Contributors

Don't miss

Wednesday, January 7, 2015

Syi'ah_Sunnah : Bab 13 Pemerintah yang Zalim Melantik Para Imam Ahl al-Sunnah wal-Jamaah


By on 1/07/2015 08:44:00 PM

12 Imam ~ Apa yang membuktikan bahawa keempat-empat para Imam mazhab sunni, juga, bertindak bertentangan dengan kitab Allah dan sunnah PesuruhNya yang mengarahkan mereka untuk mengikuti keturunannya yang suci, bahawa kita tidak menjumpai walau seorang pun diantara mereka yang taat kepada arahan tersebut, menaikki bahtera mereka, dan cuba mengenali siapakah Imam mereka dikala itu.



Abu Hanifah al-Numan, adalah murid Imam al-Sadiq. Dia amat terkenal dengan katanya: ‘Lawla al sanatan, la halaka al-Numan, iaitu, ‘Jika tidaklah kerana beberapa tahun itu [tahun-tahun dimana dia adalah murid Imam [as]] al-Numan tentu akan binasa.’ Bahkan sebaliknya kita dapati dia menubuhkan satu mazhab yang berasaskan kepada kias dan penghuraian dari pendapat sesaorang, jelas bertentangan dengan hadith yang terang lagi sahih.



Malik yang juga belajar dengan Imam al-Sadiq, disebutkan sebagai berkata: ‘ Tidak ada mata yang pernah melihat, tidak ada telinga yang pernah mendengar juga tidak terdapat sesaorang yang pernah dikagumi oleh sesaorang dan yang lebih memahami syariat, atau lebih terpelajar, dari Ja’far al-Sadiq.’ Bahkan kita dapati dia, juga, mencipta satu mazhab untuk dirinya, meninggalkan Imam pada masanya yang mana dia sendiri mengaku yang paling berpengetahuan, dan manusia yang paling mengetahui dikala itu pada apa-apa yang berkenaan dengan perundangan. Yang sebenarnya adalah, Abbasiyyah yang memegang pemerintahan dikala itu menjulang dia keatas dan mengelarkannya ‘Imam Dar al-Hijrah,’ makanya dia menjadi, kemudiannya manusia yang berpengaruh dan berkuasa, seorang yang kata-katanya mempunyai pengaruh yang besar terhadap manusia.



Al-Shafii yang dituduh sebagai pengikut ahl al-bayt, telah mengatakan rangkap puisi yang berikut didalam sanjungannya:



Wahai ahli rumah Pesuruh Allah! Mencintai kamu adalah kewajipan

Yang mana Allah telah memperkuatkan didalam wahyuNya yang suci

Mencukupi bagi kamu kehormatan yang agung

jika sesaorang tidak mendoakan [didalam solat] untuk kamu semua

Ianya seakan dia tidak menyatakan solatnya langsung.



Dan ayat-ayat berikut yang memuliakan mereka juga dikatakan daripadanya [Al-Shafii]:



Apabila saya melihat manusia terumbang ambing didalam laut

Oleh kesesatan dan kejahilan dari kepercayaan mereka

Saya menaiki, dengan nama Allah, bahtera keselamatan

Ahli rumah rasul, petanda yang diturunkan [wahyukan]

Dan saya berpegang kepada tali Allah: Kepada mereka saya taat dan berharap

Dan saya taat kepada yang mengarahkan kami untuk berpegang kepada TaliNya.



Dia juga terkenal kerana telah mengatakan kata-kata ini:



Jika sesaorang mencintai keluarga Muhammad

Dikecam dan dipanggil Rafidi,

Maka Wahai jin dan manusia: Saksilah

Bahawa: Ya, Rafidilah saya!



Jika jin dan manusia adalah untuk menjadi saksi bahawa dia adalah Rafidi, maka kenapa dia mengikuti mazhab yang telah ditubuhkan untuk menentang ahl al-bayt?! Bahkan dia sendiri, seperti yang lain, mencipta satu mazhab menggunakan namanya, meninggalkan Imam ahl al-bayt yang sezaman dengannya.



Ahmad ibn Hanbal menjadikan nama Ali yang keempat didalam senarai ‘khalifa rashidin’, setelah ditolak sebelum ini. Dia menulis buku menunjukkan banyaknya kemuliaan Ali. Dia telah menjadi terkenal dengan berkata: ‘Tidak terdapat diantara para sahabat, menurut dari semua musnad yang sahih, mempunyai kemuliaan sebanyak Ali [ra]….’ Bahkan dia sendiri menciptakan mazhab Islam yang dipanggil ‘al-Hanbali’ walaupun terdapat kenyataan dari ulama sezaman dengannya yang mengatakan bahawa dia bukan seorang ahli fiqh sama sekali. Shaykh Abu Zuhra telah berkata:



‘Banyak ulama diwaktu permulaan tidak mengira Ahmad ibn Hanbal sebagai seorang juris [ahl fiqh]; diantara mereka adalah Ibn Qutaybah, yang zamannya sangat hampir kepada zaman Ahmad, dan Ibn Jarir al-Tabari, dan lainnya. [74]



Kemudian Ibn Taymiyyah datang untuk meninggikan lambang mazhab Hanbali. Dia menambahkan kedalamnya teori-teori baru, yang mana diantaranya melarang menziarahi kuburan atau membina kerangka diatasnya, atau mencari kedekatan kepada Allah melalui rasul dan ahl al-baytnya; kesemuanya yang disebutkan diatas, menurut kepada mereka adalah syirik, kafir.



Itulah dia mazhab yang empat, dan itulah nama-nama mereka dan apa yang telah mereka katakan mengenai keturunan ahl al-bayt yang suci.



Maka, sama ada mereka katakan apa yang mereka tidak lakukan, iaitu satu kesalahan yang amat besar, yang amat dibenci oleh Allah, atau mungkin mereka tidak mencipta mazhab ini sama sekali, pengikut mereka, diantara yang taat kepada Umaiyyah dan Abbasiyyah, merekalah yang memulakannya dengan bantuan dari pemerintah yang zalim dan mengatakannya dari mereka Imam-imam ini setelah mereka mati. Ini kamu akan mengetahuinya, insya Allah didalam penyelidikkan yang akan datang.



Tidakkah kamu hairan mengenai Imam-imam ini yang sezaman dengan Imam petunjuk dari ahl al-bayt, mereka kemudiannya berpaling dari jalan yang lurus dari jalan mereka [para imam ahl al-bayt] dan tidak dapat petunjuk dari mereka, juga tidak mendapat cahaya dari cahaya mereka, juga tidak mengutamakan hadith mereka yang telah menyebutkannya dari datuk mereka pesuruh Allah? Bahkan mereka mengutamakan diatas mereka Ka’b al-Ahbar, seorang Yahudi, dan Abu Hurayrah, seorang Dawsi mengenainya Amirul Mukminin Imam Ali ibn Abu Talib telah berkata: ‘Seorang yang mengatakan penipuan yang amat buruk mengenai Pesuruh Allah adalah Abu Hurayra al-Dawsi?!’ Hazrat Aishah mengatakan yang serupa mengenainya. Dan mereka mengutamakan diatas mereka [ahl al-bayt] Abdullah ibn Umar yang amat terkenal dengan kebenciannya terhadap Imam Ali, dan yang telah enggan untuk memberikan sumpah setia kepadanya, bahkan lebih suka memberikan sumpah setia kepada ketua yang sesat al-Hajjaj ibn Yusuf al-Thaqafi. Dan mereka mengutamakan diatas mereka [ahl al-bayt] Amr ibn al-As, menteri Muawiyah bahagian penipuan dan hipokrit.



Tidakkah kamu hairan bagaimana imam-imam ini telah memberikan tauliah diatas diri mereka untuk menjadi ahli perundangan diatas agama Allah menghakimi dari sudut pandangan mereka dan juga dari pendapat peribadi mereka sehingga mereka telah menghapuskan sunnah rasul melalui dari apa yang mereka perkenalkan dari kias dan juga kepercayaan mereka kepada sucinya para sahabat, dan menutup pintu kepada pembuktian dan apa-apa yang berkepentingan untuk manusia awam, dsb sehinggalah keakhir senarai bidaa yang mereka adakan yang mana Allah tidak pernah wahyukan sebagai apa-apa bukti?



Adakah Allah dan rasulNya terlupa [cuai] untuk menyempurnakan agama ini, lalu mengizinkan orang-orang ini untuk menyempurnakannya melalui ijtihad mereka serta menghalal dan mengharamkan sesuka mereka?!



Tidakkah kamu hairan mengenai Muslim yang mengatakan berpegang kepada ‘sunnah’ rasul bagaimana mereka mengikuti orang-orang yang tidak penah kenal rasul, dan tidak juga baginda mengenali mereka?!



Adakah mereka mempunyai bukti dari kitab Allah, atau dari sunnah rasul yang mengizinkan mereka untuk mengikuti dan mencontohi keempat-empat imam yang telah menubuhkan mazhab-mazhab tersebut?!



Saya mencabar dengan thaqalain, kedua-dua jenis manusia dan jin, untuk membawa satu bukti bagi yang diatas dari kitab Allah atau dari sunnah rasul PesuruhNya…..Tidak, demi Allah, tidak, Mereka tidak akan dapat membawa buktinya walaupun jika mereka bertolongan diantara satu dengan yang lain.



Tidak, demi Allah, Tidak terdapat satupun bukti didalam kitab Allah juga tidak didalam sunnah rasul, melainkan untuk mengikuti para Imam yang suci dari keturunan rasul [as]. Bagaimana untuk membuktikannya, ini boleh dilakukan melalui hujah-hujah, bukti yang menyakinkan dan fakta yang agung.



‘Maka ambillah ibarat, wahai orang-orang yang mempunyai pandangan! [59:2]



‘Sesungguhnya bukanlah mata yang buta, tetapi butanya hati yang didalam dada. [22:46]


[74] Ini telah dirakamkan pada muka surat 170 dari buku Abu Zuhra, Ahmad ibn Hanbal.

Quotes from 12 Imams

Mencintai keindahan adalah fitrah. Sampaikan keindahan Ahlul Bait dan keindahan ajaran mereka dengan cara yang indah. "Kalau manusia mendengar keindahan ucapan-ucapan kami, niscaya mereka akan mengikuti kami" (Imam Ridha as).

0 comments:

Post a Comment