah menghasutkan pemberontakkan terhadapnya; mereka berkata: ‘Bagaimana dia membolehkan kita memerangi mereka bahkan melarang kita dari mengambil wanita mereka sebagai tawanan?’ Ucapan yang sebegitu telah memperdayakan ramai dari tenteranya, tetapi beliau [as] berhujah dengan mereka melalui kitab Allah dengan berkata: ‘Letaklah taruhan kamu pada siapa yang akan mengambil ibu kamu Aisha sebagai tawanan!’ maka barulah mereka faham bahawa beliau adalah benar, maka mereka berkata kepadanya, ‘Kami meminta ampun kepada Allah dari melakukannya; kamu adalah benar sedang kamilah yang bersalah.’

Apa yang Abdullah ibn al-Zubayr telah katakan mengenai Imam adalah dusta dan penghinaan yang ketara; kebenciannya terhadap Ali [as] telah membutakan kedua mata dan fikirannya, yang membawa dia didalam penglibatannya. Ibn al-Zubayr tidak pernah taubat selepas kejadian tersebut, tidak juga dia mempelajari apa-apa darinya, tidak juga dia mendapat apa-apa pertambahan kebijaksanaan dari peperangan tersebut untuk kepentingan jiwanya…. Sesungguhnya tidak; bahkan dia telah menganugerahkan perbuatan kebajikan dengan yang keji, dan dendam dan kebenciannya terhadap keturunan Hashim secara am dan ketua kepada keturunan yang disucikan khasnya telah bertambah, dan dia melakukan segala yang terdaya untuk menghapuskan cahaya mereka dan untuk menghapuskan mereka.

Ahli sejarah menceritakan dengan berkata bahawa dia, selepas pembunuhan Imam Ali, mula cuba mencari kedudukan khalifa, dan beberapa orang berkumpul dibelakangnya, maka dia menjadi lebih kuat. Dia berjaya mendapatkan Muhammad ibn al-Hanafiyya, anak kepada Imam Ali [as] dipenjara bersama dengan Imam al-Hasan ibn Ali dan tujuh belas manusia lain dari Banu Hashim. Kemudian dia mula untuk membakar mereka hidup-hidup, maka dia mengumpulkan kayu dengan banyak dihadapan penjara lalu membakarnya. Jika tidak dengan ketibaan tentera al-Mukhtar pada saat yang genting dan memadamkan api, anak al-Zubayr telah berjaya dengan objektifnya.[242]

Marwan ibn al-Hakam kemudian menghantarnya sepasukan tentera yang diketuai oleh al-Hajjaj yang telah mengepung rumahnya, membunuhnya kemudian mengantung mayatnya di Masjid. Maka berakhirlah hidup Abdullah ibn al-Zubayr sebagaimana berakhirnya kehidupan bapanya yang lalu. Setiap dari mereka mencintai dunia ini dan mencuba sedaya upaya untuk mendapatkan kuasa dan memerintah dan untuk menerima sumpah setia, memerangi yang lain kerananya, ramai yang dibunuh didalam proses ini sehingga dia sendiri terbunuh dengan tidak kesampaian akan tujuan maksudnya.

Abdullah ibn al-Zubayr mempunyai pandangan mengenai fiqh yang membayangkan tindakan negatifnya terhadap fiqh dari ahl al-bayt yang dibencinya. Satu dari pandangannya yang amat termashor adalah katanya terhadap perkahwinan mut’a adalah tidak sah secara Islam. Dia pernah berkata kepada Abdullah ibn Abbas [ahli hadith yang terkenal], ‘Wahai kamu orang buta! Jika kamu melakukannya, sesungguhnya saya akan merejam kamu.’ Ibn Abbas membalas kepadanya dengan berkata, ‘Penglihatan saya buta, itu adalah benar, tetapi kamu buta didalam diri kamu, maka jika kamu mahu mengetahui betapa halalnya mut’a itu, pergilah bertanya kepada ibu kamu sendiri mengenainya!’ [243]

Kami tidak berhajat untuk menangani perkara ini secara khusus kerana ianya telah dibincangkan dengan banyak, tetapi kami hanya sekadar ingin mendedahkan penentangan al-Zubayr terhadap ahl al-bayt didalam segala aspek, termasuk perkara fiqh dimana kakinya tidak tegap berdiri.

Kesemuanya kedua belas orang ini telah berlalu, didalam kebaikan dan juga kejahatan mereka, meninggalkan umma yang tenat belayar didalam lautan darah, lemas didalam lautan kesesatan, dengan kebanyakan ahlinya tidak dapat membezakan yang benar dengan yang palsu. Inilah, yang sebanarnya, apa yang Talhah, al-Zubayr dan malahan Sa’d ibn al-Waqqas telah mengatakannya.

Hanya seorang manusia sahaja yang nyata dengan petunjuk dari tuhannya, yang tidak pernah meragui kebenaran walaupun sekelip mata, dia adalah Ali ibn Abu Talib [as] yang dengannya kebenaran berputar kemana saja dia berputar, bersamanya kemana saja dia pergi. Maka tahniah kepada sesiapa saja yang mengikuti dan mencontohi dia. Yang sebenarnya, pesuruh Allah sendiri telah berkata, ‘Kamu wahai Ali, dan pengikut kamu sesungguhnya yang berjaya pada hari pengadilan.’ [244]

‘Adakah Dia yang menunjukkan kepada apa yang betul yang lebih berhak diikuti, atau dia yang tidak memberi petunjuk malainkan dia sendiri mendapat petunjuk? Mengapakah dengan kamu? Bagaimana kamu mengadili? [10:35]

Sesungguh benarlah firman Allah [awj].

[143] Kenyataan ini telah disebut didalam Ibn Kathir dan juga didalam al-Khazin, sebagai tambahan kepada Al-Tafsir al-Kabir dari Jalal al-Din al-Suyuti, yang telah menerangkan surah al-Nisaa dengan berkata, ‘Mereka bertanya kepada kamu untuk keputusan; katakan: Allah telah memutuskan untuk kamu yang dengan berkenaan kepada kalala, dsb…’ 
[144] Apa yang membuktikan ini adalah kenyataan pesuruh Allah: Biar saya tuliskan untuk kamu yang mana selepas itu kamu tidak akan sesat.’ Ibn Abbas telah berkata, ‘Jika dia telah menulisnya, tidak ada pasangan didalam dunia ini yang akan berselisih diantara satu dengan yang lain.’ Oleh kerana Umar telah menghalang pesuruh Allah dari menulisnya, menuduh baginda berkata yang bukan-bukan supaya dia tidak bertegas pada penulisannya, maka kami boleh membuat rumusan bahawa dia yang bertanggung jawab terhadap sesatnya mereka yang menyimpang dan yang telah menghalang umma Islam dari petunjuk. 
[145] Muslim sahih jilid 4 ms 59 komen dengan berkata bahawa ibn Abbas dan Ibn al-Zubayr berselisih diantara mereka dengan yang berkenaan kedua-dua mut’a. Jabir ibn Abdullah [al-Ansari] berkata: ‘Kami pernah melakukan kedua-duanya apabila kami bersama pesuruh Allah, kemudian Umar menghalang kami, maka kami berhenti.’ 
[146] Ibn Sa’d, Tabaqat, jilid 3 ms 204. Al-Suyuti, Tarikh, dimana khalifa Umar ibn al-Khattab dibincangkan. 
[147] Ibn Qutaybah, Tarikh al-Kulafa, jilid 8 ms 31 
[148] AL-Bayhaqi, Al-Sunan al-Kubra, jilid 3 ms 144 
[149] Ibn Hazm, Al-Muhalla, jilid 4 ms 270 
[150] Ini dinyatakan pada ms 140 jilid 3 dan juga oleh al-Tabrani didalam bukunya Al-Mu’jam al-Kabir, dan pada ms 310, jilid 2 dari Ahkam al-Quran dari al-Jassas. 
[151] Al-Bukhari, sahih jilid 2 ms 151, didalam bab berkenaan dengan mut’a dan dengan menyatukan umra dan haji. 
[152] Kenyataan ini dirakamkan didalam buku tafsir ditulis oleh Ibn Kathir, al-Qurtubi, al-Alusi dan banyak lagi yang mana semuanya menyebut ketika menerangkan ayat suci yang berbunyi, ‘Ianya tidak boleh bagimu untuk menyakiti [perasaan] pesuruh Allah, tidak juga boleh kamu memperisterikan isteri-isterinya selepas dia.’ 
[153] Inilah apa yang Ibn Qutaybah rakamkan didalam bukunya Al-Imama wal Siyasa ketika membincangkan kematian Abu Bakr dan perlantikkannya terhadap Umar sebagai khalifa seterusnya. 
[154] Ibn Abul-Hadid, Sharh Nahjul-Balagha, jilid 1 ms 88, komen terhadap syarahan Shaqshaqi 
[155] Didalam Al-Fitnat al-Kubra, al-Tabari, Ibn Abul-Hadid, dan Taha Husayn, semua mengatakan bahawa Talhah telah meminjam lima puluh ribu dinar dari Uthman suatu ketika. Satu hari, dia berkata kepadanya, ‘Persediaan telah dibuat untuk membayar semula wang kamu; maka hantarlah sesaorang untuk menerimanya.’ Uthman kemudian berkata kepadanya, ‘Saya telah memberikan kepada kamu, O bapa Muhammad, supaya dapat membantu kamu didalam sokongan kamu terhadap kerajaan saya.’ Ia juga dikatakan bahawa Uthman telah memberikan suatu ketika kepada Talhah jumlah sebanyak dua ratus ribu dinar. 
[156] Ibn Sa’d, Tabaqat, jilid 3 ms 858 
[157] nama yang tidak baik yang diberikan kepada Uthman 
[158] Fakta ini telah dirakamkan oleh: al-Tabari didalam Tarikhnya, dan kedua-duanya al-Mada’ini dan al-Waqidi semasa membincangkan pembunuhan Uthman. 
[159] Taha Husayn, Al-Fitna al-Kubra jilid 1 ms 150 
[160] Ulama Mesir Mu’tazilite Ibn Abul-Hadid, Sharh Nahjul-Balagha jilid 2 ms 500 
[161] Umar ibn al-Khattab telah mencipta idea itu supaya membuka jalan untuk penentangan kepada dan pertandingan dengan Ali hanya kerana para sahabat benar-benar tahu bahawa khalifa adalah hak Ali dan telah dirampas oleh Quraysh. Apabila Fatima al-Zahra berhujah dengan mereka didalam hal ini, mereka katakan kepadanya, ‘Jika suami dan sepupu kamu telah datang kepada kami dahulu [untuk kedudukan khalifa] kami akan menganggap tiada siapa yang lebih layak darinya.’ Tetapi Umar ibn al-Khattab tidak merasa senang dengan idea bahawa kedudukan khalifa akan kembali kepada pemilik yang sah, maka dia mengadakan parti pembangkang untuknya. Maka setiap orang dari mereka mengharapkan kedudukan khalifa untuk dirinya, dan mereka semua bercinta-cinta untuk menjadi ketua, memperniagakan agama mereka untuk dunia ini; perniagaan mereka tidak pernah beruntung. 
[162] Taha Husayn, Al-Fitna al-Kubra, jilid 1 ms 147 
[163] Al-Bukhari, sahih jilid 4 ms 53, didalam bab mengenai dengan rahmatnya pada harta bagi mereka yang terlibat didalam ghazwa sama ada yang masih hidup atau yang mati. 
[164] Maksud bagi tajuk ini adalah: seorang yang kelihatan sedikit kemerahan_tr 
[165] Al-Tabari, Tarikh, jilid 5 ms 204. Ibn al-Atheer, Al-Kamil, jilid 3 ms 102 
[166] Taha Husayn, Al-Fitna al-Kubra, jilid 2 ms 37 
[167] Kenyataan ini telah dinyatakan oleh al-Tabari didalam membincangkan peperangan unta, didalam al-Mas’udi Tarikh, didalam A’tham’s Tarikh dan oleh yang lain. 
[168] Ibn Abul-Hadid, Sharh Nahjul-Balagha, jilid 1 ms 101 
[169] Ibn Abul-Hadid, Sharh Nahjul-Balagha, ms 306, menyebutkan dari Muhammad Abdoh 
[170] Ibid ms 626 
[171] Al-Tabari, Tarikh, jilid 5 ms 205 
[172] Ibn Qutaybah, Tarikh al-Kulafa, jilid 1 ms 18 
[173] Ibn Qutaybah, Tarikh al-Kulafa, jilid 1 ms 48 
[174] Ini telah ditunjukkan di ms 18 dan ms 35 dari Imam al-Nasa’i Khasa’is 
[175] Muslim,sahih, jilid 7 ms 119 dimana kemuliaan Ali ibn Abu Talib dibincangkan 
[176] Al-A’tham, Tarikh ms 163 
[177] Ibn Qutaybah, Al-Imama wal Siyasa, jilid 1 ms 20 
[178] Ulama Mesir Muhammad Abdoh, Sharh Nahjul-Balagha, jilid 1 ms 88 
[179] Ibn Kathir, Tarikh jilid 8 ms 77 
[180] Ini telah disebutkan didalam buku sejarah al-Mas’udi yang dikenali sebagai Muruj al-Dhahab apabila pengarangnya membincangkan riwayat Sa’d ibn Abu Waqqas 
[181] Ini adalah bersamaan oleh al-Tabari, al-Mas’udi, Ibn Sa’d, Taha Husayn, dan yang lainnya 
[182] Al-Bukhari sahih jilid 8 ms 123 
[183] Dia mengunakan ganti nama seorang [saya] menunjukkan telah memaksakan pandangan peribadinya keatas yang lain, dan bahawa dia tidak merundingkan dengan orang ramai sebagaimana yang dikatakan 
[184] Cerita ini telah dinyatakan didalam beberapa rujukan; diantaranya adalah, ms 166 jilid 1 dari Tarikh Abul Fida, ms 57 jilid 5 buku al-Baladhuri, Ansab al-Asraf, dan ms 261 jilid 2 dari Al-Iqd al-Fareed oleh pengarang Maliki Ibn Abd Rabbih 
[185] Menurut ms 577 dari Ibn Manzur lexicon Lisan al-Arab, Mansham adalah seorang wanita dari Hamadan yang biasa menjual minyak wangi. Setiap kali Arab membeli minyak wangi darinya, peperangan diantara akan lebih hebat; maka dia menjadi kiasan didalam nasib malang. 
[186] Ibn Abul-Hadid, Sharh Nahjul-Balagha, jilid 1 ms 63 
[187] Al-Bukhari sahih jilid 8 ms 91 dan juga didalam ‘Buku mengenai Iman’ didalam sahih Muslim 
[188] Al-Bukhari sahih jilid 2 ms 36 
[189] Ini telah dinyatakan oleh Ibn Kathir didalam Tarikhnya dan Ibn Abd al-Birr didalam Al-Isti’ab dimana dia membincangkan riwayat Hujr b Adi 
[190] Ini adalah apa yang disebutkan oleh kedua-duanya Ibn Kathir pada ms 136 jilid 7 buku Tarikhnya dan al-Hakim pada ms 13 jilid 4 Al-Mustadraknya 
[191] Ibn Kathir jilid 7 ms 137 
[192] Al-Bukhari sahih jilid 7 ms 90 didalam jilid mengenai etika didalam bab membincangakan hijra 
[193] Imam Ahmad ibn Hanbal Musnad jilid 6 ms 77 
[194] Imam Ahmad ibn Hanbal Musnad jilid 6 ms113 
[195] Abbas Mahmud al-Aqqad, Abqariyyat Khalid ms 24 
[196] Pada ms 61, jilid 2 dari Tarikhnya al-Yaqubi berkata bahawa Abd al-Rahman berkata, ‘ Demi Allah! Adalah Khalid yang membunuh mereka-mereka itu walaupun mereka itu Islam.’ Khalid membalas dengan berkata, ‘Bahkan saya telah membunuh mereka untuk menuntut bela diatas ayah kamu Awf ibn Abd Awf.’ Abd al-Rahman kemudian berkata kepadanya, ‘Tidak, kamu tidak membela ayah saya, tetapi kamu menuntut membela terhadap bapa saudara kamu al-Faqih ibn al-Mugheerah.’ Lihatlah semoga Allah menyelamatkan kamu, bagaimana Khalid tidak menolak bahawa dia membunuh manusia-manusia itu walaupun mereka Islam tetapi mengaku bahawa dia membunuh mereka kerana menuntut bela untuk Awf, bapa Abd al-Rahman. Adakah ini menurut perintah Allah, mengizinkannya untuk membunuh beramai-ramai sekumpulan manusia kerana telah membunuh hanya seorang manusia? Adakah diizinkan untuk membunuh beberapa Muslim kerana telah membunuh seorang kafir? 
[197] Al-Tabari, Al-Riyad al-Nadira jilid1 ms 100 
[198] Al-Bukhari sahih jilid 4 ms 325 
[199] Zaynab adalah seorang dari anak perempuan Imam Ali 
[200] Untuk lebih khusus tenteng plot ini, rujuk kepada buku al-Tabarsi Al-Ihtijaj 
[201] Al-Bukhari sahih jilid 4 ms 175, dimana pengarang menyebutkan Abu Hurayra berkata mengenai dirinya didalam bab mengenai dengan ciri-ciri kerasulan. 
[202] Al-Bukhari sahih jilid 1 ms 38 didalam bab mendapatkan pengetahuan, dan juga ms 2 jilid 3 pada rujukan yang sama 
[203] Rujuk kepada buku bertajuk Abu Hurayra oleh pengarang mesir Mahmud Abu Rayyah 
[204] Ibn Abul-Hadid, Sharh Nahjul-Balagha, jilid 4 ms 28 
[205] Al-Bukhari sahih jilid 2 ms 232 didalam bab mengenai dengan orang yang berpuasa yang terjaga mendapati dirinya didalam berhadas besar. Malik, muwatta jilid 1 ms 272 
[206] Ini telah dinyatakan didalam buku al-Dhahabi Siyar A’lam al-Nubala 
[207] Ibn Abul-Hadid, Sharh Nahjul-Balagha, jilid 4 ms 68 
[208] Ibn Kathir, Al-Bidaya wal Nihaya jilid 8 ms 108 
[209] Al-Bukhari sahih jilid 7 ms 31 
[210] Al-Bukhari sahih jilid 6 ms 190 didalam bab mengenai berbelanja untuk isteri dan anak-anak 
[211] Ibn Abul-Hadid, Sharh Nahjul-Balagha, jilid 4 ms 67 
[212] Ibn Sa’d, Tabaqat jilid 2 ms 63 
[213] Al-Bukhari sahih jilid 1 ms 38 didalam bab mengenai belajar 
[214] Ibid jilid 1 ms 37 
[215] Al-Bukhari sahih jilid 1 ms 30 
[216] Ibid 
217] Abu Hurayra bertutur dua bahasa. Dia bertutur bahasa Arab [bahasa aslinya] dan Amharic_tr 
[218] Al-Bukhari sahih jilid 3 ms 158 didalam bab mengenai dengan anak-anak mencapai umur remaja. Ianya juga disebut didalam bab remaja didalam buku pada kerajaan oleh Imam Muslim didalam sahihnya 
[219] Hadith mengenai panji-panji yang dinyatakan oleh al-Bukhari, Muslim, al-Tirmidhi, al-Nasa’i, Imam Ahmad ibn Hanbal, Abu Dawud, dan semua para hadith yang lain 
[220] Al-Tabari Tarikh jilid 5 ms 40 Al-Suyuti, Tarikh al-Kulafa ms 104 Ibn Qutaybah Tarikh Ahmad Musnad jilid 1 ms 75 
[221] Kenyataan ini telah dibuat oleh Umar ibn al-Khattab didalam masjid nabi di Medina sejurus sebelum dia meninggal dunia. 
[222] Ibn Hajar Fath al-Bari jilid 7 ms 586 
[223] Muslim sahih jilid 6 ms 23 Al-hakim Mustadrak jilid 2 ms 156 Al-Bayhaqi Sunan jilid 8 ms 144 
[224] Ini telah dirakamkan didalam sahih Muslim, didalam al-Bayhaqi sunan dan didalam ibn Majah sunan 
[225] Ibn Sa’d Tabaqat jilid 3 ms 248 
[226] Al-baladhuri, Asnab al-Ashraf jilid 5 ms 31. Ibn Abd al-Birr; Al-Isti’ab jilid 2 ms 396. Usd al-Ghabah jilid 3 ms 289 
[227] Adakah Allah dan pesuruhNya mengarahkan bersumpah setia kepada penzina dan penjenayah? Atau adakah Dia mengarahkan bersumpah setia kepada yang benar apabila Dia berkata, ‘Sesungguhnya Allah adalah Wali kamu dan pesuruhNya dan mereka yang beriman, yang mendirikan solat dan yang mengeluarkan zakat walaupun ketika dia ruku’? 
[228] Bagaimana kami berharap Ibn Umar telah berkata yang sama kepada Talhah dan al-Zubayr yang telah berpaling dari sumpah setia mereka kepada Ali dan memeranginya, dan bagaimana kami berharap ahl al-sunna wal-jamaa bertindak mengikut hadith ini didalam membahagikan manusia! Jika melanggar sumpah adalah dosa yang amat besar yang mengikuti murtad, apakah nasibnya Talhah dan al-Zubayr yang tidak saja melanggar sumpah mereka tetapi juga telah melanggar kehormatan manusia, membunuh yang tidak berdosa dan merampas harta mereka dan mengkhianati janji mereka? 
[229] Al-Bukhari sahih jilid 1 ms 166. Ahmad Musnad jilid 2 ms 96 AL-Bayhaqi sunan jilid 8 ms 159 
[230] Ibn Asakir Tarikh jilid 4 ms 81 
[231] Ibn Qutaybah Tarikh al-Kulafa jilid 2 ms 26 
[232] Al-Tirmidhi sahih jilid 9 ms 64 
[233] Al-Tirmidhi sahih jilid 9 ms 64 Imam Ahmad ibn Hanbal Musnad jilid 2 ms 91 
[234] Ibn Sa’d Al-Tabaqat al-Kubra jilid 4 ms 110 Ibn Hazm Al-Muhalla jilid 4 ms 213 
[235] Ibn Sa’d Al-Tabaqat al-Kubra jilid 4 ms 110 
[236] Ibn Hajar menyatakan fakta ini pada ms 39 dari bukunya Al-Fath al-Bari 
[237] Al-Suyuti menyebutkan kenyataan ini didalam bukunya Kanz al-Ummal, dan ianya disebut didalam buku sejarah oleh keduanya Ibn Asakir dan al-Dhahabi. Untuk mengetahui rujukan yang lainnya dengan nombor muka suratnya dan jilidnya, sila rujuk kepada bab didalam buku ini mengenai dengan dua belas pengganti menurut sunni 
[238] Abu Dawud sunan jilid 1 ms 289 Al-Bayhaqi sunan jilid 5 ms 25 Imam Ahmad ibn Hanbal Musnad jilid 2 ms 29 
[239] Al-Bukhari sahih Muslim sahih jilid 5 ms 21 
[240] Ini telah dirakamkan oleh al-bukhari didalam sahihnya didalam bab mengenai dengan kemuliaan berjalan dibelakang jenazah yang dipikul didalam Kitabnya al-Janaaiz [Book of Borne Ciffins] 
[241] Ibn Abul-Hadid sharh Nahjul-Balagha jilid 1 ms 358. Al-Mas’udi Tarikah jilid 5 ms 163 
[242] Al-Mas’udi Tarikah jilid 5 ms185. Ibn Abul-Hadid sharh Nahjul-Balagha jilid 4 ms 487 
[243] Didalam usianya yang tua, Ibn Abbas menjadi buta. Dan menyuruh Abdullah ibn al-Zubayr untuk pergi bertanyakan kepada ibunya, ianya adalah disebabkan bahawa ayahnya al-Zubayr, telah berkahwin secara mut’a dengan Asmaa, dan Abdullah adalah hasil dari perkahwinan mut’a tersebut. Telah dikatakan bahawa sebenarnya Abdullah pergi bertemu ibunya untuk bertanya mengenainya. Dia telah berkata kepadanya, ‘Tidakkah aku melarang kamu untuk pergi berhubung dengan Ibn Abbas yang mashor dikenali sebagai Arab tercela? 
[244] Jalal al-Din al-Suyuti menyebutkan hadith ini didalam huraian bagi Quran yang suci berjudul Al-Durr al-Manthur sebagaimana dia menerangkan maksud surat al-Bayyinah

Quotes from 12 Imams

Mencintai keindahan adalah fitrah. Sampaikan keindahan Ahlul Bait dan keindahan ajaran mereka dengan cara yang indah. "Kalau manusia mendengar keindahan ucapan-ucapan kami, niscaya mereka akan mengikuti kami" (Imam Ridha as).

0 comments:

Post a Comment