Contributors

Don't miss

Friday, December 19, 2014

Syi'ah_Sunnah : Bab 8 Sikap Ahl Al-Sunnah Terhadap Shiah


By on 12/19/2014 09:31:00 PM

12 Imam ~ Jika kita ketepikan beberapa ulama’ sekarang yang telah menulis dengan saksama mengenai shiah sebagaimana yang mereka ketahui dan dengan cara keperibadian sebagai seorang Islam, kebanyakkan yang lainnya, sama ada yang telah lalu dan juga sekarang, telah menulis mengenai shia dengan minda yang penuh dengan kebencian sama seperti Umayyah. Maka, kamu lihat mereka disetiap lembah dan dimerata tempat berpusing keliling dengan cemas menyatakan sesuatu yang mereka tidak tahu, menghina dan mengutuk, menghimpunkan tuduhan yang palsu dan fitnah terhadap pengikut ahl al-bayt yang tidak berdosa. Mereka memanggilnya kafir. Mereka jeritkan nama-nama yang hina kepadanya, mengikuti jejak langkah ‘al-salaf al-salih’ mereka yang terdahulu, yang digelar sebagai ‘ikutan yang baik’ iaitu Muawiya dan yang sama dengannya, yang mengambil kuasa khalifa Islam secara paksa, penekanan, pintar belit serta tipu helah, khianat dan hipokrit.



Suatu ketika mereka mengatakan bahawa shiah adalah kumpulan yang ditubuhkan oleh Abdullah ibn Saba’, seorang Yahudi, dan diketika yang lain dikatakan sebagai turunan dari Zoroastrian asalnya, atau mereka adalah Rafidis, dan bahawa bahayanya mereka terhadap Islam adalah lebih dari Yahudi dan Nasrani. Mereka juga menulis bahawa shia adalah hipokrit, kerana mereka mengikuti prinsip taqiyya, dan mereka adalah masyarakat yang membenarkan perbuatan sumbang yang sahkan perkahwinan yang tidak sah, membenarkan perkahwinan mut’a, yang mana didalam pandangan mereka, tidak lain tetapi penzinaan…. Sebahagian mereka menulis mengatakan bahawa mereka mempunyai Quran yang berlainan dari yang mereka miliki, dan bahawa mereka menyembah Ali dan para Imam dari keturunannya dan membenci Muhammad dan Jibril…. Dan bahawa mereka melakukan ini dan itu dan seterusnya.



Tidak terdapat satu tahun yang berlalu tanpa percetakkan buku atau buku-buku yang ditulis oleh ulama ‘ahl al-sunnah wal-jamaah’ sebagaimana mereka menggelar diri mereka, penuh dengan tuduhan kesesatan dan penghinaan terhadap shia. Mereka tidak punya sebarang sebab dan juga tujuan melainkan untuk menyenangkan ketua-ketua mereka yang telah menanamkan kepentingan mereka didalam mengoyakkan umma Islam dan menghancurkan perpaduannya – walaupun kemusnahan sepenuhnya terhadap umma. Lebih-lebih lagi mereka tidak punya bukti dan hujah melainkan kefanatikkan yang buta, penuh dengan kebencian, kejahilan yang amat keji, dan ikutan membuta tuli terhadap mereka yang terdahulu tanpa membezakan kepada fakta, atau penyelidikkan akademik, atau hujah yang punya bukti. Mereka tidak ubah seperti burung kakak tua: Mereka hanya mengulangi segala apa yang mereka dengar, meniru semua Nasibi dari pengikut setia Umayyah, dan mereka-mereka yang masih mencari rezeki dengan memuji dan meninggikan Yazid anak Muawiyah.[53] Maka janganlah terperanjat terhadap mereka yang memuji Yazid anak kepada Muawiya, apabila kamu melihat mereka mengutuk musuh-musuh bagi Yazid, memanggil mereka kafir.



Tidakkah sunnah rasul ada menyatakan bahawa: ‘Setiap Muslim terhadap Muslim yang lain adalah seperti bangunan yang kukuh: Setiap satu memperkuatkan yang lain,’ dan ‘Hubungan seorang Muslim dengan seorang Muslim yang lain adalah umpama satu badan: jika satu bahagian sakit, setiap bahagian yang lain akan bertindak dengan berjaga [tidak dapat tidur] dan demam?’



Tidakkah rasul berkata: ‘Mengutuk seorang Muslim adalah dosa, dan memeranginya adalah kufur?’ Jika penulis-penulis ini yang mengaku diri mereka diantara ‘ahl al-sunna wal-jamaa’ benar-benar mengerti akan Sunnah Rasul, mereka tidak akan membenarkan diri mereka untuk membuat tuduhan kafir kepada sesiapa saja yang mengatakan: ‘Tidak ada tuhan melainkan Allah, dan Muhammad adalah pesuruh Allah, dan yang mendirikan solat, mengeluarkan zakat, berpuasa dibulan Ramadan, mengerjakan haji ke Rumah Haram, menyuruh kepada kebaikkan dan menegah kepada kejahatan.



Tetapi sebenarnya mereka itu adalah pengikut ‘sunnah’ Umayyah dan sebahagian dari pemerintah Quraysh, mereka berkata-kata dan menulis dengan mentaliti [cara berfikir] yang sama seperti yang terdapat dizaman jahiliah, apabila kesombongan berpuak-puak dan berbangsa-bangsa menonjol. Apa saja yang datang dari puncanya tidaklah memeranjatkan, dan setiap belanga menumpah apa yang dikandunginya.



Tidakkah rasul Allah telah berkata sebagaimana yang dinyatakan didalam Quran yang suci: ‘Katakanlah: Hai ahli kitab, marilah kepada kalimah yang sama diantara kita dan kamu: bahawa kita tidak akan sembah sesuatu melainkan Allah dan tidak mempersekutukannya dengan suatu apa pun, dan bahawa kita tidak mengambil suatu yang lain sebagai tuhan melainkan Allah.’ [3:64] Jika mereka pengikut sunnah yang sebenar, maka mereka akan mempelawa saudara mereka shia kepada apa yang mereka persetujui diantara mereka.



Oleh kerana Islam memanggil kepada musuhnya diantara Yahudi dan Nasrani untuk sampai kepada satu persetujuan yang difahami bersama dan pada persaudaraan diantara mereka, maka apa pula yang akan kamu katakan kepada mereka yang menyembah tuhan yang satu, dan yang mana rasulnya adalah yang satu dan sama, dan begitu juga kitab mereka, kiblat dan juga arah tujuan?! Mengapa para ulama’ ahli sunna tidak mengajak saudara mereka ulama’ shia supaya duduk bersama di satu meja perundingan dan berhujah dengan mereka dengan cara yang terbaik supaya mereka dapat memperbaiki kepercayaan mereka yang mana dikatakan telah ‘rosak’? Mengapa mereka tidak mengadakan konferen bagi ulama’ dari kedua pihak dimana segala isu yang bertentangan dapat dibincangkan dan didengari dan dilihat oleh semua Muslim, supaya mereka dapat membezakan yang benar dari yang palsu? Kami katakan begitu kerana kami tahu bahawa ‘ahl al-sunna wal-jamaa’ diwakili oleh tiga suku umma Islam didunia ini, dan mereka mempunyai keupayaan disegi keuangan dan kekuasaan politik yang boleh memudahkan lagi untuk mencapai kepada matlamat ini, kerana mereka juga memilikki sattelit….



Ahl al-sunna wal-jamaa tidak mencuba langsung untuk melakukan ini semua, atau menginginkan perbahasan secara akademik sebagaimana yang telah diarahkan didalam kitab Allah yang suci dengan ayatnya yang berbunyi: ‘Katakan: Bawalah bukti kamu jika kamu berkata benar’ [2:111], dan juga didalam yang ini: ‘Katakan: Adakah kamu mempunyai pengetahuan bersama kamu supaya kamu bawakan kepada kami? Kamu hanya mengikuti sangkaan, dan kamu hanya berkata bohong’. [6:148]. Atas sebab ini mereka terpaksa menggunakan kutukan, menghina, menipu dan tuduhan palsu, sedangkan mereka benar-benar tahu bahawa penghujahan dan bukti berada dengan lawan mereka, shia! Pada fikiran saya mereka khuatir ramai yang akan memeluk shia jika segala fakta dibentangkan sebagaimana yang telah berlaku kepada beberapa pelajar Mesir yang telah tamat pengajian dari al-Azhar dan telah membuatkan diri mereka untuk mencari yang benar. Mereka sebenarnya, bahkan telah menemui kebenaran. Mereka sebenarnya telah melihat cahaya. Dan bahawa mereka sebenarnya telah meninggalkan kepercayaan yang telah disuapkan kepada mereka oleh ‘orang-orang terdahulu yang dikatakan baik’.



Para ulama’ diantara ahl al-sunna wal-jamaa sedar akan bahaya ini yang mengancam kewujudan mereka dengan kehancuran. Apabila mereka kehabisan tipu helah, makanya, sebahagian dari mereka pergi sehingga ketahap melarangan pengikut dan penyokongnya dari bergaul dengan shia, atau berhujah dengan mereka, atau mengahwini anak perempuan mereka, atau memberi anak perempuan mereka kepadanya untuk dikahwini, atau untuk makan daging dari sembelihan mereka…..



Pendirian yang sebegitu telah menunjukkan dengan sebenarnya dan jelas bahawa mereka telah bertambah jauh dari Sunnah Rasul dari segalanya tetapi telah mendekati kepada ‘sunnah’ Umayyad yang berusaha untuk menyesatkan umma Muhammad dengan apa cara sekali pun kerana hati mereka tidak pernah takut pada sebutan nama Allah atau pun kepada kebenaran yang Dia telah wahyukan. Bahkan mereka menerima Islam tidak dengan kerelaan hati mereka. Ini telah disahkan oleh ‘imam’ mereka Muawiyah ibn Abi Sufyan yang telah membunuh sahabat yang terbaik hanya untuk menjadi pemerintah; didalam khutbahnya yang pertama yang telah sampaikan, dia berkata: ‘Saya tidak memerangi kamu supaya kamu akan bersolat, puasa atau menunaikan haji; bahkan saya memerangi kamu supaya saya dapat memerintah kamu, dan Allah [?!] telah mengkabulkan kehendak saya sedang kamu membencinya.’ Allah sudah pastinya berkata benar apabila Dia berkata: ‘Pastinya apabila raja memasuki kota, mereka akan menghancurkannya dan menjadikan orang yang paling dihormati dari rakyat itu yang terendah, dan begitulah yang selalu mereka lakukan.’[27:34].

[53] Kementerian Pelajaran Arab Saudi telah mencetak sebuah buku bertajuk Haqaiq an Ameer al-Mukmineen Yazid ibn Muawiya [fakta mengenai Amirul Mukminin Yazid anak Muawiya] akan diajarkan sebagai karikulum buku tek disekolah-sekolah awamnya.

Quotes from 12 Imams

Mencintai keindahan adalah fitrah. Sampaikan keindahan Ahlul Bait dan keindahan ajaran mereka dengan cara yang indah. "Kalau manusia mendengar keindahan ucapan-ucapan kami, niscaya mereka akan mengikuti kami" (Imam Ridha as).

0 comments:

Post a Comment