Contributors

Don't miss

Friday, February 20, 2015

Syi'ah_Sunnah : Bab 20 Adakah ‘Kitab Allah dan Itrahku, Ahlul Baytku’ atau ‘Kitab Allah dan Sunnahku'


By on 2/20/2015 07:00:00 AM

12 Imam ~ Saya telah memperkatakan tajuk ini dengan secara khusus didalam buku saya Ma’al Sadiqeen [Bersama yang Benar]. Saya katakan secara ringkas bahawa kedua hadith itu tidak bertentangan diantara satu sama lain kerana sunnah yang sahih telah disimpan dengan keturunan rasul yang telah disucikan [ahl al-bayt [as]], dan bahawa penghuni rumah lebih mengetahui apa yang ada didalam rumah mereka. Ali ibn Abu Talib adalah pintu kepada sunnah rasul, dan beliau adalah lebih dipercayai sebagai penyampai hadith Islam dari Abu Hurayra, Ka’b al-Ahbar [93] atau Wahab ibn Munabbih.



Miskipun semua itu, kami terpaksa memberikan lebih penerangan dan penjelasan walaupun jika dengan melakukannya kami telah mengulang-ulanginya, kerana ada terdapat kebaikkan didalam perkara yang diulangi, mungkin sesaorang tidak membacanya disana, maka dia akan mendapatinya disini dengan penerangan tambahan dan juga penjelasan.



Pembaca budiman mungkin akan menjumpai didalam penyelidikkan ini apa yang akan menyakinkan mereka bahawa hadith yang berbunyi: ‘……kitab Allah dan keturunanku,’ adalah yang asli, dan para khalifa telah menukarkan perkataannya kepada sebutan ‘…….kitab Allah dan sunnah ku,’ supaya mereka dapat dengannya mengenepikan ahl al-bayt dari pentas hidup.



Kita terpaksa memerhatikan disini bahawa hadith yang berbunyi ‘….kitab Allah dan sunnah ku,’ tidak dianggap sahih walaupun oleh ‘ahl al-sunna wal-jamaa’ kerana mereka sendiri telah menyampaikan didalam buku sahih mereka bahawa rasul melarang mereka dari menulis sunnah baginda!! Maka, jika larangan yang sedemikian telah dibuktikan sebagai benar, bagaimana mungkin kita dapat bayangkan bahawa rasul akan berkata: ‘Saya telah tinggalkan diantara kamu sunnah ku,’ sedangkan sunnah yang sedemikian tidak pernah [tidak boleh] dituliskan dan tidak juga diketahui oleh sesiapa?! Lebih-lebih lagi, jika hadith itu perkataannya ‘..kitab Allah dan sunnah ku,’ itu benar-benar sahih, bagaimana Umar ibn al-Khattab dibolehkan didalam tindakkannya kepada Rasul Allah dengan berkata: ‘Kitab Allah mencukupi bagi kami,’?! Jika Pesuruh Allah telah meninggalkan sunnah bertulis, bagaimana Abu Bakr dan Umar dibolehkan membakarnya dan melarang manusia dari mempelajarinya?!



Jika hadith tersebut yang berbunyi ‘….Kitab Allah dan sunnah ku,’ sahih, mengapa Abu Bakr memberi khutbah sejurus selepas wafatnya rasul yang mana dia berkata: ‘Jangan sampaikan apa-apa mengenai Pesuruh Allah; sesiapa bertanya kepada kamu, katakan: ‘Diantara kami dan kamu adalah kitab Allah, maka ikutlah apa yang dihalalkan dan tinggalkan apa yang dilarang.’[94]



Jika hadith yang berbunyi ‘….Kitab Allah dan sunnah ku,’ sahih, mengapa Abu Bakr melanggarnya apabila dia memerangi mereka yang enggan membayar zakat sedangkan rasul Allah telah berkata: ‘Sesiapa yang menyebut: La ilaha illa-Allah [tidak ada tuhan melainkan Allah], nyawa dan hartanya terselamat, dan pengadilannya hanya diatas Allah.’?!



Jika hadith tersebut yang mempunyai perkataan ‘….kitab Allah dan sunnah ku,’ adalah sahih, bagaimana boleh Abu Bakr dan Umar, dan mereka-mereka yang bersetuju dengannya dari golongan para sahabat, dibolehkan dengan tindakkan mereka melanggar kesucian Fatimah al-Zahra dan serangan mereka terhadap rumahnya dan mengancam untuk membakarnya dengan semua orang yang ada didalamnya? Tidakkah mereka pernah mendengar rasul Allah berkata mengenai anaknya: ‘Fatimah adalah sebahagian dari saya; sesiapa yang telah membuat dia marah, telah membuat saya marah, dan sesiapa yang telah menyakitinya telah menyakiti saya,’? Ya, demi Allah mereka telah mendengar dan memahaminya…..Tidakkah mereka pernah mendengar ayat Quran yang berbunyi: ‘Katakan: Saya tidak meminta dari kamu sebarang hadiah kerananya melainkan berkasih sayang kepada kerabat saya,’ [42:23][terjemahan al-Maududi & al-Shakir] yang telah diwahyukan oleh Allah diatas penghormatan kepada suami Fatima dan anak-anaknya? Adakah mereka menganggap kebajikan kepada keluarga rasul [ahl al-bayt] adalah dengan menakut-nakutkan mereka, mengancam untuk membakar mereka hidup-hidup, dan menghenyak perut Fatima al-Zahra sehingga beliau keguguran?!



Jika hadith tersebut yang mempunyai perkataan ‘….kitab Allah dan sunnah ku,’ adalah sahih, bagaimana boleh Muawiya dan para sahabat yang telah memberikan sumpah kesetiaan kepada baginda rasul dan mengikutinya, mengizinkan diri mereka untuk mengutuk Ali dan menghinakan dirinya dari atas mimbar disepanjang pemerintahan Umayyad?[Lebih lapan puluh tahun] Tidakkah mereka mendengar perintah Allah bahawa mereka hendaklah mensejahterakannya sebagaimana mereka mensejahterakan rasul? Tidakkah mereka mendengar rasul berkata: ‘Sesiapa yang mengutuk Ali telah mengutuk saya, dan sesiapa yang mengutuk saya telah mengutuk Allah.’?[95]

Jika hadith tersebut yang berbunyi ‘….kitab Allah dan sunnah ku,’ adalah sahih, mengapa sunnah-sunnah yang tertentu tidak diketahui oleh kebanyakkan para sahabat, maka mereka tidak mengetahui mengenainya, sehinggakan mereka mengeluarkan fatwa agama berdasarkan dari pandangan peribadi mereka, dan begitu juga dengan kempat-empat imam yang bergantung kepada kias dan ijtihad, pada ‘pendapat ramai’ dan penutupan pintu kepada alasan dan mengambil mudah bagi kepentingan awam, dan menyokong pandangan mereka dari sebutan para sahabat yang tertentu, dan juga dari beberapa orang pemerintah, memilih mereka yang ‘kurang zalim’, dsb?!



Oleh kerana Pesuruh Allah telah meninggalkan, ‘Kitab Allah dan sunnah rasul,’ supaya dengannya dapat menyelamatkan manusia dari kesesatan, maka tidak perlulah kepada semua perkara yang telah diciptakan oleh ‘ahl al-sunnah wal-jamaah’ terutamanya setiap pembaharuan [bidaah] adalah kesesatan, dan setiap kesesatan adalah didalam api neraka, menurut dari hadith yang suci.



Manusia yang rasional [berfikiran] dan manusia yang berpengetahuan akan menyalahkan rasul kerana telah mengabaikan sunnahnya dan tidak mengarahkan kepada manusia untuk merakamkan dan menjaganya dari pengubahan, perubahan, penciptaan dan pembaharuan, kemudian berkata kepada manusia, ‘Saya tinggalkan diantara kamu Dua Perkara Berat, selagi kamu berpegang teguh kepadanya, kamu tidak akan sesat selepas ku: Kitab Allah dan sunnah ku,’ Tetapi jika manusia yang berfikiran ini diberitahu bahawa baginda rasul melarang mereka dari menulisnya, ini adalah lawak yang paling besar, kerana ini bukan perbuatan orang yang bijak: Bagaimana boleh baginda rasul melarang Muslim dari menulis sunnahnya kemudian memberitahu mereka bahawa dia [baginda rasul] akan meninggalkan sunnahnya bersama mereka?!



Ditambah pada yang diatas, yang sebenarnya bahawa kitab suci Allah, apabila kita tambah kepadanya sunnah rasul yang telah dituliskan oleh Muslim beberapa abad lalu, mengandungi apa yang batal dan apa yang membatalkan, dan ianya mempunyai maksud yang tertentu dan yang umum, dan ada yang telah ditentukan khas dan apa yang serupa kepada sesuatu yang lain, kerana ianya adalah adik kepada Quran yang suci. Tetapi semua teks [ayat] Quran yang suci adalah betul kerana Allah [awj] sendiri yang menjaganya, dan kerana ianya juga telah dirakamkan. Tetapi bagi sunnah, ianya mengandungi banyak kesalahan dari yang betul. Sunnah rasul adalah yang pertama dan yang mula-mula memerlukan sangat kepada sesaorang yang telah dipelihara oleh ilahi dari melakukan sebarang kesalahan supaya dia dapat menunjukkan pada ketepatan maksudnya dan membongkar segala perubahan yang telah dilakukan terhadapnya. Sesiapa yang tidak dipelihara oleh ilahi dari membuat dosa tidak akan dapat melakukan perkara seperti ini walaupun dianya seorang ulama dari para-para ulama.



Kedua-duanya Quran yang suci dan sunnah rasul, sangat-sangat memerlukan kepada ulama yang berpengetahuan tinggi yang telah menyelami dengan mendalam akan arahan didalamnya dan mengetahui akan segala rahsianya supaya dia dapat menunjukkan kepada manusia, selepas wafatnya rasul, segala isu-isu yang mereka berbeza padanya dengan yang mana mereka telah mengetahuinya.



Tidakkah kamu lihat bagaimana Allah [awj] menunjukkan dengan sebenarnya bahawa Quran yang suci memerlukan sesaorang untuk menerangkannya, katanya: ‘Kami telah mewahyukan peringatan [Quran] supaya kamu dapat menerangkan kepada manusia apa yang telah diwahyukan kepada mereka dan supaya mereka akan memikirkan.’[16:44]? Jika rasul tidak ada diantara manusia untuk menjelaskan wahyu tersebut kepada mereka, Quran tidak akan diturunkan kepada mereka. Mereka pastinya tidak akan tahu perintah Allah walaupun jika Quran telah diturunkan didalam bahasa mereka sendiri. Ini adalah suatu perkara yang mudah bagi akal yang mana tiada siapa mempertikaikan, dan telah diketahui umum. Walaupun Quran yang suci telah diwahyukan dan arahannya pada solat, zakat, puasa, dan haji, Muslim masih memerlukan penerangan dari rasul terutama bagindalah orangnya yang telah menunjukkan kepada mereka bagaimana untuk melakukan solat, berapa banyak zakat yang perlu dibayar, apakah perundangan yang berkaitan dengan puasa, apakah perbuatan-perbuatan yang termasuk didalam fardu haji, dsb… Jika tidaklah kerana baginda, manusia tidak akan tahu padanya.



Jika Quran yang suci, yang tidak mengandungi pertentangan didalamnya, dan yang mana kepalsuan tidak dapat mendatanginya dari depan atau dari belakang, memerlukan kepada sesaorang untuk menerangkannya, inikan pula sunnah yang sangat-sangat memerlukan, lebih dari Quran, kepada sesaorang untuk menerangkannya, disebabkan terdapat banyaknya pertentangan hasil dari semua jenis penyusupan dan penipuan yang telah masuk kedalamnya. Keperluan yang begini adalah lumrah, bahkan keperluan yang wajar, bahawa setiap pemberita harus menjaga risalah [berita] yang mana dia telah dihantar kerananya, maka dia melantik sesaorang untuk menggantinya didalam melakukan tugas yang tersebut. Perlantikan yang sedemikian, iaitu sebagai pengganti dan penjaga hanya dilakukan melalui wahyu ilahi supaya berita itu tidak akan mati apabila dia mati; disebabkan inilah bahawa setiap para rasul mempunyai penggantinya.



Ini adalah untuk memenuhi keperluan yang menekan bahawa pesuruh Allah telah melantik wazir dan pengganti keatas ummanya adalah Ali ibn Abu Talib yang mana baginda telah besarkan dari kecil dan telah di didik dengan keperibadian rasul. Baginda mengajarnya semasa dia membesar pengetahuan generasi terdahulu dan yang kini, memperkenalkan kepadanya dan hanya dia dengan rahsia yang tiada siapa lain yang tahu, mengarahkan umma kepadanya dari masa kesemasa, menasihati mereka kepadanya berulang kali. Baginda sebagai contoh memberitahu mereka suatu ketika: ‘Ini adalah saudara saya, pengganti, dan khalifah selepas kamu,’ diketika yang lain, ‘Saya adalah rasul yang terbaik, sedangkan Ali adalah pengganti rasul yang terbaik dan manusia yang terbaik yang saya tinggalkan [selepas saya wafat].’ Dia juga berkata, ‘Ali adalah dengan yang benar dan kebenaran bersama dia,’ dan, ‘Ali adalah bersama Quran dan [pengetahuan] Quran bersama dia,’ dan, ‘saya berperang oleh kerana untuk menerangkan Quran sedang Ali akan berperang untuk menjaga penghuraiannya, dan dialah yang akan menerangkan kepada umma saya apa saja yang mereka berbeza mengenai saya,’ dan, ‘Tiada siapa yang membayarkan apa-apa yang berhak keatas saya melainkan Ali, dan dia adalah wali bagi setiap yang beriman selepas saya,’ dan, ‘Ali kepada saya adalah seperti Haron kepada Musa,’ dan, ‘Ali adalah dari saya, dan saya dari Ali, dan dia adalah pintu kepada pengetahuan saya.’ [96]



Dan telah dibuktikan secara ilmiah dan dengan sejarah, bahkan juga telah disokong oleh penulisan riwayat hidup, bahawa Ali, yang sebenarnya, adalah penguasa yang mana para sahabat, mahupun yang terpelajar dan juga yang jahil, bergantung. Mencukupilah dengan pengakuan ‘ahl al-sunna wal-jamaa’ bahawa Abdullah ibn Abbas, yang mereka gelar ‘ulama bagi umma’ adalah pelajar Ali, yang telah diberi ijazah dari sekolah pengetahuannya, dan mencukupi juga sebagai bukti yang sebenarnya bahawa semua cabang pengetahuan yang telah dipelajari oleh Muslim adalah berasal darinya [as][97]



Cuba kita katakan bahawa hadith, ‘…kitab Allah dan sunnah ku,’ bertentangan dengan yang perkataannya adalah, ‘……kitab Allah dan Itrat ku,’ maka yang kedualah akan lebih diutamakan dari yang pertama kerana Muslim yang berfikiran akan merujuk kepada para Imam ahl al-bayt untuk penerangan terhadap konsep [pengertian] yang tertanam didalam Quran yang suci dan juga sunnah. Tetapi jika sesaorang menerima hanya hadith yang mengandungi perkataan, ‘….kitab Allah dan sunnah ku,’ maka dia akan tertanya-tanya mengenai kedua-duanya Quran dan sunnah dan tidak dapat menjumpai penguasa yang berkepercayaan yang boleh menerangkan untuk dirinya perundangan yang dia tidak dapat memahaminya, atau yang mana terdapat perbezaan diantara para-para ulama atau kenyataan yang bertentangan.



Tidak ada keraguan bahawa jika kita mengambil apa yang ulama ini kata dan ulama yang itu kata, atau adakah dia hendak mengikut pandangan mazhab ini atau mazhab itu, akhirnya dia akan mengikuti dan menerima tanpa bukti kepada benarnya atau kekurangan yang terdapat pada ahli fiqh ini atau itu. Untuk menerima mazhab ini dan menolak mazhab itu adalah fanatik yang buta, dan ikutan yang tidak berasas. Allah [awj] telah mengatakan yang berikut didalam hal ini: ‘Dan kebanyakkan mereka hanya mengikut sangkaan; sesungguhnya sangkaan tidak dapat menghasilkan apa-apa terhadap yang benar; sesungguhnya Allah amat mengetahui apa yang mereka lakukan.’ [10:36] Biar saya bawakan satu contoh untuk kamu supaya para pembaca akan mengetahui kesahihan hadith ini, dan supaya kebenaran dapat dibezakan dari kepalsuan:



Jika kita mengambil Quran yang suci dan membaca ayat didalamnya yang merujuk kepada wudu’, kita akan membaca apa yang Allah [awj], telah katakan seperti berikut: ‘….. Dan sapu [kemudiannya] kepala kamu dan kaki sehingga kebuku lali,’ [5:6]; kita terus akan memahami bahawa ianya bermaksud bahawa menyapu kaki dilakukan sama seperti menyapu kepala. Bahkan jika kita lihat kepada apa yang sebenarnya dilakukan oleh Muslim, jika akan melihat bahawa mereka berbeza diantara satu dengan yang lain: kesemua ahl al-sunna wal-jamaa membasuhnya, sedangkan semua shia menyapunya! Makanya kita akan tertanya-tanya dan menjadi keliru: kumpulan manakah yang betul?



Jika kita merujuk kepada ulama diantara ahl al-sunnah wal-jamaah, dan kepada para mufassirin (ahli tafsir) mereka, kita akan dapati mereka berbeza diantara satu sama lain dengan yang berkaitan perundangannya, masing-masing menurut pada hadith yang mereka bergantung padanya. Mereka kata bahawa terdapat dua cara pada pembacaan huruf Arab yang asal, pada perbuatan menyapu atau membasuh: satu cara mengesyorkan supaya ia disebutkan sebagai arjulakum, dan yang lain mengesyorkan bahawa sebutannya adalah arljulikum. Kemudian mereka berbalah dengan mengatakan bahawa kedua cara adalah betul, iaitu sesiapa yang membacanya sebagai arjulakum harus membasuhnya dan sesiapa yang membacanya sebagai arjulikum harus menyapunya! Kumpulan ulama yang ketiga, yang benar-benar mahir didalam Bahasa Arab dari kumpulan ulama sunni [98] berkata: ‘Kedua-dua cara membaca ayat ini mewajibkan pada menyapu,’ seraya menambahkan bahawa Quran yang suci menunjukkan pada menyapu sedangkan sunnah mengatakan pada membasuhnya!



Sebagaimana yang kamu boleh lihat, wahai pembaca, ulama ahl al-sunnah wal-jamaah tidak menghilangkan kekeliruan kami dari segala kenyataan mereka yang bercanggah. Bahkan, mereka menambahkan lagi kesangsian kami, apabila mereka katakan bahawa sunnah bertentangan dengan Quran yang suci, sedangkan rasul bersih dari tuduhan melakukan apa-apa yang bertentangan dengan arahan yang dinyatakan didalam Quran yang suci; dia tidak pernah membasuh kakinya apabila mengerjakan wudu’. Jika rasul telah membasuh kaki semasa wudu’, tentu tidak terdapat para-para sahabat yang sangat dihormati yang akan menyalahi baginda, setelah diketahui bahawa para sahabat adalah manusia yang berpengetahuan dan berilmu, dan mereka rapat kepada baginda dan telah melihat apa yang baginda lakukan. Diantara sahabat-sahabat itu adalah Ali ibn Abu Talib, Ibn Abbas, al-Hasan dan al-Husayn, Huthayfah dari Yaman, dan Anas ibn Malik. Kesemua sahabat yang membaca perkataan itu sebagai arjulikum, yang mewakili kebanyakkan qari [pembaca], sebagai tambahan kepada semua shia yang mencontohi dari para Imam dari keturunan rasul yang suci, telah mengatakan bahawa kaki hendaklah disapu, bukan basuh, semasa wudu’.

Maka apakah penyelesaiannya?



Tidakkah kamu lihat wahai pembaca bahawa kebanyakkan Muslim tinggal keliru mengenai keraguannya jika dia tidak dapat merujuk kepada sesaorang yang boleh dipercayainya? Dia, sebaliknya tidak akan menjumpai apa yang sebenar dan bagaimana untuk mengetahui apa perintah Allah yang betul dan apa yang palsu yang dikatakan dariNya.



Saya dengan sengaja telah membawakan kepada kamu wahai pembaca, contoh ini dari Quran yang suci supaya kamu dapat mengetahui sejauh manakah perbezaan pendapat dan pertentangannya yang mana ulama Muslim dari ahl al-sunna wal-jamaa sedang tertanya-tanya mengenainya, sesuatu yang selalu dilakukan oleh rasul dengan berulang kali didalam masa satu hari, dan selama dua puluh tiga tahun….. Ini adalah sesuatu yang mana semua manusia, yang awam dan juga yang elit, diantara para sahabat rasul, seharusnya telah biasa dengannya. Bahkan kita dapati ulama ahl al-sunna berbeza pendapat diantara mereka: sebahagian membaca satu perkataan [Quran yang suci] begini, dan yang lainnya membaca dengan cara yang berbeza, menghasilkan perundangan agama yang berbeza, setiap kumpulan mengikut dengan cara apa yang mereka baca. Dan ulama tersebut mempunyai didalam tafsiran mereka pada kitab Allah dan pembentukkan pada perundangannya, menurut pada apa yang mereka baca, terdapat banyak perbezaan yang sudah tidak asing lagi bagi para penyelidik. Jika perbezaan yang amat ketara ini adalah berkenaan dengan penghuraian kitab Allah, adalah lebih amat ketara lagi perbezaan mereka dengan yang bekenaan sunnah rasul…., maka apakah penyelesaian baginya?



Jika kamu katakan bahawa kita harus merujuk kepada sesaorang yang boleh dipercayai untuk menerangkan dan menjelaskan arahan yang tepat dari Quran yang suci dan sunnah, kami akan meminta kepada kamu untuk menamakan orang yang bijak bercakap itu, kerana Quran yang suci dan sunnah tidak [dengan dirinya] menyelamatkan sesaorang dari kesesatan; kedua-duanya tidak berbunyi; mereka tidak berkata-kata; dan mereka membolehkan berbagai-bagai penghuraian’ sebagaimana yang telah kami nyatakan diatas dengan berkenaan ayat yang berkaitan dengan wudu. Kita telah bersetuju, wahai pembaca, bahawa kita seharusnya mengikuti ulama yang berpengetahuan dengan fakta-fakta yang berkenaan dengan Quran yang suci dan sunnah, dan perselisihan diantara kekal pada mengenali siapakah ulama tersebut.



Jika kamu katakan bahawa mereka adalah para ulama umma yang telah diketuai oleh para sahabat, kita telahpun ketahui mengenai perbezaan mereka terhadap ayat yang berkaitan dengan wudu’, dan dengan banyak isu-isu yang lainnya dan kita telahpun mengetahui bahawa mereka berperang sesama sendiri dan saling memanggil sesama sendiri kafir; makanya kita tidak boleh berharap kepada mereka kesemuanya; bahkan hanya diantara mereka yang beriman sahaja yang harus kita harapkan, dan permasalahan kita masih berterusan.



Dan jika kamu katakan bahawa kita harus merujuk kepada para imam dari keempat-empat mazhab, kita juga telahpun ketahui bahawa mereka telah bertentangan diantara mereka didalam banyak isu, sehinggakan bahawa sebahagian mereka menganggap sebutan Basmalah dengan terang dan jelas adalah makruh, sedangkan yang lain berkeputusan bahawa tanpanya, salat tidak sah. Kamu juga telah mengetahui bagaimana telah terjadinya mazhab-mazhab ini, ianya telah diciptakan oleh pemerintah yang zalim, dan bahawa ianya telah jauh dari masa rasul, dan tidak mengetahui para sahabat, jauh sekali dari mengenal diri rasul.



Kita hanya mempunyai satu penyelesaian sahaja ditangan iaitu: untuk merujuk kepada para Imam dari keturunan yang suci, dari keturunan rasul, ahl al-bayt yang mana Allah telah bersihkan dari segala kekotoran dan mensucikan mereka sepenuhnya, yang hanya melakukan kebajikan, ulama yang tiada siapa dapat melebihi mereka didalam pengetahuan atau keimanan, dan didalam memelihara agama dan ketaatan. Mereka, dan hanya mereka yang dilindungi oleh Allah dari pembohongan atau kesilapan, sebagaimana yang dinyatakan oleh Quran yang suci [99] dan juga dari pengesahan dari datukanda mereka, rasul yang agung.[100]



Allah telah membenarkan mereka untuk mewarisi pengetahuan kitabNya selepas memilih mereka untuk tugas ini, dan rasul Allah telah mengajari mereka apa yang diperlukan oleh manusia, telah mengesyorkan mereka kepada umma, dengan berkata: ‘Persamaan ahl al-bayt ku diantara kamu adalah seperti bahtera nabi Nuh: sesiapa yang menaikinya akan terselamat, dan sesiapa yang tertinggal dibelakang akan karam.’ Ibn Hajar, seorang ulama ahl al-sunnah wal-jamaah telah mengatakan yang berikutnya ketika menerangkan hadith tersebut dan mengaku akan kesahihannya:



Sebab mengapa baginda membezakan mereka dengan bahtera adalah bahawa sesiapa yang mencintai dan memuliakan mereka seumpama berterima kasih kepada yang Satu yang telah menganugerahkan kepada mereka dengan kesejahteraan, mengikuti petunjuk dari ulama mereka, akan terselamat dari kegelapan kesesatan, sedangkan sesiapa yang tertinggal dibelakang akan lemas didalam lautan kedurjanaan terhadap rahmat Allah dan akan lenyap didalam laluan kezaliman. [101]



Sebagai tambahan yang diatas kepada fakta bahawa kamu tidak dapat menjumpai walaupun seorang ulama yang terdahulu ataupun sekarang didalam umma Islam, semenjak dari zaman para sahabat hingga kehari ini, yang mengatakan bahawa dia lebih berpengetahuan atau terlebih baik dari para Imam dari keturunan rasul yang suci, tidak juga kamu boleh mencari sesiapa dari umma ini yang mengatakan bahawa dia mengajar mana-mana Imam dari ahl al-bayt atau memberi petunjuk kepada mereka didalam apa-apa pun juga. Jika kamu, wahai pembaca, ingin melihat kepada bukti yang lebih dan penerangan kepadanya, kamu hendaklah membaca Al-Muraja’at dan Al-Ghadeer. [102] Bahkan apa yang telah saya berikan seharusnya memadai jika kamu seorang yang berfikiran adil, terutama kerana hadith yang telah dimulai adalah ‘Saya telah tinggalkan diantara kamu Dua Perkara Berat….. dsb.’ adalah yang benar yang telah disahkan oleh penjelasan dan fikiran [perasaan] dan yang telah disokong oleh kedua-duanya sunnah dan Quran yang suci.



Maka telah menjadi nyata kepada kami sekali lagi, melalui bukti yang terang yang tidak dapat dibantah, bahawa Imami shia adalah pengikut sunnah rasul yang sebenar, sedangkan ahl al-sunnah wal-jamaa telah mentaati pemerintah dan pegawai pentadbir mereka, dan yang telah menyesatkan mereka dan membiarkan mereka meraba-raba didalam gelap.



Segala puji tertentu bagi Allah, tuhan sekelian alam, kerana telah memberi petunjuk kepada mereka yang telah dipilihNya dari kalangan hambaNya.

[93] Nama penuhnya adalah Abu Ishaq Ka’b ibn Mati’ [mati 32 AH / 652 AD] Dia adalah seorang Yahudi dari Yaman yang berpura-pura telah memelok Islam kemudian pergi ka Madina semasa pemerintahan Umar ibn al-Khattab. Kemudian dia pergi ke Syria untuk menjadi penasihat Muawiya. Dia mati disana. Dia dipercayai telah berjaya memasukkan banyak kepercayaan Judais kedalam kepercayaan Islam. Pent. 
[94] Al-Dhahabi Tadhkirat al-Huffaz jilid 1 muka surat 3 
[95] Al-Hakim, Mustadrak, jilid 3 muka surat 121, menyebutkan hadith ini dan mengatakan: ‘Ianya adalah sahih menurut kepada cara dan pengesahan yang diikuti oleh kedua-dua shaykh [Bukhari dan Muslim] yang tidak! merakamkannya. Ianya juga dirakamkan pada muka surat 73 dari buku al-Suyuti, Tarikh al-Khulafa, pada muka surat 24 dari al-Nisai Khasais dan pada muka surat 82 dari al-Khawarizmi, Al-Manaqib. 
[96] Kesemua hadith ini telah dianggap oleh ahl al-sunna wal-jamaa sebagai sahih, dan telah dirakamkan oleh kebanyakkan dari ulama mereka yang mengakui akan kesahihannya. Kami telah membincangkannya didalam buku kami yang lalu. Sesiapa yang ingin melihat rujukan kepadanya hendaklah membaca Al-Muraja’at yang telah disahkan oleh Husayn al-Radi 
[97] Rujuk untuk keterangan lebih lanjut kepada pengenalan Sharh Nahjul-Balagha oleh ulama Mu’tazilite Ibn Abul-Hadid. 
[98] Al-Fakhr al-Razi telah menyatakan pandangan ini pada muka surat 161, jilid 11 dari buku Al-Tafsir al-Kabir. 
[99] Pada kenyataan tersebut yang didalam ayat 33 surat al-Ahzab [bab33] yang dibacakan: ‘Sesungguhnya kehendak Allah untuk mengeluarkan dari kamu, O ahl al-bayt, segala kekotoran, dan mensucikan kamu dengan kesucian secukupnya.’ 
[100] Diantara kenyataan sokongan baginda [saw] adalah ‘Berpegang teguhlah kepada kitab Allah dan kerurunan ku; selagi kamu berpegang kepada keduanya serentak, kamu tidak akan sesat selepas aku.’ Sebagaimana kitab Allah yang telah diselamatkan oleh Allah dari sebarang kesalahan, begitu juga dengan kesnya keturunan yang suci. Sesiapa yang tidak ma’sum tidak boleh diharapkan untuk memberi petunjuk kepada yang lain. Dia yang sendirinya boleh membuat kesalahan adalah memerlukan kepada petunjuk. 
[101] Ini telah dinyatakan pada muka surat 151 AL-Sawa’iq al-Muhriqa oleh ulama Shafii Ibn Hajar 
[102] Sejauh pada pengetahuan saya, tidak ada terjemahan Ingeris pada jilid 11 ensiklopedia berjudul AL-Ghadeer fil Kitab wal sunna wal Adab oleh Abd al-Husayn Ahmad al-Amini al-Najafi yang boleh didapati. Edisinya yang keempat telah diterbitkan dalam tahun 1397 AH / 1977 AD oleh Dar al-Kitab al-Arabi di Beirut, Lebanon. Buku ini memerlukan sebuah buku yang lain untuk menerangkan akan nilai penulisannya, pengetahuan yang dikandunginya dan juga data yang mana telah memenuhinya. Pent.

Quotes from 12 Imams

Mencintai keindahan adalah fitrah. Sampaikan keindahan Ahlul Bait dan keindahan ajaran mereka dengan cara yang indah. "Kalau manusia mendengar keindahan ucapan-ucapan kami, niscaya mereka akan mengikuti kami" (Imam Ridha as).

0 comments:

Post a Comment