Contributors

Don't miss

Wednesday, January 7, 2015

Syi'ah_Sunnah : Bab 12 Rasul Allah Melantik Para Imam Shiah


By on 1/07/2015 10:01:00 AM

12 Imam ~ Tiada penyelidik yang telah mempelajari riwayat hidup Rasul, dan telah faham dengan sejarah Islam, meragukan kebenaran bahawa rasul sebenarnya yang telah melantik Imam yang dua belas, dengan terang menyatakan didalam susunan bahawa mereka akan menggantinya dan mengambil kuasa diatas umma.



Jumlah mereka telah disebutkan didalam buku-buku sahih ahl al-sunnah bersama dengan fakta bahawa mereka semuanya dua belas didalam jumlah angka, dan bahawa semua mereka keturunan dari Quraysh; ini adalah dari al-Bukhari dan Muslim, begitu juga banyak yang lain, telah mengesahkan. Sebahagian rujukan sunni menunjukkan bahawa Rasul menamakan kesemua mereka, mengatakan bahawa yang pertama dari mereka adalah Ali ibn Abu Talib, diikuti oleh anaknya al-Hasan kemudian al-Husayn adik kepada al-Hasan, diikuti kemudiannya oleh sembilan mereka dari keturunan al-Husayn yang terakhir adalah al-Mahdi



Pengarang sunni buku Yanabi al-Mawaddah [65] menceritakan insiden yang berikutnya didalam bukunya:



Seorang Yahudi bernama al-A’tal datang kepada Rasul Allah dan berkata: ‘Muhammad saya berhajat untuk bertanya kepada kamu mengenai sesuatu perkara yang saya telah pendamkan didalam diri saya; maka jika kamu menjawabnya, maka saya akan menyatakan penerimaan saya kepada Islam dihadapan kamu.’ Rasul berkata: ‘Tanyalah, Wahai bapa Imarah!’ Maka dia bertanya kepada baginda banyak perkara sehingga dia merasa puas dan mengakui bahawa Rasul adalah benar. Kemudian dia berkata: ‘Beritahu kepadaku mengenai pengganti kamu: Siapakah dia? Tidak ada Rasul yang tidak mempunyai wasi; Rasul kami Musa telah melantik Yusha [joshua] anak kepada Noon sebagai pengganti dirinya.’ Baginda berkata: ‘Wasi saya adalah Ali ibn Abu Talib diikuti oleh cucu saya al-Hasan dan al-Husayn diikuti oleh sembilan orang dari keturunan al-Husayn.’ Dia berkata: ‘Maka namakan mereka kepada saya, Wahai Muhammad!’ Rasul berkata: ‘Apabila al-Husayn pergi, dia akan diganti oleh anaknya Ali; apabila Ali pergi, anaknya Muhammad akan menggantikannya. Apabila Muhammad pergi, anaknya Ja’far akan menggantikan. Apabila Ja’far pergi, dia akan digantikan oleh anaknya Musa. Apabila Musa pergi, anaknya Ali akan menggantikan. Apabila Ali pergi, anaknya Muhammad akan menggantikan. Apabila Muhammad pergi, anaknya Ali akan menggantikan. Apabila Ali pergi anaknya al-Hasan akan menggantikan dan apabila al-Hasan pergi, al-Hujjah Muhammad al-Mahdi akan menggantikan. Inilah mereka yang dua belas.’ Maka orang Yahudi itu memeluk Islam dan memuji Allah kerana telah memberi dia petunjuk.[66]



Jika kita berhajat untuk membuka halaman muka surat buku-buku shiah dan meneliti fakta yang dikandunginya mengenai perkara ini, kita pasti akan menjumpai berlipat kali ganda banyaknya hadith yang serupa dengannya, tetapi ini telah mencukupi untuk membuktikan bahawa ulama ahl al-sunna wal-jamaa mengaku bahawa jumlah Imam adalah dua belas, dan tidak terdapat Imam-imam yang lain disamping Ali dan keturunannya yang suci.



Apa yang menguatkan kepercayaan kami adalah bahawa dua belas Imam ahl al-bayt tidak pernah diajari oleh mana-mana ulama daripada ummah dan faktanya adalah bahawa tidak ada ahli sejarah, para hadith, mahupun para riwayat hidup ada menceritakan dengan berkata bahawa seorang Imam dari ahl al-bayt telah mempelajari apa yang dia ketahui dari beberapa orang sahabat atau tabien sebagaimana hal nya dengan ulama-ulama umma dan imam-imam mereka.



Abu Hanifah sebagai contohnya adalah pelajar Imam Ja’far; Malik adalah pelajar Abu Hanifa; al-Shafii belajar dari Malik dan begitu juga Ahmad ibn Hanbal. Tetapi bagi Imam ahl al-bayt, pengetahuan mereka adalah anugerah dari Allah [awj] dan mereka mewarisi pegetahuan sedemikian anak dari bapa, kerana merekalah yang Allah [awj] dengan khusus merujuk apabila Dia berkata: ‘Kemudian Kami berikan kitab untuk diwariskan kepada mereka yang Kami pilih dari hamba-hamba Kami.’ [35:32]



Imam Ja’far al-Sadiq telah menyatakan fakta ini apabila dia berkata: ‘Betapa anehnya sebilangan manusia ini! Mereka mengatakan bahawa mereka mengambil semua pengetahuan mereka dari Pesuruh Allah, maka mereka telah mengamalkannya dan mendapat petunjuk! Dan mereka menyampaikan dengan berkata bahawa kami, ahl al-bayt, tidak mempelajari sebarang ilmu pengetahuan, makanya kami tidak dapat petunjuk, sedangkan kami adalah keluarga dan keturunannya: didalam rumah kami wahyu diturunkan; dari kami maka pengetahuan itu diagihkan kepada manusia! Adakah mereka benar-benar telah mempelajari ilmu pengetahuan dan mendapat petunjuk sedang kami tinggal jahil dan sesat?! Bagaimana Imam al-Sadiq tidak hairan kepada mereka yang mengatakan telah belajar dari Pesuruh Allah sedang mereka mempunyai perasaan dengki dan permusuhan kepada ahli keluarganya dan kepada pintu ilmu pengetahuan yang akan membawa kepada ilmu tersebut?! Bagaimana dia terpaksa menyatakan keanehannya terhadap mereka-mereka yang mengelar dirinya ahl al-sunnah sedang mereka melakukan yang sebaliknya dari apa yang ada didalam sunnah?!



Jika pengikut shiah, sebagaimana yang dinyatakan oleh sejarah, telah memilih Ali untuk menyokong dan mempertahankan dia dari musuhnya, berperang bersamanya, membuat perdamaian bilamana dia melakukannya, mempelajari semua yang mereka tahu darinya, maka ahl al-sunna wal-jamaa telah melakukan yang sebaliknya, tidak pernah menjadi penyokong, pengikut atau pembantunya. Bahkan mereka memeranginya dan bermaksud untuk menamatkan dirinya. Setelah membunuh dirinya, mereka mencari anak-anaknya untuk dibunuh, dipenjara atau diusir. Mereka menentangnya didalam semua perundangan agama dengan mengikuti mereka yang memegang pandangan yang berbeza dengannya, dan yang mengikut ijtihad mereka sendiri berhubung dengan perintah Allah, menukarnya mengikut kehendak sendiri dan untuk kepentingan peribadi.



Bagaimana kita sekarang ini tidak tertanya-tanya terhadap mereka yang mengaku mengikuti sunnah Rasul sedangkan mereka sendiri mengatakan terhadap diri mereka bahawa mereka sebenarnya telah meninggalkan sunnah Rasul kerana ia telah menjadi tanda pengenalan bagi shiah?! [67] Tidakkah ini pelik?!



Bagaimana kami tidak tertanya-tanya mengenai mereka yang mengatakan telah menjadi ahl al-sunna wal-jamaa [mereka yang mengikut jalan rasul dan yang mengikut persetujuan ramai] sedangkan terdapat banyak kumpulan Maliki, Hanafi, Shafii dan Hanbali, setiap satu menentang yang lain berhubung dengan arahan agama, dan mereka mengatakan bahawa perbezaan yang sedemikian adalah rahmat bagi mereka? Adakah ianya rahmat untuk menukarkan agama Allah supaya sesuai kepada kehendak manusia tertentu, pandangan dan kehendaknya…?!



Ya, mereka adalah berbagai kumpulan yang tidak sependapat sesama mereka didalam menghuraikan arahan Allah dan Pesuruh Nya, bahkan mereka bersatu didalam melaksanakan ketidak adilan yang telah berlaku di Saqeefa Banu Sa’da, dan didalam meninggalkan dan menjauhkan keturunan rasul yang suci.



Bagaimana kami tidak tertanya-tanya mengenai orang-orang yang mendabek dada yang mengatakan merekalah ahl al-sunna sedang mereka sendiri telah meninggalkan perintah Pesuruh Allah untuk berpegang teguh kepada dua perkara yang berat: Kitab Allah dan keturunannya, meskipun mereka telah merakamkan hadith yang khusus ini dan menerima akan kesahihannya?! Mereka sebenarnya tidak berpegang kepada kitab Allah mahupun keturunan Rasul kerana dengan mengenepikan keturunan yang suci itu bererti mereka telah menolak Quran yang suci, oleh kerana hadith yang suci telah menunjukkan bahawa Quran yang suci dan keturunan baginda tidak pernah berpisah dari satu dengan yang lain, sebagaimana Pesuruh Allah dengan terang telah mengatakan: ‘Dan yang Maha Agung dan Maha Mengetahui telah memberitahu kepada ku bahawa mereka [Quran dan keturunannya yang suci] tidak akan berpisah sehingga mereka bersama dengan saya ditasek.’?! [68]



Bagaimana kita tidak tertanya-tanya mengenai orang-orang yang mengatakan bahawa mereka adalah penjaga sunnah sedangkan tabiat mereka yang sebenarnya bertentangan dengan apa yang buku-buku mereka telah nyatakan sebagai sunnah yang sahih dari Pesuruh Allah, dari apa yang baginda telah lakukan, arahkan atau yang dilarang? [69]



Tetapi jika kita percaya kepada hadith ini dan didalam kesahihan nya, iaitu hadith yang berbunyi: ‘Saya telah tinggalkan diantara kamu kitab Allah dan sunnah ku: selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya, kamu tidak akan sesat sama sekali selepas aku,’ inilah sebahagian ahl al-sunnah suka menyebutkannya sekarang, dan tentunya kami menjadi lebih terperanjat, kerana sekandal salah laku akan kelihatan lebih jelas:



Ini adalah disebabkan oleh fakta bahawa ketua-ketua dan Imam-imam merekalah yang telah membakar sunnah yang telah ditinggalkan oleh Pesuruh Allah untuk kita, dan melarang setiap orang dari menyalinnya atau memindahkan teks nya, sebagaimana yang telah kami nyatakan diatas. Kenyataan yang dikatakan oleh Umar ibn al-Khattab ada didalam semua buku-buku sahih ahl al-sunnah termasuk al-Bukhari dan Muslim yang mana Umar berkata kepada baginda: ‘Kitab Allah mencukupi bagi kami, dan kami tidak perlukan kepada sunnah kamu.’ Jika Umar katakan begitu dihadapan rasul Allah, Abu Bakr bertindak menyokong terhadap pandangan kawannya. Dan apabila dia menjadi khalifa, Abu Bakr berkata: ‘Jangan ceritakan sebarang hadith dari Pesuruh Allah, jika sesiapa bertanya kepada kamu, katakan kepadanya, ‘Diantara kita dan kamu adalah kitab Allah, maka lakukan apa yang disuruh dan tinggalkan apa yang ditegah.’ [70]



Bagaimana kami tidak tertanya-tanya mengenai manusia yang telah meninggalkan sunnah rasul mereka dan meninggalkannya dibelakang mereka, dan telah menggantikannya dengan bidaa [perubahan] yang mana Allah tidak pernah menghantar sebarang bukti, kemudian mereka mengelarkan diri mereka dan pengikut mereka ahl al-sunna wal-jamaa.’?!



Tetapi kekeliruan kami hilang apabila kami mengetahui bahawa Abu Bakr, Umar dan Uthman tidak pernah dengar gelaran yang sedemikian sama sekali;



Abu Bakr pernah berkata: ‘Jika kamu memerlukan supaya aku melaksanakan sunnah rasul kamu, saya tidak dapat bertahan dengannya.’[71] Bagaimana ini boleh terjadi bahawa Abu Bakr tidak tahan dengan sunnah rasul?! Adakah sunnah rasul sesuatu yang mustahil maka Abu Bakr tidak boleh tahan dengannya?! Dan bagaimana boleh ahl al-sunna mengatakan bahawa mereka berpegang teguh kepadanya jika Imam mereka yang pertama dan yang menubuhkan mazhab mereka tidak boleh tahan dengannya?!



Allah telah berkata mengenainya dengan ayat yang berikut:



‘Kamu pastinya mendapati didalam diri Pesuruh Allah contoh yang baik’ [33:21]



‘Allah tidak pernah membebani sesaorang lebih dari apa yang dia boleh tanggong ‘ [65:7]



‘Dia tidak membebani kamu dengan kesusahan didalam agama’ [22:78]



Adakah Abu Bakr dan kawannya Umar fikir bahawa Pesuruh Allah mencipta satu kepercayaan lain dari apa yang Allah telah wahyukan, maka dia mengarahkan Muslim untuk melakukan sesuatu yang mereka tidak boleh lakukan, maka dengannya telah membebani mereka? Terjauh darinya dengan tuduhan yang sedemikian, kerana dia kerap mengatakan: ‘Sampaikan berita gembira, permudahkan semua perkara, dan jangan menjadikannya susah. Allah telah memberikan kepada mu yang mudah, maka jangan jadikannya susah bagi diri kamu.’ Tetapi Abu Bakr mengaku bahawa dia tidak dapat menerima sunnah rasul menunjukkan kepada kesimpulan kami bahawa dia telah mencipta bidaa yang dia boleh tahan dan boleh terima menurut pada keinginannya, yang bersamaan dengan polisi dan kerajaan yang diterajuinya.



Tetapi bagi Muawiya, dia selalu menentang Quran dan hadith yang suci dan juga mencabarnya, sebagai contoh, rasul Allah berkata: ‘Ali adalah daripada saya dan saya adalah dari Ali; sesiapa yang mengutuk dia mengutuk saya, dan sesiapa yang mengutuk saya mengutuk Allah,’[72] kamu dapati Muawiya melampaui batas didalam mengutuk dan menghina Ali. Dia tidak berpuas hati didalam melakukan itu semua, maka dia mengarah semua gabenornya dan pegawainya untuk mengutuk dan menghina Ali, dan dia akan memberhentikan dan kemudian membunuh kepada sesiapa yang enggan melakukannya. Inilah dia Muawiyah yang mengelarkan dirinya dan pengikutnya ‘ahl al-sunna wal-jamaa’ supaya dapat membezakan diri mereka dari mereka yang dikatakan sebagai shia, dan mengatakan bahawa diri mereka berada dijalan yang betul.



Sebahagian ahli sejarah menunjukkan bahawa pada tahun yang mana Muawiyah mengambil kuasa sebagai khalifa Muslim, setelah membuat perjanjian dengan Imam al-Hasan ibn Ali ibn Abu Talib, telah dipanggil ‘aam al-jamaah, tahun jamaah. Kekeliruan terhapus apabila kita faham akan maksud sunnah menurut pada fikiran Muawiya dan jamaahnya, kumpulannya, ianya adalah tidak lain dari adat pada mengutuk Ali ibn Abu Talib dari atas mimbar orang Islam semasa hari Jumaat dan hari-hari Eid. Jika sunnah tersebut adalah ciptaan Muawiya ibn Abu Sufyan, kami bermohon kepada Allah untuk mengizinkan kami mati mengikut bidaa, perubahan, Rafidi yang ditubuhkan oleh Ali ibn Abu Talib dan ahl al-bayt.



Janganlah terperanjat wahai pembaca, apabila kamu melihat mereka yang arif didalam pembaharuan [bidaah] dan menyesatkan memanggil diri mereka ahl al-sunnal wal-jamaah sedangkan para Imam al-bayt dituduh dengan bidaah.



Ini adalah penasihat yang agung Ibn Khaldun, seorang ulama yang terkenal dari ahl al-sunna wal-jamaa dengan angkuh berkata, dan setelah dikira mazhab yang majoriti, ‘Dan ahl al-bayt telah menjadi terkecuali dari perundangan melalui mazhab yang mereka telah cipta dan fiqah yang kesemuanya hanya milik mereka, sesuatu yang mereka telah buat pada mazhab mereka, mazhab yang mengkritik sebahagian para sahabat.’ [73]

[65] Abul-Qasim Mahmud ibn Muhammad ibn Ahmad al-Khawarizmi al-Zamakhshari penasihat kanan dan guru didalam tauhid, hadith, nahu Arab, and logik. Dia dilahirkan pada hari rabu didalam bulan Rajab 367 AH / 978 AD disebuah kampong Zamakhshar didalam daerah Khawarizm. Dia mati di Jurjan pada petang hari Arafah, Dzul hijjah 9, 538 AH / June 20, 1144 AD. Dia seorang Mu’tazilite yang mengikuti mazhab Hanafi. Dia telah menulis lebih dari satu ratus buku yang baik dan sebahagiannya masih dalam bentuk manuskrip menunggu untuk dicetak. Dia telah dikatakan sebagai seorang yang mencintai keadilan dan persamaan dan menolak semua cara yang fanatik. Walaupun Hanafi didalam kepercayaan, dia menulis sebuku yang bagus yang mana didalamnya dia mengumpulkan banyak kata-kata yang telah diucapkan oleh Imam al-Shafii bertajuk Shafi al-Ay [ubat minda tersekat] Semoga Allah mecurahkan rahmat diatas ruh manusia agung ini dan manusia yang agung lainnya.



[66] Ini telah dirakamkan pada muka surat 440 Yanabee al-Mawaddah oleh Hanafi pengarang al-Qandoozi. Ia juga dirakamkan oleh al-Hamawayni [seorang lagi ulama sunni] yang menyebutkan dari mujtahid agung Ibn Abbas.



[67] Untuk lebih khusus didalam perkara ini, rujuk kapada muka surat 159 –160 dari buku saya Bersama yang Benar dimana kamu akan tahu bahawa ibnTaymiyya memanggil kepada meninggalkan sunnah rasul kerana ianya menjadi panji-panji shia. Bahkan mereka memanggil dia mujaddid al-sunna, dia yang menghidupkan sunna.



[68] Imam Ahmad ibn Hanbal, Musnad, jilid 5 muka surat 189 dan juga al-Hakim Mustadrak jilid 3 muka surat 148. Ulasan Al-Hakim adalah: ‘Ini adalah hadith yang sahih yang mana kedua-dua shaykh al-Bukhari dan Muslim telah mengesahkannya dan tidak dikecualikan dari dalam buku mereka. Al-Dhahabi, juga, telah mengatakannya sebagai sahih didalam bukunya Al-Talkhees, mengakui akan sahihnya, melakukannya dengan bergantung kepada pengesahan kedua-dua shaykh tadi.



[69] Didalam buku sahihnya, al-Bukhari menyatakan bahawa rasul melarang solat terawih secara jamaah didalam bulan Ramadhan, dengan berkata: ‘Dirikan solat, Wahai manusia, didalam rumah kamu, kerana solat yang terbaik yang didirikan adalah yang dilakukan dirumah dengan pengecualian solat fardu.’ Tetapi ahl al-sunna mengabaikan larangan rasul dan mengikuti pembaharuan [bidaa] yang dimulakan oleh Umar ibn al-Khattab.



[70] Al-Dhahabi, Tadhkirat al-Huffaz jilid 1 muka surat 3



[71] Imam Ahmab ibn Hanbal Musnad jilid 1 muka surat 4 dan juga pada muka surat 126 jilid 3 dari Kanz al-Ummal



[72] Al-Hakim, Mustadrak jilid 3 muka surat 121; Ahmad ibn Hanbal, Musnad jilid 6 muka surat 323, jilid 6 dari al-Nasa’I khasais muka surat 17



[73] Ini telah dinyatakan pada muka surat 494 didalam bahagian yang mengatakan mengenai sain fiqh dan arahan dari mana ianya diasaskan, ibn Khaldun Muqaddimah [pengenalan]

Quotes from 12 Imams

Mencintai keindahan adalah fitrah. Sampaikan keindahan Ahlul Bait dan keindahan ajaran mereka dengan cara yang indah. "Kalau manusia mendengar keindahan ucapan-ucapan kami, niscaya mereka akan mengikuti kami" (Imam Ridha as).

0 comments:

Post a Comment