Contributors

Don't miss

Wednesday, January 7, 2015

Syi'ah_Sunnah : Bab 15 Malik Bertemu Abu Ja’far al-Mansour


By on 1/07/2015 08:54:00 PM

12 Imam ~ Cerita ini telah disediakan oleh seorang ahli sejarah yang agung Ibn Qutaybah didalam bukunya Tarikh al-Khulafaa [sejarah para khalifa], ini adalah sebutan dari apa Malik sendiri katakan; maka kami terpaksa terlebih dahulu menyatakan fakta ini, dan kemudian menggunakannya didalam membuat pertimbangan.



Malik telah berkata:



‘Apabila saya tiba di Mina [semasa musim haji yang kemudiannya], saya pergi kekhemah dan meminta kebenaran untuk bertemu al-Mansour, dan kebenaran telah diberikan kepada saya. Pengawal pintu keluar untuk mengiringi saya setelah mendapat keizinan untuk membenarkan saya masuk. Saya berkata kepadanya: ‘Beritahu kepada saya apabila kamu telah sampai dikubah dimana Amirul Mukminin berada.’ Dia terus melepasi dari satu kubah kesatu kubah. Setiap kubah menggandungi orang yang berlainan dengan pedang yang terhunus. Kemudian dia berkata kepada saya: ‘Dia berada didalam kubah itu,’ dan dia meninggalkan saya setelah mengatakannya. Dia terus memerhatikan saya dari jauh. Saya berjalan sehingga saya sampai kepada kubah dimana al-Mansour berada, dan saya lihat bagaimana dia turun dari tempat duduknya kepada permaidani yang tebal dibawahnya. Dia memakai pakaian yang mudah yang tidak bersesuaian dengan taraf kedudukannya disebabkan dari kerendahan dirinya kerana saya datang untuk menziarahinya, dan tidak ada sesiapa didalam kubah tersebut melainkan seorang pengawal yang berdiri dengan pedang terhunus.



‘Apabila saya datang berhampiran dengannya, dia mempersilakan saya dan terus menunjukkan kepada saya untuk datang menghampirinya sehingga lutut saya berlaga dengan lututnya.



Perkara pertama yang dia ucapkan adalah: ‘Demi Allah, yang satu dan hanya satu, Wahai bapa Abdullah! Apa yang berlaku adalah sesuatu yang saya tidak perintahkan. Saya tidak pernah tahu mengenainya sebelum ini sehingga ianya benar-benar telah berlaku, tidak juga saya menerimanya setelah ianya berlaku.’



Kemudian Malik meneruskan dengan berkata:



‘Maka saya memuji Allah yang didalam apa juga keadaan dan kesejahteraan kepada PesuruhNya, kemudian saya memberitahunya bahawa dia adalah terjauh dari melakukan perkara-perkara yang seperti demikian ataupun merasa senang dengannya. Kemudian dia berkata kepada saya: ‘Wahai bapa Abdullah! Manusia dari kedua kota suci ini akan terus dirahmati selagi kamu berada diantara mereka, dan saya fikir bahawa kamu adalah bagi mereka keselamatan dari bencana dan kekuasaan Allah, dan Allah yang sebenarnya, telah menghapuskan melalui diri kamu bencana yang dahsyat, kerana mereka, sejauh yang saya tahu, adalah manusia yang paling cepat membantah dan yang paling lemah menanggong akibatnya; semoga Allah memerangi mereka disetiap masa mereka merancangkan sesuatu. Dan saya telah mengeluarkan arahan untuk membawa musuh Allah [77] dari Madina pada bonggol unta yang tidak berlapik, dan saya telah mengarahkan supaya dia dihina dan dicela sehingga tiada batasnya, dan saya akan dengan pastinya mengenakan kepadanya berlipat kali ganda kesakitan sebagaimana yang dia telah lakukan kepada kamu.’ Saya berkata kepadanya, ‘Semoga Allah memberikan kesihatan kepada Amirul Mukminin dan bermurah kepadanya! Saya telah mengampunkan nya disebabkan oleh pertaliannya dengan Pesuruh Allah dan juga kamu.’ Abu Ja’far telah berkata: ‘Dan semoga Dia mengampunkan kamu juga, dan menganugerahkan kamu.’



Malik meneruskan lagi dengan berkata: ‘Kemudian dia berbincang dengan saya pada apa yang berlaku dengan para-para pengganti dan para-para ulama, dan saya dapati bahawa dia adalah yang paling berpengetahuan diantara mereka. Kemudian dia membincangkan pengetahuan dan perundangan dengan saya, dan saya dapati bahawa dia yang paling berpengetahuan dari semua manusia mengenai apa yang dipersetujukan dan yang lebih mengetahui mengenai apa yang mereka perselisihkan. Dia telah menghafal kebanyakkan cerita dan benar-benar memahami dengan semua yang didengarnya. Kemudian dia berkata kepada saya: ‘Wahai bapa Abdullah! Susunlah pengetahuan kamu dan tuliskan, kemudian aturkan apa yang kamu tulis didalam bentuk buku, dan jauhilah dari yang pelampau Abdullah ibn Umar dan juga yang banyak memberi kelonggaran Abdullah ibn Abbas dan yang ganjil dari Abdullah ibn Mas’ud, kemudian carilah asas [tapak] yang sama, dan rakamkan apa saja yang para Imam dan para sahabat [ra], telah bersetuju padanya, supaya kami dapat membuatkan manusia, Insya Allah, mengikuti pengetahuan kamu, dan kami akan sebarkan buku kamu diseluruh bumi dan mempastikan tiada yang membantah dengan isi kandungannya dan juga tidak mengadili melainkan dengan mengikutinya.’ Saya berkata kepadanya: ‘Semoga Allah meletakkan Ameer dijalan yang benar, tetapi orang-orang Iraq tidak bersetuju dengan pengetahuan saya, dan mereka tidak merasakan perlu untuk melakukan apa yang kita lakukan.’ Abu Ja’far al-Mansour berkata: ‘Orang-orang Iraq akan dibuat untuk melakukannya, dan kami akan memukul kepala mereka dengan pedang dan mengoyakkan belakang mereka dengan cabuk kami; maka bersegeralah pada melakukannya, kerana Muhammad al-Mahdi, anak saya, akan bertemu dengan kamu tahun hadapan, Insya Allah, dan saya berharap dia akan dapati bahawa kamu telah melaksanakan tugas-tuga ini, insya Allah.’

Malik berkata selepas itu: ‘Sedang kami masih duduk, seorang kanak-kanak kecil keluar dari sebelah belakang, dibahagian kubah yang kami sedang berada, dan apabila dia terpandang saya, dia menjadi takut dan pergi semula.



Abu Ja’far berkata kepadanya: ‘Mari, sayangku! Ini adalah ayah Abdullah, ahli faqih bagi orang-orang Hijaz!’ Kemudian dia berpaling kepada saya dan berkata: ‘Wahai Abu Abdullah! Tahukah kamu kenapa anak ini menjadi takut dan tidak datang kemari?’ Saya berkata: ‘Tidak’ Dia berkata: ‘Demi Allah, dia amat terperanjat melihat betapa rapatnya kamu duduk bersama saya, kerana dia tidak pernah melihat sesiapa selain kamu melakukannya; itulah sebabnya dia berpatah balik.’



Malik meneruskan sambil berkata: ‘Kemudian dia memerintahkan untuk saya satu ribu dinar emas, persalinan yang mahal, dan seribu lagi untuk anak saya. Saya meminta izin untuk pergi, yang mana dia mengizinkan. Saya berdiri, kemudian dia mengucapkan selamat tinggal dan mendoakan untuk saya, kemudian saya bergegas keluar. Sida [pegawai istana] bergegas pula untuk mendapatkan saya, membawakan persalinan yang dia letakkan dibahu saya sebagai adat mereka memberi sesaorang yang terhormat hadiah supaya dia dapat dilihat oleh manusia membawanya dan kemudian menyerahkan kepada orang suruhannya. Apabila sida meletakkan persalinan itu dibahu saya, saya menunduk untuk menjauhkan diri darinya, mencuba untuk menolaknya, yang mana kemudiannya Abu Ja’far mengarahkan sida untuk membawakan persalinan itu kearah dimana unta saya tertambat.’ [78]

[77] Dia merujuk kepada sepupunya Ja’far ibn Sulayman ibn Abbas, dikala itu gabenornya di Madina
[78] Ibn Qutayba, Tarikh al-khulafa, jilid 2 muka surat 150

Quotes from 12 Imams

Mencintai keindahan adalah fitrah. Sampaikan keindahan Ahlul Bait dan keindahan ajaran mereka dengan cara yang indah. "Kalau manusia mendengar keindahan ucapan-ucapan kami, niscaya mereka akan mengikuti kami" (Imam Ridha as).

0 comments:

Post a Comment