Contributors

Don't miss

Wednesday, January 7, 2015

Syi'ah_Sunnah : Bab 14 Rahsia Mengapa Mazhab Sunnah Yang Menjadi Majoriti


By on 1/07/2015 08:49:00 PM

12 Imam ~ Sesiapa yang menyelidikki buku sejarah dan apa yang dirakamkan oleh mereka yang terdahulu akan menjumpai tanpa diragukan lagi akan sebab-sebab nya mengapa mazhab sunni yang empat ini terserlah semasa dizaman tersebut, ini adalah disebabkan oleh kehendak pentadbiran pemerintah yang berkuasa; inilah sebabnya maka mereka mempunyai pengikut yang banyak, kerana manusia mengikuti agama pemerintahnya. Penyelidik yang demikian akan juga menemui beberapa mazhab yang lain timbul dan kemudiannya hilang disebabkan kerana pemerintah tidak suka dengannya, maka ianya hancur. Diantaranya adalah mazhab Awza’i, yang ditubuhkan oleh Hasan al-Basri, Abu Ayinah dan Ibn Abu Thuayb, Sufyan al-Thawri, Ibn Abu Dawud, Layth ibn Sa’d, dan banyak lagi.



Sebagai contoh, Layth ibn Sa’d, adalah sahabat Malik ibn Anas dan yang lebih berpengetahuan dan ahli didalam perundangan darinya, menurut dari persetujuan Imam al-Shafii sendiri [75] Bahkan mazhabnya terhapus, dan ilmu fiqhnya lupus dan hilang dari ingatan kerana kerajaan dizamannya tidak merasa senang dengan dirinya. Ahmad ibn Hanbal telah berkata: ‘Ibn Abu Thuayb adalah lebih baik dari Malik ibn Anas melainkan Malik lebih memilih didalam mencari kawan.’[76]



Jika kita merujuk kepada sejarah, kita akan menjumpai Malik, yang menubuhkan mazhab menggunakan namanya, adalah amat rapat kepada kerajaan dan pemerintahnya, membuat perdamaian dengan mereka dan mengikuti mereka. Makanya dia menjadi orang yang sangat dihormati dan ulama yang terkenal, dan mazhabnya telah tersebar luas melalui kedua-dua cara ancaman dan penarikkan manusia terutamanya di Andalusia dimana muridnya Yahya ibn Yahya berbuat dengan sedaya mungkin untuk berbaik-baik dengan pemerintah Andalus. Oleh sebab itu dia telah menjadi orang kesayangan pemerintah. Pemerintah tersebut telah menghadiahkan kepadanya dengan kedudukan hakim, disebab kerana dia tidak penah melantik sesiapa sebagai hakim melainkan sesaorang dari kawannya yang Maliki.



Kami juga menjumpai fakta bahawa mengapa mazhab Abu Hanifa telah tersebar setelah kematian bagi dia yang menubuhnya, kerana Abu Yusuf dan al-Shaybani, adalah pengikut Abu Hanifa dan diantara muridnya yang taat, dan diwaktu yang sama amat hampir kepada Haroun ‘al-Rasheed’ khalifa Abbasid. Mereka memainkan peranan yang besar didalam mengukuhkan kerajaan Haroun ‘al-Rasheed’ dengan sokongan dan pertolongan kepadanya, maka Haroun ‘para gundik dan cabul’ tidak mengizinkan sesiapa untuk dilantik sebagai hakim atau mufti melainkan dengan persetujuan dari mereka berdua yang tidak pernah melantik mana-mana hakim melainkan jika dia adalah dari pengikut mazhab Abu Hanifa. Maka Abu Hanifa telah dianggap sebagai ulama yang agung, dan mazhabnya adalah mazhab fiqh yang terbaik telah dilaksanakan, walaupun terdapat fakta bahawa ulama sezaman dengannya telah mengatakan bahawa dia kafir dan murtad. Diantara ulama tersebut adalah keduanya mereka Imam Ahmad ibn Hanbal dan Imam Abul-Hasan al-Ash’ari.



Begitu juga, mazhab Shafii tidak akan tersebar dengan cepat jika tidak kerana sokongan dari penguasa Abbasid semasa pemerintahan al-Mu’tasim, tetapi apabila ibn Hanbal menarik balik teorinya bahawa Quran yang suci telah dijadikan, maka bintangnya gemilang dimasa khalifa Nasibi al-Mutawakkil. Mazhabnya telah menjadi lebih kukuh dan tersebar apabila penguasa penjajahan menyokong Shaykh Muhammad ibn Abd al-Wahhab dimasa abad yang silam, dan apabila dia bersekutu dengan al-Saud yang kemudiannya memberikan sokongan dan pertolongan kepadanya dan mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk menyebarkan mazhabnya didalam Hijaz dan juga disemenanjung Arab.



Maka mazhab Hanbali, telah menjadi mazhab yang dikatakan dari tiga imam, yang pertama adalah Ahmad ibn Hanbal, yang tidak pernah mengatakan bahawa dia seorang ahli fiqh tetapi hanya seorang ulama hadith, kemudian Ibn Taymiyyah yang mereka gelar ‘Shaykh al-Islam’ mentor [penasihat] bagi Islam, dan ‘Mujaddid al-Sunnah,’ dia yang menghidupkan sunna, dan yang mana ulama dizamannya mengatakan bahawa dia kafir kerana dia menfatwakan bahawa semua Muslim yang mencari kedekatan kepada Allah melalui rasulNya adalah murtad. Kemudian datang pula diabad yang lepas Muhammad ibn Abd al-Wahhab, orang utama bagi penjajah British di Timur Tengah, yang juga cuba untuk menghidupkan mazhab Hanbali melalui fatwa yang dipinjamnya dari Ibn Taymiyyah. Kini Ahmad ibn Hanbal telah menjadi sesuatu yang telah lalu kerana sekarang mereka memanggil mazhab mereka Wahhabi.



Tidak ada ruang untuk diragukan bahawa tersebarnya, terkenal dan juga utamanya semua mazhab ini adalah melalui sokongan dan dari keridhaan beberapa pemerintah. Dan juga tidak ada ruang untuk meragukan fakta bahawa kesemua pemerintah tersebut, tanpa sebarang pengecualian, adalah musuh bagi Imam ahl al-bayt oleh kerana mereka yang terus-menerus takut kepada para Imam ini dan sebagai satu ancaman terhadap mereka dan akan terhapusnya penguasaan mereka. Makanya, mereka sentiasa cuba untuk menjauhkan para-para Imam ahl al-bayt dari umma, memperkecilkan mereka dan membunuh sesiapa saja yang mengikuti kepercayaan mereka.



Tidak perlu disebutkan lagi bahawa pemerintah yang sama itu juga selalu melantik ulama-ulama yang menyanjung mereka dan yang mengeluarkan fatwa yang beriringan dengan kerajaan dan penguasaan mereka, kerana manusia sentiasa memerlukan penyelesaian didalam masalah perundangan mereka.



Oleh kerana pemerintah disemua masa tidak tahu apa-apa mengenai syariah, tidak juga mereka memahami apa-apa dari fiqh, jadi adalah lumrah bagi mereka untuk melantik ulama yang mengeluarkan fatwa bagi pihak mereka dan untuk menyimpangkan orang awam kepada berfikir bahawa politik dan agama tidak bercampur. Pemerintah, makanya adalah orang politik, sedangkan ahli fiqh adalah seorang ulama, sebagaimana kesnya dengan presiden dimana-mana negara republik Islam: kamu selalu akan dapati bahawa dia akan melantik ulama yang hampir kepadanya, dengan memberikan gelaran ‘Mufti Republik,’ atau gelaran yang lainnya, mereka inilah yang disuruh untuk melihat kepada isu-isu yang berkaitan dengan fatwa agama, prinsip dan upacara. Bahkan didalam keadaan sebenarnya mereka yang sedemikian ini tidak mengeluarkan sebarang fatwa atau perundangan melainkan mereka menurut arahan yang diterima dari pemerintah yang berkuasa dan yang dipersetujui oleh ketua atau sekurang-kurangnya, tidak bertentangan dengan polisi kerajaan atau perlaksanaan program mereka.



Fenomenanya [kewujudannya] telah bermula dari masa ketiga-tiga khalifa yang pertama, iaitu Abu Bakr, Umar dan Uthman, walaupun mereka tidak membuat sebarang perbezaan diantara agama dan politik, tetapi mereka membenarkan diri mereka kepada hak pentadbiran supaya dapat mentadbir apa saja yang dapat melayani kepentingan kedudukan khalifa mereka dan apa saja yang mengukuhkan martabat dan beterusannya kedudukan mereka..



Oleh kerana ketiga-tiga khalifa itu pernah bertemu dengan rasul Allah dan berada disampingnya, mereka telah pelajari dari baginda beberapa hadith yang tidak bertentangan dengan polisi mereka.



Muawiya sebagai contoh, tidak memeluk Islam melainkan didalam tahun 9 AH / 630 AD. Menurut dari sumber cerita yang terkenal dan yang sahih, maka dia tidak bersama rasul Allah melainkan didalam waktu yang singkat dan tidak tahu apa-apa yang perlu dinyatakan darinya mengenai sunnah; makanya, dia merasakan perlu untuk melantik Abu Hurayra dan Amr ibn al-As dan sebahagian sahabat yang lainnya untuk mengeluarkan fatwa menurut apa yang disukainya.



Umayyad dan Abbasid selepas dirinya telah mengikuti ‘sunnah yang baik ini’, atau apa yang mereka katakan sebagai bidaa al-hasana, perubahan yang baik. Setiap pemerintah, mendudukan ketua hakim disebelahnya untuk melantik para-para hakim yang dianggap terbaik untuk negara dan yang akan memperkuat dan menyokong kekuasaannya. Kamu tidak perlu tahu, selebih dari itu, melainkan telah lumrah bagi para hakim tersebut yang memilih pada kemurkaan tuhan, supaya dapat menyenangkan ketua dan pemerintah mereka yang telah melantik mereka kepada kedudukan tersebut.



Setelah mengetahui semua itu, kamu akan faham kenapa Imam-imam yang disucikan dari keturunan rasul dengan sengaja dijauhkan dari kehidupan awam, dan kenapa tidak seorang pun dari mereka disepanjang abad telah dilantik sebagai hakim atau mufti.



Jika kami menghendakki untuk mendokumenkan lebih banyak fakta yang berkaitan kepada cara bagaimana mazhab sunni yang empat itu telah dipromosikan oleh pemerintah, kami hanya perlu menyatakan satu contoh dengan menyelakkan tirai terhadap mazhab yang ditubuhkan oleh Imam Malik, mazhab yang dianggap sebagai satu yang teragung, paling bermartabat, dan ilmu fiqh yang amat luas. Malik menjadi mashor terutama kerana penulisan bukunya Al-Mawta yang menurut ahl al-sunna adalah sebuah buku yang sahih selepas kitab Allah, dan terdapat banyak ulama yang menggapnya sebagai lebih utama darjahnya, dan terlebih utama dari sahih al-Bukhari. Malik amat luar biasa terkenalnya, sehinggakan persoalan ini menjadi buah mulut disetiap rumah: ‘Adakah sesiapa yang berani memberikan fakwa sedang Malik berada didalam kota?’ Kita juga janganlah lupa bahawa Malik mengeluarkan fatwa melarang jual beli melalui kekerasan, dan kerana sebab inilah bahawa Ja’far ibn Sulayman, gabenor Madina, menderanya dengan tujuh puluh kali sebatan.



Orang-orang Maliki selalu menggunakan insiden ini untuk mengambarkan penentangan mereka yang utama kepada kerajaan, itu adalah kesimpulan yang salah, kerana mereka yang menceritakan insiden ini adalah orang yang sama menceritakan sambungannya, dan disini adalah yang khususnya:



Ibn Qutayba telah berkata: ‘Mereka telah menunjukkan bahawa semasa pemerintahan Abu Ja’far al-Mansour, Malik ibn Anas telah disebat oleh gabenor al-Mansour di Madina iaitu Ja’far ibn Sulayman. Al-Mansour menjadi marah apabila dia mengetahui mengenainya; dia benci dan tidak suka dengan perbuatan itu, maka dia menulis satu perintah untuk menyingkir Ja’far ibn Sulayman dari kedudukannya sebagai gabenor Madina, dan mengarahkannya supaya dibawa ke Baghdad diatas bonggol unta yang tidak berlapek. Kemudian dia menulis sepucuk surat lagi kepada Malik ibn Anas mempelawanya datang bertemu dengannya di Baghdad, tetapi Malik menolak dan menulis kepada Abu Ja’far al-Mansour semula dengan meminta supaya dia dimaafkan, dengan memberikan kepadanya beberapa alasan. Abu Ja’far menulis kepadanya lagi dengan berkata: ‘Maka berjumpalah dengan saya dimusim haji yang akan datang tahun hadapan, kerana saya akan insya Allah menunaikannya.’



Maka jika Amirul Mukminin Abu Ja’far al-Mansour, pemerintah Abbasid, menyingkirkan sepupunya Ja’far ibn Sulayman ibn Abbas dari kedudukannya sebagai gabenor Madina kerana memukul Malik, ini benar-benar telah membuat sesaorang menjadi was-was dan memaksanya untuk berfikir semula. Sebab mengapa Ja’far ibn Sulayman mendera Malik hanyalah untuk menyokong kedudukan khalifa dan penguasaan sepupunya sebagai khalifa; maka Abu Ja’far al-Mansour sepatutnya telah memberi anugerah dan menaikkan tarafnya daripada menyingkir dan memalukannya dengan keadaan sedemikian. Bahkan, dia menyingkirkannya dan mengarahkannya untuk mengadap kepadanya dengan keadaan yang paling buruk, dirantai dan menunggang bonggol unta yang tidak berlapek. Kemudian khalifa sendiri meminta maaf kepada Malik supaya dapat menyenangkannya. Ini amatlah pelik.



Insiden ini memberikan anggapan bahawa gabenor Madina, Ja’far ibn Sulayman berkelakuan seperti orang bodoh yang tidak tahu apa-apa mengenai politik dan selok beloknya serta perancangannya, dan ianya juga tidak menunjukkan sama sekali bahawa Malik adalah penyokong khalifa yang boleh diharapkan dan penegak perundangannya dikedua-dua kota suci tersebut, jika tidak dia pastinya menyingkirkan sepupunya dari kedudukan gabenor hanya kerana mendera Malik yang berhak didera kerana mengeluarkan fatwa melarang memberi bakti dengan paksaan.



Insiden sebegini telah berlaku kepada kami, dihadapan mata kami, apabila pemerintah berpaling kepada menghina sesaorang atau untuk memenjarakannya supaya dengan yang tersebut akan dapat meninggikan martabat dan keselamatan kerajaannya. Kemudian individu yang sama akan menyatakan identiti dirinya yang sebenar sama ada bersaudara dengan menteri kabinet, atau seorang kawan dari isteri presiden; keputusannya: gabenor tersebut telah diberhentikan dari kedudukannya dan diarahkan untuk memegang tanggong jawab yang lain yang mana gabenor itu sendiri tidak mengetahuinya!



Ini telah mengingatkan saya kepada satu insiden yang telah berlaku dimasa penjajahan Perancis di Tunisia. Shaykh sufi Tareeqa Eisawi dan orang-orangnya sedang membawa bendera dan dengan suara yang tinggi berdzikir memuji-muji diwaktu malam. Mereka melalui beberapa jalan sebelum mereka tiba diperkampongan dimana terletaknya tempat suci kumpulan mereka seperti mana adat kebiasaannya. Apabila mereka melewati tempat kediaman Kommander Pasukan Polis Perancis, mereka telah ditemui oleh ketua polis tersebut dengan perasaan marah. Dia telah merosakkan bendera mereka dan suruh mereka bersurai kerana mereka tidak menghormati undang-undang bagi menghormati jiran tetangga yang seharusnya tenteram setelah jam 10 malam. Apabila Inspektor awam, yang dianggap oleh orang Tunisia sebagai sama tahap dengan gabenor, mendapat tahu mengenai insiden tersebut, dia menjadi marah dengan ketua polis tersebut yang mana dia telah diberhentikan kerja, dan memberinya tiga hari untuk meninggalkan kota Qafsa. Kemudian dia mempelawa Shaykh Tareeqa Eisawi untuk bertemu dengannya, dan dia meminta maaf kepadanya bagi pihak kerajaan Perancis dan cuba untuk menyenangkannya dengan memberikan kepadanya wang yang banyak untuk membeli bendera dan perabut yang baru sebagai ganti kepada yang telah rosak. Apabila seorang yang hampir kepadanya bertanya mengapa dia melakukan semua ini, dia berkata: ‘Adalah terlebih baik bagi kami untuk membiarkan manusia-manusia yang primitif ini sibuk dengan membawa bendera, melakukan perbuatan yang tidak berfaedah, dan dengan memakan kala jengking; jika tidak, mereka akan menghalakan perhatian mereka kepada kita dan menjadikan kita bahan makanan mereka kerana kita telah merampas hak-hak mereka.’



Mari kita kembali kepada Imam Malik untuk mendengar dari dirinya sendiri dengan khusus menceritakan pertemuaannya dengan khalifa Abu Ja’far al-Mansour.


[75] Rakaman yang demikian ada pada muka surat 524 buku Manaqip al-Shafii
[76] Tadhkirat al-Huffaz jilid 1 muka surat 176

Quotes from 12 Imams

Mencintai keindahan adalah fitrah. Sampaikan keindahan Ahlul Bait dan keindahan ajaran mereka dengan cara yang indah. "Kalau manusia mendengar keindahan ucapan-ucapan kami, niscaya mereka akan mengikuti kami" (Imam Ridha as).

0 comments:

Post a Comment