Contributors

Don't miss

Wednesday, April 22, 2015

Syiah_Sunnah : Bab 42 Bagaimana Ahl al-Sunnah wal-Jamaah Bertentangan Dengan Sunnah Rasul


By on 4/22/2015 05:20:00 PM

12 Imam ~ Didalam bab ini, kami terpaksa mendedahkan kepada para penyelidik, secara am bagaimana ahl al-sunna wal-jamaa sebenarnya telah bertentangan dengan kebanyakkan dari sunnah rasul. Sebaliknya, kami akan menerangkan bagalmana hanya shia sahaja yang menegakkan sunnah rasul. Itulah makanya kami membolehkan diri kami menggunakan tajuk buku ini sebagai ‘shia adalah ahl al-sunnah’

Didalam bab ini, kami harap untuk membincangkan tajuk yang utama yang akan menjelaskan untuk para penyelidik, dengan lebih meyakinkan, yang sebenarnya ahl al-sunna wal-jamaa melanggar pengajaran Islam dengan segala yang berkenaan dengan suruhan Quran dan apa yang telah diputuskan didalam hadith baginda yang suci. Ini telah menyebabkan kesesatan kepada umma ini dan halangan yang menimpa Muslim yang memandu mereka kebelakang kepada kemunduran dan penderitaan.

Didalam kepercayaan saya, sebab kepada kesesatan berpunca dari satu sebab utama: kecintaan kepada dunia. Tidakkah rasul Allah telah berkata, ‘Mencintai dunia mengatasi segala dosa? Mencintai dunia dikategorikan sebagai mencintai kuasa dan memerintah: demi untuk mencapai kuasa politik, umma telah binasa, negara dan tanah telah dihancurkan, menjadikan manusia lebih merbahaya dari binatang. Ianya mempunyai maksud yang sama yang mana rasul merujuk apabila dia berkata kepada para sahabatnya, ‘Saya tidak takut untuk kamu bahawa kamu menyekutukan Allah; bahkan saya takut untuk kamu bahawa kamu akan berselisih sesama satu dengan yang lain.’

Itulah sebabnya perlu untuk belajar perkara khalifa dan Imamate, atau apa yang kita panggil sekarang sistem kerajaan Islam. Ia membawa kepada bencana yang lebih teruk dan kemusnahan untuk Islam dan pengikutnya, telah membawa kepada mereka kesusahan dan sengsara, sesat dan kehancuran.

  1. Sistem Kerajaan Islam.

  2. Ahl al-sunna wal-jamaa mempunyai pandangan bahawa pesuruh Allah tidak menentukan siapa yang akan menggantikan baginda, meninggalkan isu ini kepada perundingan persefahaman diantara manusia untuk memilih siapa sahaja yang mereka kehendakki. Inilah kepercayaan mereka berkenaan dengan kedudukan khalifa. Mereka telah berkeras padanya semenjak dihari wafatnya rasul sehinggalah kepada hari ini.

    Ahl al-sunna wal-jamaa sepatutnya telah bertindak diatas prinsip ini yang mereka percayai dan yang mereka telah pertahankan dengan segala kekuatan yang ada. Tetapi penyelidikan telah mendedahkan kepada kita bahawa mereka telah melakukan dengan yang sebaliknya. Walaupun terdapat sumpah setia kepada Abu Bakr, yang mana mereka sendiri telah katakan sebagai suatu kesalahan [dosa] yang mana kejahatannya Allah telah ampunkan, adalah Abu Bakr yang telah mengadakan cara penggantian kepada kedudukan khalifa, dengan perlantikan, sebelum kematiannya, telah melantik kawannya Umar ibn al-Khattab sebagai penggantinya.

    Di ketika saat kematiannya, Umar ibn al-Khattab melantik Abd al-Rahman ibn Awf untuk memilih seorang dari lima orang yang dia telah rekomen untuk kedudukan khalifa, dan membunuh sesiapa yang enggan untuk menerima orang yang telah dipilih.

    Apabila Muawiya telah menduduki kedudukan khalifa untuk dirinya, dia telah menjadikan prinsip penggantian sebagai amalan, melantik anaknya Yazid ibn Muawiya. Maka kedudukan khalifa telah kekal sedemikian semenjak itu, berganti dari seorang kepada yang lain yang telah dijanjikan, dari satu generasi kepada generasi yang lain, setiap khalifa melantik anaknya, saudaranya atau kerabatnya sebagai pengganti. Begitu juga khalifa semenjak dari pemulaan kerajaan Abbasid sehinggalah kehancurannya. Dan begitu juga khalifa Ottoman semenjak dari penubuhannya sehingga kepada ketika apabila kedudukan khalifanya menjadi lemah dimasa Kemal Ataturk di abad ini.

    Ahl al-sunna wal-jamaa mewakili khalifa yang sedemikian, atau katakanlah kerajaan perlantikkan itu mewakili ahl al-sunna wal-jamaa disegala tempat didunia ini, dan disepanjang sejarah Islam. Itulah makanya kamu boleh melihatnya di Arab Saudi, Morocco, Jordan dan semua pemerintah Negara Teluk yang melaksanakan teori penggantian yang mereka warisi dari ‘keturunan mereka yang baik’ yang kesemuanya dari ahl al-sunna wal-jamaa.’ Walaupun jika kita katakan bahawa mereka menegakkan teori, kata-kata bahawa rasul meninggalkan isu perundingan persefahaman, dan bahawa Quran telah memeterai konsep perundingan sebagai betul, mereka masih lagi menentang Quran dan sunnah rasul. Mereka telah menukarkan sistem perundingan demokratik kepada sistem penggantian secara keturunan yang diktator.

    Tetapi jika kita katakan bahawa rasul telah melantik Ali ibn Abu Talib untuk menggantikan baginda, sebagaimana shia telah berhujah, maka ahl al-sunnah wal-jamaa adalah dengan nyatanya telah melanggar kebanyakkan tek dari sunnah rasul dan menentang Quran. Ini adalah disebabkan bahawa pesuruh Allah tidak pernah melakukan sesuatu tanpa keizinan dari Tuhannya. Atas sebab itu, kamu dapati mereka mengetahui bahawa fakta bagi isu perundingan kesefahaman adalah karut, kerana khalifa yang pertama tidak melaksanakannya, tidak juga mereka bertindak keatasnya. Mereka juga merasakan ketidakbenaran kepada teori penggantian kepada kedudukan khalifa, maka kamu dapati mereka membolehkannya dengan melalui hadith seperti yang ini, berkata, ‘Khalifa selepas saya akan berakhir selama tiga puluh tahun diikuti oleh kerajaan yang kejam,’ seakan-akan mereka hendak meyakinkan manusia lainnya terhadap kepercayaan mereka bahawa kerajaan adalah untuk Allah memberikannya kepada siapa sahaja yang Dia suka, dan bahawa raja dan sultan adalah dilantik oleh Allah [awj] untuk memerintah manusia; maka ketaatan kepada mereka adalah wajib.

    Ini adalah satu tajuk yang panjang yang akan mengheret kami kepada isu ketentuan dan pesuratan Tuhan yang telah kami bincangkan didalam buku kami ‘Bersama mereka yang benar’ tajuk yang kami tidak mahu kembali kepadanya. Mencukupi bagi kami disini untuk mengetahui bahawa ahl al-sunna wal-jamaa adalah juga ‘Qadari’ percaya kepada ketentuan Allah, sebagaimana mereka telah menyokongnya.

    Keputusannya yang akhir adalah bahawa ahl al-sunna wal-jamaa percaya kepada sistem penggantian, yang mereka anggap sebagai terbaik dengan syariah, bukan kerana pesuruh Allah telah memberi mandat kepadanya atau kerana dia telah melantik pengganti baginya, kerana ini mereka dengan keras menolak perkara seperti ini, tetapi hanya kerana Abu Bakr telah melantik Umar, dan Umar telah melantik enam orang, kemudian Muawiya telah melantik Yazid dan seterusnya. Tidak seorang pun dari ulama mereka atau Imam dari keempat-empat mazhab pernah mengatakan bahawa Umayyad atau Abbasid atau pun kerajaan Ottoman adalah didalam sefahaman dengan syariah. Bahkan kita dapati mereka berlumba-lumba untuk memberikan sumpah setia, untuk menyokong dan mengatakan khalifa mereka sah. Sehinggakan kebanyakkan mereka mengatakan bahawa khalifa sah untuk sesiapa sahaja yang mendapatkannya dengan kekerasan dan penindasan, dan mereka tidak mengambil berat sama ada pemerintah itu beriman, melakukan maksiat atau penzina atau sama ada dia seorang Arab dari ahli Quraysh, Turk atau Kurd.

    Dr. Ahmad Mahmud Subhi mengatakan yang berikutnya didalam hal ini, ‘Pendirian yang digunakan oleh ahl al-sunna wal-jamaa berkenaan dengan isu khalifa adalah untuk menerima keadaan dikala itu tanpa mengiakan atau menolaknya.’ [292] Didalam keadaan sebenar, bagaimanapun, ‘ahl al-sunna’ menyokongnya. Abu Ya’li al-Farraa menyebutnya dari Imam Ahmad ibn Hanbal dengan berkata, ‘Kedudukan ditetapkan dengan kemenangan atau dengan paksaan dan ianya tidak kurang dengan perhubungan.’

    Menurut Abdoos ibn Malik al-Attar, ‘Jika sesaorang menang dengan pedang dan menjadi khalifa dan digelar sebagai amirul mukminin, adalah tidak sah untuk sesiapa yang percaya kepada Allah dan hari kemudian untuk menghabiskan malamnya tanpa mengiktiraf dia sebagai imam, walaupun dia seorang beriman atau yang bermaksiat.’ Dia mendirikan pandangannya dari kenyataan yang dibuat oleh Abdullah ibn Umar yang berkata, ‘Kami bersama mereka yang menang.’ Maka ahl al-sunna wal-jamaa menjadi mangsa kepada bidaa ini, perubahan mengenai isu penggantian. Mereka memberikan sumpah setia mereka kepada yang menang dan yang menindas, sehinggakan tidak mengira sama ada dia takut kepada Allah atau tidak, wara’, atau berpengetahuan, sama ada beriman atau bermaksiat. Ini telah dibuktikan oleh fakta bahawa kebanyakkan sahabat yang berperang dipihak rasul menentang Muawiya ibn Abu Sufyan didalam banyak medan peperangan berakhir dengan memberikan sumpah setia mereka kepada Muawiya sebagai amirul mukminin selepas wafatnya rasul. Mereka juga menerima khalifanya Marwan ibn al-Hakam yang mana rasul Allah memanggilnya al-wazgh [yang bermaksiat] dan yang baginda usir dari Medina dengan berkata, ‘Dia tidak boleh tinggal dimana saya tinggal, sama ada hidup atau mati.’

    Mereka juga menerima khalifanya Yazid anak Muawiya, kepadanya mereka memberikan sumpah setia mereka dan yang mereka panggil amirul mukminin. Apabila al-Husayn cucu baginda memberontak menentangnya, mereka membunuh al-Husayn dan ahl al-baytnya supaya dapat mengukuhkan tapak kedudukan kerajaan Yazid dan untuk melebelkannya sebagai sah. Sehinggakan ulama mereka mengatakan bahawa al-Husayn telah dibunuh oleh pedang bagi datuknya. Sebahagian dari mereka menulis, walaupun didalam masa dan zaman ini, buku yang mengenai fakta berkaitan dengan ‘amirul mukminin Yazid ibn Muawiya.’ Semua ini dilakukan disebabkan oleh sokongan mereka terhadap kedudukan Yazid sebagai khalifa dan tuduhan mereka terhadap al-Husayn yang memberontak menentangnya.

    Jika kita telah mengetahui semua ini, kita tidak punya pilihan melainkan untuk mengaku bahawa ahl al-sunna wal-jamaa bertentangan dengan sunnah yang dikatakan dari rasul dan yang mana mereka katakan telah memberikan mandat meninggalkan isu [kedudukan khalifa] adalah untuk perbincangan dan perundingan diantara Muslim.

    Dan bagi shia mereka menegakkan konsep Imami dengan pandangan yang satu iaitu, ‘Allah dan pesuruhNya melantik khalifa,’ Imami menurut mereka tidak boleh disahkan melainkan melalui teks, dan ianya tidak boleh disahkan melainkan untuk sesaorang yang ma'sum, mempunyai pengetahuan yang tertinggi, yang paling wara’ dan yang terbaik. Mereka tidak mengutamakan sesaorang yang baik diatas sesaorang yang terlebih baik. Inilah mengapa kita dapati mereka yang pertama menolak khalifanya sahabat, kemudian menolak konsep khalifa sebagaimana pada pandangan ahl al-sunna wal-jamaa.

    Oleh kerana teks yang dikemukakan oleh shia dengan yang berkenaan isu khalifa kedapatan [ada] dan benar sahihnya, bahkan didalam buku sahih ahl al-sunna wal-jamaa; kami tidak punya pilihan melainkan untuk mengaku bahawa shialah yang sebenarnya menegakkan sunnah rasul yang sahih.

    Sama ada kami katakan bahawa isu ini hendaklah diselesaikan oleh perundingan kesefahaman [syura] atau melalui teks kepada perkara isu khalifa, hanya shia sahaja yang betul kerana manusia yang paling utama dan yang telah dilantik oleh teks yang sedemikian dan juga oleh syura adalah Ali ibn Abu Talib. Tidak ada diantara Muslim, sama ada dia shia atau sunni mengaku bahawa pesuruh Allah ada membuat sebarang rujukan, walaupun bayangan, kepada isu penggantian secara turun-temurun.tidak juga mana-mana Muslim, sama ada sunni ataupun shia mengatakan bahawa rasul Allah pernah berkata kepada para sahabatnya, ‘Saya telah tinggalkan urusan kamu untuk syura, maka pilihlah siapa yang kamu suka untuk pengganti saya.’

    Kami meminta mereka supaya mengadakan walau pun satu hadith yang sedemikian. Maka jika mereka tidak dapat melakukannya, sesungguhnya mereka tidak dapat melakukannya, mereka hendaklah kembali semula kepada sunnah rasul yang telah disahkan dan kepada sejarah Islam yang benar untuk mendapatkan petunjuk darinya. Atau mereka katakan bahawa pesuruh Allah telah mengabaikan didalam menguruskan isu yang sangat penting ini dan tidak menjelaskan kandungannya sehingga ummanya telah memasukki kedalam pergelutan yang tidak ada kesudahannya dan perselisihan yang buta yang telah mengoyakkan perpaduan umma dan mencerai-beraikan mereka dan telah menyebabkan mereka sesat dari jalan Allah yang lurus? Kita lihat didalam zaman kita sekarang bagaimana pemerintah yang fasik dan zalim mengambil pertimbangan yang sirius terhadap nasib rakyatnya setelah penguasaannya sendiri hampir tamat, maka dia telah melantik penggantinya apabila saja terdapat kekosongan; maka apakah yang dapat kamu katakan terhadap mereka yang Allah telah kirimkan sebagai rahmat kepada seluruh dunia?!

  3. Untuk mengatakan para sahabat sebagai adil adalah bertentangan dengan sunnah yang terang.

  4. Jika kita melihat kepada cara rasul Allah berurusan dengan para sahabatnya dan apa yang baginda kata mengenai mereka, kita akan dapati baginda memberi pujian dimana pujian itu berhak baginya. Baginda menjadi marah apabila Allah menjadi marah dan ridha apabila Allah meridhainya. Rasul melepaskan diri dari mana-mana sahabat yang melanggar perintah Allah [awj], sebagaimana kes Khalid ibn al-Waleed membunuh Banu Juthaymah. Baginda juga menjadi marah dengan Usamah apabila dia datang menemui baginda mencari pertolongan bagi pihak wanita atasan yang mencuri sesuatu. Diketika itulah baginda membuat kenyataannya yang mashor, ‘Malang bagi kamu! Adakah kamu cuba menyelesaikan mengenai pelanggaran terhadap batas-batas yang telah ditetapkan oleh Allah? Demi Allah! Jika Fatima anak perempuan Muhammad mencuri, saya sesungguhnya akan memotong tangannya. Umma sebelum kamu telah hancur disebabkan kerana apabila diantara orang kenamaan mereka mencuri, mereka biarkan, tetapi apabila manusia umum mencuri, mereka akan melaksanakan hukuman yang sewajarnya.’

    Kita juga dapati baginda kadang kala mensejahterakan dan memintakan keridha Allah untuk sebahagian dari sahabat yang ikhlas, berdoakan untuk mereka, memintakan keampunan Allah untuk mereka. Dan kita juga mendapati baginda mengutuk sebahagian dari mereka, mereka-mereka yang berkeras untuk tidak melaksanakan arahan baginda atau mengambil ringan sahaja. Sebagai contoh, suatu ketika baginda berkata, ‘Kutukan Allah keatas semua mereka yang tertinggal dibelakang dari tentera Usamah,’ apabila mereka meragui terhadap perlantikkan baginda keatas Usamah untuk menjadi ketua mereka dan yang enggan untuk melibatkan diri didalam tentera kerana beliau terlalu amat muda.

    Kita juga dapati baginda menerangkan kepada manusia dan tidak meninggalkan mereka untuk dikelirukan oleh sebahagian dari sahabat yang palsu, berkata mengenai seorang dari mereka, ‘Dia mempunyai sahabat, jika seorang dari kamu hendak membandingkan solatnya dengan solat mereka, dia akan mendapatinya sangat berkurangan, dan dia akan mendapati puasanya juga kurang dari puasa mereka; mereka membaca Quran yang tidak melepasi kerongkongan mereka. Mereka meninggalkan agama sepantas anak panah meninggalkan busarnya.’ Baginda mungkin juga tidak mensolatkan jenazah untuk seorang dari sahabat yang telah syahid semasa peperangan khayber pada pihak Muslim, mendedahkan perkara yang sebenar mengenainya dengan berkata, ‘Dia telah tidak melaksanakan tanggong jawabnya didalam jalan Allah.’ Apabila mereka mengeledah barangan kepunyaan orang itu, kalong Yahudi yang dicuri berada bersama barangannya.

    Al-Maroodi menyampaikan kepada kami dengan berkata bahawa rasul merasa tersangat dahaga suatu ketika dimasa peperangan Tabuk, yang mana si hipokrit telah berkata, ‘Muhammad mengatakan pengkhabaran mengenai syurga tetapi tidak tahu dimana arahnya air!’ Maka diketika itu Jibril turun untuk memberitahu kepadanya nama orang yang mengatakannya. Rasul memberitahu nama mereka kepada Sa’d ibn Abadah, yang mengatakan kepada baginda, ‘Jika kamu kehendakki, kamu boleh memerintahkan untuk mereka dibunuh.’ Rasul berkata, ‘Saya tidak mahu manusia berkata bahawa Muhammad membunuh sahabatnya. Bahkan kami akan berurusan dengan mereka dengan baik, selagi mereka berada didalam kumpulan kami.’ [293]

    Rasul Allah berurusan dengan mereka sebagaimana Quran yang suci menyatakan kepada kami. Allah ridha dengan yang beriman diantara mereka dan murka dengan hipokrit, yang berpaling, dan mereka yang melanggar sumpah mereka. Dan Allah mengutuk mereka didalam banyak ayat-ayat yang suci. Kami telah memperkatakan tajuk ini dengan khusus didalam buku kami ‘Tanya Mereka yang Mengerti’ didalam bab Quran yang suci mendedahkan fakta mengenai sebahagian dari para sahabat.’ Jika sesiapa berhajat untuk menyelidiki perkara ini lebih lanjut, maka dia haruslah merujuk kepada buku tersebut.

    Kami akan merasa puas dengan memberikan satu contoh kepada apa sebahagian sahabat yang hipokrit telah lakukan dan yang mana telah didedahkan oleh Allah yang telah memalukan mereka yang terlibat. Mereka adalah dua belas sahabat yang meminta dimaafkan dari bertemu dengan rasul disebabkan kerana mereka tinggal jauh, mengatakan bahawa mereka tidak mempunyai masa untuk bertemu dengan rasul. Maka mereka mendirikan masjid supaya mereka dapat melaksanakan solat pada waktunya. Dapatkah kamu lihat keikhlasan dan ketaatan yang lebih besar dari itu? Seorang hamba Allah telah membelanjakan wang yang banyak untuk mendirikan masjid dari kesedarannya untuk melakukan solat pada waktunya, dan sekumpulan dari mereka bersatu dibawah satu bumbung pada satu masjid? Tetapi Allah [awj] yang mana dariNya tidak ada apa yang terlindung didunia dan juga dilangit, dan yang mengetahui dimana mata telah melampaui batasnya dan apa yang ada didalam dada, mengetahui apa yang dirancangkan didalam fikiran mereka dan apa yang mereka sembunyikan, maka Dia mengilhamkan kepada pesuruhNya mengenai mereka dan memberitahunya betapa hipokritnya mereka dengan berkata, Dan mereka yang mendirikan masjid hanya untuk membuat kerosakkan, untuk menyebarkan kefasikan, untuk menyebabkan perpecahan diantara yang beriman, dan sedang tinggal menunggu untuk sesiapa yang menentang Allah dan rasulNya dahulu; mereka sesungguhnya akan bersumpah:

    Kami tidak menginginkan apa-apa melainkan kebaikan, sedang Allah mengatakan bahawa sesungguhnya mereka adalah pendusta. [9:107]

    Oleh kerana Allah tidak malu mengenai kebenaran, tidak juga pesuruhNya yang pernah mengatakan secara jujur kepada para sahabatnya bahawa mereka akan memerangi diantara satu dengan yang lain untuk mendapatkan benda-benda yang bagus didalam dunia ini. Baginda memberitahu mereka bahawa mereka akan mengikuti adat kebiasaan manusia yang sesat dari Yahudi dan Nasrani, sejengkal demi sejengkal, sedepa demi sedepa, dan mereka akan berpaling kebelakang dan berpaling tadah. Baginda juga memberi tahu mereka bahawa dihari pengadilan, mereka akan memasuki neraka; tiada dari mereka melainkan yang sedikit yang terselamat, mereka yang diterangkan oleh rasul sebagai ‘yang amat sedikit seperti unta yang hilang’

    Maka bagaimana ahl al-sunna wal-jamaa boleh meyakinkan kami bahawa semua para sahabat adalah adil dan saksama dan bahawa kesemuanya ada didalam syurga, dan bahawa arahan mereka adalah wajib diatas kita, dan bahawa pandangan dan bidaa mereka hendaklah diikuti, dan bahawa sesiapa yang menghina mana-mana diantara mereka telah meninggalkan agama dan harus dibunuh?

    Ini adalah satu kenyataan yang mana ditolak oleh orang yang kurang waras, lebih-lebih lagi mereka yang mempunyai fikiran. Itu adalah kenyataan yang palsu, dusta, sesuatu yang dikatakan untuk menyenangkan pemerintah, raja, oleh ulama yang jahat dan zalim yang mengikuti jejak yang berkuasa. Dan bagi kami, kami tidak dapat menerima kenyataan yang sedemikian sama sekali selagi kami mempunyai alasan kerana itu adalah bertentangan dengan apa yang Allah dan pesuruhNya katakan kepada kami. Sesiapa yang melakukan sesuatu yang bertentangan dengan apa yang Allah dan pesuruhNya arahkan adalah fasik. Ianya juga bertentangan dengan alasan dan fikiran.

    Kami tidak memaksa ahl al-sunna wal-jamaa untuk meninggalkan atau menolaknya, kerana mereka adalah bebas untuk mempercayai apa sahaja yang mereka hendak percayai, dan mereka sendiri yang akan dipertanggong jawabkan diatas keputusan dan kesudahan dari melakukannya. Tetapi mereka sepatutnya tidak melebelkan yang lain sebagai kafir, mereka yang mengikuti Quran dan sunnah rasul didalam apa yang berkaitan dengan keadilan para sahabat. Mereka sepatutnya mengatakan kepada para sahabat yang melakukan kebaikan: ‘Kamu telah berjaya’ dan kepada mereka yang telah melakukan kesalahan, ‘Kamu telah melakukan kesalahan dan telah bersalah.’ Mereka harus berbaik dengan sahabat-sahabat Allah dan pesuruhNya dan menjauhkan diri dari musuh-musuh Allah dan pesuruhNya.

    Maka ianya telah menjadi nyata bahawa ahl al-sunna wal-jamaa telah melanggar ayat Quran yang terang dan begitu juga sunnah rasul yang terang dan mengikuti apa yang telah dikatakan oleh kerajaan Umayyad dan Abbasid, menolak segala perundangan yang wajar dan rasional.




  5. Rasul mengarahkan Muslim supaya mengikuti itratnya, sedangkan sunni menentangnya.

  6. Didalam kajian kami yang lalu, kami telah buktikan kesahihan hadith rasul yang dinamakan hadith al-thaqalain, iaitu hadith dua perkara yang berat. Ianya seperti yang berikut:

    Saya akan tinggalkan dengan kamu al-thaqalain: selagi kamu berpegang kepadanya, kamu tidak akan sesat selepas saya. Mereka adalah: kitab Allah dan itrat ku, ahl al-bayt. Allah [awj] yang maha Mengetahui memberi tahu kepada ku bahawa mereka tidak akan berpisah diantara satu dengan yang lain sehingga mereka sampai kepadaku di tasek.

    Kami telah buktikan bahawa hadith ini adalah sahih dan disampaikan secara turutan oleh shia dan juga ahl al-sunnah wal-jamaa yang telah merakamkannya didalam buku sahih dan musnad mereka. Ianya telah diketahui bahawa ahl al-sunna wal-jamaa telah meninggalkan ahl al-bayt dibelakang mereka dan memalingkan wajah mereka kearah para Imam dari keempat-empat mazhab yang mana penguasa mereka telah paksakan kepada mereka oleh kerajaan yang zalim, kerajaan yang disokong oleh ahl al-sunnah wal-jamaa yang telah memberikan sumpah setia mereka kepadanya.

    Jika kami berhajat untuk menghuraikan pada tajuk ini, kami boleh mengatakan bahawa ahl al-sunna wal-jamaa adalah yang dipimpin oleh pemerintah Umayyad dan Abbasid, yang telah memerangi keturunan rasul. Maka jika kamu duduk didalam kepercayaan mereka dan buku-buku hadith mereka, kamu tidak akan menjumpai sebarang jejak apa pun juga dari fiqh ahl al-bayt. Kamu akan dapati kesemua fiqh mereka adalah dari Nasibi iaitu musuh ahl al-bayt yang telah memerangi mereka, seperti Abdullah ibn Umar, Aisha, Abu Hurayra dan lain-lain lagi.

    Mereka mengambil setengah dari agama mereka dari Aisha, wanita dengan berwajah merah [294], sedangkan ahli faqih sunni yang utama adalah Abdullah ibn Umar ibn al-Khattab. Penyampai Islam bagi mereka adalah Abu Hurayra, guru bagi al-Mudeera, sedangkan yang taleeqs [295] dan anak-anaknya menjadi hakim-hakim mereka dan pembuat perundangan bagi agama Allah.

    Apa yang membuktikan fakta ini adalah bahawa ahl al-sunna wal-jamaa tidak dikenali sebagaimana yang diperkatakan tetapi sebagai keseluruhan, penentang ahl al-bayt semenjak dari hari saqeefa, dan merekalah yang telah berkomplot untuk merampas kedudukan khalifa dari ahl al-bayt dan telah melakukan apa yang terdaya untuk menjauhkan mereka dari pentas politik umma.

    Parti yang dikenali sebagai ahl al-sunnah wal-jamaah telah ditubuhkan untuk menentang shiah yang berkumpul dibelakang dan menyokong dan mengikuti ahl al-bayt didalam mentaati Quran dan sunnah rasul.

    Telah menjadi lumrah bahawa mereka yang menentang kebenaran adalah yang terbanyak dari umma terutama didalam era selepas perselisihan dan peperangan. Lebih-lebih lagi ahl al-bayt tidak dapat memerintah Muslim melainkan hanya untuk selama empat tahun, dimasa Imam Ali menjadi khalifa yang mana mereka telah mengalihkan pandangannya kepada peperangan sahaja.

    Dan bagi ahl al-sunna wal-jamaa yang menentang ahl al-bayt, mereka memerintah untuk ratusan tahun, dan kerajaan dan penguasaan mereka telah tersebar luas dari timur ke barat. Mereka boleh mengatakan apa saja, mereka mempunyai emas dan perak. Maka ahl al-sunna wal-jamaa lah yang menang kerana mereka adalah pemerintah. Shiah yang dipimpin oleh ahl al-bayt telah menjadi yang ditakluki, kerana mereka adalah rakyat, yang ditindas, yang diusir dan dibunuh.

    Kami tidak mahu memanjangkan perbincangan pada tajuk ini melebehi dari yang dihajati untuk mendedahkan rahsia ahl al-sunna wal-jamaa yang telah menentang kehendak rasul dan arahannya yang menjaminkan petunjuk dan keselamatan dari sesat, sedangkan shia memegang teguh kehendak rasul, mengikuti jejak langkah keturunannya yang suci dan menanggong segala bentuk penderitaan dan kesiksaan didalam melaksanakannya.

    Yang sebenarnya adalah pemberontakkan dan perselisihan yang sedemikian dari pihak ahl al-sunna wal-jamaa dengan yang berkenan dengan al-thaqalain, menentang penerimaan shia bagi yang sama dan kepatuhan mereka padanya, timbul pada hari khamis yang tertentu yang telah dikenali sebagai Hari padanya bencana apabila pesuruh Allah meminta mereka untuk membawakan untuknya peralatan tulisan supaya baginda dapat menuliskan untuk mereka sesuatu yang dapat menyelamatkan mereka dari kesesatan. Dikala itulah Umar mengambil pendiriannya yang amat sirius dan menolak permintaan rasul mengatakan bahawa kitab Allah mencukupi bagi mereka, dan bahawa mereka tidak memerlukan kepada itratnya, yang mana Umar menjawab kepada baginda dengan, ‘Kami puas dengan satu darinya: Quran, dan kami tidak memerlukan kepada yang satu lagi.’ Ini adalah yang sebenarnya masud dari kenyataan Umar: Kitab Allah mencukupi bagi kami.’

    Kenyataan Umar mewakili pendirian yang dipegang oleh ahl al-sunna wal-jamaa kerana ketua-ketua Quraysh yang terkemuka yang diwakili oleh Abu Bakr, Uthman, Abd al-Rahman ibn Awf, Abu Ubaydah, Khalid ibn al-Waleed, Talhah ibn Ubaydullah, semua berdiri menyokong pendirian Umar. Ibn Abbas berkata: ‘Sebahagian dari mereka terus mengulangi kata-kata Umar, sedangkan yang lain berkata: Bawakan peralatan penulisan kepada rasul supaya baginda dapat menuliskan untuk kamu sesuatu.’

    Adalah lumrah bahawa Ali dan pengikutnya, semenjak dari hari itu memegang teguh kepada kehendak rasul walaupun ianya tidak dituliskan, bertindak keatas kedua-duanya Quran dan sunnah rasul serentak. Musuh mereka sebaliknya, tidak langsung bertindak mengikuti Quran yang telah mereka persetujui untuk melaksanakan dari mula lagi dan perundangannya mereka telah abaikan apabila mereka telah berkuasa, mengikuti pandangan mereka, meninggalkan kitab Allah dan sunnah rasul dibelakang mereka.

  7. Ahl al-sunnah wal-jamaah dan cinta untuk Ahl Al-bayt

  8. Tidak ada Muslim yang meragui bahawa Allah [awj] telah menekankan cinta untuk ahl al-bayt, adalah sebagai ganjaran yang Muslim harus membayarnya sebagai ganjaran kerana memberikan kepada mereka pengkhabaran Muhammad dan rahmat dari kandungan pengkhabaran yang sedemikian untuk mereka. Dia telah berkata: ‘Katakan: Saya tidak meminta dari kamu sebarang ganjaran untuknya melainkan cinta untuk kerabatku.’ [42:23] Ayat yang suci ini telah diwahyukan untuk meminta Muslim supaya mencintai keturunan rasul yang suci iaitu: Ali, Fatima, al-Hasan, dan al-Husayn, menurut dari pengesahan lebih dari tiga puluh rujukan kesemuanya telah dikarangkan oleh ahl al-sunna wal-jamaa [296] sehinggakan Imam Shafii mengubah yang berikutnya mengenainya:

    Wahai ahli rumah rasul Allah! Mencintai kamu adalah satu kewajipan
    Yang Allah telah arahkan didalam Quran, Keterangan dariNya.

    Mencintai mereka telah dimandatkan oleh Quran yang suci, ianya menjadi kewajipan keatas semua pengikut Islam, sebagaimana Imam Shafii mengesahkan. Mencintai mereka adalah harga yang perlu kita bayar kerana menerima pengkhabaran Muhammad, sebagaimana yang ditunjukkan oleh teks. Mencintai mereka adalah satu bentuk pemujaan dimana dapat mendekatkan diri kepada Allah [awj]. Oleh kerana keadaannya adalah sedemikian, mengapa ahl al-sunna wal-jamaa tidak mempunyai apa-apa perasaan terhadap ahl al-bayt? Mengapa mereka sangat kurang menghotmati ahl al-bayt dari hormatnya mereka terhadap sahabat? [297]

    Kami berhak bertanya kepada ahl al-sunna wal-jamaa soalan ini. Bahkan kami mencabar mereka untuk membawakan satu ayat Quran atau satu hadith rasul, yang menjadikan wajib keatas Muslim untuk mencintai Abu Bakr atau Umar atau Uthman atau mana-mana para sahabat! Tidak, mereka tidak akan dapat melakukannya. Sebaliknya Quran mengandungi banyak ayat-ayat yang menunjukkan tingginya status kedudukan yang dikhaskan untuk ahl al-bayt, dan telah mengutamakan mereka lebih dari manusia yang lain dari hamba Allah. Dan sunnah rasul mengandungi banyak hadith yang menyanjungi ahl al-bayt dan meletak mereka dihadapan semua Muslim sebagaimana Imam yang memandu lebih diutamakan dari mereka yang dipandu, dan sama seperti ulama yang diutamakan diatas yang jahil.

    Quran telah mencukupkan kepada kami dengan ayat ini, ayat yang memberikan mandat kepada mencintai ahl al-bayt yang dibincangkan disini, sebagai tambahan kepada ayat Mubahala, ayat yang memberikan mandat kepada memohon kepada untuk mensejahterakan terhadap rasul dan keturunannya, ayat pada menyatakan mengeluarkan segala kekotoran dari dan mensucikan mereka ahl al-bayt, ayat memberikan mandat kepada wilayatnya [sebagai ketua] mereka, ayat yang merujuk kepada mereka sebagai yang dipilih oleh Allah untuk menerima penghormatan dariNya dan untuk mewarisi pengetahuan kitab Allah.

    Dari sunnah rasul, kami merasa cukup dengan hadith al-thaqalain [hadith pada dua perkara yang berat], hadith yang membandingkan ahl al-bayt kepada bahtera keselamatan, hadith mengenai status [kedudukan], hadith yang merujuk kepada sempurnanya solat keatas mereka, hadith pada bintang petunjuk, hadith yang menerangkan Imam Ali sebagai pintu kepada pengetahuan, dan hadith yang menjumlahkan para Imam selepas rasul adalah dua belas.

    Kami tidak berhajat untuk mengatakan bahawa satu pertiga dari Quran telah diwahyukan didalam memuji dan menyatakan kemuliaan ahl al-bayt, sebagaimana sebahagian dari para sahabat, seperti Ibn Abbas, berkata, Tidak juga kami katakan bahawa satu pertiga dari sunnah rasul memuji dan meninggikan ahl al-bayt dan menarik perhatian manusia kepada kemuliaannya dan kehormatannya sebagaimana Imam Ahmad ibn Hanbal telah tunjukkan.

    Telah mencukupi bagi kami dari Quran dan sunnah rasul apa yang telah kami sebutkan dari buku-buku sahih ahl al-sunna wal-jamaa untuk membuktikan keutamaan ahl al-bayt keatas semua manusia.

    Setelah sepintas lalu melihat kepada kepercayaan ahl al-sunna wal-jamaa pada buku-buku mereka dan tingkah laku mereka terhadap ahl al-bayt, sepanjang sejarah, kita akan sedari tanpa sebarang keraguan bahawa sunni menentang dan menindas ahl al-bayt, bahawa mereka menghunus pedang mereka untuk memerangi ahl al-bayt, menggunakan pena mereka untuk memperkecil dan menghina ahl al-bayt. Mereka telah melakukan ini semua supaya dapat meninggikan status kedudukan musuh-musuh ahl al-bayt dan mereka yang memeranginya.

    Satu bukti telah mencukupi untuk memberikan kami keyakinan terhadap pembuktiannya. Sebagaimana kami telah nyatakan diatas ahl al-sunna wal-jamaa telah tidak dikenali dengan nama yang sedemikian melainkan semasa abad kedua hijrah.

    Itulah tindakkan mereka kepada shia yang telah menjadi taat kepada dan yang telah mengikuti tali ahl al-bayt. Tidak ada sebarang jejak atau petunjuk apa pun juga didalam fiqah sunni, amalan atau kepercayaan yang menunjukkan bahawa mereka membuat sebarang rujukan sama sekali kepada sunnah rasul sebagaimana yang disampaikan oleh ahl al-bayt. [298]

    Inilah yang berlaku, walaupun yang sebenarnya bahawa mereka yang menghuni rumah lebih mengetahui apa yang ada didalam rumah mereka, kerana mereka adalah anak dan keturunan rasul. Tiada siapa yang boleh melebihi mereka dari pengetahuan dan amalan. Untuk tiga abad, mereka telah hadir bersama manusia. Mereka telah berpegang kepada tali kerohanian dan ketua agama melalui Imam mereka yang dua belas, yang tidak pernah berbeza didalam mana-mana isu diantara mereka. Walaupun semua itu, kita dapati ahl al-sunna wal-jamaa mengikuti keempat-empat mazhab yang tidak terdapat melainkan didalam abad ketiga hijrah, mazhab-mazhab ini yang mana setiap Imam bertentangan dengan yang lain. Walaupun begitu, mereka telah meninggalkan ahl al-bayt dibelakang mereka, menindasnya dan memerangi semua manusia yang mengikutinya. Dan mereka masih memerangi ahl al-bayt walaupun dizaman dan masa kita sekarang……

    Jika kita memerlukan kepada bukti yang lain, kami hanya perlu menganalisa pendirian ahl al-sunna wal-jamaa pada hari peringatan hari Ashura, hari yang membawa padah apabila sebahagian dari penjuru Islam telah dihancurkan, apabila ketua para remaja disyurga [dan semua penghuni syurga adalah remaja] dan dari keturunan yang suci, keturunan rasul, dan dari kumpulan yang terpilih dari para sahabatnya yang beriman telah syahid:

    PERTAMA: kita akan dapati mereka merasa senang dengan dan menyokong kepada kumpulan yang membunuh al-Husayn. Ini tidak menghairankan kami kerana, mereka semua yang membunuh al-Husayn tergulung didalam ahl al-sunna wal-jamaa. Adalah mencukupi untuk mengetahui bahawa ketua tentera yang dilantik oleh Ibn Ziyad untuk membunuh al-Husayn tidak lain dari Umar ibn Abu Waqqas. Maka ahl al-sunna wal-jamaa berdoa kepada Allah semoga merasa senang kepada semua para sahabat, termasuk mereka yang membunuh dan mereka yang bersubahat didalam pembunuhan Imam al-Husayn. Mereka menerima hadith dari orang-orang ini sebagai sahih. Tidak! bahkan sebahagian dari mereka menganggap bahawa Imam al-Husayn sebagai kharjite kerana beliau memberontak menentang pihak berkuasa amirul mukminin Yazid ibn Muawiya!

    Kami juga telah menyatakan bahawa ahli faqih ahl al-sunna wal-jamaa Abdullah ibn Umar telah memberikan sumpah setianya kepada Yazid ibn Muawiya dan mengarahkan bahawa mengingkari Yazid adalah haram. Dia berkata: ‘Kami bersama siapa saja yang menang,’

    KEDUA: Kami dapati ahl al-sunna wal-jamaa disepanjang sejarah, semenjak dari hari Ashura sehingga kini, meraikan hari Ashura dan menganggapnya sebagai eid [idil] apabila mereka mengeluarkan zakat dari harta mereka untuk diberikan kepada anak-anak mereka, menganggapnya sebagai hari untuk rahmat dan kesejahteraan.

    Seakan semua ini tidak memuaskan mereka, mereka kini mempersalahkan shia dan mengkritiknya kerana berkabung untuk al-Husayn. Didalam sebahagian dari negara Islam, mereka telah menghalangnya dari melaksanakan upacara peringatan terhadap kejadian yang trajik itu dengan menyerang mereka dengan bersenjata, memukul atau membunuh sebahagian dari mereka dengan beralasan memerangi bidaah'.

    Yang sebenarnya, mereka bukan memerangi bidaa, sepertimana mereka menyambungkan semula peranan yang dimainkan oleh pemerintah Umayyad dan Abbasid yang mencuba sedaya upaya untuk menghapuskan ingatan kepada hari Ashura yang telah melampaui dengan menajiskan dan merosakan pusara Imam Husayn, menghalang manusia dari menziarahinya. Mereka masih ingin menghapuskan ingatan terhadapnya kerana takut manusia akan mengetahui, dan begitu juga dengan mereka yang jahil, kepada kebenaran mengenai ahl al-bayt. Mereka akan mengetahui apa yang sebenarnya telah terjadi, dan kesalahan terhadap manusia ini dan juga ketua-ketua dan pemimpin mereka akan terdedah. Maka manusia akan mengetahui perbezaan diantara yang benar dan yang salah, diantara yang beriman dan yang berdosa.

    Maka kami sekali lagi telah mengetahui bahawa shia adalah yang sebenarnya telah mematuhi kepada sunnah rasul kerana mereka telah mengikuti sunnah rasul walaupun dengan berkenaan berkabung untuk bapa Abdullah, Imam Husayn. Hadith yang sahih telah mengesahkan bahawa rasul Allah sendiri telah menangis diatas syahidnya cucu baginda al-Husayn sebelum ianya terjadi apabila Jibril memberitahu baginda akan masa depan al-Husayn dengan syahidnya di Karbala. Itu adalah lima puluh tahun sebelum ianya terjadi.

    Kami juga dengan terang telah mengetahui bahawa ahl al-sunna wal-jamaa meraikan hari Ashura kerana mereka mengikuti sunnah Yazid ibn Muawiya dan Banu Umayyad yang biasanya akan meraikan hari tersebut sebagai hari mereka mendapat kemenangan keatas al-Husayn. Mereka meraikan kerana terhapusnya pemberontakkan Imam al-Husayn yang telah mengancam kedudukan mereka. Mereka menganggap kemenangan mereka sebagai tamatnya kekacauan, sebagaimana yang mereka katakan.

    Sejarah memberitahu kami bahawa Yazid dan Banu Umayyah meraikan hari tersebut dengan keramaian yang besar apabila kepala al-Husayn yang telah dipenggal dan mereka ahl al-bayt yang telah ditawan sampai kepada mereka. Mereka bergembira dan mengutuk keluarga rasul Allah dan mengarang syair.

    Ulama yang jahat dari ahl al-sunna wal-jamaa cuba menyenangkan mereka, maka mereka telah memalsukan untuk mereka beberapa hadith yang memujikan hari tersebut. Mereka memberitahukan bahawa Ashura adalah hari apabila Allah menerima taubat Nabi Adam, apabila bahtera Noah berlabuh pada gunung Jodi, apabila api menjadi sejuk dan aman untuk Ibrahim, apabila Yusuf dikeluarkan dari penjara, apabila meja penuh dengan makanan turun kepada Isa…. dsb!!!

    Semua ini adalah hadith yang palsu yang ahl al-sunna wal-jamaa dan ulama mereka serta para Imam mereka telah mengulang-ulanginya dari atas mimbar walaupun pada zaman kita sekarang pada kejadian Ashura. Semua ini adalah hadith yang telah diadakan oleh si penipu yang telah mengenakan pakaian ulama dan mencuba untuk menyenangkan pemerintah mereka dengan segala cara, menjual akhirat mereka dengan harga untuk kehidupan yang singkat ini, maka perniagaan tidak memberikan mereka apa-apa keuntungan, dan mereka akan berada diakhirat bersama mereka yang rugi.

    Mereka telah melampaui batas didalam berdusta, mengatakan bahawa rasul berhijrah ke Medina, dan ianya telah terjadi bahawa pada hari baginda sampai adalah sepuluh Muharam [Ashura]. Dia mendapati orang Yahudi Medina berpuasa, maka baginda bertanya kepada mereka mengapa. Mereka berkata, ‘Ini adalah harinya apabila Musa mendapat kemenangan diatas firaun,’ yang mana rasul, menurut cerita yang palsu ini, berkata, ‘Kami adalah yang lebih berhak dari kamu.’ Kemudian baginda kononnya mengarahkan Muslim untuk berpuasa pada sembilan dan sepuluh Muharam. Ini tidak lain dari penipuan yang nyata. Kaum Yahudi hidup diantara kami [299] dan kami tidak pernah mendengar bahawa mereka mempunyai Eid dimasa mana mereka berpuasa dan yang mereka panggil Ashura!

    Kami mungkin juga tertanya-tanya mengapa tuhan kami menjadikan hari itu dirahmati Eid untuk semua rasul dan pesuruhNya, dari Adam sampai kepada Musa, dengan pengecualian Muhammad yang padanya ialah hari trajedi, hari padanya berdukacita, hari yang mempunyai petanda buruk, dihari dimana anak-anak dan keturunannya dibunuh seperti binatang dibunuh, apabila anak perempuannya menjadi tawanan…. Jawapannya adalah, ‘Dia tidak ditanya apa yang Dia lakukan, sedangkan mereka akan ditanya’ [21:23]

    Tetapi sesiapa yang menentang kamu didalam perkara ini, setelah pengetahuan telah sampai kepada kamu, katakan, ‘Mari biar kami panggil anak-anak kami dan anak-anak kamu, perempuan kami dan perempuan kamu dan diri kami dan diri kamu; kemudian marilah kita benar-benar berdoa, meminta Allah untuk mengutuk mereka yang dusta.’ [3:61]

  9. Ahl al-sunnah wal-jamaah dan selawat yang dipendekkan

Didalam bab yang lalu, kami sebutkan ayat yang merujuk kepada meminta Allah mensejahterakan keatas rasul dan keturunannya, dan kami juga menyebutkan penerangannya sebagaimana yang diberikan oleh rasul sendiri dan bagaimana dia mengajar manusia cara-cara untuk melakukan ucapan selawat yang sempurna, melarang mereka dari mengucapkan yang dipendekkan yang Allah [awj] tolak. Bahkan kita dapati ramai mereka yang degil dari pihak ahl al-sunna wal-jamaa yang berkeras pada menghapuskan sebarang rujukan terhadap keturunan rasul dari selawat yang sedemikian. Jika mereka melakukan dengan terpaksa menyebutkan mereka [ahl al-bayt], mereka himpunkan bersama mereka para sahabat kesemuanya. Jika kamu menyatakan dihadapan mereka: Salla Allahu alaihi wa aalih [Allah mensejahterakan dia dan keturunannya], dia dengan segera mengetahui bahawa kamu adalah shia. Ini disebabkan bahawa yang sebenarnya selawat yang sempurna keatas Muhammad dan keturunan Muhammad telah menjadi suatu tanda bagi shia.

Ini adalah fakta yang tidak boleh disangkal. Saya menggunakannya pada permualaan penyelidikan saya, mengenali setiap penulis sebagai shia setiap kali saya dapati dia berkata Salla Allahu alaihi wa aalih wa sallam [Allah mensejahterakan dia dan keturunannya dan sallam untuk mereka semua] setelah membuat rujukan kepada Muhammad. Jika tiada, saya merumuskan bahawa penulis tersebut adalah sunni. Saya juga merumuskan bahawa penulis tertentu adalah shia apabila dia berkata: Ali alaihis-salam. Selain dari Ali karrama Allahu wajhah seperti mana kesnya dengan penulis sunni.

Dari kesempurnaan selawat, saya lihat bagaimana shia telah mengikuti hadith rasul yang suci bertentangan denga ahl al-sunna wal-jamaa yang telah engkar arahan rasul dan tidak menghormatinya walau sedikitpun. Kamu dapati mereka semua menyebutkan selawat yang dipendekkan, dan apabila mereka merasa terpaksa pada menyampaikannya dengan keturunan Muhammad, mereka menambahkan juga padanya para sahabat tanpa sebarang pengecualian, supaya mereka tidak meninggalkan sebarang kemuliaan atau kehormatan yang khas untuk ahl al-bayt apa pun juga.

Semua ini adalah hasil dari pendirian yang digunakan oleh Umayyad bertentangan dengan ahl al-bayt dan terhadap permusuhan yang ada pada mereka terhadapnya, yang mana akhirnya telah menyebabkan mereka untuk menggantikan permintaan kepada Allah untuk mensejahterakan ahl al-bayt dengan yang meminta kepada Allah untuk mengutuk mereka. Mereka terus melakukannya walaupun dari atas mimbar, memaksa kepada manusia untuk melakukannya dengan apa juga cara.

Tetapi ahl al-sunna wal-jamaa tidak mengikuti adat Umayyad untuk mengutuk ahl al-bayt. Jika mereka telah melakukannya, kebenaran mengenai mereka tentu telah terdedah kepada semua Muslim, dan mereka akan diketahui sebagaimana mereka yang sebenarnya, dan manusia akan menjauhi dari mereka. Maka mereka telah meninggalkan adat pada mengutuk dan menghina ahl al-bayt, menyimpan didalam diri mereka permusuhan dan kebencian mereka terhadap ahl al-bayt. Mereka telah mencuba sedaya upaya untuk memadamkan cahaya mereka dengan meninggikan status musuh-musuh mereka dari kalangan para sahabat. Untuk mereka telah diadakan kehormatan yang diangankan yang tidak mempunyai sebarang kaitan langsung dengan kebenaran.

Apa yang membuktikan fakta ini adalah bahawa kamu boleh menjumpai ahl al-sunna wal-jamaa walaupun dizaman kita ini, keberatan dari mengatakan apa-apa terhadap Muawiya dan para sahabat yang mengutuk ahl al-bayt untuk selama lapan puluh tahun. Bahkan mereka mendoakan semoga Allah merasa senang dengan kesemua mereka ini. Pada masa yang sama, mereka melebelkan sebagai kafir mana-mana Muslim yang memburukkan mana-mana para sahabat, mengeluarkan fatwa membolehkan mereka dibunuh….

Sebahagian pemalsu cuba untuk menambah sesuatu yang lain untuk melengkapkan selawat, yang mana rasul telah mengajarkan kepada para sahabat, bahagian yang lain, memikirkan bahawa ianya akan lebih merendahkan status ahl al-bayt. Seorang penyampai menyebutkan bahawa rasul berkata, ‘Katakan: Wahai Allah! Sejahterakan Muhammad, keluarga Muhammad, para isterinya dan keturunannya.’ Penyelidik mempunyai pandangan bahawa bahagian ini ditambah supaya didalamnya menjumlahkan Aisha diantara ahl al-bayt.

Kami katakan kepada mereka: Jika kami, hanya sekadar untuk berhujah, katakanlah bahawa hadith tersebut itu sahih dan bahawa ia menyatakan untuk menjumlahkan umm mukminin, para sahabat masih tidak ada kena mengena dengan ahl al-bayt! Saya sendiri mencabar mana-mana Muslim untuk mengadakan satu bukti dari Quran atau dari hadith yang menyokong pandangan mereka, sesungguhnya syurga itu lebih jauh jangkauannya dari itu.

Kedua-dua Quran dan hadith rasul telah memandatkan semua para sahabat dan juga semua Muslim yang mengikuti para sahabat sehingga kepada hari pembalasan untuk menyampaikan selawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad. Ini dengan sendirinya adalah satu status yang amat besar jika dibandingkan kepada mana–mana status yang lain, dan dibandingkan tiada apa yang dapat hampir padanya.

Abu Bakr, Umar, Uthman dan semua para sahabat rasul begitu juga dengan semua para Muslim dari dunia ini yang dijumlahkan ribuan juta, ya… dengan sebenarnya meminta Allah untuk mensejahterakan Muhammad dan keluarga Muhammad apabila mereka melakukan tashahhud, jika tidak solat mereka ditolak oleh Allah [awj]

Inilah yang sebenarnya maksud syair Imam Shafii yang diciptanya dan terjemahannya secara kasar adalah seperti berikut:

Mencukupilah bagi mu [Wahai ahl al-bayt] akan kemashuran ini
Sesiapa yang tidak mensejahterakan kamu, solatnya tidak sah.

Al-Shafii telah dituduh dengan jenayah [sebagai penjenayah] kerana menjadi shia disebabkan telah mengatakan yang sedemikan. Ulama-ulama Umayyad dan Abbasid menuduh manusia menjadi shia jika dia mensejahterakan Muhammad dan juga keluarga Muhammad atau meninggikan mereka didalam rangkap syair atau menunjukkan salah satu dari kemuliaan mereka.

Walau bagaimanapun, penyelidikan diatas tajuk ini amat meletihkan, dan ianya mungkin berulang-ulang didalam banyak buku-buku. Tidak ada salahnya didalam berulang-ulang asalkan ianya memberikan manfaat kepada pembaca.

Apa yang mustahak adalah kita telah mengetahui dari bab ini bahawa shia adalah yang mengikuti sunnah rasul dan bahawa selawat mereka sempurna dan diterima,walaupun menurut dari mereka yang menentangnya. Ahl al-sunna wal-jamma sebaliknya, telah melanggar didalam perkara ini, akan sunnah rasul yang terang, dan selawat mereka dipendekkan dan tidak boleh diterima walaupun menurut dari pandangan Imam-imam mereka sendiri dan juga para ulama.

Atau adakah mereka merasa sakit hati [dengki] kerana apa yang Allah telah berikan kepada mereka dari kurniaNya? Sesungguhnya Kami telah berikan kepada keluarga Ibrahim kitab dan kebijaksanaan, dan Kami telah berikan kepada mereka kerajaan yang besar. [4:54]

[292] Dia berkata pada ms 23 dari bukunya Al-Imama 
[293] Kenyataannya, ‘Saya tidak mahu manusia akan berkata bahawa Muhammad membunuh sahabatnya. Bahkan kami akan ber urusan dengan mereka secara baik, dsb’ mengandungi bukti petunjuk bahawa hipokrit sebenarnya terdapat diantara para sahabat. Tuntutan yang dikata oleh ahl al-sunna wal-jamaa bahawa hipokrit tidak dari kalangan para sahabat adalah ditolak kerana tuntutan ini bertentangan dengan kenyataan pesuruh Allah yang merujukan kepada mereka sebagai sahabatnya. 
[294] Didalam bahasa Arab, dia digelar al-humayraa yang bererti: wanita yang pada rupanya sedikit kemerah-merahan. 
[295] Ini adalah orang-orang Mekah yang tinggal sebagai kafir sehingga penawanan Mekah 
[296] Rujuk kepada buku Ma’a al-Sadiqeen oleh pengarang yang sama 
[297] Ini disebabkan oleh ahl al-sunna wal-jamaa mengutamakan Abu Bakr, Umar, Uthman keatas Ali ibn Abu Talib. Oleh kerana Ali adalah ketua kepada Itrat dan ahl al-bayt yang terbaik selepas rasul, ahl al-sunna wal-jamaa meletakkan ahl al-bayt ditempat kedua pada pandangan mereka. Mereka lebih mengutamakan diatas mereka kumpulan para sahabat yang pertama yang mereka katakan sebagai ‘khalifa yang benar’ 
[298] Sekarang ini, mereka menuntut dengan mengatakan, ‘Kami lebih berhak pada Ali dan ahl al-bayt dari shia.’ Jika yang sedemikian, mengapa ulama mereka dan Imam mazhab mereka meninggalkan fiqh dari ahl al-bayt dan melupakannya terus? Mereka sebaliknya mengikuti mazhab yang mereka telah cipta dan yang mana Allah tidak memberikan sebarang bukti. Allah [awj] telah berkata: ‘Manusia yang lebih utama diantara umma Ibrahim adalah mereka yang mengikutinya.’ Dan bagi mereka yang tidak mengikutinya, mereka dengan nyata tidak berhak kepadanya. 
[299] Pengarang adalah dari Tunisia dimana terdapat banyak Yahudi yang telah tinggal disana berabad-abad lamanya.

Quotes from 12 Imams

Mencintai keindahan adalah fitrah. Sampaikan keindahan Ahlul Bait dan keindahan ajaran mereka dengan cara yang indah. "Kalau manusia mendengar keindahan ucapan-ucapan kami, niscaya mereka akan mengikuti kami" (Imam Ridha as).

0 comments:

Post a Comment