Contributors

Don't miss

Friday, January 2, 2015

Syi'ah_Sunnah : Bab 11 Imam Ahl Al-Sunnah Wal- Jamaah


By on 1/02/2015 07:21:00 PM

12 Imam ~ Ahl al-sunnah wal-jamaah telah mengikuti keempat Imam yang mana mazhabnya telah dikenali dengan nama mereka, iaitu Abu Hanifah, Malik, al-Shafii dan Ahmad ibn Hanbal.



Imam yang empat ini tidak dari kalangan sahabat rasul Allah, tidak juga mereka mengenalinya, atau pun dia melihat mereka, ataupun mereka pernah melihat dia [rasul].Yang tertua dari mereka didalam umur adalah Abu Hanifa yang jarak masanya dengan rasul adalah lebih dari satu ratus tahun: dia dilahirkan didalam 80 AH / 699 AD dan mati didalam 160 AH / 777 AD. Yang termuda dari mereka Ahmad ibn Hanbal: dia dilahirkan didalam 165 AH dan mati didalam 241 AH [782 – 855 AD] Kesemua mereka ini adalah didalam cabang rujukan perundangan agama [furoo al-deen][fiqh]



Sebagai asas kepada ke imanan [usool al-deen] ahl al-sunna wal-jamaa merujuk kepada Imam Abul-Hasan Ali ibn Isma’eel al-Ashari yang telah dilahirkan didalam 270 AH dan mati didalam 335 AH [883 – 946 AD]



Ini adalah Imam-imam ahl al-sunna wal-jamaa dan mereka merujuk kepada yang terakhir dengan yang berkenaan asas dan cabang keimanan mereka. Adakah kamu dapati mana-mana Imam ahl al-bayt diantara mereka? Atau adakah kamu dapati diantara Imam-imam mereka yang menjadi sahabat rasul Allah atau mengenai mereka yang mana rasul Allah ada berkata bahawa mereka adalah manusia yang paling arif untuk memandu umma ini? Tentu sekali tidak! Tidak terdapat yang seperti itu sama sekali.



Jika ahl al-sunna wal-jamaa mengatakan bahawa mereka menegakkan sunnah rasul, mengapa mazhab-mazhab ini timbul setelah sekian lama selepas wafatnya rasul, dan dimanakah ahl al-sunnah wal-jamaa sebelum timbulnya mazhab-mazhab ini, dan agama apakah yang mereka ikuti, dan kepada siapakah yang mereka rujuk?!



Setelah menanyakan soalan itu, maka kami tambah dengan yang satu ini: ‘Bagaimana mereka boleh berbakti kepada para-para imam yang tidak sezaman dengan rasul dan tidak juga mereka mengenalinya tetapi yang telah dilahirkan selepas perpecahan telahpun berlaku, dan setelah para sahabat berperang dan berbunuh diantara satu sama lain, saling menuduh diantara mereka kafir, dan setelah khalifa menghuraikan Quran yang suci dan sunnah mengikut ijtihad mereka, dengan pandangan peribadi mereka?



Setelah mengambil kuasa pemerintahan kerajaan, Yazid melanggar kesucian kota Madina, dengan memberi kebenaran kepada askarnya untuk melakukan apa saja yang mereka kehendaki didalamnya, maka askar tersebut telah melakukan pembunuhan dan kerosakkan didalamnya, membunuh para sahabat yang terbaik diantara mereka yang telah enggan untuk memberikan sumpah setia kepadanya, merogol wanita yang suci sehinggakan ramai yang dilahirkan dengan cara yang tidak sah.



Bagaimana boleh manusia yang bijak meletakkan kepercayaan mereka kepada imam-imam ini yang tergulung didalam jenis manusia yang bermain didalam lumpur permusuhan, yang telah diwarnakan dengan berbagai corak, yang dibesarkan dengan kemahiran pintar belit dan penipuan, meletakkan diatas diri mereka lencana palsu sebagi ahli pengetahuan dan ilmuan? Bahkan tiada ulama yang dapat naik ketahap kecemerlangan melainkan mereka yang telah disenangi oleh kerajaan dan begitu juga sebaliknya dia merasa senang dengan kerajaan.[57]



Bagaimana sesaorang yang mengatakan mengikut sunnah menolak Imam Ali, pintu pengetahuan, atau Imam al-Hasan dan Imam al-Husayn, ketua para remaja disyurga, atau Imam-imam suci yang lainnya dari keturunan rasul dan yang telah mewarisi pegetahuan dari rasul Allah, dan memilih untuk mengikuti ‘Imam’ yang tidak mempunyai pengetahuan mengenai sunnah rasul tetapi adalah hasil [produk] dari politik Umayyah?



Bagaimana boleh ahl al-sunna wal-jamaa mengatakan bahawa mereka mengikuti sunnah rasul sedang mereka mengabaikan manusia yang menjaganya? Bagaimana mereka boleh meninggalkan sokongan dan arahan dari rasul supaya berpegang teguh kepada keturunannya yang suci kemudian mengatakan bahawa merekalah pengikut sunnah?!



Bolehkah mana-mana individu Muslim yang mahir didalam sejarah Islam, Quran yang suci, dan sunnah rasul, meragui akan kebenaran bahawa ahl al-sunnah wal-jamaa adalah pengikut Umayyah dan Abbasiyyah?



Dan bolehkah mana-mana individu Muslim yang mahir didalam Quran yang suci dan sunnah rasul, dan telah mengetahui akan sejarah Islam, menolak kebenaran bahawa shia yang mencontohi dan memberikan kesetiaan mereka kepada keturunan rasul adalah yang sebenarnya pengikut sunnah rasul, sedangkan yang lain tidak boleh mengatakan yang sedemikian?



Sudahkah kamu lihat, wahai pembaca, bagaimana politik telah terbalikkan keadaan dari atas kebawah, membuat yang betul kelihatan salah dan sebaliknya?! Mereka yang tinggal setia kepada rasul dan keturunannya mendapat panggilan Rafidis dan manusia yang membuat perubahan, sedangkan mereka yang melampaui didalam membuat bidaa dan menolak sunnah rasul dan keturunannya, mengikuti ijtihad pemerintah yang zalim mendapat gelaran ahl al-sunna wal-jamaa?! Ini benar-benar pelik.



Bagi saya, saya benar-benar percaya bahawa Qurayshlah yang dibelakang lencana ini, dan ini adalah salah satu dari rahsia dan teka-teki mereka.



Kita telahpun ketahui bahawa Qurayshlah yang telah melarang Abdullah ibn Umar dari menulis sunnah rasul dengan mengatakan bahawa rasul tidak ma’sum. Bahkan Quraysh tergulung dari individu tertentu yang mempunyai pengaruh yang besar, dan juga yang telah dikenali dengan kefanatikkan dan pengaruh yang kuat mereka terhadap kaum Arab. Sebahagian ahli sejarah memanggil mereka ‘Arab yang paling pintar’ disebabkan dari reputasi mereka yang pintar belit dan penipu dan cekap didalam menangani urusan, sedangkan yang lain memanggil ‘manusia yang mengikatkan [ikat] dan menguraikan [urai]’.



Diantara mereka adalah: Abu Bakr, Umar, Uthman, Abu Sufyan dan anaknya Muawiya, Amr ibn al-As,al-Mugheerah ibn Shu’bah, Marwan ibn al-Hakam, Talhah ibn Ubaydullah, Abdul-Rahman ibn Awf, Abu Ubaydah Amir ibn al-Jarrah, dan banyak lagi.[58]



‘Manusia yang pintar’ ini biasanya akan bertemu untuk berbincang dan membuat keputusan terhadap sesuatu yang mereka kemudiannya bersetuju, kemudian mereka akan memutuskan untuk menyebarkannya kepada manusia supaya ianya akan menjadi kemudiannya dengan secara kebetulan suatu perkara yang benar yang telah diikuti, tanpa diketahui oleh kebanyakkan manusia bagaimana ianya telah terjadi. Satu skim rancangan yang mereka telah laksanakan adalah kenyataan bahawa Muhammad tidak ma’sum, dan bahawa dia adalah manusia biasa seperti yang lainnya: dia boleh melakukan kesalahan, mereka mengatakan semua ini supaya mereka dapat memperkecilkan baginda dan bertengkar dengan baginda mengenai suatu isu, yang kebenaran yang mereka telah tahu. Dan diantara skim-skim mereka yang lain adalah kutukan mereka terhadap Ali ibn Abu Talib dan menggunakan panggilan yang salah untuknya, memanggil beliau ‘Abu Turab’ [bapa kepada debu] dan menggambarkan beliau kepada masyarakat sebagai musuh Allah dan rasulNya.



Dan juga penghinaan dan kutukan terhadap sahabat yang sangat dihormati Ammar ibn Yasir, menggunakan kepadanya nama pinjaman: ‘Abdullah ibn Saba’ hanya kerana Ammar menentang khalifa dan memanggil manusia kepada Imam Ali ibn Abu Talib.[59]



Dan yang lain lagi adalah panggilan mereka kepada shiah yang taat kepada Ali ‘Rafidis’ supaya dengannya dapat menyesatkan orang awam dengan memberikan kepada mereka tanggapan bahawa mereka telah menolak Muhammad dan mengikut Ali.



Dan yang lainnya dengan memanggil diri mereka ahl al-sunna wal-jamaa, ini supaya dapat menyesatkan mereka yang tulus beriman kepada mempercayai bahawa hanya merekalah yang berpegang teguh kepada sunnah rasul menentang Rafidis yang menolaknya. Mereka yang sebenarnya bermaksud dengan ‘sunnah’ adalah bidaa yang telah mereka ciptakan: adat kepada mengutuk dan menghinakan Amirul Mukminin Ali dan keturunan rasul dari atas mimbar didalam setiap masjid diseluruh tanah jajahan Islam, kota dan kampong yang terdapat manusia Muslim didalamnya. Bidaa ini berlanjutan selama lapan puluh tahun. Setiap kali sesaorang khatib turun dari mimbar sebelum mengimami solat, dia akan mengutuk Ali ibn Abu Talib, dan jika dia tidak melakuknnya, setiap orang didalam masjid akan bersorak kepadanya: Tarakatal sunnah! Tarakatal sunnah! [kamu telah meninggalkan sunnah!].



Apabila khalifa Umar ibn Abd al-Aziz hendak menukarkan ‘sunnah’ itu dengan ayat Quran yang mengatakan: ‘Sesungguhnya Allah menyuruh melakukan keadilan dan kebajikan [kepada yang lain] dan memberikan [sedekah] kepada kerabat yang terdekat’ [16:90] mereka berkomplot menentang dia dan membunuhnya kerana telah membunuh ‘sunnah mereka’ dan mengambil ringan terhadap kenyataan dari mereka yang terdahulu yang telah membawa dia kepada kedudukan khalifa. Mereka meracuni dia ketika dia baru berusia tiga puluh lapan tahun, telah memerintah tidak lebih dari dua tahun. Dia menjadi mangsa diatas pembaharuannya, kerana sepupunya Umayyad, tidak bersetuju dengan cara dia mengenepikan ‘sunnah mereka’ dan dengan itu telah meninggikan kedudukan ‘Abu Turab’ dan para Imam diantara keturunannya.



Setelah jatuhnya kerajaan Umayyad, datang pula Abbasid untuk menyiksa para Imam dari ahl al-bayt dan pengikut mereka sehingga kepada pemerintahan Ja’far anak kepada al-Mu’tasim, yang diberi gelaran ‘al-Mutawakkil’ dan dia telah buktikan bahawa dia adalah musuh yang paling kejam terhadap Ali dan keturunannya. Kebencian dan dendamnya telah membuat dia menajiskan dan merosakkan pusara Imam al-Husayn di Karbala. Dia menegah manusia dari menziarahinya[60], dan dia tidak memberi apa-apa tidak juga dia pemurah kepada sesiapa melainkan kepada mereka yang mengutuk Ali dan keturunannya.



Insiden yang telah melibatkan al-Mutawakkil dan seorang guru bahasa yang terkenal ‘allama ibn al-Sikkeet telah diketahui umum; dia membunuhnya dengan cara yang amat kejam, telah memotong lidahnya apabila dia ketahui bahawa beliau adalah pengikut Ali dan ahl al-baytnya, walaupun beliau adalah guru kepada kedua anaknya [al-Mutawakkil].



Kebencian al-Mutawakkil terhadap Ali dan taatnya kepada Nasibis sehingga ketahap membunuh bayi yang baru dilahirkan yang telah diberi nama ‘Ali’ kerana itu adalah nama yang paling dibenci olehnya. Apabila Ali ibn al-Jahm, seorang penyair berjumpa al-Mutawakkil dan berkata: ‘O Amirul Mukminin! Kedua orang tuaku telah melakukan kezaliman terhadap diriku. ’Al-Mutawakkil bertanya kepada dia: ‘Bagaimana demikian?’ Dia berkata: ‘Mereka menamakan aku Ali walaupun saya benci nama itu dan sesiapa yang bernama dengannya.’ Al-Mutawakkil tertawa dan memerintahkan supaya dia diberikan hadiah dengan banyaknya.



Terdapat seorang lelaki yang tinggal didalam rumah perjumpaan al-Mutawakkil. Dia adalah beruk pelawak [badut] yang akan membuat mimik seperti Ali ibn Abu Talib dan akan mempersendakannya. Manusia apabila melihat dia akan tertawa dan berkata: ‘Orang botak telah datang, dia dengan perut besarnya!’ Maka dia akan dicela oleh mereka yang datang kesitu dan yang telah menyenangkan dan menghiburkan khalifa.



Kita janganlah lupa dalam keadaan ini untuk menunjukkan yang sebenarnya bahawa al-Mutawakkil ini, yang dengan kebenciannya terhadap Ali telah menampakkan hipokritnya dan penentangannya, ini telah disukai oleh ulama-ulama hadith yang telah memberikan kepadanya gelaran ‘Muhyyi al-Sunnah’ dia yang telah menghidupkan sunnah. Dan oleh kerana ulama hadith itu sendiri terdiri dari ahl al-sunnah wal-jamaa, ini telah dibuktikan dengan keterangan. yang tidak lagi meninggalkan sebarang ruang untuk diragukan bahawa apa yang dimaksudkan oleh mereka dengan ‘sunnah’ hanyalah membenci Ali ibn Abu Talib dan mengutuknya dan menjauhkan diri mereka darinya; ini didalam perkataan lain Nasibis.



Apa yang membuat perkara itu lebih jelas lagi adalah apa yang al-Khawarizmi katakan seperti yang berikutnya pada muka surat 135 bukunya: ‘Bahkan Haroun ibn al-Khayzaran dan Ja’far al-Mutawakkil al-shaitan [dia yang bergantung kepada syaitan] sepatutnya kepada al-Rahman [yang pengasih] tidak pernah memberi sebarang wang atau harta melainkan kepada mereka yang mengutuk keluarga Abu Talib dan yang menyokong mazhab Nasibis.



Ibn Hajar telah menyebutkan dari Abdullah ibn Ahmad ibn Hanbal sebagai berkata: ‘Apabila Nasr ibn Ali ibn Sahban menceritakan hadith, mengatakan bahawa baginda Pesuruh Allah mengambil tangan al-Hasan dan al-Husayn dan berkata: ‘Sesiapa yang mencintai saya dan mencintai kedua mereka dan kedua orang tua mereka akan berada diaras [tingkat] saya pada hari pengadilan,’ al-Mutawakkil memerintahkan supaya dia disebat dengan cabuk dengan seribu sebatan. Dia hampir mati jika tidak kerana Ja’far ibn Abd al-Wahid berterusan menjadi pengantara bagi pihak dirinya dengan al-Mutawakkil, sambil berkata kepada al-Mutawakkil: ‘O Amirul Mukminin! Dia adalah seorang dari ahli al-sunnah,’ dan dia berterusan menyatakannya sehingga al-Nasr dibebaskan.’[61]



Setiap orang yang berakal akan faham kenyataan yang dibuat oleh Ja’far ibn Abd al-Wahid kepada al-Mutawakkil bahawa Nasr adalah diantara ‘ahl al-sunna’ supaya dapat menyelamatkan nyawanya, ini juga adalah kenyataan tambahan kepada fakta bahawa ahl al-sunna sebenarnya musuh ahl al-bayt yang sangat dibenci oleh al-Mutawakkil. Dia biasanya akan membunuh sesiapa saja yang menyebut walaupun hanya satu kemuliaan mereka [ahl al-bayt] tidak kira walaupun jika mereka bukan shiah.



Ibn Hajar menunjukkan didalam buku yang sama bahawa Abdullah ibn Idris al-Azdi adalah seorang ‘ahl al-sunna wal-jamaa,’ dan bahawa dia amat keras didalam menegakkan ‘sunna’ menyenangkan yang lain, dan bahawa dia bersimpati dengan Uthman.’[62]



Mengenai Abdullah ibn Awn al-Basri, pengarang sunni yang sama berkata:



‘Dia dikatakan sebagai berkepercayaan, dan berterusan didalam beribadat, tegas didalam menegakkan sunna dan keras tehadap mereka yang membuat bidaa; Ibn Sa’d berkata dia adalah penyokong Uthman.’[63] Dia juga telah menyatakan bahawa Ibrahim ibn Ya’qub al-Jawzjani pernah menganuti mazhab Hareezi [i.e mazhab yang ditubuhkan oleh Hareez ibn Uthman al-Damashqi] yang telah terkenal dengan taatnya kepada Nasibis, dan ibn Hayyan telah berkata: ‘Dia amat keras didalam mematuhi sunna.’[64]



Semua ini telah membantu kami untuk membuat kesimpulan bahawa Nasibis membenci Ali dan anak-anaknya, dan mengutuk kepada keturunan Abu Talib, dan menghina ahl al-bayt…., telah dianggap oleh mereka sebagai ‘tegas didalam mengikuti sunnah.’ Kami juga telah mengetahui sehingga kini bahawa pengikut Uthmanlah yang memulakan Nasibis dan benci terhadap ahl al-bayt, dan merekalah yang amat keras terhadap sesiapa yang taat kepada Ali dan keturunannya.



Lencana ‘bidaah’ telah dikenakan oleh mereka kepada shiah yang telah memanggil kepada Imamnya Ali kerana, bagi mereka, itu adalah bidaa, oleh kerana ianya bertentangan dengan polisi [cara] ‘khalifa rashidin’ dan juga ‘yang baik terdahulu,’ polisi mengenepikan Imam dan tidak mengiktiraf Imamnya dan Wisayatnya. Fakta sejarah yang menyokong kenyataan ini banyak sekali, tetapi apa yang kami telah nyatakan sudah mencukupi untuk mereka yang ingin menyelidikki isu ini lebih lanjut lagi dan menyiasatnya sendiri. Kami sebagai biasa dan telah menjadi tabii untuk cuba meringkaskan, dan para penyelidik harus memahami bahawa mereka boleh menjumpainya lebih banyak dari ini jika mereka kehendakki.



‘Mereka yang berjuang bersungguh-sungguh kerana Kami, Kami pastinya memberi petunjuk kejalan Kami, dan Allah sudah pastinya bersama mereka yang melakukan kebaikkan.’ [29:69]

[57] Didalam penyelidikkan yang akan datang, kamu akan insya Allah menjumpai bahawa pemimpin Umayyad dan Abbasid yang telah mengadakan mahab-mazhab ini dan memaksakan kepada manusia untuk mengikutinya [58] Kami telah mengenepikan dari senarai ini Imam Ali kerana dia membezakan diantara kepintaran didalam pengadilan dan pentadbiran yang baik dengan pintar belit, penipuan, dan hipokrit. Dia telah berkata lebih dari sekali: ‘Jika tidak kerana penipuan dan hipokrit, saya tentunya telah menjadi manusia yang paling pintar diantara semua Arab,’ sebagaimana yang dinyatakan didalam Quran: ‘Mereka merancang, dan Allah merancang dan pastinya Allah adalah perancang yang terbaik.’ Rancanagan Allah bererti kebijaksanaan dan pentadbiran yang baik. Dan bagi rancangan mereka yang fasik, mereka tidak lain dari penipuan, hipokrit, pemalsuan, dan lain-lain lagi. [59] Untuk lebih khusus, rujuk kepada Al-Sila bayn al-Tasawwuf wal Tashayyu’ oleh Dr. Mustafa Kamil al-Shibeebi, seorang pengarang Mesir. Dengan memberi sepuluh hujah yang kuat, al-Shibeebi membuktikan bahawa Abdullah ibn Saba, seorang Yahudi atau ‘Ibn al-Sawdaa’ [anak wanita kulit hitam] adalah nama samaran dan gelaran yang diberi kepada Ammar ibn Yasir kerana dia adalah pengikut Imam Ali. [60] Jika seorang khalifa sudah begitu jauh didalam kekejaman dan buruknya tabiat sehinggakan dia menggali pusara Imam dari ahl al-bayt, terutama pusara ketua para remaja disyurga, jangan ditanya apa yang akan dilakukan oleh mereka kepada shia yang mencari rahmat Allah dengan pergi menziarahi pusara mereka. Shia menderita kesakitan dan bencana yang tidak ada habisnya. [61] Ini disebutkan didalam buku Ibn Hajar Tahdhib al-Tahdhib, didalam riwayat hidupnya Nasr ibn Ali ibn Sahban [62] Ibn Hajar, Tahdhib al-Tahdhib, jilid 5, muka surat 145. Ianya adalah fakta yang telah diketahui umum bahawa mereka yang bersimpati dengan Uthman akan mengutuk Ali dan menuduhnya sebagai pembunuh Uthman ibn Affan [63] Ibn Hajar, Tahdhib al-Tahdhib, jilid 8, muka surat 348 [64] Ibid, jilid 1, muka surat 82.

Quotes from 12 Imams

Mencintai keindahan adalah fitrah. Sampaikan keindahan Ahlul Bait dan keindahan ajaran mereka dengan cara yang indah. "Kalau manusia mendengar keindahan ucapan-ucapan kami, niscaya mereka akan mengikuti kami" (Imam Ridha as).

0 comments:

Post a Comment