12 Imam ~ Setelah menyelidikki kepercayaan kedua-dua parti, i.e iaitu shia dan juga ahl al-sunna wal-jamaa, kami dapati bahawa shia mendapatkan kesemua perintah perundangan mereka hanya dari Quran yang suci dan sunnah rasul. Kemudian mereka meletakkan Quran yang suci pertama dan sunnah rasul kedua. Maksud kami dengan mengatakan yang sedemikian adalah bahawa mereka akan memberikan pemeriksaan kepada sunnah, membandingkannya kepada kitab Allah [awj]. Mereka menerimanya apabila ia bersetuju dengan kitab Allah dan mereka bertindak mengikuti peraturannya, menolak dan mengenepikan apabila ia bertentangan dengannya.
Dengan melakukan itu, shia telah merujuk kepada apa yang Imam dari ahl al-bayt [as] telah benarkan untuk mereka. Imam-imam ini melakukannya dengan menurut pada hadith yang mereka sampaikan dari datuk mereka pesuruh Allah yang mana baginda berkata, ‘Jika sesaorang menyebutkan satu dari hadithku kepada kamu, bandingkanlah dengan kitab Allah, jika ia bersetuju dengan kitab Allah, lakukanlah mengikutinya, dan jika ianya bertentangan dengan kitab Allah, buanglah. [245]
Imam Ja’far al-Sadiq [as] telah kerap kali berkata, ‘Mana-mana hadith yang tidak bersetuju dengan Quran tidak mempunyai erti melainkan meremehkan sahaja.’ Usul al-Kafi menunjukkan bahawa rasul memberikan syarahan di Mina yang mana dia berkata, ‘Wahai umma! Apa saja yang kamu dengar mengenai saya yang bersetuju dengan kitab Allah adalah sesuatu yang saya katakan, dan apa saja yang kamu dengar mengenai saya yang bertentangan dengan kitab Allah adalah sesuatu yang saya tidak pernah katakan.’
Diatas dasar inilah shia telah dirikan asas agama dan perundangan mereka. Tidak kira betapa tepat sekali pun isnad sesuatu hadith itu, mereka tetap mempertimbangkan, membandingkannya dengan kitab Allah yang mana kepalsuan tidak dapat memasukinya dari depan dan juga belakang. Dan hanya Imami shia sahaja diantara pengikuti mazhab Islam yang berkeras terhadap pemeriksaan itu terutama didalam bidang-bidang yang mana penyampaian dan ceritanya bertentangan diantara satu dengan yang lain.
Didalam bukunya Tasheeh al-I’tiqad, Shaykh al-Mufeed berkata, ‘Kitab Allah [awj] adalah diuatamakan keatas hadith dan cerita yang disampaikan. Ianya adalah hakim yang terakhir didalam kesahihan sesuatu cerita, atau yang berkenaan apa yang kurang padanya. Hanya keputusannya sahaja yang betul. Menurut kepada syarat ini, iaitu, membandingkan hadith dengan kitab Allah [awj] shia berbeza dengan ahl al-sunna wal-jamaa dengan banyaknya pada perkara yang berkaitan perundangan fiqh dan begitu juga dengan kepercayaan.
Mana-mana penyelidik akan dapati bahawa ahkam dan kepercayaan shia adalah sama dengan kitab Allah, tidaklah sama kesnya dengan ahl al-sunnah wal-jamaa. Sesiapa yang menyelidikki secara terpeinchi isu ini akan mendapati kepercayaan dan perundangan yang terkemudian dengan nyata bertentangan dengan Quran yang suci. Kamu akan mengetahui yang sebenar mengenainya, dan kami akan memberikan kepada kamu bukti kami sendiri insya Allah.
Para penyelidik juga akan memahami bahawa shia tidak melabelkan mana-mana buku hadith mereka sebagai sahih atau memberikannya kedudukan yang mereka telah berikan kepada Quran yang suci yang sebagaimana telah dilakukan oleh ahl al-sunna wal-jamaa, yang mengatakan sahih kesemua hadith yang disampaikan oleh al-Bukhari dan Muslim walaupun mereka mempunyai diantaranya ratusan hadith yang bertentangan dengan kitab Allah.
Mencukupi bagi kamu untuk mengetahui bahawa buku bertajuk Al-Kafi, walaupun ditulis oleh pengarang yang agung, iaitu Muhammad ibn Ya’qoob al-Kulayni, yang mengkaji dengan mendalam didalam sains hadith, ulama shia tidak pernah mengatakan bahawa semua yang terkumpul didalamnya adalah sahih. Bahkan, sebahagian dari ulama mereka telah menolak dan melabelkan sebagai tidak sahih separuh dari kandungannya. Bahkan pengarang Al-Kafi sendiri tidak mengatakan bahawa kesemua hadith yang dia kumpulkan didalam bukunya adalah sahih. Semua ini mungkin hasil dari polisi khalifa mengenai dengan setiap dari kumpulan ini. Ahl al-sunna wal-jamaa pada sebelah pihak mengikuti jejak ketua agama yang jahil pada sunnah dan perundangan Quran yang suci, atau mereka mengetahuinya tetapi suka mengikuti ijtihad mereka sendiri, maka telah bertentangan dengan ayat yang ada untuk sebab-sebab yang tertentu, sebahagian darinya kami telah terangkan diatas. Shia dipihak yang lain, mencontohi keturunan rasul yang suci yang mahir didalam Quran yang suci dan menerangkannya juga. Shia tidak bertentangan dengan Imam-imam ini, tidak juga mereka berbeza-beza diantara mereka didalam hal ini.
‘Bolehkan mereka [semua] menjadi [sama], mereka yang menerima petunjuk yang nyata dari tuhan mereka, dan yang diajari oleh saksi dari Dirinya, sebagaimana kitab Musa sebelum ini, [dia] yang menjadi petunjuk dan rahmat? [11:17] Sesungguhnya Allah telah berkata yang benar.
[245] Perkataan rasul yang tepat adalah: .. balingkan kedinding,’ kenyataan yang digunakan oleh Arab untuk mengenepikan atau mengabaikan.
0 comments:
Post a Comment