12 Imam ~ Sesungguhnya para sahabat adalah manusia yang boleh membuat kesalahan. Seperti manusia lainnya, mereka mempunyai kewajipan dan hak. Sesungguhnya mereka dihormati kerana menjadi sahabat rasul selagi mereka menghormati dan memelihara persahabatan yang sedemikian, jika tidak, siksaan bagi mereka dua kali ganda kerana hukuman Allah mengatakan bahawa seorang yang jauh dari rasul tidak akan disiksa sebagaimana mereka yang dekat. Sesaorang yang telah mendengar dari rasul secara terus, melihat cahaya kerasulan, menyaksikan akan mukjizatnya dengan keyakinan dan telah beruntung mendapat pengajian dari rasul sendiri tidaklah sama seperti yang yang hidup dizaman sesudah rasul yang tiada pernah melihat baginda dan tidak juga mendengar darinya.
Penerangan dan kesedaran telah mengutamakan sesaorang yang hidup dizaman kita, yang menghormati kitab Allah dan sunnah rasul dan melaksanakan perundangannya, keatas para sahabat yang hidup bersama pesuruh Allah, yang berdamping dengannya, tetapi kewajipan tidak dapat menembusi hatinya, dia menerima Islam hanya kerana mengikut keadaan semasa sahaja. Dia tidak mengikuti rasul didalam keimanan dan wara’ semasa hidupnya bersama rasul. Apabila rasul wafat, sahabat begitu berpaling dan balik kepada asal.
Inilah yang dikatakan oleh kitab Allah dan sunnah pesuruhNya, sebagai tambahan kepada apa yang dipersetujui oleh minda dan daya kesedaran, dan oleh sesiapa saja yang mempunyai sedikit ilmu pengetahuan tentang Quran yang suci dan sunnah rasul yang sahih. Manusia sedemikian tidak akan meragui fakta ini, tidak juga dia mencari pilihan yang lain baginya.
Satu bukti untuk hujah ini adalah firman yang berbunyi, ‘Wahai para isteri rasul! Sesiapa yang melakukan kesalahan dengan terang, maka siksaannya akan digandakan, dan ini adalah mudah bagi Allah.’ [33:30]
Para sahabat rasul termasuk mereka-mereka yang beriman dan telah sempurna kepercayaan mereka serta mereka-mereka yang mempunyai keyakinan yang goyah [tidak berapa percaya]. Diantara mereka ada yang hatinya tidak menyerah dan tidak yakin. Diantara mereka ada yang wara’ dan zuhud begitu juga ada individu yang cuai yang hanya mencari kepentingan diri. Diantara mereka ada yang mulia lagi adil dan begitu juga yang kejam. Sebahagian mereka beriman dan menegakkan yang benar dan begitu juga ada yang melakukan maksiat dan melanggar segala larangan. Mereka juga termasuk ulama yang melaksanakan apa yang dipelajari dan begitu juga yang jahil yang mengadakan bidaa. Diantara mereka ada yang ikhlas dan juga yang hipokrit. Diantara mereka ada yang melanggar sumpah mereka, yang menyimpang dari jalan yang lurus dan yang berpaling tadah.
Oleh kerana Quran yang suci, hadith rasul yang suci lagi sahih dan sejarah telah menyatakan semua fakta ini dan dengan jelas menerangkannya, tuntutan yang diutarakan oleh ahl al-sunna wal-jamaa bahawa semua sahabat adalah baik dan adil menjadi sesuatu yang tidak diterima akal yang tidak mempunyai apa-apa nilai sekali pun, walau bagaimana pun ianya bertentangan dengan Quran yang suci dan juga sunnah. Ianya bertentangan juga dengan sejarah, minda [logik] dan daya kesedaran manusia. Ini tidak lain dari fanatik dan kata-kata yang tidak dapat dibuktikan, kenyataan yang tidak logik.
Sesiapa yang menyelidikki perkara ini akan tertanya-tanya mengenai cara pemikiran ahl al-sunna wal-jamaa, sesuatu yang bertentangan dengan akal, fakta dan sejarah. Tetapi apabila dia membaca mengenai peranan yang dimainkan oleh Umayyad, dan cara yang digunakan oleh Abbasid, untuk menggukuhkan tapak bagi dokterin [kepercayaan] ini, maksud saya menghormati semua para sahabat dan menjauhi dari mengkritik mereka atau meragui kehormatan mereka, kekaguman mereka akan hilang. Dia tidak akan mempunyai apa-apa keraguan lagi bahawa mereka-mereka ini dengan sengaja melarang sesiapa dari mengkritik para sahabat supaya mereka dari Umayyad tidak akan dikritik dan dihina, dan supaya tindakan yang zalim yang mereka telah lakukan terhadap Islam, rasul Islam dan umma Islam tidak akan terbongkar.
Abu Sufyan, Muawiya, Yazid, Amr ibn al-As, Marwan ibn al-Hakam, al-Mughirah ibn Shubah dan Bisr ibn Arta’ah adalah semua sahabat yang telah memerintah Muslim. Bagaimana mereka boleh; tidak menghalang sebarang kritikan terhadap sahabat? Bagaimana mereka boleh; tidak memalsukan hadith mengenai mereka yang melebelkan setiap seorang mereka sebagai adil dan saksama supaya kemuliaan seperti itu termasuk mereka juga dan maka tiada siapa yang berani untuk mengkritik mereka atau membincangkan tindakkan mereka?
Mereka melebelkan sesiapa saja diantara Muslim yang melakukan itu sebagai kafir, murtad, berdosa, menggeluarkan perundangan Islam yang membolehkan dia dibunuh. Mereka menghalang mayatnya dimandikan dan dikafankan yang perlu dilakukan hanya ditolak dengan kayu kedalam lobang kubur, sebagaimana kami telah katakan diatas. Apabila mereka hendak membunuh shia, mereka akan menuduhnya telah menghina para sahabat dengan secara lisan. Apa yang dimaksukkan oleh mereka adalah mengkritik dan memburukkan sebahagian dari tindakkan mereka, suatu sebab yang pada mereka telah mencukupi untuk membunuh dan menghapuskan mereka.
Bahkan mereka telah melampauinya: Mencukupi bagi sesaorang untuk bertanya akan maksud sesuatu hadith untuk dibunuh, dan disini adalah buktinya:
Didalam Tarikh, Baghdadi Khateeb telah menyatakan yang berikut:
Satu hadith yang disampaikan oleh Abu Hurayra telah dinyatakan satu ketika dihadapan Haroun al-Rasheed. Ianya berbunyi: ‘Musa bertemu Adam suatu ketika yang mana dia bertanya kepadanya, ‘Adakah kamu orangnya yang telah menjadikan kami dikeluarkan dari syurga?’ Seorang dari Quraysh yang hadir kemudian bertanya, ‘Dimanakah Adam bertemu dengan Musa?!’ Al-Rasheed telah menjadi amat marah dan berkata, ‘Telah bercakap terlalu banyak dan pedang berjalan seiring dengannya; bunuhlah atheis ini yang telah meragui hadith pesuruh Allah.’ [284]
Apabila sesaorang seperti yang ini, pastinya seorang yang sangat dihormati dan mempunyai kedudukan kerana dia menghadiri mesyuarat yang diadakan oleh al-Rasheed, telah dipenggal kepalanya hanya kerana dia bertanya mengenai dimanakah Adam bertemu dengan Musa, jangan bertanya kepada saya mengenai shia yang menuduh Abu Hurayra sebagai pendusta, mengasaskan kepada fakta bahawa para sahabat, yang diketuai oleh Umar ibn al-Khattab, menolak hadith darinya. Maka para penyelidik akan mengetahui pertentangan yang telah masuk kedalam banyak hadith dan begitu juga perkara yang tercela dan mustahil dan yang nyata menghinakan.
Semua ini berlaku kerana kritikan dan memburukan adalah larangan agama: Ianya akan membawa sesaorang kepada kebinasaan. Walaupun jika sesaorang bertanya untuk diberikan penerangkan supaya dia boleh sampai kepada perkara yang sebenar, dan dikatakan sebagai yang banyak bertanya dan menyelidik sudah pastinya akan dihukum mati supaya dapat menjadi pengajaran kepada yang lain, supaya tiada siapa lagi sesudahnya yang berani menyatakan pendapatnya.
Kerap juga saya berhujah dengan beberapa orang dari ulama kita [285] bahawa para sahabat tidak menerima kebenaran yang sedemikian; bahkan mereka sendiri meragui hadith yang disampaikan sesama mereka apabila terdapat percangahan dengan Quran, dan bahawa Umar ibn al-Khattab telah memukul Abu Hurayra dengan rotannya, menghalangnya dari menyampaikan hadith, dan bahkan menuduhnya sebagai berdusta. Ulama sebegini akan menjawab kepada saya dengan mengatakan, ‘Para sahabat mempunyai hak untuk mengatakan apa saja yang mereka suka sesama mereka; sejauh yang berkaitan dengan kita, kita tidak ditahap yang sama untuk mengatakan atau mengkritik mereka.’ Saya akan berkata, ‘Tetapi wahai hamba Allah! Mereka [para sahabat] telah memerangi satu dengan yang lain, saling memanggil satu dengan yang lain kafir, dan saling berbunuh-bunuhan sesama sendiri!’ Mereka akan menjawab dengan berkata, ‘Mereka semua adalah mujtahid: jika seorang dari mereka betul didalam ijtihad, dia menerima dua rahmat; sebaliknya jika dia tersalah, dia hanya menerima satu. Tidak sesuailah bagi kita untuk membincangkan urusan mereka.’
Sesungguhnya ulama ini telah mewarisi dokterin yang sedemikian dari bapa-bapa mereka yang terdahulu, satu keturunan kesatu keturunan yang lain, maka mereka telah menggulangginya seperti burung kakak tua tanpa memikirkan dan mengamatinya.
Imam mereka, al-Ghazali, telah menggunakan pandangan yang sedemikian, yang mana dia telah menyebarkan diantara semua manusia, dan telah menjadikan dirinya penguasa yang ulung untuk Islam dan Muslim. Didalam bukunya Al-Mustafa, dia berkata, ‘Apa yang telah diterima oleh orang yang terdahulu dan keturunan kita adalah keadilan para sahabat, telah diketahui semua disebabkan yang sebenarnya bahawa Allah [awj] telah mengatakan mereka adil dan telah memuji mereka didalam kitabNya, dan ini adalah kewajipan kami didalam hal ini.’
Saya merasa pelik mengenai al-Ghazali khususnya dan mengenai ahl al-sunnah wal-jamaa umumnya apabila saya membaca mengenai mereka mencari dari Quran pengakuan mengenai sahabat yang adil dan saksama, setelah mengetahui bahawa tidak terdapat satu ayat pun didalam Quran yang menyokong tuntutan itu. Tetapi sebaliknya; terdapat banyak ayat-ayat Quran yang menafikan keadilan para sahabat, yang telah mendedahkan rahsia mereka, dan yang mendedahkan hipokritnya mereka. Kami telah mengkhususkan satu bab pada tajuk ini didalam buku kami ‘Tanya kepada Mereka yang Mengerti’ pada muka surat 113 – 117 maka sesiapa yang ingin menyelidik perkara ini lebih lanjut dan untuk mengetahui dengan fakta-faktanya harus merujuk pada buku ini. Mereka akan mengetahui apa Allah dan pesuruhNya berkata mengenai mereka [para sahabat].
Supaya para penyelidik akan mengetahui bahawa para sahabat tidak pernah memimpikan suatu hari akan diciptakan satu status bagi mereka oleh ahl al-sunna wal-jamaa, mereka hanya perlu membaca buku-buku moden dan juga buku-buku sejarah yang melimpah dengan perbuatan mereka yang keji. Ianya telah menceritakan bagaimana mereka mengatakan sesama mereka kafir, dan bagaimana begitu ramai mereka yang pernah tertanya-tanya sama ada mereka tergulung didalam orang-orang yang munafik.
Al-Bukhari sebagai contoh, menyatakan didalam sahihnya bahawa Ibn Maleeka bertemu dengan tiga puluh dari para sahabat rasul yang semuanya takut terjumlah diantara hipokrit, dan tiada siapa yang pernah menyatakan bahawa keimanan mereka boleh dibandingkan dengan malaikat Jibril [286] Al-Ghazali sendiri menyatakan didalam bukunya bahawa Umar ibn al-Khattab pernah bertanya kepada Huthayfah sama ada pesuruh Allah ada menyebut namanya diantara para hipokrit yang mana nama-nama mereka baginda telah sebutkan kepadanya. [287]
Kenyataan dari mereka yang mengatakan bahawa tidak ada hipokrit diantara para sahabat tidak berharga langsung apabila kita mengetahui bahawa difinasi [penghuraian] bagi sahabat adalah seperti apa yang kita telah bincangkan diatas, iaitu, sesiapa yang melihat dan percaya kepada pesuruh Allah, samaada dia bertemu dengannya ataupun tidak.
Kata-kata mereka, ‘dan percaya kepada’ rasul, juga menggandungi memperbesar-besar sesuatu hanya kerana semua yang berdamping dengan rasul telah menyebutkan sahadah, dan rasul telah menerima secara dzahir penerimaan mereka kepada Islam, dengan berkata, ‘Saya telah diarah untuk mengadili pada apa yang dzahir dan Allah akan menguruskan apa yang ada pada bathin.’ Sepanjang kehidupan baginda, beliau tidak pernah menyatakan kepada sesiapa dari mereka, ‘Kamu adalah hipokrit, maka saya tidak akan menerima kenyataan kamu kepada Islam!’
Itulah makanya kita dapati rasul memanggil si hipokrit ‘sahabat ku’ walaupun setelah mengetahui hipokritnya mereka! Disini adalah buktinya:
Al-Bukhari menyatakan bahawa Umar ibn al-Khattab meminta rasul untuk Abdullah ibn Ubayy si hipokrit dipenggal kepalanya. Dia berkata kepadanya, ‘Wahai pesuruh Allah! Biar saya pukulkan leher si hipokrit ini dengan pedang!’ Rasul berkata, ‘Biarkanlah dia: Saya tidak mahu manusia berkata bahawa Muhammad membunuh sahabatnya sendiri.’ [288]
Sebahagian ulama dari ahl al-sunnah wal-jamaa mungkin mencuba untuk meyakinkan kami bahawa hipokrit pernah dikenali ramai; maka kita tidak harus keliru diantara mereka dengan sahabat. Ini adalah mustahil. Bertentangan, hipokrit diantara para sahabat yang hanya rahsianya diketahui oleh Allah [awj]. Mereka mungkin mengerjakan solat dan mereka berpuasa, menyembah Allah dan mencari kedekatan dengan rasul Allah melalui apa cara sekalipun. Biarlah kami berikan kamu dengan buktinya:
Didalam sahihnya al-Bukhari menunjukan bahawa Umar ibn al-Khattab di ketika yang lain meminta rasul Allah untuk mengizinkannya untuk membunuh Thul Khuwaysara apabila dia mengatakan kepada rasul, ‘Belaku adillah!’ Tetapi rasul berkata kepada Umar, ‘Biarkanlah dia, kerana dia mempunyai sahabat, jika seorang dari kamu membandingkan solat kamu dengan mereka, kamu akan dapati ianya berkurangan dan akan mendapati puasa kamu jauh berkurangan dari mereka; mereka membaca Quran yang tidak melepasi kerongkongan mereka. Mereka meninggalkan agama sepantas anak panah meninggalkan busarnya.’ [289]
Saya tidak membesar-besarkan jika saya katakan bahawa kebanyakkan para sahabat tidak jauh dari hipokrit menurut dari apa yang ditentukan oleh banyak ayat-ayat dari Quran yang suci dan menurut dari keputusan pesuruh Allah yang tertera didalam banyak hadith-hadithnya. Didalam kitab Allah, kita akan menjumpai ayat-ayat seperti ini:
Dia telah membawa kepada mereka kebenaran, bahkan kebanyakkan mereka benci kepada kebenaran. [23:70]
Penduduk padang pasir adalah lebih [keras] didalam tidak percaya dan hipokrit [9:97]
Diantara orang yang disekeliling kamu, diantara orang-orang badwi ada orang-orang munafik; begitu juga diantara penduduk Madina. Mereka tetap diatas kemunafikkannya. Engkau tidak mengetahui mereka, tetapi Kami mengetahui mereka..’ [9:101]
Adalah perlu dinyatakan disini bahawa sebahagian dari ulama ahl al-sunna wal-jamaa mencuba sedaya upaya untuk menutupi yang benar. Mereka menterjemah ‘penduduk padang pasir’ untuk membawa erti bahawa mereka bukan dari para sahabat tetapi bererti mereka yang tinggal dipadang pasir dan yang diluar Semenanjung Arab. Bahkan kami dapati bagaimana Umar ibn al-Khattab, sejurus sebelum menghebus nafasnya yang akhir, telah meninggalkan wasiatnya kepada khalifa yang bakal menggantikannya dengan berkata, ‘Saya menggesa kamu supaya berbaik kepada penghuni padang pasir, kerana mereka adalah orang asli Arab dan tunggak bagi Islam.’ [290] Maka jika kaum kerabat Arab dan tunggak bagi Islam adalah yang paling buruk didalam kepercayaan dan hipokrit dan yang paling baik bahawa mereka tidak seharusnya tahu akan batas pada apa Allah telah wahyukan kepada pesuruhNya, maka tidak ada nilainya pada kenyataan yang telah dibuat oleh ahl al-sunna wal-jamaa mengatakan bahawa para sahabat kesemuanya adalah adil dan saksama.
Supaya dapat lebih menerangkan lagi, dan supaya para penyelidik boleh menjadi yakin dengan keratan yang merujuk ‘penduduk padang pasir’, iaitu Arab badwi, adalah bertujuan untuk merujuk kepada para sahabat secara am, Quran yang suci, setelah menerangkan Arab badwi adalah yang paling buruk didalam kekafiran dan hipokrit, meneruskan dengan berkata: ‘Dan penduduk padang pasir adalah mereka yang beriman kepada Allah dan hari kemudian dan mengambil apa yang dibelanjakan untuk menghampirkan diri kepada Allah dan doa rasulNya; sesungguhnya adalah untuk mereka cara mendekatkan diri kepada Allah; Allah akan mengizinkan mereka untuk memasukki rahmatNya, sesungguhnya Allah maha Pengampun lagi Penyayang..’ [9:99]
Dan pada apa yang rasul Allah telah putuskan didalam sunnah rasul yang sahih, ianya adalah kenyataan yang berikutnya:
Sahabat saya akan dibawa kepada api [neraka] yang mana saya akan meminta: ‘Wahai Tuhanku! Tetapi mereka adalah sahabatku!’ Ia akan dikatakan kepada saya, ‘Kamu tidak tahu apa yang mereka telah adakan selepas kamu.’ Saya akan berkata: ‘Maka haruslah binasa kesemua mereka yang telah merubah selepas saya.’ [291]
Hadith seperti ini amat banyak, dan kami cuba untuk tidak menyebutnya kerana ingin meringkaskan: Tujuan kami, adalah bukan untuk menyelidikki riwayat hidup para sahabat rasul supaya dapat menimbulkan keraguan mengenai keadilan mereka, kerana sejarah telah meringankan tugas kami dari melakukannya. Ia telah mengesahkan terhadap sebahagian dari mereka telah melakukan zina, minum arak, membuat sumpah palsu, berpaling dari agama, melakukan jenayah terhadap manusia yang tidak berdosa dan mengkhianati umma. Kami hanya ingin memusatkan kepada fakta bahawa untuk mengatakan setiap dan mana-mana para sahabat adalah saksama adalah dongengan yang diciptakan oleh ahl al-sunna wal-jamaa supaya dapat menutup kesalahan pemimpin mereka dan ketua dari para sahabat yang telah membuat banyak perubahan kepada agama Allah, menukarkan perundangannya dengan bidaa yang mereka sendiri telah cipta. Kami juga ingin sekali lagi membuktikan bahawa dengan memeluk dokterin yang mengatakan para sahabat semuanya adil dan saksama, ‘ahl al-sunna wal-jamaa telah mendedahkan identiti mereka yang sebenarnya, identiti pada mencari untuk menyenangkan para hipokrit dan untuk mengikuti bidaa yang mereka telah cipta supaya dapat mengembalikan manusia kepada zaman jahiliah.
Oleh kerana ahl al-sunna wal-jamaa menghalang pengikut mereka dari mengkritik atau menghina para sahabat, telah menutup pintu ijtihad pada muka mereka semenjak dari pemerintahan Umayyad dan di era mencipta mazhab, pengikut tersebut telah mewarisi dokterin tersebut dan mewariskannya turun temurun, dari satu generasi kepada yang lain. Maka ahl al-sunna wal-jamaa telah tinggal sehingga kehari ini melarang sebarang perbincangan terhadap para sahabat yang darinya mereka mencari keridhaan Allah, melebelkan sebagai kafir sesiapa yang mengkritik mana-mana sahabat.
Rumusan dari bab ini adalah bahawa shia, pengikut dari ahl al-bayt, meletakkan para sahabat didalam kedudukan yang wajar; mereka mendoakan kepada Allah supaya meridhai mereka yang benar dan lurus diantara mereka, dan mereka menjauhkan diri mereka dari yang hipokrit dan yang bermaksiat, musuh kepada Allah dan pesuruhNya. Maka hanya mereka yang telah mengikuti sunnah yang betul kerana mereka mencintai mereka-mereka yang Allah cintai dan para sahabat yang dicintai oleh pesuruh Allah. Mereka menjauhkan diri mereka dari musuh Allah dan pesuruhNya yang telah menjadi punca utama kepada kesesatan bagi umma Islam yang ramai.
[284] Tarikh Baghdad jilid 14 ms 7
[285] Pengarang disini merujuk kepada ulama sunni yang beliau pernah berhujah sebelum beliau menerima shia Islam
[286] Al-Bukhari sahih jilid 1 ms 17
[287] Al-Ghazali Ihyaa Uloom al-Din jilid 1 ms 129; Al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-Ummal jilid 7 ms 24
[288] Al-Bukhari sahih jilid 6 ms 65 dimana kemuliaan Quran dan Surah al-Munafiqoon telah dibincangkan; Ibn Asakir, Tarikh jilid 4 ms 97
[289] Al-Bukhari sahih jilid 4 ms 179
[290] Al-Bukhari sahih jilid 4 ms 206
[291] Al-Bukhari sahih jilid 7 ms 209 didalam bab berkenaan dengan Tasek [al-Kawthar]
0 comments:
Post a Comment