Contributors

Don't miss

Wednesday, February 11, 2015

Syi'ah_Sunnah : Bab 18 Hadith al-Thaqalayn Menurut Shiah


By on 2/11/2015 08:33:00 PM

12 Imam ~ Apa yang menunjukkan yang sebenarnya bahawa shiah adalah pengikut sunnah rasul yang sahih adalah hadith al-Thaqalayn [hadith pada dua perkara yang berat] dari Pesuruh Allah yang telah menyebutkannya sebagai berkata:



Saya akan tinggalkan diantara kamu Dua Perkara yang Berat: Kitab Allah dan itrat ku [keturunan], ahl al-baytku. Selagi kau berpegang teguh kepada kedua-duanya, kamu tidak akan tersesat selepas aku; maka janganlah mendahului mereka kerana kamu akan binasa, dan janganlah tertinggal dibelakang mereka kerana kamu juga akan binasa; jangan ajari mereka, kerana mereka lebih berpengetahuan dari kamu. [87]



Menurut dari sebahagian cerita, rasul telah menambah kepada kata-kata yang diatas: ‘Yang amat Pemurah, Yang amat Mengetahui, telah memberitahu kepada saya bahawa mereka tidak akan berpisah sehingga mereka bertemu dengan saya ditasek [al-Kawthar]



Hadith ini pada Dua Perkara yang Berat didalam perkataan asalnya yang dinyatakan diatas telah dirakamkan oleh ahl al-sunna wal-jamaa didalam lebih dari dua puluh buah sahih utama [88] dan buku rujukan serta musnad [89] dan ianya juga telah dijumlah oleh shia didalam semua buku hadith mereka. Ianya sebagaimana yang kamu lihat, amat nyata untuk memerlukan kepada penerangan tambahan, tetapi didalam melaksanakannya ahl al-sunnah wal-jamaah telah dengan nyata menyimpang kerana mereka tidak berpegang kepada kedua-duanya serentak; mereka telah sesat kerana mereka mengutamakan pandangan mereka dari pandangan ahl al-bayt memikirkan bahawa Abu Hanifah, Malik, al-Shafii dan ibn Hanbal lebih berpengetahuan dari keturunan yang suci, maka mereka mengikuti imam-imam ini dan mengabaikan keturunan yang suci.



Tuntutan yang dinyatakan oleh sebahagian mereka bahawa mereka berpegang kepada Quran adalah tidak berasas, kerana Quran yang suci mengandungi isu-isu umum dan tidak menerangkan arahannya secara khusus. Ianya juga boleh dihuraikan dengan berbagai cara. Ia memerlukan kepada sesaorang untuk menerangkan dan untuk mengehuraikan ayat-ayatnya sebagaimana juga dengan halnya sunnah rasul yang memerlukan penyampai yang berkepercayaan dan penghurai yang berpengetahuan.



Tidak ada penyelesaian kepada masalah ini melainkan merujuk kepada ahl al-bayt, maksud saya para Imam dari keturunan yang suci yang mana Pesuruh Allah namakan sebagai wasi, pengganti.



Jika kami tambah dengan hadith yang lain kepada hadith Dua Perkara yang Berat yang disebut diatas yang membawa maksud yang sama pada tujuan dan juga matlamatnya, sebagaimana kenyataan rasul yang berikut:



‘Ali adalah bersama Quran, dan [pengetahuan] Quran ada bersama Ali, dan mereka tidak akan berpisah sehingga mereka sampai kepada saya ditasek [al-Kawthar] [90] dan juga kenyataannya, ‘Ali adalah bersama yang benar, dan kebenaran bersama Ali dan mereka tidak akan berpisah diantara satu sama lain sehingga mereka sampai kepada saya ditasek [al-Kawthar] pada hari pengadilan’ [91] kami dan penyelidik yang lain barulah akan menjadi yakin bahawa sesiapa yang meninggalkan Ali meninggalkan penghuraian kepada kitab Allah yang sebenar [awj] dan sesiapa yang mengabaikan Ali telah meninggalkan kebenaran dibelakang mereka dan mengikut kepalsuan, kerana tidak terdapat apa-apa yang melampaui kebenaran melainkan kepalsuan. Kami juga akan menjadi yakin bahawa ahl al-sunna wal-jamaa telah dengan sebenarnya meninggalkan Quran yang suci dan sunnah rasul apabila mereka meninggalkan yang benar, iaitu Ali ibn Abu Talib [as]. Ini juga satu kenyataan kepada benarnya ramalan rasul yang menunjukkan bahawa umma ini akan terbahagi kepada tujuh puluh tiga gulongan kesemuanya salah dengan pengecualian yang satu.



Parti yang terselamat adalah mereka yang mengikuti kebenaran dan juga petunjuk apabila ia mengikuti Imam Ali. Berperang dipihaknya dan menerima perdamaian apabila dia memutuskannya. Mencari petunjuk dari pengetahuannya kemudian berpegang teguh kepada para Imam dari keturunannya.



Mereka adalah manusia terbaik. Anugerah mereka adalah dengan tuhan mereka:



Tanam yang tiada kesudahan yang mengalir sungai dibawahnya, tinggal didalamnya selama-lamanya; Allah ridha terhadap mereka dan mereka kepadaNya; begitulah anugerahnya kepada sesiapa yang takut kepada tuhannya [98:7 – 8]

[87] hadith ini telah dirakamkan didalam sahih al-Tirmidhi, didalam sahih Muslim, didalam al-Hakim Mustadrak al-Sahihyn, didalam Musnad Ahmad, didalam al-Nasa’i Khasais, didalam Ibn Sa’d Tabaqat, dan oleh buku al-Tabrani, al-Suyuti, Ibn Hajar, Ibn al-Athir, dan banyak lagi [kesemuanya sunni] Untuk merujuk muka surat dan jilidnya sila rujuk muka surat 82 dan muka surat yang berikutnya dari teks asal Arab dari buku Al-Murajaat [oleh Sharafud-Din Sadr ad-Din al-Musawi al-Amili]. 
[88] Kumpulan hadith yang mereka anggap sebagai sahih 
[89] Buku yang mana perundangan agama diasaskan 
[90] Al-Hakim Mustadrak jilid 3 muka surat 124, dan juga dirakamkan oleh al-Dhahabi didalam Talkhis 

[91] AL-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-Ummal jilid 5 muka surat 30. Ibn Asakir Tarikh jilid 3 muka surat 119.

Quotes from 12 Imams

Mencintai keindahan adalah fitrah. Sampaikan keindahan Ahlul Bait dan keindahan ajaran mereka dengan cara yang indah. "Kalau manusia mendengar keindahan ucapan-ucapan kami, niscaya mereka akan mengikuti kami" (Imam Ridha as).

0 comments:

Post a Comment