Contributors

Don't miss

Friday, December 19, 2014

Syi'ah_Sunnah : Bab 10 Memperkenalkan Para Imam Shiah


By on 12/19/2014 09:45:00 PM

12 Imam ~ Shiah telah menghadkan ketaatan mereka kepada Imam yang dua belas dari ahl al-bayt [as], yang pertama dari mereka adalah Ali ibn Abu Talib diikuti oleh anaknya al-Hasan kemudian al-Husayn kemudian sembilan dari mereka yang telah disucikan dari keturunan al-Husayn, kesejahteraan diatas mereka semua.



Rasul Allah telah menamakan kesemua Imam-imam ini didalam kebanyakkan dari kenyataan baginda secara terang-terangan dan juga secara kiasan dan baginda telah menyebutkan dengan nama-nama mereka menurut kepada beberapa hadith yang disampaikan oleh shia dan yang lain oleh ulama sunni.



Sebahagian ahl al-sunnah akan membantah terhadap hadith ini, dan menunjukkan terperanjatnya mereka bagaimana rasul boleh mengatakan mengenai isu yang berkaitan dengan perkara ghaib dan yang belum terjadi. Quran mengatakan: ‘…Jika saya tahu perkara yang ghaib, saya tentu telah mempunyai banyak kebaikan, dan tiada kejahatan yang akan menyentuh saya…’[7:189] Untuk membalas hujah tersebut, kita katakan ayat yang suci ini tidak menafikan Rasul dari mengetahui perkara yang ghaib sama sekali; bahkan, ianya diturunkan sebagai menjawab kepada sebahagian dari mereka yang fasik yang menyuruh baginda memberitahu mereka bilakah masanya kiamat akan datang, dan pengetahuan waktu kiamat hanya bagi Allah [awj] saja, dan Dia tidak berkongsi dengan sesiapa pun. Sebaliknya Quran yang suci dengan terang telah mengatakan: ‘Dia yang mengetahui perkara yang ghaib! Maka Dia tidak dedahkan rahsiaNya kepada sesiapa melainkan kepada mereka yang Dia pilih, seperti rasul’ [72:26-27] Pengecualian yang ayat ini rujuk menunjukkan bahawa Dia [awj] memberikan kepada pesuruhNya yang dipilih dengan pengetahuan yang ghaib. Sebagai contoh, bacalah apa yang nabi Yusuf [as], berkata kepada rakannya didalam penjara: ‘Tiada makanan yang akan sampai kepada kamu melainkan saya akan beritahukan kepada kamu mengenainya sebelum ianya sampai kepada kamu; tentunya ini adalah apa yang tuhanku telah ajarkan kepadaku’ [12:37]. Contoh yang lain adalah ayat ini: ‘Kemudian mereka menjumpai seorang dari hamba-hamba Kami yang mana Kami telah berikan rahmat dan yang Kami telah ajarkan pengetahuan dari Kami’ [18:65] Ini adalah rujukan kepada cerita nabi al-Khidir yang bertemu Musa dan yang dia akan ajarkan ilmu pengetahuan yang ghaib, pengetahuan yang mana dia [Musa] tidak sabar menunggu untuk mengetahui didalam waktunya.



Muslim, sama ada mereka shia atau sunni, tidak mempertikaikan pada kebenaran yang Rasul Allah mengetahui perkara yang ghaib, dan banyak insiden telah dirakamkan mengenainya, seperti kenyataan baginda kepada Ammar: ‘O Ammar! Parti yang zalim akan membunuh kamu,’ dan kenyataannya kepada Ali: ‘Bencana yang paling buruk didalam generasi yang akan datang adalah seorang lelaki yang akan memukul kamu [dengan pedangnya] dikepala kamu, supaya dia akan membasahi janggut kamu [dengan darah],’ Dia juga berkata kepada Ali: ‘Anak saya al-Hasan akan menjadi seorang yang melaluinya Allah akan memberikan keamanan diantara dua parti yang besar.’ Kenyataannya yang lain kepada Abu Dharr al-Ghifari yang mana baginda memberitahunya bahawa dia akan mati keseorangan didalam pembuangan, dan banyak lagi senarai insiden yang sepertinya dan ianya akan berterusan…Diantaranya adalah hadith yang terkenal yang mana al-Bukhari dan Muslim dan kesemua mereka yang menggantikannya telah mengatakan: ‘Para Imam selepas saya adalah dua belas: kesemua mereka dari gulungan Quraysh,’ dan menurut kepada cerita yang lain: ‘kesemua mereka dari keturunan Hashim.’



Didalam kedua-dua buku kami yang terdahulu ‘Bersama Mereka yang Benar’ [Ma’a al-Sadiqin] dan ‘Tanya Mereka yang Mengerti’ [Fas’aloo Ahl al-Dhikir], kami telah buktikan bahawa ulama sunni sendiri mempunyai rujukan didalam buku-buku sahih dan musnad mereka mengenai hadith yang berkaitan kepada Imam yang dua belas, dan mengaku akan kesahihannya.



Sesaorang akan bertanya: ‘Mengapa mereka kemudiannya mengenepikan hadith tersebut dan mengikuti Imam dari empat mazhab jika mereka sebenarnya mengaku akan adanya hadith yang sahih itu?’ Jawapannya adalah: kesemua ‘mereka terdahulu yang baik’ adalah penyokong kepada ketiga-tiga khalifa yang menaiki tahta khalifa melalui saqeefa [penginapan Banu Sa’da], terutama Abu Bakr, Umar dan Uthman, maka telah menjadi kebiasaan bahawa mereka harus berpaling dari ahl al-bayt dan menjadi musuh kepada Ali dan keturunannya. Mereka, maka mencuba bersungguh-sungguh untuk menhapuskan sunnah rasul dan mengantikannya dengan ijtihad mereka, pandangan peribadi. Ini telah menyebabkan perpecahan umma kepada dua golongan sebaik saja wafatnya rasul Allah. Mereka yang diantara ‘yang baik terdahulu’ dan mereka-mereka yang mengikutinya dan mengikuti corak mereka mewakili ahl al-sunna wal-jamaa yang telah menjadi majoriti bagi umma Muslim. Bahagian kecil yang minoriti termasuk Ali dan shianya memulaukan [boikot] dari memberi bakti kepada Abu Bakr dan menolaknya, menjadi yang terbuang dan terhapus. Mereka dipanggil Rafidis, yang menolak.



Disebabkan mereka ahl al-sunna wal-jamaa yang mengawal arah tujuan bagi umma disepanjang abad, pemerintah Banu Umayyad begitu juga mereka yang dari Banu al-Abbas adalah penyokong dan pengikut bagi fahaman khalifa yang diterajui oleh Abu Bakr, Umar, Uthman, Muawiya [55] dan Yazid.



Apabila kedudukan khalifa itu gagal [musnah], kehormatan mereka terhapus, berakhirnya mereka ditangan Mamlukes dan yang bukan Arab, dan barulah terdapat mereka yang kedengaran memanggil kepada penulisan hadith-hadith rasul Allah….barulah disaat itu hadith tersebut, yang mana keturunan mereka yang terdahulu cuba bersungguh-sungguh untuk menghapuskan dan menyembuyikan tetapi tidak dapat melaksanakannya, sebagai tambahan terdapat hadith-hadith tertentu yang berterusan menjadi tanda tanya yang aneh bagi mereka: kerana telah bertentangan dengan kepercayaan mereka dikala itu.



Sebahagian mereka cuba untuk menyatukan hadith-hadith tersebut dengan kepercayaan mereka, maka mereka berpura-pura mencintai ahl al-bayt; maka apabila setiap kali nama Imam Ali disebutkan mereka akan mengatakan: ‘Semoga Allah merahmatinya’ atau ‘Allah meridhainya’, semoga manusia mempunyai anggapan bahawa mereka bukanlah musuh ahli rumah rasul.



Tidak terdapat dikalangan Muslim, dan tidak juga dari yang hipokrit diantara mereka, boleh menunjukkan kebencian mereka terhadap keluarga Muhammad kerana musuh kepada ahl al-bayt adalah musuh kepada rasul Allah, dan kebencian yang sedemikian akan mengeluarkan mereka dari pelukan Islam sama sekali yang mana umum telah mengetahui.



Apa yang boleh kita faham dari semua ini adalah bahawa, didalam keadaan yang sebenar, mereka adalah yang sebenarnya musuh kepada keluarga Muhammad, dan dengan perkataan ‘mereka’ kami bermaksud ‘yang baik terdahulu’ yang memakai lencana, atau yang telah dilencanakan oleh penyokong mereka sebagai ahl al-sunna wal-jamaa. Bukti yang lain adalah bahawa kamu akan dapati kesemua mereka mengikuti keempat mazhab yang telah diadakan oleh pihak pemerintah [kami akan membuktikannya kemudian], dan mereka tidak mempunyai apa-apa didalam perundangan agama mereka yang boleh mereka rujuk, seperti fiqh, dari ahl al-bayt, atau dari mana-mana Imam yang dua belas.



Kebenaran yang sebenarnya telah memberi mandat bahawa Imami shialah yang sebenarnya pengikut sunnah Muhammad kerana mereka menegakkan didalamnya kesemua hukum perundangan mengikuti dari pengajaran Imam-imam ahl al-bayt yang telah mewarisi sunnah yang sahih dari datuk mereka rasul Allah dengan tidak mencampurkan dengan pandangan peribadi mereka, pendapat, atau kenyataan dari khalifa.



Shia tinggal disepanjang abad menegakkan teks ini dan menolak konsep [cara] ijtihad jika terdapat hadith yang nyata, mempercayai kepada khalifa Ali dan keturunannya kerana rasul Allah telah menyatakannya dengan terang. Mereka, makanya, mengelar diri mereka khalifa rasul Allah walaupun hanya Ali yang mendapat peluang untuk menjadi khalifa yang sebenar. Mereka menolak dan enggan untuk mengiktiraf pemerintah yang menduduki kedudukan khalifa dari mula hingga keakhir kerana khalifa tersebut adalah, didalam perkataan Umar ibn al-Khattab, berasaskan dari ‘kesilapan yang amat dahsyat dan dari kejahatan yang mana Allah perlu melindungi kita,’ dan kerana ia telah sampai kepada kedudukan tersebut dengan menolak dan menentang teks yang telah disampaikan oleh Allah dan rasulNya. Semua yang datang selepasnya menjadikan khalifa sebagai turun temurun; setiap khalifa hanya memerintah kerana dia telah dicalunkan oleh yang terdahulu atau dengan memenangi peperangan. [56]



Disebabkan oleh semua ini, ahl al-sunna wal-jamaa telah terpaksa mengatakan bahawa ketaatan adalah wajib kepada Imam yang baik dan juga yang jahat; mereka menerima khalifa dari semua pemerintah, termasuk yang berbuat dosa diantara mereka.



Imami shia adalah untuk mengenalkan para Imam dengan pengajaran yang perlu mengenai Imam-imam yang suci lagi ma’sum; maka tidak ada Imam besar ataupun ketua kepada umma boleh menjadi ‘sah’ melainkan kepada Imam yang ma’sum, dan tidak terdapat manusia yang hidup didalam umma ini yang ma’sum selain dari mereka yang Allah telah bersihkan dari segala kotoran dan yang mana Dia telah sucikan sepenuhnya [menurut dari ayat 33, surah 33 Quran].

[55] Kami dengan sengaja tidak membuat rujukan kepada khalifa Ali ibn Abu Talib kerana Ahl al-sunna wal-jamaa tidak mengiktirafnya melainkan semasa Ahmad ibn Hanbal, sebagaimana kami telah tunjukan terdahulu; maka rujuklah kepada bab yang mempunyai tajuk ‘Ahl al-sunna tidak tahu dengan sunnah rasul didalam buku ini [56] Hanya pegecualian terhadap khalifa Ali ibn Abu Talib. Hanya dia tidak dilantik oleh mereka yang terdahulu, ataupun dia mendapatinya dengan memerangi yang lain dan mengalahkan mereka. Bahkan, Muslim memilihnya dengan secara suka rela sebagai khalifa mereka, dan mereka mendesaknya apabila mereka mempelawanya untuk memerintah.

Quotes from 12 Imams

Mencintai keindahan adalah fitrah. Sampaikan keindahan Ahlul Bait dan keindahan ajaran mereka dengan cara yang indah. "Kalau manusia mendengar keindahan ucapan-ucapan kami, niscaya mereka akan mengikuti kami" (Imam Ridha as).

0 comments:

Post a Comment