Contributors

Don't miss

Friday, December 19, 2014

Bab 9 Sikap Shiah Terhadap Ahl al-Sunnah wal-Jamaah


By on 12/19/2014 09:37:00 PM

12 Imam ~ Jika kita ketepikan sebahagian dari Shiah yang fanatik yang menganggap semua ahl al-sunnah wal-jamaah sebagai Nasibi, majoriti dari ulama’ mereka dimasa lalu dan juga sekarang percaya bahawa saudara mereka ahl al-sunnah wal-jamaah adalah mangsa kepada komplot Umayyah yang pintar belit. Ini adalah kerana mereka beranggapan yang baik terhadap ‘orang-orang baik terdahulu’, mencontohi mereka tanpa penyelidikkan atau menilai keperibadian mereka. ‘Orang-orang baik ini’, makanya, telah menyesatkan mereka dari mengenali jalan yang lurus dan menjauhkan mereka dari al-Thaqalain i.e iaitu kitab Allah dan Keturunan yang disucikan yang memelihara mereka yang berpegang teguh kepadanya dari kesesatan dan mempastikan mereka mendapat petunjuk yang benar.



Untuk sebab itu, kami dapati mereka mempertahankan diri mereka dan memberitahu yang lain mengenai kepercayaan mereka, memanggil kepada keadilan dan persamaan dan perpaduan dengan saudara mereka ahl al-sunna wal-jamaa. Beberapa ulama Shiah telah pergi kebeberapa buah negara untuk melihat bagaimana caranya untuk menubuhkan persatuan Islam dan institusi yang boleh merapatkan jurang diantara mazhab dan membawa kepada perpaduan. Yang lainnya pergi ke al-Azhar al-Shareef, rumahapi [petunjuk jalan] bagi pengetahuan dan tempat para ulama’ ahl al-sunnah, dan bertemu dengan para ulama’ mereka dan dengannya mereka berbincang dengan cara yang terbaik, cuba untuk menghapuskan segala kebencian. Seorang dari ulama’ tersebut adalah Imam Sharafud-Din Sadr ad-Din al-Musawi yang bertemu dengan Imam Saleem al-Din al-Bishri, dan kesudahan dari pertemuan dan perutusan diantara kedua mereka yang agung ini maka lahirlah sebuah buku yang sangat berharga berjudul Al-Muraja’at, sebuah buku yang memainkan peranan didalam merapatkan jurang ideologi Muslim yang berlainan. Usaha dari ulama’ tersebut telah dihadiahkan dengan jayanya di Mesir dimana Imam Mahmud Shaltut, Mufti Besar Mesir, mengeluarkan fatwanya yang berani memberikan pengesahan sepenuhnya untuk mengikuti mazhab Shiah Ja’fari, yang mana bahagian fiqhnya sekarang ini adalah diantara tajuk pengajian yang diajarkan di al-Azhar al-Shareef.



Shia secara am dan para ulama’ shiah khususnya telah mencuba sedaya mungkin untuk memperkenalkan para Imam dari ahl al-bayt yang telah disucikan kepada mereka yang lainnya dan untuk membiasakan mereka dengan mazhab Ja’fari yang mewakili Islam didalam segala yang disebutkan ini, menulis berjilid-jilid buku, mengadakan pertemuan, terutama setelah kemenangan revolusi Islam di Iran, mengadakan banyak konferen di Iran dibawah panji-panji perpaduan Islam dan mahu merapatkan jurang diantara mazhab-mazhab Islam. Semua ini adalah panggilan ikhlas untuk menghapuskan kebencian dan dendam, dan untuk menanamkan semangat persaudaraan Islam, supaya Muslim dapat saling menghormati.



Didalam setiap tahun, ‘Mutamar al-Wahdah al-Islamiyyah’ [Konferen Perpaduan Islam] mempelawa ulama’ shiah dan sunni dan para pemikir untuk hidup bersama selama satu minggu dibawah naungan keikhlasan persaudaraan, untuk makan dan minum bersama, bersolat, berdoa, bertukar-tukar pandangan dan buah fikiran, dan untuk memberi dan menerima.



Jika pencapaian konferen ini hanya untuk menyatukan dan merapatkan jurang diantara Muslim supaya mereka dapat saling memahami diantara mereka dan menghapuskan segala dendam, kebaikkannya adalah besar, dan manfaatnya melimpah-ruah. Mereka akan, dengan izin Allah [awj] pada akhirnya menikmati hasil buahnya.



Jika kamu memasuki kerumah mana-mana keluarga shiah, jangan kita kata rumah ulama’ mereka atau mereka dari golongan intelek, kamu akan dapati didalamnya librari mengandungi selain dari hasil kerja shia, banyak buku yang ditulis oleh ahl al-sunnah wal-jamaah, sebaliknya bagi ahl al-sunnah sangat kurang menyimpan buku-buku shiah. Mereka, makanya tinggal jahil didalam fakta mengenai shiah, tidak mengetahui apa-apa selain dari penipuan yang ditulis oleh musuh-musuh shia. Bahkan mana-mana individu shia kebanyakkan mereka faham dengan sejarah Islam disemua peringkat, dan mereka juga meraikan sebahagian dari peristiwanya.



Dan bagi ulama sunni, kamu akan dapati mereka teramat kurang menunjukkan minat didalam sejarah yang mana mereka anggap diantara trajedi yang mereka tidak mahu mencungkilnya kembali dan supaya mereka dapat memahaminya; bahkan mereka berpandangan supaya mengabai kannya dan tidak melihat kedalamnya, ianya adalah satu kemestian kerana ia akan merosakkan tanggapan yang baik terhadap mereka-mereka yang baik terdahulu. Oleh kerana mereka telah menyakinkan, atau menyesatkan, diri mereka pada keadilan para sahabat dan kemuliaannya, mereka tidak lagi menerima apa yang sejarah telah rakamkan terhadap mereka [sahabat]. Atas alasan ini, kamu akan dapati mereka tidak dapat bertahan dengan sebarang perbahasan yang memberi makna yang diasaskan dengan pembuktian dan penghujahan. Kamu akan dapati mereka sama ada melarikan diri dari penyelidikan yang sedemikian disebabkan dari pengetahuan asal bahawa mereka akan tewas, atau dia dapat mengalahkan perasaan dan emosinya dan memaksakan dirinya kepada penyelidikkan; maka barulah ianya akan memberontak terhadap segala yang dipercayainya, menerima pada akhirnya kepercayaan ahl al-bayt rasul.



Shiah lah yang sebenarnya patuh kepada Sunnah Rasul kerana Imam mereka yang pertama adalah Ali ibn Abu Talib yang hidup dan bernafas dengan Sunnah Rasul. Perhatikanlah kepada dirinya dan lihatlah bagaimana dia bertindak apabila mereka datang kepadanya untuk memberikan sumpah mereka kepadanya sebagai khalifa yang baru dengan syarat bahawa dia harus memerintah mengikuti sunnah shyakh mereka yang berdua [iaitu Abu Bakr dan Umar ibn al-Khattab], yang mana dia berkata: ‘Saya tidak akan memerintah melainkan dengan kitab Allah dan Sunnah rasulNya.’ Ali tidak memerlukan kepada kedudukan khalifa jika dengannya dia terpaksa menggadaikan Sunnah Rasul, kerana dialah orangnya yang berkata: ‘Kedudukan khalifa kamu kepada saya adalah seumpama bersin kambing jantan melainkan apabila saya menegakkan perundangan Allah.’ Anaknya, Imam al-Husayn, telah membuat kenyataan yang sangat mashur yang masih kedengaran ditelinga para ahli sejarah:



‘Jika kepercayaan Muhammad akan dapat diluruskan hanya jika saya dibunuh, maka wahai pedang! Ambillah saya!’



Atas sebab ini, shiah melihat kepada saudara mereka dari ahl al-sunna wal-jamaa dengan mata kecintaan dan kasih sayang, tidak menginginkan apa-apa untuk mereka melainkan petunjuk dan keselamatan. Kepada mereka, harga bagi petunjuk sebagaimana yang dirakamkan oleh hadith yang sahih, adalah terlebih baik dari hidup ini dan segala yang ada didalamnya. Pesuruh Allah telah berkata kepada Imam Ali sebelum menghantarnya untuk menawan Khaybar, ‘Perangi mereka sehingga mereka mengatakan, ‘Tidak ada tuhan melainkan Allah, dan Muhammad adalah pesuruh Allah;’ maka jika mereka mengatakannya, nyawa dan harta mereka akan terselamat dari kekuatan kamu, dan Allah yang akan mengadili mereka. Jika Allah menunjukkan melalui kamu walaupun seorang, ianya adalah terlebih baik bagi kamu dari semua yang disinari oleh matahari [atau lebih baik dari semua unta yang merah] [54]



Lagi pun keutamaan bagi Imam Ali adalah memberi petunjuk kepada manusia dan untuk membawa mereka kembali kepada kitab Allah dan Sunnah RasulNya. Atas sebab itu shianya hari ini lebih mengutamakan pada menangkis semua tuduhan dan penipuan yang dilongokkan terhadap mereka, dan memperkenalkan kepada saudara mereka dari ahl al-sunnah wal-jamaah perkara yang sebenar mengenai ahl al-bayt dan memandu mereka kejalan yang lurus.



‘Tentunya didalam setiap cerita mengandungi pengajaran bagi mereka yang faham. Ini bukanlah suatu cerita yang boleh dipalsukan tetapi telah dipastikan oleh apa yang terdahulu dan menerangkan dengan jelas tiap-tiap sesuatu, dan petunjuk dan rahmat kepada mereka yang beriman.’ [12:111]

[54] Muslim, sahih, jilid 7 muka surat 122 ‘Buku pada Kemuliaan’, Bab pada menyatakan kemuliaan Ali ibn Abu Talib

Quotes from 12 Imams

Mencintai keindahan adalah fitrah. Sampaikan keindahan Ahlul Bait dan keindahan ajaran mereka dengan cara yang indah. "Kalau manusia mendengar keindahan ucapan-ucapan kami, niscaya mereka akan mengikuti kami" (Imam Ridha as).

0 comments:

Post a Comment