Contributors

Don't miss

Friday, February 27, 2015

Syi'ah_Sunnah : Bab 24 Taqlid dan Maraji' Menurut Shiah


By on 2/27/2015 07:00:00 AM

12 Imam ~ Setiap Muslim yang dewasa, selagi dia bukan seorang mujtahid, iaitu, sesaorang yang mampu mendapatkan perundangan agama dari kitab Allah dan sunnah, adalah wajib untuk mengikuti penguasa agama yang mempunyai pada dirinya pengetahuan, adil, wara’, zuhud dan takut kepada Allah yang menepati dengan ayat yang berbunyi, ‘Maka tanyalah kepada pengikut yang memberi peringatan jika kamu tidak mengetahui’ [16:43]



Jika kita selidiki perkara ini, kita akan dapati Imami shia telah mengikuti turutan kejadian tersebut berterusan tanpa sebarang gangguan didalam pertalian maraji’ [penguasa agama] mereka, semenjak dari wafatnya rasul Allah sehingga kehari ini.



Shia terus mengikuti Imam yang dua belas dari ahl al-bayt [as]. Para Imam ini hadir berterusan selama lebih dari tiga abad tiada putus, dan tanpa ada diantara mereka yang bertentangan dengan yang lain didalam apa saja yang diperkatakan. Ini disebabkan kerana teks yang berkaitan dengan syariah diambil dari kitab Allah dan juga sunnah. Ini sajalah yang menjadi rujukan mereka. Mereka tidak pernah mengikuti kias ataupun pandangan peribadi mereka. Jika mereka telah melakukan itu, perselisihan diantara mereka akan diketahui oleh semua pihak sebagaimana kesnya dengan pengikut ‘ahl al-sunna wal-jamaa.’



Kami membuat kesimpulan dari yang diatas bahawa mana-mana mazhab ahl al-sunna wal-jamaa sama ada ianya Hanafi, Maliki, Shafii atau Hanbali, adalah berdasarkan pada pandangan seorang yang telah jauh dari zaman dimana wahyu telah turunkan; mereka tidak punya pertalian terus dengan rasul Allah sama sekali.



Dan bagi mazhab Imami shia, ianya berturutan dari dua belas Imam yang dari keturunan rasul: sianak menyebutkan dari bapanya dan begitulah seterusnya. Seorang darinya, iaitu Imam Ja’far al-Sadiq, berkata: ‘Hadith yang saya sampaikan adalah dari ayah dan datuk saya, dan hadith datuk saya adalah hadith Amirul Mukminin Ali ibn Abu Talib yang menyebutnya dari pesuruh Allah, dan hadith pesuruh Allah adalah dari Jibril [as], yang mana adalah kata-kata yang Maha Agung.’



‘Jika ianya bukan dari sesiapa selain dari Allah, mereka akan dapati banyak perselisihan didalamnya…’ [4:82]



Kemudian datang masa ghaib bagi Imam yang ma’sum. Masa ini memerlukan manusia pada mengikuti ulama faqih diantara mereka yang mempunyai didalam diri mereka syarat-syarat yang dinyatakan diatas.



Kemudian pertalian para mujtahid faqih bermula sejak masa itu, dan ianya telah berterusan sehingga kehari ini tanpa gangguan. Semasa dikala itu, satu atau lebih marji’ akan naik ketahap kecemerlangan diantara umma yang akan di ikuti oleh shia didalam amalan mereka. Ini dilakukan dengan menurut pada buku arahan dari para ulama [risalas] yang mana setiap marji’ hasilkan dari kitab Allah dan juga sunnah tanpa menyatakan pandangan peribadi melainkan didalam rujukan kepada isu kemajuan teknologi sains yang moden seperti pemindahan jantung atau pembedahan organ, permainan beradas, urusniaga bank, dsb.



Seorang mujtahid tertentu mungkin dikenali dengan kelebihan yang dimiliki diatas semua yang lain melalui darjah pengetahuannya. Shia merujuk kepada mujtahid yang demikian sebagai al-Marji al-a’la, penguasa agama yang tertinggi, atau ketua mazhab atau al-hawza al-ilmiyya, jenis kumpulan terpelajar universiti yang tertinggi. Ini membolehkannya untuk mendapat pandangan dan kehormatan dari penguasa yang lain. Disepanjang abad, shia mengikuti ahli faqih dizamannya yang melalui apa juga masalah yang mereka lalui, dan mengambil tahu apa saja mengenai semuanya, maka mereka bertanya kepadanya dan dia memberikan jawapannya.



Maka shia pada segala zaman telah mengekalkan pada dua punca asas bagi syariah Islam: kitab Allah dan sunnah rasul, sebagai tambahan kepada teks yang disampaikan oleh Imam yang dua belas dari keturunan rasul yang suci. Makanya ulama mereka tidak merasakan perlu sama sekali untuk bergantung kepada kias, atau untuk menyatakan pandangan sendiri, kerana shia telah bersusah payah untuk merakamkan dan menjaga sunnah rasul semenjak dari masa Ali ibn Abu Talib dan akan berterusan sehingga kehari pengadilan. Para Imam dari keturunannya telah mewarisi yang sama, anak dari bapa, dan seterusnya, menghargai teks yang demikian sebagaimana manusia menghargai emas dan perak.



Kami telahpun menyebutkan kenyataan shuhada Ayatullah Muhammad Baqir al-Sadr yang dia telah rakamkan didalam risalanya sendiri yang menunjukkan bahawa dia tidak bergantung melainkan kepada Quran yang suci dan sunnah rasul. Menyata shuhada al-Sadr adalah sebagai contoh; kesemua penguasa shia tanpa sebarang pengecualian telah melakukan yang sama.



Penyelidikan yang ringkas ini mengenai isu ikutan agama terhadap shia dan penguasa agama telah menjadikan nyata kepada kami bahawa Imami shia lah yang telah mengikuti Quran yang suci dan sunnah rasul sebagaimana yang telah disampaikan oleh Ali, pintu bagi pengetahuan rasul, dan ulama yang mendapat petunjuk dari Allah dan penasihat bagi umma selepas rasul dan yang mengikut Quran yang suci telah dijadikan dari ruh rasul [121]



Maka sesiapa datang kepada kota dan memasukinya melalui pintu akan sampai kepada pancutan air; dia akan mengambil sehingga penuh [puas] dan akan merasa segar sepenuhnya. Dia juga akan berpegang teguh pada ikatan yang tidak akan terbuka kerana Allah [awj] telah berkata: ‘Masuklah kedalam rumah melalui pintunya…’ [2:189] Sesiapa yang memasuki kedalam rumah melalui yang lain dari pintunya akan dikatakan sebagai pencuri dan tidak akan dapat memasukinya, tidak juga dia mengetahui akan sunnah rasul, dan Allah sesungguhnya akan menangkapnya dan menghukumnya kerana telah menceroboh.

[121] Ini adalah rujukan kepada ayat yang berbunyi: ‘Katakan: Marilah kita panggil anak-anak kita dan anak-anak kamu, dan perempuan-perempuan kita dan perempuan-perempuan kamu dan diri kami, dan diri kamu, kemudian bersungguh-sungguh berdoa dan memohon kepada Allah untuk mengutuk mereka yang dusta.’

Quotes from 12 Imams

Mencintai keindahan adalah fitrah. Sampaikan keindahan Ahlul Bait dan keindahan ajaran mereka dengan cara yang indah. "Kalau manusia mendengar keindahan ucapan-ucapan kami, niscaya mereka akan mengikuti kami" (Imam Ridha as).

0 comments:

Post a Comment