Contributors

Don't miss

Monday, January 19, 2015

Syi'ah_Sunnah : Bab 17 Pemerintah Abbasiyyah Menguji Ulama di Zamannya


By on 1/19/2015 07:21:00 PM

12 Imam ~ Abu Ja’far al-Mansour khalifah Abbasiyyah adalah seorang yang amat pintar yang tahu bagaimana untuk mengawal minda manusia dan membeli agama mereka. Dia mencuba sedaya upaya untuk mengembangkan pengaruhnya dan membesarkan jajahan dibawah kuasanya dengan cara, sama ada memujuk atau ancaman, dia menggunakan polisi ‘lobak atau kayu.’ Kita telah pun tahu pintar belit dan penipuannya dengan cara, bagaimana dia berurusan dengan Malik, setelah dia disebat oleh gabenor Madinah. Ini membawa kita kepada kesimpulan bahawa telah terdapat ikatan yang amat kuat diantara imam Malik dan al-Mansour lama sebelum insiden itu berlaku.



Malik sebenarnya telah bertemu dengan al-Mansour lima belas tahun yang lalu sebelum perjumpaan yang kami sebutkan diatas. Ianya berlaku apabila al-Mansour baru sahaja mengambil kuasa diatas pemerintahan kerajaan [80] Diantara apa al-Mansour telah katakan diketika itu kepada Malik adalah yang berikut: ‘O Abu Abdullah! Saya telah nampak satu wawasan.’ ‘Semoga Allah memberikan kejayaan kepada Amirul Mukminin untuk sampai kepada pilihan yang betul,’ Malik menjawab, seraya menambah, ‘dan semoga Dia mengilhamkan kepadanya untuk memberikan petunjuk; maka’ apakah yang dilihat oleh Amirul Mukminin?’ Abu Ja’far al-Mansour berkata: ‘Saya lihat bahawa saya harus dudukan kamu didalam rumah ini supaya kamu menjadi seorang dari penjaga rumah suci Allah, dan untuk mewajibkan manusia untuk mempelajari dari kamu, dan untuk mendapatkan penduduk dari berbagai negara untuk menghantarkan wakil mereka dan pembawa berita semasa dimusim haji supaya kami dapat memandu mereka kepada apa yang betul terhadap agama mereka dan kepada keimanan, insya Allah, kerana pengetahuan adalah bersama penduduk Madinah, dan kamu adalah yang paling terpelajar diantara mereka….’[81]



Ibn Qutaybah berkata, apabila Abu Ja’far al-Mansour memegang teraju pemerintahan, khalifa, dia berjumpa dengan Malik ibn Anas, Ibn Abu Thuayb, dan Ibn Sam’an, kesemua mereka didalam satu perjumpaan, kemudian dia bertanya kepada mereka: ‘Manusia jenis apakah saya pada pandangan kamu? Adakah saya imam yang adil atau seorang imam yang zalim?’ Malik berkata kepadanya: ‘O Amirul Mukminin saya bermohon kepada mu, dengan nama Allah [awj] dan dengan pengantara kepada kamu melalui Muhammad dan dengan persaudaraannya dengan kamu, supaya kamu dapat memaafkan saya dari membincangkannya.’ Al-Mansour berkata: ‘Amirul Mukminin telah memaafkan kamu.’ Ibn Sam’an menjawab kepadanya dengan berkata: ‘Kamu demi Allah adalah seorang yang baik, O Amirul Mukminin! Kamu telah menunaikan haji kerumah suci Allah; kamu telah memerangi musuh-musuh kamu, dan kamu telah mempastikan keselamatan dijalanan, yang lemah merasa terselamat melalui kamu dari di aniaya oleh mereka yang kuat, dan hanya melalui kamu agama itu kukuh; maka tentunya kamu adalah orang yang terbaik dan imam yang paling adil.’



Tetapi bagi Abu Thuayb, dia menjawab kepada al-Mansour: ‘Kamu demi Allah, didalam pandangan saya adalah manusia yang paling tidak berguna; kamu mengambil apa yang kepunyaan Allah dan pesuruhNya, dan kamu merampas bahagian mereka yang terdekat, dan dari anak yatim dan juga mereka yang memerlukan; kamu menghapuskan yang lemah dan melemahkan yang kuat dan kemudian kamu mengambil harta mereka; maka apakah alasan kamu esok apabila kamu berdiri dihadapan Allah?’ Abu Ja’far al-Mansour berkata kepadanya: ‘Malang bagi kamu! Dari apa yang saya dengar dari kata-kata kamu?! Apa kamu sudah gila?! Lihat dan katakan kepada saya: Apa yang kamu lihat dihadapan kamu?’ Dia berkata: ‘Ya, saya nampak pedang, tetapi ianya hanyalah suatu kematian, dan ianya juga adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan; lagi cepat ia datang lagi bagus.’



Selepas perbualan ini, al-Mansour menyuruh Ibn Abu Thuayb dan Ibn Sam’an pergi, hanya yang tinggal Malik. Setelah menjaminkan keselamatannya, dia berkata kepada Malik: ‘O Abu Abdullah! Baliklah kenegara kamu dengan mendapat petunjuk dan memberi petunjuk kepada yang lain. Tetapi jika kamu berhajat untuk tinggal bersama kami, kami tidak akan mengutama sesiapa dari kamu, tidak juga kami menganggap sesiapa yang lebih arif dari kamu.’



Al-Mansour kemudian menghantar kepada setiap mereka satu uncang yang mengandungi wang lima ribu dinar bersama dengan seorang polis. Dia mengarahkan polis tersebut: ‘Berikan kepada setiap mereka itu satu uncang ini. Jika Malik ibn Anas mengambilnya, biarkan dia, dan jika dia tidak mengambilnya, tidak ada kesalahan bagi dirinya jika dia menolaknya. Tetapi jika Abu Thuayb mengambilnya, potong kepalanya dan bawa kemari kepada saya, tetapi jika dia pulangkan kepada kamu, biarkan dia dan jangan pengapakan dia. Jika Ibn Sam’an enggan untuk menerimanya, bunuh dia dan bawa kepalanya kepada saya, tetapi jika dia mengambilnya, biarkan itu sebagai menjamin keselamatannya.’



Malik berkata: ‘Polis tersebut membawa uncang itu kepada kami bertiga. Ibn Sam’an mengambilnya, maka dia terselamat. Abu Thuayb enggan menerimanya, maka dia terselamat. Dan bagi saya, saya diketika itu, demi Allah sangat-sangat memerlukannya, maka saya mengambilnya.’[82]



Insiden ini menggambarkan kepada kami yang sebenarnya bahawa Malik sudah terlebih maklum akan kejam dan zalimnya khalifa tersebut. Bahkan disebabkan oleh ikatan persahabatan diantara dia dan al-Mansour, dia bermohon kepadanya, menggunakan pengantara dengan nama Muhammad dan kekeluargaan al-Mansour dengan baginda, supaya tidak memaksakan dia untuk menyatakan pendapatnya. Makanya, apa yang menyenangkan pemerintah Abbasiyyah, dan apa yang mereka benar-benar titik berat pada ketika dan masa itu, adalah pujian dan sanjungan manusia terhadap persaudaraan mereka dengan rasul; itulah sebabnya maka khalifah faham akan maksud dan tujuan Malik, yang mana dia menghargainya, dan itulah sebabnya maka dia dimaafkan dari menyatakan pandangannya.



Dan sebagai faqih yang kedua, iaitu Ibn Sam’an, dia memujinya dengan kemuliaan yang dia tidak punya disebabkan kerana takut akan dibunuh, kerana ‘pendekar pedang’ berdiri disitu hanya menunggu isyarat dari khalifa. Dan yang ketiganya adalah Ibn Abu Thuayb, dia seorang yang berani; dia tidak takut tindakan dari sesaorang, dan dia seorang yang tulus beriman, seorang yang benar, memberikan nasihat hanya kerana keridha Allah dan pesuruhNya, dan juga untuk kepentingan manusia umum; maka dia menyatakan dihadapannya dengan apa yang sebenar, menyingkapkan kepalsuan dan kesalahan dirinya. Dan apabila dia mengancam untuk membunuhnya; dia dengan berani mempersilakan kematian.



Al-Mansour telah mengarahkan polisnya untuk memotong kepala Abu Thuayb, jika dia menerima hadiahnya, dan melakukan perkara yang sama kepada Ibn Sam’an jika dia enggan menerima hadiah darinya.



Oleh kerana Abu Ja’far al-Mansour seorang yang pintar, maka kamu dapati dirinya meninggikan kedudukan Malik, memaksa orang awam untuk memeluk mazhabnya, maka dengan itu telah memberikan pukulan maut kepada mazhab yang ditubuhkan oleh Ibn Abu Thuayb walaupun pada keadaan yang sebenarnya Ibn Abu Thuayb adalah seorang lebih berpengetahuan dari Malik sebagaimana yang telah dinyatakan oleh imam Ahmad ibn Hanbal [83] Begitu juga, Layth ibn Sa’d adalah seorang yang lebih arif didalam perundangan dari Malik sebagaimana imam Shafii telah mengesahkan. [84]



Tidaklah perlu diperkatakan, diketika itu, Imam Ja’farlah yang terulung, paling berpengetahuan, dan pakar perundangan yang agung dari kesemua manusia itu sebagaimana mereka sendiri telah mengesahkannya [85] Adakah sesiapa didalam umma ini yang sampai kedarjah pengetahuan atau amalannya, kemuliaan dan juga kehormatannya, terutama sekali kerana datuknya adalah Ali ibn Abu Talib yang sememangnya terbaik, paling berpengetahuan, dan seorang perundangan yang teragung diantara semua manusia selepas pesuruh Allah? Tetapi politik telah meninggikan kedudukan sebahagian manusia dan merendahkan yang lain, dan kekayaan telah menonjolkan sebahagian manusia dari atas pengorbanan sebahagian manusia lain.



Apa yang menjadi penelitian kami didalam penyelidikan ini adalah untuk membuktikan dengan bukti yang nyata dan hujah yang menyakinkan bahawa yang sebenarnya keempat mazhab ahl al-sunnah wal-jamaa adalah mazhab yang telah diciptakan oleh ahli politik pada zaman-zaman mereka, dan ahli politik tersebut yang telah menciptanya kemudian memaksa manusia untuk mengikutinya dengan ancaman atau pujukan, dan dengan menyebarkannya kepada mereka; manusia hanyalah pengikut bagi agama pemerintahnya.



Sesiapa yang ingin melihat lebih bukti dan untuk lebih menyelidikinya hendaklah membaca buku yang bertajuk Al-Imam al-Sadiq wal Madhabih al-Arba’a [Imam al-Sadiq dan Mazhab yang Empat] oleh Shaykh Asad Hayder, semoga Allah merahmati rohnya. Dia akan mengetahui berapa banyak penghormatan dan pengaruh yang imam Malik perolehi: Bahkan imam al-Shafii terpaksa meminta-minta kepada gabenor Madinah untuk memohon kepada Malik supaya membenarkan dirinya bertemu dengan dia. Gabenor tersebut berkata: ‘Saya lebih suka memilih untuk berjalan kaki tanpa kasut sepanjang jalan dari Madina ke Mekah dari berdiri dimuka pintu rumah Malik kerana saya rasa tidak ada penghinaan yang lebih buruk dan hinanya dari terpaksa berdiri dimuka pintu rumahnya.’



Disini adalah Ahmad Ameen, ulama sunni dari Mesir, mengatakan yang berikut didalam bukunya Zaharah al-Islam:



Kerajaan memainkan peranan yang besar didalam menyokong mahab ahl al-sunna. Apabila kerajaan itu kuat, dan apabila ianya menyokong sesuatu mazhab, manusia akan beransur mengikutinya, dan ianya akan kekal kukuh selagi kerajaan tersebut tinggal kuat.[86]



Kami katakan bahawa mazhab Imam Ja’far, yang mana ianya adalah mazhab ahl al-bayt, jika kita hendak memanggilnya sebagai mazhab mengikut dari kebiasaan adat Islam – jika tidak ianya tidak lain dari Islam yang sahih yang dibawa oleh Pesuruh Allah – ianya tidak mendapat sokongan dari kerajaan atau diiktiraf oleh mana-mana pihak berkuasa. Tetapi sebaliknya, pemerintah dengan sengaja bertujuan untuk mengagalkannya, mencuba dengan segala yang ada untuk menghapuskannya dan membuat manusia supaya menentangnya.



Maka jika mazhab tersebut berjaya menembusi gelap hitam yang pekat dan dapat mengekalkan penyokong dan pengikut mereka melalui sepanjang zaman yang gelap itu, ianya hanyalah melalui anugerah yang diberikan oleh Allah ketas Muslim: Cahaya Allah tidak akan dapat dipadamkan oleh mulut mereka, tidak juga pedang dapat menghapuskannya, tidak juga ia dapat dijadikan lemah dengan propaganda yang palsu dan pengkhabaran yang berniat jahat, dan supaya manusia tidak punya sebarang penghujahan terhadap Allah atau boleh mengatakan bahawa mereka tidak mengetahuinya.



Mereka yang mengikuti para Imam petunjuk dari keturunan yang disucikan adalah amat sedikit; hanya beberapa kerat dari mereka yang mengikutinya setelah wafatnya rasul Allah. Disepanjang sejarah dan dengan berlalunya masa, mereka makin bertambah kerana pokok jenis yang baik akarnya kukuh diperut bumi, dan dahannya tinggi mencapai langit, tepat mengikut musim mengeluarkan buahnya dengan seizin Allah, dan apa juga kepunyaan Allah akan berterusan dan tidak akan hilang….



Quraysh telah berhajat untuk menghapuskan Muhammad semenjak dari permulaan misi baginda, dan apabila mereka, dengan pertolongan Allah dan dengan pertolongan Abu Talib dan Ali yang sentiasa sedia untuk menyerahkan nyawanya untuk dikorbankan kerana baginda, penjenayah dari Quraysh tidak mampu melaksnakannya; maka mereka mengembira diri mereka dengan ingatan bahawa keturunan Muhammad akan berakhir dikala wafatnya baginda, dan isu baginda akan berakhir juga, maka mereka dengan rasa sakit hati menunggu waktu tibanya.



Tetapi Tuhan bagi alam ini telah memberikan kepadanya al-Kawthar, dan Muhammad menjadi datuk kepada al-Hasan dan al-Husayn, dan baginda memberikan khabar yang gembira ini kepada mereka yang beriman bahawa mereka berdua adalah Imam disetiap masa, sama ada mereka bangun atau duduk, dan bahawa semua para Imam adalah dari keturunan al-Husayn…… Semua ini telah mengancam kepentingan Quraysh dan masa depan mereka. Ini tidak dari kehendak yang mereka sukai sama sekali. Maka Quraysh keluar memberontak sejurus setelah wafatnya Muhammad, cuba untuk menghapuskan semua keturunannya. Mereka mengelilinggi rumah Fatimah dengan kayu api. Jika tidaklah Ali berdamai dengan mereka, dan mengorbankan haknya sebagai khalifa dan terus tinggal berdamai dengan mereka, mereka dengan pasti telah menghapuskannya, dan Islam tentu telah menjadi semenjak dari hari pertama itu perkara yang telah dilupakan [silam].



Quraysh menjadi tenteram semula apabila mereka merasakan bahawa cengkaman mereka pada pucuk pimpinan menjadi kuat dari sesiapa yang mengancam kepentingan mereka, terutama jika ancaman yang sedemikian datang dari keturunan Muhammad. Bagaimanapun sebaik saja kedudukan khalifa diberikan kepada Ali, Quraysh sekali lagi memulakan api peperangan untuk menghancurkannya. Mereka tidak akan menjadi tenteram melainkan setelah mengahapuskannya dan membawa balik kedudukan khalifa kepada yang paling kejam diantara suku mereka, dan kemudian menukarkannya kepada bentuk keturunan diraja dimana si ayah akan melantik anaknya untuk mengantikan mereka. Dan apabila al-Husayn enggan memberikan sumpah bakti kepada Yazid, Quraysh keluar melakukan pemberontakkan untuk memberikan pukulan maut mereka kepada keluarga rasul dan kepada siapa saja yang dikatakan keturunan Muhammad ibn Abdullah, makanya terjadilah pembunuhan ber ramai-ramai di Karbala……



Didalam pembuhan itu, mereka telah membunuh keturunan rasul, termasuk kanak-kanak dan bayi, dan mereka ingin mencabut pokok kerasulan dengan cabang-cabangnya sekali, tetapi Allah [awj] telah menyempurnakan janjiNya kepada Muhammad dengan menyelamatkan Ali ibn al-Husayn [Imam Zain al-Abidin] dan darinya datang para-para Imam yang lain. Maka, di Timur dunia ini dan juga di Barat sekarang ini telah dipenuhi dengan keturunannya, dan itulah al-Kawthar…..



Sukar terdapat dimana-mana negara, bandar, atau mana-mana tempat didunia ini tanpa kehadiran keturunan pesuruh Allah yang menikmati penghormatan dan kecintaan manusia. Sekarang ini, setelah gagalnya semua percubaan, jumlah penduduk shia yang mengikuti fiqih Ja’fari sahaja telah berjumlah 250 juta diseluruh dunia. Mereka semua mengikuti Dua Belas Imam yang dari keturunan keluarga Muhammad, mencari kedekatan dengan Allah melalui kecintaan dan taat kepada mereka, mengharapkan syafaat dari datuk mereka pada hari pengadilan. Kamu tidak akan dapat jumlah yang sebanyak itu diantara pengikut dari mana-mana mazhab yang tertentu jika ianya dikira berasingan walaupun dengan kekuasaan pemerintah dan kewangan mereka.



‘Dan mereka merancang, dan Allah, juga, merancang, dan pastinya Allah adalah yang terbaik perancanganNya.'’[8:30]



Tidakkah Firaun telah mengarahkan setiap bayi lelaki dari keturunan Israel dibunuh apabila tukang tilik memberitahu kepadanya bahawa seorang dari bayi tersebut akan mengancam negaranya dengan kemusnahan? Tetapi ‘perancang yang terbaik’ telah menyelamatkan Musa dari perbuatan Firaun dan telah memeliharanya sehingga dewasa bahkan dipangkuan Firaun sendiri, makanya telah membawa kepada berakhirnya negara Firaun, terhapuslah partinya, dan arahan Allah selalunya terlaksana.



Tidakkah Muawiyah [Firaun dizaman itu] telah mengutuk Ali, membunuhnya, keturunannya dan juga pengikutnya? Tidakkah dia telah menghalang sesiapa dari menyebut kemuliaannya? Tidakkah dia telah mencuba dengan segala rancangannya untuk memadamkan cahaya Allah dan membawa balik semuanya kepada asal seperti dimasa jahiliah? Tetapi ‘perancang yang terbaik’ telah meninggikan nama Ali walaupun dibenci oleh Muawiya dan partinya, maka pusara Ali menjadi tempat suci yang diziarahi oleh ramai pengunjung, sunni dan shia; tidak! Bahkan Kristian dan Yahudi memuji dan menghormati Ali! Pusara Ali menjadi tempat yang kedua banyaknya pengunjung selepas pusara rasul Allah. Jutaan Muslim mengelilinginya dengan tangisan, mencari kedekatan kepada Allah. Diatasnya adalah kubah yang besinar dan menara yang juga bersinar dengan cantiknya yang telah dapat mencuri pandangan manusia.



Dan Muawiya, raja yang telah memerintah bumi ini, dan memenuhinya dengan kefasikan, tiada siapa yang menyebut baik terhadapnya. Adakah kamu lihat tempat suci didirikan untuknya atau sebarang tempat peringatan? Adakah kamu lihat tempat perkuburan untuknya yang diziarahi oleh sesiapa selain dari tempat yang sunyi perkuburan yang telah dilupakan manusia? Pastinya kepalsuan ada gilirannya, sedang kebenaran terus berdiri kukuh; maka ingatlah, wahai manusia yang berfikiran.



Segala puji bagi Allah yang telah menunjukkan kepada kita. Segala puji tertentu baginya Allah yang telah menerangkan kepada kita perkara yang sebenarnya bahawa shiah adalah pengikut sebenar sunnah pesuruhNya; mereka pastinya pengikut sunnah rasul kerana mereka mengikuti contoh ahl al-bayt, manusia dari rumah rasul Allah, dan pastinya orang yang didalam rumah lebih mengetahui apa yang ada didalam rumahnya. Lebih-lebih lagi mereka adalah yang Allah telah pilih. Dia telah menjadikan mereka pewaris pengetahuan kitabNya.



Dia juga telah menerangkan untuk kita bahawa yang sebenarnya ahl al-sunna wal-jamaa telah mengikuti pembaharuan dari pemerintah mereka yang diantara mereka yang terdahulu dan dari keturunan manusia ini; lebih-lebih lagi mereka sebenarnya tidak dapat membuktikan tuntutan mereka sama sekali.




[80] Pada muka surat 150 jilid 2 dari bukunya Tarikh al-Khulafa, Ibn Qutaybah menunjukkan bahawa pertemuan mereka kali pertama berlaku didalam tahun 148 AH / 765 AD dan kali kedua berlaku semasa musim haji didalam tahun 163 AH / 780 AD. Kami katakan bahawa Malik kerap bertemu dengan khalifa, dan itulah sebabnya mengapa Ibn Qutaybah menyebutkan pertemuan ini terutamanya kerana yang sebenarnya Malik sendiri ada menceritakan kisah ini, dan kerana cerita yang begini mengandungi isu yang penting. Adalah tidak rasional [wajar] untuk mengatakan bahawa khalifa bertemu dengan hakim mahkamah tinggi negaranya hanya sekali didalam masa limabelas tahun.

[81] Ibid jilid 2 muka surat 142
[82] Ibn Qutaybah, Trikh al-Khulafa jilid 2 muka surat 144
[83] Tadhkirat al-Huffaz jilid 1 muka surat 176
[84] Kenyataan tersebut telah dirakamkan pada muka surat 524 dari buku al-Shafii Al-Manaqib
[85] Kamu telah menjumpai kenyataan Malik yang mengatakan: ‘Tiada mata yang pernah melihat, tidak juga telinga yang pernah mendengar, tidak juga sesiapa yang melihat sesiapa yang lebih baik perundangannya dari Ja’far ibn Muhammad al-Sadiq.’
[86] Zahara al-Islam jilid 4 muka surat 96.

Quotes from 12 Imams

Mencintai keindahan adalah fitrah. Sampaikan keindahan Ahlul Bait dan keindahan ajaran mereka dengan cara yang indah. "Kalau manusia mendengar keindahan ucapan-ucapan kami, niscaya mereka akan mengikuti kami" (Imam Ridha as).

0 comments:

Post a Comment