Contributors

Don't miss

Friday, December 19, 2014

Syi'ah_Sunnah : Bab 7 Ahl al-Sunnah dan Penghapusan terhadap Sunnah [Hadith Rasul]


By on 12/19/2014 09:26:00 PM

12 Imam ~ Didalam bab ini kami lebih suka untuk menerangkan sesuatu yang amat penting yang mana para penyelidik perlu menyiasat secara mendalam supaya dapat mengetahui, tanpa sebarang bayangan keraguan bahawa mereka yang mengelar diri mereka ahl al-sunna adalah mereka yang sebenarnya tidak mempunyai sebarang hubungan kait dengan sunnah rasul Allah.



Begitulah ianya kerana mereka, atau sebenarnya orang-orang yang terdahulu mereka diantara para sahabat dan ‘khalifa rashidin’, yang mana telah mereka contohi dan benar-benar menyintai dan setia kepadanya dan dengannya mereka mencari keridha [kehampiran] Allah, telah mengambil pendirian negatif terhadap Sunnah Rasul sehinggakan mereka membakar sunnah-sunnah tersebut dan melarang sesiapa saja dari merakamkan atau menceritakan hadith. [29] Lebih-lebih lagi kami terpaksa membukakan suatu komplot yang zalim terhadap sunnah rasul yang suci supaya dapat mereka menghalangnya dari tersebar dan supaya ianya dapat dibunuh semasa ianya masih dipermulaan lagi dan mengantikannya dengan bidaa [pembaruan], pandangan peribadi, dan penghuraian para pemerintah dan juga sahabat. Mula-mula yang telah dilakukan oleh pemerintah adalah yang seperti berikut:



PERTAMA: Mereka mengubahsuai hadith [palsu] untuk menyokong pendirian mereka pada melarang untuk merakamkan sunnah rasul dan juga hadith qudsi. Imam Muslim, sebagai contoh, rakaman didalam sahihnya apa yang dinyatakan oleh Haddab ibn Khalid al-Azdi yang menyatakan Humam yang menyatakan Zayd ibn Aslam yang menyatakan Ata ibn Yasar yang menyatakan Abi Sa’id al-Khudri yang berkata bahawa rasul Allah telah berkata: ‘Jangan rakamkan apa yang saya katakan, dan barang siapa yang menyebutkan apa yang saya katakan kepada kamu selain dari Quran harus memadamklan apa yang ditulisnya, dan secara lisan sampaikan mengenai saya tanpa teragak-agak.’ [30] Tujuan memalsukan hadith ini adalah untuk membolehkan apa yang Abu Bakr dan Umar telah lakukan terhadap penulisan hadith rasul yang telah dirakamkan oleh sebilangan para sahabat rasul. Hadith ini telah dipalsukan beberapa tahun selepas berakhirnya zaman khalifah rashidin, dan para pemalsu terdiri dari mereka yang pakar pembohong, telah mengabaikan isu-isu yang berikut:



1 . Jika rasul Allah sebenarnya telah mengata yang sedemikian, para sahabat tentu telah bertindak diatas arahannya [tidak menuliskan hadith], dan mereka tentu telah memadamkan semua hadith tersebut bertahun-tahun sebelum Abu Bakr dan Umar dapat membakarnya.

2 . Jika hadith ini sahih, tentu Abu Bakr yang pertama telah menyebutkannya, dan kemudian Umar, supaya dapat mengesahkan larangan mereka pada merakamkan hadith, dan mereka [para sahabat] akan memadamkannya, dan bagi mereka yang telah merakamkannya akan mencari alasan sebab-sebab melakukannya mungkin disebabkan oleh kejahilan [diatas adanya hadith yang tersebut] atau diatas kurangnya daya ingatan mereka.

3 . Jika hadith tersebut sahih, Abu Bakr dan Umar hanya perlu memadamkan semua hadith, tidak membakarnya.

4 . Jika hadith ini sahih, para Muslim, yang sezaman dengan Umar ibn Abd al-Aziz hinggalah sekarang telah melakukan dosa yang amat besar kerana melanggar arahan rasul, terutama ketua mereka Umar ibn Abd al-Aziz yang telah mengarah para ulama dimasanya untuk merakamkan hadith rasul, sebagai tambahan kepadanya adalah al-Bukhari dan Muslim yang telah menganggap bahawa hadith ini sebagai sahih, dan mereka tidak bertindak terhadapnya malah menulis beribu-ribu lagi hadith rasul.

5 . Akhirnya jika hadith ini sahih, ianya tentu telah diabaikan oleh pintu pengetahuan Ali ibn Abu Talib yang mengumpulkan hadith rasul didalam satu ‘saheefa’ yang panjangnya melebihi tujuh puluh ela yang dia telah memberi nama al-jami’a, yang telah memuatkan segala-galanya, dan yang mana akan kami bincangkan kemudian dengan pertolongan Allah.

KEDUA: Pemerintah Umayyah tidak akan membazirkan tenaga mereka untuk menyebarkan teori bahawa rasul Allah tidak dilindungi oleh Allah dari melakukan perbuatan yang salah sebagaimana semua manusia yang lainnya, yang kadang kala betul dan kadang kala tersalah, telah memalsukan beberapa hadith untuk menyokong kenyataan mereka. Tujuan mereka memalsukan hadith tersebut adalah untuk mempastikan bahawa rasul Allah juga bertindak mengikut pandangan peribadinya sendiri; makanya, dia kadang kala membuat kesalahan sehingga sebahagian para sahabat terpaksa membetulkannya, sebagaimana yang dinyatakan didalam insiden pesenyawaan pohon kurma, wahyu yang diturunkan mengenai hijab, didalam kes menerima fidya dari tawanan selepas peperangan Badr, sebagai tambahan dari itu, banyak lagi insiden yang dikatakan oleh ahl al-sunna wal-jamaa’, dan telah disenaraikan didalam buku-buku sahih mereka didalam menyokong kenyataan keperibadian yang sedemikian terhadap rasul Allah [saw].



Kami berhujah dengan ahl al-sunna wal-jamaa seperti yang berikut:



Jika itulah kepercayaan kamu dan tanggapan kamu terhadap rasul Allah, bagaimana kamu boleh mengatakan bahawa kamulah penegak sunnahnya, dengan mempercayai bahawa kamu dan mereka-mereka yang terdahulu dari kamu menganggap sunnah tersebut tidak dilindunggi oleh Allah dari kesalahan, walaupun tidak diketahui dan tidak dirakamkan?! [31] Malahan kami menolak tuntutan ini dan tuduhan yang palsu dan mampu untuk membangkangnya dengan menyebutkan dari buku rujukan dan sahih kamu. [32] Contohnya:



Didalam bab pada merakamkan pengetahuan didalam kitabnya al-ilm [Buku pada Pengetahuan] dari sahihnya, al-Bukhari menyebut Abu Hurayra sebagai berkata: ‘Tiada dari para sahabat rasul yang menceritakan lebih hadith dari saya melainkan Abdullah ibn Umar, kerana dia boleh menulis, sedangkan saya tidak.’[33] Ayat ini dengan nyata menunjukkan bahawa terdapat diantara para sahabat rasul yang menulis hadith. Oleh kerana Abu Hurayra menyampaikankan lebih dari enam ribu hadith secara lisan [kerana dia tidak boleh menulis], Abdullah ibn Umar boleh menyampaikan lebih banyak lagi hadith rasul kerana kebolehannya pada menulis. Tidak dinafikan, bahawa terdapat diantara para sahabat rasul yang boleh menulis hadith rasul dan yang Abu Hurayra tidak nyatakan, kerana mereka tidak terkenal kerana tidak banyak menyampaikan hadith. Ditambah kepada yang atas Imam Ali ibn Abu Talib yang telah membentangkan dari atas mimbar naskhah gulungan yang dia memberi nama al-jami’a yang mana didalamnya dia telah menggumpulkan segala yang diperlukan oleh manusia dari hadith rasul, dan yang telah diwarisi oleh Imam-imam dari ahl al-bayt yang kadang kala merujuk kepadanya. Contoh:



Imam Ja’far al-Sadiq telah berkata: ‘kami mempunyai saheefa; panjangnya tujuh puluh ela: ianya adalah penyampaian dari rasul Allah yang telah dituliskan dengan tulisan tangan Ali. Tidak ada yang di izinkan atau yang ditegah pada pengetahuan yang diperlukan oleh manusia, ataupun isu-isu yang lainnya, melainkan ianya ada tertulis didalamnya, walaupun hukuman pada yang melakukan kesalahan yang kecil seperti mancalarkan walaupun yang halus pada pipi sesaorang’. [34] al-Bukhari sendiri telah menyatakan tentang saheefa ini, yang didalam simpanan Ali, didalam banyak bab didalam bukunya, tetapi dia, sebagaimana telah menjadi tabiatnya, telah menyorokkan banyak maklumat mengenai perkara ini dan kandungannya. Didalam kitabnya al-ilm, al-Bukhari merakamkan yang berikutnya:



Al-Shabi telah menyebutkan Abu Juhayfa sebagai berkata: ‘Saya bertanya kepada Ali:



Adakah kamu memilikki sebuah buku didalam simpanan kamu?’ Dia berkata: ‘Tidak, melainkan kitab Allah, atau sebahagian pengetahuan yang dianugerahkan keatas seorang lelaki Muslim, atau apa yang disebutkan oleh saheefa ini yang dari rasul Allah.’ Saya bertanya kepada dia: ‘Dan apa yang ada didalam saheefa itu?’ ‘Ia mengandungi penerangan,’ katanya, ‘tebusan bagi tawanan, dan bahawa tiada Muslim yang boleh membunuh Muslim yang lain.’ [35]



Ditempat yang lain, al-Bukhari menyebutkan al-Taymi menyebut dari bapanya yang menyebut Ali sebagai berkata: ‘Kami tidak mempunyai apa-apa melainkan kitab Allah dan saheefa ini yang menyebut dari rasul Allah.’ [36] Ditempat yang lain lagi didalam sahih al-Bukhari, pengarangnya menyebut Ibrahim al-Taymi menyebutkan dari bapanya sebagai berkata: ‘Ali menyampaikan khutbah kepada kami yang mana dia berkata, ‘Kami tidak punya apa-apa buku melainkan kitab Allah dan apa yang dirakamkan didalam saheefa ini.’ [37] Ditempat yang lain didalam sahihnya, al-Bukhari menyatakan Ali sebagai berkata: ‘Kami tidak menuliskan dari rasul melainkan Quran dan saheefa ini.’ [38] Ditempat yang lain lagi didalam sahihnya, al-Bukhari berkata: ‘Ibrahim al-Taymi menyebut bapanya sebagai berkata: ‘Ali [as] membaca khutbah kepada kami dari atas mimbar yang diperbuat dari batu yang dimasak, dan dia membawa pedang yang dengannya saheefa digulung dan berkata: ‘Demi Allah! Kami tidak punya apa-apa buku untuk dibaca melainkan kitab Allah dan apa yang dirakamkan didalam saheefa ini.’ [39]



Bagaimanapun, al-Bukhari tidak menunjukkan bahawa Imam Ja’far al-Sadiq telah berkata bahawa saheefa ini diberi nama ‘al-jami’a’ disebabkan pada faktanya ia mengandungi segala yang diizinkan dan yang dilarang, dan ia mempunyai segala yang diperlukan oleh manusia, walaupun hukuman mencalarkan pipi sesaorang, dan bahawa ianya telah disebutkan oleh rasul Allah dan dituliskan oleh Imam Ali ibn Abu Talib. Malahan dia [al-Bukhari] membuat rujukan sepintas lalu saja. Dia ada mengatakan sesuatu bahawa ianya mempunyai penerangan, tebusan pada tawanan, dan bahawa tiada seorang Muslim yang boleh dibunuh diatas sebab yang bukan Islam. Dan suatu ketika dia berkata: ‘Ali membentangkannya, dan ianya mempunyai rujukan kepada gigi unta, bahawa Madina tidak diizinkan dimasukki oleh yang bukan Islam, dan bahawa keselamatan Muslim adalah tanggong jawab mereka semua, dan bahawa jika sesaorang mengikuti sesaorang yang lain tanpa keizinan dari ketuanya…,dst’



Ini tidak lain hanya pemalsuan dan perubahan pada fakta; jika tidak, adakah masuk diakal fikiran kita untuk mengatakan bahawa Ali menulis hanya empat kenyataan diatasnya dan kemudian mengulungnya pada pedang dan sehinggakan bahawa ianya dibawa bersamanya walaupun dia memberi khutbah diatas mimbar, menjadikannya yang kedua dari Quran sebagai rujukan, memberitahu manusia: ‘Kami tidak menyebutkan dari apa yang rasul telah katakan melainkan Quran dan apa yang dikandungi oleh saheefa ini?!’ Adakah minda Abu Hurayra lebih hebat dari Ali ibn Abu Talib sehinggakan dia menghafal sebanyak satu ratus ribu hadith dari rasul Allah tanpa menulis walau satupun darinya?!



Aneh, demi Allah, keadaan dimana mereka menerima satu ratus ribu hadith yang diceritakan oleh Abu Hurayra yang tidak berada bersama rasul Allah melainkan selama tiga tahun, dia yang tidak tahu menulis, sedang kenyataan mengatakan bahawa Ali adalah pintu kepada kota pengetahuan yang darinya para sahabat belajar berbagai cabang ilmu pengetahuan. Malah pada mereka Ali hanya membawa naskhah gulungan [scroll] yang hanya mengandungi empat hadith, bahawasanya dia yang tinggal bersama Rasul Allah di sepanjang hidup baginda rasul, sehinggalah dia menjadi khalifa, maka dia menaikki mimbar dan ianya tergulung pada pedangnya…..! Kenyataan apa yang sungguh besar yang telah mereka buat, dan apa jenis penipuan yang mereka telah cipta…



Malah apa yang al-Bukhari telah rakamkan mencukupi bagi para penyelidik dan sesiapa yang mempunyai akal fikiran, terutamanya setelah dia menyebutkan bahawa saheefa tersebut mengandungi banyak tajuk yang berkaitan dengan minda manusia dan kepada para intelek Islam. Tujuan kami bukan untuk mengesahkan [sahkan] atau menolak apa yang terkandung didalam saheefa, kerana penduduk Mekah lebih arif akan lembahnya, dan ahli keluarga lebih arif akan apa yang ada didalam rumahnya, tetapi apa yang menjadi urusan kami didalam penyelidikkan ini adalah bahawa para sahabat sebenarnya telah menuliskan hadith-hadith dari Rasul. Kenyataan Abu Hurayra bahawa Abdullah ibn Umar pernah merakamkan hadith Rasul, sebagai tambahan kepada kenyataan itu dari Ali ibn Abu Talib yang berkata, mengikut dari sahih al-Bukhari: ‘Kami tidak pernah menyebut dari apa yang dikatakan oleh Rasul Allah melainkan Quran dan apa yang dikandungi oleh saheefa,’ ini bukti yang tidak dapat dibantah bahawa Rasul Allah tidak pernah melarang sesiapa dari merakamkan hadithnya; bahkan ini membuktikan yang sebaliknya. Hadith yang dirakamkan didalam sahih al-Bukhari menyebutkan dari kata-kata Rasul yang berkata: ‘Jangan sebutkan dari saya, dan sesiapa yang menyebutkan sesuatu dari saya selain dari Quran hendaklah memadamkannya’, adalah hadith yang palsu yang diadakan oleh penyokong para khalifa supaya mereka dapat menyokong pendapatnya. Ianya telah digubal supaya dapat membolehkan apa yang Abu Bakr dan Umar dan Uthman telah lakukan: iaitu membakar hadith-hadith rasul dan menghalang sunnah rasul dari disebarkan. Apa yang lebih menyakinkan kami adalah fakta bahawa bukan saja Rasul Allah menahan dari tegahan terhadap penulisan hadithnya, tetapi malahan baginda mengarahkan mereka untuk merakamkannya. Imam Ali adalah manusia yang paling rapat kepadanya, berkata: ‘‘Kami tidak pernah menyebut dari apa yang dikatakan oleh Rasul Allah melainkan Quran dan apa yang dikandungi oleh saheefa,’ Kenyataan ini disebutkan oleh al-Bukhari didalam sahihnya.



Jika kami tambahkan kepada yang diatas dari apa yang Imam Ja’far telah dikatakan, iaitu, bahawa al-saheefa al-jami’a adalah sebutan Rasul Allah didalam tulisan tangan Ali, kami akan rumuskan dengan berkata bahawa Rasul mengarahkan Ali untuk menyampaikan darinya.



Untuk menghapuskan segala keraguan yang masih berlegar didalam minda para pembaca, saya suka untuk lebih menerangkan dengan menyatakan yang berikut:



Al-Hakim didalam bukunya Al-Mustadrak, Abu Dawood didalam sahihnya, Imam Ahmad didalam Musnad, dan al-Darimi didalam sunannya, semuanya telah menyebutkan hadith yang penting ini mengenai Abdullah ibn Umar yang telah dirujuk oleh Abu Hurayra dan telah dinyatakan sebagai yang telah menulis lebih banyak hadith rasul dari yang dia sediri telah sebutkan; hadith itu adalah yang berikut:



Abdullah ibn Umar telah berkata: ‘Saya biasanya akan menulis apa saja yang saya dengar dari rasul Allah, maka Quraysh menghalang saya dari melakukannya dengan berkata: ‘Adakah kamu menulis apa saja yang kamu dengar dari rasul Allah yang hanya seorang manusia yang berkata-kata didalam marah dan apabila suka?' Maka saya berhenti dari menulis, kemudian saya memberitahu Rasul Allah mengenainya, yang mana baginda menunjukkan kepada mulutnya dan berkata: ‘Teruskan menulis, Demi Dia yang memegang nyawaku maka aku bersumpah tiada yang keluar darinya melainkan yang benar.’[40]



Hadith ini dengan terang memberitahu kita bahawa Abdullah ibn Umar pernah menulis apa saja yang didengarnya dari rasul Allah, dan baginda tidak melarangnya dari melakukan itu; bahkan larangan tersebut datangnya dari Quraysh. Abdullah tidak mahu menyatakan siapa yang melarang dia dari menuliskan apa yang ditulisnya, kerana larangan Quraysh ini bertentangan dengan apa yang rasul Allah katakan kepadanya. Ia juga boleh dikatakan secara am perkataan ‘Quraysh’ membawa maksud ketua-ketua Quraysh yang berada di Madinah pada ketika itu, mereka adalah Muhajirin Mekah, penghijrah yang dipandu oleh Abu Bakr, Umar, Uthman, Abdul-Rahman ibn Awf, Abu Ubaydah, Talhah, al-Zubayr, dan mereka yang mengikuti alirannya. Kami juga dapati bahawa mereka melarang Abdullah ketika rasul Allah masih hidup: Ini dengan sendirinya telah menunjukkan kepada kita betapa dalam dan dahsyatnya komplot mereka; jika tidak, mengapa orang-orang ini melarang Abdullah dari menulis hadith dengan tidak merundingkan dengan rasul Allah sendiri mengenainya? Ini juga boleh difahamkan dari kenyataan mereka bahawa rasul Allah adalah manusia biasa yang berkata-kata ketika marah dan juga ketika gembira. Ini menunjukkan betapa lemahnya kepercayaan mereka terhadap rasul Allah sehingga mereka mengharapkan baginda untuk mengatakan sesuatu yang salah, atau menjatuhkan hukuman yang tidak setimpal, terutama didalam keadaan marah. Sebaliknya rasul katakan yang berikutnya apabila Abdullah ibn Umar menyatakan kepada baginda larangan Quraysh dan apa yang mereka katakan mengenai baginda, beliau menunjukkan kearah mulutnya dan berkata: ‘Demi Dia yang memegang nyawaku maka aku bersumpah tiada yang keluar darinya melainkan yang benar’ ini adalah suatu bukti lagi mengenai pengetahuan rasul terhadap mereka yang meragui keadilannya, dan mereka yang mengharapkan untuk baginda melakukan kesalahan dan menyatakan kedustaan; kami meminta ampun dari Allah; makanya baginda bersumpah dengan Allah bahawa baginda tidak mengatakan apa-apa melainkan kebenaran. Ini adalah penghuraian yang tepat dari ayat Allah yang berbunyi: ‘Pastinya dia tidak menyatakan apa-apa dari kehendaknya; ianya adalah wahyu yang diturunkan’ [53:3-4], dan bahawasanya beliau terpelihara dari melakukan sebarang kesalahan atau menyatakan kedustaan.



Dari semua keterangan yang diatas, dengan tegas kami nyatakan bahawa semua hadith semasa pemerintahan Umayyad yang mengatakan bahawa baginda tidak dipelihara oleh ilahi terhadap kesalahan tidak sahih sama sekali. Hadith yang dinyatakan diatas juga memberi kita membuat tanggapan bahawa pengaruh mereka pada Abdullah ibn Umar adalah besar sehingga dia berhenti dari menuliskan hadith sebagaimana dia sendiri mengesahkannya apabila dia berkata: ‘…….maka saya berhenti menulis….’ Dia tinggal sedemikian sehingga suatu ketika dimana rasul Allah mencampuri secara peribadi untuk menghapuskan keraguan yang disebarkan terhadap ma’sumnya [tidak membuat kesalahan] dan keadilannya, keraguan yang kerap mereka persoalkan walaupun dihadapannya seperti mereka bertanya kepadanya:



‘Adakah kamu benar-benar rasul?!’ [41] atau ‘Adakah kamu orangnya yang mengatakan menjadi rasul?!’ [42] atau: ‘Demi Allah, dia tidak mencari dengan pembahagian ini akan keridhaan Allah!’ [43] atau kenyataan Aisha kepada rasul: ‘Tuhan kamu pastinya dengan cepat memenuhi kehendak kamu!’ [44] atau dia meminta rasul Allah supaya berlaku adil….., sehingga keakhir kandungan pada kenyataan yang sungguh kurang sopan, ini telah menunjukkan dengan terang bahawa mereka meragui akan ma’sumnya baginda, mempercayai bahawa baginda mungkin berlaku tidak adil, menindas, membuat kesalahan, berdusta….; kami berlindung dengan Allah.



Baginda sebenarnya mempunyai keperibadian yang mulia; baginda seorang pemurah dan penyayang sebagaimana baginda mencuba untuk menghapuskan keraguan yang sedemikian dengan mengatakan pada suatu ketika, sebagai contoh: ‘Saya hanya seorang suruhan yang menerima arahan dari Tuannya,’ dan diketika yang lain: ‘Demi Allah! Saya adalah pemurah dan hanya kerana untuk mencari keridhaan Allah yang saya takuti,’ dan diketika yang lain lagi baginda berkata: ‘Demi Dia yang mengawal nyawa saya! Ini tidak menyatakan apa-apa melainkan yang benar.’ Baginda juga kerap mengatakan: ‘Semoga Allah merahmati saudaraku Musa! Dia telah menghadapi lebih penderitaan dari ini, malahan dia bersabar.’



Kenyataan-kenyataan yang tidak bersopan ini yang telah menyatakan keraguan terhadap ma’sumnya rasul dan terhadap kerasulannya tidak dicipta oleh mereka yang asing atau yang hipokrit; tetapi malangnya ianya telah disebutkan oleh para sahabat yang terkenal dan Umm Mukminin, dan juga oleh mereka-mereka yang kini masih dianggap oleh ahl al-sunna wal-jamaa sebagai model contoh, maka tiada daya dan upaya melainkan Allah jua.



Apa yang menguatkan keyakinan kami bahawa hadith yang menyatakan larangan pada merakamkan hadith adalah palsu dan tidak berasas, dan bahawa rasul tidak pernah menyatakannya sama sekali, kerana Abu Bakr sendiri pernah menulis hadith semasa hidupnya rasul Allah. Dan apabila dia naik kepada kedudukan khalifa, dia membuat keputusan untuk membakarnya diatas sebab yang telah diketahui oleh para penyelidik. Disini adalah apa yang dikatakan oleh anaknya Aisha: ‘Ayah saya mengumpulkan hadith rasul Allah, dan ianya berjumlah lima ratus, kemudian dia menghabiskan malamnya gelisah tidak dapat tidur hanya berguling disisinya. Saya fikir bahawa dia susah hati diatas aduan sesaorang atau disebabkan oleh suatu berita yang telah didengarinya. Pada esok pagi, dia berkata kepada saya: ‘Anakku! Bawakan kepadaku hadith yang didalam simpanan kamu,’ maka saya bawakan hadith-hadith itu kepadanya, dan dia lalu membakarnya.’ [45] Dan disini pula Umar ibn al-Khattab, juga setelah menjadi khalifa, memberi khutbah kepada manusia pada satu hari yang mana dia berkata: ‘Sesiapa yang mempunyai didalam simpanan mereka buku bawalah kepada ku supaya saya dapat memberitahukan apa yang saya fikir mengenainya.’ Manusia berfikir bahawa dia hanya mahu mengesahkan isi kandungannya dan untuk menghapuskan darinya sebarang perbezaan, maka mereka bawakan buku-buku mereka yang mana kemudian Umar membakarnya. [46] Kemudian itu dia mengeluarkan arahan kepada semua tanah Islam mengarahkan semua manusia, makanya: Sesiapa yang mempunyai al-hadith yang telah dituliskan hendaklah memadamkannya. [47] Ini adalah petunjuk yang paling besar kepada kebenaran bahawa semua para sahabat, sama ada mereka yang tinggal di Madinah, atau dimana-mana bumi Islam, mempunyai didalam simpanan mereka buku yang mana didalamnya telah dikumpulkan hadith-hadith suci dari rasul Allah yang telah mereka rakamkan semasa hidupnya rasul Allah. Semuanya telah dibakar menurut pada arahan pemerintah yang pertama Abu Bakr kemudian oleh Umar. Semua buku lainnya yang didapati ditanah Islam yang lain telah dipadamkan semasa pemerintahan Umar sebagaimana arahannya. [48]



Mengasaskan kepada yang diatas, kita tidak boleh, begitu juga mana-mana manusia yang berfikiran, percaya bahawa rasul Allah telah melarang manusia dari menuliskan hadith, setelah mengetahui bahawa kebanyakkan para sahabat mempunyai buku mengandungi hadith terutama saheefa yang mana Imam Ali tidak pernah berpisah dengannya, dan panjangnya mencapai tujuh puluh ela dan yang dia panggil al-jami’a [maksud secara lisan: universiti] kerana ianya mengandungi bermacam-macam pengetahuan.



Oleh kerana kepentingan parti yang memerintah dan keturunan mereka yang telah menguasai politik mereka telah mengarahkan pada penghapusan dan pembakaran terhadap sunnah dan halangan pada menyebutnya, para sahabat yang menyokong khalifa yang begini telah patuh arahan tersebut dan membakar sunnah dan berhenti dari menyebutnya. Maka, mereka jadikan diri mereka dan juga pengikut-pengikut mereka tidak mempunyai pilihan, melainkan mengalih kepada pandangan peribadi yang dinamakan sebagai ijtihad, atau mengikuti sunnah Abu Bakr, Umar, Uthman, Muawiya, Yazid, Marwan ibn al-Hakam, al-Waleed ibn Abd al-Malik, Sulayman ibn Abd al-Malik…. Ini berterusan sehingga Umar ibn Abd al-Aziz datang berkuasa dan menyuruh Abu Bakr al-Hazmi untuk menulis apa yang dia ingat dari hadith rasul Allah atau sunnah Umar ibn al-Khattab. [49]



Makanya telah menjadi nyata kepada kami bahawa walaupun semasa keadaan yang mengizinkan kepada merakamkan sunnah rasul, seratus tahun setelah penghapusan dan larangan terhadapnya, kita dapat melihat khalifa Umayyad yang sederhana yang mana namanya telah ditambah oleh ahl al-sunna wal-jamaa kedalam senarai ‘khalifa rashidin’ mengarahkan pengumpulan pada sunnah rasul Allah dan sebagai tambahan ‘sunnah’ Umar ibn al-Khattab, seakan-akan Umar ibn al-Khattab adalah rakan Muhammad didalam misi kerasulan dan juga rasul…! Dan kenapa Umar ibn Abd al-Aziz tidak bertanyakan kepada Imam ahl al-bayt, yang sezaman dengannya, untuk memberikan kepadanya salinan saheefa al-jami’a? Dan mengapa dia tidak meletakkan mereka sebagai yang berkuasa didalam mengumpulkan al-hadith terutama merekalah yang lebih mengetahui apa yang datuk mereka telah katakan? Tetapi mereka, orang yang memeriksa dan menyelidik tahu akan rahsianya.



Bolehkah hadith-hadith yang telah dikumpulkan oleh ahl al-sunna wal-jamaa dianggap sebagai betul terutama mereka yang mengumpulkannya tergulung dari Banu Umayyad dan penyokong mereka yang mewakili khalifa Quraysh? Bolehkah kita bergantung kepadanya, setelah kita mengetahui yang sebenar mengenai Quraysh dan tanggapan mereka terhadap rasul Allah dan sunnahnya yang suci? Ianya telah menjadi lumrah, setelah mengetahui semua itu, bahawa pihak berkuasa disepanjang abad bertindak diatas prinsip ijtihad, kias, dan syura bersama….



Oleh kerana pihak yang dikatakan berkuasa telah mengeluarkan Imam Ali dari pentas kehidupan manusia awam dan telah mengenepikan beliau, ia tidak mempunyai apa-apa terhadapnya untuk memerlukan dia pada membakar apa yang dia telah rakamkan dimasa Pengkhabaran Rasul mengikut pada apa yang telah rasul sebutkannya sendiri. Ali tinggal memilikki saheefa tersebut yang mana dia telah kumpulkan semua yang diperlukan oleh manusia padanya, walaupun hukuman pada mencalarkan sedikit pada pipi sesaorang. Apabila dia menjadi khalifa, dia masih membiarkan ianya bergulung pada pedangnya ketika dia menaiki mimbar untuk memberi khutbah kepada manusia untuk membiasakan [menunjukkan] kepada mereka betapa mustahaknya sahifah .



Penyampaian yang berturutan yang dikatakan oleh para Imam ahl al-bayt terus menunjukkan bahawa anak-anak mereka mewarisi saheefa tersebut dari bapa mereka, mengikut susunan dari seorang kepada yang berikutnya, dan bahawa mereka akan merujuk kepadanya didalam mengeluarkan fatwa agama kepada perkara yang berkaitan dengan persoalan yang ditanyakan kepada mereka dari orang yang sezaman dengannya dari mereka-mereka yang telah mendapat petunjuk dari cahaya petunjuk mereka. Untuk sebab itu, Imam Ja’far al-Sadiq, Imam al-Rida, dan Imam-imam yang lain biasanya akan mengulangi kenyataan yang sama kerananya. Mereka selalu berkata: ‘Kami tidak mengeluarkan hukuman kepada manusia mengikut dari pandangan kami; jika kami telah mengeluarkan perundangan mengikut dari pandangan kami dan mengikut kepada keinginan kami, kami tentunya berada bersama mereka-mereka yang rugi. Bahkan ianya adalah perundangan rasul Allah yang mana pengetahuannya diwarisi oleh anak dari bapanya, dan yang mana kami amat menghargainya sebagaimana manusia menghargai emas dan perak.’ [50] Imam Ja’far al-Sadiq pernah berkata: ‘Hadith saya adalah kepunyaan bapa saya, sedangkan hadithnya kepunyaan datuk saya, dan hadith kepunyaan datuk saya adalah kepunyaan al-Husayn; al-Husayn hadith adalah dari al-Hasan; al-Hasan hadith adalah dari Amirul Mukminin; hadith Amirul Mukminin adalah hadith rasul Allah’ dan hadith rasul Allah adalah kata-kata Allah [awj] [51]



Berdasarkan dari kedudukan ini, hadith pada Dua Perkara Berat [al-Thaqalain] menjadi sampaian yang secara berturutan [mutawatir] dan teksnya ada seperti berikut:



‘Saya telah tinggalkan diantara kamu Dua Perkara Berat: Kitab Allah dan keturunan saya; selagi kamu berpegang teguh kepadanya, kamu tidak akan sesat selepas saya. [52]


[29] Baca berkenaan dengannya dari muka surat 200 dan selebihnya didalam buku saya Tanya Mereka yang Mengerti
[30] Muslim, Sahih, jilid 8, muka surat 229, ‘Kitab al-Zuhud’ didalam bab mengenai pengesahan hadith dan arahan pada merakamkan ilmu pengetahuan
[31] Ini disebabkan pada kenyataannya, bahawa merakamkan sunnah telah ditangguhkan sehingga kemasa khalifa Umar ibn Abd al-Aziz ataupun terkemudian sedikit. Sedangkan khalifa yang terdahulu darinya, telah membakar dan melarang sesiapa saja dari menulis atau menyampaikannya
[32] Apa yang aneh ialah ‘ahl al-sunna’ kerap menceritakan satu hadith dan ianya bertentangan didalam buku yang sama. Bahkan yang lebih aneh lagi mereka kerap mengikuti hadith yang palsu dan mengabaikan yang sahih
[33] Bukhari, sahih, jilid 1, muka surat 36, ‘Kitab al-ilm’ [Buku pada Pengetahuan]
[34] Usul al-Kafi jilid 1 muka surat 239 dan juga pada muka surat 143 pada Basair al-Darajat
[35] Al-Bukhari, sahih, jilid 1 muka surat 36 [teks Arab yang asal]
[36] Al-Bukhari, sahih, jilid 2 muka surat 221
[37] Al-Bukhari, sahih, jilid 4 muka surat 67, dan Muslim, sahih, jilid 4 muka surat 115
[38] Al-Bukhari, sahih, jilid 4 muka surat 69
[39] Al-Bukhari, sahih, jilid 8 muka surat 144
[40] Al-Hakim, Mustadrak, jilid 1 muka surat 105. Dan juga Abu Dawud, Sunan jilid 2 muka surat 126. Juga al-Darimi, Sunan pada muka surat 122, dan Imam Ahmad ibn Hanbal, jilid 2 muka surat 162
[41] Kenyataan ini telah dibuat oleh Umar ibn al-Khattab semasa Perjanjian Hudaybiya, dan ianya telah dirakamkan pada muka surat 122, jilid 2 al-Bukhari, sahih
[42] Kenyataan ini telah dibuat oleh Aisha anak perempuan Abu Bakr; lihat muka surat 29, jilid 2 buku al-Ghazali ihya al-Ulum
[43] Kenyataan ini telah dibuat kepada rasul Allah oleh sahabat dari Ansar sebagaimana telah dirakamkan pada muka surat 47, jilid 4, dari sahih al-Bukhari
[44] Al-Bukhari, sahih, jilid 6 muka surat 24, dan juga jilid 6 muka surat 128 pada rujukan yang sama
[45] Lihat muka surat 237, jilid 5, dari Kanz al-Ummal. Rujuk juga kepada buku Ibn Kathir bertajuk Al-Bidaya wal-Nihaya begitu juga pada muka surat 5 jilid 1 dari buku al-Dhahabi Tadhkirat al-Huffaz
[46] Ibn Sa’ad, Al-Tabaqat al-Kubra jilid 5, muka surat 188. Ianya juga dirakamkan didalam Taqyeed al-‘ilm oleh al-Khateeb al-Baghdadi
[47] Rujuk kepada Ibn abd al-Birr’s buku bertajuk Jama’ Bayan al-‘ilm
[48] Lihat, semoga Allah melindungi kamu, betapa buruknya tindakkan yang telah dilakukan oleh khalifa Abu Bakr dan Umar terhadap Sunnah rasul Allah! Bayangkanlah kerugian yang teramat besar yang telah menimpa keatas ummah Islam yang sangat-sangat memerlukan terhadap hadith tersebut supaya dapat memahami Quran dan perintah-perintah dari Allah [awj]. Ianya adalah, demi nyawa saya, hadith yang sahih kerana ianya didapati terus dari sebutan rasul dan dirakamkan tanpa penyampai yang kedua. Dan bagi hadith yang telah dikumpulkan selepas zaman itu, ini kebanyakkannya adalah palsu disebabkan perpecahan telah berlaku, dan Muslim telah membunuh diantara satu dengan yang lain, dan ianya telah dihasilkan menurut kepada ketentuan [spesifikasi] yang diberikan oleh pemerintah yang zalim…
[49] Malik, al-Muwatta jilid 1 muka surat 5
[50] ‘Allama al-Askari, Ma’alim al-Madrasatayn, jilid 2 muka surat 302
[51] Al-Kulayni, al-Kafi jilid 1 muka surat 53
[52] Muslim, sahih, jilid 5 muka surat 122, dan juga al-Tirmidhi, sahih jilid 5 muka surat 637

Quotes from 12 Imams

Mencintai keindahan adalah fitrah. Sampaikan keindahan Ahlul Bait dan keindahan ajaran mereka dengan cara yang indah. "Kalau manusia mendengar keindahan ucapan-ucapan kami, niscaya mereka akan mengikuti kami" (Imam Ridha as).

0 comments:

Post a Comment