Contributors

Don't miss

Wednesday, January 7, 2015

Syi'ah_Sunnah : Bab 16 Ulasan Yang Amat Berguna Untuk Penyelidik


By on 1/07/2015 08:57:00 PM

12 Imam ~ Sesiapa yang meneliti pertemuan mesra diantara imam Malik dengan khalifah yang zalim Abu Ja’far al-Mansour, dan mengamati dailog mereka, akan mendapati kesimpulan yang berikut:



PERTAMA: Kita lihat bahawa khalifah Abbasiyyah membuang gabenor mereka dari kedudukan di Madinah, sepupu dan saudaranya yang terdekat, menghinanya setelah melepaskan dia dari kedudukannya, kemudian meminta maaf dari imam Malik kerana tindakkan gabenornya, dan bersumpah dengan Allah bahawa itu bukan dari arahannya, dan dia juga tidak tahu mengenainya sebelum itu, dia juga tidak merasa senang apabila dia mengetahui mengenainya. Ini semua menunjukkan betapa harmoninya diantara kedua mereka dan juga taraf kedudukan yang dinikmati oleh imam Malik bersama dengan Abu Ja’far al-Mansour sehinggakan dia bertemu dengannya sendirian dan dia memakai pakaian yang sederhana dan duduk bersamanya dengan cara yang dia tidak pernah duduk bersama dengan yang lainnya, sahinggakan anaknya menjadi takut, dan berpatah balik, setelah melihat lutut Malik berlaga dengan lutut bapanya.



KEDUA: Kita boleh mengambarkan kesimpulan yang lain dari kenyataan al-Mansour kepada Malik: ‘Manusia dari kedua kota suci ini akan terus dirahmati selagi kamu berada diantara mereka, dan saya fikir bahawa kamu adalah bagi mereka keselamatan dari bencana dan kekuasaan Allah, dan Allah yang sebenarnya, telah menghapuskan melalui diri kamu bencana yang dahsyat, yang akan menimpa mereka jika mereka bermaksud untuk meneruskan pemberontakkan terhadap khalifah dan penguasanya yang kejam. Imam Malik yang sebenarnya telah mententeramkan mereka, dan menghapuskan keinginan mereka untuk memberontak, mengeluarkan beberapa fatwa sebagaimana yang dia katakan bahawa mereka wajib taat kepada Allah, pesuruhNya dan kepada waliyy al-amr [pemerintah], pada keadaan ini gabenor. Maka manusia keberatan untuk bangun menentang khalifa mereka, dan makanya Allah, melalui fatwa yang sedemikian, telah menghapuskan pembunuhan ber ramai-ramai yang akan melibatkan khalifa [79] Atas sebab ini, al-Mansour berkata kepada Malik: ‘Mereka adalah, sejauh yang saya tahu, adalah manusia yang paling cepat membantah dan yang paling lemah menanggong akibatnya; semoga Allah memerangi mereka disetiap masa mereka merancangkan sesuatu.’



KETIGA: Khalifah telah menyokong Malik untuk menjadikan dia ulama yang dipandang tinggi disetiap tanah Islam, kemudian memaksakan mazhabnya keatas manusia dan mewajibkan mereka untuk mengikutinya melalui cara lobak dan kayu. Satu rujukan kepada cara dia memujuk dengan kenyataannya: ‘…maka supaya kami dapat mewajibkan manusia, Insya Allah, untuk mengikuti pengetahuan kamu, dan kami akan menyebarkan buku-buku kamu diseluruh bumi dan mempastikan tiada siapa yang menentang isi kandungannya dan juga tidak mengadili melainkan mengikutinya,’ dan bahawa mereka harus menghatar wakil dan pembawa berita kepada dirinya semasa haji. Bayangan yang menunjukkan cara dia memaksa manusia untuk mengikuti diri dan kenyataannya: ‘‘Orang-orang Iraq akan dibuat untuk melakukannya, dan kami akan memukul kepala mereka dengan pedang dan mengoyakkan belakang mereka dengan cabuk kami.’ Kenyataan ini menunjukkan ketahap mana penindasan yang telah dilakukan terhadap shia yang malang ditangan pemerintah yang zalim yang menindas dan membunuh mereka supaya dapat memaksa mereka untuk meninggalkan taat setia mereka kepada Imam ahl al-bayt dan untuk mengikuti imam Malik dan yang serupa dengannya.



KEEMPAT: Kami lihat bahawa imam Malik dan Abu Ja’far al-Mansour sama-sama menyumbang kearah dasar yang sama dan cenderung terhadap sahabat yang tertentu dari yang lainnya dan kesetiaan mereka kepada khalifa, yang telah mengambil kuasa kedudukan khalifa secara kezaliman dan penindasan. Malik telah berkata mengenainya: ‘Kemudian dia membincangkan pengetahuan dan perundangan dengan saya, dan saya dapati dia yang paling berpengetahuan dari semua manusia mengenai apa yang dipersetujukan dan yang lebih memahami terhadap apa yang diperselisihkan, dsb.’ Tidak ada keraguan bahawa Abu Ja’far al-Mansour mempunyai pandangan yang sama seperti Malik yang mana dia telah memujinya didalam kenyataan yang telah lalu yang telah dikatakan kepadanya didalam pertemuan diantara mereka yang telah berlangsung terdahulu sebelum pertemuan yang ini; telah berkata dia pada ketika itu: ‘Demi Allah! Saya tidak menjumpai sesiapa yang lebih berpengetahuan dari Amirul Mukminin atau yang lebih mengetahui dengan fiqh.’ Dengan Amirul Mukminin dia bermaksud tentunya diri dia sendiri.



Daripada teks diatas kita dapat memahami bahawa imam malik adalah Nasibi: dia tidak pernah mengiktiraf kedudukan Amirul Mukminin Ali ibn Abu Talib sama sekali. Kami telah buktikan dari yang diatas bahawa mereka semua menentang apabila Ahmad ibn Hanbal menambah nama Ali kepada senarai khalifatul rashidin, menjadikannya nombor empat. Memang nyata Malik telah mati bertahun-tahun sebelum lahirnya Ahmad ibn Hanbal. Ditambahkan kepada fakta yang atas dimana Malik bergantung, ketika menyampaikan hadith, dari Abdullah ibn Umar, seorang Nasibi yang mengatakan bahawa mereka tidak pernah menganggap sesiapa semasa hidupnya rasul Allah sebagai sama dengan Abu Bakr, kemudian Umar kemudian Uthman dan bahawa sahabat selepas itu semuanya adalah sama! Abdullah ibn Umar mendapat kedudukan yang paling tinggi diantara penyampai hadith yang mana Malik sebutkan. Kebanyakkan hadith yang disebutkan didalam buku Malik Al-Mawta adalah kepunyaannya [Abdullah ibn Umar]. Begitu juga dengan perundangannya.



KELIMA: Kami lihat bahawa politik yang berasaskan pada penindasan dan kezaliman mendapat sokongan awam melalui fatwa yang ditulis meyebelahi mereka [khalifa] tanpa sebarang sokongan dari teks Quran dan juga teks dari sunnah rasul. Sebagai contoh, al-Mansour, seperti yang ditunjuk diatas, berkata kepada Malik: ‘Susunlah pengetahuan kamu dan tuliskan, kemudian aturkan apa yang kamu tulis didalam bentuk buku, dan jauhilah dari yang pelampau Abdullah ibn Umar dan juga yang banyak memberi kelonggaran Abdullah ibn Abbas dan yang ganjil dari Abdullah ibn Mas’ud, kemudian carilah asas [tapak] yang sama, dan rakamkan apa saja yang para Imam dan para sahabat [ra], telah bersetuju padanya, supaya kami dapat membuatkan manusia, Insya Allah, mengikuti pengetahuan kamu, dan kami akan sebarkan buku kamu……dsb.’



Ini menunjukkan dengan nyata bahawa mazhab yang diikuti oleh ‘ahl al-sunna wal-jamaa’ adalah campuran dari pelampau Abdullah ibn Umar, dan kelonggaran dari Abdullah ibn Abbas dan yang pelik dari Abdullah ibn Mas’ud, sebagai tambahan kepada apa saja yang disokong oleh Malik sebagai asas yang sama diantara para imam iaitu Abu Bakr, Umar dan Uthman, dan apa yang dipersetujui oleh para sahabat yang mana telah menyenangkan khalifa Abu Ja’far al-Mansour…..Ia tidak mempunyai sebarang sunnah dari rasul yang telah diambil dari hadith yang disampaikan oleh para Imam yang disucikan dari keturunan rasul sedangkan sebahagian mereka adalah sezaman dengan al-Mansour dan Malik, dan yang mana khalifa tersebut telah asingkan dan juga bunuh.



KEENAM: Dapat dilihat dari buku pertama yang mendokumenkan sunnah adalah kutipan dari hadith pilihan yang diceritakan oleh sahabat rasul, dan dari mereka yang mempelajari dari yang kemudian, ini adalah Al-Mawta oleh imam Malik, dan ianya ditulis menurut arahan yang dikeluarkan oleh khalifa sendiri, supaya dia dapat memaksa manusia untuk menerimanya dan untuk memukul kepala mereka dengan pedang jika perlu, menurut al-Mansour. Hadith yang sedemikian, didalam kes ini, pastinya adalah diantara yang diciptakan oleh Umayyad dan Abbasid untuk melayani kepentinggan mereka dan menguatkan lagi pengaruh mereka dan juga penguasaan, dan untuk menjauhkan manusia dari fakta Islam yang disampaikan oleh rasul yang membawa rahmat.



KETUJUH: Kita juga dapat melihat bahawa imam Malik hanya khuatir terhadap orang-orang Iraq sahaja kerana mereka telah bersumpah menyokong kepada Ali ibn Abu Talib, manusia yang mindanya telah menyerap pengetahuan dan fiqh dari beliau, manusia yang telah mengikhlaskan agama mereka mengikuti para Imam yang telah disucikan dari keturunan rasul, mereka tidak memberikan sebarang penghargaan kepada Malik dan orang-orang yang serupa dengannya, kerana mereka tahu orang-orang ini adalah Nasibi yang suka memuji pemerintah dan menjual agama mereka untuk satu dirham atau satu dinar. Inilah sebabnya mengapa Malik berkata kepada khalifa: ‘…..tetapi penduduk Iraq membantah pengetahuan kami dan mereka tidak merasakan wajib untuk melakukan apa yang kami lakukan,’ dan al-Mansour, dengan keangkuhannya, bertindak dengan berkata: ‘Penduduk Iraq akan dijadikan untuk melakukannya, dan kami akan memukul kepala mereka dengan pedang dan mengoyakkan belakang mereka dengan cabuk kami.’



Ini telah memberitahu kami bagaimana mazhab tersebut, yang mana penguasa pemerintah telah cipta dan padanya mereka melencanakan sebagai ‘ahl al-sunna wal-jamaa’ dan beginilah caranya ia terjadi. Apa yang benar-benar pelik adalah bahawa kamu lihat Abu Hanifa bertentangan dengan Malik, dan Malik bertentangan dengan Abu Hanifa, dan kedua mereka bertentangan dengan kedua al-Shafii dan al-Hanbal, sedangkan mereka berdua yang terkemudian bertentangan sesama mereka dan juga bersama mereka berdua yang mula! Amat susah untuk mendapatkan satu isu yang mana kesemuanya bersetuju melainkan teramat jarang sekali, tetapi mereka semua dianggap sebagai ‘ahl al-sunna wal-jamaa’ pengikut sunnah dan pendapat ramai! [jamaa]. Apakah bentuk pendapat ramai [jamaa]? Adakah jamaa Maliki, atau Hanafi, atau al-Shafii, atau Hanbali?! Yang sebenarnya ianya tidak yang itu dan juga tidak yang ini; bahkan ianya adalah jamaa Muawiya ibn Abu Sufyan, kerana merekalah yang bersetuju dengannya apabila dia menjadikan mengutuk Ali ibn Abu Talib dari atas mimbar sebagai ‘sunnah’ yang diikuti selama lebih dari lapan puluh tahun….



Dan mengapa mereka menerima pertentangan ini, sedangkan pandangan fatwa mereka sungguh berbeza diantara satu dengan lain pada isu yang sama, malah mereka mengatakan bahawa pertentangan mereka itu adalah rahmat selagi ianya terjumlah didalam mazhab yang empat, tetapi apabila mujtahid yang lain bertentangan dengan mereka, mereka menuduhnya dengan kafir dan mengeluarkannya dari Islam?!



Mengapa mereka tidak menganggap pertentanggan mereka dengan shia didalam cahaya yang sama yang mereka lihat pertentanggan mereka sesama sendiri, jika hanya mereka telah berlaku adil dan bijak?! Tetapi kesalahan shia tidak boleh diampunkan kerana mereka mengutamakan Ali ibn Abu Talib diatas semua para sahabat, dan inilah asas pertentangan yang ‘ahl al-sunna wal-jamaa’ tidak boleh terima. Ianya tidak boleh diterima oleh mereka [ahl al-sunna wal-jamaa] yang bersetuju pada satu isu yang sama: Penolakkan terhadap Ali dari khalifa, dan menyembunyikan kemuliaannya dan fakta yang berkaitan dengannya.



KELAPAN: kami lihat bagaimana pemerintah merampas harta Muslim secara paksa dan penindasan, dan mengagihkan harta tersebut secara bermurah hati kepada ulama yang jahat yang mendampingi mereka dan supaya mendapat sokongan dari mereka dan untuk memperniagakan kepercayaan dan agama mereka untuk kepentingan kehidupan didunia ini. Malik telah berkata: ‘Kemudian dia al-Mansour memerintahkan seribu dinar emas untuk diberikan kepada saya sebagai tambahan kepada persalinan yang mahal dan satu ribu lagi untuk anak saya, dsb.’ Pengakuan yang sedemikian oleh Malik adalah pendakwaan terhadap diri sendiri, dan mungkin terdapat banyak lagi insiden yang tidak dibincangkan secara umum kerana Malik biasanya akan merasa malu dengan menerima hadiah secara umum dan benci untuk melihatkan kepada manusia yang melihatnya menerima hadiah; ini amat nyata dari kenyataannya: ‘Apabila pegawai istana meletakkan persalinan tersebut diatas bahu saya, saya menunduk untuk jauhkan diri darinya, cuba untuk menolaknya,’ maka apabila al-Mansour melihatnya, dia mengarahkan pegawai istana untuk membawanya untuk Malik ketempat dimana untanya diikat supaya manusia tidak mengetahui mengenainya.

[79] Tidak terdapat pertentangan diantara fatwanya yang melarang memberikan kebaktian dengan paksaan dan dengan yang dia mewajibkan ketaatan kepada pemerintah, dan mereka telah, bahkan menyatakan banyak hadith yang menyokong pandangan mereka seperti: ‘sesiapa menderhaka kepada pemerintah dan mati sedang menderhaka kepadanya, maka matinya adalah mati dimasa jahiliah.’ Hadith yang lain yang mereka nyatakan berkata: ‘Kamu dikehendakki mendengar dan taat walaupun jika pemerintah mengambil harta dan memukul belakang kamu.’

Quotes from 12 Imams

Mencintai keindahan adalah fitrah. Sampaikan keindahan Ahlul Bait dan keindahan ajaran mereka dengan cara yang indah. "Kalau manusia mendengar keindahan ucapan-ucapan kami, niscaya mereka akan mengikuti kami" (Imam Ridha as).

0 comments:

Post a Comment